Anda di halaman 1dari 14

EMB 412Pengajaran Kemahiran Mendengar dan

Bertutur dalam Bahasa Melayu

Tugasan B (30%)

ENCIK SUHASNI BIN DOLLAH


Soalan
Sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah, adakah anda bersetuju dengan
pernyataan di atas? Sokong jawapan anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.
PENGENALAN
• Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam
proses komunikasi yang berkesan antara manusia.

• Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi pendengar yang


baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi perhatian
terhadap perkara yang disampaikan.

• Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan pendapat atau


pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari .

• Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta


atau pengetahuan daripada perkara yang didengar
PENGENALAN

• Dalam PdP di bilik darjah, pelajar perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya
terhadap perkara yang disampaikan oleh guru.

• Caranya, pelajar perlu mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi
fokus terhadap perkara yang diajarkan oleh guru.

• Pelajar amat perlu mendengar penjelasan guru tentang sesuatu perkara yang
dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.

• Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi


jawapan.

• Begitu juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi pelajaran.
Dalam hal ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakan-rakan bagi
memperoleh maklumat yang dikehendaki.
KEMAHIRAN DALAM BAHASA MELAYU

• Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur,


membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras
kepada penguasaan bahasa baku.

• Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses


pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan
berkesan.

• Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan


dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua
komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.
MAKLUMAT DALAM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

• Maklumat dalam DSK menerangkan bahawa penggunaan Modul Kemahiran


Mendengar dan Bertutur yang memberi penekanan pada kemahiran mendengar
dan bertutur.

• Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti,


memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.

• Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk


menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea
yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan
bertatasusila.

• Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran


bertutur.
OBJEKTIF KAJIAN
• Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) telah menetapkan beberapa objektif
kemahiran mendengar dan bertutur bagi Tahun Empat.
• Jika diteliti objektif yang pertama tujuannya adalah untuk memastikan murid
mengetahui dan berkeupayaan mendengar, memahami dan memberi respons
yang sesuai secara lisan dan gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat
perintah dan soalan dengan betul.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif pembelajaran
1.3 mendengar, 1.3.1 mendengar, memahami dan Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
memahami dan memberi memberikan respons yang sesuai murid dapat memberikan respons yang
respons terhadap sesuatu secara lisan atau gerak laku sesuai secara lisan terhadap arahan
arahan, soalan dan terhadap arahan berdasarkan ayat berdasarkan ayat perintah dengan betul
pesanan yang didengar perintah dengan betul. dan memberikan respons yang sesuai
dengan betul. secara gerak laku terhadap arahan
berdasarkan ayat perintah dengan betul.
KEMAHIRAN MENDENGAR

• Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar


dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita,
dan perbincangan.

• Kemahiran mendengar ini ialah kemahiran lisan yang paling asas dan
berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).

• Tuan Jah dan Faridah (2011) Keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta
dapat memberikan maklum balas merupakan kemahiran mendengar yang
perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh terutamanya murid-murid yang
berada di sekolah rendah.
AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR

• Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan


perlu dikuasai oleh pelajar bersesuaian dengan Objektif Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang pertama.

• Setelah akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid dapat


mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal.
AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR

• Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji


atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar.

• Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut


perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan.

• Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh


guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang,
lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan
menyebut perkataan yang sama dengan guru.

• Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat


mengulangi perkataan yang disebut oleh guru.
KEMAHIRAN BERTUTUR
• Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran
berbahasa.

• Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya


menguasai kemahiran mendengar.

• Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran


mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara
satu dengan yang lain.

• Jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar


bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan.

• Sekali imbas, dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan


melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator)
manusia.
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

• Abdul Aziz Abdul Talib (1993), seseorang yang telah menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur tanpa disedari akan menguasai aspek tatabahasa,
perbendaharaan kata, fonologi dan semantik yang diserap dan dipelajari
melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti
bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa.

• Oleh itu, penguasaan kemahiran ini sangat penting agar murid menguasai
hukum dan peraturan tatabahasa dengan mudah
KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR
DAN KEMAHIRAN BERTUTUR

• Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling


melengkapi dan perlu diajar kepada murid secara serentak oleh guru.

• Hal ini kerana murid perlu mendengar arahan atau maklumat sebelum bertutur
atau berbual untuk menjalin hubungan serta memberikan pendapat dan idea
yang kreatif dan kritis secara bertatasusila.

• Kemahiran ini perlu diajarkan sebelum mengajar kemahiran lain bagi


membantu murid memahami hukum dan peraturan tatabahasa.

• Jelaslah bahawa kemahiran lisan ini harus dikuasai oleh murid sekolah rendah
bukan sahaja untuk menjalin hubungan, memberikan pendapat serta idea
malah untuk membantu murid memahami peraturan tatabahasa sebelum
beralih pada kemahiran yang lain.

Anda mungkin juga menyukai