Anda di halaman 1dari 34

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2020

KOD KURSUS ESL 322

NAMA KURSUS Sosiolinguistik

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR SOH CHAI WAY

NO. MATRIK E30209200011

NAMA FASILITATOR Pn. Eau Yong Chew Youn


AKADEMIK

PUSAT SHINGO-SEREMBAN
PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1. Bahagian A

a) Perbezaan ilmu sosiolinguistik dengan sosiologi Pendidikan 1-3

b) Aspek-aspek yang selalunya dikaji dalam bidang


4-7
sosiolinguistik

c) Kepentingan sosiolinguistik dalam kehidupan masyarakat 8-10

2. Bahagian B

Esei: Amalan Guru dan Penguasaan Aspek Sosiolinguistik dalam 11-17


Kalangan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Saya

3. Bahagian C

a) Pengenalan
b) Rancangan Pelajaran
18-29
c) Lembaran Kerja
d) Alat Bantu Mengajar
BAHAGIAN A

Perbezaan ilmu sosiolinguistik dengan sosiologi Pendidikan

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dlm
hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umumnya, sosiolinguistik
merupakan kajian bagi aspek-aspek linguistik yang melibatkan aspek struktur, bahasa dan
penggunaan yang berhubung kait dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya
dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Dengan kata lain, sosiolinguistik meneropong
hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Berbagai-
bagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan
sosial harian yang berkaitan dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek
dan bentuk-bentuk gaya.

Perkara ini dibuktikan dengan pandangan Hudson (1990) yang menyifatkan bidang
sosiolinguistik sebagai, the study of language in relation to society. Ini bermakna, sosiolinguistik
berkait rapat dengan bahasa dan hubungan Bahasa dengan masyarakat. Hakikatnya, bahasa dan
masyarakat mempunyai hubungan yang erat dalam mencipta sejarah ketamadunan manusia. Hal
ini adalah disebabkan, pengkajian bahasa tanpa mengaitkannya dengan masyarakat akan
mengetepikan beberapa aspek penting dalam disiplin bahasa itu sendiri. Tambahan pula, bahasa
adalah suatu gejala yang sentiasa berubah dan sebahagian daripada punca perubahan itu timbul
daripada masyarakat yang menuturkannya.

Menurut Teo Kok Seong (1994), tugas yang paling utama sosiolinguistik adalah untuk
meneliti perbezaan cara-cara yang digunakan oleh anggota masyarakat bagi menyatakan perkara
yang sama. Dalam hal ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua perkara. Perkara primer
adalah gaya Bahasa atau dikenali sebagai linguistik, iaitu cara bentuk-bentuk bahasa yang
berbeza-beza. Ianya boleh terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa kata dan ayat yang
digunakan. Perkara sekunder, konteks sosial, iaitu faktor dan dimensi sosial yang mempengaruhi
penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu. Antara faktor sosial yang didapati mempengaruhi

1
penggunaan bentuk bahasa tertentu termasuklah peserta interaksi, latar sosial interaksi, fungsi
interaksi dan topik interaksi. Manakala, dimensi sosial yang mempunyai kaitan dengan faktor
sosial dan memberi kesan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang dipilih oleh seseorang itu
antaranya ialah, jarak sosial peserta interaksi, status pihak yang berinteraksi, keformalan dan
fungsi interaksi.

Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff
(1985) iaitu Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan .Sosiologi
pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang
pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat
kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.

Sosiologi pendidikan lahir daripada penyatuan antara sosiologi dan juga pendidikan.
Bidang sosiologi pendidikan berkembang secara berasingan oleh para pendidikan dan ahli
sosiologi. Disiplin sosiologi pendidikan telah menempuhi beberapa masalah di dalam usaha
menetapkan satu identiti. Sosiologi pendidikan telah lebih dipengaruhi oleh para sosiologi
seperti Auguste Comte, Charles Cooley, Albion small, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward
Ross dan Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik seperti John Dewey,
Horace Mann dan Franklin Bobbit. Pada asalnya bidang ini telah dikaji sebagai Educational
Sociology dan merupakan suatu bahagian kajian pendidikan. Pada awal abad iaitu di antara tahun
1914 sehingg 1926, kajian Educational Sociologi telah berkembang dengan begitu pesat sekali.

Sejak tahun 1930an, jurnal-jurnal sosiologi telah banyak mengandungi penyelidikan.


Sejak itu sosiologi mula menjadi suatu bidang pengetahuan saintifik dengan teori-teori yang
berdasarkan pemerhatian saintifik dan tidak lagi berdasarkan syor-syor yang dibuat tanpa
penyelidikan. Namun begitu kira-kira pada sejak lima puluhan , sosiologi pendidikan tidak
begitu hangat lagi, malah menjadi terlalu dingin. Hal ini adalah disebabkan oleh kurang minat
dan perbalahan di antara para pendidik dengan para sosiologi.

Kini, beberapa isu telah membawa kesan pendidikan sosial bersama. Perkara ini telah
membangkitkan minat dan kepentingan sosial pendidikan menjadi hangat semula jika
dibandingan dengan awal abad dahulu. Isu-isu penting ini membuka jalan untuk para sosiologi
dan para pendidik membincangkan semula. Perkara yang sering dikaji ialah isu tentang

2
kebangkitan birokrasi dan teknologi, peranan kerajaan di dalam pendidikan, dadah dan
delinkuensi, pertumbuhan metropolis, jenayah, kelas sosial, kemajmukan kebudayaan
pencapaian murid, bangsa, etnik, kecerdasan akal , ketidaksamaan sosial dan lain-lain lagi.
Hubungan di antara sosiologi dan pendidikan diakui dan dikukuhkan lagi. Begitu juga dengan
minat di kalangan para sosiologi tentang bidang sosiologi pendidikan sebagai pengetahuan yang
bersatu telah dibangkitkan semula juga.

Terdapat perbezaan antara sosiolinguistik dan sosiologi pendidikan. Fokus


sosiolinguistik adalah bahasa manakala fokus sosiologi pendidikan adalah isu pendidikan.
Sosiolinguistik dan sosiologi pendidikan adalah dua bidang yang berkait rapat yang mengkaji
interaksi antara masyarakat dan bahasa. Walau bagaimanapun, kedua-dua bidang ini tidak sama.
Sosialinguistik pada dasarnya mengkaji bagaimana faktor sosial mempengaruhi bahasa manakala
sosiologi pendidikan mengkaji hubungan antara masyarakat dan pendidikan.

Oleh itu, terdapat perbezaan yang tersendiri antara sosiolinguistik dan sosiologi
pendidikan.Sosialinguistik adalah kajian bahasa berhubung dengan faktor sosial, termasuk
perbezaan di rantau, kelas, dialek pekerjaan dan jantina, dan bilingualisme. Dalam erti kata lain,
ia mengkaji bagaimana pelbagai faktor sosial seperti jantina, etnik, umur atau kelas sosial
mempengaruhi bahasa. Bahasa berubah dan berubah; oleh itu, bahasa tidak homogen, bukan
untuk pengguna individu mahupun di kalangan kumpulan penutur yang menggunakan bahasa
yang sama. sosiolinguistik didasarkan pada premis bahawa penggunaan bahasa secara simbolik
mewakili aspek asas tingkah laku sosial dan interaksi manusia. Oleh itu, ahli sosiolinguistik
mempelajari bagaimana orang bercakap secara berbeza dalam pelbagai konteks sosial, dan
bagaimana orang menggunakan fungsi bahasa tertentu untuk menyampaikan aspek identiti dan
makna sosial kita.

3
Aspek-aspek yang selalunya dikaji dalam bidang sosiolinguistik

  Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan


masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan
bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik
terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah
menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.

Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-aspek


hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Mengikut Bright (1966), tugas ahli sosiolinguistik
ialah “untuk memperlihatkan perbezaan-perbezaan yang saling mempengaruhi antara struktur
bahasa dengan struktur sosial”. Hymes (1968) mendefinisikan kegiatan bidang sosiolinguistik
sebagai satu aktiviti disiplin di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan
peranan penting masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-
ahli linguistik (Wong Shek Seng, 1987: 1).

Sosiolinguistik sering ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala macam aspek
yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Lingkungan hubungan antara
bahasa dengan masyarakat adalah amat luas dan boleh mengambil pelbagai bentuk atau
manifestasi. Sebagai contoh, gaya bercakap yang berlainan antara masyarakat Timur dengan
masyarakat Barat. Selain itu, terdapat beberapa pengertian lain kepada konsep sosiolinguistik
(Zulkifley Hamid, Ramli Salleh dan Rahim Aman, 2006: 113).

Menurut Criper dan Widdowson (1975: 156), sosiolinguistik adalah kajian bahasa dalam
penggunaannya, dengan tujuan untuk meneliti bagaimana konvensi pemakaian bahasa
berhubungan dengan aspek-aspek lain dari tingkah laku sosial.

4
Menurut Trudgill, sosiolinguistik adalah sebahagian daripada linguistik yang
bersangkutan dengan bahasa sebagai suatu fenomena sosial dan budaya. Sosiolinguistik
menggunakan bahan, metodologi atau penemuan sains sosial (khususnya sosiologi dan
antropologi), tetapi beberapa aspek geografi sosial atau manusia disentuh juga (1974: 32-33).
Sosiolinguistik juga adalah suatu cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik,
struktur dan penggunaan bahasa yang berhubungan institusi atau fungsi sosial, kebudayaan dan
penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop sosiolinguistik ini meliputi soal
seperti perhubungan antara demografi dan pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan
kedwibahasaan, perkembangan bahasa pidjin dan kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan
perancangan bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987:2).

  Sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai bidang yang mengkaji perhubungan antara


bahasa dan gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang berdepan dengan ahli-ahli
bahasa ialah masalah bahasa. Masalah ini dengan langsungnya melibatkan pembinaan dan
perancangan bahasa. Pada prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang
melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada hubungan dengan fungsi-fungsi
sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Dengan perkataan
lain, sosiolinguistik melihat hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat
kehidupan manusia. Bidang ini memperlihatkan satu kadar pertalian antara bahasa dan
masyarakat.

Tetapi sosiolinguistik bukan sekadar mengenai disiplin yang terkandung di dalamnya


sahaja. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh
perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta penting dalam
sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu.
Sosiolinguistik juga adalah bidang yang mengkaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung
dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial yang berkaitan pula dengan
kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang
dibezakan oleh keperihalan taraf pemakai-pemakainya dan sebagainya (Arbak Othman, 1983:
156).

5
Terdapat dialek sosial juga disebut sebagai “register” atau laras bahasa, iaitu variasi
bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-
variasi yang dipilih untuk digunakan dalam sesuatu situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan
mengikut situasisituasi yang berlainan. Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu
bahasa tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.

Ferguson (1968) sewaktu membincangkan mengenai ciri-ciri bahasa yang telah maju,
mengatakan bahawa salah satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah
laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Dalam beberapa buku sosiolinguistik, laras bahasa
terbahagi kepada lima jenis laras bahasa. Hal tersebut terdiri daripada laras bahasa cerpen, laras
bahasa agama, laras bahasa puisi, laras bahasa ekonomi dan laras bahasa iklan. Dalam buku Siri
Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2, setelah menerima penambahan beberapa laras bahasa yang
lain, laras bahasa terbahagi kepada tujuh, iaitu laras bahasa sains, laras bahasa undang-undang
dan laras bahasa matematik.

Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan(1992), beliau merumuskan dialek sosial


berubah bukan sahaja menurut daerah geografi tetapi juga melalui perbezaan golongan sosial.
Perbezaan golongan sosial ini juga dikatakan sebagai perbezaan standard taraf hidup antara
manusia seperti golongan raja, pemerintah dan golongan bawahan. Dalam hal yang lain juga,
dialek sosial juga dipengaruhi perbezaan pendidikan. Pendidikan juga sangat memainkan
peranan yang penting bagi menentukan taraf kehidupan sosial seseorang dalam kalangan
masyarakat setempat. Selain itu, perbezaan pekerjaan dan profesion turut diserap dan dikenali
sebagai sebahagian daripada dialek sosial. Hal ini demikian kerana setiap profesion dan bidang
kerjaya mempunyai perbezaan struktur dan taraf sosial yang tersendiri. Alibinya, profesion guru
mempunyai taraf sosial yang tersendiri berbanding kerjaya-kerjaya yang lain.

    Secara kesimpulannya, , bidang sosiolinguistik itu adalah merupakan satu bidang yang
membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli-ahli
sosiolinguistik banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini
banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat.
Kebanyakan ahli sosiolinguistik mengaitkan  takrifan mereka dengan subbidang sosiolinguistik
yang mereka kaji dengan fokus sama ada kepada aspek bahasa atau aspek masyarakat bahasa

6
berkenaan. Walau bagaimanapun, hubung jalin antara aspek bahasa dengan masyarakat itu masih
dapat dilihat dengan jelas, terutamanya apabila kajian membabitkan latar belakang masyarakat
dan kaitannya dengan pelbagai pola penggunaan bahasa (Nik Safiah Karim, 1981: 4).
Sosiolinguistik mempelajari dan membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya
perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan fakta-fakta
kemasyarakatan. Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa. Fungsinya sebagai alat
perhubungan. Tetapi ada juga aspek-aspek lain yang disumbangkan oleh bahasa, peranannya
yang dimainkan selari dengan fungsi utamanya. Aspek-aspek ini menjadi antara bidang yang
dicakupi oleh sosiolinguistik.

7
Jelaskan kepentingan sosiolinguistik dalam kehidupan masyarakat.

1) Pemupukan nilai-nilai murni


Ilmu sosiolinguistik memainkan peranan penting dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam
masyarakat seperti kerjasama, keihklasan, kejujuran dan sebagainya. Ahli Bahasa diberi
tanggungjawab untuk membimbing masyarakat dan sebagai tuntutan kepada para ilmuan. Begitu
juga dalam pendidikan, kita mengajar bahasa bukan sekadar untuk membolehkan anak didik
cekap berkomunikasi. Kecekapan berkomunikasi tidak sepatutnya dinilai semata-mata daripada
sudut kepetahan berbicara. Ada aspek nilai, budaya dan agama yang mesti ditekankan.

Linguistik adalah bahagian penting dalam diri manusia dan letaknya pada akal. Tingkah laku
dapat diperoleh kemahirannya melalui latihan berulang kali tetapi ilmu linguistik bukan sahaja
membabitkan latihan fizikal seperti bertutur dan menulis dengan betul, malah membabitkan
penyemaian sistem nilai, budaya dan persepsi. Isu ini sebenarnya adalah salah satu isu yang
tercakup dalam kajian falsafah bahasa.

2) Membentuk Insan
Dalam huraian ahli falsafah Islam, linguistik, bersama-sama akal, membentuk konsep diri 'insan'.
Istilah haiwan 'natiq dan rational animal' yang digunakan untuk merujuk kepada hakikat
manusia, berkait rapat dengan bahasa kerana istilah natiq yang terbit daripada akar kata nutq
merujuk kepada akal dan linguistik. Maksudnya, akal dan ilmu sosiolinguistikn adalah dua unsur
yang penting bagi membentuk konsep diri manusia dengan pengertian pemilikan kedua-dua
unsur itu yang membezakan manusia daripada makhluk lain. Dengan erti kata lain, manusia
mempunyai akal manakala makluk lain tidak mempunyai akal. Dengan adanya akal dan juga

8
linguistic, manusia dapat mengawal dan mengarahkan segala gerak geri dan tindak-tanduk batin
daripada anggota tubuh.

 Ilmu linguistik menzahirkan segala idea dan perasaan dalam akal hingga terbit dalam bentuk
lisan atau tulisan, dan dengan demikian idea serta perasaan dapat difahami, ditanggap dan diberi
reaksi oleh khalayak. Ilmu linguistik yang menterjemah, mentafsir dan menaakul idea atau
perasaan yang diterima oleh seseorang daripada lisan atau tulisan pihak lain ke dalam akal
hingga dapat pula akal merumuskannya dan mungkin pula menzahirkan reaksi. Ini merupakan
proses yang penting yang menjadikan manusia saling berkongsi ilmu, maklumat, idea dan
perasaan. Inilah juga proses yang memungkinkan berlangsungnya pewarisan sistem nilai, unsur
kebudayaan dan seluruh sistem kehidupan bermasyarakat dari generasi ke generasi.

3) Proses Mendapatkan Ilmu


Perkara terpenting daripada segala peranan ilmu linguistik ialah peranannya sebagai wahana
pemerolehan dan pengembangan ilmu. Peradaban atau tamadun muncul hanya dalam kalangan
bangsa yang berilmu dan menghormati serta mengamalkan ilmu. Al-Farabi, al-Ghazali dan
beberapa ahli falsafah Islam yang lain menegaskan peranan ilmu linguistik dalam proses
pemerolehan ilmu. Apabila kita menerima gagasan bahasa merentas kurikulum yang
diketengahkan oleh ahli pendidikan Barat, sebenarnya itulah gambaran mengenai peranan
linguistik  dalam soal pemerolehan dan pengembangan ilmu.

Maka, pendidikan ilmu sosiolinguistik perlu diperketatkan dengan tujuan bukan semata-mata
pemberian kemahiran  tanpa pengayaan ilmu anak didik. Selain itu, proses pendidikan
keseluruhannya memanfaatkan ilmu linguistik untuk memberi ilmu secara berkesan dan
selanjutnya membolehkan pelajar sebagai pengembang ilmu yang berkesan.

4) Penggunaan Ilmu Linguistik dalam Pengaturcaraan Komputer


Kini, terdapat banyak bidang linguistik gunaan yang melibatkan penggunaan komputer secara
eksplisit. Sintesis pertuturan dan pengecaman pertuturan menggunakan pengetahuan fonetik dan
fonemik untuk memberikan antara muka suara kepada komputer. Penggunaan linguistik

9
pengiraan dalam penterjemahan mesin, penterjemahan dibantu komputer, dan pemprosesan
bahasa sejadi merupakan bidang-bidang yang amat berhasil pada tahun-tahun kebelakangan ini
disebabkan oleh kuasa perkomputeran yang semakin meningkat. Pengaruhnya telah mempunyai
kesan yang besar kepada teori-teori sintaksis dan semantik, kerana pemodelan teori-teori
sintaksis dan semantik dengan menggunakan komputer memaksa teori-teori menjadi operasi-
operasi boleh hitung dan memberikan asas matematik yang lebih ketat.

5) Kepentingan kepada Para Pendidik


Para pendidik diberi tanggungjawab untuk menyamaikan ilmu pengetahuan. Penguasaan ilmu
sosiolinguistik sangat penting. Bagaimana seorang guru boleh mendidik anak muridnya,
sekiranya guru sendiri tidak mengusai bidang tersebut. Profesion keguruan yang berteraskan
kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan
dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu
pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik
supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu sosiolinguistik.

10
BAHAGIAN B

Amalan Guru dan Penguasaan Aspek Sosiolinguistik dalam Kalangan Guru Bahasa

Melayu di SJK(C) Ladang Sungai Salak Seremban Jaya

Apa yang dimaksud dengan guru (teacher)? Secara umum, pengertian guru adalah


seorang tenaga pendidik profesional yang mendidik, membimbing, melatih, memberikan
penilaian, mengajarkan suatu ilmu serta melakukan evaluasi kepada murid-murid. Definisi guru
adalah seseorang yang telah mengabdikan dirinya untuk mengajarkan suatu ilmu, mendidik,
mengarahkan, dan melatih muridnya agar memahami ilmu pengetahuan yang diajarkannya
tersebut. Dalam hal ini, guru tidak hanya mengajarkan pendidikan formal, tapi juga pendidikan
lainnya dan biasanya menjadi sosok yang diteladani oleh para muridnya. Guru juga telah diberi
tanggungjawab bagi memberikan dorongan kepada para muridnya agar berusaha keras untuk
lebih maju. Bentuk dorongan yang diberikan oleh seorang guru kepada muridnya biasa dengan
berbagai cara, misalnya memberikan hadiah. Menurut Dri Atmaka (2004:17), pendidik atau guru
adalah orang yang bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada siswa dalam
pengembangan baik fizik dan spiritual.

Saya sebagai seorang guru telah mengajar di beberapa buah sekolah rendah. Antaranya
SJKC Pei Hwa Pedas, SJKC Chung Hua Rantau. Kini, saya bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan

11
Cina Ladang Sungai Salak Seremban Jaya dan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata
pelajaran yang saya perlu ajar. Ini merupakan satu cabaran kepada saya kerana majoriti murid
di sekolah ini adalah berbangsa Cina iaitu sebanyak 80% Tambahan pula, mereka biasa bertutur
dalam Bahasa ibunda iaitu Bahasa Mandarin dan sebahagian daripada murid di sekolah ini tidak
mahir dalam menggunakan Bahasa Melayu baikpun bertutur atau menulis. Sekolah saya
mempunyai 11 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu termasuklah saya. Dalam 11 orang
ini, 6 orang guru terdiri daripada kaum Melayu dan selainnya merupakan guru yang berkaum
Cina.

Penguasaan ilmu sosiolinguistik adalah sangat penting bagi seseorang tenaga pengajar.
Bagaimana seorang guru boleh mendidik anak muridnya, sekiranya guru sendiri tidak mengusai
bidang tersebut. Hal ini adalah disebabkan profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu
memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan
serta mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu
pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik
supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu sosiolinguistik.

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dlm
hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umumnya, sosiolinguistik
merupakan kajian bagi aspek-aspek linguistik yang melibatkan aspek struktur, bahasa dan
penggunaan yang berhubung kait dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya
dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Dengan kata lain, sosiolinguistik meneropong
hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Berbagai-
bagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan
sosial harian yang berkaitan dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek
dan bentuk-bentuk gaya.

Perkara ini dibuktikan dengan pandangan Hudson (1990) yang menyifatkan bidang
sosiolinguistik sebagai, the study of language in relation to society. Ini bermakna, sosiolinguistik
berkait rapat dengan bahasa dan hubungan Bahasa dengan masyarakat. Hakikatnya, bahasa dan
masyarakat mempunyai hubungan yang erat dalam mencipta sejarah ketamadunan manusia. Hal
ini adalah disebabkan, pengkajian bahasa tanpa mengaitkannya dengan masyarakat akan

12
mengetepikan beberapa aspek penting dalam disiplin bahasa itu sendiri. Tambahan pula, bahasa
adalah suatu gejala yang sentiasa berubah dan sebahagian daripada punca perubahan itu timbul
daripada masyarakat yang menuturkannya.

Menurut Teo Kok Seong (1994), tugas yang paling utama sosiolinguistik adalah untuk
meneliti perbezaan cara-cara yang digunakan oleh anggota masyarakat bagi menyatakan perkara
yang sama. Dalam hal ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua perkara. Perkara primer
adalah gaya Bahasa atau dikenali sebagai linguistik, iaitu cara bentuk-bentuk bahasa yang
berbeza-beza. Ianya boleh terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa kata dan ayat yang
digunakan. Perkara sekunder, konteks sosial, iaitu faktor dan dimensi sosial yang mempengaruhi
penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu. Antara faktor sosial yang didapati mempengaruhi
penggunaan bentuk bahasa tertentu termasuklah peserta interaksi, latar sosial interaksi, fungsi
interaksi dan topik interaksi. Manakala, dimensi sosial yang mempunyai kaitan dengan faktor
sosial dan memberi kesan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang dipilih oleh seseorang itu
antaranya ialah, jarak sosial peserta interaksi, status pihak yang berinteraksi, keformalan dan
fungsi interaksi.

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang saya mengajar di sekolah ini, amalan positif
semasa mengajar anak didik adalah penting bagi memastikan sesi pembelajaran dan pelajaran
berjalan dengan lancar setiap hari. Didapati bahawa aspek-aspek sosiolinguistik telah
mempengaruhi penguasaan aspek ilmu sosiolinguistik dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
sekolah saya.

Antaranya ialah aspek linguistik yang merupakan aspek yang paling penting dan utama
bagi memahami sosiolinguistik. Linguistik adalah bahagian penting dalam diri manusia dan
letaknya pada akal. Tingkah laku dapat diperoleh kemahirannya melalui latihan berulang kali
tetapi ilmu linguistik bukan saja membabitkan latihan fizikal seperti bertutur dan menulis dengan
betul, malah membabitkan penyemaian sistem nilai, budaya dan persepsi. Isu ini sebenarnya
adalah salah satu isu yang tercakup dalam kajian falsafah bahasa. Seseorang guru itu bukan
sekadar untuk membolehkan anak didiknya cekap berkomunikasi. Kecekapan berkomunikasi
tidak sepatutnya dinilai semata-mata daripada sudut kepetahan berbicara. Ada aspek nilai,
budaya dan agama yang mesti ditekankan.

13
Berdasarkan temu ramah yang telah saya berjalan dengan beberapa orang guru Bahasa
Melayu di sekolah saya, didapati bahawa dwibahasa atau multilinguistik adalah penting bagi
melancarkan sesi pembelajaran dan pelajaran setiap hari. Hal ini adalah disebabkan kebiasaanya
kami bertutur menggunakan Bahasa ibunda iaitu Bahasa Mandarin, keadaan ini telah
menimbulkan pelbagai masalah kepada tenaga pengajar yang berkaum Cina. Sebagai contohnya,
sebutan perkataan tidak tepat dan juga dan kadang kala penyusunan ayat tidak tepat. Bagi
menyelesaikan masalah ini, guru-guru yang manghadapi masalah akan selalu meminta tunjuk
ajar daripada guru yang berbangsa Melayu dan mereka amatlah sudi untuk memberi tunjuk
ajar. Melalui temu ramah ini juga, dapati bahawa guru Bahasa Melayu sekolah saya yang
berbangsa Cina mengalami sebutan yang kurang tepat dalam sebutan “r”, seperti
“rasa” , mereka akan menyebut jadi “lasa”. Fenomena ini terjadi adalah disebabkan
pengaruh bahasa ibunda dan kurangnya guna Bahasa Melayu semasa berkomunikasi dengan
orang lain.

Selain itu, bagi memudahkan pemahaman murid yang majoritinya terdiri


daripada kaum Cina mempelajari Bahasa Melayu, guru-guru Bahasa Melayu sekolah
saya selalu menggunakan bahasa Cina untuk menjelaskan makna perkataan dahulu.
Sebahagian guru yang berbangsa Melayu yang tidak pernah belajar Bahasa
Mandarin, semasa mereka menjelaskan perkataan baru, mereka akan meminta
pertolongan murid yang berbangsa Cina menulis tulisan Bahasa Cina untuk menjelaskan
perkataan tersebut. Apabila mereka memberi pesanan dalam Bahasa Melayu dan
mendapati pelajar kurang faham, mereka meminta tunjuk ajar guru berbangsa Cina
untuk menterjemah kepada Bahasa Cina, mereka akan mencatat di dalam buku nota
peribadi dengan sebutan dan cuba untuk membaca kepada anak murid.

Tambahan pula, pengaruh dialek, pinjin dan kreol perlu dikurangkan dalam pengajaran
dan pembelajaran harian. Para guru digalakkan untuk memberi penekanan kepada penggunaan
bahasa Melayu yang ‘standard ’ dalam komuniti pelajar yang  terdiri daripada pelbagai
latar belakang iaitu menggunakan bahasa pengantar yang setiap orang boleh difahami  dan

14
berperanan untuk menyatukan. Contohnya guru Bahasa Melayu yang berbangsa
Melayu sering kali berbahasa Melayu dengan dialek Kelantan dengan tidak sengaja.
Mereka telah biasa menggunakan Bahasa Melayu yang merupakan dialek tempatan
mereka. Contohnya : mereka seringkali menyebut “saya” sebagai “den”. Walaupun
guru Bahasa Melayu mengetahui bahawa perlunya menggunakan Bahasa Melayu
standard, tetapi masih berbahasa kacukan semasa berinteraksi dengan anak murid di
luar bilik darjah. Keadaan ini terjadi adalah disebabkan guru Bahasa Melayu tersebut
ingin mempermudahkan anak murid memahami mesej yang dia hendak sampaikan.

Bagi memperbanyakkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah, guru Bahasa


Melayu sering mengadakan aktiviti kebahasan seperti berpidato dan bercerita dalam
kelas. Guru perlu menyedari peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang
wajib untuk dikuasai  dengan baik bagi membolehkan murid-murid menguasai bahasa
Melayu dalam memenuhi tuntutan sosial dan  agenda perpaduan antara masyarakat
pelbagai kaum. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa
kebangsaan di bilik darjah dengan murid pelbagai kaum sering dipertimbangkan oleh
guru-guru Bahasa Melayu. Dalam pengajaran berbahasan, guru Bahasa Melayu perlu
mengajar kesantunan bahasa, pelajar perlu bersopan semasa berbahasan. Daripada
pemerhatian saya juga dapati bahawa guru Bahasa Melayu sekolah saya amat
menitikberatkan kesopanan murid berbahasa Melayu. Sebagai contoh, sebelum memesuki
pejabat guru mencari guru Bahasa Melayu yang berkaitan, mereka menegaskan bahawa
anak murid perlu mengucap dahulu sebelum memberitahu matlamat mereka datang ke
pejabat guru.

Keberkesanan terhadap maklumat yang ingin disampaikan kepada pendengar


bergantung kepada pemilihan ragam bahasa oleh penutur ketika berkomunikasi.
Penggunaan ragam bahasa yang tepat memperlihatkan ciri-ciri kesantunan berbahasa
semasa berkomunikasi, ini juga dipandangkan tidak langsung ia melambangkan
keperibadian seseorang penutur itu. Ahmad Mahmood ( 2008 ) menyatakan bahawa, dalam
proses komunikasi antara penutur dan pendengar, “ budaya sopan santun sangat
penting untuk memelihara hubungan antara dua pihak, di samping memelihara

15
komunikasi tersebut agar berterusan dalam keadaan yang selesa ”. Seseorang yang
berinteraksi dengan bahasa yang “ sopan dan halus ” dikatakan mempunyai budi
bahasa yang tinggi. Sebaliknya, seseorang yang melafazkan kata-kata “ kasar dan
kurang sopan ” dikatakan sebagai ‘ biadap ’ malah boleh dianggap sebagai ‘ kurang
ajar ’ ( Asmah, 1992: 61 ). Asmah ( 2007 ) turut menjelaskan bahawa seseorang penutur
itu perlu berhati-hati ketika melakukan komunikasi interpersonal supaya ‘ air muka ’
pihak yang dilawan bicara dapat dipelihara dan tidak dijatuhkan.

Selain itu, ragam bahasa tinggi dan rendah perlu diajarkan kepada murid-murid
mengikut situasi yang sesuai. Misalnya, dalam majlis atau tujuan yang lebih rasmi,
laras bahasa tinggi atau Bahasa Melayu standard perlu  digunakan seperti dalam
penulisan surat rasmi mahupun teks pengacara majlis dan penguccapan awam. Guru-
guru Bahasa Melayu di sekolah saya selalu melatih anak murid di sekolah saya
memberi ucapan dalam aktiviti rasmi sekolah seperti Hari Penyampaian Hadiah,
Hari Kanak-kanak, Hari Guru, dan sebagainya. Mereka mengajar anak murid
menggunakan ragam bahasa tinggi semasa menyampaikan sebarang ucapan. Murid-murid
selalu diingatkan untuk menggunakan bahasa ragam tinggi dalam perasmian yang
dijalankan di sekolah.

Amalan budi bahasa dalam masyarakat dapat kita lihat adalah semasa berbicara
atau berkolaborasi dengan seseorang tidak wajar memalingkan muka ke tempat lain,
tidak mencelah percakapan seseorang atau perbualan orang lain sehingga percakapan
atau perbualan itu terhenti mahupun hilang ideanya dan tidak melakukan perkara
lain ketika seseorang sedang bercakap. Misalnya, ketika guru sedang mengajar dan
bercakap di depan, murid-murid perlulah fokus dan tidak berbuat bising atau bercerita
dengan sesama sendiri. Hal ini demikian kerana, tugas murid adalah mendengar dan
memberi respon kepada guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Saya adalah
salah seorang guru Bahasa Melayu yang tidak mengizinkan murid saya mencelahkan
percakapan saya semasa saya menyampaikan sesuatu hujahan di dalam kelas. Secara

16
logiknya, apabila hal ini dibawa dalam aspek kesantunan bahasa, murid-murid itu
dikatakan memenuhi semua kiteria kesantunan bahasa jika mereka memberikan perhatian
dan respon dengan sopan ketika guru mereka sedang mengajar di hadapan mereka.

Watts et. Al ( 1992:43 ) menyatakan bahawa kesantunan merupakan tingkah


laku yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan
interpersonal manusia. Bayraktaroglu ( 1997:5 ) berpendapat bahawa kesantunan
merupakan kelakuan yang diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan
ancaman serta ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia
menjadi renggang. Berdasarkan pentakrifan dan interpretasi beberapa tokoh di atas,
kita dapatlah menyimpulkan bahawa kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai,
tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan air muka pendengar.
Pengajaran guru tidak hanya tertumpu kepada pengunaan tatabahasa yang betul, tetapi
sebaiknya   menekankan peranan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan santun
bagi memenuhi tuntutan sosial   murid dalam masyarakat seperti yang dihasratkan
dalam kurikulum standard pendidikan Bahasa Melayu   kebangsaan. Sebagai
contohnya, dalam kelas Bahasa Melayu, semasa anak murid mengadakan perbincangan
dalam kumpulan. Jika mereka tidak berbahasa sopan, perbincangan akan menjadi
tidak berkesan. Dalam hal begini. Para guru memainkan peranan yang penting untuk
mengingatkan anak murid menggunakan kesantunan bahasa supaya perbincangan
menjadi lancar dan berkesan.

Kesimpulannya, penggunaan sosiolinguistik adalah sangat penting bagi membina seorang


insan yang berguna. Oleh itu, kita hendaklah memberi penerapan sejak dari kecil terutamanya
semasa sekolah rendah. Peranan seorang guru juga adalah sangat penting kerana segala gerak
geri yang dibuat oleh seseorang guru itu akan diikuti oleh murid-murid. Tegasnya, guru-guru
haruslah menunjukkan contoh atau teladan yang baik setiap masa.

17
BAHAGIAN C

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran            :           Bahasa Malaysia

Kelas                           :           2H

Tarikh                          :           15.10.2020

Masa                           :            08.05 – 08.35

Bilangan murid            :           33 murid

Tema          :           6 Budaya Bangsa

18
Unit : 17 Hargailah Seni

Standard Kandungan : 5.1

Standard Pembelajaran : 5.1.4

Objektif pembelajaran :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Melaksanakan sesuatu arahan dengan tindakan yang wajar

2. Membina ayat perintah dengan betul

3. Menjawab dengan betul empat daripada lima soalan kefahaman.

Sistem bahasa   :     Tatabahasa – Ayat Perintah            

Nilai : Menghargai

19
KB : Menghubungkaitkan

Ilmu : Kesenian dan Kebudayaan

KP : Konstruktivisme

Aktiviti P&P :

1.    Set induksi : Permainan (sampul rahsia) (Menyampaikan maklumat)

Dalam aktiviti set induksi, murid-murid menjalankan aktiviti permainan (sampul rahsia)

. Guru meminta ketua kumpulan tampil ke ke depan untuk mencabut pesanan yang

terdapat di dalam sampul rahsia.Ketua kumpulan diberi masa mengingati maklumat dan

menyampaikan pesanan kepada setiap ahli kumpulan.Ahli kumpualan terakhir akan

menyatakan maklumat yang diterima.Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran

pada hari ini.

Arahan guru :

20
(A ) Sebelum Menjalankan Permainan:

1) Minta perhatian murid-murid. Hari ini kita akan menjalankan aktiviti (sampul

rahsia) .

2) Sila duduk dengan baik,.

3) Sila dengan arahan dengan telitinya.

4) Tolong catat maklumat dalam buku latihan kamu.

5) Jangan membuat bising.

6) Minta kamu dapat memberikan kerjasama.

(B ) Selepas Menjalankan Aktiviti :

Guru boleh berbincang dengan murid bahawa semasa melawat ke muzium. Kita

mestilah berikan kerjasama kepada pihak muzium.Sila patuhi segala peraturan yang telah

ditetapkan. Jangan sentuh atau memainkan alat muzik tanpa kebenaran. Guru boleh

menegaskan bahawa bahasa yang disampaikan mesti mengikut sifat bahasa.

Dalam Langkah ini, guru menggunakan kata perintah untuk memberi arahan, di

samping itu guru akan menamparkan ayat perintah yang diucapkan oleh guru di

papan kenyataan. Dari segi sosialinguitik, guru menggunakan aras bahasa tinggi

dalam memberi arahan. Di samping itu guru juga mengajar murid kesantunan

berbahasa berbentuk kesantunan lisan. Komunikator memainkan peranan penting untuk

memastikan keempat-empat perkara berikut dipatuhi:

a) Bertanggungjawab memberi pemahaman kepada khayalak

21
b) Bertindak balas terhadap maklum balas khayalak

c) Bertukar-tukar fikiran dengan khayalak

d) Memenuhi kehendak khayalak

Dalam memberi arahan kepada murid, guru menggunakan arahan yang mudah

difahami oleh murid, supaya mereka dapat memberi impak yang sesuai.

Dalam aktiviti di atas secara tidak langsung, guru boleh menerapkan nilai

menghagai budaya warisan.

2.    Langkah 1 : Menonton video- Guru menayangkan video mengenai pengenalan kata

perintah.

Selepas menonton video, guru mengarahkan murid mencari kata perintah yang

terdapat dalam video. Kemudian guru menjelaskan penggunaan kata perintah dan

memberi arahan. Guru menjelaskan ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan

tujuan memberikan suruhan, larangan, ajakan, atau menyampaikan permintaan.

Guru meminta murid tampil ke depan melakon situasi yang terdapat di dalam video

( Melakonkan seorang anak yang dahaga dan ingin ibunya menuangkan air ).

Berdasarkan situasi yang diberi, murid diminta membuat simulasi terhadap arahan

yang tertera ( Murid akan berlagak dirinya sebagai seorang anak dan memberikan ayat

perintah seperti berikut : Mak , adik dahaga , adik nak minum air .) Dalam situasi di

22
atas guru boleh menjalankan sesi soal jawab, menyoal murid adakah ayat yang dibina

itu sesuai. Dari segi sosialinguistik, ayat yang dibina itu merupakan bahasa pasar.

Guru membimbing perbincangan murid bagaimana membina ayat perintah yang

berbentuk menyampaikan permintaan. Guru boleh membimbing murid membina ayat

perintah : Ibu, tolong menuangkan saya secawan air.

Seterusnya, guru boleh meminta murid lain tampil ke depan untuk melakon

situasi yang seterusnya. Situasi yang berlainan situasi seperti : situasi yang membina ayat

perintah berbentuk suruhan, larangan dan ajakan.

3.    Langkah 2 : Permainan Petak Perintah ( Dam Ular dan Dadu)

Guru mengarahkan murid-murid duduk dalam kumpulan .Murid memulakan aktiviti

dengan bermainan petak perintah .Guru sediakan sebiji dadu. Minta rakan membaling

dadu mengikut giliran. Murid - murid bergerak mengikut bilangan yang ada pada dadu.

Sekiranya kamu berada pada petak petak yang mempunyai gambar pangkal tangga, kamu

dikehendaki menjawab soalan .Murid-murid dikehendaki melengkapkan ayat perintah

dengan menggunakan kata perintah yang sesuai . Kemudian menjawab soalan ,naik ke

petak hujung tanda .Sekirannya murid berada pada petak yang mempunyai gambar kepala

ular ,murid -murid dikehendaki untuk turun ke petak ekor ular. Kemudian murid -murid

dikehendaki menjawab soalan dengan betul. Apabila murid-murid berada pada tangga

atau kepala ular ,murid perlu mencabut satu kad pada kotak manual pengguna .

23
Soalan Petak Perintah

1. _____________duduk di atas meja itu.

2._____________berjumpa dengan ketua kampung pada esok pagi.

3.____________ berikan tumpuan semasa guru mengajar.

4. ____________ lah datang ke rumah baharu saya.

Jawapan:

1. Jangan

2. Sila

24
3. Minta

4. Sila

Akhirnya ,guru meminta murid- murid membaca ayat perintah dengan intonasi yang

betul.

Dalam aspek tatabahasa, banyak perkara

4.    Langkah Perukuhan : Soalan kefahaman ( Penyoalan keseluruhan kelas menggunakan

lembaran kerja.)

Murid diminta untuk melaksanakan tugasan berdasarkan buku gajet A. Murid menjawab

soalan yang diberikan di dalam lembaran kerja. Murid membacakan jawapan mereka. Guru

menyelesaikan masalah kekeliruan murid. Guru meminta murid membuat ayat berpandukan

perkataan yang diberi ke dalam buku tulis. Murid membuat latihan di dalam buku latihan.

5.    Penutup : Kerja rumah

25
Dalam sesi ini, guru memesankan kerja rumah, iaitu murid membuat buku aktiviti muka

surat 31. Guru menjelaskan cara menyelesaikan soalan dalam buku aktiviti.

Refleksi pengajaran

  Set induksi

Aktiviti set induksi yang saya rancang ialah permainan. Saya menyediakan aktiviti permainan

(sampul rahsia) untuk menyampaikan maklumat.

Saya telah meletakkan kad arahan yang mengandungi ayat perintah di dalam

sampul surat . Langkah ini berguna untuk menarik perhatian murid .  

Langkah 1

Langkah satu saya yang saya rancang ialah menonton video. Saya menyediakan

sebuah video . Selepas menonton video saya mengarahkan murid-murid mencari kata

perintah yang terdapat dalam video tersebut. Langkah ini berguna untuk menarik perhatian

murid .

Murid dapat membina ayat Perintah berbentuk minta. Dalam aktiviti ini saya

dapat menerapkan bentuk panggilan dalam Bahasa Melayu, Bentuk panggilan ini

bergantung kepada status dan perhubungan social sesebuah masyarakat. Penggunaan

system panggilan yang betul dapat menambahkan kesantunan berbahasa seseorang

ketika berkomunikasi.

26
Langkah 2

Dalam langkah kedua, dari segi aspek tatabahasa, banyak perkara yang boleh

diketengahkan. Pertama, kebanyakan ayat yang digunakan dalam situasi yang diberi

merupakan ayat perintah yang mengalami pelbagai proses. Penggunaan ayat perintah

dalam situasi bertepatan dan bersesuaian sekali memandangkan laras ini bertujuan untuk

mengajar seseorang itu menyampaikan permintaan dengan sopan .

Langkah pengukuhan

Langkah pengukuhan saya ialah Soalan kefahaman ( Penyoalan keseluruhan kelas

menggunakan lembaran kerja.) Saya membekalkan lembaran kerja yang berkaitan dengan

pengajaran saya kepada murid saya. Semasa murid membuat lembaran kerja, saya

berjalan-jalan dari sini ke sana untuk memberi bantuan kepada mereka yang tidak

dapat melakukan kerja sendiri.

Dalam langkah ini, jika murid menghadapi masalah juga boleh menghulukan

tangan untuk meminta bantuan guru. Dalam proses ini, guru boleh menyerapkan nilai

moral bahawa meminta bantuan guru mesti bersopan dalam berbahasa Melayu.

Penutup

27
Fasa penutup saya ialah memesan anak murid menyelesaikan Buku Aktiviti. Guru perlu

memperingatkan anak murid membina ayat Perintah dengan menggunakan Kata Perintah.

Bahan Bantu Belajar

Lembaran Kerja

Aktiviti 6

Lengkapkan ayat perintah menggunakan kata perintah yang sesuai

1. Minta berikan tumpuan semasa senaman taici dilakukan.

2. Jangan duduk di atass gendang itu.

3. Sila makan kuih nyoya yang ada di dalam bakul siya.

4. Sila gunakan piring-piring seramaik ini dengan cermatnya.

5. Jangan conteng wau yang cantik itu.

28
29
30
RUJUKAN

1. Abdullah Hassan, Madian Shah Omar, Indrawati Zahid, 2006.


2. Alsagoff, S. A. (1984). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Educational
Books.
3. Bahasa Melayu. Abdullah Hassan, 1992, Linguistik Am. Hashim Bin Musa, 2000,
journal
4. DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2017
5. DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2018
6. Fernando Penalosa (1981). Introduction to the Sosiology of Language, Rowley, London,
7. HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK. (n.d.). Retrieved from
http://dharmawi.blogspot.com/2012/02/hbml3403-linguistik-dan-sosiolinguistik.html
8. Hudson, R. A. (1990). Sociolinguistics. Cambridge u.a.: Cambridge Univ. Pr.
9. Kok, S. T. (1994). A sociolinguistic description of the Peranakan Chinese of Kelantan,
Malaysia. Ann Arbor, MI: University Microfilms International.
10. Maxmanroe.com. (2018, November 16). Pengertian GURU adalah: Definisi, Tugas,
Peran Guru dalam Pendidikan. Retrieved from
https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-guru.html
11. Mohd Kodri Bin Ab Malik (Anjkh). (1970, January 01). Konsep Sosiolinguistik.
Retrieved from http://kodrimohd.blogspot.com/2012/03/konsep-sosiolinguistik.html
12. R.A. Hudosn (1983). Sociolinguistics, Cambridge: Cambridge University Press.
13. Roger T. Bell (1978). Sociolinguistics: Goals, Approaches and Problems, London: B.T.
Batsford Ltd.
14. Ronald Wardhaugh (1986). An Introduction to Sociolinguistics. Oxford: Basil Blackwell.
Tokyo: Newbury House Publishers Inc.

31

Anda mungkin juga menyukai