Anda di halaman 1dari 2

Bi

na Insan Guru 2015


Refleksi Tugasan

Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izinnya dapat saya
menyelesaikan tugasan saya pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribun terima kasih kepada mentor peribadi saya iaitu En. Mokhtari Bin Mesran yang
telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta kerjasama beliau dalam
menjayakan program BIG ini dengan sempurna. Juga kepada rakan-rakan pengajian
yang telah bersama-sama membantu menjalankan aktiviti ini hingga selesai.
Setelah

mengadakan

dipertanggungjawabkan

mesyuarat

untuk memikul

pembahagian
tugas sebagai

jawatankuasa,
setiausaha

saya

program.

Tanggungjawab yang agak berat dan memerlukan komitmen yang tinggi dimana
sebagai setiausaha saya bertanggungjawab dalam pelbagai hal yang melibatkan
atucara program sama ada secara langsung dan tidak langsung. Namun
alhamdulillah berkat kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh para sahabat,
saya dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.
Sepanjang saya menjalankan tugasan ini banyak pengetahuan dan ilmu
berguna dapat saya perolehi terutama tentang kemahiran pengurusan bilik seni dan
juga bagaimana untuk menjadi seorang guru yang memegang gelaran sebagai Guru
Cemerlang. Pengalaman ini saya ambil untuk membantu saya meningkatkan
kemahiran saya dalam menguruskan sesuatu panitia. Terutamanya dalam
penyediaan fail panitia juga mengurus bilik seni untuk sentiasa kelihatan kondusif
dan selesa sebagai tempat untuk belajar. Saya juga dapat menimba ilmu bagaimana
untuk menjadi guru cemerlang setelah menjalankan sesi temuramah bersama guru
cemerlang sekolah tersebut. Melalui program khidmat bantu saya bersama rakanrakan telah berjaya menghasilkan mural dan juga bahan-bahan bantu mengajar
khas untuk SK Batu 3 Kluang. Semangat kerjasama dan setia kawan yang ada pada
kami telah berjaya menghasilkan mural yang boleh di anggap menarik dan sesuai
untuk bilik PSV sekolah tersebut.
Kesimpulannya, program BIG ini telah banyak mendedahkan saya dengan
ilmu-ilmu yang baru.Saya pasti ilmu yang saya perolehi ini akan banyak membantu
saya pada masa hadapan. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat
membantu guru-guru seperti kami untuk menjadi guru yang berinovasi dan bercitacita tinggi dalam mencapai hasrat negara untuk melahirkan generasi yang berilmu
dan berakhlak tinggi.
32

na Insan Guru 2015

32

Bi

Anda mungkin juga menyukai