Pada 09 April 2021 yang lalu, Panitia Bahasa Melayu SJKC Sungai Salak telah mengadakan
Pertandingan Menulis Tulisan Bahasa Melayu. Pertandingan ini dijalankan mengikut tahun,
tahap 1 menulis Tulisan Rumi manakala tahap 2 menulis Tulisan Kursif.
Pertandingan ini bertujuan mempertingkatkan lagi kemahiran menulis Tulisan Rumi bagi tahap 1
dan Tulisan Kursif bagi tahap 2. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk
amalan menulis yang betul dan kemas bagi kedua-dua jenis tulisan.
Pertandingan ini berjalan dengan lancar, Keputusan pertandingan adalah seperti Lampiran 1.
Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang diingini. Gambar-
gambar dan keputusan semasa pertandingan dijalankan pada Lampiran 2.