Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Kepada Murid-Murid Kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran asas yang

sangat penting dalam kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak normal. Ia adalalah saluran utama bagi kemahiran yang lain iaitu kemahiran membaca dam menulis. Muridmurid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Seseorang yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik membolehkan mereka memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan mereka menyampaikan apa yang mereka fikir dan perasaan mereka dengan berkesan. Kemahiran mendengar dan bertutur ini perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia sangat penting kepada mereka. Antara lima kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur ini ialah pertama ia menggalakkan mereka untuk berani bergaul dengan rakan sebaya. Murid-murid yang mempunyai kemahiran ini akan senang bergaul dengan rakan-rakan mereka. Mereka juga akan mempunyai daya motivasi dan keyakinan yang tinggi. Muridmurid ini akan aktif melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kurikulum dan ko kurikulum kerana kemahiran merekan yang sangat baik. Berbanding murid-murid yang kurang menguasai kemahiran ini, mereka akan ragu-ragu dan tidak yakin dengan kemampuan mereka. Ada juga murid yang hanya mahir dalam bertutur tetap kurang dalam mendengar, mereka akan mengeluarkan idea yang tidak menepati kehendak. Begitu juga bagi mereka yang hanya menguasai kemahiran mendengar mereka hanya dapat mendengar dengan baik tetapi tidak dapat menyampaikan maklumat dengan baik. Yang kedua adalah, kemahiran lisan ini akan menggalakkan murid-murid untuk melahirkan idea-idea yang baik. Kesan dari kemahiran mendengar yang baik mereka dapat menangkap dengan jelas segala maklumat yang diberikan. Maklumat yang tepat akan merangsang otak mereka untuk berfikir dan meluahkan pendapat dan idea mereka. Cara dan gaya pertuturan yang baik akan memberi mereka keyakinan untuk menyampaikan idea kepada rakan-rakan mereka yang lain. Ini akan menjadikan aktiviti lisan mereka menarik dan aktif. Masalah yang sering dihadapi didalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah murid-murid sering tidak dapat memberikan jawapan yang betul dan adakalanya sessi soal jawab tidak dapat berjalan dengan baik. Ini kerana murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik dan ada diantara murid-murid yang tidak yakin untuk menjawab soalan kerana bimbang jawapan yang diberikan adalah salah. Selain itu kemahiran bertutur diajar untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan

syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru perlu memastikan murid boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Yang ketiga adalah, dengan menguasai dua kemahiran ini murid-murid akan mudah untuk melakukan perkongsian maklumat. Setelah mendengar penerangan atau maklumat dari guru, biasanya murid-murid akan diberikan latihan dan soalan untuk menguji kefahaman tentang apa yang mereka pelajari. Salah satu aktiviti yang sering di lakukan oleh guru untuk menggalakkan murid-murid berfikir ialah melakukan aktiviti berkumpulan atau perbincangan. Penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur akan memudahkan murid-murid untuk membuat perkongsian idea diantara sesama rakan mereka. Aktiviti akan berjaya sekiranya mereka dapat menyampaikan idea dan maklumat dengan baik dan mendengar setiap idea yang disampaikan dengan aktif. Sebaliknya sekiranya dua kemahiran ini tidak dikuasai dengan baik sebarang aktiviti yang melibatkan perbincangan tidak dapat dijalankan dengan baik. Maklumat dan ilmu yang disampaikan oleh guru tidak dapat dikuasai oleh mereka menyebabkan mereka sering salah faham atau keliru. Apabila situasi in berlaku maka perbincangan dalam kumpulan akan bertukar menjadi sesuatu yang huru hara Keempat, kemahiran mendengar dan bertutur sangat penting kerana ia memberi persediaan kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Sebagai contoh, apabila murid dapat menguasai apa yang didengar misalnya bunyi-bunyi haiwan dan cara menyebut nama haiwan tersebut secara automatik pada peringkat yang seterusnya murid tersebut dapat mempelajari cara bertutur apa yang didengar dengan betul. Seterusnya, apabila murid tersebut dapat bertutur dan mempelajari kemahiran membaca dan juga menulis. Di dalam kelas, untuk mempelajari kemahiran membaca murid-murid mestilah mendengar setiap maklumat dan perkataan yang disebut oleh guru dan menyebut atau menuturkannya semula dengan betul. Jika kemahiran mendengar tidak dapat dipraktikkan dengan baik perkataan atau ayat yang disampaikan oleh guru tidak dapat diterima oleh murid. Seterusnya mereka tidak dapat membaca dengan baik oleh kerana sebutan yang salah. Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa menyatakan bahawa kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutamanya semasa belajar di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk di kuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar akan dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh gurunya serta dapat memahami maksudserta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Dengan itu segala maklumat yang baru berkaitan dengan perkataan dapat di kuasai dan di luahkan dalam

bentuk penulisan pula. Secara tidak langsung murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan mudah dan baik. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan murid fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu. Yang kelima adalah kemahiran mendengar dan bertutur ini dapat memastikan muridmurid membina ayat secara lisan dengan betul seterusnya membantu mereka menguasai kemahiran menulis ayat dengan baik dan menggunakan struktur bahasa yang tepat. Jika mereka dapat mendengar dengan baik, segala maklumat yang disampaikan akan dapat mereka sampaikan semula dalam bentuk lisan dengan sempurna. Maklumat yang diperolehi akan merangsang otak mereka untuk mengolah semula idea dan menzahirkannya semula samada dalam bentuk pertuturan mahupun dalam bentuk penulisan. Secara tidak langsung, murid yang aktif mendengar akan bertindak dengan bijak sesuai dengan situasi dan sentiasa mendengar arahan yang di beri dengan baik. Seorang penulis yang baik haruslah mempunyai kemahiran mendengar yang baik supaya mereka dapat mendengar pendapat dan luahan hati orang yang berada di sekeliling mereka. Setelah itu maklumat yang diserap akan menjadikan mereka seorang penulis yang aktif berfikir berdasarkan pengalaman dan idea yang mereka perolehi dan hasil tulisan mereka adalah sangat baik. Kesimpulannya kemahiran mendengar dan bertutur adalah dua aspek paling asas dan penting dalam kehidupan seharian kita. Dua kemahiran itu perlu dipelajari secara sistematik dan berterusan di sekolah-sekolah. Dengan penguasan kemahiran tersebut dapat menjamin penguasaan Bahasa Melayu dengan baik. Anak-anak adalah umpama kain putih. Segala apa yang di dengar adalah ransangan bagi mereka untuk tindakan yang selanjutnya. Jika apa yang mereka dengar itu adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang positif maka minda mereka akan bertindak secara positif.

Anda mungkin juga menyukai