Anda di halaman 1dari 49

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

ISU DAN CABARAN

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

. Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat
daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). K-ekonomi merupakan salah satu cabaran untu membangun bagi
menghadapi persaingan negara lain. Ekonomi baru ini memerlukan bantuan sokongan
daripada bidang pendidikan untuk melahirkan minda satu kelas pertama dan rakyat Malaysia
yang berpengetahuan tinggi.
Dalam era globalisasi yang mencabar pada masa ini, negara di serata dunia semakin
memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana memainkan peranan yang sangat
penting. Hal ini demikian kerana, pendidikan berkualiti akan melahirkan modal insan yang
berkualiti dan bersahsiah tinggi. Maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan dengan memperkenalkan Pelan Induk
Pembangunan Malaysia (PIPP, 2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM, 2013-2025). Kedua-dua pelan pembangunan ini dirancang untuk
melonjakkan mutu pendidikan agar sejajar dengan kehendak global. Beberapa langkah telah
dilakukan terhadap PIPP melalui Persidangan Kajian Semula PIPP anjuran Kementerian
Pendidikan Malaysia yang diadakan pada 19-22 Julai 2009. Persidangan ini diadakan
bertujuan untuk mengenal pasti strategi pelaksanaan, aktiviti, pelan tindakan, indikator dan
jangka masa yang ditetapkan sama ada dikekalkan, dipinda atau digugurkan berdasarkan
perkembangan dasar-dasar baru kerajaan. Justeru, kerajaan juga telah merancang dan
merangka PPPM 2013-2025 sebagai penambahbaikan untuk pendidikan abad ke-21. Dalam
PPPM ini terkandung beberapa pendekatan baharu yang memfokus kepada transformasi
pendidikan negara Malaysia. Fokus utama PPPM ini adalah untuk melaksanakan transformasi
pendidikan negara untuk 15 tahun yang akan datang. Selain itu, transformasi pendidikan ini
juga bertujuan untuk melengkapkan setiap pelajar dengan semua kemahiran yang diperlukan
oleh mereka untu merebut peluang dan cabaran abad ke-21. Bagi bersaing dengan negara
maju yang lain, negara kita perlu menyediakan pendidikan yang bermutu tinggi untuk
menghasilkan pelajar bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran-kemahiran kritikan abad ke-

1
21 (KPM, 2012). KPM juga akan menyemak semula kurikulum pendidikan untuk
menerapkan dan membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti berfikiran kritis dan kreatif,
serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang. Pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21 mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi,memandang depan dan bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga
orang yang menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Pembelajaran Abad Ke-21


Pada abad ke-21 ini, negara-negara maju atau negara yang sedang maju akan
mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Ketiga-tiga bidang ini berkait rapat dengan perkembangan bidang pendidikan. Perubahan
kepada zaman K-ekonomi yang menekankan keperluan maklumat dan bercirikan global
network adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Mana-mana negara yang
menguasai TMK dan mempunyai jaringan ICT dianggap sebagai negara yang mempunyai
kuasa tambahan. Manakala, negara yang tidak mempedulikan ICT dianggap sebagai negara
yang ketinggalan dalam persaingan global. Pada peringkat asas, pendidikan memberikan
pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikasikkan secara
mendalam dalam bidang-bidang tertentu. Kaedah inkuiri iaitu belajar untuk ingin tahu akan
membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang
yang sesuai dengan lebih jitu. Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi
yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam
pasaran kerja dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan
dengan itu, demi memperkasakan pendidikan sebagai pemangkin dan pembentuk insan yang
serba lengkap untuk menempuh cabaran-cabaran abad ke-21, banyak negara telah
membangunkan kecanggihan ICT sebagai pencetus minda pelajar masa kini. Pada abad ke-21
ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan ICT. Selain itu, negara-negara juga menghadapi
pelbagai cabaran dalam membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Maka pihak KPM
menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Kenichi Ohmae
(1995), menyatakan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan arus globalisasi telah
menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru
kepada semua organisasi termasuk institusi pendidikan.

2
Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang
agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat
global. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran telah diperkenalkan. Antaranya ialah Sekolah Bestari, Projek Sekolah Net,
Projek Smart Lab, Projek Sekolah Vista dan sebagainya. Trend yang agak ketara dikenal pasti
dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan rakyat global, selaras
dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini.

Justeru , peluang yang ada perlu melalui penggabungan pengetahuan dan pembelajaran
dengan kekuatan alat teknologi pendidikan, dan menggunakan sinergi ini bagi menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan (Johari Surif, 2003).
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia merupakan salah
satu anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Melalui anjakan ini, KPM akan
meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi
semua 10,000 sekolah menjelang 2013. Selain itu akan menambahkan kandungan atas talian
untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013.
Selanjutnya, KPM juga akan memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak
jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
(KPM, 2013). ICT mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan proses pembelajaran
ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. Namun demikian, ia dikatakan masih belum boleh
menjamin berlakunya peningkatan di dalam pencapaian para pelajar terutama di dalam aspek
pemikiran tahap tinggi. Teori dan model pengajaran adalah di antara faktor utama yang harus
dipertimbangkan dan digunakan sebagai asas dalam proses membina ICT pendidikan. Ianya
sangat penting bagi menjamin keberkesanannya di dalam meningkatkan pencapaian para
pelajar. Walaupun pendidikan abad ke-21 berfokus kepada ICT, pengajaran dan pembelajaran
di negara ini kebanyakannya adalah berdasarkan pendekatan tutorial (Irfan, 2003). Warga
pendidik perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang digunakan dan dirancang dalam
proses pembinaan insan serba lengkap bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Jika para
pendidik melaksanakan pendidikan abad ke-21, ia akan melahirkan pelajar yang mempunyai
kemahiran yang sesuai iaitu kemahiran abad ke-21.

Kemahiran Abad Ke-21


3
Perubahan teknologi berlaku hampir setiap hari. Untuk berdaya saing dalam era digital,
masyarakat negara perlu fasih dalam bahasa dan mahir mengendalikan teknologi.
Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah K-ekonomi, ia menuntut agar negara
membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri celik dan mahir dalam ICT, mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan
daya saing yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke-21 yang sangat
mencabar. Maka, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) harus menyediakan program
pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan,
celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Di sinilah tanggungjawab sistem pendidikan dalam menyediakan murid
menghadapi cabaran global abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 merupakan perluasan
kemahiran tradisional yang mengadaptasikan teknologi dan persekitaran kerja baru. Elemen-
elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah seperti berikut:
i. Kreativiti dan inovasi
ii. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
iii. Komunikasi dan kolaborasi
iv. Literasi maklumat
v. Literasi media
vi. Literasi teknologi makumat dan komunikasi
vii. Kebolehsuaian dan fleksibel
viii. Mempunyai inisiatif dan terarah kendiri
ix. Kemahiran sosial dan antara budaya
x. Produktiviti dan akauntabiliti
xi. Tanggungjawab dan kepimpinan

Metri Group (2003), menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran yang
sangat penting diterapkan dalam diri pelajar di era ekonomi digital semata-mata untuk
memenuhi tuntutan perubahan pesat yang berlaku. Justeru kemahiran ini sangat penting bagi
melahirkan pelajar dan pekerja yang memenuhi kehendak industri. Bagi kanak-kanak, mereka
memerlukan kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira selepas tamat persekolahan.
Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti
tinggi menjadi semakin penting. Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke-
21 sebagai paksi kurikulum, namun definisi konsepnya belum dipersetujui. Menteri
Pendidikan Singapura menyatakan bahawa individu yang lengkap dengan kemahiran abad
4
ke- 21 merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran
kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegara yang prihatin. Di Finland,
kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya dan
keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif,
bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masa depan
yang lestari. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang
banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini
merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk
pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan
pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada
pendedahan terhadap ICT. Sebelum ini, literasi hanya merangkumi membaca, menulis, dan
mengira. Tetapi kini literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital.
Para pendidik harus memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar untuk
melayari internet, mencari laman web, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta
mentafsir maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital
sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Kemahiran berfikir aras tinggi
melebihi pengimbasan kembali fakta atau informasi. Kemahiran berfikir melibatkan interaksi
berfikir mengikut strategi kognitif, meta kognitif dan pengetahuan semasa menghuraikan
masalah. Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad ke-21
ini, mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media, budaya,
maklumat, emosi, ekologi, kewangan dan siber.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga penting. Pelajar harus diwajibkan
menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran
literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dan kemahiran
pemikiran inventif melalui pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan.
Pembelajaran pada masa kini perlu ditumpukan kepada perkembangan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis dan yang boleh menghasilkan pelajar yang berdikari. Dalam abad
ke-21 ini, pelajar tidak seharusnya dinilai dengan kebolehan menjawab soalan ujian tetapi
juga harus menilai sejauh mana mereka menguasai kemahiran abad ke-21 seperti
menyelesaikan masalah, keusahawanan dan kreativiti. Amerika Syarikat telah melaksanakan
pengintegrasi dalam pendidikan untuk menyedari kepentingan kemahiran abad ke-21.
Menurut NCREL enGauge 21st century skills (2002), kemahiran abad ke-21 mampu
menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal
5
dihadapi dalam masyarakat industri, ekonomi global, kebanjiran teknologi tinggi dan canggih
yang sentiasa berubah serta penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan
limpahan maklumat sejagat. Tuntasnya, pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar
memerlukan perubahan pendidikan. Perubahan perlu dilakulan di peringkat sekolah ataupun
bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah
memerlukan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan guru dan pihak pentadbir.

Guru Abad Ke-21


Pengajar, pengasuh dan pendidik yang memberikan kesan terhadap perkembangan
personaliti, mental dan fizikal setiap manusia (Joohari, 1994). Dalam meniti abad ke-21,
kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi,
kemahiran maklumat, kemahiran hidup, kemahiran kerjaya, kemahiran media dan teknologi.
Selain itu, terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran
abad ke-21 ini. Ciri-ciri guru abad ke-21 yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Negara adalah seperti berikut:

a)Pengetahuan isi kandungan kurikulum.


Seorang guru sentiasa perlu bersedia bagi menyampaikan bahan pengajaran. Hal ini
kerana, pengetahun guru terhadap isi kandungan kurikulum merupakan perkara yang sangat
penting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru guru juga perlu
mempunyai pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang fakta atau konsep yang
digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran
berkenaan. Sehubungan dengan itu,para pengajar juga harus mempunyai pengetahuan
sintaktik iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan
dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan
pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman
konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah
menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar. Setiap guru perlu
menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu pedagogi. Guru abad ke-21, perlu mahir dalam isi
kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan kerana itulah faktor penentu kefahaman
pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Objektif yang hendak dicapai
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kepada
pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan
sepenuhnya dalam pengajaran.
6
b)Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai
pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Untuk mengubah pendidikan ke abad teknologi
kini, setiap guru perlu memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar. Sebenarnya
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran terdapat banyak pendekatan pengajaran yang
boleh digunakan di dalam bilik darjah. Tetapi apa yang didapati ialah, guru-guru selalunya
akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam
pengajaran seperti deduktif, induktif dan komunikasi. Antara pendekatan terkini yang boleh
digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif,
penggabung jalinan pelbagai disiplin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah. Tambahan
pula, terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru
mengetahui dan menguasainya.

c)Pengetahuan guru tentang ciri pelajar


Seorang guru yang cemerlang ialah seorang yang mempunyai pengetahuan yang
mendalam terhadap setiap pelajar yang berada di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan
guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan
meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Fungsi seorang guru adalah
mengambil berat tentang hal-hal berkaitan dengan pelajar (Zamri 2011). Hal ini kerana,
setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya. Faktor sikap amat penting dalam menentukan
sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata
pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya.
Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan, dan mudah difahami
pelajar. Selain itu, kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap
pelajar terhadap mata pelajaran.

d)Memahami psikologi pembelajaran


Dalam abad ke-21 ini, seorang guru harus menguasai psikologi pembelajaran untuk
mengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajari
harus digunakan semula dan diaplikasikan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu. seorang
guru harus mendidik pelajar-pelajarnya untuk menggunakan daya fikiran tinggi dan minda
bagi seseorang yang belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi
menghadapi era globalisasi.
7
e) Memiliki kemahiran kaunseling
Guru perlu menekankan nilai-nilai murni untuk abad ke-21. Nilai-nilai murni yang akan
diterapkan kepada pelajar pasti akan mewujudkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila
insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.

f) Menggunakan teknologi terkini

Seorang guru yang abad ke-21, berperanan dalam membimbing pelajar untuk
melayari internet, mencari laman web, memilih perisian yang sesuai, mengumpul dan
mentafsir maklumat. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan projek adalah satu teknik
yang akan memupuk kemahiran abad ke-21. Pada masa kini, mata pelajaran Sejarah dan
Geografi memerlukan pelajar membuat kajian dalam Pentaksiran Tugasan 3. Untuk
memenuhi kajian tersebut, pelajar harus melayari laman web untuk mendapatkan maklumat.
Tugasan seperti ini menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar juga akan membincang dan
berkongsi maklumat mengenai tugasan tersebut bersama rakan dan guru secara bersemuka
ataupun talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Wechat, whatsapp atau
telegram. Para guru perlu meningkatkan atau melengkapkan diri sebagai pemimpin yang
berilmu berasaskan teknologi. Selain itu, perlu bersedia kepada penguasaan dan penggunaan
teknologi maklumat untuk pelbagai bidang. Para guru mempunyai peranan yang utama dalam
menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru iaitu abad ke-21.

Pelajar Abad Ke-21


Pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri abad ke-21 untuk menyediakan diri bagi
mengatasi segala rintangan pada abad ke-21. Antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah
berupaya membuat hubung kait, bijak menyoal, yakin berkomunikasi, mengambil risiko,
dahagakan ilmu, menjana idea, ingin tahu, fleksibel, tidak berputus asa, mendengar dan
membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani mencuba,
mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain, membuat
perubahan, berintegriti dan berkeperibadian tinggi. Seorang pelajar abad ke-21 sewajarnya
perlu mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk dan teknologi. Pelajar abad ke-21 perlu bijak
dalam penyoalan. Seperti yang sedia maklum, pelajar abad ke-21 perlu terdedah kepada
keterbukaan teknologi. Seorang guru perlu membentuk seorang pelajar yang yakin
berkomunikasi. Pelajar akan sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru bagi masa
untuk mereka bercakap. Selain itu, pelajar abad ke-21 perlu sentiasa mencari ilmu tanpa
bimbingan guru. Guru-guru sentiasa memberi semua fakta kepada pelajar dan ini

8
menyebabkan mereka tidak mahir dalam mencari isi. Maka pelajar perlu bersedia dalam
mencari ilmu. Sehubungan dengan itu, pelajar abad ke-21 perlu menjana idea mereka selaras
dengan perkembangan zaman kini. Sebagai contoh, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana
idea baru selaras dengan tahap pendidikan dalam negara mereka.
Untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kita juga perlu
didedahkan untuk sentiasa menjana idea mereka. Sehubungan dengan itu, berkemahiran kritis
sangat diperlukan kepada seorang pelajar. Seorang pelajar tidak harus menerima sahaja
sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Dalam era teknologi kini, pelajar perlu
mengetahui fakta yang sebenar dan palsu. Maka, kemahiran berfikir kritis sangat penting
untuk pelajar mentafsir, menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang dikumpul.
Pelajar abad ke-21 tidak seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi perlu
berkeperibadian tinggi. Justeru, pelajar abad ke-21 juga harus mahir dalam teknologi.
Kemajuan dalam teknologi komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi
maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh.
Pembelajaran internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan
perkongsian dengan kepada golongan professional dalam bidang tertentu, seperti
kejuruteraan, perubatan, farmasi, teknologi, komputer dan sebagainya. Dalam pencarian
sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudah dilaksanakan. Di dalam
abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuan pembelajaran.
Kesimpulannya, pelajar abad ke-21 perlu mempunyai semua ciri-ciri berkenaan supaya dapat
mengadaptasikan diri dalam dunia abad ke-21.

Isu Pertama : Pengetahuan Teknologi Pendidikan Abad ke 21


Proses Pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan
para pelajar dapat mengikuti isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Dalam dunia
pendidikan, guru merupakan tunjang utama dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sejarah pendidikan sejak dahulu lagi, menggunakan kaedah
pembelajaran konvensional iaitu menyalurkan pengetahuannya pada pelajar secara lisan atau
ceramah (Roestiyah N.K ,1998 ). Model ini sebenarnya sudah tidak layak lagi digunakan
sepenuhnya dalam suatu proses pengajaran terutama dalam abad ke-21 ini. Abad ke-21
begitu sinonim dengan era digital yang mementingkan kemahiran teknologi maklumat dan
9
komunikasi (ICT) meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti
radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Globalisasi ialah satu ideologi
perubahan budaya, sosial dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam
konteks ini, globalisasi mewujudkan konsep-konsep baru seperti konsep dunia tanpa
sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan
global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan,
aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan
alat demonstrasi (Rusmini Ku Ahmad, 2015)
Dalam konteks kajian International Society for Technology in Education (ISTE 2007)
telah membangunkan satu paiwaian iaitu National Educational Technology Standards for
students (NETS.S) agar fokus kepda kemahiran dan kepakaran menggunakan teknologi masa
kini bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke 21. Pelajar diharapkan menggunakan
media digital untuk berkomunikasi, berinteraksi, berkolaborasi serta berkongsi maklumat
bersama rakan-rakan dengan menggunakan pelbagai media digital. Abad ke-21 merangkumi
semua kemahiran seperti berikut:

a. Literasi Era Digital


b. Komunikasi Efektif
c. Pemikiran Berdaya Cipta
d. Produktiviti Tinggi
e. Kemahiran Kognitif
f. Kemahiran Adaptasi
g. Kemahiran Interpersonal
h. Kemahiran Sikap, Nilai dan Amalan Kerja
i. Kemahiran Teras

Berdasarkan senarai kemahiran di atas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi


komunikasi dan maklumat merupakan di antara kemahiran abad ke-21 yang perlu digarap
dikalangan pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam menggarap kemahiran ini dalam
diri pelajar dan perlu mengusai sepenuhnya kemahiran ini terlebih dahulu.

Pembelajaran elektronik (E-Learning)


Pembelajaran elektronik (E-Learning) merupakan kaedah terbaru menggunakan
teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. E-pembelajaran merupakan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,
WAN atau internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi
melaluinya. Media elektronik yang digunakan bagi mempraktikkan E-pembelajaran adalah

10
seperti internet,intranet, satelit, pita audio-video, TV interaktif dan CD-Rom. Bahan PdP
disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti teks, animasi grafik, simulasi, video dan audio
(Koran, 2002).
E-pembelajaran mempunyai perbezaan dengan pembelajaran secara konvensional
yang sinonim dengan surface learning iaitu pembelajaran yang hanya di tahap permukaan
sahaja dimana kurang relevan di zaman moden ini dan perlu diubahsuai kepada bentuk yang
lebih canggih dan memenuhi keperluan pendidikan semasa (Jonassen, 2000). Pembelajaran
secara tradisional menjadikan guru sebagai insan yang seba tahu dan bertanggungjawab
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. E-pembelajaran pula berpusatkan pelajar
dimana mereka perlu berperanan aktif dalam pembelajaran mereka membuat perancangan
dan mencari bahan pembelajaran hasil usaha dan inisiatif diri sendiri (Asep, 2005)

M-Pembelajaran (M-Learning)
M-pembelajaran bermaksud pembelajaran yang dipertingkatkan dengan penggunaan
alat mudah alih dan komunikasi mudah alih yang boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-
bila masa sahaja, dan mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang ditawarkan oleh
teknologi mudah alih (Cheung, S. Yuen & Tsang, 2011). M-pembelajaran juga boleh
ditafsirkan sebagai satu corak e-pembelajaran yang menyampaikan kandungan pendidikan
dan bahan-bahan sokongan pembelajaran melalui alat komunikasi tanpa wayar (Brown
2005). Peranti-peranti mudah alih yang popular seperti telefon bimbit pintar, iPad, iPod,
Tablet PC dan alat Bantual Digital Peribadi (PDA) yang biasanya digunakan oleh guru dan
pelajar. Permukaan skrin yang lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana sahaja
menjadikan penggunaan peranti mudah alih sangat menggalakkan dan m-pelajaran kini
mendapat sambutan yang hangat di kalangan pendidik di institusi pendidikan terutama sekali
di institusi pengajian tinggi (Analisa, Rosseni & Siti Zuraida, 2012).
Telefon bimbit berteraskan pelantar android telah menjadi alat komunikasi yang amat
diperlukan. Aplikasi Android adalah satu sumber terbuka bagi sistem operasi telefon bimbit
yang disokong oleh Google Corporation, sebuah syarikat enjin carian yang sangat terkemuka.
Aplikasi-apliksi Android yang percuma mudah didapati dan diakses digunakan oleh guru
sebagai persediaan untuk menyokong pengajaran mereka, begitu juga bagi pelajar aplikasi-
aplikasi ini boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan mempengaruhi mereka
terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran (Hafizul Fahri & Khairulanuar,
2012).Selain itu, pelantar lain seperti iOS merupakan system operasi mudah alih yang

11
dibangunkan dan diedarkan oleh Apple Inc. untuk iPhone, iPad, iPod Touch dan Apple TV.
Sehingga 12 Jun 2012, App Store Apple mengandungi lebih daripada 650,000 aplikasi iOS,
yang secara kolektifnya telah dimuat turun lebih daripada 30 bilion kali (Apple WWDC
2012). BlackBerry OS pula adalah sistem operasi telefon mudah alih yang dibangunkan oleh
Research In Motion (RIM) bagi peranti telefon pintar BlackBerry.BlackBerry OS
menyediakan sistem berbilang kerja dan menyokong peranti input khusus yang telah diterima
pakai oleh RIM untuk digunakan dalam telefon bimbit, terutamanya roda, bebola jejak dan
yang terbaru adalah track pad pada skrin sentuh (Brown, 2009). Ketiga-tiga pelantar ini
menyediakan aplikasi-aplikasi pembelajaran yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan
pelajar. Beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada pelantar
Android, iOS dan BlackBerry OS yang sering diakses oleh guru dan pelajar adalah
Wikipedia, YouTube, Facebook for Android, Dropbox, Google Search, dan Whiteboard
(Mockus et al, 2011).
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini telah memberi cabaran baru
kepada prefesion keguruan, Perubahan ini telah memberi kesan yang besar ke atas anjakan
perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia
(Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling, 2005). Guru menjadi terbeban apabila tidak
berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun, tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di
dalam bilik darjah menyebabkan kesediaan guru semakin penting menggunakan teknologi
sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses PdP. Usaha-usaha
harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi
terkini dalam proses PdP ( Siti Faizzatul Aqmal & Razali Hassan, 2011). Tujuan perubahan
ini adalah untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring
dengan perubahan pesat teknologi agar proses PdP dapat menarik minat pelajar disamping
mampu melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif sejajar dengan kepentingan kemahiran
abad ke-21.
Kaedah pengajaran tradisional atau konvensional dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sepenuhnya yang menjadi amalan pada hari ini tidak dapat lagi memenuhi
tuntutan pendidikan abad ke-21. Pembelajaran kini bukan lagi tertumpu di bilik darjah
semata-mata, tetapi kaedah pengajaran telah berkembang seiring kepesatan ICT di Malaysia.
Sumber rujukan buku teks tidak dapat menampung peningkatan dan pembaharuan maklumat
yang sentiasa berubah sejajar dengan peredaran zaman (Chan, 2001). Selain itu, kaedah
pencarian terkini lebih pantas menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

12
berbanding kaedah tradisional yang memakan masa yang lama. Sistem pendidikan telah
mengalami satu lagi evolusi dalam teknologi pendidikan apabila pembelajaran mudah alih
atau m-pembelajaran (M-Learning) diperkenalkan bagi meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran. Menurut M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses
pembelajaran yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran
tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (kukulska-Hulme & Trazler,
2005). Peralatan mudah alih seperti komputer riba, palm talk, telefon mudah alih
merupakan gadget yang mampu dimiliki. Dengan adanya peralatan berteknologi tinggi ini,
bentuk kaedah pembelajaran dapat diubah secara tidak langsung. Komuniti pembelajaran
lebih luas, dapat menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk
menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seteusnya menyokong pembelajaran sepanjang
hayat (Sharples, 2000).
Kaedah pengajaran dan pembelajaran bermula dengan menggunakan papan kapur,
bertukar kepada penggunaan komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD),
kamera video dan teknologi lain yang terdapat di dalam bilik darjah. Perubahan pendidikan
dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran.
Warga pendidik perlu bersedia dan menerima perubahan ini dengan tangan yang terbuka.
Kaedah konvensional menunjukkan interaksi yang lemah, pembelajaran dilakukan dalam
mod yang sehala, kekurangan sumber pembelajaran dan kurang maklum balas daripada
pelajar-pelajar lemah (Narayanansamy & Ismail, 2011). Corak pendidikan berunsur e-
pembelajaran dan m-pembelajaran merupakan kaedah-kaedah pembelajaran yang lebih
memudahkan guru dan murid sebagai contoh nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar
boleh dihantar melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD-
ROM). Pembelajaran secara kolaboratif, perbincangan dengan rakan dan dengan individu
lain melalui internet seperti Internet Relay Chat (IRC), Whatsapp group, Faceook group,
Instagram group dan sidang video memainkan peranan yang penting. Dengan cara ini
pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan berkesan.
Ulasan blogspot Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan
artikel penguasaan guru dalam ICT diutamakan Utusan Malaysia bertarikh 13 Januari 2010
telah menggariskan tentang cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.
Menurut Wan Mustama (2004), cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan terbahagi kepada lima aspek. Aspek pertama adalah berkenaan dengan kesukaran
menghabiskan sukatan pelajaran. Penggunaan internet mengambil masa untuk diakses dan
dilayari untuk diaplikasikan sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran (Naim Hj. Ahmad,

13
2000). Penyediaan alatan teknologi seperti LCD mengambil masa yang lama terutamanya
bagi guru-guru lama yang kurang pengetahuan dan kemahiran berkenaan teknologi. Beberapa
cadangan telah dikemukakan bagi mengatasi cabaran ini seperti menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1987) menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu
diperluaskan mencakupi penggunaan internet seperti mengakses laman web, email, on-line
dan perlu diselaraskan dengan program pendidikan yang teratur bagi memastikan pengurusan
masa yang baik dilaksanakan. Selain itu penyedian juru teknik di sekolah-sekolah dan
mempersiapkan guru-guru pelatih berkenaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Aspek kedua adalah halangan pihak pentadbiran sekolah. Segelintir pihak pihak
pentadbiran sekolah meletakkan prosedur yang ketat kepada para guru yang ingin
menggunakan alatan-alatan teknologi dengan alasan alatan tersebut memerlukan
infrastruktur yang berkos tinggi dan mahal kos penyelenggaraannya (Hasan Abdul Rahman,
2000). Cadangan bagi mengatasi cabaran ini adalah penggunaan Model Apple Classroom of
Tomorrow (ACOT) pada tahun 1995. Bagi memastikan proses PdP berasakan teknologi
maklumat dan komunikasi telah menggariskan lima langkah perubahan iaitu langkah pertama
kemasukan (entry) iaitu penerimaan positif semua pihak pentadbiran dan guru berkenaan
kemasukan teknologi dalam pendidikan Langkah kedua pemilihan (adoption) iaitu pemilihan
bahan yang sesuai bagi sesuatu kelas. Langkah ketiga adalah kesesuaian (adaptation) iaitu
pengaplikasian alatan yang bersesuaian dengan tahap murid. Langkah keempat Penggunaan
(appropriation) alatan dengan kaedah dan teknik yang betul supaya dapat digunakan dalam
tempoh masa yang lama dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Langkah kelima adalah
berkenaan merekacipta (invention) iaitu pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta bahan-
bahan tambahan bagi meneguhkan pemudahcara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid.
Aspek ketiga adalah berkaitan dengan sikap negatif guru. Kebanyakan guru telah
sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar menyesuaikan diri dengan perubahan
teknologi terkini intruksional. Yusup Hasyim (1998) mempersetujui kenyataan Becker &
Watt (1966) dimana ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memberi cabaran baharu
kepada sistem pendidikan dan terutamanya profesion perguruan. Selain itu, ada kalangan
guru yang buta ICT menyebabkan timbulnya sikap negatif dan tidak berminat mengajar
menggunakan teknologi disamping sikap malas menyediakan bahan bantu atau peralatan
teknologi maklumat dan komunikasi untu PdP. Maizun Binti Jamil (2009) menyokong
pendapat Steers & Black (1994) iaitu perubahan dalam sesuatu organisasi perlu pada
persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota. Bagi menambah

14
pengetahuan dan meningkatkan kecekapan terhadap alatan teknologi maklumat dan
komunikasi perlu ada latihan yang cukup supaya menimbulkan minat dan menyuntik
semangat baru dalam diri dikalangan guru-guru.
Aspek keempat adalah maklumat dan laporan tidak tepat. Tugas guru-guru di sekolah
bukan sahaja tertumpu pada proses PdP tetapi melibatkan juga kerja-kerja pengkeranian yang
memerlukan merekod dan memasukkan data-data berkenaan maklumat dan prestasi murid
dalam sistem. Malangnya proses ini dikendalikan melalui sesuatu perisian yang terdedah
kepada pemprosesan dan penganalisisan laporan serta maklumat yang tidak tepat. Hal ini
mungkin disebabkan oleh proses kemasukan data yang terlalu banyak dan berterusan.
Kesilapan juga boleh berlaku terhadap data prestasi murid sekiranya berlaku kecuaian semasa
memasukkan data atau kesilapan dalam sistem itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem
data tersebut (Zoraini Wati Abas, 1993). Masalah kemasukan data yang salah (Garbage In
Garbage Out GIGO) dapat dikurangkan sekiranya guru-guru diberi peluang oleh pihak
pentadbir dengan memberi masa yang secukupnya untuk mengelakkan berlakunya kecuaian,
kerja yang dilakukan secara tergopoh-gapah dan kualiti kerja yang terpaksa diabaikan.
Kebajikan pekerja haruslah dijaga dan ada cadangan supaya setiap data atau maklumat yang
dimasukkan disemak oleh Qualiti Control bagi menjamin data yang diberikan lebih tepat
dan jitu.
Aspek kelima yang terakhir adalah berkaitan dengan jurang digital.
Ketidakseimbangan yang wujud dikalangan masyarakat menyebabkan wujudnya jurang
digital. Secara amnya ketidakseimbangan ini mempengaruhi pelbagai aspek seperti aspek
ekonomi, kemudahan infrastruktur, pendapatan, pemodenan, pendidikan dan sebagainya dan
turut memberikan impak terhadap keupayaan dan kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi digital di sekolah. Jurang digital ini mempengaruhi pengajaran guru dimana
kurang berkesan dan tidak dapat diaplikasi di luar bilik darjah memandangkan sosioekonomi
yang rendah dikalangan murid-murid di luar bandar (Ab. Rahim Selamat, 1992). Mereka
tidak mempunyai alatan teknologi dan penggunaan komputer riba juga terhad dan tidak
berterusan. Situasi ini boleh membantutkan penerimaan ilmu pengetahuan yang disampaikan
oleh guru. Jurang perbezaan juga dilihat dari segi taburan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi di antara kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta kawasan
Lembah Kelang dan kawasan lain di Semenanjung Malaysia. Beberapa langkah telah diambil
oleh kerajaan bagi mengatasi cabaran ini. Pada 11 Oktober 1977, satu Kempen Kesedaran
berkenaan Teknologi Maklumat telah dilancarkan oleh Dato Seri Mahathir Mohamad.
Kelonggaran syarat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga dibenarkan bagi
15
individu yang ingin memiliki komputer. Selain itu, program Satu Rumah Satu Komputer telah
dilancarkan dengan kerajaan membekalkan komputer kepada murid-murid. Setiap sekolah
mendapat skim peruntukan kelenkapan makmal komputer yang cukup terutamanya sekolah-
sekolah di kawasan luar bandar. Cabaran ini cuma berlaku di sekolah-sekolah pedalaman
yang baru dibuka dan mengalami masalah tempoh penerimaan alatan teknologi yang agak
lambat namun tetap berlaku proses penerimaan tersebut. Peranan teknologi maklumat dilihat
sangat penting dalam sistem pendidikan bagi menghadapi persaingan global yang serba
canggih dan semakin mencabar. Sistem pendidikan di Malaysia perlu menyediakan murid-
murid yang serba boleh bagi menghadapinya. Aplikasi dan implimentasi ICT harus diterima
selari dengan perkembangan dunia yang tidak bersempadan daripada sudut pergerakan
maklumat. Justeru, guru-guru perlu membuat persediaan yang mencukupi dan dapat
memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran.
Namun, dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, ada kesan-
kesan negatif dan bahaya yang perlu sentiasa kita awasi dan berwaspada akibat penggunaan
yang tidak terkawal.

Isu Kedua : Pengetahuan Pedagogi SISC+, PLC, I-Think, susun atur meja

Pengetahuan pedagogi

Menurut Koehler et. al. (2001), Pengetahuan pedagogi adalah pengetahuan yang
mendalam mengenai proses dan amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran dan
bagaimana ia merangkumi keseluruhan tujuan pendidikan termasuk nilai dan matlamat
pembelajaran . Ini merupakan satu bentuk ilmu generik yang terlibat dalam semua isu-isu
pembelajaran pelajar yang merangkumi pengurusan bilik darjah, rancangan pembangunan
pengajaran dan pelaksanaannya serta penilaian pelajar. Ini termasuk pengetahuan mengenai
teknik atau kaedah yang akan digunakan di dalam bilik darjah; sifat kumpulan sasaran dan
strategi untuk menilai pemahaman pelajar.
Seorang guru yang mempunyai pengetahuan pedagogi dalam memahami bagaimana
pelajar membina pengetahuan dan kemahiran; membangunkan tabiat minda dan perwatakan
positif terhadap pembelajaran. Oleh itu , pengetahuan pedagogi memerlukan pemahaman
kognitif, sosial dan perkembangan teori-teori pembelajaran dan bagaimana teori ini
diimplimentasi kepada pelajar-pelajar di dalam kelas mereka.

16
Barnet Berry (2001) menyebut bahawa Pembelajaran abad ke-21 memerlukan
pelajar yang menguasai isi kandungan matapelajaran serta mampu mensintesis dan menilai
maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber dengan pemahaman dan
menghormati kepelbagaian budaya. Mereka dijangka mencipta, berkomunikasi, bekerjasama
dan celik digital serta mempunyai tanggungjawab sivik dan sifat empati yang tinggi.
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and
Communications Technology, ICT) yang berkembang pesat mendedahkan kita terhadap isu
dan cabaran globalisasi dan liberalisasi. Sebagai sebuah negara membangun yang pesat
berkembang, perubahan ini memaksa Malaysia untuk menyediakan pelapis masa hadapan
yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis, berempati dan holistik. Bertitik tolak dari
keperluan ini, maka perubahan dalam pendidikan amat kritikal untuk dilakukan selari dengan
kehendak dunia dan mendepani cabaran era globalisasi alaf ini.

Ciri-ciri pedagogi abad ke-21

Nor Aisah Jamil (2014) telah menggariskan empat perkara asas sebagai persediaan
menghadapi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

1. Membangunkan persekitaran bilik darjah Abad ke-21


- Dengan mentransformasi iklim dan suasana bilik darjah melalui pewujudan ruang
kreatif pelajar, susunan tempat duduk yang menggalakkan pembelajaran koperatif
dan kolaboratif.
2. Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi Abad ke-21
- Dengan bantuan pakar pembelajaran (School Improvement Specialist Coaches,
SISC+)
3. Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid
4. Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning
Community, PLC) sebagai strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah

Menurut Ayub Ibrahim (2014), kemahiran dan sikap guru merupakan elemen
penting yang menjadi tunjang utama pelaksanaan kelas pembelajaran abad ke-21 jika
dibandingkan dengan infrastruktur kelas itu sendiri. Beliau turut menggariskan ciri-ciri
pedagogi abad ke-21 berdasarkan matlamat Jabatan Pendidikan Negeri Johor seperti dalam
rajah di bawah.

17
Rajah 1: Fokus Pedagogi Abad 21 JPN Johor

Dengan keperluan mendesak untuk melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing
di peringkat global dalam mendepani cabaran di abad ke-21 ini, maka pedagogi dan
pembelajaran yang dilaksanakan kini di sekolah perlu berubah. Guru merupakan aspek yang
paling penting dalam mencorak suasana pembelajaran gaya baru, dan tidak boleh tidak, guru
mesti berupaya untuk menukar kaedah pengajaran mereka dalam kelas sebelum berlaku
perubahan dalam aspek-aspek lain seperti yang telah digariskan di atas. Dalam mendepani
perubahan ini, tugas guru telah berkembang daripada penyampai maklumat kepada
penggubah ilmu pengetahuan dan seterusnya membantu pelajar untuk menukar ilmu yang
dipelajari kepada ilmu yang boleh digunapakai merentasi pelbagai disiplin ilmu. Perkara ini
telah dijelaskan oleh va Ujlakyn Szucs (2009). Menurut beliau, peranan guru pada masa
kini telah berkembang daripada penyampai ilmu kepada fasilitator yang memberi maklumat
dan menunjuk ajar pelajar cara untuk menggunakan maklumat itu. Selain itu, tambahan lagi,
guru perlu berkemahiran tinggi dengan mengetahui penggunaan peranti dan alat berteknologi
seperti komputer, internet, mesin cetak dan sebagainya untuk melengkapkan diri mereka
sebagai tenaga pengajar yang berkemahiran luas. Perkara ini selari dengan keperluan
pembelajaran pada abad ke 21 ini.
Prensky (2008) telah menyatakan bahawa pelajar belajar dalam keadaan yang
paling baik apabila pelajar itu sendiri terlibat dalam mendapatkan sesuatu ilmu. Perkara ini
bersesuaian dengan aspirasi murid abad ke-21 yang telah digariskan oleh KPM iaitu :
Berupaya membuat hubung-kait

18
Bijak menyoal

Yakin berkomunikasi

Mengambil risiko

Dahagakan ilmu

Ingin tahu

Menjana idea

Fleksibel

Tidak berputus asa

Mendengar dan membuat refleksi

Berkemahiran kritis

Menguasai kemahiran literasi

Berani mencuba

Mampu berfikir sendiri

Membuat inisiatif

Mampu bekerja dengan orang lain

Membuat perubahan

Berintegriti

Berkeperibadian tinggi

Isu-isu terhadap pengetahuan pedagogi pembelajaran abad 21


a)Mengupaya kemahiran guru
Dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan amalan pedagogi kaedah
pembelajaran abad ke-21 ini, isu utama seharusnya berpusat kepada guru. Kementerian
Pendidikan Malasia seharusnya mengupayakan guru dengan memberi pendedahan mengenai
input-input yang sesuai dan kaedah serta tools yang boleh digunakan oleh guru untuk
menyediakan diri dalam menghadapi perubahan ini. Langkah pertama yang telah diambil
oleh KPM adalah dengan mewujudkan Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih
Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP
1.0. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru

19
Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees". SISC
akan memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta
berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau
sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh
sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah
tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah.
Program ini telah diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-
guru Cemerlang dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya
perubahan yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam terutamanya
UPSR dan SPM. Rentetan kejayaan program SISC, kelangsungan bidang keberhasilan utama
NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh
masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan
sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan
dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

Berikut merupakan Tugas SISC+ :

1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah


2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan
yang amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti
pengajaran di sekolah
4. Membimbing sejumlah guru (min 20 dan maks 30 orang) untuk tempoh sebulan;
SISC+ bebas untuk merancang bagaiman proses bimbingan yang bakal
dilaksanakan. (Wan Fadhlurrahman, 2013)
Selain itu, PPD dengan inisiatif pihak sekolah menekankan tentang Kemahiran
Berfikiran Aras Tinggi (HOTS) dalam kalangan guru dan murid-murid. Kursus berkenaan
HOTS dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada semua guru agar mereka dapat
menggunakannya dalam pdp dalam kelas masing-masing. Pelajar juga dibantu untuk
menerapkan elemen HOTS dalam pembelajaran mereka melalui program-program yang
dijalankan di sekolah. Tenaga kepakaran dalam melaksanakan program ini diperoleh dengan
jalinan kerjasama terutamanya pihak PPD. (Noor Hashimah, Amir, 2013).
Perbincangan secara berkumpulan juga dilakukan bagi memantapkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, kolaborasi guru dalam panitia untuk

20
menjalankan pdp secara berpasangan atau berkumpulan (team teaching) dan (lesson study
group). Dalam hal ini, KPM menekankan peri pentingnya kaedah Professional Learning
Community, PLC yang diajar kepada guru-guru dengan bimbingan SISC+. Professional
Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai
prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin,
1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006)
Antara objektif kaedah PLC ini termasuklah:

Guru mempunyai keazaman dan keikhlasan untuk belajar proses pembelajaran murid
yang kompleks

Seorang atau lebih guru daripada kumpulan berupaya mencetus dan memimpin
perbincangan dalam kumpulan agar maklumat atau data dapat diterjemahkan dalam
pengajaran harian
Menjadikan tema kajian sebagai panduan pembelajaran kepada para guru dalam
Lesson Study. (SISC+ PPD Padawan, 2014)
Guru-guru juga digalakkan untuk menambah ilmu dan meningkatan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka minati. Ini kerana hasil daripada peningkatan
profesionalisme seperti ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi untuk guru guru
menjalankan tugasan harian mereka. Selain itu, peningkatan profesionalisme tersebut dapat
disalurkan kepada kemenjadian pelajar. Terdapat dua jenis peluang untuk guru-guru
meningkatkan profesionalisme masing-masing iaitu dengan membuat permohonan
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menghadiri kursus-kursus yang
dianjurkan oleh KPM sama ada melalui PPD, JPN mahupun di peringkat kementerian sendiri.
(Noor Hashimah, Amir, 2013)
Terdapat banyak peluang melanjutkan pelajaran kepada guru dan pelbagai insentif
diberikan. Sebagai contoh guru bukan siswazah diberikan tawaran mengikuti Program
Pengijazahan guru dan diberi tajaan dan kemudahan cuti. Terdapat juga insentif lain seperti
pemberian biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh. Bagi guru-guru yang menghadiri kursus
anjuran PPD, JPN dan KPM, mereka dimestikan mengadakan in-house training kepada
rakan-rakan dalam panitia agar berlaku perkongsian ilmu sesama mereka. Selain in-house
training, peningkatan profesionalisme guru berasaskan sekolah (school-based profesional
development) juga amat digalakkan penganjurannya di peringkat sekolah. Sebagai persediaan
menghadapi pendidikan abad ke 21, ramai dalam kalangan guru yang melakukan perkongsian

21
pintar sesama mereka dalam beberapa aspek kritikal. Sebagai contoh, teknik pengajaran
terkini, teknik pengajaran berpusatkan sumber, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan
sebagainya. (Noor Hashimah, Amir, 2013)
Bukan itu sahaja, kompetensi guru dalam mengasimilasi pengetahuan ICT dan proses
pengajaran dan pembelajaran juga tidak harus dipandang ringan, Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) melalui agensi-agensi swasta yang dilantik dan tenaga bantuan daripada
pegawai teknologi KPM telah dan sedang giat melatih guru-guru untuk menggunakan
peralatan ICT yang dapat dioptimumkan penggunaannya dalam pendidikan abad ke 21.
Bermula dengan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) pada
tahun 2003 sehinggalah yang terbaharu iaitu aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya
(Virtual Learning Environment, VLE). Pengenalan semua aplikasi ini adalah sebagai
permulaan kepada penyediaan pendidikan abad ke 21 berteraskan penggunaan sumber dan
ICT. (Noor Hashimah, Amir, 2013).
Selain itu, pendekatan pedagogi guru juga boleh diintegrasikan dengan sistem
pembelajaran abad ke 21 termasuklah belajar cara belajar, kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran, aplikasi teori kecerdasan pelabagai dalam pengajaran dan
pembelajaran, penggunaan ICT, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran
secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri dan
pembelajaran masteri. Ditambah pula dengan pengenalan kepada program i-Think yang kini
telah disebar luas kepada guru-guru dan sekolah-sekolah seluruh Malaysia. (Noor Hashimah,
Amir, 2013).
b)Mengupaya kesediaan pelajar

Selain guru, pelajar juga harus bersedia dalam menerima corak pembelajaran yang
baharu ini. Perkara ini selaras dengan kriteria pembelajaran abad ke-21 yang telah dinyatakan
oleh Dabbagh (2007) iaitu,

1. Keupayaan Pembelajaran Sosial yang meliputi kemampuan membuat keputusan,


berkomunikasi, mewujudkan rasa yakin diri dan pengurusan konflik. Ini merupakan
komponen penting atau unsur utama dari kolaborasi yang efektif. Ciri-ciri ini perlu dalam
memupuk sikap kepimpinan,semangat kerja berpasukan dalam diri pelajar yang selari dalam
aspirasi murid yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
(PPPM 2013)

22
2. Keupayaan Berdialog (Discursive Skills); yang meliputi kemampuan berbincang dan
berdiskusi secara logik, rasional dan negosiasi dengan memperlihatkan atribut keterbukaan
dalam pelbagai isu yang mencabar dan kebolehan menjadi pendengar yang aktif.

3. Keupayaan Menilai Diri dan Kumpulan (Introspeksi); yang meliputi kemampuan diri untuk
akauntabel terhadap segala tugasan secara individu mahupun berkumpulan. Aktif dan
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam aktiviti berkumpulan seterusnya mempamerkan
sikap bertanggungjawab dan saling bantu membantu. Maka, setiap ahli dalam kumpulan
adalah diharapkan mempamer atribut kemampuan berfikir secara sistematik, dan
berpandangan jauh ke hadapan.

4. Keupayaan Refleksi Kendiri; iaitu kemampuan untuk mengambil hikmah/pelajaran dari


berbagai hal dan masalah. Lebih jauh lagi adalah kemampuan untuk melakukan perubahan
secar individu mahupun berkumpulan, serta mampu menerima kritikan dari pihak luar untuk
memperbaiki diri dan kumpulan.

Menurut Teori Perkembangan yang diutarakan oleh Jean Piaget, perkembangan


intelek seseorang individu tersebut adalah berkadar terus dengan pertambahan umurnya. Ini
bermakna, kematangan kognitif kanak-kanak bertambah selari dengan umurnya daripada
operasi yang konkrit(mudah) kepada operasi formal yang lebih kompleks. Kematangan
kognitif ini mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar dan menerima pembelajaran baru.
(Emma Shafie, 2014).

Faktor motivasi intrinsik juga memainkan peranan dalam menghadapi perubahan gaya
pembelajaran abad ke-21 ini. Motivasi berkait rapat dengan dorongan dan sikap pelajar untuk
belajar. Oleh itu guru memainkan peranan yang besar dalam membina dan mengekalkan
motivasi yang tinggi dalam diri pelajar sesuai dengan perubahan corak pembelajaran di
sekolah. J.S. Bruner telah menekankan mengenai pendekatan kurikulum spiral dalam sesi
pembelajaran dimulai dengan pembinaan konsep asas berpandukan benda konkrit dan
diteruskan dengan tahap yang lebih tinggi iaitu analisis dan seterusnya eksplorasi
penguasaan.(membumikan-pendidikan.blogspot.com, 2015). Jika teori ini digunapakai
dengan cermat dan diaplikasikan sepenuhnya sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran,
sudah pasti pelajar dapat menerima manfaat yang besar dalam sesi pembelajaran di sekolah.

23
Alessi dan Trollip (2001) menyatakan bahawa pembelajaran menerusi ICT
mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada
bila-bila masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan
daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini
bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh
disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan
hiperteks dan hipermedia dalam ICT dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok
dan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan
mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. (Sharifah, Kamarul, 2011). Dengan itu,
guru perlu optimis terhadap kompetensi ICT pelajar dan adalah diharapkan dapat
menggunakan kelebihan ini sebaik-baiknya untuk menjayakan pembelajaran abad ke 21.

c)Memperkasa kepemimpinan sekolah

Dalam kerancakan Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi


pendidikan, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh mana kesedaran
pemimpin sekolah dalam menyediakan pendidikan abad ke-21 agar transformasi pendidikan
negara dapat dicapai dengan jayanya. Gaya kepimpinan pengetua juga sedikit sebanyak
mempengaruhi kejayaan penyediaan pendidikan abad ke 21. Pengaruh kepimpinan
instruksional pengetua dalam konteks ini melibatkan proses kepimpinan pada tahap sekolah
yang berlaku dalam pelbagai arah; ke arah atas dari guru kepada pentadbir; ke arah bawah
dari pentadbir kepada guru; dan secara mendatar dalam kalangan guru, ibu bapa dan lain-lain
agen yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dengan sekolah (Abd Ghani, Aziah,
Tan, 2008).
Perkara paling utama, pengetua sebagai pemimpin sekolah perlulah mempunyai
pengetahuan dan kesedaran tentang pendidikan abad ke 21. Dalam paradigma sistem
pengajaran tradisional, objektif asas pembelajaran memfokuskan kepada bagaimana
pengetahuan yang dipelajari dapat digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang dapat dilihat
secara eksplisit. Pembelajaran dikatakan berlaku selagi pelajar dapat menghasilkan semula
pengetahuan yang diperolehi daripada proses pembelajaran (Collins, 2006; Jonassen &
Rohrer-Murphy, 1999; Karagiorgi & Symeou, 2005; Sadler, 1989; Vrasidas, 2000) dalam Shu
Shing-Lee & David Hung (2012). Manakala bagi pembelajaran ke arah abad ke 21 pula,
penyelidik-penyelidik berpendapat terdapat lima isu yang perlu diberi perhatian dalam
24
menentukan jenis pengetahuan dan kemahiran yang boleh memberikan manfaat kepada
pelajar-pelajar pada masa hadapan.
1. Pelajar yang memperoleh pendidikan yang lebih tinggi mempunyai kelebihan dari segi
mendapat peluang pekerjaan,

2. Keperluan terhadap pembelajaran dan kemahiran secara tradisional seperti pembelajaran


mata pelajaran matematik, sains dan bahasa tidak disertakan dengan kemahiran-kemahiran
baharu.

3. Untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan, pelajar perlu tahu bagaimana
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menghadapi cabaran sebenar kehidupan,
bukan hanya menulis semula apa yang telah dipelajari dalam kelas ke kertas ujian.

4. Pelajar yang berupaya membangunkan kecekapan yang diperlukan iaitu mampu berfikir
secara kritis, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi, menghasilkan
produk dan proses baharu, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan mempunyai
kelebihan dalam kerjaya dan kehidupan.

5. Kemahiran aplikasi dan kecekapan boleh diajar dalam konteks kurikulum; bukan sebagai
pengganti atau penambahan terhadap kurikulum sedia ada, tetapi kecekapan seperti
pemikiran kritis banyak bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan tidak boleh diajar
secara berasingan. (Noor Hashimah, Amir, 2013).

Dalam menyediakan pendidikan abad ke 21, pemimpin sekolah perlulah


menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam fungsi-fungsi berikut: 1.
menyelaras kurikulum, 2. mengawal waktu pembelajaran dan pengajaran, 3. mencerap dan
menilai pengajaran guru, 4. mengukuhkan usaha-usaha guru dalam meningkatkan prestasi
pelajar, 5. memberikan sokongan terhadap aktiviti pengajaran di sekolah, 6. menggalakkan
perkembangan profesionalisme guru dalam memastikan kejayaan. (Noor Hashimah, Amir,
2013). Perkara ini selaras dengan hasil kajian Christopher Day, Pam Sammons et.al (2011)
yang menyatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah itu sangat bergantung kepada kualiti
dan kemahiran pentadbir memahami dan menyelami serta menyelesaikan permasalahan
secara kontekstual. Dan dalam hal ini kontekstual pembelajaran abad ke 21.

d)Kemudahan dan prasarana bilik darjah

25
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha menaik taraf kemudahan
pendidikan yang meliputi pembinaan insfrastruktur bangunan dan penyediaan bilik-bilik khas
bagi mengupayakan sistem pembelajaran ke arah pendidikan abad ke 21. Kelengkapan bilik
pandang dengar, makmal komputer dan bengkel kemahiran dibina agar dapat menyokong
pembelajaran berteraskan sumber dan membolehkan pelajar mempunyai akses pembelajaran
kendiri. Anna Kristin & Torfi (2011) dalam kajiannya berkenaan reka bentuk bangunan
sekolah ke arah pendidikan abad ke 21 telah mendapati reka bentuk bangunan sekolah dan
susun atur kelas mempengaruhi pembelajaran murid secara individu dan berkumpulan dan
bagaimana penggunaan sumber pembelajaran dapat dioptimumkan. Oleh itu, KPM telah mula
menggunakan reka bentuk bangunan yang baru dan susun atur bilik darjah yang dapat
mengoptimumkan proses pembelajaran pada masa kini dan sebagai persediaan ke arah
pendidikan abad ke 21. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan ini sedikit sebanyak akan
membantu pihak sekolah merancang pelaksanaan pendidikan berkualiti dan menjurus ke arah
pendidikan abad ke 21.(Noor Hashimah, Amir, 2013)

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 pula, KPM telah


mempertingkat garis panduan rekaletak yang sesuai dan dicadangkan penggunaannya di
sekolah-sekolah. Pelan bilik darjah ini meliputi rekaletak fizikal dan ciri-ciri bilik darjah
berkesan untuk pembelajaran abad ke 21 ini. Ciri-ciri bilik darjah yang berkesan mendukung
pembelajaran abad ke 21 ini seharusnya:

Mempunyai suasana demokratik

Guru sebagai fasilitator

Saling menghormati dan mempercayai

Guru percaya kebolehan murid

Guru sebagai role model

Selamat dan seronok

Guru bersemangat tinggi

Pembelajaran berasaskan individu

Mempunyai semangat kekitaan

Komunikasi berkesan

26
Rajah 2: Contoh susun atur bilik darjah yang dicadangkan dalam pembelajaran abad ke-21

Manakala ciri-ciri fizikal bilik darjah abad ke-21 seperti yang dicadangkan oleh (Nor
Aisah Jamil, 2014) seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:

Muri duduk dalam kumpulan (4-6 orang)

Mempunyai sudut OPEM (Objektif Pembelajaran) dan Kriteria Kejayaan di papan


tulis.

Sudut Parking Lot

27
Sudut Hasil Kerja Murid

Sudut Maklumat

Ruang Santai

Cabaran melaksanakan kaedah pedagogi abad ke-21


a)Cabaran Literasi ICT di kalangan guru dan pelajar
Walaupun kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif
pelajar dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran masalah
seperti kesukaran serta integrasi teknologi maklumat yang tidak efisien masih lagi berlaku di
sekolah. Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah
tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik
adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan
pengintegrasiannya adalah guru. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan
guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah.
(Shahrul Nizam, 2011).
Kajian yang dijalankan oleh Norizan Abdul Razak (2003) terhadap 60 orang guru pelatih
di Institut perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendapati 60% guru pelatih
belajar tentang ICT dalam pengajian di institut. Sejumlah 27% belajar sendiri dan 18%
belajar daripada luar pengajian di institut perguruan. Untuk pengetahuan membina perisian
multimedia, 90% menyatakan mereka belajar dalam pengajian di institut perguruan. Dapatan
kajian ini menunjukkan majoriti guru pelatih memperoleh pengetahuan menggunakan ICT
daripada pengajian mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan kursus teknologi maklumat
yang diikuti semasa di institut perguruan banyak membantu guru memahirkan diri dengan
kemahiran teknologi maklumat. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu dilengkapkan
dengan kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan meningkatkan tahap
pengetahuan guru-guru. (Shahrul Nizam, d20112055962.blogspot.com).
Mortimer dan Scott (2003) menyatakan pengalaman menggunakan komputer
mempengaruhi sikap terhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami
bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas.
Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan
tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang
lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan
menggunakan komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang

28
bersikap positif terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding
dengan guru yang bersikap negatif terhadap komputer. (Shahrul Nizam, 2011).
Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin
berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini
menuntut sikap positif guru terhadap teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan
dengan mengintegrasikan aplikasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya
akan memanfaatkan golongan pelajar. (Shahrul Nizam, 2011).

b)Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana
komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau
bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak menjamin
keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap
penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya
sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur
komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu
dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu
meningkatkan infostruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan
untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur.

c)Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai
berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran
konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan
ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku.
Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya celik
komputer, terutama di kawasan luar bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar
terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran
menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.Oleh
sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran
berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira
perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar

29
berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat,
khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan
teknologi maklumat. Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin
dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi
kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah.

Cabaran Pendidikan Abad Ke 21

Dalam menempuh pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 guru-guru perlu mencari
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran baharu agar murid pascamerdeka kini
suka akan guru sekali gus suka kepada pengajaran guru. Cabaran pendidikan abad ke-21
adalah pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah
diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak
tahun 1970-an lagi.
Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda
aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diwar-warkan oleh Kementerian
Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Sebagai guru yang berwibawa,
pengajaran dan pembelajaran dalam cabaran pendidikan abad ke-21 ini memerlukan
pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak sedikit. Pengajaran yang pasif tanpa
berbantukan teknologi maklumat tentulah membosankan murid-murid. Terutamanya kepada
murid yang celik komputer. Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya
dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur
kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu.
(Azlizan Alias, 2015)
Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah cara ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti
Facebook, WhatsApp atau Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau
Google Chrome secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk
mencari maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa. Kesimpulannya,
pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama iaitu pengetahuan
teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Penyampaian

30
guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar
pada arus perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor
penentu peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari.(Azlizan Alias, 2015)

Isu Ketiga : Pengetahuan kandungan atau kurikulum

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap


bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum
perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya
kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga
manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan
pembekalan tenaga pekerja yang berketerampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan
perdagangan sahaja.Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran
dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan.

Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan
oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya
dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa
arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa
depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan
nilai-nilai semasa.

Fokus atau penekanan kurikulum


Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka
dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan
kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian
kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi
kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

31
kemahiran berkomunikasi secara berkesan
kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Antara kandungan Kurikulum bagi abad ke-21 ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Programme International Student Assessment
(PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)

a)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

KBAT atau juga dikenali sebagai HOTS (Higher Order Thinking Skills) pada mulanya
dititikberatkan pada subjek Sains dan Matematik. Bermula pada penghujung tahun 2012,
aktiviti kursus dan bengkel KBAT giat dijalankan pada 2013. Ini juga disebabkan oleh
pencapaian Malaysia dalam ujian Sains dan Matematik antarabangsa TIMSS dan PISA yang
jatuh merudum belakangan ini. Tapi sekarang, hampir semua subjek telah diKBATkan.
KBAT dilihat sebagai proses kitaran dari Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)
ke Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri
berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan
masalah yang tidak kerap berlaku (not familiar) dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang
tidak pasti keputusannya. Ia lebih kepada keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Menggunakan KBAT, murid
mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesai masalah, menginovasi,
mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan.
Prinsip Umum Mentaksir Kebolehan Murid dalam KBAT ialah Mentaksir Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi kerap meliputi prinsip tambahan berikut iaitu Persembahkan item dalam
bentuk yang mencabar minda murid berfikir, biasanya dinyatakan oleh stimulus yang relevan
dengan permasalahan yang diberi dan menggunakan konteks tugasan yang baharu (serta
berkaitan dengan kehidupan harian) , tidak pernah ditemui oleh murid dibilik darjah atau
buku teks.

32
Isu dan cabaran KBAT

Isu utama pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah Kesediaan dan
keupayaan guru dalam mengaplikasikan KBAT. Ini kerana KBAT memerlukan komitmen
dan usaha yang berterusan. Seperti yang diketahui umum, seorang pendidik perlu mempunyai
kesediaan dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Oleh itu, ilmu
pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam menyediakan guru ke arah mendidik para
pelajar menyelesaikan masalah melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Mempelbagaikan
kemahiran pedagogi semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) boleh menarik minat
pelajar untuk lebih menyesuaikan diri mereka dalam menjawab soalan aras tinggi. Antaranya,
guru boleh menggunakan ICT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, guru perlu bersikap positif dalam menerima segala perkembangan
teknologi baharu teknik PdP agar dilihat sentiasa bersedia dan meyakinkan pelajar. Sikap
guru juga mempengaruhi dalam mengaplikasikan KBAT dalam PdP mereka. Ini
menunjukkan kesediaan guru untuk berubah ke arah pendidikan yang lebih berkualiti.
Penglibatan pelajar juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan KBAT. Ini kerana
KBAT hanya dapat mencapai objektifnya apabila dua pihak bertindak balas mengikut
perancangan yang telah diprogramkan. Guru wajib memastikan pelajar yang terlibat aktif
semasa proses PdP dan guru juga perlu memberi ruang kepada murid untuk memberi
pendapat, berbincang dan bertanya. Oleh kerana isu dan cabaranya ialah jika salah satu pihak
gagal member kerjasama KBAT tidak akan menjanjikan apa-apa hasil seperti yang dirancang.
Disamping itu, tidak dinafikan wujud jurang tahap pemikiran murid luar bandar dan bandar.
Keadaan ini wujud adalah kerana faktor persekitaran yang sangat tidak membantu.
Jika pihak bertanggunjawab tidak meneiliti sebaiknya isu ini ia akan merugikan golongan
pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah yang kaedah pengajarannya lebih kepada
Chalk and Talk dan lebih berorientasikan Kaedah Pemusatan Guru. Boleh disimpulkan
dalam pelaksanaan KBAT ini guru merupakan pencetus dalam menerapkan kemahiran
berfikir aras tinggi di kalangan pelajar. Oleh itu, guru perlulah berusaha dalam menjadikan
pendidikan negara kita lebih berkualiti seiring dengan penekanan KBAT dalam PDP.

33
b)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016,
mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014. PBS dilaksanakan oleh
guru-guru mata pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
juga merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk:

i) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu


ii) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan potensi
individu
iii) membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu
(Lembaga Peperiksaan, 2012)
PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik. Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama
ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).
PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia
dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara
berterusan. Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk
menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai
untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
Pementoran

34
Penyelarasan
Pemantauan
Pengesanan
Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.
Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran
dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan.
Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi
yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.
Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Isu dan cabaran PBS


Beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan penaksiran berasaskan sekolah (PBS)
bermula dari isu golongan pelaksana sehinggalah sistem yang menyokong PBS berfungsi. Isu
pelaksana adalah lebih tertumpu kepada guru rasa sangat terbeban kerana masalah
kekurangan kemudahan akses untuk key in data-data yang diperlukan oleh sistem PBS.
Kekurangan kemudahan komputer dan akses internet yang sangat tidak memuaskan memberi
kesan negatif kepada pelaksanaan PBS khususnya kepada sekolah-sekolah di kawasan
pedalaman kerana data markah dan pencapaian pelajar perlu dikemaskini secara berkala. Bagi
menjamin kejayaan PBS banyak pihak perlu memainkan peranan masing-masing secara
optimum. Penerangan dan latihan yang kurang kepada guru yang terlibat juga membuatkan
setiap guru tidak jelas dengan sistem baharu ini, kebanyakan guru masih lagi kabur dan tidak
faham tentang PBS dan akhirnya yang menanggung kesan negatif dari kegagalan sistem ini
adalah pelajar-pelajar yang baru menginjak sesi menengah persekolahan.
Walaubagaimanapun di pihak pelajar, PBS dilihat dapat diterima dengan baik dan
kebanyakan pelajar dapat menyesuaikan diri. Ini berkemungkinan mereka masih dalam
proses asimilasi dari peringkat rendah kepada menengah.

c)Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

35
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar PPSMI menetapkan penggunaan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains dan matematik di
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Manakala dasar
MBMMBI ialah menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P sains dan
matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil. Dasar MBMMBI
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010.
Dalam proses peralihan ini, P&P sains dan matematik boleh menggunakan bahasa
Inggeris atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris
atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris atau bahasa Tamil di
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri
dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan
sekolah menengah yang telah mengikuti P&P sains dan matematik dalam BI pada atau
sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan
kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, P&P matematik
dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada
tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi
kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan
peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P sains dan matematik, meningkatkan
penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu P&P,
transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan
dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam P&P.

English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan
profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:-

a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) Untuk pembangunan


profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy
36
Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris
mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.
b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) Buku Panduan
Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar
Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih
berkesan. CD Audio-Video (Teachers CD) yang membolehkan guru melaksanakan
pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif. OPS-ENGLISH
Students Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital


pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian
kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan
digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan
diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

Isu dan cabaran MBMMBI


Cabaran utama apabila Kerajaan menggantikan PPSMI kepada MBMMBI ia
memperlihatkan kerajaan tidak membuat kajian yang mendalam sebelum melaksanakan
sesuatu dasar terutamnya yang melibatkan pendidikan di Malaysia. Imej kerajaan terjejas dan
kredibiliti kerajaan akan diragui oleh semua pihak dalam dan luar Negara. Apabila jemaah
menteri telah membuat keputusan muktamad bahawa dasar pengajaran dan Pembelajaran
Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihentikan, masih kedengaran suara-
suara sumbang mahukan dasar berkenaan diteruskan sehinggakan ada pihak ibu bapa yang
sanggup turun berdemostrasi dan mengumpul tandatangan bagi memperjuangkan PPSMI.
Mereka langsung tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti ibu bapa (90 peratus)
menyokong langkah pemansuhan PPSMI yang diganti dengan dasar memartabatkan bahasa
Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI). Selain daripada itu, wujud dakwaan
bahawa Kerajaan cuba membuat paksaan agar semua peringkat murid yang terdiri dari
pelbagai kaum menguasai Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk lebih berjaya. MBMMBI
didakwa memberi faedah kepada para pelajar dari kaum melayu kerana telah banyak
penyelidikan dilaksanakan tentang keperluan medium bahasa yang sesuai dengan proses
pembelajaran. Kajian UNESCO sendiri mendapati bahawa proses pembelajaran akan lebih
berkesan jika dikendalikan dalam bahasa tempatan (dan bahasa ibunda). Di United Kingdom
sendiri, rakyat Scotland dan Wales bertegas tentang hak bahasa pengantar Scottish dan Welsh.
37
Oleh kerana itu, wujud pihak-pihak tertentu untuk cuba membuat bantahan untuk meraih laba
politik dan sebagainya berhubung isu ini. Isu apabila melibatkan bahasa ia akan mengaitkan
bangsa dan politik. Pelaksanaan MBMMBI bagi mengantikan PPSMI ini sedikit sebanyak
dipengaruhi unsur-unsur politik. Apabila pendidikan dipolitikkan akan timbul satu situasi
mendahului kepentingan pihak lain dari pihak yang sepatutnya yakni golongan pendidik dan
pelajar. Di Malaysia situasi ini jika berterusan sangat tidak sihat dan akan lebih mencorotkan
mutu pendidikan Negara di peringkat Asean lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa.

d)Programme International Student Assessment (PISA)

PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student


Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and
Development). Objektif PISA ialah mengukur pencapaian murid berumur 15 tahun ke atas
dalam literasi matematik, literasi sains dan literasi bacaan untuk melihat sejauh mana remaja
telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi ahli
masyarakat yang berjaya. Tempoh perlaksanaan PISA adalah 3 tahun sekali bermula pada
2000, di Malaysia menyertai PISA sejak 2009. Sasaran PISA ialah murid yang berumur 15
Tahun ke atas tanpa mengira tahap tingkatan.

Isu dan cabaran PISA

Berdasarkan laporan PISA, Malaysia berkedudukan kedua tercorot di Asia Tenggara


Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara Asia Tenggara yang
turut serta dalam penilaian itu sementara Singapura dan Thailand di depan Malaysia.
Kedudukan ini menggambarkan Skor purata Malaysia rendah daripada skor purata negara
OECD dan antarabangsa. Enam puluh peratus pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras
minimum dalam matematik manakala murid perempuan menunjukkan prestasi yang lebih
baik berbanding murid lelaki dalam ketiga-tiga domain iaitu membaca, matematik dan sains.
Wang(2000), sistem pendidikan hanya berorientasikan peperiksaan dan pencapaian akademik
dimana kaedah ini menjadikan pembelajaran tidak disepadukan dengan dunia luar. Daliyanie
Mat Said (2011) menyatakan bahawa pelajar seolah-olah dibentuk melalui mesin
(kurikulum) dan pembelajaran di sekolah hanya tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan
kedua selepas guru. Mutu sistem pendidikan sekolah Malaysia kedua Tercorot Di Asia
Tenggara. Setelah keputusan PISA didapati amat Memalukan Malaysia. Kementerian

38
Pendidikan (KPM) segera melakukan postmortem dan menyenaraikan faktor penyebab
kenapa keputusan PISA Malaysia tercorot antaranya adalah kerana faktor-faktor berikut:-

Sikap Murid
Ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini
tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab.

Format Soalan PISA


Soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan
refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan
rajah dan jadual.

Keutamaan Guru
Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan
tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang
digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi.

Keputusan PISA Memalukan Malaysia


Daripada Faktor-faktor Kegagalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Apa yang boleh simpulkan, Selain menyalahkan format soalan yang dikeluarkan
PISA, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyalahkan sikap murid dan guru di
Malaysia.

Kegagalan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)


Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan berbeza dari
pelaksanaan di negara-negara lain. Guru-guru pula dibebankan dengan tugasan mengisi
borang dan kerja-kerja birokrasi yang lain sehingga murid-murid terabai dan mengurangkan
lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman.

e)Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science


Study yang diperkenalkan oleh IEA (International Association For The Evaluation Of
Education Achievement). Objektif TIMSS ialah menghasilkan maklumat tentang input,
proses dan output tentang pendidikan bagi menambah baik dasar dan P&P matematik dan

39
sains. Tempoh perlaksanaan TIMSS adalah 4 tahun sekali bermula pada 1995, TIMSS mula
diperkenalkan di Malaysia sejak 1999. Sasaran TIMSS ialah murid Tahun 4 Tingkatan 2 (gred
8) tetapi di Malaysia hanya bagi murid Tingkatan 2.

Isu dan cabaran TIMSS

Hasil kajian TIMSS pada tahun 2003, menunjukkan sebahagian besar pelajar di
Malaysia belum menguasai kemahiran menyelesaikan masalah matematik. Hanya segelintir
pelajar sahaja yang mampu menjawab soalan yang melibatkan kemahiran menyelesaikan
masalah. Tambahan pula, soalan-soalan yang ditanya di dalam kajian TIMSS ini melibatkan
aras analisis dan sintesis. Aras-aras tersebut merupakan antara aras tertinggi yang perlu
dicapai oleh para pelajar.Masalah ini timbul kerana para pelajar tidak memahami konsep
matematik yang mereka pelajari. Mereka hanya menghafal jalan kerja yang telah dilakukan
semasa proses pengajaran dan pengajaran berlangsung. Konsep matematik bersifat abstrak.
Konsep matematik perlulah difahami dengan sempurna bagi menjawab soalan di dalam
kajian TIMSS kerana ia melibatkan aras analisis dan sintesis dalam menyelesaikan masalah
matematik. Seseorang pendidik memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi
pelajaran secara berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan seterusnya
menyimpan maklumat tersebut dalam jangka masa panjang (Matematik, 1989). Mohd Salleh
Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran
matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik. Kefahaman konsep
merupakan perkara penting dalam pembelajaran matematik. Ini kerana, subjek matematik
bukanlah bersifat hafalan. Kajian Meissner (1983) pula menyatakan kefahaman perkaitan
merupakan kunci kejayaan pelajar dalam mata pelajaran matematik. Soalan yang terdapat di
dalam kajian TIMSS dibina bagi menguji kefahaman pelajar berkaitan konsep-konsep
matematik yang telah dipelajari di sekolah. Apabila pelajar memberikan tafsiran yang salah
terhadap sesuatu konsep, ia akan memberikan maksud yang berlainan terhadap makna
sebenar. Pelajar yang bijak juga, kadang kala mengalami kesilapan konsep matematik.
Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah
bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hiraki. Pelajar tidak
memahami konsep matematik yang bersifat asas, akan mengalami masalah apabila ingin
menjawab soalan yang lebih kompleks. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah
atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman
konsep.

40
Kesilapan-kesilapan pelajar sering berlaku apabila ianya berkaitan dengan
pemahaman dan kaedah penyelesaian. Antara contoh yang dilihat ialah, apabila seseorang
pelajar melakukan kesilapan dalam menganalisis soalan di dalam kajian TIMSS, ia akan
memberikan penyelesaian yang berbeza daripada yang dikehendaki. Maka, pelajar
seharusnya, memahami konsep matematik dengan sepenuhnya untuk menjawab soalan yang
mempunyai aras tinggi. Kefahaman konsep matematik amat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Jelas terbukti bahawa, soalan yang terdapat di dalam kajian TIMSS
melibatkan aras analisis dan sintesis dan memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan
krititis. Jika mereka tidak memahami konsep asas subjek matematik seperti konsep tambah,
tolak, darab mahupun bahagi, pasti mereka tidak akan berminat untuk mempelajari lebih
lanjut mengenai matematik. Guru-guru perlu menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran secara kreatif bagi membantu pelajar memahami konsep konsep matematik.

Isu keempat : Prasarana


Prasarana yang terdapat di sekolah merupakan faktor penting yang akan menentukan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Prasarana pendidikan
bermaksud semua peralatan, bahan, bilik dan perabot yang digunakan dalam proses
pendidikan. Jelasnya prasarana merupakan segala kemudahan yang diperlukan dalam proses
pendidikan di sekolah. Prasarana yang paling utama yang akan menjamin kebekerkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran ialah bilik darjah.

Bilik Darjah Abad ke-21


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung
kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik
darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.
Memandangkan bilik darjah merupakan tempat penting dalam melahirkan para pelajar yang
produktif dalam semua aspek, maka menjadi tugas guru mentadbir urus bilik darjah supaya ia
benar-benar kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Lemlech (1979), mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik
darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur
dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta
pengenalpasti masalah potensi murid. Anderson (1989), mengatakan bahawa pengurusan
bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan
41
penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah
laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain dan penggunaan masa
pembelajaran yang efisyen. Levin & Nolan (2004), pula memberi tumpuan aspek
keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.
Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses
yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan
objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jelasnya suasana bilik darjah yang kondusif akan turut mempengaruhi perlakuan pelajar.Oleh
itu guru perlu bertindak ke arah membentuk dan membina bilik darjah yang benar-benar
bersifat kondusif yang meliputi aspek-aspek perancangan keceriaan kelas, kebersihan kelas,
penerapan unsur motivasi dan pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran. Namun
persoalan yang timbul adakah konsep bilik darjah yang terdapat dalam sistem pendidikan di
Malaysia bercirikan bilik darjah abad ke-21. Keseimbangan prasarana bilik darjah yang
kondusif antara sekolah bandar dan luar bandar juga perlu diberikan perhatian yang wajar
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Menjadi kebiasaan di dalam setiap bilik darjah,
murid akan duduk dalam barisan di meja masing-masing menghadap guru. Susunan sebegini
dibuat untuk memudahkan guru menyampaikan maklumat secara berkesan kepada murid.
Keadaan sesuai dengan proses PdP yang berpusatkan pelajar dan guru merupakan sumber
ilmu. Namun bagi PdP abad ke-21, peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat
tetapi membimbing, berbincang, dan mentaksir perkembangan murid dan memberi sokongan.
Ini bersesuaian dengan keperluan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara
koloboratif, teknologi maklumat, dan literasi maklumat dan memerlukan kaedah baharu. Oleh
itu konsep bilik darjah lebih kepada bilik sumber, maklumat mudah diakses dan
mempamerkan hasil-hasil kerja murid. Susunan meja dan kerusi di bilik darjah perlu sesuai
untuk aktiviti berkumpulan seperti eksperimen dan dan kajian.

Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dicirikan oleh Prasarana teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). ICT dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Davitt, 2005). ICT dianggap berperanan sebagai alat
untuk mengajar dan belajar. Justeru itu peluang yang ada perlu diraih melalui penggabungan
pengetahuan dan pembelajaran serta kekuatan alat teknologi untuk menyediakan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan.Usaha ke arah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
telah dirancang dengan memantapkan ICT dalam pendidikan di Malaysia. Antara sebelas
42
anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah meningkatkanakses internet dan
persekitaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013. Murid
akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. ICT diharap akan
menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah tanpa jurang pemisah antara bandar
dan luar bandar. Cabaran besar yang harus dipikul oleh guru ialah melengkapkan diri dengan
kemahiran menggunakan ICT dan menggunakannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Menurut kajian Zailawati & Fariza (2014), menunjukkan bahawa masih
terdapat ramai lagi guru yang berkhidmat di pusat bandar tidak mahir menggunakan
komputer dan ICT semasa proses PdP, sedangkan dari segi kemudahan infrastruktur sudah
tersedia.Penggunaan internet juga adalah kurang dalam kalangan guru-guru. Keadaan ini
berlaku disebabkan tahap kelajuan mengakses yang kurang pantas dan terpaksa menunggu
dalam jangka masa yang panjang atau lama untuk mengakses internet. Oleh itu masalah ini
perlu segera diatasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar langkah mentranformasikan
sistem pendidikan berjalan lancar.

Isu kelima : Kesediaan Pelajar terhadap Penggunaan Pembelajaran Mudah alih (M-
Learning)
Mobile Learning (M-Learning) merupakan konsep baharu dalam proses PdP yang
menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat
kepada lokasi fizikal apabila melakukan sesuatu proses pembelajaran. Menurut Prensky
(2001) M-Learning ialah pembelajaran yang mengguakan peralatan mudah alih yang terkini
seperti telefon bimbit, komputer riba dan tablet PC. Menurut Siraj (2005) pula menyatakan
bahawa M-Learning adalah penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan
pembelajaran berlaku bila-bila masa dan di mana-mana jua. Justeru itu PdP abad ke-21 akan
menjurus ke arah pembelajaran mudah alih (M-Learning). Dalam masa yang sama,
pembelajaran ini juga menuntut kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran ini dengan
berkesan.
Dalam kajian Brown (2005), turut menyatakan bahawa perkara yang menguntungkan
pelajar ialah pelajar tidak perlu membuang masa menyalin nota yang diberikan oleh guru.
Antara peralatan utama pembelajaran M-Learning ialah Komputer riba, telefon selular,
telefon pintar dan telefon 3G. Salah satu komponen penting dalam pembelajaran M-Learning
ialah komputer riba. Terdapat banyak jenis dan model kompoter riba di pasaran. Namun
43
setiap komputer perlu diganti setiap duatau tiga tahun bagi memastikan kapasiti mencukupi
dan sesuai dengan teknologi yang terkini. Konfigurasi setiap model juga harus dikenal pasti
kerana konfigurasi mengalami perubahan setiap masa dan komputer juga menyokong
teknologi tanpa wayar (Rosli & Mohamad, 2011).Di samping itu, telefon selular juga
membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Pengguna juga boleh
menghantar dan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada pengguna lain.
Telefon pintar pula dilengkapi dengan akses internet dan mampu menyokong aplikasi
multimedia (Rosli & Mohamad, 2011). Telefon 3G ialah telefon bimbit generasi ke-3 yang
mempunyai keupayaan untuk memindahkan data empat kali lebih baik daripada telefon
bimbit biasa. Telefon 3G boleh menyampaikan maklumat sehingga 2 megabait sesaat di
samping menyokong penuh video dan multimedia (Rosli & Mohamad, 2011). Terdapat
beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru dan pelajar dalam melaksanakan
pembelajaran M-Learning ini, Antara cabaran tersebut ialah:
(i)Mesti mempunyai pengetahuan ICT secara berkesan untuk mencapai objektif pengajaran
berkaitan sesuatu subjek.
(ii)Perlu merancang sekiranya hendak menggunakan ICT dalam membuat persediaan
mengajar.
(iii)Mengetahui cara mengurus sumber ICT secara berkesan di dalam dan di luar bilik darjah.
(iv)Memilih dan menggunakan ICT yang paling sesuai untuk mencapai semua perisian yang
generik mengikut subjek.
(v)Mengetahui cara memantau dan menilai pembelajaran subjek apabila ICT digunakan.
(vi)Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar.
(vii)Bilangan guru yang terlatih dalan ICT belum mencukupi.

Bagi memastikan pembelajaran E-Learning dapat menghasilkan impak yang


berkesan, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memastikan tahap kesediaan
guru dan pelajar berada pada tahap yang tinggi. Hal ini keana Kejayaan PdP dalam apa
kaedah dan bentuk pengajaran amat bergantung kepada kekuatan interaksi antara guru dengan
pelajar. Peningkatan penggunaan ICT dalam kalangan guru yang diaplikasikan dalam proses
PdP, adalah satu dimensi baru dalam bidang pendidikan negara. Keupayaan dan kesediaan
guru perlu seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan insan kreatif
dan inovatif.

44
Rujukan
Ahmad Ali Bin Seman & Warti Binti Kimi. 2014. Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Satu
Transformasi Pendidikan Dalam Pembangunan Modal Insan Di Malaysia
http://atikan-jurnal.com/2014/12/pentaksiran-berasaskan-sekolah/ [4 Februari 2104]
Alessi & Trolip. 2001. Multimedia for learning. 3rd ed. USA: Pearson Education.
Anderson, L. M. 1989. Classroom instruction. Pergamon Press.
Ayub Ibrahim. 2014. Pelaksanaan Kelas Pembelajaran Abad Ke-21 [Slaid PowerPoint].
Diperolehi dari http://www.slideshare.net/mpsmcawanganmelaka/abad-ke-21?
related=2
[8 Ogos 2015]
Azlizan Alias. 2015. http://www.cikguazli.com.
[15 Julai 2015]
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014 Program For
International Student Assessment (PISA).
file:///C:/Users/wani/Downloads/slot_i_latar_belakang_pencapaian_pisa_insiatiflb
[8 Disember 2014]
Barnet Berry. 2011. Teaching 2030: What We Must Do for Our Students and Our Public
Schools- Now and in the Future. Teachers College Columbia University New York
and
London.
45
Brown, T. 2005. Towards a model for M-Learning in Afrika. International Journal on
E-Learning 4(3): 299-315.
Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia. 2015. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dan
Pelaksanaan KBAT di Sekolah.http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Mac_2015.pdf
[2Mac 2015]
Cikguhailmi. 2014. Isu-Isu Kontemporari Dalam Pendidikan
http://www. apa-itu-ujian-pisa-dan-timss.html [3 Jun 2014]
Dabbagh, N. 2007. The online learner: Characteristics and pedagogical implications.
Contemporary
Issues in Technology and Teacher Education.
http://www.citejournal.org/vol7/iss3/general/article1.cfm. [24 Julai 2015]
Davitt, J. 2005. Accelerated learning meets ICT. Great Britain: Network Educational
Press Ltd.
DuFour,D. & DuFour,R. 2012. The school leaders guide to professional learning
communities at work. Bloomington: Solution Tree Press.
Emma Subpei Shafie. 2014. Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis-jenis, Faktor-faktor
Mempengaruhi,Implikasi terhadap PnP).
http://www.slideshare.net/ainunstaidemmasubpeishafie/kesediaan-belajar-maksud-
jenis2-faktor2-mempengaruhi-implikasi-terhadap-pnp [26 Julai 2015]
va Ujlakyn Szucs. 2009. The role of teachers in the 21st century. International Webjournal.
http://www.senspublic.org/IMG/pdf/SensPublic_DossierEurope_EUjlakyne.pdf.
[31 Julai 2015]
Hallinger,P. 1998. Educational reform in the Asia Pasifik. Journal of Educational
Administration, 36(5), 417-425.
Irfan Naufal Umar. 2003. Penilaian laman web pendidikan di Malaysia : Satu Tinjauan.
Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Malaysia ke-16.
Jojari Surif & Mohammad Yusof Arshad. 2003. The applicationg Generatif-Metakognitif
Model in constructivism environment: The role of teacher as a reflective practise.
Kertas kerja dibentangkan di Konferens Antarabangsa bagi Pendidikan Matematik
dan Sains. 14-16 Oktober, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Jonassen, D. H. 2003. Using cognitive tools to represent problems. Journal of Research in
Technology Education. 35(3): 365-381.

46
Joohari Ariffin. 1994. Peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Jurnal guru ke
arah
pembinaan budaya ilmu. 3: 360-379.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Memertabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris.http://www.moe.gov.my/userfiles/file/MBMMBI.pdf [2 Jun 2010]
Kementerian Pelajaran Malaysia.2011. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat)
Dalam
Instrumen Pentaksiran
http://ipik.edu.my/sepintas_lalu/elemen_kbat_dalam_instrumen_pentaksiran.pdf
[22 Mei 2011]
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014.


http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/210-kemahiran-
abad-ke-21.html [23 Julai 2015]
Kenichi Ohmae. 1995. The End of the Nation State: The Rise of Regional Economic. New
York:
The free press.
Lemlech, J. K. 1979. Classroom management. Addison-Wesley Educational Publishers,
Incorporated.
Levin, J, F., & Nolan, J. 2004. Principles of classroom management: A Professional
Decision- Making Model. Ed ke-4. Boston: Allyn and Bacon.
Marc Prensky. 2008. The Role of Technology in teaching and the classroom. Educational
Technology. http://www.marcprensky.com/writing/Prensky-
The_Role_of_Technology-ET-11-12-08.pdf [5 Julai 2015]
Metiri Group. 2003. enGauge 21st Century Skills. http://pict.sdsu.edu/engauge21st.pdf
[12Julai 2015]
Mortimer, E.F. and Scott, P.H. 2003. Meaning making in secondary science classrooms.
Maidenhead: Open University Press.
NCREL: enGauge 21st Century Skills. 2002. Digital Literacies for a Digital Age.
47
http://www/ncrel/org/engauge/skills/skills.htm [12 Julai 2015]
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. Nurulhuda Hasan. Mahat Afifi. 2012 Pengetahuan Pedagogi
Isi
Kandungan. Http://Www.Ukm.My/Uba/Sebar2012/Prosiding.Htm [3 Julai 2012]
Noor Hashimah, Amir Shaukhi. 2013. Gaya Kepimpinan Pengetua Dalam Menjayakan
Penyediaan Pendidikan Abad Ke-21. http://www.iab.edu.my/sn20_papers/NOOR
%20HASHIMAH&%20AMIR%20SHAUKHI.pdf [13 Julai 2015]
Nor Aisah Jamil. 2014. Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke 21 [Slaid PowerPoint].
Diperolehi dari http://www.slideshare.net/noraisahjamil/taklimat-511-rabu-sk-lav-
heights?related=1 [8 Ogos 2015].
Norizan Abdul Razak. 2003. Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian
secondary schools. Doctoral Dissertation. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pam Sammons, Qing Gu, Christopher Day, James Ko. 2011. Exploring the impact of
school leadership on pupil outcomes: Results from a study of academically improved
and effective schools in England. International Journal of Educational Management,
Vol.25.http://www.ied.edu.hk/apclc/dowloadables/Publications/2011/Exploring
%2520the%2520impact%2520of%2520school%2520leadership%2520on%2520pupil
%2520outcomes.pdf [4 Julai 2015]
Partnership for 21st Century Skills (http://www.p21.org/overview/skills-framework)
[5 Julai 2015]
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shahrul Nizam Taharin. 2011. http://www.d20112055962.blogspot.com [12 Julai
2015]
Peranan Guru Dalam Menjayakan Dasar MBMMBI. 2012
http://terusanilm.com/2012/11/peranan-guru-dalam-menjayakan-dasar.html
[30 November 2012]
Prensky, M. 2001. Digital natives, digital immigrants, on the horizon 9(5):1-6.
Rosli, R., & Mohamad, H. 2011. M-Learning dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV)
di Malaysia. UTHM.
Sebab Malaysia Gagal dalam Ujian TIMSS dan PISA.2015.
http://memoirinsani t.com/2015/03/sebab-malaysia-gagal-dalam-ujian-timss.html
[4 April 2015]
Sharifah Nor Puteh, Kamarul Azman Abdul Salam. 2011. Jurnal Pendidikan Malaysia

48
36(1). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap
Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siraj, S. 2005. M-Learning dalam pembangunan sekolah berteknologi di Malaysia:
Prospek pelaksanaan. Prosiding Seminar Pendidikan. USM.
SISC+ PPD Padawan. 2014. Bengkel Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) : Lesson
Study Sekolah-sekolah Daerah Padawan. [Slaid PowerPoint] [23 Julai 2015]
Wan Fadhlurrahman. 2013. http:// siscppdkmy.blogspot.com. [12 Julai 2015]
Wikipedia Ensikopedia Bebas.2012. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pentaksiran_Berasaskan_Sekolah [12 Julai 2015]
Zailawati, H., & Fariza K. 2014. Kekangan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kalangan guru di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangi.
Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim :
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

49

Anda mungkin juga menyukai