Anda di halaman 1dari 6

Kementerian Pendidikan Malaysia

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PROJEK KEMASYARAKATAN
RUMAH ANAK YATIM

TARIKH:
1 MAC 2019

TEMPAT :
PRECIOUS GIFT ORPHANAGE SOCIETY, NO. OFF, JALAN
GURDWARA & PERSIARAN SILIBIN, 30100 IPOH, PERAK.

ANJURAN :
UNIT S2 PISMP BAHASA CINA AMBILAN JUN 2017
UNIT S7 PISMP BAHASA TAMIL AMBILAN JUN 2017
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
1.0 PENGENALAN
Institut Pendidikan Guru (IPG) memainkan peranan penting dalam menyediakan
guru-guru yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
Untuk mencapai matlamat ini, kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Moral (MPU3102)
telah ditawarkan kepada siswa guru PISMP Semester 2 Tahun 2. Kursus ini mewajibkan
siswa guru untuk mengelolakan dan melaksanakan satu projek kemasyarakatan yang
meliputi aktiviti perancangan, pelaksanaan dan pelaporan bagi memenuhi syarat lulus
kursus. Projek ini merupakan salah satu langkah ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui projek ini, siswa guru dapat merancang dan
melaksanakan aktiviti yang berbentuk khidmat masyarakat terhadap komuniti setempat
terutamanya bagi golongan istimewa dan kurang berkemampuan. Perancangan dan
pelaksanaan projek ini dijalankan sebagai elemen nilai tambah kepada siswa guru. Projek ini
juga diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang bukan sahaja kaya dengan ilmu
pengetahuan tetapi juga memiliki personaliti diri yang menarik serta rela membantu golongan
istimewa dan kurang berkemampuan.
Projek yang menjadi pilihan kami adalah Projek Kemasyarakatan ke Rumah Anak Yatim
yang terletak di bandar ipoh iaitu Precious Gift Orphanage Society.

2.0 RASIONAL
Kesibukan kerjaya menyebabkan kurangnya perhatian terhadap golongan yang
kurang berkemampuan seperti orang tua, anak-anak yatim dan kanak-kanak spastik. Projek
kemasyarakatan ini diharapkan dapat menambahkan keprihatinan siswa guru terhadap
golongan yang kurang berkemampuan Perkara ini membantu dalam membina prinsip moral
alturisme dalam kalangan siswa guru dengan menghilangkan rasa penting diri serta
memupuk siswa guru yang berkasih sayang, simpati dan empati terhadap kesusahan orang
lain. Oleh itu, kelas kami telah memilih untuk pergi ke Precious Gift Orphanage Society.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang
bernasib baik dan terpinggir.
3.2 Menggembirakan golongan yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.
3.3 Memupuk sahsiah siswa guru yang kasih sayang, prihantin, bersimpati dan empati
terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

4.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA


Tarikh : 1 Mac 2019
Tempat : PRECIOUS GIFT ORPHANGE SOCIETY, NO. OFF, JALAN
GURDWARA & PERSIARAN SILIBIN, 30100 IPOH, PERAK.
Masa : 1.00p.m. – 5.30p.m.

5.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Dr Rizalman bin Muhammad


(Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh)
Pn Saidah Binti Haris @ Harith
(Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan
Penyelia :
Pendidikan Moral Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh)
Pengerusi : Chin Jia Yi
Naib Pengerusi : Barathy A/P Ragoo
Setiausaha : Ooi Zhi Qian
Naib Setiausaha : Hirranya A/P Nallappan
Bendahari : Ng Sin Ju
AJK Sponsor : 1. Amaze Tan Chun En
2. Heah Jey Kee
: 3. Teo Yue Ling
4. DiveyaI A/P Sivakumar
AJK Makanan & Hadiah : 1. Iong Hui Jie
: 2. Lee Hui Sing
3. Lim Su Min
4. Choo PuYi
5. Ranggetha A/P Chandran
AJK Pengangkutan : 1. Looi Yun Yuan
2. Ng Sin Ju
: 3. Larrshini Latha A/P Segaran
4. Sathia Kalaivani A/P Rajasegaram
AJK Siaraya/Muzik : Ng Wen Shin
AJK Aktiviti : 1. Ricky Liu Bih Chian
: 2. Sin Mei Kuan
3. Soo Man Lok
4. Teng Shu Wei
5. Arularasi A/P Jayaseelan
6. Lingeswari A/P Shanmugarajah
7. Tharany A/P Tharmaraja
AJK Dokumentasi & Buku Program : 1. Teoh Lu Shul
2. Yim Yi Ting
3. Tinishah A/P Rajeendran
4. Yogathaarani A/P G Selva Raj
AJK Protokol : Yvonne Chin YunXin

6.0 PERALATAN

7.0 JADUAL AKTIVITI


Masa Aktiviti Catatan
1.00p.m. – 1.30p.m. Bertolak ke Precious Gift Menaiki bus
Orphanage Society
1.30p.m. Tiba di Precious Gift Orphanage
Society
1.30p.m. – 2.00p.m. Senamrobik
2.00p.m. – 2.25p.m. Ice breaking
2.25p.m. – 2.45p.m. Music Chair
2.45p.m. – 3.30p.m. Rehat
3.30p.m. – 4.00p.m. Storytelling Time
4.00p.m. – 4.30p.m. Message Transferring Game
4.30p.m. – 5.00p.m. Guessing Game
5.00p.m. – 5.30p.m. Memberi cenderamata
5.30pm Bertolak balik ke ipg Menaiki bus

8.0 SUMBER KEWANGAN


Bil. Sumber kewangan Jumlah
1. Sumbangan AJK
RM 480
30 orang x RM 16

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Peralatan Kos Seunit (RM) Bilangan Kos (RM)
1. Pengangkutan 7.40 30 orang 222.00
2. Cenderamata untuk kanak- 8 30 orang 240.00
kanak
(Alat tulis dan makanan)
Jumlah 462.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan bahawa projek kemasyarakatan yang dirancang ini dapat dijayakan oleh
semua pihak sebagai satu usaha untuk memberikan pendedahan kepada siswa guru akan
golongan muda yang kurang bernasib baik dan kehidupan mereka. Di samping itu, kami juga
berharap perancangan dan pelaksanaan projek kemasyarakatan ini dapat memenuhi objektif
yang telah ditetapkan. Diharapkan juga agar semua pihak dapat memberikan komitmen dan
kesanggupan memberi sumbangan untuk menjayakan projek kemasyarakatan ini. Semoga
projek ini dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada siswa guru yang terlibat.
Disediakan oleh;

........................................
(OOI ZHI QIAN)
Setiausaha,
Projek Kemasyarakatan Ke Precious Gift Orphanage Society
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disemak oleh;

........................................................
(DR SAIDAH BINTI HARIS @ HARITH)
Penyelia,
Projek Kemasyarakatan Ke Precious Gift Orphanage Society
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disahkan oleh;

.........................................................
(DR RIZALMAN BIN MUHAMMAD)
Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Diluluskan oleh;

.........................................................
(TN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
PENGARAH,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Anda mungkin juga menyukai