Anda di halaman 1dari 39

PAK 21

Metodologi Pedagogi
Pendidikan Abad Ke-21
Isi Kandungan
Ideologi Asas PAK21
- Dasar KPM PAK21
- Kelas PAK21
- Guru PAK21
- PdP PAK21

Aktiviti Kelas PAK21

Aktiviti Hands-On PAK21 (IT)


1. Kahoot ( Bina dan Aplikasi)
2. QR Code (Bina dan Aplikasi)
3. Google Form (Bina dan Aplikasi)
Syaidina Umar Al-Khattab mengatakan,
didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan
keadaan kamu sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan
zaman engkau.

Hamka menjelaskan, anak adalah untuk


zaman yang akan datang, bukan untuk zaman
kita. Salahlah pendidikan orang tua yang
hendak menjadikan anak mereka seperti
mereka juga.
DASAR PAK21
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSR dan
KSSM adalah merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang
dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia
mulai tahun 2014, selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)
11 anjakan yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam
tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:

Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha


memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru
dan tumpuan kepada kemahiran asas.

Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan


penambahbaikan sistem.

Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan


menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar dalam PAK21
1. Kemahiran maklumat dan komunikasi
2. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah
3. Kemahiran interpersonal dan arah kendiri
Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan
dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas
lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab
sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan
penuh prihatin.

https://www.youtube.com/watch?v=jngO8AL3wRU
KELAS PAK21
CIRI GURU PAK21
1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar.
Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk
menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di
dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid


Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru
untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi
mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
4. Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran
bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan
respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu
berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan
dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi,
sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada
golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki
kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan
luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan
salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang
memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik
lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk
menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd,
game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana
pembelajaran di dalam kelas.
10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan
bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelbagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan
lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pembelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi
memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan
menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan
sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam
pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab
dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai
kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah
paling berkesan dalam pembelajaran
Bagi menggalakkan penyertaan murid semasa di dalam bilik
darjah juga, beberapa Tool Kits Pembelajaran Abad 21 boleh
digunakan, antaranya ialah.

Hand Signal

Parking Lot Traffic Light

Mini Papan
Exit Ticket
whiteboard Ganjaran
Ciri-ciri PAK21 juga adalah berteraskan
kepada KONSEP 4C

DULU PAK21
Read Communication/Komunikasi
Write Critikal Thinking/Pemikiran
Arithmetic
Collaboration/Kolaborasi

Creative/Kreativiti
Aktiviti Kelas PAK21
1. Round Table
2. Think Pair Share
3. Hot Seat
4. Deklamasi Sajak/Puisi/dll
5. Pembentangan Hasil
6. Role Play
7. Gallery Walk
8. Three Stray One Stay
9. Peta i-think
10. Lain-Lain
JOM BERTINDAK!

JOM BERTINDAK!

JOM BERTINDAK!
Bagaimana nak kuasai dan bertindak?

Tidak ada jalan pintas


Mahupun tongkat ajaib
Betulkan niat!
Betulkan niat kita dan sentiasa positifkan diri,
inshaAllah kejayaan dan penyelesaian juga akan muncul.
Jika gaji kita rm1000, tetapi kita bekerja ikhlas dan
bersungguh-sungguh seperti rm10,000 maka Allah akan
gantikan bakinya dengan nikmat dan kesenangan lain. Tetapi
jika gaji kita rm10,000, kerjanya macam rm1000, maka Allah
akan tarik balik bakinya dengan segala kesusahan dan
masalah.

Seperti mana kata orang, untung menjadi guru ini laluan luas
terbentang menuju ke syurga dengan ilmu yang bermanfaat.
Jangan pula hanya kerana negatifnya kita, gelojohnya kita, tak
ikhlasnya kita, maka kerjaya ini pula menjadi laluan mudah
untuk ke neraka!
http://www.cikguhailmi.com

Anda mungkin juga menyukai