PERTANDINGAN
MEMBACA BUKU CERITA
( BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER )
TAHUN 2017
Anjuran :
Pusat Sumber SJKC Sentral Paloh
SJK (C) SENTRAL PALOH
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEMBACA BUKU CERITA
(BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER )
TAHUN 2017
Pendahuluan :
Membaca adalah salah satu cara ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah menjadi kunci
ke arah peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang ilmu. Membaca adalah satu budaya ilmu
yang memupuk pembangunan intelektual , rohaniah ,emosi individu, kecerdikan intelektual
seseorang pelajar. Di samping itu, budaya membaca juga merupakan budaya yang positif dan
patut menjadi amalan dalam golongan pelajar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha
membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan memperkenalkan Program NILAM .
Dengan itu, aktiviti-aktiviti yang dimasukkan dalam Program NILAM adalah bercorak dan
berbagai.
Rasional :
Pembudayaan amalan membaca perlu dilaksanakan secara berterusan menerusi aktiviti galakan
membaca. Dengan ini , dapat mendedahkan murid-murid tentang kepentingan membaca dan
mendalami ilmu, melatih murid agar menanam minat membaca dalam diri masing-masing.
Selain itu , juga boleh melatih murid berinteraksi , keyakinan diri dan bersaing di antara satu
sama lain dan pendidikan berfokus dan berkeupayaan mencari serta mengumpul mklumat.
Matlamat :
Memupuk tabiat dan amalan membaca buku cerita dalam kalangan murid waktu cuti sekolah.
Tambahan pula, menggalakkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah sebagai medan menambahkan
ilmu pengetahuan.
Objektif :
1. Mengisi masa lapang murid pada waktu cuti persekolahan.
2. Menjadikan buku teman semua.
3. Salah satu cara penggalak kecerlangan pendidikan.
4. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat berehat sambil menambahkan ilmu ,
serta medan rujukan bahan bacaan.
5. Melahirkan generasi yang minat membaca.
Tempat dan Tarikh :
Jangkamasa :
Bermula jam 8 :30 pagi sehingga 12 :30 tengah hari
Kumpulan Sasaran :
Semua murid Tahap 1 ( Darjah 1,2,dan 3) dan Tahap 2 ( Darjah 4,5, dan 6 ) SJK (C) SENTRAL PALOH
( Sila rujuk lampiran 1)
Jawatankuasa :
Penasihat : Guru Besar
Puan Koh Mary
Pengerusi : GPK 1
Puan Lim Shuo Haa
Anggaran Kos :
JUMLAH RM200
Penutup :
Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberikan manfaat kepada
murid-murid SJKC Sentral Paloh 2017. Sehubungan itu, melalui program ini juga diharap
budaya membaca dapat diamalkan di SJKC Sentral Paloh 2017.
Lampiran 1
TAHAP 1
TAHAP 2