Anda di halaman 1dari 12

INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN MEMBERI IMPAK TERHADAP PRESTASI GURU.

1.0 PENGENALAN Dipetik daripada jurnal - The effects of emotional intelligence on work stress and the intention to leave the teaching profession: oleh Syed Sofian Syed Salim & Rohany Nasir.

Profesion perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995).

Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah juga perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara awal. Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin

banyak di samping harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung tinggi. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan.

Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih sayang.

1.1 Definisi inovasi dan perubahan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Keempat, definisi perubahan ialah perihal berubah, peralihan, pertukaran. Carlopio (1998) pula menjelaskan bahawa perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Fagerline dan Saha (1982) menyatakan bahawa pendidikan menjadi agen utama dalam perubahan bagi menggerakkan masyarakat kontinum perkembangan. Namun begitu, proses perubahan adalah kompleks dan pelbagai.

Manakala, Banathy (1991) berpendapat bahawa perubahan dalam sistem pendidikan perlu diterima secara individu atau kolektif. Menurut beliau, jurang meningkat apabila perubahan dalam pendidikan adalah lembab berbanding perubahan yang pantas berlaku dalam kehidupan masyarakat. Hal ini berlaku disebabkan kebanyakan institusi pendidikan bergantung pada pelan perancangan

yang lama dan lapuk serta tidak relevan lagi dengan kepantasan perubahan dalam kehidupan masyarakat.

Setelah kita lihat apakah itu perubahan, bagaimana pula dengan inovasi? Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini dianggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Maka, pengkaji telah meneliti beberapa definisi berdasarkan pendapat beberapa ahli falsafah dalam dan luar Negara.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994), menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. ACEID atau Asia-Pacific Centre of Educational Innovation for Development (1977), pula menyatakan bahawa inovasi ialah satu usaha untuk memperkenalkan amalan untuk membawa perubahan sosial. Amalan yang perlu tidak yang serba baru, berkesan dan berpotensi dalam konteks yang baru ialah kriteria utama yang digunakan dalam pelabelan ia sebagai inovasi. penekanan diberikan pada perubahan dari segi menyediakan strategi untuk menangani masalah tertentu tempatan atau kebangsaan.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

Zaltman et.al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

Daripada kesemua pengertian diatas dapatlah disimpulkan bahawa inovasi boleh diterangkan sebagai penghasilan baru, berbentuk maujud dan konkrit, berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada dan terjelma menjadi unik, memudahkan dan bernilai kepada individu atau sesuatu organisasi. Manakala, perubahan pula ialah perkara yang ditukar tetapi tidak ada penambahan atau pembaikan.

1.1.1 Inovasi dan perubahan dalam pedidikan.

Inovasi berasal dari kata Latin, innovation yang bererti pembaharuan dan perubahan. Kata kerjanya inovo yang bermaksud memperbaharui dan menukar. Inovasi adalah suatu perubahan yang baru yang menuju kearah pembaikan; yang lain atau berbeza dari yang ada sebelumnya, yang dilakukan dengan sengaja dan terancang (tidak secara kebetulan).

Istilah perubahan dan pembaharuan ada perbezaan dan persamaannya. Perbezaannya, kalau pada pembaharuan ada unsur disengajakan. Persamaannya, sama-sama memiliki unsur yang baru atau lain dari sebelumnya. Kemas kini pendidikan itu sendiri adalah perubahan yang baru dan kualitatif berbeza dari hal (yang sebelumnya) serta sengaja diusahakan untuk meningkatkan kemampuan guna mencapai tujuan tertentu dalam pendidikan.

Menurut Nichols (1983:4), terdapat perbezaan yang jelas diantara inovasi dengan perubahan melalui deifinisi yang diungkapkan oleh beliau iaitu;

Change refers to continuous reappraisal and improvement of existing practice which can be regarded as part of the normal activity. While innovation refers to Idea, subject or practice as new by an individual or individuals, which is intended to bring about improvement in relation to desired objectives, which is fundamental in nature and which is planned and deliberate.

Nichols menekankan perbezaan antara perubahan (change) dan inovasi (innovation) sebagaimana dikatakan di atas, bahawa perubahan merujuk kepada kelangsungan penilaian, tafsiran dan pengharapan kembali dalam pembaikan pelaksanaan pendidikan sedia ada yang dianggap sebagai sebahagian aktiviti yang biasa. Sedangkan inovasi menurutnya adalah merujuk kepada idea, objek atau amalan sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekumpulan orang yang bermaksud untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan.

Terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan inovasi Pendidikan iaitu Ibrahim (1988) mengemukakan bahawa inovasi pendidikan adalah inovasi dalam bidang pendidikan atau inovasi untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Maka, inovasi pendidikan adalah suatu idea, perkara, kaedah, yang dirasakan atau dinikmati pelbagai perkara yang baru bagi hasil seseorang atau kelompok orang (masyarakat), baik berupa hasil inverse (penemuan baru) atau discovery (baru ditemui orang), yang digunakan untuk mencapai tujuan pendidikan atau untuk menyelesaikan masalah pendidikan.

Selain itu, Warwick Mansell melaporkan dalam The Guardian UK (9 November 2009) bahawa; The way to fire children enthusiasm for education is not to get them learning lists of facts, but to think like someone who learns for living dan beliau memetik ungkapan yang dibentang oleh Larry Rosenstock, ..but if you get

them to behave like a biologist, or behave like a photographer, or a journalist, or a mathematician, that changes everything.

Dalam satu konferens tentang inovasi dalam persekolahan menjelaskan tentang dunia pendidikan akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa. Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Inovasi dan perubahan dalam Pendidikan di Malaysia adalah hasil daripada perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Dunia kini segalanya bermula dari hujung jari setiap manusia, perhubungan serata dunia dirapatkan melalui jaringan maya yang menggunakan teknologi tidak kira media massa, telefon, televisyen ataupun komputer. Segalanya berubah dalam sekelip mata, segala maklumat boleh dicapai dalam masa beberapa saat selain mempunyai variasi pilihan. Kita perlu ingat bahawa pelajar pada hari ini membesar bersama teknologi multimedia.

Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, menegaskan bahawa guru perlu lebih kreatif dan inovatif serta menambahkan dimensi baharu dalam pengajaran (BERNAMA, Disember 2009). Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu dari pengenalan kepada teknologi baru kemudian semestinya berubah dalam sistem penyampaian dan akhir sekali akan mengalami perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. Bentuk pertama iaitu pengenalan kepada teknologi baru, contohnya ketika ini guru menggunakan multimedia untuk mengajar bagaimana terjadinya hujan. Dengan menggunakan video atau perisian-perisian tertentu, guru bukan sahaja dapat mempertontonkan bagaimana awan bergerak dan air mengalir sekaligus dapat memperluas pengalaman murid dalam keupayaan menaakul dan berimaginasi. Segala persoalan mudah dijawab dan difahami ketika segala pengajaran berlaku secara terperinci. Tidak seperti kaedah tradisional yang hanya dapat dilukis dan meminta murid

berimaginasi tanpa melihat kejadian sebenar, malahan boleh menyebabkan murid berprasangka atau salah faham.

Menurut Noriati dan rakan (2010) menyatakan di dalam buku Guru dan Cabaran Semasa, apabila terdapatnya teknologi baru, maka terjadinya perubahan dalan sistem penyampaian iaitu sistem bagaimana setiap maklumat dipindahkan dan dipersembahkan. Dengan inovasi, ia bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan menaakul dan meramal murid, malahan memberi pengalaman secara maya dan terperinci menyebabkan murid seperti berada di dunia realiti. Dan yang paling penting, perkara seperti salji yang tidak pernah dilihat dan dialami oleh murid dapat dilihat bukan hanya sekadar lukisan tetapi juga boleh dialami secara gambar bergerak atau video.

Jika, teknologi digunakan secara betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru, maka setiap matlamat, visi dan misi dapat dicapai. Malahan, guru dapat meningkatkan kualiti produk yang mereka ingin pasarkan. Produk dalam pendidikan ialah aset Negara iaitu setiap murid dalam setiap sekolah. Tidak kira mereka dari pelusuk manapun, jika teknologi boleh dicapai dan diperkenalkan kepada mereka semestinya mereka akan mempunyai minda yang lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan setiap masalah mereka. Dan semestinya pihak yang berperanan paling penting dan paling dekat dengan murid ialah seorang insan yang bergelar guru atau pendidik, merekalah pemangkin untuk murid-murid ini untuk lebih terus maju atau sebaliknya. Menurut Mohd Najib (1997), pendidikan bertaraf dunia akan menentukan kejayaan perubahan insan.

Kemudian, bagi Lokman Mohd Hashim, Penerbit Mutiara Islam Online, Guru merupakan asas utama kepada pembinaan negara dan bangsa. Tanpa didikan guru, maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan rosaklah bahasa yang dipimpin. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejayaan sesebuah bangsa dan negara adalah juga merupakan kejayaan seorang guru dalam mendidik pada hari ini kita dapat melihat pemimpin-pemimpin negara

kita dapat mentakbir negara dengan baik. Maka, sememangnya tugas guru bukanlah mudah seperti yang disangka oleh orang ramai. Tugasnya yang mulia menyebabkan dia adalah salah satu punca yang besar dalam kejayaan seseorang individu.

Pernyataan di atas disokong kuat berdasarkan dari Buku Pelita Bahasa Mei 2012 yang menyatakan Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan factor utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk

merealisaskani cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020. Hal ini juga bertepatan dengan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Kesimpulannya,

inovasi

dan

perubahan

dalam

pendidikan

ialah

penambahbaikan yang dilakukan bagi meningkatkan prestasi pendidikan agar mencapai matlamat Rancangan Malaysia kesepuluh iaitu membangun dan mengekalkan Modal Insan bertaraf dunia. Maka, jika ingin menaiktarafkan tahap Pendidikan di Malaysia, perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu ialah peningkatan prestasi pelajar dan kebajikan guru. Tetapi masalah yang timbul ekoran daripada inovasi kerajaan dalam Pendidikan ialah terhadap dengan prestasi guru iaitu samada ia akan memberikan impak terhadap prestasi guru secara positif atau negatif.

1.3 Definisi guru dan prestasi guru masa kini.

Siapakah itu guru? Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, dan pengasuh. Pendidik ini bertujuan untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai cita-cita mereka, sekaligus merealisasikan matlamat kerajaan iaitu membentuk modal insan kelas pertama.

Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di Institusi Pendidikan. Manakala Moore (1995), pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan menilai pembelajaran.

Apakah tujuan penilaian prestasi guru? Ia merupakan alat untuk penilaian dan pembangunan. Dengan melihat prestasi yang dahulu untuk mengenalpasti pencapaian dan kekurangan seseorang guru dan membentuk pelan yang terperinci untuk meningkatkan prestasi dimasa hadapan (Stephen P.Robins, 1995). Jika pihak atasan dapat mengesan kekurangan pekerjanya atau guru, maka satu perancangan yang terperinci perlu dibuat bagi membetulkan keadaan ini. Dengan memberi penekanan yang sama terhadap masa akan datang dan yang telah lepas, pekerja tidak gemar bertindakbalas mempertahankan maklumbalas pencapaian. Proses penilaian dapat memberi motivasi kepada pekerja untuk memperbaiki kelemahannya.

2.0 Inovasi dan perubahan dalam Pendidikan di Malaysia memberi impak kepada prestasi guru.

Inovasi dalam Pendidikan berlaku dalam beberapa aspek iaitu dari strategi pengajaran dan pembelajaran, perkembangan teknologi perkembangan,

pekembangan persekitaran pembelajaran, reka bentuk resos dan akhir sekali ialah dari aspek penilaian atau pentaksiran pembelajaran. Dalam bahagian ini, kita akan kupas sedikit demi sedikit apakah impak dalam prestasi seseorang guru akibat daripada inovasi dan perubahan dalam Pendidikan yang berlaku di Malaysia.

2.1 Aspek Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang inovatif.

Dalam aspek pertama iaitu berfokuskan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif yang memberikan penekanan kepada perkembangan semasa memggunakan kemahiran teknologi, melibatkan rentasan kurikulum. Diantara strategi pembelajaran yang diinovatifkan ialah pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah,pembelajaran elektronik (e-learning) dan pembelajaran berasaskan Laman Sesawang (Web). Di antara semua inovasi strategi pembelajaran tersebut, inovasi yang jelas memberi impak kepada guru-guru tidak kira dari aspek positif atau negatif adalah berkaitan dengan pembelajaran elektronik dan laman sesawang. Kedua-dua strategi pengajaran ini menggunakan teknologi komputer yang dilengkapi jaringan maya atau internet.

Musnani dalam kajiannya (PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH), menyatakan bahawa teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerjakerja pengajaran pembelajaran dan semestinya para guru dan murid akan berada di zon selesa. Maka, Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Jika dilihat dari impak positif, strategi ini mampu memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif dan berkesan. Guru yang mempunyai kepakaran akan sentiasa menimba ilmu dan bermotivasi untuk memberikan komitmen kepada profesionnya. Justeru itu, ia akan meningkatkan kualiti dan prestasi guru dalam semua aspek iaitu tidak kira dari aspek sahsiah, moral, kepakaran dan sebagainya.

Di dalam dunia ini, setiap perkara yang memberikan impak positif akan wujud juga impak negatif. Sememangnya Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar. Tetapi di samping kebanjiran peralatan ICT dalam bidang pendidikan, didapati wujud sebilangan besar guru yang kurang selesa (uncomfortable) dengan komputer (Bohlin, 2002; Cradler & Cradler, 2001; Fletcher & Deeds, 1994). Jika seseorang manusia itu mengalami depresi akibat ketidakselesaan dalam menggunakan sesuatu strategi, akan timbullah masalah seperti prestasi kerja semakin merosot. Maka, akan timbullah masalah seperti malas membuat Rancangan Pengajaran Harian, kekurangan komitmen dalam pelaksanaan tugas dan kekurangan kehadiran ke dalam kelas. Guru akan mencari pelbagai alasan jika mereka tidak mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang contohnya penggunaan teknologi.

Menurut Dato Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom, The director-general of the ministry of education berimpian..satu hari nanti, semua murid akan berada di dalam kelas yang penuh dengan teknologi dan menikmati kelebihan revolusi jaringan maya atau internet. Tetapi adakah impian ini akan tercapai jika kepuasan terhadap kerja oleh guru tidak dipertimbangkan terlebih dahulu? Banyak usul daripada kerajaan yang inginkan pendidikan di Malaysia cepat berkembang, tetapi jika kepuasan dan pemberian modal atau ilmu dan kepakaran tidak diberi, bagaimana impian Menteri pendidikan ini akan tercapai? Guru semestinya akan mengalami tekanan dalam merealisasikan impian-impian kerajaan, bagi guru yang berada dalam persekitaran sosialnya positif, maka mereka akan menganggap ini satu cabaran terutamanya guru muda yang tidak ingin dikatakan ketinggalan zaman. Tetapi bagi warga pendidik yang veteran pula, mereka hanya memikirkan pencen dan kurang bermotivasi untuk memikul perkara ini Iaitu mereka tidak suka akan perubahan kerana bagi mereka kaedah menggunakan papan hitam ini merupakan kaedah yang terbaik yang boleh di guna pakai di dalam bilik darjah tanpa memikirkan kesan kepada pelajar mereka (Mohd Majid Konteng, 1997).

2.2 Penggunaan Teknologi Dalam pengajaran

Teknologi telah dan akan terus menjadi unsur yang mendesak perubahan dalam pelbagai aspek. Perkembangan teknologi yang begitu pantas menghasilkan perubahan demi perubahan yang tidak sempat dijangka oleh fikiran. Lantaran itu, pelbagai bentuk inovasi dalam semua aspek dapat kita lihat setiap hari. Bidang pendidikan tidak terkecuali daripada pengaruh perkembangan teknologi pengajaran.

Kita dapat lihat mengapa kerajaan sangat mementingkan inovasi dan perubahan dalam Pendidikan di Malaysia iaitu untuk menjadikan Malaysia berstatus Negara Maju pada tahun 2020. Selain itu ialah untuk merealisasikan rancangan Malaysia kesepuluh iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Anda mungkin juga menyukai