Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MATEMATIK Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.

T kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus Matematik bagi semester 2 ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Pn.Norani Binti Abd.Bari kerana telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baru dalam melaksanakan kerja kursus ini. Kerja Kursus pada kali ini telah banyak memberi saya pengetahuan baru dalam menggunakan perisian komputer. Hal ini kerana saya dikehendaki untuk membuat broser yang berkaitan dengan bidang matematik. Melalui pelaksanaan untuk menyiapkan brosur itu saya telah banyak belajar bagaimana cara untuk menghasilkan brosur yang menarik untuk dipamerkan. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga memberi banyak idea-idea bernas bagi memperbaiki lagi hasil brosur itu. Saya telah menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Publisher bagi menghasilkan sebuah broser yang lebih berkualiti. Kebaikan yang kami perolehi melalui penggunaan ini ialah dapat bekerjasama antara satu sama lain dan dapat mengutarakan idea-idea yg lebih menarik untuk menjadikan brosur tersebut kelihatan lebih baik. Selain itu, kami dapat memperolehi maklumat baru mengenai tajuk yang kami perolehi setelah membuat penyelidikan berkaitan tajuk ini. Kami juga dapat mempelajari teknik-teknik mengedit brosur dengan lebih efisien lagi. Namun terdapat juga kekurangan kerana kami agak susah untuk berinteraksi antara satu sama lain kerana salah seorang daripada ahli kumpulan kami lelaki dan kami terpaksa mengambil lebih banyak masa untuk berbincang bersama kerana faktor jarak kedudukan hostel lelaki dan perempuan agak jauh dan susah untuk membuat perbincangan bersama. Selain itu, kami juga mengahadapi masalah untuk mencetak tetapi kami telah berusaha untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan yang lain. Semua masalah ini telah berjaya diatasi dan tugasan ini dapat diselesaikan atas pengorbanan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan.

Tidak ketinggalan juga saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terutamanya pensyarah saya Pn.Norani Binti Abd.Bari kerana banyak memberi sokongan serta memberi komen-komen bernas dalam penambah baikan tugasan ini. Saya sangat seronok dan berpuas hati setelah dapat menyiapkan tugasan ini.

Disamping itu, saya dapat menambah kemahiran saya dalam melaksanakan tugasan dengan menggunakan perisian-perisian komputer. Akhirnya, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya berkaitan dengan bidang matematik ini bersama rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberikan kerjasama. Jasa baikmu akan dikenang.

Yang benar,

. Najwatul Husna binti Johan PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 2 Ambilan Januari 2011

Anda mungkin juga menyukai