Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PENERAPAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA



Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin
kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu
wawasan.
Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus
bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya
membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik.
Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan
teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan
bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam
konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.

Oleh yang demikian, penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai
salah satu langkah dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid sekolah
rendah. Penggunaan teknologi didalam pembelajaran dan pengajaran menjadi satu kemestian
untuk membantu guru mencapai objektif pembelajaran. Namun sejauhmanakah teknologi
digunakan? Adakah penggunaan teknologi benar-benar membantu meningkatkan kemahiran
murid dalam subjek Bahasa Melayu?

Penggunaan teknologi didalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud sebarang
penggunaan teknologi secara terancang dan teratur bagi mempertingkatkan pembelajaran dan
pengajaran. Di dalam arus modenisasi, golongan pendidik sudah mula sedar tentang
kepentingan penerapan teknologi didalam pengajaran dan pembelajaran ini. Penggunaan
teknologi didalam bilik darjah sangat membantu dalam melonjak pencapaian murid-murid.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa realiti sebenar beberapa
orang guru tidak menggunakan teknologi secara kerap. Penggunaan teknologi didalam
pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa faktor yang harus
didambil berat. Antaranya adalah tempat pembelajaran, saiz kelas, bilangan murid dan juga
topik pembelajaran yang ingin diajar. Kesemua faktor ini memainkan peranan yang penting
kepada kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran.
Sebagai contoh, tempat pembelajaran yang tidak sesuai, saiz kelas yang kecil,
bilangan murid yang ramai dan topik pembelajaran yang tidak sesuai menyebabkan
kurangnya kekerapan guru menggunakan didalam kelas. Namun jika tempat pembelajaran
sesuai dengan kemudahan mencukupi, saiz kelas yang besar, bilangan murid yang tidak
berapa ramai akan memudahkan penggunaan teknologi didalam kelas secara kerap.
Latar belakang sekolah ini yang mempunyai bilangan murid terlalu ramai didalam
satu kelas menyukarkan guru untuk menggunakan computer dalam pengajaran. Namun
terdapat inisiatif lain yang diambil oleh guru untuk menerapkan penggunaan komputer
didalam pembelajaran dan pengajaran. Antaranya dengan menggunakan bilik khas yang lebih
sesuai menggunakan komputer didalam pengajaran iaitu dengan menggunakan bilik tayang
dan juga bilik media didalam perpustakaan.
Seterusnya, sejauhmanakah kekerapan penggunaan perisian aplikasi seperti MS Word
atau Powerpoint di dalam pembelajaran dan pengajaran. Berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan, kebanyakan guru di sekolah ini kerap menggunakan perisian Powerpoint sebagai
salah satu alat bantu mengajar di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana,
perisian aplikasi Powerpoint sangat bersesuaian digunakan sebagai alat bantu mengajar
Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Ianya dijadikan sebagai medium menyampaikan
maklumat yang menarik dan interaktif. Secara tidak langsung ianya melibatkan komunikasi
dua hala.
Berbeza pula dengan penggunaan aplikasi MS Word, guru kurang menggunakan
aplikasi MS Word sebagai alat bantu mengajar, kerana perisian MS Word sukar untuk
menarik perhatian murid di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sebaliknya guru
menggunakan aplikasi MS Word untuk melakukan kerja-kerja di luar proses pengajaran.
Kedua-dua perisian ini kerap digunakan oleh guru di dalam bidang pendidikan. Ternyata
penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan tidak terhad hanya didalam bilik darjah
sahaja namun merangkumi semua aspek tugas guru.
Dalam pada itu juga penerapan teknologi di dalam pembelajaran dan pengajaran
Bahasa Melayu memerlukan guru yang berkemahiran dalam menggunakan komputer.
Sejauhmanakah pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan komputer? Teknologi
merupakan salah satu arus yang berubah dan mengalami penambahbaikan yang sangat cepat.
Ianya secara tidak langsung mempengaruhi keselesaan guru untuk mempelajari dan
meningkatkan kemahiran dalam teknologi yang digunakan.
Berdasarkan permerhatian yang dilakukan, didapati bahawa kebanyakkan cikgu lebih
selesa menggunakan aplikasi Microsoft 2007 berbanding Microsoft 2010. Hal ini kerana
mereka sudah mahir dan lebih mudah menggunakan Microsoft 2007 berbanding Microsoft
2010. Namun, kebanyakkan komputer baru banyak menggunakan aplikasi yang baru, ianya
merupakan salah satu faktor yang menjadikan guru tidak selesa dengan teknologi yang
digunakan. Ianya juga akan mengambil masa untuk guru tersebut mempelajari aplikasi yang
baru.
Selain daripada itu juga, penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu juga
dilakukan berdasarkan minat guru tersebut dalam menggunakan komputer. Terdapat segilintir
guru yang berpendapat bahawa penggunaan teknologi di dalam pengajaran akan membuang
masa sahaja. Hal ini kerana mereka perlu melakukan persedian awal seperti membuat
powerpoint berdasarkan topik yang ingin diajar terlebih dahulu berbanding cara yang mudah
yang biasa digunakan iaitu hanya menggunakan papan putih tanpa penggunaan komputer.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapti bahawa guru di sekolah ini tidak
merasakan penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu membuang masa.
Sebaliknya mereka merasakan bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran banyak
membantu mereka. Terutamanya untuk pengajaran Bahasa Melayu tahap 1, dimana
penggunaan teknologi atau aplikasi yang pelbagai mampu menarik perhatian murid-murid
dan secara tidak langsung dapat mengekalkan tumpuan murid di dalam kelas Bahasa Melayu.
Penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu juga mengambil masa yang
lama untuk membuat persediaan peralatan yang digunakan seperti komputer riba, LCD, layar
putih, wayar panjang dan juga speaker. Peralatan ini adalah peralatan yang penting digunakan
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Namun ianya tidak menjadi masalah
kepada sekolah yang kelasnya mempunyai peralatan teknologi yang lengkap iaitu, setiap
kelas mempunyai LCD, layar putih, wayar panjang dan juga speaker. Guru hanya perlu
membawa komputer riba untuk menggunakan teknologi di dalam pengajaan Bahasa Melayu.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati bahawa guru-guru di sini tidak
menjandikan kekangan masa ini merupakan satu masalah besar. Walaupun sekolah ini tidak
mempunyai kelengkapan teknologi di setiap kelas, namun guru disini lebih suka membawa
murid-murid ke dalam bilik-bilik khas yang mempunyai kelengkapan teknologi. Jadi ianya
bukanlah penghalang kepada penerapan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran dan
pengajaran Bahasa Melayu.
Penggunaan teknologi juga penting dalam peperiksaan, dimana komputer tidak
digunakan untuk mentadbir peperiksaan namun ianya digunakan untuk menggubal soalan
peperiksaan. Dimana guru akan menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk membuat dan
menggubal soalan peperikasaan Bahasa Melayu. Penggunaan internet pula dapat membantu
guru untuk mencari pelbagai soalan peperikasan Bahasa Melayu di bank soalan yang terdapat
di internet. Penggunaan teknologi sangat membantu guru dalam keutamaan guru dalam
peperiksaan.
Selain daripada itu juga, sejauhmana penggunaan teknologi dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam Bahasa Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam
penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sesetengah guru berpendapat bahawa
penggunaan teknologi ini tidak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran-kemahiran
murid dalam Bahasa Melayu seperti kemahiran, membaca, menulis dan juga kemahiran lisan.
Berbeza dengan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah ini, mereka merasakan bahawa
penggunaan tekonologi dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah merupakan salah satu
kaedah pengajaran yang terbaik untuk digunakan dan dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat dengan penggunaan teknologi, murid-murid lebih
teruja untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Secara tidak
langsung ianya dapat meningkatkan pencapaian dan juga kemahiran murid-murid dalam
Bahasa Melayu.
Menurut Woodrow (1992), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program
teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru. Menurut Sufean
(1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu
perkara. Keberkesanan penggunaan teknologi moden banyak bergantung kepada guru yang
rela menukar dan mencuba kaedah pengajaran yang baru dan moden (German, 1997). Jadi
sejauh mana keberkesanan teknologi dalam meningkatkan kemahiran murid-murid adalah
bergantung kepada diri guru itu sendiri, penggunaan teknologi hanyalah sebagai bantuan.
Dalam pada itu, faktor kekurangan kemudahan seperti komputer dan internet
menyebabkan kurangnya penerapan teknologi di dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah. Ada yang berpendapat bahawa, kemudahan yang tidak mencukupi
menjadikan sukar untuk guru menerapkan penggunaan teknologi didalam pengajaran.
Dupagne dan Krendl (1992), semasa membuat ulasan karya tentang sikap guru terhadap
komputer, mendapati bahawa pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap
positif terhadap teknologi komputer.
Sekolah ini juga seperti kebanyakan di sekolah lain yang tidak mempunyai
kemudahan yang lengkap, dimana bilangan murid di dalam kelas lebih ramai daripada
bilangan komputer yang disediakan dan capaian internet hanya terdapat di pejabat dan bilik
guru sahaja. Namun ianya bukanlah kekangan yang harus dipandang sebagai masalah besar
sehinggakan tidak boleh melakukan penerapan teknologi di dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Sedangkan teknologi itu luas, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran juga adalah pelbagai.
Menurut Woodrow (1992), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program
teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru. Menurut Sufean
(1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu
perkara. Keberkesanan penggunaan teknologi moden banyak bergantung kepada guru yang
rela menukar dan mencuba kaedah pengajaran yang baru dan moden (German, 1997).
Oleh yang demikian sebagai seorang guru moden, guru haruslah kreatif untuk
menangani pelbagai masalah. Pelbagai cara telah digunakan oleh guru-guru di sekolah ini,
dimana guru melakukan aktiviti berpasangan ataupun berkumpulan yang membolehkan
mereka menggunakan bilangan komputer yang cukup. Guru juga menggunakan system
offline dan menggunakan hyperlink di dalam penggunaan aplikasi Powerpoint yang boleh
digunakan tanpa capaian internet. Semuanya bergantung kepada kegigihan dan kehendak
guru itu sendiri.
Seterusnya, bahan yang tidak mencukupi dalam Bahasa Melayu di internet juga
merupakan salah satu faktor yang menyukarkaan penerapan teknologi dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Secara amnya didapati bahawa bahan yang terdapat di internet itu pelbagai
sumbernya dan juga pelbagai jenis dan bentuk. Menjadi tugas guru untuk menapis dan
memilih bahan yang benar-benar sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
mengikut tahap pencapaian murid.
Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dilakukan, rata-rata guru di sekolah ini
tidak memandang faktor ini sebagai masalah. Dimana sebenarnya terdapat pelbagai bahan
yang terdapat di internet yang boleh digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Bahasa Melayu. Malahan guru-guru disini melakukan penambahbaikan bahan-bahan yang
diperoleh dari internet untuk menjadikan bahan yang lebih sesuai, menarik dan interaktif
untuk murid-murid sendiri. Secara tidak langsung ianya dapat memupuk kreativiti di dalam
diri guru itu juga.
Sememangnya penerapan teknologi di dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak
kelebihannya kepada guru dan juga pencapaian murid itu sendiri. Ini selaras dengan
pendangan Heinich (1993) yang mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik
pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan.
Sandholtz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan
pengajaran pembelajaran.
Setiap pendekatan yang digunakan akan meninggalkan kesan yang berlainan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada beberapa factor yang tertentu. Setiap
pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Setiap pengajaran dan
pembelajaran bahasa yang dijalankan boleh menggunakan pendekatan yang berbeza
mengikut hasil pembelajaran dan matlamat yang telah ditetapkan oleh guru sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran dimulakan.
Tuntasnya dapat diperkatan bahawa penggunaan teknologi didalam proses
pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu merupakasn satu kaedah yang terbaik dalam
mertabatkan subjek Bahasa Melayu. Kekangan-kekangan yang ada boleh diatasi dengan
pelbagai cara. Penerapan teknologi merupakan satu usaha yang dapat membantu
mempercepatkan sesuatu proses pengajaran yang berlaku terutamanya di dalam subjek
Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai