Anda di halaman 1dari 19

ANSWER SHEET

DECLARATION BY STUDENT

I certify that this is my own work. I have not consulted with anyone or discussed the
contents of this exam with anyone. The content has not been previously submitted for
assessment to Asia e University or elsewhere. To do otherwise would constitute academic
dishonesty. I also confirm that I have kept a copy of this assignment.

Name: ___SOH CHAI WAY________________

Date: ____16 April 2021____________

STUDENTID SOH CHAI WAY


STUDENT NAME E30209200011
IC/ PASSPORTNUMBER 870524055504
SUBJECTCODE EPL321
SUBJECTNAME PSIKOLINGUISTIK
PROGRAMME BACHELOR OF EDUCATION
DATE OF SUBMISSION 18hb April 2021
LEARNING LOCATION SHINGO – SEREMBAN

Begin writing your answers in this page


(Font: Times New Roman, Size: 12, Line Spacing 1.5)
SOALAN 1

Huraikan apa yang anda faham berkaitan dengan psikolinguistik dan kaedah pengajaran
bahasa.

Secara amnya, perkataan psikolinguistik terbentuk dari dua perkataan iaitu psikologi dan
linguistik, iaitu dua bidang ilmu yang berbeza. Namun kedua-duanya sama meneliti bahasa
sebagai objek formal. Perkataan psikologi berasal dari bahasa Yunani Kuno psyche dan logos.
Perkataan  psyche bererti jiwa, atau roh manakala perkataan logos bererti ilmu. Psikologi
biasanya diertikan sebagai satu bidang ilmu yang mempelajari perilaku manusia. Caranya adalah
dengan mengkaji rangsangan, reaksi terhadap rangsangan itu dan mengkaji proses – proses akal
yang berlaku sebelum reaksi itu terjadi. Secara umum, linguistik pula bermaksud ilmu bahasa
atau ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Seseorang mempelajari bahasa
bukan dengan tujuan utama untuk mahir menggunakan bahasa itu, melainkan untuk mengetahui
secara mendalam mengenai kaedah, struktur bahasa, serta berbagai aspek dan segi berkaitan
bahasa itu.

Psikolinguistik merupakan bidang ilmu yang dapat mengetahui hal yang berlaku dalam
akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. Teori psikolinguistik adalah sesuatu pendapat
atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang psikolinguistik. Justeru, teori psikolinguistik
dianggap sebagai teori moden yang berdasarkan hasil kajian terbaharu mengenai hakikat kognitif
manusia. Menurut George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik bertujuan untuk menghuraikan
proses psikologi yang berlaku ketika sesesorang itu menggunakan ayat. Slobin (1974) pula
berpendapat bidang psikolinguistik dapat menghuraikan proses- proses psikologi yang
belangsung jika seseorang mengucapkan perkataan yang didengarnya ketika berkomunikasi dan
bagaimana kemampuan berbahasa itu diperoleh manusia. Psikolinguistik ialah ilmu yang
mempelajari perilaku berbahasa, baik perilaku yang tampak mahupun perilaku yang tidak
tampak. Perilaku yang tampak dalam berbahasa adalah perilaku manusia ketika bertutur dan
menulis atau ketika manusia menuturkan bahasa. Maka secara teorinya, psikolinguistik adalah
mencari satu teori bahasa yang linguistik boleh diterima dan secara psikologi dapat menerangkan
bahasa dan pemerolehannya.
Menurut Mangantar Simanjuntak (1980), psikolinguistik merupakan cabang linguistik
yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu proses-
proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya.
Psikolinguistik juga merupakan sebahagian daripada bidang linguistik yang menyelidik aspek-
aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia. Psikolinguistik
merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan
psikologi. Disiplin ilmu ini secara saintifik menganalisis perkara-perkara yang berlaku dalam
akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.

Menurut Nikelas (1988), psikolinguistik ialah ilmu tentang bahasa yang menelaah
misalnya tentang struktur bahasa, pemerolehan bahasa dan tentang hubungannya dalam bentuk
lain daripada komunikasi. Kridalaksana (1982) pula mendefinisikan linguistik sebagai ilmu yang
mempelajari bahasa secara ilmiah. Merujuk pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa ilmu
linguistik ialah ilmu tentang bahasa iaitu bahasa sendiri yang digunakan oleh manusia, baik
ketika berkomunikasi mahupun ketika menulis dan membaca.

Psikologi dalam pengajaran bahasa sangat penting kerana dengan memahami


psikolinguistik, seorang guru dapat memahami proses yang terjadi dalam diri pelajar
terutamanya ketika aktiviti membaca, berbicara mahupun menulis sehingga mampu melihat
masalah berbahasa dari sudut pandangan psikologi sebagai jalan penyelesaiannya. Kajian bidang
psikolinguistik memberi tumpuan dalam aspek yang berkaitan dengan perilaku manusia yang
melibatkan bahasa. Bidang ini juga berusaha untuk mengenal pasti struktur dan proses kebolehan
manusia untuk bercakap dan memahami bahasa .

Pengajaran adalah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan oleh guru bersama
dengan murid. Keadaan ini berlaku secara dua hala iaitu melibatkan guru dan murid. Guru
bertindak sebagai penyampai manakala murid berperanan sebagai penerima.Pengajaran
dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakan aktiviti yang sesuai
menggunakan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan. Bahasa pula didefinisikan sebagai alat
sistematik untuk menyampaikan perasaan atau gagasan dengan memakai tanda atau bunyi yang
mengandungi makna yang difahami. Bahasa juga merupakan sistem komunikasi yang
menggunakan simbol volak (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer.

Menurut Walija (1990), bahasa adalah komunikasi yang paling lengkap dan efektif untuk
menyampaikan idea, pesanan, maksud dan pendapat kepada orang lain. Melalui bahasa, manusia
dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat,
buah fikiran untuk mendapatkan maklumat atau informasi, menambah ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Bahasa merupakan alat yang di dalamnya terdapat konsep, nilai dan idea yang
diwarisi oleh sesuatu bangsa. Pandangan Chomsky juga telah dijelaskan oleh Lyons (1987),
“Pada pandangan Chomsky, bahasa berfungsi sebagai alat pemeri pemikiran, dan manusia secara
nurani atau secara genetik telah dianugerahkan dengan kemampuan untuk membentuk konsep-
konsep tertentu dan bukannya yang lain”. Menurut Abdullah Hassan (2002) pula, bahasa
menentukan pemikiran sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa merupakan alat yang memindahkan
sesuatu kebudayaan daripada satu generasi kepada satu generasi akan datang

Berdasarkan pemerhatian, penggunaan dialek dan bahasa ibunda merupakan satu masalah
pembelajaran dan pengajaran bahasa di sekolah. Murid akan melakukan beberapa kesalahan
bahasa seperti kesalahan tatabahasa mahupun kosa kata. Hal ini kerana murid sudah sekian lama
menggunakan bahasa tersebut sehinggakan murid menggunakan bahasa ibunda mahupun dialek
dalam penulisan karangan dan pembinaan ayat. Jadi guru perlu memahami budaya dan latar
belakang murid serta mengaplikasikannya dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Teknik,
kaedah mahupun strategi guru perlu mengatasi segala masalah psikologi murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran ini.

Pengajaran bahasa merupakan suatu bidang tugas amali yang kompleks dan pelbagai
disiplin di dalammya. Bidang ini bertujuan mengajar bahasa kepada murid bagi membolehkan
mereka menguasai bahasa dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan orang lain dengan
menggunakan bahasa yang telah dipelajarinya. Menurut Raminah Hj. Sabran (1990),
penyelesaian pelbagai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya berkait
rapat dengan pengetahuan tentang disiplin ilmu seperti limu linguistik dan psikologi. Teori,
kaedah, strategi atau teknik merupakan elemen-elemen penting dalam pengajaran bahasa.
Konsep-konsep tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain dengan menjamin
penyampaian berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa oleh guru.

Dalam konteks pengajaran bahasa, pelbagai strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang
akan digunakan oleh guru bagi mencapai objektif dan hasil pembelajaran tersebut. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan . Menurut Burden dan Byrd (1994, 2003), strategi adalah cara bagaimana
isi pengajaran disampaikan oleh guru kepada muridnya bagi mencapai sesuatu objektif
pengajaran. Strategi yang digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP)
boleh dijalankan secara berpusatkan guru dan berpusatkan murid.

Dalam strategi berpusatkan guru, peranan guru lebih eksplisit kerana guru berperanan
untuk merancang dan menyampaikan isi pelajaran serta mengarah dan mengawal aktiviti
pembelajaran. Dalam strategi berpusatkan murid pula, guru hanya merancang persekitaran
pembelajaran yang dapat mendorong murid berfikir serta melibatkan diri secara aktif bagi
melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam strategi berpusatkan murid juga, kebebasan
diberikan kepada murid bagi menjana idea dan pendapat mereka tentang isi pembelajaran.

Konsep strategi yang diutarakan oleh Edward M.Anthony (1963) menjelaskan bahawa
strategi merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta
memilih dan menyusun kaedah dan teknik menjagar secara logikal dan sistematik untuk
mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Secara keseluruhannya, psikolinguistik dan
pengajaran bahasa merupakan sebahagian cabang ilmu dalam bidang linguitik yang digunakan
dalam konteks pendidikan di sekolah.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar
yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza.
Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-
kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, murid dalam bilik darjah yang biasanya terdiri
daripada kumpulan lemah, kumpulan serdehana serta kumpulan cemerlang. Guru terpaksa
memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi
keperluan semua kumpulan. Di samping itu, keadaan setiap bilik darjah juga mempunyai
halangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar
belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi kaedah
pengajaran tetapi bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk
membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Menurut pandangan ahli-ahli psikolinguistik, pengetahuan bahasa boleh dikuasai melalui


dua cara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa. Dua cara penguasaan
pengetahuan bahasa inilah yang menyebabkan wujudnya perbezaan antara murid natif dan murid
bukan natif. Pelbagai cara perlu digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Cara yang dipilih haruslah sejajar dengan
kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. 

Psikolinguistik dan pengajaran bahasa amat penting dalam konteks pendidikan di


sekolah. Psikolinguistik dan pengajaran bahasa sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana
tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa, pembelajaran bahasa dan
pengajaran bahasa. Oleh itu, sumbangan bidang ini dapat memberikan manfaat terutama dalam
aktiviti pembelajaran dan pengajaran bahasa. Psikolinguistik ialah ilmu yang mempelajari
perilaku berbahasa, baik perilaku yang tampak mahupun perilaku yang tidak tampak seperti
persepsi, pemerolehan bahasa, dan penggunaan bahasa serta proses yang terjadi di dalamnya.

Secara keseluruhannya, guru perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencapai objektif-
objektif dalam dasar pelajaran Bahasa Melayu. Dalam pembelajaran terancang Bahasa Melayu
juga, rumus nahu perlu dipaparkan bagi memudahkan pelajar memahami , menghayati dan
menerapkan rumus yang telah mereka pelajari itu. Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan
untuk membantu melicinkan proses pengajaran dan melaksanakan matlamat guru dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Pakar-pakar dalam bidang pengajaran bahasa berpendapat kejayaan
dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan satu kaedah atau method pengajaran yang
tersusun berdasarkan teori-teori linguistic. Oller (1973) telah mengemukakan pendapat bahawa
tujuan utama adalah untuk memberikan huraian dalam deskripsi bahasa sebagai suatu sistem dan
juga penjelasan tentang bagaimana penutur bahasa berkomunikasi menggunakan bahasa.
Kesimpulannya, bidang ilmu psikolinguistik amat penting bagi guru dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Pengetahuan tentang kedua-dua
bidang ilmu ini dapat membantu guru memahami keperluan pelajar terutamanya dalam
menguasai Bahasa Melayu. Pengaplikasian ilmu psikolinguistik dalam pengajaran bahasa sangat
penting untuk murid-murid. Guru perlu kreatif dan melakukan kepelbagaian dalam usaha
menarik minat dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran
bahasa. Peranan guru yang kreatif dan inovatif juga penting dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Teknik, pendekatan, strategi dan kaedah
yang sesuai juga akan menarik minat murid iaitu memberi kesan kepada suasana pembelajaran
yang aktif.
SOALAN 2

Jelas dan huraikan ‘Tahap kritikal dalam proses pemerolehan bahasa pertama’. Berikan
contoh bagi setiap tahap yang digunakan dalam proses tersebut.

Definisi Pemeroleban Bahasa


Pemerolehan bahasa kanak-kanak merupakan satu bentuk kajian terhadap pertumbuhan bahasa
kanak-kanak yang merujuk kepada proses atau akibat pembelajaran satu aspek bahasa yang
tertentu seperti fonologi , morfo logi , sintaksis dan semantik yang akhimya akan melibatkan
pula proses pe mbe la jaran bahasa pada kese luruhannya . Terdapat sarjana yang membezakan
antara pemeroleh an ' yang dianggap sebagai pembelajaran satu rumus linguist i k, manakala
perkembangan· bahasa pula merujuk kepada cara menggunakan rumus-rumus tersebut
seterusnya dalamsituasi linguistik dan sosial yang lebih luas . Mangantar Simanjuntak telah
mengistilahkan pemerolehan bahasa kanak -kanak dengan merujuk kepada pertumbuhan dan
pcrkembangan bahasa mereka iaitu bagaimana cara seseorang itu dapat menguasai bahasa
ibundanya (Simanjuntak, 1990) . Belieu juga berpendapat bahawa pemerolehan bahasa
merupakan satu proses yang berlaku dalam otak seseorang individu yang melibatkan perlakuan
(performance) dan kecekapan (competence) (S i manjuntak , 19 78). Pemerolehan bahasa juga
merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan bahasa dalam bentuk ujaran yang
mempunyai makna berdasarkan lingkungan pengaJaman. pemaharnan dan tanggapannya
sendiriyang berbeza daripada sistem orang dewasa (Lyons, 1990). Awang Mohd .Amin(1979)
berpendiPat bahawa pemerolehan bahasa adalah merupakan bagaimana kanak-kanak menguasai
bahasa ibundanya atau bahasa pertama iaitu bahasa yang pertama kali didedahkan kepadanya
sejak ia dilahirkan ke dunia. Pemerolehan baha bennaksud juga bagaimana karlak-kanak dapat
menguasai bahasa pertama tanpa melalui proses pembelajaran yang fonnal dan intensif. Tidak
dinafikan bahawa proses pemerolehan bahasa ibunda oleh seseorang kanak-kanak bermula sejak
ia dilahirkan lagi sehi.nggalah ia sampai ke tahap boleh berkomunikasi dengan golongan
manusia yang terdekat dengannya (Abdul Aziz Sha rif, 199 I ). Pernerolehan bahasa kanak-
kanak adalah rnerujuk kepada penguasaan bahasa ibunda di kalangan kanak-kanak. Proses
tersebut berlaku secara tidak disedari oleh seseorang in divide. Ia meliputi pemerolehan fonologi,
sintaksis dan semantik bahasa pertama setiap individu yang berlaku secara serentak dan
berperingkat -peringkat mengikut turutan perkembangan seseorang itu.
Tahap-Tahap atau Proses Pemerolehan Bahasa Pertama Anak
Tahap pemerolehan bahasa pertama berkaitan dengan perkembangan bahasa anak. Hal ini
dikarenakan bahasa pertama diperoleh seseorang pada saat ia berusia anak-anak. Ardiana dan
syamsul Sodiq membagi tahap pemerolehan bahasa pertama menjadi empat tahap, yaitu tahap
pemerolehan kompetensi dan performansi, tahap pemerolehan semantik, tahap pemerolehan
sintaksis dan tahap pemerolehan fonologi.

1. Tahap Pemerolehan Kompetensi dan Performansi


Dalam memperoleh bahasa pertama anak mengambil dua hal abstrak dalam teori linguistik yaitu
kompetensi dan performansi. Kompetensi adalah pengetahuan tentang gramatika bahasa ibu
yang dikuasai anak secara tidak sadar. Gramatika itu terdiri atas tiga komponen, yaitu semantik,
sintaksis, dan fonologi dan diperoleh secara bertahap. Pada tataran kompetensi ini terjadi proses
analisis untuk merumuskan pemecahan-pemecahan masalah semantik, sintaksis, dan fonologi.
Sebagai pusat pengetahuan dan pengembangan kebahasaan dalam otak anak, kompetensi
memerlukan bantuan performansi untuk mengatasi masalah kebahasaan anak. Performansi
adalah kemampuan seorang anak untuk memahami atau mendekodekan dalam proses reseptif
dan kemampuan untuk menuturkan atau mengkodekan dalam proses produktif. Sehingga dapat
kita gambarkan bahwa kompetensi merupakan ’bahannya’ dan performansi merupakan ‘alat’
yang menjembatani antara ‘bahan’ dengan perwujudan fonologi bahasa.

2. Tahap Pemerolehan Semantik


Pemerolehan sintaksis bergantung pada pemerolehan semantik. Yang pertama diperoleh oleh
anak bukanlah struktur sintaksis melainkan makna (semantik). Sebelum mampu mengucapkan
kata sama sekali, anak-anak rajin mengumpulkan informasi tentang lingkungannya. Anak
menyusun fitur-fitur semantic (sederhana) terhadap kata yang dikenalnya. Yang dipahami dan
dikumpulkan oleh anak itu akan menjadi pengetahuan tentang dunianya.Pemahaman makna
merupakan dasar pengujaran tuturan.Salah satu bentuk awal yang dikuasai anak adalah nomina,
terutamayang akrab atau dekat dengan tempat tinggalnya, misalnya anggota keluarga, binatang
peliharaan, buah dan sebagainya. Kemudian diikuti dengan penguasaan verba secara bertingkat,
dari verba yang umum menuju verba yang lebih khusus atau rumit. Verba yang berkaitan dengan
kehidupan sehari-hari, seperti jatuh, pecah, habis, mandi, minum, dan pergi dikuasai lebih dahulu
daripada verba jual dan beli. Dua kata terakhir memiliki tingkat kerumitan semantik yang lebih
tinggi, misalnya adanya konsep benda yang pindah tangan dan konsep pembayaran.

3. Tahap Pemerolehan Sintaksis


Konstruksi sintaksis pertama anak normal dapat diamati pada usia 18bulan. Meskipun demikian,
beberapa anak sudah mulai tampak pada usia setahun dan anak-anak yang lain di atas dua tahun.
Pemerolehan sintaksis merupakan kemampuan anak untuk mengungkapkan sesuatu dalam
bentuk konstruksi atau susunan kalimat. Konstruksi itu dimulai dari rangkaian dua kata.
Konstruksi dua kata tersebut merupakan susunan yang dibentuk oleh anak untuk
mengungkapkan sesuatu. Anak mampu untuk memproduksi bahasa sasaran untuk mewakili apa
yang ia maksud. Pemakaian dan pergantian kata-kata tertentu pada posisi yang sama
menunjukkan bahwa anak telah menguasai kelas-kelas kata dan mampu secara kreatif
memvariasikan fungsinya. Contohnya adalah ‘ayah datang’. Kata tersebut dapat divariasikan
anak menjadi ‘ayah pergi’ atau ‘ibu datang’.

4. Tahap Pemerolehan Fonologi


Secara fonologis, anak yang baru lahir memiliki perbedaan organ bahasa yang amat mencolok
dibanding orang dewasa. Berat otaknya hanya 30% dari ukuran orang dewasa. Rongga mulut
yang masih sempit itu hampir dipenuhi oleh lidah.Bertambahnya umur akan melebarkan rongga
mulut.Pertumbuhan ini memberikan ruang gerak yang lebih besar bagi anak untukmenghasilkan
bunyi-bunyi bahasa.Pemerolehan fonologi atau bunyi-bunyi bahasa diawali denganpemerolehan
bunyi-bunyi dasar. Menurut Jakobson dalam Ardiana dan Syamsul Sodiq bunyi dasar dalam
ujaran manusia adalah /p/, /a/, /i/, /u/, /t/,/c/, /m/, dan seterusnya. Kemudian pada usia satu tahun
anak mulai mengisi bunyi-bunyi tersebut dengan bunyi lainnya. Misalnya /p/ dikombinasikan
dengan /a/ menjadi pa/ dan /m/ dikombunisakan dengan /a/ menjadi /ma/.Setelah anak mampu
memproduksi bunyi maka seiring dengan berjalannya waktu, aanak akan lebih mahir dalam
memproduksi bunyi. Hal ini dipengaruhi oleh lingkungan, kognitif dan juga alat ucapnya.
Peringkat-peringkat Pemerolehan Bahasa
Sebenarnya pemerolehan bahasa merupakan proses-proses yang berlaku di dalam otak kanak-
kanak semasa memperolehi bahasa ibundanya. la melibatkan pemerolehan bahasa pertama yang
terdiri daripada proses-proses pernahaman yang melibatkan kebolehan mengamati atau
kebolehan mempersepsi ayat-ayat yang didengar dan proses-proses penerbitan yang melibatkan
kebolehan menerbitkan atau mengeluarkan ayat-ayat ter sendi ri. Kedua-dua proses ini apabila
telah dikuasai oleh kanak-kanak akan menjadi kebolehan lin guistiknya . Pemerolehan bahasa
terdiri daripada proses-proses yang berlaku semasa kanak-kanak sedang menanamkan tatabahasa
ibundanya dan sewaktu belia menguasai perlakuan atau penerapan tatabahasa ini daJam
pemahaman dan penerbitan ayat (Simanjuntalc., 19 82).

Pemerolehan bahasa bayi akan meningkat sedikit demi sedikit dan berperingkat- peringkat
mengikut perkembangan otakn ya dan semak.in menin at usianya . Biasanya proses pemerolehan
bahasa itu kelihatan seperti satu keadai.n yang seolah-olah sudah terjadual sifatnya. Mengiku t
Teori Bio logis, sejak anak itu lahir, memang sud ah ada satu kebolehan menggunakan bahasa.
Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa (Kamaruddin Hussin, 198 8). Daripada
kajian yang telah dibuat oleh pengkaji- pengkaji sebelum i ni, didapati bahawa kanak-kanak
selalunya dapat memperolehi atau menguasai bahasa secara berperingkat-peringkat iaitu dari
masa masih bayi lagi kanakkanak telah mempelajari bahasa secara tidak formal di rnana proses
pembelajaran sebenamya berlaku dengan secara tidak disedari dan tidak perl u diajarkan. lni
adalah kerana semenjak dilahirkan Jagi seseorang kanak-kanak itu telah pun rnengeluarkan
bunyi daripada mulutnya dalam bentuk tangisan sebagai satu bentuk perhubungan di antara bayi
itu dengan ibubapanya ataupun dengan orang-orang di persekitar annya. Tetapi bentuk
perhubungan seperti ini tidak boleh dilihat sebagai bahasa kerana ia tidak mempunyai pola-pola
yang teratur, sedangkan bahasa mempunyai pola bahasa yang teratur yang secara berulang dapat
menyamp- ikan fikiran dan perasaan dengan setepatnya.
Peringkat- peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak kepada enam peringkat :

a) Peringk:at Membebel atau mengagah


Peringkat membebel atau mengagah ini bennula daripada kanak-kanak masih bayi lagi
sehinggalah mereka berusia enam bulan . Pada peringkat ini bayi membunyikan semua bunyi
yang terdapat dalam semua bahasa di dunia . Pada peringkat membebel lanjutan , bayi mulai
mengatur ucapannya menurut pola sukukata yang lebih teratur dan pada umumnya berbentuk KV
(konsonan vokal).
b) Peringkat Holofrasa
Ketika berumur setahun bayi mulai memasuki peringkat holofrasa atau suku kata yang sering
dianggap sebagai peringkat linguistik pertarna.
c) Peringkat Ucaoan Dua Kata
Peringkat Ucapan dua kata muncul semasa kanak-kanak berusia dua tahun .
d) Peringkat Permutaan Tatabahasa
Peringkat ini bennula pada masa kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun. Pada peringkat ini
kanak-kanak mulai memakai elemen-elemen tatabahasa yang rumit.
e) Peringkat Menjelang Tatatabahasa Dewan
Ketika berumur antara tiga dan empat tahun kanak-kanak mulai memasuki peringkat menjelang
tatabahasa dewasa . Ayat-ayat yang diterbitkan dikira rumit dan telah dianggap sebagai bijak
bercakap.
f) Peringkat Kecekapan Penuh
Ketika berumur empat atau lima tahun, kanak-kanak mulai memasuki peringkat kecekapan
penuh. Pada umumnya , kanak-kanak normal telah menguasai elemenelemen sintaksis Bahasa
ibundanya dan telah memiliki perlakuan (pemahanian dan penerbitan) yang memadai. Waiau
bagaimanapun perbendaharaan katanya masih kurang tetapi terus tumbuh dengan kecepatan
mendadak.
SOALAN 3

Pedagogi merupakan penerapan psikolinguistik di dalam pengajaran dan pembelajaran


bahasa Melayu. Jelaskan.

Ilmu Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji hubungan antara bahasa dan perilaku manusia. Ini
menunjukkan bahawa bahasa bukan sahaja dituturkan di bibir malahan turut diterjemahkan
melalui tingkah laku manusia. Contohnya seorang guru memarahi anak muridnya yang tidak
menyiapkan tugasan yang diberi. Pastinya murid tersebut akan tunduk malu, diam dan akan
sedikit pasif di dalam kelas pada hari tersebut. Terbukti, bahasa memainkan peranan dan
memberikan kesan kepada perilaku individu.Dalam persekitaran sekolah di Malaysia, guru
bahasa Melayu memainkan peranan yang penting kerana medium komunikasi di sekolah adalah
bahasa Melayu. Segala pertuturan dan arahan yang diucapkan oleh guru akan diingati oleh murid
dalam minda mereka. Antara kepentingan pengetahuan psikolinguistik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu ialah:

i) Membantu guru Bahasa Melayu menarik Minat Pelajar


Seorang pendidik harus peka pada perubahan dan tingkah laku seseorang pelajar. Pendekatan
berbahasa dengan baik merupakan salah satu teknik untuk menjadikan pelajar meminati mata
pelajaran bahasa Melayu. Guru yang bercakap dengan bahasa yang baik dan memahami
kehendak pelajar akan sentiasa ditunggu-tunggu kelasnya oleh pelajar. Ini semua boleh
diperolehi melalui ilmu psikolinguistik yang ada pada guru tersebut. Bagi pelajar yang kurang
yakin pada diri, pengetahuan dalam bidang psikolinguistik dapat dimanfaatkan oleh guru untuk
membantu mereka. Psikolinguistik membekalkan para guru dengan teknik-teknik asas dalam
pemerhatian dan interpretasi bahasa lisan dalam pertuturan pelajarnya.

ii) Membantu guru Bahasa Melayu menangani isu di dalam kelas


Tidak dinafikan, adakalanya para guru akan berdepan dengan masalah pelajar malas dan tidak
berdisiplin. Pelajar sebegini seringkali menimbulkan kemarahan guru. Dengan ilmu
psikolinguistik yang ada pada guru tersebut, guru akan cepat melihat perubahan sikap pada
pelajar. Guru yang baik akan cuba memahami masalah pelajar dan menyelesaikannya. Apabila
sesuatu teguran dilakukan kepada murid, guru akan sentiasa menjaga bahasa dan melihat
perubahan tingkah laku pelajar disamping sentiasa menjaga air muka pelajar. Pelajar yang rasa
dirinya tidak dihormati akan mula memberontak dan menimbulkan lebih banyak masalah kepada
guru. Ilmu psikolinguistik akan banyak membantu mengawal pelajar sebegini.

iii) Meningkatkan Motivasi Pelajar


Guru perlu bijak memberi motivasi kepada pelajar-pelajar melalui kaedah dan pendekatan
pengajaran yang digunakan. Dengan menguasai aspek psikolinguistik pelajar, guru bahasa dapat
memberikan peneguhan, menggerakkan penglihatan dan mencipta rangsangan. Contohnya,
dengan teknik penyoalan guru akan tahu setakat mana pengetahuan pelajar seterusnya
menggunakan pengetahuan tersebut bagi memulakan pengajaran dan menjana idea pelajar.
Kemampuan dan kebolehan guru bahasa memilih dan menerapkan pelbagai kaedah pengajaran
membolehkan pelajar memperolehi manfaat yang maksimum daripada aktiviti pembelajaran
yang dijalankan. Pelbagai teknik yang digunakan oleh guru dapat merangsang motivasi pelajar
untuk belajar bahasa. Matlamat supaya pelajar mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik
akan dapat dicapai.

Arbak (1985) menyatakan pengajaran ialah satu organisasi aktiviti yang dirancang dan diolah
oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada
pelajar-pelajarnya dalam satu suasana yang dipanggil bilik darjah. Koh Boh Boon (1985) pula
menyatakan pengajaran merupakan proseskompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai unsur
termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat dan minat pelajar serta pengaruh motivasi,
persekitaran sekolah, rumah dan dorongan ibu bapaterhadap pelajar.
Berdasarkan pendapat di atas, bolehlah disimpulkan bahawa pengajaran bahasa merupakan cara-
cara bagaimana guru menyampaikan maklumat kepada pelajarnya tentang bagaimana sesuatu
bahasa digunakan. Dalam usaha-usaha menyampaikan ilmunya, guru bahasa Melayu akan
menggunakan berbagai-bagai kaedah bagi membolehkan para pelajar menguasai Bahasa Melayu.
Kaeadah-kaedah yang diaplikasikan pastinya bersandarkan beberapa disiplin ilmu dan salah satu
daripadanya ialah psikolinguistik.
SOALAN 4

Berikan perkembangan dalam teori psikolinguistik yang boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran bahasa murid di sekolah rendah.

A. Teori Behaviorisme
Menurut teori ini, semua perilaku, termasuk tindak balas(respons) ditimbulkan oleh adanya
rangsangan (stimulus). Jika rangsangan telah diamati dan diketahui maka gerak balas pun dapat
diprediksikan. Watson juga dengan tegas menolak pengaruh naluri (instinct) dan kesadaran
terhadap perilaku. Jadi setiap perilaku dapat dipelajari menurut hubungan stimulus - respons.
Menurut Skinner, perilaku verbal adalah perilaku yang dikendalikan oleh akibatnya. Bila
akibatnya itu hadiah, perilaku itu akan terus dipertahankan. Kekuatan serta frekuensinya akan
terus dikembangkan. Bila akibatnya hukuman, atau bila kurang adanya penguatan, perilaku itu
akan diperlemah atau pelan-pelan akan disingkirkan. Implikasi teori ini ialah bahwa guru harus
berhati-hati dalam menentukan jenis hadiah dan hukuman.

B) Teori kognitif
Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental
yang memainkan peranan penting untuk mempelajari bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa
ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi
bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat
singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun sahaja. Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu mempunyai
pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah bergantung pada latihan giat
semata-mata.
Cara terbaik guru bagi melatih murid untuk bertutur dengan melafazkan bunyi – bunyi tertentu
ialah pendekatan komunikatif. Teori ini menyatakan kanak-kanak belajar berdasarkan konsep
cuba jaya. Murid-murid akan diberi peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka
berjaya melaksanakannya. Guru perlu menggunakan kaedah berpusatkan bahan iaitu guru
berperanan dalam memberi latihan , guru boleh memberi latihan yang membina kecekapan
dengan menggunakan rumus-rumus yang dibentuk.Berdasarkan teori ini tulisan dan bacaan
adalah diutamakan kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu
mengutamakan penulisan dan pembacaan.

C) Teoru Mentalis
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan
dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di
persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk
konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa
dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif.
Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka
perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak
mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Guru digalak menyedarkan kesilapan murid
dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus
yang telah dipelajarinya.

D) Teori Interaksional
Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak
melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka
mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Ketika kanak-
kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi
penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Melalui pendekatan
komunikatif, murid mudah untuk berkomunikasi dalam masyarakat tanpa sebarang masalah.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah penting
untuk berinteraksi Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk membolehkan
mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru perlulah mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi makna kepada
murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu membaiki kesilapan
bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur yang mereka guna
itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan sendiri. Guru juga boleh
menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.

Guru harus mengetahui benar kesenangan siswanya. Hukuman harus benar-benar sesuatu yang
tidak disukai anak, dan sebaliknya hadiah merupakan hal yang sangat disukai anak. Jangan
sampai anak diberi hadiah menganggapnya sebagai hukuman atau sebaliknya, apa yangmenurut
guru adalah hukuman bagi siswa dianggap sebagai hadiah.

E) Teori Nativisme
Istilah nativisme dihasilkan dari pernyataan mendasar bahaawa pembelajaran bahasa ditentukan
oleh bakat. Bahawa setiap manusia dilahirkan sudah memiliki bakat untuk memperoleh dan
belajar bahasa. Teori tentang bakat bahasa itu memperoleh dukungan dari berbagai sisi. Eric
Lenneberg (1967) membuat proposisi bahwa bahasa itu merupakan perilaku khusus manusia 2
dan bahwa cara pemahaman tertentu, pengkategorian kemampuan, dan mekanisme bahasa yang
lain yang berhubungan ditentukan secara biologis. Chomsky dalam Hadley (1993:50)
mengemukakan bahwa belajar bahasa merupakan kompetensi khusus bukan sekedar subset
belajar secara umum. Cara berbahasa jauh lebih rumit dari sekedar penetapan Stimulus- Respon.
Chomsky dalam Hadley (1993: 48) mengatakan bahwa eksistensi bakat bermanfaat untuk
menjelaskan rahasia penguasaan bahasa pertama anak dalam waktu singkat, karena adanya LAD.
Mc. Neil (Brown, 1980:22) mendeskripsikan LAD itu terdiri atas empat bakat bahasa, yakni: a.
Kemampuan untuk membedakan bunyi bahasa dengan bunyi-bunyi yang lain. b. Kemampuan
mengorganisasikan peristiwa bahasa ke dalam variasi yang beragam. c. Pengetahuan adanya
sistem bahasa tertentu yang mungkin dan sistem yang lain yang tidak mungkin. d. Kemampuan
untuk mengevaluasi sistem perkembangan bahasa yang membentuk sistem yang mungkin
dengan cara yang paling sederhana dari data kebahasaan yang diperoleh. Chomsky dalam Hadley
(1993: 49) mengemukakan bahwa bahasa anak adalah sistem yang sah dari sistem mereka.

F) Teori Kognitivisme
Menurut teori ini perkembangan bahasa harus berlandaskan pada atau diturunkan dari
perkembangan dan perubahan yang lebih mendasar dan lebih umum di dalam kognisi manusia.
Dengan demikian urutan-urutan perkembangan kognisi seorang anak akan menentukan urutan-
urutan perkembangan bahasa dirinya. 3 Menurut aliran ini kita belajar disebabkan oleh
kemampuan kita menafsirkan peristiwa atau kejadian yang terjadi di dalam lingkungan. Titik
awal teori kognitif adalah anggapan terhadap kapasitas kognitif anak dalam menemukan struktur
dalam bahasa yang didengar di sekelilingnya.

Pemahaman, produksi, komprehensi bahasa pada anak dipandang sebagai hasil dari proses
kognitif anak yang secara terus menerus berubah dan berkembang. Jadi stimulus merupakan
masukan bagi anak yang berproses dalam otak. Pada otak terjadi mekanisme mental internal
yang diatur oleh pengatur kognitif, kemudian keluar sebagai hasil pengolahan kognitif tadi.
Dapat dikemukakan bahwa pendekatan kognitif menjelaskan bahwa: a. Dalam belajar bahasa,
bagaimana kita berpikir. b. Belajar terjadi dan kegiatan mental internal dalam diri kita c. Belajar
bahasa merupakan proses berpikir yang kompleks. Laughlin dalam Elizabeth (1993: 54)
berpendapat bahwa dalam belajar bahasa seorang anak perlu proses pengendalian dalam
berinteraksi dengan lingkungan. Pendekatan kognitif dalam belajar bahasa lebih menekankan
pemahaman, proses mental atau pengaturan dalam pemerolehan, dan memandang anak sebagai
seseorang yang berperan aktif dalam proses belajar bahasa.

G) Teori Fungsional
Para peneliti bahasa mulai melihat bahawa bahasa merupakan manifestasi kemampuan kognitif
dan efektif untuk menjelajah dunia, untuk berhubungan dengan orang lain dan juga keperluan
terhadap diri sendiri sebagai manusia lebih mengutamakan pada bentuk bahasa dan tidak pada
tataran 4 fungsional yang lebih dari makna yang dibentuk dari interaksi sosial. Kognisi dan
perkembangan bahasa Piaget menggambarkan penelitian itu sebagai interaksi anak dengan
lingkungannya dengan interaksi komplementer antara perkembangan kapasitas kognitif
perseptual dengan pengalaman bahasa mereka. Penelitian itu berkaitan dengan hubungan antara
perkembangan kognitif dengan pemerolehan bahasa pertama.

H) Teori Konstruktvisme
Pembelajaran harus dibangun secara aktif oleh pembelajar itu sendiri dari pada dijelaskan secara
rinci oleh orang lain. Dengan demikian pengetahuan yang diperoleh didapatkan dari pengalaman.
Namun demikian, dalam membangun pengalaman siswa harus memiliki kesempatan untuk
mengungkapkan pikirannya, menguji idea-idea tersebut melalui eksperimen dan percakapan atau
tanya jawab, serta untuk mengamati dan membandingkan fenomena yang sedang diujikan
dengan aspek lain dalam kehidupan mereka. Selain itu juga guru memainkan peranan penting
dalam mendorong siswa untuk memperhatikan seluruh proses pembelajaran serta menawarkan
berbagai cara eksplorasi dan pendekatan. Dalam rangka kerjanya, ahli konstruktif menantang
guru- guru untuk menciptakan lingkungan yang inovatif dengan melibatkan guru dan pelajar
untuk memikirkan dan mengoreksi pembelajaran.

Untuk itu ada dua hal yang harus dipenuhi, iaitu: 1) Pembelajar harus berperan aktif dalam
menyeleksi dan menetapkan kegiatan sehingga menarik dan memotivasi pelajar, 2) Harus ada
guru yang tepat untuk membantu pelajar-pelajar membuat konsep-konsep, nilai-nilai, skema, dan
kemampuan memecahkan masalah 5 Teori ini muncul diilhami oleh perkembangan dalam
psikologi yaitu psikologi Humanisme. Sesuai pendapat yang dikemukakan oleh McNeil (1977)
“In many instances, communicative language programmes have incorporated educational
phylosophies based on humanistic psikology or view which in the context of goals for other
subject areas has been called ‘the humanistic curriculum’. Teori humanisme dalam pengajaran
bahasa pernah diimplementasikan dalam sebuah kurikulum pengajaran bahasa dengan istilah
Humanistic curriculum yang diterapkan di Amerika utara di akhir tahun 1960-an dan awal tahun
1970-an. Kurikulum ini menekankan pada pembagian pengawasan dan tanggungjawab bersama
antar seluruh siswa didik. Humanistic curiculum menekankan pada pola pikir, perasaan dan
tingkah laku siswa dengan menghubungkan materi yang diajarkan pada kebutuhan dasar dan
kebutuhan hidup siswa. Teori ini menganggap bahwa setiap siswa sebagai objek pembelajaran
memiliki alasan

Anda mungkin juga menyukai