Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Alhamdulillaah , pertama-tamanya saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat saya sempurnakan kerja Projek Matematik Tambahan tahun 2019 ini.
Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan khas buat pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang memberi peluang kepada saya dan semua
pelajar tingkatan lima seluruh Malaysia bagi menghasilkan satu kerja yang unik dan berguna
kepada diri sendiri, masyarakat & Negara.

Sekalung penghargaan saya hulurkan buat guru matapelajaran matematik tambahan saya iaitu
yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja projek ini. Tidak
lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang memberi sokongan dan semangat yang padu
agar saya tidak berputus asa dalam menjayakan projek ini. Selain itu, saya juga sangat
berterima kasih kepada rakan-rakan saya terutamanya rakan sekelas saya , 5 Efektif yang
telah banyak membantu, memberi dorongan, kerjasama dan komitmen yang besar kepada saya
semasa menjalankan kerja Projek Matematik Tambahan ini. Jutaan terima kasih saya
hulurkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa mereka
saya tidak dapat menghasilkan projek yang berguna ini dengan sempurna yang sememangnya
memerlukan daripada individu lain.

Saya berharap agar dengan adanya kerja kursus ini, saya dapat membentuk diri menjadi lebih
berdisiplin dan berfikir secara rasional dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
timbul. Saya amat berharap agar saya mendapat gred yang baik bagi mata pelajaran
Matematik Tambahan dan mata pelajaran yang lain serta mendapat kejayaan dunia & akhirat.

1
PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya akhirnya saya Berjaya menyiapkan
Kerja Projek Matematik Tambahan ini pada masa yang ditetapkan. Terima kasih saya
ucapkan kepada guru mata pelajaran Matematik Tambahan kelas kami, yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar tanpa mengira masa.
Tidak lupa jua ibu bapa saya yang tercinta yang telah banyak mengorbankan masa serta
tenaga dan mengeluarkan sumber kewangan dalam membantu saya menyiapkan kerja projek
ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah berkongsi cadangan ,
idea & bertukar-tukar pendapat.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua
pihak yang terlibat membantu saya secara langsung atau tak langsung dalam membantu
menyiapkan projek ini.

Yang Ikhlas,

2
OBJEKTIF

 Menyesuaikan pelbagai strategi penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah

 Untuk meningkatkan kemahiran berfikir

 Untuk menggalakkan komunikasi matematik yang berkesan

 Menggunakan bahasa matematik untuk menyatakan idea matematik tepat

 Untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan meningkatkan


pembelajaran yang berkesan

 Untuk membangunkan sikap positif terhadap matematik

3
4

Anda mungkin juga menyukai