Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.

. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

rinsip-Prinsip Pemilihan Bahan a) Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

b) Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

c) Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif . Pengajaran guru

mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

Anda mungkin juga menyukai