Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD


KE-21
BAGI PELAJAR RINTIS TINGKATAN 1 2015

SMK SERI BINTANG SELATAN,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

VISI KPM / VISI SEKOLAH


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI KPM / SEKOLAH


MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO
BIJAK, BESTARI, BERWAWASAN

FALSAFAH
PELAJAR BESTARI CEMERLANG, SEKOLAH BESTARI TERBILANG

1.0 PENGENALAN

2
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan satu program


transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ini termasuklah perubahan penting di dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran di abad ke 21. Dengan memahami prestasi dan cabaran
semasa, Sistem Pendidikan Malaysia member penekanan kepada pembudayaan kelas abad ke 21.
Dewasa ini, peranan teknolog di dalam pendidikan banyak member kesan yang baik kepada
murid-murid di sekolah rendah dan menengah. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini
kerana guru dapat membuat persiapan dan persediaan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini, guru dapat menyampaikan maklumat-maklumat
berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya menyampaikan kepada pelajar secara
berkesan.

Untuk mencapai hasrat ini, para pendidik berdepan dengan satu cabaran yang sungguh kritis
disebabkan manfaat teknologi terkini ini hanya boleh dikecapi jika ia digunakan dengan betul.
Penggunaan yang betul ini pula biasanya berpunca daripada perancangan yang rapi.Seiring
dengan konsep pembelajaran di abad ke 21, maka konsep pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti menjurus kearah bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka mengubah
kefahaman dan menjadikan mereka berkebolehan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan
mengenalpasti tafsiran pelajar terhadap pelajaran yang diajar, mengambil tindakan untuk
memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakan
pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka.

Oleh itu, pelajar tingkatan satu bagi tahun 2015 ini akan dijadikan rints bagi konsep
pembelajaran dan pengajaran abad ke 21. Konsep pembelajaran alternatif ini telah dikenalpasti
sebagai suatu konsep yang proaktif dan sesuai untuk diadaptasikan di alaf baru ini. Melalui
kefahaman ini, barulah mungkin satu gagasan tindakan dapat disusun sesuai dengan matlamat
pendidikan Negara. Usaha memupuk kefahaman yang benar tentang pengajaran dan
pembelajaran adalah amat penting dalam kita menghadapi cabaran pendidikan di alaf baru.

2.0 OBJEKTIF

3
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

2.1 OBJEKTIF AM (KEMAHIRAN ABAD KE-21)

1. Kemahiran Pembelajaran - Mewujudkan pemikiran Abad ke 21 iaitu melahirkan murid


yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis, berkolaborasi dan berkomunikasi.
2. Kemahiran Literasi - dalam menggunakan media dan teknologi bagi mendapatkan
informasi yang diperlukan.
3. Kemahiran Kehidupan Kemahiran murid dari segi fleksibel, daya usaha, kemahiran
social, kepimpinan dan produktif dapat digilap melalui konsep pembelajaran abad ke -21
ini.
4. Fokus penddikan yang berkualiti melibatkan :
a. Pengajaran dan Pembelajaran
b. Kepimpinan dan Pengurusan
c. Persekitaran Murid
d. Penglibatan Komuniti

2.2 OBJEKTIF KHUSUS


1. Mewujudkan pedagogi abad ke -21 yang merangkumi pengajaran dan
pembentukan kemahiran berfikir secara aras tinggi (KBAT)
2. Menggalakkan kolaborasi (teknologi,komunikasi,kemahiran berpasukan) dengan
menggunakan teknologi sebagai pengupaya iaitu alat kolaborasi dan alat digital.
3. MewujudkanPenilaian Murid yang jelas, telus dan kendiri,rakan,tugasan yang
bermakna dan makum balas.
4. Menggalakkan refleksi kendiri dan refleksi rakan
5. Membentuk kemahiran maklumat, media dan teknologi
6. Mengajar menggunakan pendekatan Project Based Learning dengan susun atur
kelas dan pembahagian kumpulan yang sesuai.
7. Membentuk kemahiran menyelesaikan masalah (masalah sebenar, kontektual)

3.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21


3.1 Murid belajar melalui projek yang bermakna
1. Murid merangka, melaksana dan mempamer projek yang menggambarkan
pandangan mereka, hubungan dengan mata pelajaran dan hubungan
dengan keidupan dan masa depan.
3.2 Sekolah sebagai tapak inkuiri
1. Murid mempelajari kemahiran memperoleh, menilai, mengguna maklumat
dari pelbagai sumber khususnya teknologi. Pembelajaran bersambung di
luar sesi persekolahan.
3.3 Pendidik sebagai Guru dan Pembimbing

4
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

1. Guru sentiasa mempelajari dan mempertingkat keilmuan dan kemahiran.


Arf tetang perubahan yang berlaku da berinteraksi dengan rakan sejawat.
3.4 Murid berkolaborasi dalam pembelajaran
1. Murid sepatutnya lebih tahu mengenai minat mereka dan cara yang
berkesan untuk mereka belajar. Mereka berinteraksi (komunikasi) sesama
mereka dan melalui teknologi. Guru membimbing mereka
memaksimumkan potensi diri.
3.5 Pendidikan memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital
1. Kemahiran teknologi digital menjadi perkara wajib dikuasai oleh semua
kerana ia menjadi sumber utama pendidikan. Teknologi membantu guru
mengesan kemajuan murid. Murid menggunakannya untuk melaksanakan
tugasan yang pelbagai bentuk. Kemahiran ini adalah di antara keperluan
untuk pembelajaran sepanjang hayat.
3.6 Penilaian yang berkesan (objektif telus & berterusan)
1. Kemajuan murid sentiasa dipantau. Cara guru menilai akan
menggambarkan bagaimana guru mengajar, Penilaian adalah untuk
penambahbaikan.

Senarai JAWATANKUASA AJK Kelas Abad ke 21

1. Pengerusi : Pn.Kamariah @ Che Seah Binti Che Abdul Rahman

2. Naib Pengerusi I : Pn. Nafisah Binti Hashim

3. Naib Pengerusi II : Pn. Salina Binti Abdul Manaf

4. Naib Pengerusi III : Tn.Hj Saifulddin Badli Shah Bin Abdullah

5. En Muhammad Solahuddin Bin Harun

6. Pn. Norsiah Binti Wakiban

7. Pn.Norrehan Binti Ahmad Nawawi@ Hassan

5
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

8. Pn.Salehah Binti Ali

9. Pn. Norwani Bt Daud

10. Pn. Siti Hawa Binti Zakaria

11. Pn. Radziah Binti Mokhtar

12. Pn. Norsidah Binti Mohd Johan

13. En. Mohd Asri Bin Sulaiman

14. Pn.Siti Mazlia Binti Ghazali

15. Pn.Aidai Rohaizan Binti Abu Bakar

16. En. Zainal Abidin Bin Ismail

17. Pn. G Shariza Binti Shaharuddin

18. En. Nor Azli Bin Idros

19. YM Raja Noraziyanti Binti Raja Ahmad

20. Pn. Norsuhaila Bt Raja Ahmad

21. Pn. Siti Zaleha Bt Abdul Rahim

22. Cik Salmah Binti Salleh

23.En. Mohd Ade Irwan Bin Apandi

24.Pn. Norhayati Binti Mat Zain

6
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

4.0 PERSEKITARAN KELAS ABAD KE-21


4.1 Bilik Darjah Sebagai Bilik Sumber
1. Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (MP) untuk MP teras atau MP
kritikal (Subject based Classroom - SBC)
2. Makmal dan bengkel adalah/sepatutnya SBC
3. ABM,BBM,dan bahan pembelajaran lain di dalam bilik darjah.
4. Dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit)
5. Instant Access / Interactive
6. Dilengkapi LCD dan / atau direct projector
7. Papan Putih / Soft board
8. Murid duduk dalam kumpulan (4-5 orang)
9. Hasil kerja murid dipamer
10. Rekod kerja murid / perkembangan murid
11. Bilik guru mata pelajaran
12. Peralatan ICT lain yang bersesuaian.

4.2 RUPA BILIK DARJAH ABAD KE-21

7
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

1. Smart board / Touch screen / LCD besar dengan komputer


Mudah demonstrasi kepada murid, dan membimbing murid.
2. Susunan meja-kerusi dalam kumpulan
Murid berinteraksi untuk mencari penyelesaian.
3. Satu kumpulan 1 komputer.
Menggunakan komputer yang sama supaya murid berkomunikasi
melaksanakan tugasan.
4. Sambungan internet & Bekalan Elektrik
Capaian internet yang baik membolehkan tugasan dilaksanakan dengan
baik serta bilangan soket elektrik yang mencukupi.
5. Netbooks
Untuk tugasan individu dan ujian / peperiksaan.
6. Papan Kenyataan
Bahan atau hasil kerja murid dipamerkan

Contoh tugasan bagi setiap ahli kumpulan. Setiap ahli perlu memahami tugas dan tanggungawab
mereka. Tugasan ini akan sentiasa berubah mengikut ketetapan yang diberikan.

5.0 SUSUN ATUR BILIK DARJAH ABAD KE-21

8
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

9
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

10
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

11
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

12
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

7. PENGIRAAN KOS MENGUBAHSUAI DAN MENAIKTARAF BILIK


CHROMELAB KE KELAS ABAD 21

Menaiktaraf bilik Chrome Lab 1 ke


1 Kelas Abad ke 21

A CHROME LAB 1 (SEDIA ADA)


B Anggaran Jumlah
il Keterangan Kuantiti Harga (RM)
1 AIR COND 2.0 HP 2 2 * RM 1500 3000
2 PRINTER 1 1 * RM 210 210
3 LCD PROJECTOR 1 1 RM 1700.00 1700
25METER * RM
4 LANGSIR 25 METER 15.00 375
30 FEET * RM
5 RAIL KAYU LANGSIR 30 FEET 7.00 210
20METER * RM
6 ALAS MEJA 20 METER 7.00 140
55METER * RM
7 SARUNG KERUSI 55 METER 3.00 165
LAIN -LAIN (SOFTBOARD, STICKER,
8 MANILACARD) - RM 500 500
9 PAPAN TANDA 1 RM 100 100
JUMLAH (KOS A) 6400

MENGUBAHSUAI DAN MENAIKTARAF BILIK CHROME LAB 2 KE


2 KELAS ABAD 21

B Anggaran Jumlah
il Keterangan Kuantiti Harga (RM)
Membina dinding "gypsum" + tiles + cat +
1 pintu - RM 11000 11000
2 Kerusi dan Meja - RM 4000 4000
3 AIR COND 2.0 HP 2 2 * RM 1500 3000
4 PRINTER 1 1 * RM 210 210
5 LCD PROJECTOR 1 1 RM 1700.00 1700
25 25METER * RM
6 LANGSIR METER 15.00 375
30 FEET * RM
7 RAIL KAYU LANGSIR 30 FEET 7.00 210
20 20METER * RM
8 ALAS MEJA METER 7.00 140
55 55METER * RM
9 SARUNG KERUSI METER 3.00 165
1 LAIN -LAIN (SOFTBOARD, STICKER, - RM 500 500

13
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

0 MANILACARD)
1
1 PAPAN TANDA 1 RM 100 100
JUMLAH (KOS B) 21400

JUMLAH KESELURUHAN (KOS A +


KOS B) RM 27800

7.1 PENUTUP

Inovasi dalam pendidikan diperlukan bagi mewujudkan satu konsep pembelajaran yang
proaktif dan sesuai untuk diadaptatasikan di alaf baru. Ia beruapaya membawa murid untuk
meneroka alam yang luas dan mencungkil intipati yang tersirat didalamnya. Justeru, susunan
kelas dan perubahan bagi cara pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 ini dapat menyemai
semangat bekerjasama serta menghargai pengalaman dan pengetahuan orang lain. Konsep ini
meletakkan manusia sebagai insan yang aktif dan sentiasa memerlukan pengetahuan, bukan

14
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

sekadar insan yang pasif, yang berminda kosong dan mengharapkan sesuatu dari luar bagi
mengisi kekosongan itu.

Diharap dengan perlaksanaan sistem ini dapat memberikan satu impak positif dalam
pembangunan sistem pendidikan di Malaysia kearah negara yang sentiasa berdaya saing dalam
bidang pembangunan dan teknologi dalam bidang pendidikan khususnya.

8.0 LAMPIRAN

CONTOH BILIK DARJAH ABAD KE-21

15
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

16
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

17
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

18
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

SMK TINGGI SEGAMAT

19
[PEMBELAJARAN &PENGAJARAN]

Disediakan Oleh :

..
(Pn. Radziah Binti Mokhtar)
Guru Penyelaras Bestari,
SMK Seri Bintang Selatan, SKK

Disemak Oleh :

..
(Pn. Nafisah Binti Hashim)
PK Tadbir dan Kurikulum
SMK Seri Bintang Selatan, SKK

Diperakukan dan diluluskan oleh :

(Pn Kamariah @Che Seah Binti Che Abdul Rahman)


Pengetua,
SMK Seri Bintang Selatan, SKK

Ulasan Pengetua :

20

Anda mungkin juga menyukai