Anda di halaman 1dari 122

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) IJAZAH SARJANA

MUDA PENDIDIKAN KHAS

KBC3013
PINTAR CERDAS, BERBAKAT
DAN KREATIF
(MODUL 1)

[2013]

Kandungan Modul 1
Modul ini dibangunkan untuk memenuhi rangka kurusus KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif.
Unit 1 hingga 10 mengandungi perbincangan yang berbeza dan saling melengkapi untuk mencapai
objektif pengajaran.

Unit 1 Membincangkan sejarah pendidikan khas di Malaysia, perkembangan pendidikan pintar cerdas
di Malaysia, perkembangan pintar cerdas di Malaysia, rasional melaksanakan program pendidikan
pintar cerdas.
Unit 2 Membincangkan definisi kecerdasan, definisi pintar cerdas dan berbakat, individu pintar cerdas,
konsep pintar cerdas berdasarkan tokoh.
Unit 3 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan kognitif.
Unit 4 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan bahasa dan
komunikasi.
Unit 5 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan sosial.
Unit 6 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan emosi.
Unit 7 Membincangkan sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas.
Unit 8 Membincangkan faktor pintar cerdas.
Unit 9 Membincangkan konsep pintar cerdas berdasarkan perkembangan cepat (Advance
Development)
Unit 10 Membincangkan cabaran dan masalah yang dihadapi pelajar pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 1

UNIT 1
PENDIDIKAN PINTAR CERDAS: PERUBAHAN ZAMAN YANG
MEMENUHI PELBAGAI KEPERLUAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia
Menghuraikan Perkembangan Pendidikan Pintar Cerdas di Malaysia
Menjelaskan Perkembangan Pintar Cerdas Mengikut Tokoh
Menjelaskan Rasional Melaksanakan Program Pendidikan Pintar Cerdas

PENGENALAN
Anak merupakan anugerah yang paling berharga dari yang Maha Esa. Mereka diibaratkan permata
yang mampu menyinari dunia dengan kelebihan mereka. Setiap dari mereka mempunyai kelebihan dan
kelemahan tersendiri. Kebanyakkan kanak-kanak dikategorikan sebagai normal. Namun begitu,
terdapat segelintir kanak-kanak yang mempunyai kelebihan yang istimewa daripada yang lain dari segi
keupayaan mental dan kognitif. Mereka dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas yang mampu
berfikir lebih matang dan kritis berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Malah,
kelebihan mereka menyaingi dan melebihi tahap kepintaran pakar-pakar yang sudah lama menceburi
bidang-bidang tertentu. Ternyata, usia bukanlah penghalang bagi kanak-kanak pintar cerdas untuk
mengalahkan mereka yang lebih berpengalaman daripada mereka.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 2

ISI KANDUNGAN
Kenapa pintar cerdas tergolong dalam murid berkeperluan khas? Keperluan bagi seorang
pelajar pintar cerdas merupakan suatu yang positif kerana kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Walau
bagaimanapun, mampukan sistem pendidikan negara dapat memenuhi keperluan mereka dengan
berkesan?
Pendidikan pintar cerdas mengalami perubahan dan perkembangan pesat seiring dengan perubahan
zaman. Tidak ketinggalan di Malaysia, dan ia merupakan satu keperluan pendidikan kepada pelajar
pintar cerdas. Unit ini akan membincangkan dengan mendalam sejarah pendidikan khas di Malaysia,
sejarah pendidikan pintar cerdas, latar belakang pendidikan pintar cerdas di Malaysia, perkembangan
pintar cerdas megikut tokoh dan apakah rasional melaksanakan program pintar cerdas ini.

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai
program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan
perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu- individu yang berkeperluan khas, iaitu individu
yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted). Kementerian
Pelajaran Malaysia menyenaraikan empat kategori murid berkeperluan khas yang merangkumi;
1. Bermasalah pendengaran
2. Bermasalah penglihatan
3. Bermasalah pembelajaran
4. Murid pintar/berbakat

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 3

Di Malaysia, pendidikan khas bermula sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan
yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan
pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia pertama kali dinyatakan dalam Akta MuridMurid dan 1961; iaitu
sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan khas untuk muridmurid kurang upaya.
Seterusnya, Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan
kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis
murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Kini, pendidikan khas
bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan dengan
menubuhkan;
1) Sekolah Khas bagi murid bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan dan;
2) Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan
dan separa inklusif. Berikutan merupakan program pendidikan khas yang diadakan iaitu;
1) Pendidikan Inklusif;
2) Program Pendidikan Individu;
3) Program Pendidikan Pemulihan; dan
4) Program Pengayaan.
Sehingga era terkini perkembangannya boleh dianggap berada pada tahap yang cukup
membanggakan. Berdasarkan pandangan Dr. Noraini Salleh, Pensyarah Fakulti Pendidikan Khas
UKM(dalam Nor Affizar Ibrahim, Disember 2, 2007);

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 4

Perkembangan pendidikan khas di Malaysia tidaklah terlalu mundur dan jika diperhatikan
perkembangannya dari semasa ke semasa, ia mengarah kepada keadaan yang lebih baik.
Sehinggakan, ada beberapa golongan kurang upaya yang sudah pun berjaya dan
menunjukkan kemajuan yang setara dengan orang normal.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini dilihat lebih prihatin apabila melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2001-2010 jelas menyatakan melalui bab Isu dan Cabaran
yang mana menjanjikan:
Kos mengendalikan program pendidikan khas adalah tinggi kerana saiz kelas yang kecil dan
keperluan guru per kelas yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah biasa. Cabaran KPM
adalah memastikan lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas dapat diberi pendidikan
dengan mengoptimumkan kos pengendalian.
1. Kesesuaian dan keberkesanan bagi memperluas Proram Bercantum/Inklusif yang
dilaksanakan untuk pelajar berkeperluan khas di sekolah biasa.
2. Keperluan menyediakan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pendidikan
vokasional kepada pelajar berkeperluan khas.
3. Peranan dan penglibatan orang perseorangan, masyarakat, agensi kerajaan yang
lain, pertubuhan bukan kerajaan, dan agensi antarabangsa untuk berkongsi
membiayai program pendidikan khas.

PIPP (2001-2010) ini jelas membuktikan telah wujud usaha memperluaskan lagi dan memberi
peluang pendidikan yang lebih sempurna untuk kanak-kanak istimewa ini. Kesungguhan pihak KPM ini
harus disambut dengan penuh azam dan dedikasi bagi pihak pelaksana iaitu guru-guru pendidikan
khas. Segala perancangan dan kewangan yang diberikan tidak akan memberi makna sekiranya pihak
pelaksana tidak bersungguh-sungguh dalam mendidik dan mengasuh kanak-kanak istimewa ini. Kini

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 5

usaha membangunkan Pendidikan Khas di Malaysia bukan sahaja terletak di atas bahu Kementerian
Pelajaran Malaysia. Beberapa kementerian lain turut bertanggungjawab membantu seperti
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan
Kementerian Pengajian Tinggi.
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui
Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang
lebih jelas kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut:
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan

itu daripada pihak-pihak persatuan yang

mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela
dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah digalakkan.

Pelbagai usaha oleh pihak bertanggungjawab terhadap pendidikan khas di Malaysia ini telah
memberikan impak yang sangat besar berkaitan peluang pendidikan kanak-kanak istimewa ini. Cuma
kita tidak boleh berasa berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Keperluan itu akan berubah dari
semasa ke semasa, dan tentunya perubahan itu akan menjurus ke arah yang lebih baik. Mudahmudahan pada masa akan datang dunia pendidikan khas di Malaysia akan mencapai taraf
antarabangsa.

SEJARAH PENDIDIKAN PINTAR CERDAS


Kajian awal tentang pintar cerdas dimulakan sekitar tahun 1920-an dan 1930-an dan melibatkan kajian
berkaitan dengan baka, kanak-kanak separa normal dan juga pembangunan peralatan yang digunakan
untuk menguji tahap kanak-kanak pintar cerdas dan juga mewujudkan kesedaran bahawa sekolah-

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 6

sekolah biasa tidak dapat memenuhi keperluan semua kanak-kanak. Lewis Terman dan Leta
Hollingworth merupakan antara pengkaji awal yang mengambil inisiatif menjalankan kajian awal dan
aktiviti awal yang pertama kali dihasilkan dan diterbitkan secara besar-besaran berkenaan dengan
kajian ke atas kanak-kanak pintar cerdas.
Bidang kajian bagi pendidikan pintar cerdas semakin berkembang apabila keperluan bagi
sesebuah negara berubah, terutamanya selepas pelancaran Spuntik pada lewat 1950-an oleh Soviet
Union. Usaha berterusan diadakan oleh kerajaan Amerika pada awal tahun 1970-an menjadikan
sekolah bagi kanak-kanak pintar cerdas sebagai tumpuan dan secara tidak langsung, definisi pintar
cerdas semakin berkembang dengan adanya pelbagai program disediakan untuk murid-murid pintar
cerdas.
Apabila menghampiri abad ke-20, semakin banyak tumpuan diberikan kepada golongan pintar
cerdas. Bermula dengan Jacob Javits Gifted and Talented Students Education Act yang menaja
National Research Center on the Gifted and Talented sekaligus membekalkan banyak kajian dan
program berkaitan pintar cerdas.
URUTAN PERISTIWA DALAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

1868

William Torrey Harris, superintendent sebuah sekolah awam St. Louis merupakan
institusi pertama yang menunjukkan usaha secara sistematik untuk memberi
pendidikan kepada murid-murid pintar cerdas.

1869

Hasil kerja Francis Galton, Hereditary Genius, yang berkaitan dengan kepintaran
diterbitkan. Boografi kajiannya ke atas lebih daripda 400 orang lelaki Inggeris
berdasarkan sejarah menyebabkan beliau membuat kesimpulan bahawa
kepintaran boleh dikembangkan adalah berdasarkan warisan dan juga pilihan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 7

secara natural.
1901

Worster dan Massachusetts membuka sekolah khas pertama untuk murid-murid


pintar cerdas.

1905

Pengkaji Perancis, Binet dan Simon, mengembangkan satu siri ujian untuk
mengenalpasti kepintaran mengikut darjah ketinggian bagi memimahkan mereka
dan menempatkan mereka dalam bilik darjah khas.

1908

Henry Goddard belajar bersama Binet di Perancis dan memperkenalkan Skala


Pengukuran Binet-Simon atau Binet-Simon measurement scales. Beliau
kemudiannya membawa skala tersebut kembali ke Amerika dengan tujuan untuk
mengalih bahasakannya kepada Bahasa Inggeris dan memperkenalkannya kepada
pendidik dan para ahli psikologi.

1916

Lewis Terman, dikenali sebagai bapa atau father kepada pergerakan pendidikan
bagi pintar cerdas, menerbitkan Stanford-Binet, yang merupakan perubahan ujian
kepintaran dan merupakan wajah kepada pendidikan di Amerika.

1917

Penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan


perlunya sejumlah angkatan tentera yang besar. Angkatan tentera Alpha dan Beta
telah dibentuk dan diuruskan dan mendapat lebih 1 juta rekrut dan diuji dari segi
kepintaran dalam akademik dan juga pengetahuan am.

1918

Lulu Stedman menubuhkan opportunity room untuk murid-murid pintar cerdas


dalam University Training School di Cawangan Selatan University of California.

1921

Lewis Terman memulakan kajian yang terpanjang ke atas murid-murid pintar


cerdas dengan sampel seramai 1,500 kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 8

1922

Leta S. Hollingworth memulakan Special Opportunity Class di P. S. 165 di New


York untuk kanak-kanak pintar cerdas. Kelas ini membekalkan hampir 40 artikel,
buku teks dan blueprints untuk Hollingworths work di P. S. 500, yang merupakan
Speyer School.

1925

Lewis Terman menerbitkan Genetic Studies of Genius, yang menyatakan bahawa


murid-murid pintar cerdas adalah (a) berbeza di sekolah, (b) lebih baik dari segi
fizikal dan emosi berbanding murid-murid, (c) berada di atas dari segi akaemik
berbanding murid-murid sederhana, (d) stabil dari segi emosi, (e) sangat berjaya
sekiranya nilai pendidikan dan keluarga diangkat tinggi oleh keluarga, dan (f)
mempunyai kombinasi yang pelbagai berdasarkan kepada trait yang ditunjukkan
dalam kajian. Ini merupakan siri pertama dari lima siri kajian yang dijalankan
sepanjang 40 tahun.

1926

Leta Hollingworth menerbitkan Gifted Child: Their Nature and Nurture, yang
dianggap sebagai buku teks pertama tentang pendidikan pintar cerdas.

1936

Hollingworth menubuhkan P. S. 500, the Speyer School, untuk kanak-kanak pintar


cerdas yang berumur di antara 7 tahun - 9 tahun.

1944

G.I Bill of Rights membuat kelebihan yang membolehkan kolej pendidikan boleh
menerima veteran daripada Perang Dunia Kedua yang tidak mempunyai
meneruskan peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

1950

J. P. Guilford memberikan alamat kata kunci pada persidangan tahunan APA yang
mampu memberi cabaran kepada ujian kepintaran.

1950

Akta Sains Nasional atau National Science Foundation Act membekalkan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 9

sokongan untuk kajian dan pendidikan dalam matematik, sains fizikal dan
kejuruteraan.
1954

National Association of Gifted Children ditubuhkan di bawah pimpinan Ann Isaacs.

1954

Brown vs. The Board of Education tamat dengan persetujuan bahawa separate
but equal education.

1957

Soviet Union melancarkan Sputnik, menyebabkan Amerika Syarikat menguji sekali


lagi kemampuan manusia dan kualiti persekolahan Amerika terutamanya dari segi
Matematik dan Sains. Hasilnya menunjukkan bahawa sejumlah besar wang
dilaburkan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang boleh
keuntungan apabila mampu menguasai Matematik Tambahan, Sains dan mampu
mereka bentuk teknologi (technology programming).

1958

1958-The National Defense Education Act passes. This is the first large-scale effort
by the federal government in gifted education.

1964

Civil Rights Act lulus dan lebih menumpukan kepada persamaan peluang
termasuklah persamaan peluang dalam pendidikan.

1972

The Marland Report- merupakan definisi formal pertama yang menggalakkan


sekolah-sekolah mendefinisikan pintar cerdas dengan meluas dari segi pencapaian
akademik dan pintar dan juga kepimpinan, visual dan persembaha, pemikiran
kreatif dan produktif dan juga kebolehan psikomotor.[Note: psychomotor ability is
excluded from subsequent revisions of the federal definition.]

1974

Pejabat Pintar Cerdas yang berada dalam Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat
diberikan status secara rasmi.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 10

1975

Public Law 94-142 The Education for all Handicapped Children Act. Akta ini
menubuhkan beberapa mandat yang boleh memberikan khidmat kepada kanakkanak berkeperluan khas tetapo tidak termasuk kanak-kanak pintar cerdas.

1983

Laporan A Nation at Risk mencatatkan rekod kanak-kanak Amerika paling pintar


dan kegagalan mereka bersaing secara antarabangsa. Laporan tersebut juga
termasuklah polisi dan aplikasi dalam pendidikan pintar cerdas, peningkatan
standard akademik dan mempromosikan kurikulum yang bersesuaian untuk muridmurid pintar cerdas.

1988

Kongres meluluskan Akta Jacob Javits atau Jacob Javits Gifted and Talented
Students Education Act sebagai sebahagian daripada Reauthorization of the
Elementary and Secondary Education Act.

1990

Pusat Kajian Nasional atau National Research Centers bagi golongan pintar cerdas
ditubuhkan di University of Connecticut, University of Virginia, Yale University, dan
Northwestern University.

1993

Kecemerlangan Nasional atau National Excellence : The Case for Developing


America's Talent diketengahkan oleh United States Department of Education
tentang cara Amerika mengabaikan kebanyakan golongan muda yang berbakat.
Laporan ini turut membuat beberapa cadangan yang mempengaruhi kajian dalam
bidang pintar cerdas sejak beberapa dekad.

1998

NAGC menerbitkan Pre-K-Grade 12 Gifted Program Standards untuk


membekalkan panduan dalam tujuh kawasan bagi program tang memberikan
khidmat kepada murid-murid pintar cerdas..

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 11

2002

Akta No Child Left Behind Act (NCLB) diluluskan sebagai reauthorization of the
Elementary and Secondary Education Act. Program Javits termasukalah dalam
NCLB, dan mengembangkan tawaran persaingan yang tinggi. Definisi murid-murid
pintar cerdas diubah suai semula.
Students, children, or youth who give evidence of high achievement capability in
areas such as intellectual, creative, artistic, or leadership capacity, or in specific
academic fields, and who need services and activities not ordinarily provided by the
school in order to fully develop those capabilities.

2004

A Nation Deceived: How Schools Hold Back Americas Brightest Students , laporan
kajian kebangsaan a national ke atas strategi untuk murid-murid bijak diterbitkan
oleh Belin-Blank Center di University of Iowa.

LATAR BELAKANG PINTAR CERDAS DI MALAYSIA


Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai usaha untuk
meningkatkan tahap kemajuannya. Setiap masyarakat sentiasa mengharap untuk menambah bilangan
individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan kemajuan masyarakat tersebut.
Seterusnya menurut Renzulli (2000) setiap individu yang dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat
wajar diberi peluang untuk memaksimakan perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya
sehingga dia cemerlang dan pintar cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut. Sekiranya
perkara ini tidak diberi perhatian, negara akan mengalami kerugian akibat pengabaian sumber semula
jadi yang bernilai. Apabila seseorang individu berbakat gagal mencapai ketahap potensinya yang
sebenar, ia merupakan satu tragedi kepada masyarakat dan kemanusiaan sejagat. Amat sukar untuk
menilai kerugian dari tragedi tersebut namun pastinya ia satu kerugian yang besar. Fenomena tidak

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 12

mencapai tahap atau underachievement ini mendukacitakan semua pihak yang terbabit.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih mengecewakan ibu bapa dan pendidik selain daripada
menyaksikan bakat dan kecerdasan pelajar terabai dan seolah-olah dibaziri.
Institusi pendidikan adalah antara sektor yang bertanggungjawab untuk mendidik semua
individu sehingga mereka mampu menyumbang semula kepada negara dalam bidang kepakaran
masing-masing. Institusi pendidikan juga berperanan memastikan agar tragedi individu berbakat gagal
mencapai ketahap potensinya yang sebenar yang disebut sebelum ini tidak berlaku (Gallagher &
Gallagher 1994; Piirto 1999). Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah institusi pendidikan di
Malaysia menekankan pendidikan yang khusus untuk individu yang berbakat serta berpotensi tinggi.
Sesungguhnya, institusi pendidikan dipertanggungjawabkan untuk memperkembangkan potensi setiap
individu secara menyeluruh seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Tanpa program pendidikan yang dirancang khas untuk
pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat di sekolah-sekolah, pelajar-pelajar tersebut terutamanya dari
golongan yang kurang berada tidak berpeluang mendapat sokongan, bantuan serta adaptasi
pendidikan yang diperlukan untuk perkembangan mereka secara optimum.
Sejak dari zaman Plato lagi, falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah sebuah
masyarakat di mana setiap ahlinya memberikan khidmat kepada masyarakatnya berdasarkan
kemampuan atau potensi yang ada pada diri masing-masing. Plato juga berpendapat bahawa setiap
individu mempunyai keupayaan atau potensi tertentu. Golongan pintar cerdas dan berbakat adalah
antara sumber semula jadi utama sesebuah negara di samping sumber-sumber semula jadi yang lain.
Malaysia, seperti juga egara-negara lain di dunia, mempunyai aset individu atau rakyat yang boleh
dikategorikan sebagai pintar cerdas dan berbakat. Sumber modal insan ini perlu diberi perhatian
dengan sebaik-baiknya dalam usaha untuk membina tamadun negara. Namun setakat ini kepentingan
pendidikan untuk golongan pintar cerdas dan berbakat jarang diperkatakan dalam masyarakat di
Malaysia.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 13

Feldhusen (dalam Milgram 2000) menyatakan bahawa sehingga kehari ini perubahan yang
besar telah berlaku dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat. Cabaran
kepada pendidik dalam bidang pintar cerdas dan berbakat bukan lagi untuk menentukan siapakah
pelajar pintar cerdas dan berbakat berlandaskan ukuran darjah kecerdasan atau IQ. Sebaliknya
pendidik pintar cerdas dan berbakat dilihat berperanan untuk mengenalpasti potensi serta bakat-bakat
tertentu yang ada pada diri setiap pelajar. Bakat-bakat tersebut terdapat dalam pelbagai domain yang
bermanfaat dan bernilai kepada masyarakat. Domain atau bidang-bidang tersebut ialah; akademik,
seni, muzik, matematik, kepemimpinan, sukan, drama, penulisan kreatif, literasi komputer, dan
penguasaan berbahasa.
Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan
dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang
memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi
peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun
sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an.
Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanakkanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini
kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk
mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak
langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanakkanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk
memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini,
Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan
program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta
berbakat. Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 14

pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini
dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi
tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan
Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.
Pendidikan bagi murid-murid pintar cerdas di Malaysia semakin berkembang. Dengan cabaran
ke-6 iaitu usaha untuk memperkasakan sekolah, pendidikan khas dan juga golongan pintar cerdas turut
diberikan perhatian. Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat
didefinisikan sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan
mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus penilaian
tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka memerlukan pendekatan
khusus dalam pendidikan. Justeru pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan seorang pelajar yang
terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam bidang akademik atau dalam bidang-bidang
lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lain-lain. Menurut kepada pelan tindakan yang disediakan
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, sasaran bagi pendidikan murid-murid pintar cerdas
adalah untuk memperkenalkan program pintar cerdas dan berbakat iaitu dengan dengan mengadakan
program pintar cerdas dan berbakat satu sekolah di setiap negeri.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 15

PERKEMBANGAN PINTAR CERDAS MENGIKUT TOKOH

1) Alfred Binet (1857-1911)


Ujian Kecerdasan Moden bermula di Perancis pada tahun 1890an. Alfred Binet yang dibantu oleh T.
Simon telah dilantik untuk merekabentuk satu ujian untuk mengenal pasti kanak-kanak yang tidak
menerima faedah atau bosan dengan sistem pengajaran di kelas biasa. Selain itu, mereka perlu
ditempatkan di kelas khusus untuk menerima latihan khas. Sebelum ini, pada kebiasaannya, guru
menilai kebolehan murid dan terdapat unsur yang mempengaruhi penilaian seperti mematuhi arahan,
kekemasan dan kemahiran sosial. Sesetengah kanak-kanak ditempatkan di sekolah khas kerana
masalah mental seperti terlalu diam, terlalu agresif atau mempunyai masalah pertuturan, pendengaran
atau penglihatan. Oleh itu, ujian kecerdasan tradisional tidak mampu memenuhi keperluan ini.
Binet mula mencuba ujian-ujian yang telah gagal sebelum ini. Hasil daripada penilaiannya
adalah, tiada perbezaan yang ketara antara murid normal dan yang bermasalah dalam beberapa
aktiviti seperti kekuatan tangan memerah sesuatu, kepantasan tangan bergerak dalam jarak tertentu,
jumlah tekanan semasa merasa sakit, merasa perbezaan berat menggunakan tangan, bertindak balas
kepada bunyi atau menamakan warna.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 16

Namun, apabila menjalankan ujian untuk mengukur kebolehan untuk memberi perhatian,
memori, membuat penilaian, pemikiran dan kefahaman, beliau mula mendapatkan keputusan. Ujian ini
akan memisahkan tahap murid-murid melalui penilaian kecerdasan oleh guru. Maka, sasaran Binet
seterusnya adalah untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi agar
mendapat perhatian dan faedah daripada sistem persekolahan
Salah satu sumbangan Binet adalah pandangan beliau terhadap umur mental iaitu konsep
kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak yang pintar semasa proses perkembangan. Sememangnya
kanak-kanak mempunyai tahap intelektual pada umur mereka yang boleh diuji dan dibuat penilaian.
Pada peringkat umur ini, kanak-kanak yang menunjukkan prestasi yang lebih hebat adalah kerana
mempunyai kecerdasan intelektual yang tinggi.
Pada tahun 1890 juga, pakar psikologi America bernama James McKeen Cattell telah
mencipta ujian kebolehan mental (Stanley 1978), dan mengambil bahagian dalam menjalankan
tanggungjawabnya selari dengan penerimaan ujian Binet di Amerika.
Pada tahun 1910, Goddard telah menggunakan kaedah Binet untuk mengukur kecerdasan
terhadap 400 kanak-kanak daripada New Jersey yang berada dalam kategori lemah mental.
Seterusnya pada 1911 beliau telah memperluas ujian Binet dengan menjalankan penilaian terhadap
2,000 orang kanak-kanak normal. Ujian Binet turut digunakan terhadap kategori kanak-kanak di bawah
tahap normal (below average) untuk memberi keseimbangan pada kategori normal dan juga diuji pada
kategori kanak-kanak sederhana dan ia telah melangkapkan penilaian itu dan memberi kejayaan.
2) Lewis Terman (1877-1956)
Lewis Terman adalah seorang ahli psikologi Amerika, merupakan perintis dalam bidang psikologi
pendidikan dalam abad ke-20 awal di Sekolah Siswazah Stanford Pendidikan. Beliau terkenal sebagai
pencipta ujian IQ Stanford-Binet dan pengasas kajian longitudinal kanak-kanak dengan IQ yang tinggi
dipanggil Kajian genetik Genius. Pakar psikologi dari Stanford telah mencipta dua sejarah besar dalam

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 17

dunia pendidikan. Kerana itu, beliau bernama Lewis Madison Terman digelar Bapa Perkembangan
Pendidikan Pintar Cerdas. Dua sumbangan yang telah dilakukan beliau adalah, pertama, melakukan
pemerhatian dan penambahbaikan terhadap Ujian Binet (Amerika), dan membawa kepada kemunculan
terbaru pada tahun 1916 Ujian kecerdasan Amerika iaitu Ujian Kecerdasan Stanford-Binet
Sumbangan kedua Terman adalah kajian pengesanan dan jangka panjang beliau terhadap
1,528 orang kanak-kanak pintar cerdas. Pada tahun 1922, Terman dan rakan-rakannya telah mengenal
pasti 1,000 orang kanak-kanak dengan skor lebih 135 (kebanyakannya 140 ke atas) dengan
menggunakan Ujian IQ Stanford Binet. Pada tahun 1928 beliau menambah lagi seramai 528 kanakkanak hasil daripada ujian tersebut. Daripada jumlah keseluruhan seramai 1,528, 856 adalah lelaki dan
672 adalah perempuan. Secara purata umur yang mengambil ujian itu adalah 12 tahun. Kebanyakan
kanak-kanak datng berasal dari Bandar California, Los Angeles, San Francisco, Oakland, Berkeley dan
Alameda.
Kumpulan Terman telah mengenal pasti secara keseluruhannya adalah kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi. Ujian, soal selidik dan temubual dilakukan sekurang-kurangnya
dalam 9 aspek. Penyelidikan yang terawal melibatkan ibu bapa, guru, laporan perubatan dan juga
bahagian pengukuran anthropometric (head). Terman meninggal dunia pada 1956, namun kerja-kerja
penyelidikan beliau diteruskan oleh Anne H. Barbee, Melita Oden, Pauline S. Sears. dan Robert R.
Sears.
3) Leta Hollingworth (1886-1939)
Leta Hollingworth adalah seorang ahli psikologi terkenal dan menjadi perintis dalam kerjayanya pada
awal abad ke-20. Hollingworth membuat sumbangan besar dalam tiga bidang iaitu psikologi wanita,
psikologi klinikal dan psikologi pendidikan. Dia terkenal dengan hasil kerja beliau berkenaan kanakkanak yang luar biasa (pintar cerdas).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 18

Pada tahun 1920, Hollingworth menumpukan kepada kajian kanak-kanak, terutamanya mereka yang
mempunyai kebolehan mental yang tinggi. Selari dengan usaha-usaha Lewis Terman, ujian
kecerdasan dan kumpulan kebolehan telah diadakan di sekolah-sekolah awam dipraktikkan sebagai
amalan biasa oleh 1930-an. Terman percaya bahawa ujian kecerdasan itu adalah penting untuk
mengenal pasti individu-individu yang berbakat agar mereka mendapat perhatian khas, membantu
untuk mencapai potensi penuh mereka, dan menjadi ahli masyarakat yang kuat.
Beliau percaya bahawa demokrasi akan mendapat manfaat daripada membezakan antara
pengalaman pendidikan individu-individu berbakat dan pengalaman pendidikan individu bukan
berbakat. Walaupun beliau percaya kepada idea ini, Terman mengambil sedikit masa membuat
cadangan yang lebih tepat tentang bagaimana kurikulum sekolah perlu diubah untuk memenuhi
keperluan khusus kanak-kanak berbakat. Pada ketika inilah Hollingworth telah mula aktif dalam
membangunkan strategi pendidikan mengenai pembangunan pelajar berbakat. Kebanyakan kerjanya
telah dijalankan pada masa yang sama seperti Terman dan walaupun kedua-dua tidak pernah
bertemu, mereka menghormati antara satu sama lain.
Walaupun banyak pandangan mereka bertindih, kedua-dua tidak bersetuju pada titik utama.
Terman, sekali lagi, percaya bahawa kecerdasan merupakan sifat yang diwarisi dan hanya tertumpu
pada menentukan dan menyifatkannya. Hollingworth tidak mengakui peranan warisan, tetapi juga
percaya bahawa faktor-faktor alam sekitar dan pendidikan mempunyai kesan ke atas potensi
kecerdasan. Hasil daripada kepercayaan ini, dia lebih berminat dalam bagaimana untuk memupuk
kanak-kanak berbakat dan pendidikan mereka.
Kajian pertama jangka panjang tentang pintar cerdas dan berbakat bermula pada tahun 1922
di New York. Hollingworth menguji seramai lima puluh orang kanak-kanak, berusia antara tujuh dan
sembilan tahun. Kesemua mereka mempunyai IQ yang lebih 155. Mereka telah dikaji sepanjang tiga
tahun. Eksperimen ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk mendapatkan
pemahaman yang lebih baik kerana banyak aspek berpotensi dimiliki kanak-kanak ini. Ini termasuk

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 19

maklumat tentang latar belakang mereka, kehidupan keluarga dan keadaan, keadaan psikologi
mereka, dan juga ciri-ciri fizikal, emosional dan sosial.
Satu lagi eksperimen dengan kanak-kanak berbakat berlaku pada tahun 1936. Kanak-kanak
dengan masalah pendidikan dari Sekolah Speyer telah digunakan dalam kajian ini. Penduduk adalah
sama dengan kajian pertama, namun perhatian khusus telah diberi kepada pelbagai kaum kumpulan.
Sekolah ini dikenali sebagai, "Leta Hollingworths school for bright children," dan menerima banyak
perhatian awam. Kurikulum yang digunakan dipanggil "Evolution of Common Things". Hollingworth
telah dirancang itu. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak mahu meneroka dunia di sekeliling
mereka. Hasilnya, kurikulum terdiri daripada belajar tentang perkara-perkara seperti makanan, pakaian,
tempat tinggal, pengangkutan, alat, penyimpanan masa dan komunikasi. Kanak-kanak yang dibuat unit
kerja yang telah dibuat daripada bahan-bahan setiap pelajar telah menyediakan pembelajaran. Ini
model pembelajaran terbukti lebih bermanfaat kepada belia berbakat sekadar memperkenalkan
mereka kepada subjek canggih yang mereka kemudian akan menghadapi di peringkat pengajian tinggi.

RASIONAL MELAKSANAKAN PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS


Program pendidikan pintar cerdas dan berbakat telah mendapat perhatian khusus di negara-negara
maju yang pesat membangun dalam bidang sains dan industri. Negara-negara yang dimaksudkan
antaranya ialah Amerika Syarikat, Jerman, Australia, New Zealand, Singapura, China, Rusia dan
Kanada. Hak untuk mendapat pendidikan yang sesuai dengan ciri-ciri unik pelajar pintar cerdas dan
berbakat di Amerika Syarikat telah diwartakan sebagai perundangan pada tahun 1988 serta diberikan
peruntukan kewangan (Piirto 1999). Pada waktu yang sama kita melihat ramai dikalangan saintis
Amerika Syarikat telah berjaya membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains sehingga
melayakkan mereka memenangi hadiah Nobel. Sejak 100 tahun yang lalu lebih ramai pemenang
hadiah Nobel terdiri daripada rakyat Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Hungary berbanding dengan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 20

negara-negara lain di dunia. Kesedaran tentang keperluan untuk memupuk bakat dalam bidang sains
dan matematik yang merupakan bidang-bidang akademik telah lama wujud di negara-negara tersebut.
Malaysia, seperti negara-negara lain, mempunyai ramai individu yang berpotensi dan berbakat
dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan akademik di peringkat sekolah merupakan petunjuk awal
bahawa seseorang itu berbakat dan berpotensi dalam subjek-subjek akademik termasuk sains dan
matematik. Sosniak 1985 dalam Piirto (1999) mendapati para saintis dahulunya adalah pelajar-pelajar
yang cemerlang dalam semua mata pelajaran, yakni mereka dahulu merupakan pelajar-pelajar yang
cemerlang dalam akademik. Sekiranya Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam arena persaingan
penguasaan ilmu, satu usaha yang bersepadu wajar di laksanakan di Malaysia untuk membangunkan
sumber inteleknya secara optimum.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2001 mengatakan,
perlu meneliti semula semua program yang telah dilaksanakan bagi dibuat penyegaran,
pembaharuan, pengukuhan, kajian, orientasi, penyusunan semula dan penggubalan semula bagi
membangunkan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia..
Sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan saintis yang terkemuka di peringkat kebangsaan dan
antara bangsa, ia wajar memberi perhatian terhadap usaha untuk memupuk bakat sains dan matematik
dikalangan pelajar sejak awal lagi. Bakat sains dan matematik adalah sebahagian daripada bakat
akademik. Sehubungan itu, Malaysia juga memerlukan ahli-ahli akademik yang cemerlang. Saintis dan
ahli-ahli akademik bertanggungjawab untuk memperkayakan ilmu pengetahuan mengikut bidang
kepakaran masing-masing. Sumbangan mereka kepada masyarakat dan kemanusiaan ialah berupa
ilmu yang berguna hasil daripada aktiviti penyelidikan yang mereka lakukan. Pelajar-pelajar yang
berbakat dalam akademik perlu dikenalpasti sejak dari awal lagi. Seterusnya para pelajar terbabit perlu
diberi pendidikan yang sesuai dengan ciri unik mereka. Usaha ini perlu untuk memastikan
perkembangan potensi mereka ke tahap yang optimum. Usaha ini bermanfaat kepada pelajar terbabit,
keluarganya, negara, dan kemanusiaan sejagat. Dalam pada itu, pelajar pintar cerdas berhak untuk

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 21

memilih laluan pendidikan mereka sendiri dan tidak semestinya mengikut laluan pendidikan yang
dicadangkan untuk mereka. Namun pilihan-pilihan dan laluan pendidikan perlu diberikan kepada
mereka.
Pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat juga terdapat dikalangan pelajar-pelajar khas yang
mempunyai pelbagai kategori keistimewaan. Ini merujuk kepada golongan yang mempunyai
keistimewaan yang pelbagai, atau multiple exceptionalities. Pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat
terdapat dikalangan pelajar dalam kategori-kategori keistimewaan berikut; bermasalah penglihatan,
bermasalah pendengaran, bermasalah fizikal, bermasalah pembelajaran, bermasalah emosi serta
tingkah laku, dan juga dikalangan pelajar pemulihan dan disleksia. Pendidikan untuk golongan pintar
cerdas menuntut agar para guru memahami hakikat kewujudan pelajar-pelajar pintar cerdas dan
berbakat dalam semua kategori tersebut. Para guru perlu merancang dan menangani pengajaran dan
pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat dari golongan khas dengan berkesan. Ini
penting untuk memastikan perkembangan bakat mereka tidak terbantut disebabkan oleh ciri-ciri
keistimewaan yang sering dikaitkan dengan masalah.
Malaysia seperti negara-negara lain yang telah mendahului kita dalam bidang ini sewajarnya
memberi perhatian khas untuk membangunkan modal insan yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang
berbakat dan pintar cerdas dalam pelbagai domain. Sumber tenaga manusia yang sedemikian penting
dalam pembinaan khazanah ilmu serta kepakaran bagi menjamin kelestarian tamadun sesuatu bangsa.
Justeru mereka perlu dikenal pasti untuk diberi pendidikan yang sesuai dengan ciri-ciri unik mereka
(Berger 1991; Rotigel & Lupkowski-Shoplik 1999; Frieman 2001). Ini penting untuk memastikan agar
mereka berjaya mengembangkan bakat mereka secara optimum. Ahli-ahli teori dalam bidang pintar
cerdas dan berbakat menyarankan agar kaedah identifikasi disandarkan pada suatu teori tertentu
(Piirto 1999). Sehingga kini pelbagai kaedah digunakan untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas dan
berbakat dalam akademik. Antaranya berdasarkan; ujian kecekapan, senarai semak tingkah laku,
perbandingan dengan norma setempat, dan ujian setara (Piirto 1999; Renzulli 2002).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 22

RUMUSAN
Individu yang bergelar pintar cerdas sering mendapat perhatian kerana keistimewaannya. Walau
bagaimanapun, sejarah telah menunjukkan keistimewaan ini memerlukan perhatian dan pengesanan
yang tertentu. Pada bab ini telah memperlihatkan tokoh-tokoh yang telah menjalankan kajian untuk
mengesan golongan ini agar kebolehannya tidak dipersiakan dan profil mereka dapat dikumpulkan
untuk rujukan pada masa akan datang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 23

1. Apakah definisi pendidikan khas?


2. Jelaskan kajian terawal dalam sejarah pintar cerdas.
3. Siapakah murid pintar cerdas berdasarkan Genetic Studies of Genius.
4. Cabaran kepada pendidik pintar cerdas dan berbakat bukan sahaja tertumpu kepada
menentukan siapakah pintar cerdas semata-mata.Bincangkan.
5. Senaraikan sumbangan Alfred Binet, Lewis Terman dan Leta Hollingworth dalam bidang pintar
cerdas.
6. Nyatakan tiga rasional melaksanakan program pendidikan pintar cerdas.

Isikan kotak dengan jawapan yang sesuai.

Peta konsep: Perkembangan pintar cerdas di Malaysia bermula pada tahun berikut dan seterusnya:
1962

1980

1985

1987

1990

1996

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 24

Rujukan

Davis G.A., Rimm S.B., & Siegle, D.,(2011). Education of the Gifted and Talented. Ed ke-6. US:
Pearson.
Piirto, J. (1999). Talented children and adults (2nd ed). Upper Saddle River, NJ: Merril, Prentice Hall.
Stanley, J.C.,(1978). Identifying and nurturing the intellectually gifted. In R.E. Clasen & B. Robinson
(Eds), Simple gifts. Madison, WI: University of Wisconsin-Extension.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 25

UNIT 2
DEFINISI KECERDASAN, PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Definisi Kecerdasan
Mengenal Pasti Definisi Pintar Cerdas Dan Berbakat
Menghuraikan Individu Yang Merupakan Pintar Cerdas
Menjelaskan Konsep Pintar Cerdas Berdasarkan Tokoh Kecerdasan

PENGENALAN
Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai keperluan yang tersendiri. Mereka berbeza berbanding dengan
kanak-kanak yang lain. Jika mereka dihiraukan, ia akan menyebabkan gangguan emosi.
Perkembangan pintar cerdas berkembang pada tahap yang berbeza. Sebagai contoh, kanak-kanak
yang berumur 5 tahun mungkin boleh membaca pada tahap kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan
mampu menyelesaikan masalah matematik darjah 6. Namun begitu, tahap kematangan kanak-kanak
tersebut mungkin berada pada tahap yang rendah daripada umurnya. Perkembangan yang tidak setara
boleh menyebabkan masalah serius jika tidak difahami dan diselesaikan dengan cara yang betul. Ini
menunjukkan bahawa ia amat penting bagi ibubapa dan guru dalam memberikan pendidikan dan
sokongan yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 26

ISI KANDUNGAN
Bagaimanakah seorang pelajar pintar cerdas menjalani kehidupan sehariannya? Adakah
keistimewaannya itu adalah dalam aspek tertentu atau menyeluruh? Bagaimana ia memberi kesan dan
mempengaruhi setiap tindakannya?
Individu yang pintar cerdas tidak sama dengan orang biasa seperti kita. Walau bagaimanapun ini tidak
bermakna mereka adalah sama dengan semua orang kecuali kecerdasan yang tinggi. Mungkin apa
yang membezakan orang biasa dengan mereka yang pintar cerdas bukan kecerdasan semata-mata
tetapi kelebihan mereka yang lain. Individu yang pintar cerdas berkongsi keistimewaan tertentu yang
membezakan mereka dengan orang lain. Melalui pemahaman keistimewan ini, kita memahami individu
pintar cerdas. Tingkah laku mereka ini sebenarnya boleh dijelaskan dan difahami. Dalam unit ini akan
membincangkan defiisi kecerdasan, konsep gifted dan giftedness, konsep pintar cerdas dan berbakat,
definisi pintar cerdas mengikut tokoh serta menghuraikan siapakah individu pintar cerdas ini.

KECERDASAN
Kecerdasan adalah istilah yang lebih umum apabila merujuk kepada potensi atau prestasi seseorang
yang dianggap pintar atau mempunyai faktor x dalam dirinya. Kebanyakan manusia mempunyai
prestasi atau ciri-ciri istimewa yang dianggap membezakannya dengan orang lain. Adakah ia dikenali
sebagai kecerdasan? Kecerdasan dikesan dengan menggunakan proses tertentu yang perlu direkod
dalam cara tertentu dan dicatat pada dokumen penilaian. Walaupun seseorang individu dapat melihat
dirinya mempunyai ciri kecerdasan, namun ia perlu dibuktikan melalui pengetahuan atau praktikal.
Seperti yang dimaksudkan oleh Clark B. (2013), kecerdasan seseorang itu biasanya melihat kepada
tingkah laku atau pencapaiannya yang menonjol. Beliau menyatakan pengesanan terhadap tahap
kecerdasan biasanya dilakukan melalui proses pemerhatian dan menggunakan alat penilaian. Walau
bagaimanapun, tingkah laku atau pencapaian seseorang itu hanyalah asas kepada kefahaman maksud

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 27

kecerdasan itu kerana memahami istilah kecerdasan itu tidak terhad satu perkara. Pemahaman perlu
meliputi aspek perkembangan dan bagaimana kejadian kecerdasan itu. Perkara penting mengenai
maksud kecerdasan yang perlu difahami menurut Clark B. ialah:
1) Aktiviti Mental Aktiviti yang lebih sukar membawa potensi otak ke peringkat yang tertinggi.
Ia merupakan pecutan, lanjutan dan gabungan proses pembelajaran dan memahami kekuatan
mental menerima aktiviti tersebut. Sekaligus membuktikan aspek kecerdasan dengan
melakukan kemahiran yang lebih sukar atau melebihi tahap pemikiran yang biasa dilakukan
oleh individu biasa.
2) Fungsi Otak Bagaimana otak boleh mengesan bahagian yang menunjukkan kecerdasan
yang tinggi? Otak menunjukkan fungsinya melalui perkembangan besar pada tahap synap, selsel otak berhubung, fizikal (motor/sensori) dan intuitif (insightful/kreativiti). Apabila otak
memainkan peranan melalui sel-sel tersebut, ia akan menonjolkan bahagian yang mempunyai
kecerdasan. Di sini adalah peringkat yang dapat membuktikan kemahiran seseorang individu
mempunyai kecerdasan tinggi sama ada dalam aspek kognitif, psikomotor, dan afektif.

3) Proses yang Dinamik Ini merupakan gabungan faktor ginetik dan faktor persekitaran.
Apabila wujudnya interaksi antara kedua ini dalam kehidupan seharian, terhasil satu
pengalaman yang membuka peluang kepada seseorang individu itu meningkatkan
perkembangan struktur dan menambah fungsi otak. Proses ini memberi kesedaran terhadap
potensi manusia yang mampu menunjukkan kemajuan dalam kemahiran tertentu. Potensi
manusia ditunjukkan melalui kebolehan intelektual dan seterusnya aspek kecerdasan yang
lain. Hasil selain menyedari kebolehan diri, proses yang dinamik ini mengukuhkan lagi
perkaitan antara punca kejadian kecerdasan dengan faktor selain fungsi otak atau ginetik iaitu
hubungan dengan persekitaran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 28

Kesimpulannya, semua bahagian dalam otak mempunyai peranan tersendiri yang


menghubungkait satu sama lain (interaktif) dan berinteraksi dengan faktor lain tau persekitaran
(integratif) sehingga memaksimumkan fungsi otak. Kecerdasan ditonjolkan pada bahagian atau
kemahiran tertentu apabila sistem otak memainkan peranannya dengan baik.

GIFTED, GIFTEDNESS
Terdapat perbezaan antara gifted dan giftedness. Ia merupakan istilah penting dalam menghuraikan
seseorang yang mempunyai kecerdasan itu berada pada tahap mana dan apakah faktor yang
menyumbang kejadian kecerdasan itu sendiri. Adakah kerana proses interaktif atau integratif?
Bagaimana pula jika faktor biologi atau disebabkan genetik? Persoalan ini dapat dirungkaikan dengan
memahami lebih mendalam istilah gifted atau giftedness. Terdapat pendapat yang menyatakan
kejadian kanak-kanak ini adalah unik dan tersendiri. Samada gifted atau giftedness, ia bergantung
kepada beberapa faktor yang menyumbang ke arah kecerdasan yang dimilikinya.
Individu yang mempunyai hubungan kecerdasan daripada sifat genetik dengan faktor
persekitarannya mampu meningkatkan darjah kepintarannya lebih daripada individu lain. Penambahan
ini menghasilkan suatu daya pecutan pada fungsi otak (Clark. B, 2013). Individu ini boleh dilabel
sebagai gifted. Adakah gifted ini suatu proses? Gifted adalah suatu label yang diberikan kepada
individu yang mengalami proses tersebut dan diterjemahkan dari segi tingkah laku dan sikap atau
pencapaian. Gabungan antara kecerdasan yang tinggi, mampu melakukan aktiviti lanjutan lebih
daripada biasa, perkembangan yang pesat dalam fungsi otak.
Keistimewaan ini boleh dilihat melalui kebolehan dalam pencapaian akademik, inovasi, sifat
bersifat kreatif, kepimpinan, peribadi dan kemahiran interpersonal, visual dan persembahan seni.
Individu normal dan individu gifted boleh melakukan aktiviti atau kemahiran yang sama. Tetapi yang
membezakan adalah darjah keupayaan kerana individu gifted boleh menunjukkan keupayaan yang luar
biasa. Individu yang mempunyai keupayaan yang luar biasa ini dilabelkan sebagai gifted.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 29

Pemahaman terhadap giftedness pula adalah, giftedness adalah satu konsep biologi hasil
daripada gabungan sel-sel neuron di otak pada tahap yang maksimum. Ia juga melibatkan hubungan
dengan konteks kecerdasan pemikiran yang menjadi lebih kompleks, lebih mendalam, lebih laju dan
lebih tinggi. Pada erti kata lain, giftedness atau bergeliga merupakan satu anugerah daripada tuhan.
Peringkat giftedness dibezakan pada tahap moderate, high dan profound. Individu giftedness
menunjukkan pencapaian ini tanpa dipengaruhi faktor persekitaran kerana ia adalah semulajadi.
Individu ini lebih kompleks, namun ciri keistimewaan ini perlu diberi perhatian kerana ia perlu disalurkan
pada tempat yang betul. Sekiranya ia diabaikan, dikhuatiri ia akan menjadi tekanan kepada diri individu
itu sendiri kerana tahap pemikiran dan darjah keupayaan yang berbeza dengan individu lain.
Giftedness bersifat semulajadi. Individu gifted menunjukkan kebolehan pada tahap kecerdasan
yang tinggi dan perlu cara tertentu untuk mengesan kebolehan itu. Proses pengesanan untuk individu
gifted pada kebiasaanya menggunakan ujian kebolehan atau kecenderungan intelektual, ujian
kebolehan khusus akademik dan ujian kebolehan bidang kepimpinan, visual seni atau kreativiti.
Keunikan mereka perlu dikesan dan diberi perkhidmatan yang sewajarnya agak kita tidak
kehilangannya. Sekolah biasa tidak menyediakan keperluan khas untuk golongan ini. Oleh yang
demikian, organisasi di luar dan masyarakat serta pihak berwajib perlu berganding bahu membantu
golongan berkeperluan khas ini.
Pengesanan terhadap golongan ini perlu dimulakan dengan penetapan objektif sasaran untuk
mengenal pasti ciri istimewa ini agar program susulan yang disediakan bertetapan dengan objektifnya.
Selain itu, rekod profil mereka boleh diwujudkan dan setakat ini, secara umum pelajar yang dikesan
sebagai pelajar gifted adalah berjumlah 2% ke 5%, bergantung pada objektif pencarian sasaran
populasi pintar cerdas(Clark. B, 2013). In talent development programs and in the Schoolwide
Enrichment Program (Renzulli & Reis, 1985), 10% to 25% of students might be included in these
populations.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 30

PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT


Istilah gifted dan talented didefinisikan dalam dua istilah yang berbeza oleh pakar-pakar atau bagi
sesetengah penulis-penulis buku. Antaranya adalah :
1)Braggett (1998a) dan Morelock (1996) menyatakan Talent is seen to reflect a remarkable
ability which, however, falls short of the superlative level characterised by true giftedness.

2)Richert (1997) dan Morelock (1996) pula menjelaskan There is an hierarchical


categorization, with talent referring to specialized aptitudes that are assumed to be unrelatedand inferior- to general intelligence and giftedness.

3)Gagne (1991,1995) pula menyatakan bahawa istilah gifted dan talented adalah sinonim.
Beliau bersetuju bahawa pengekalan terhadap kedua-dua istilah tersebut namun bagi
membezakan kedua-dua istilah tersebut adalah dengan menjelaskan bahawa giftedness sebagai
kapasiti semulajadi manakala talent sebagai perkembangan kebolehan atau peningkatan. Porter L.
(1999) menyimpulkan dari semua definisi gifteddan talented yang dikeluarkan oleh penulis-penulis
sebagai
Gifted young children are those who have the capacity to learn at a pace and level of complexity that is
significantly advanced of their age peers in any domain or domains that are valued in and promoted by
their sociocultural group.

Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas turut dikenalpasti melalui bakat mereka. Porter (1999)
menyatakan bahawa
Talent behaviours are performances that are quantitatively or qualitatively exceptional compared with
age mates.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 31

Kedua-dua definisi tersebut haruslah membuat refleksi terhadap persekitaran perkembangan


kanak-kanak, perbezaan dalam personaliti mereka, persekitaran budaya, kanak-kanak pintar cerdas
yang berpotensi untuk dikembangkan dan perubahan dari segi ekspresi serta impak pintar cerdas
melalui kehidupan kanak-kanak tersebut. Tingkah laku pintar cerdas boleh dilihat dengan merujuk
kepada perbuatan-perbuatan seseorang yang menggambarkan potensinya yang tinggi dalam sesuatu
bidang tertentu. Perbuatan ini dapat diperhatikan dan dinilai oleh guru sebagai manifestasi daripada
trait pintar cerdas (Renzulli 1978).
Tingkah laku pintar cerdas juga boleh diajar kepada pelajar. Pelajar-pelajar tersebut tidak
semestinya memperolehi pencapaian yang tinggi dalam ujian-ujian kognitif (Renzulli 1991; Piirto 1999),
namun sebaliknya menunjukkan kemampuan mereka dalam domain bakat tertentu. Apabila tidak
mencapai tahap ia juga merupakan underachievement iaitu fenomena seseorang yang gagal mencapai
kecemerlangan setanding dengan bakat atau potensinya (Dewan Bahasa dan Pustaka 1997). Ia juga
didefinisikan sebagai keadaan dimana wujudnya jurang diantara pencapaian sebenar yang rendah
dengan keupayaan yang nampaknya lebih tinggi (Rimm 1997).
Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai
The Stanford-Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan
individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula
memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di
samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima
pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 32

DEFINISI PINTAR CERDAS MENURUT TOKOH


Renzullis (1986)
Dari sudut pandangan Renzulli untuk melahirkan manusia yang kreatif dalam masyarakat, beliau
berpendirian definisi yang menyatakan tingkah laku pintar cerdas adalah tindak balas daripada
interaksi tiga asas sifat manusia above average dan/atau kebolehan khusus, dan komitmen tugas
(motivasi) yang tinggi dan kreativiti yang tinggi (model beliau) adalah kurang sesuai. (Renzulli & Reis,
2003) Renzulli menyatakan, makna sebenar huraian maksud model beliau adalah merujuk kepada
pintar cerdas itu tidak ditentukan dengan gabungan interaksi tiga perkara tersebut. Pengesanan pintar
cerdas adalah tidak terikat kepada kombinasi ketiga-tiga perkara itu dalam masa yang sama. Manamana pendidik boleh mengabaikan mana-mana perkara untuk mengukur aspek pintar cerdas ini dan
menumpu kepada satu sifat sahaja. Contohnya, pendidik boleh menamakan pelajarnya untuk
menduduki ujian IQ tanpa ambil kira faktor motivasi atau kreativiti. Atau, boleh melakukan pemerhatian
kepada aspek kreativiti pelajar tanpa melihat IQnya.
Gagnes (2000, 2003)
Pintar cerdas menurut Gagne adalah kebolehan atau sifat semulajadi manusia (Moon dan Dixon,
2006). Gagne membezakan anugerah semulajadi dan bakat yang diasah dalam definisi pintar cerdas
beliau. Beliau turut mengenal pasti pengaruh peribadi dan pengaruh persekitaran yang menyumbang
kepada pembangunan pintar cerdas dan berbakat ini.Anugerah semulajadi adalah sifat natural yang
tersendiri. Sifat semulajadi ini merujuk kepada aspek intelektual, kreatif, sosioafektif dan sensorimotor.
Terdapat tujuh kategori yang dikenal pasti Gagne sebagai bakat iaitu, akademik, seni, perniagaan,
konsep berkaitan masa(permainan), aktiviti sosial, sukan dan teknologi. Pengaruh peribadi melibatkan
ciri-ciri fizikal, motivasi, pengurusan diri dan personaliti. Manakala pengaruh persekitaran pula ialah,
faktor masyarakat, individu, peruntukan dan aktiviti yang berkaitan. Definisi Gagne menunjukkan beliau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 33

menerangkan konsep pintar cerdas dengan mengambil kira pelbagai aspek yang boleh dijadikan faktor
menyebabkan bakat itu selain intelektual semata-mata.
Tannenbaums (2003)
Beliau menyatakan pelajar pintar cerdas dan berbakat akan menunjukkan potensi pembelajaran dan
kreativiti yang lebih cepat. Pintar cerdas dapat diperlihatkan melalui lima faktor yang terjalin iaitu a)
kecerdasan intelek yang tinggi b) mempunyai kebolehan yang unik c) ciri-ciri selain intelektual
(personaliti), dan d)persekitaran.
Gardner (1999)
Kecerdasan pelbagai merupakan bidang kecerdasan yang menumpu kepada aspek selain intelektual
semata-mata. Ia merujuk kepada individu yang yang berkebolehan dalam melakukan sesuatu
kemahiran tertentu. Gardner menekankan, kecerdasan tidak boleh bergantung semata-mata kepada
ujian intelektual sahaja. Ujian akademik hanya mengesan kecerdasan bahasa dan logik matematik
sahaja. Pintar cerdas daripada perspektif Gardner adalah melihat kekuatan pelajar dalam konteks
kehidupan seharian seperti kebolehan berkomunikasi dengan baik, menghasilkan penulisan yang unik
dan indah, dan kekuatan fizikal dalam bidang sukan. Terdapat 8 bidang kecerdasan yang dikemukakn
oleh Gardner iaitu;
a) Kecerdasan Bahasa- novelis, peguam
b) Kecerdasan Logik Matematik- orang fizik, org matematik
c) Kecerdasan ruang-arkitek, pereka dalaman, jurutera
d) Kecerdasan Muzik- penggubah lagu, penyusun muzik
e) Kecerdasan Fizikal-kinestetik- penari, atlet,
f) Kecerdasan Intrapersonal- seseorang yang memahami kognitifnya, kekuatan diri dan dapat
mengawal emosi
g) Kecerdasan Interpersonal- kaunselor, guru, ahli politik

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 34

h) Kecerdasan Naturalist- memahami sifat alam dan kehidupan flora dan fauna yang
mendalam.
Gross, M (2003)
Gross mendefinisikan pintar cerdas adalah perkembangan cepat yang ditunjukkan pelajar semasa
melalui proses ujian. Gross telah mengumpul profil ujian yang dijalankan ke atas 15 orang pelajar
pintar cerdas dalam semua aspek perkembangan seperti aspek perkembangan cepat dan kesihatan
fizikal, sejarah dan latar belakang keluarga, tahap pencapaian akademik, perkembangan membaca
dan minat, latar belakang sekolah dan psikososial. (Gross, 2003) Gross menetapkan kayu ukur pada
umur kronologi pelajar (umur sebenar) semasa ujian dijalankan. Setiap instrumen yang dijalankan, hasil
ujian itu akan dibandingkan dengan umur kronologi pelajar kerana tahap ujian itu adalah lebih tinggi
berbanding umur mereka. Kebanyakan hasil ujian menunjukkan hasil bahawa pelajar-pelajar ini
mempunyai advance ability iaitu berupaya melakukannya pada tahap umur mereka.

SIAPAKAH INDIVIDU PINTAR CERDAS?


Individu dengan kecerdasan yang luarbiasa dikatakan pintar cerdas dan kita telah memahami konsepkonsep pintar kecerdasan. Untuk memahami siapakah pelajar pintar cerdas kita perlu memahami
beberapa konsep yang asas ini: pintar cerdas, keluarbiasa dan kecerdasan. Sternberg, seorang
pengkaji kecerdasan menggariskan lima ciri-ciri konsep pintar cerdas:
1) Kecemerlangan (excellence): bermaksud sangat menonjol dalam bidang/kebolehan
tertentu.
2) Keluarbiasaan (rarity): bermaksud kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang
kebanyakkan.
3) Produktiviti: bermaksud ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada
masyarakat.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 35

4) Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. Antaranya ialah NFER tests, the
CATs Test, MidYIS, SATs, YELLIS and ALIS serta Intelligence Scale Test yang lain.
5) Nilai: bermakna ciri-ciri ini dihargai/ dianggap penting oleh masyarakat.
Daripada lima kriteria ini, kita boleh melanjutkan:
1) Kecerdasan digambarkan melalui pencapaian yang menakjubkan.
2) Keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan berbeza, hanya dimiliki oleh sebilingan kecil
populasi.
3) Ia diukur melalui hasi kerja bukannya potensi. Dari kerja, kita dinilai. Produktiviti ini tidak
bermaksud kuantiti tetapi yang lebih penting kualiti.
4) Definisi ini mesti produktif dari segi akademik, ia boleh dikaji, boleh didefinisikan secara
operasional. Ia bukan konsep abstrak yang dikaji pada tahap teoretikal/ falsafah samatamata.
5) Ia dicirikan faktor budaya, ia bukan bebas dari nilai setempat/semasa.
Mengikut model Renzulli, seorang yang dikenal pasti sebagai pintar cerdas mesti memenuhi 3 syarat
ini:
1) Kebolehan intelek yang tinggi;
2) Kreativiti yang tinggi; dan
3) Komitmen kerja yang tinggi.
Renzulli menegaskan kepentingan faktor atau syarat intelek sebagai sebahagian teras dalam
konsep kepintarcerdasannya. Berbeza dengan idea Sternberg, tiga syarat yang diketengahkan oleh
Renzulli merupakan aspek yang boleh dipupuk dan dilatih melalui pendidikan. Mungkin sekolah perlu
memupuk kepintarcerdasan, bukan memberi maklumat semata-mata.
Semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling
yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1985). Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 36

golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannyaberbanding kanak-kanak
lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini
hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka (yang juga memiliki
persamaan ciri-ciri seperti orangdewasa) seperti yang disebut dalam peribahasa:"birds ofafeather flock
together."
Contohnya, jika anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja
yangdilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang maksimum) dan anda juga
seorang yang menghargai kesungguhan, anda akan merasa janggal ketika berada dalam sebuah
organisasi di mana budaya anggota-anggota organisasi tersebut bercanggah dengan sikap anda.
Ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut,kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan
pelbagai strategi termasuk: menafikan kecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan
meninggalkan keperluan sosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu masalah
sosial/pendidikan iaitu:
Golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan besar
kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami, fungsi pendidikan
adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap
individu pelajar untuk berkembang. Jika kita melihat dari perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar
(student-centered), kita akan mendapati pendidikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi keperluan
perkembangan diri pelajar dan dalam aspek inilah pelajar pintar cerdas memerlukan bantuan dan
bimbingan pendidik. Leta Hollingworth, pengkaji yang telah memberi sumbangan penting di dalam
pendidikan pintar cerdas khususnya, pendidikan emosi golongan tersebut, telah memberi gambaran
terperinci lima masalah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini (Gallagher & Gallagher,
1994) iaitu:
1. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah;
2. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly);

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 37

3. Mengelakkan sikap sinis/negatif terhadap autoriti;


4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secerdiknya);
dan
5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasikan orang lain.

RUMUSAN
Walau apapun sikap dan hasil kerja mereka, apa yang berlaku kepada mereka adalah akibat faktorfaktor seperti sikap, peluang, minat dan kelebihan mereka yang unik. Memahami dinamik sosial,
motivasi dan apa yang membezakan golongan pintar cerdas yang produktif dan golongan pintar cerdas
yang tidak menggunakan potensi mereka, menjadi isu pendidikan yang kritikal. Negara yang
membangun seperti Malaysia tidak boleh membazirkan bakat yang bakal memberi sumbangan dalam
bidang sains, kesusasteraan, keusahawanan, kebajikan, dan semua bidang pengetahuan atau usaha
yang meningkatkan kesejahteraan sejagat. Oleh yang demikian, konsep kecerdasan perlu difahami
oleh semua pihak.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 38

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan definisi pintar cerdas.


2. Jelaskan maksud kecerdasan.
3. Berikan perbezaan antara pintar cerdas dan berbakat.
4. Nyatakan bidang kecerdasan oleh Howard Gardner.
5. Apakah konsep pintar cerdas yang diperkenalkan oleh Sternberg?

Isikan tempat kosong dengan kategori yang dikenal pasti oleh Gagne sebagai bakat.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bakat
(Gagne
)

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 39

Rujukan

Clark, B. (2013). Growing Up Gifted:Developing the Potential of Children at School and at Home. Ed.
Ke-8. LA: Pearson.
Davis, G.A., & Rimm, S.B., (1985). Education of the gifted and talented. Englewood Cliffs, NJ:PrenticeHall.
Gross, M.U.M, (2003). Exceptionally Gifted Children. Ed. Ke-2. NY:RoutledgeFalmer.
Morelock, M. J.,(1996). On the nature of giftedness and talent: Imposing order on chaos. Roeper
Review, 19(1),4-12.
Porter, L. (1999). Gifted Young Children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press.
Renzulli, J.S., & Reis, S.M., (1985). The Schoolwide Enrichment Model: A Comprehensive plan for
educational excellence. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press.
Renzulli, J.S., (1991). The National Research Center on the Gifted and Talented: The dream, the
design, and the destination. Gifted Child Quarterly, 35, 73-80.
Rimm, S.(1997). An underachievement epidemic. Educational Leadership, 54(7), 18-22.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 40

UNIT 3
PERKEMBANGAN KOGNITIF PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Kognitif
Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Kognitif

PENGENALAN
Kecerdasan intelektual merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang dipelajari daripada
pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Apakah
ciri-ciri kognitif tersebut yang boleh dilihat kepada pelajar yang mempunyai kecerdasan dari segi
kognitif? Perkembangan kognitif pelajar pintar cerdas ditunjuk melalui perbuatan dan cara mereka
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pada waktu yang sama, mereka menunjukkan kelebihan
berbanding rakan sebaya yang bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut. Boleh berfikir dengan
cepat dan penyelesaian yang diambil adalah berkesan. Perwatakan mereka boleh dibandingkan
dengan rakan lain dan namun, mereka sering dilihat berbeza kerana kelebihan yang ditunjukkan. Ciriciri pelajar pintar cerdas boleh diperhati dalam kalangan pelajar yang sama tahap dan umur agar
keistimewaan itu dapat dilihat (Harrison, 2003).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 41

ISI KANDUNGAN
Perkara utama yang sering dikaitkan dengan pintar cerdas adalah kebolehan mental
(kognitif). Adakah memiliki IQ yang tinggi boleh dilabel sebagai pintar cerdas? Apakah kayu ukur yang
akan dipatuhi untuk mengesahkan IQ tinggi itu? Kekuatan ini merupakan anugerah atau boleh
dipelajari?
Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Aspek tersebut adalah menghuraikan
konsep pintar cerdas kognitif dan mengenal pasti ciri-ciri pintar cerdas.

KONSEP PINTAR CERDAS KOGNITIF


Pelajar pintar cerdas berbakat (PCB) kognitif biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik
akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ) yang tinggi biasanya
melebihi 130 (Kyle 1998). Potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif pelajar PCB merangkumi keupayaan
untuk menaakul ide-ide yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat
empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik
yang diminati.
Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar PCB seperti berikut; mempunyai ingatan
serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin
tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar
mengajukan soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran
yang mencapah.
Pelajar pintar cerdas bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru
dengan mudah. Kanak-kanak pintar cerdas akan dapat memahami sesuatu perkara dengan mudah
dan tidak memerlukan banyak bantuan atau tunjuk ajar daripada guru. Mereka cenderung menjadi

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 42

pelajar berwibawa, mempunyai konsep kendiri yang tinggi dan juga pelajar yang terarah kendiri. Hasan
Muhamed (2006) menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas peka dan menunjukkan reaksi segera
terhadap sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah. Pelajar pintar cerdas juga dikatakan mampu
memproses dan menganalisis maklumat dengan cara yang matang dan meyakinkan serta
menggunakan kaedah ataupun memberi cadangan tersendiri bagi menyelesaikan masalah. IQ pelajar
pintar cerdas adalah berada tahap yang lebih tinggi berbanding pelajar biasa iaitu biasanya 120 dan ke
atas. Keadaan ini yang menyebabkan kelebihan terhadap seseorang pelajar pintar cerdas. Mampu
memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks.
Ahli falsafah, contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat
dengan pemahaman abstrak. Pengetahuan atau skemata yang luas. Memahami banyak konsep yang
tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti
mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Tumpuan tinggi,
membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Tidak suka diganggu, menjadi geram apabila
diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.

CIRI-CIRI PINTAR CERDAS KOGNITIF


SIFAT INGIN TAHU YANG TINGGI
Pelajar pintar cerdas mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi kerana mereka berfikir cepat dan secara
logik (Davis, Rimm dan Siegle, 2011). Bagaimanakah mereka meluahkan perasaan tersebut? Caranya
dengan mengemukakan soalan seperti Kenapa..., Bagaimana..... Dalam kehidupan seharian, pelajar
akan melalui banyak pengalaman daripada aktiviti yang dilakukan, disertainya, atau dilihatnya sama
ada di rumah atau di sekolah. Apabila tanda tanya ini muncul, semestinya keinginan untuk mengetahui
sebab atau punca kepada sesuatu kejadian atau perkara. Semestinya soalan ini akan ditanya kepada
ibu bapa atau guru. Walaupun jawapan yang tepat telah diberikan, ia tidak memuaskan hati mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 43

kerana mereka ingin mendengar kepada huraian yang lebih jelas sehingga ia menyebabkan
sesetengah ibu bapa atau guru tidak boleh bersabar dengan karenah mereka. Bentuk soalan yang
ditanya turut melambangkan kecerdasan kognitif yang dimiliki pelajar tersebut.

Sesetengah soalan seperti berikut:

Kenapa kita semua perlu mengundi semasa pilihan raya?

Kenapa kita perlu pergi ke sekolah untuk belajar? Bagaimana belajar di rumah pula?

Bagaimana keadaan bumi pada dua puluh ribu tahun yang lepas?

KEMAHIRAN MEMPEROLEHI PENGETAHUAN


Kemahiran memperolehi pengetahuan ialah satu proses yang aktif dan diambil berat oleh seseorang
yang kreatif. Ia melibatkan kebolehan melihat masalah, menjana pelbagai cara yang berpotensi
sebagai langkah penyelesaian berdasarkan pengalaman lepas, dan mengambil tindakan yang betul
sebagai jalan keluar (Ebert, 1994). Pelajar pintar cerdas kognitif mempunyai kemahiran memperolehi
banyak pengetahuan kerana mereka dapat menyimpan maklumat dengan baik (Borkowski & Peck,
1986) dan disebabkan itu, membolehkan mereka dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan baru
dengan kadar cepat yang luar biasa (Moltzen 1996). Pada waktu bila mereka memperolehi
pengetahuan ini? Pelajar pintar cerdas mempunyai pengamatan yang tinggi. Pada permulaan semasa
bayi lagi, pengamatan ini digunakan untuk menyimpan maklumat setiap perkara yang diperhatikan.
Kemahiran memperolehi pengetahuan adalah asas kepada mereka untuk menjadi penyelesai masalah
yang baik. Mereka melihat masalah pada sudut pandangan yang berbeza iaitu kadang-kadang lebih
mendalam berbanding masalah sebenar (Damiani, 1997) Oleh yang demikian, tidak mustahil, pelajar
pintar cerdas dapat menguasai ilmu pengetahuan orang yang lebih dewasa berbanding rakan
sebayanya. Oleh kerana mereka telah menguasai pengetahuan lebih awal, maka mereka boleh
membaca, menulis dan menggunakan nombor dengan awal berbanding rakan sebaya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 44

Adakah anda bersetuju, pelajar pintar cerdas mampu ;

Menyelesaikan masalah matematik dua tahap yang lebih tinggi?

Membaca buku ekonomi pada umur 15 tahun?

Menulis esei panjang pada umur 7 tahun?

INGATAN ATAU MEMORI YANG KUAT


Pelajar pintar cerdas bukan sahaja mempunyai kemahiran mendapat pengetahuan malah
berkebolehan untuk menterjemahkannya atau mengingati semula. Antara ciri yang menunjukkan
kebolehan ini adalah dapat imbas kembali dengan cepat, dapat menunjukkan kemahiran yang telah
lama dipelajari. Mereka juga mampu mengajar rakan yang sebaya dengannya. Kebolehan yang
ditunjukkan itu menunjukkan mereka mempunyai ingatan yang kuat (Porter. L. 1999). Memori boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1) Jumlah pengetahuan yang disimpan 2) Bagaimana
pengetahuan disusun 3) Bagaimana untuk menghubungkan pengetahuan itu (Rabinowitz & Glaser,
1985). Pelajar pintar cerdas dapat menghubungkan ketiga-tiga bahagian ini dengan kombinasi dengan
baik. Setiap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki akan diterjemahkan dengan baik. Mereka
mempunyai kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghubungkan satu sama lain tanpa
kekeliruan. Contoh, mengingati senikata lagu dan lakonan seseorang, iaitu apabila berjaya
menyanyikan dan melakonkan semula dengan cara yang sama. Setiap memori boleh berhubung
dengan baik dengan cara yang paling canggih (Shore & Kanevsky, 1993).
Selain itu mereka mempunyai ingatan yang kuat. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan
ingatan mereka lebih tinggi daripada orang lain.
1. Akibat pemahaman yang tinggi, mereka tidak perlu menghafal secara buta. Pemahaman tinggi
memberi dua kelebihan yang nyata: 1) membaca dengan cepat, 2) cepat mengingati apa yang
telah difahami.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 45

2. Cara mengorganisasikan maklumat yang cekap, antaranya mengelaskan item mengikut


kumpulan. Berkait rapat dengan kebolehan analitikal.
3. Menggunakan cara yang menyeronokkan untuk mengingat (teknik untuk membantu kita
mengingat dinamakan mnemonik).
4. Ingatan semulajadi (ingatan cair) yang memangpun tinggi, dibuktikan dengan kadar mereka
mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak (walaupun di persekitaran yang
sama dengan adik-beradik yang lain).
5. Akibat pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap konsep
baru (dengan mengaitkan konsep baru di atas apa yang telah sedia difahami oleh mereka
sebelum ini).

Apakah tugasan yang sesuai diberikan untuk melihat potensi memori yang dimiliki oleh pelajar
pintar cerdas? Jawapannya, seperti yang dinyatakan oleh Jackson & Butterfield, 1986:
This leaves processing capacity available for carrying out higher-order tasks, such as
comprehending the meaning of a passage in a book rather than simply deciphering the words

Soalan yang berbentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis boleh diberikan kepada
pelajar ini. Bagaimana dengan soalan ini,

Berdasarkan pengalaman anda, apakah aspek penting dalam mereka bentuk sebuah rumah
yang mesra alam? Adakah mempunyai tingkap yang banyak atau menggunakan kayu yang
berkualiti tinggi?Nyatakan pendapat anda.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 46

GAYA PEMBELAJARAN YANG BERBEZA


Pembelajaran pelajar pintar cerdas berbeza dengan rakan sebayanya. Gaya dan pendekatan
pembelajaran yang dilakukan oleh mereka ialah lebih fleksibel dan lebih penting ia membawa ke arah
kejayaan (Shore & Dover, 1987). Pendekatan yang digunakan juga berubah-ubah mengikut tugasan.
Istilah berikut merupakan antara ciri-ciri gaya pembelajaran seorang pelajar pintar cerdas (Porter. L,
1999):
Opennes (keterbukaan)

Terhadap pengalaman baru

Willingness (keupayaan)

Mengambil risiko

Judgement (pertimbangan)

Terhadap masalah yang melibatkan orang lain

Perceptiveness (persepsi)

Mengenal pasti masalah yang wujud

Perseverance (tabah)

Menghadapi rintangan

Speed (kelajuan)

Memproses maklumat

Adapting (penyesuaian)

Kepantasan untuk memenuhi keperluan tugas

Immerse (mendalami)

Dalam sesuatu bidang untuk mencapai penguasaan yang lebih tinggi

Fluency (kelancaran)

Mengeluarkan idea-idea baru

Flexibility (fleksibel)

Menyesuaikan idea bagi suatu masalah dan kemahiran yang digunakan


agar dapat memenuhi keperluan tugas dan objektif sasaran.

RUMUSAN
Kebiasaannya, golongan pintar cerdas kognitif memiliki hasrat yang tinggi untuk mempelajari sesuatu
mengenai minat mereka. Kelebihan mereka dalam memikir secara abstrak lebih awal dari rakan
sebaya membolehkan mereka menyelesaikan masalah dengan kreatif dan pantas. Ini menunjukkan
mereka perlu diberi pilihan dalam aktiviti pembelajaran kerana memiliki kognitif yang tinggi sekaligus
mempunyai kelebihan menentukan aktiviti yang ingin dilakukannya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 47

1. Berdasarkan kefahaman anda, apakah yang dimaksudkan pintar cerdas dari segi kognitif?
2. Apakah ciri-ciri pintar cerdas koginitif?
3. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar kuat ingatan?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 48

Rujukan

Borkowski, J.G. and Peck, V.A. (1986). Causes and consequences of metamemory in gifted children
in Conception of giftedness Ed. R.J. Sternberg & J.E. Davidson, Cambridge University Press,
Cambridge, UK.
Damiani, V.B., (1997). Young gifted children in research and practise: the need for early childhood
programs Gifted Child Today. Vol. 20, no.3, pp.18-23.
Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson.
Ebert, E.S. (1994). The cognitive spiral:creative thinking and cognitive processing Journal of Creative
Behaviour vol. 28, no.4, pp. 275-90.
Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication.
Jackson, N.E., & Butterfield, E.C., (1986). A conception of giftedness designed to promote research in
Conceptions of giftedness Ed. R.J. Sternberg & J.E.Davidson, Cambridge University Press,
Cambridge, UK.
Moltzen, R.(1996). Characteristics of gifted children in Gifted and Talented: New Zealand perspectives
Ed. D. McAlpine & R. Moltzen, ERDS Press, Palmerston North.
Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press.
Rabinowitz, M. & Glaser, R. (1985). Cognitive structure and process in highly competent performance
in The gifted and Talented: developmental perspectives Ed. F.D. Horowitz & M. OBrien,
American Psychological Association, Washington, DC.
Shore, B.M., & Kanevsky, L.S.(1993). Thinking processes: being and becoming gifted in International
handbook of research and development of giftedness and talent Ed. K.A. Heller, F.J. Monks &
A.H.Passow, Pergamon Press: Oxford, UK.
Shore, B.M. & Dover, A.C.(1987). Metacognition, intelligence and giftedness Gifted Child Quarterly vol.
31, no. 1, pp.37-9

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 49

UNIT 4
PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI PINTAR
CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Bahasa Dan Komunikasi
Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Cerdas Bahasa Dan Komunikasi

PENGENALAN
Pelajar pintar cerdas dari segi kognitif atau intelektual mempengaruhi kepada perkembangan bahasa
mereka. Mereka boleh bertutur dan berkomunikasi dengan baik dan memberikan satu keunikan
kerana daya pemikiran yang tinggi diluahkan atau dilahirkan secara lisan. Oleh yang demikian, bahasa
yang dituturkan mewakili apa yang difikirkan termasuklah apabila menyelesaikan sesuatu masalah.
Pelajar pintar cerdas dapat menyimpan maklumat dengan baik, oleh itu, mampu memberi maklum
balas dengan cepat.

ISI KANDUNGAN
Kepetahan berkata-kata dan kefasihan berkomunikasi serta boleh berbincang merupakan
sifat pelajar pintar cerdas dan boleh berlaku sebaliknya. Maka, perkara negatif turut boleh ditemui
dalam ciri-ciri pelajar ini.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 50

Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Aspek tersebut adalah menghuraikan
konsep pintar cerdas bahasa dan komunikasi, mengenal pasti ciri-ciri pintar cerdas dan
membincangkan kajian yang berkaitan dengan pintar cerdas bahasa dan komunikasi.

CIRI-CIRI
BERCAKAP AWAL
Pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehan bercakap pada usia yang lebih awal. Iaitu kebolehan
bertutur dengan lebih baik berbanding umur sebenar. Kebolehan ini dilihat berkait dengan kecerdasan
mental pelajar tersebut. Binet menekankan pelajar pintar cerdas mempunyai umur mental yang tinggi
berbanding umur kronologi (umur fizikal) mereka. Kebanyakan pelajar pintar cerdas mula bercakap
lebih awal berbanding rakan sebaya (Gross, 1993).
AYAT YANG KOMPLEKS DAN PERBENDAHARAAN KATA YANG LUAS
Menggunakan perbendaharaan kata yang lebih banyak dan luas adalah bukti pelajar pintar cerdas
berupaya menyusun ayat yang lengkap dan menjadi lebih kompleks. Setiap ayat yang dituturkan
adalah sempurna dan kadang-kadang lebih baik berbanding rakan sebayanya. Pelajar pintar cerdas
pada kebiasaannya menggunakan perbendaharaan kata yang banyak kerana akan berkomunikasi
tentang pelbagai topik. Mereka menggunakan ayat yang kompleks dan terdapat konsep yang dilhat
tersirat atau abstrak yang akan digunakan oleh orang yang lebih dewasa (Davis, Rimm dan Siegle,
2011)
Pelajar pintar cerdas mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal
seterusnya mengingat apa yang dibaca dengan mudah. Pada peringkat umur yang awal, pelajar pintar
cerdas dapat bercakap, membaca, menulis ataupun memahami percakapan orang dewasa. Mereka
juga mampu memahami arahan dengan mudah walaupun arahan yang sedikit walhal kanak-kanak
sebaya memerlukan penerangan yang lengkap dan memerlukan tunjuk ajar secara langkah demi
langkah. Keadaan ini menjadikan pelajar pintar cerdas mampu memperolehi maklumat dan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 51

pengetahuan yang banyak dan dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian mengenai
penyelesaian masalah dan juga mencipta sesuatu yang baru.

MINAT TERHADAP BUNYI BAHASA, RIMA DAN SAJAK


Menurut Harisson (2003) pelajar pintar cerdas menyukai bunyi pada lenggok bahasa, sajak dan cerita.
Minat mereka ini telah mendorong kepada keinginan terhadap bahan bacaan, lagu berirama dan sajak,
sehingga bahan bacaan yang sedia ada telah dibaca dan masih tidak mencukupi. Bahasa atau lenggok
yang digunakan semasa membaca sajak atau bercerita menunjukkan penguasaan bahasa kerana
memahami bagaimana bunyi dan lenggok itu menekankan atau membawa kepada sesuatu maksud.
Mereka juga berupaya mereka gaya rima yang disukai pada sajak dan mendeklamasikannya. Perkara
yang penting dimiliki oleh pelajar pintar cerdas bahasa dan komunikasi di sini adalah kefahaman dan
minat pada gaya bahasa dan boleh menyampaikannya dengan baik.

RUMUSAN
Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak membolehkan pelajar pintar cerdas berkomunikasi
dengan baik. Setiap tindakan mereka akan lebih mudah difahami. Seperti yang dibincangkan dalam
unit ini, menunjukkan bahasa dan komunikasi penting untuk memperlihatkan kematangan seseorang
pelajar pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 52

1. Huraikan ciri pintar cerdas berikut:

Bercakap awal

Perbendaharaan kata yang luas

Minat terhadap bunyi bahasa, rima dan sajak

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 53

Rujukan

Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson.
Gross, M.U.M., (1993). Exceptionally GiftedChildren. NY: RoutledgeFalmer
Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication.
Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 54

UNIT 5
PERKEMBANGAN SOSIAL PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Sosial
Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Cerdas Sosial

PENGENALAN
Apabila melihat aspek sosial, ia merujuk kepada persekitaran dan perhubungan pelajar dengan
persekitaran luaran. Walau bagaimanapun, jarang aspek perkembangan ini dibicarakan apabila
menyentuh perkembangan pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas sering dilihat berkeseorangan atau
berkawan ramai berdasarkan peribadi pelajar tersebut dan ia sememangnya berbeza antara pelajar.
Secara umumnya, dilihat pergaulan pelajar pintar cerdas adalah lebih matang dan bersifat
kedewasaaan dari segi pertuturan, topik perbualan dan rakan komunikasi yang dipilhnya
kebanyakannya lebih dewasa berbandingnya.

ISI KANDUNGAN
Adakah pelajar pintar cerdas seorang yang suka bergaul dengan orang lain?
Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Aspek tersebut adalah menghuraikan
konsep pintar cerdas sosial dan mengenal pasti ciri-ciri pintar cerdas sosial

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 55

KONSEP
Pelajar pintar cerdas mampu bersosial dengan orang di sekitar mereka dengan mudah kerana sifatsifat tertentu yang ada pada mereka. Kebiasaannya, pelajar pintar cerdas mempunyai sifat kendiri yang
tinggi dan berani. Mereka juga sensitif kepada alam sekeliling dan secara tidak langsung, mereka
mudah menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran baru. Keadaan ini juga menjadikan mereka
mampu bersosial dengan cepat dan kelihatan mempunyai daya kepimpinan. Mereka lebih dominan
serta superior apabila berada dalam kumpulan kanak-kanak sebaya dengannya. Namun begitu,
sesetengah dari mereka sukar bersosial dengan rakan sebaya kerana tidak mempunyai taraf pemikiran
yang sama dengan rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan mereka lebih suka bergaul dengan orang
yang lebih tua. Secara tidak langsung, akal mereka mengalami masalah penyesuaian diri dengan
rakan-rakan yang seusia atau sedarjah dengannya.

CIRI-CIRI
BERSIFAT KEDEWASAAN
Personaliti seorang pelajar pintar cerdas menonjol kerana dalam kalangan rakan-rakan sebaya
dengannya, pelajar ini dilihat lebih matang dan bersifat kedewasaan. Personaliti ini semulajadi hadir
dalam dirinya standing dengan kebolehannya. Pelajar ini boleh dijadikan rujukan dan mampu
membimbing rakan-rakan yang lain. Antara sifat kedewasaan yang ditunjukkan seperti mendapat
keputusan yang baik sejak gred rendah hingga menengah, sentiasa disenangi guru-guru, rakan sebaya
dan pelajar yang lebih muda, dan sentiasa menjadi kegemaran orang lain (Davis, Rim dan Siegle,
2011)

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 56

BERKEBOLEHAN SEBAGAI PEMIMPIN


Seorang yang mempunyai ciri pintar cerdas sosial adalah mempunyai bakat sebagai pemimpin. Sejak
kecil lagi kebolehan sebagai pemimpin akan ditunjukkan oleh pelajar pintar cerdas (Clark, 1997) seperti
sedia mengambil tanggungjawab, seronok mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan,
mempunyai rasa hormat terhadap rakan sebaya, berkomunikasi dengan jelas dan bahasa yang sesuai,
lebih fleksibel, lebih cenderung untuk memberikan arahan daripada mengikuti aktiviti dan berasa selesa
berada bersama orang lain (Moltzen, 1996). Seorang pemimpin perlu mempunyai gaya yang disenangi
orang lain, oleh yang demikian pelajar pintar cerdas berkebolehan berkomunukasi dan mengemukakan
soalan dan menjawab soalan. Pelajar ini dijadikan contoh oleh pelajar lain kerana idea dan kemahiran
membuat keputusan. Kemahiran sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan menjadikan mereka
mempu mengawal sebarang konflik yang berlaku dan masalah sosial yang timbul (Morelock dan
Morrison, 1996).
MOTIVASI, KETEKUNAN DAN MINAT YANG MENDALAM
Motivasi merupakan kawalan otak dengan baik ke arah perkara yang lebih positif dan menjana
hubungan dengan proses membuat keputusan. Pelajar pintar cerdas akan melihat masalah yang
diterima sebagai satu peluang dan akan melakukan yang terbaik. Otak akan berfikir dengan pantas
sekaligus memberi kesan kepada perlakuan yang memastikan satu penyelesaian mesti dilakukan.
Tanpa motivasi diri yang tinggi, manusia biasa akan hilang fokus dan semangat. Kerana masalah yang
diterima dianggap sebagai satu musibah. Perkara yang penting adalah kawalan otak atau fikiran
mestilah lebih positif. Kerana, daripada otak, ia akan memberi kesan kepada anggota badan yang lain.
Kekuatan motivasi yang dijana dari dalam diri akan membawa satu perlakuan yang lebih baik dan
menuju ke arah penyelesaian. Pelajar pintar cerdas yang berinteraksi dengan akal fikiran sentiasa
memastikan hasil kerja yang diberikan adalah yang terbaik. Maka, sifat instrinsik ini yang membezakan
pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 57

RUMUSAN
Perkembangan sosial lebih menekankan kekuatan dan kebolehan pelajar pintar cerdas berinteraksi
dengan faktor dalaman dan luaran atau persekitaran. Setiap pelajar pintar cerdas tidak sama dalam
proses sosialisasi kerana sesetengah pelajar pintar cerdas mempunyai social yang positif dan ada
yang lebih suka bersendiri.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 58

1. Apakah yang anda fahami dengan pelajar pintar cerdas sosial?


2. Huraikan ciri pintar cerdas sosial berikut:

Bersifat kedewasaan

Berkebolehan sebagai pemimpin

Motivasi, ketekunan dan minat yang mendalam

3. Berdasarkan kefahaman anda, apakah persekitaran yang sesuai dan membantu pelajar pintar
cerdas?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 59

Rujukan
Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson.
Gross, M.U.M., (1993). Exceptionally GiftedChildren. NY: RoutledgeFalmer
Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication.
Moltzen, R.(1996). Characteristics of gifted children in Gifted and Talented: New Zealand perspectives
Ed. D. McAlpine & R. Moltzen, ERDS Press, Palmerston North.
Morelock, M.J., & Morrison, K, (1996). Gifted children have talents too: multi-dimensional programmes
for the gifted in early childhood. Hawker Brownlow Education, Melbourne.
Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 60

UNIT 6
PERKEMBANGAN EMOSI PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Emosi
Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Cerdas Emosi

PENGENALAN
Emosi yang terganggu menunjukkan banyak perkara yang berbeza yang boleh dijadikan sebagai
punca iaitu sama ada kerana kegagalan melakukan sesuatu perkara atau berkebolehan membuat
keputusan dalam keadaan tekanan emosi. Dabrowski menekankan emosi memainkan peranan penting
bagi sesorang pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas dilihat tidak mempunyai emosi yang baik
kerana kekurangan kawalan dalaman kerana kebolehan melebihi rakan-rakan biasa. Perasaan mereka
boleh dipulihkan dengan memberi tugasan atau pekerjaan setanding dengan tahapnya kerana mereka
tidak akan melakukan tugasan yang mudah.

ISI KANDUNGAN
Adakah benar pelajar pintar cerdas sangat teliti dan mementingkan ketepatan?
Bagaimana emosi jika mereka tidak berjaya melakukan sesuatu?Adakah perasaan mereka mudah
tersentuh? Sesetengah pendapat mengatakan sukar bergaul dengan pelajar pintar cerdas kerana
perasaan sangat mudah tersentuh.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 61

Dalam unit ini, akan membincangkan konsep dan ciri-ciri perkembangan emosi bagi seorang pelajar
pintar cerdas.

KONSEP
Golongan pintar cerdas memiliki sifat dan cita rasa yang berlainan. Oleh itu, para guru perlu
meningkatkan kesedaran mereka terhadap ciri-ciri emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas.
Kelakuan mereka mungkin disalah tafsir oleh rakan-rakan sebaya mereka. Ini boleh menyebabkan
wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri atau dipulau oleh rakan-rakan.

Memiliki maklumat yang banyak mengenai emosi

Mungkin mempunyai sifat sensitif yang luar biasa terhadap perasaan orang lain

Mempunyai sifat kelucuan

Idealisme dan kesedaran terhadap keadilan pada usia yang muda

Memiliki kedalaman emosi yang luar biasa

Mempunayi harapan yang tinggi terhadapt diri sendiri dan orang lain

Memiliki penilaian moral yang lebih

CIRI-CIRI
SENSITIVITI YANG TINGGI
Pelajar pintar cerdas mempunyai latar belakang perkembangan yang baik. Walau bagaimanapun,
menjadi seorang yang berbeza memberi kesan kepada emosi dalaman. Daya sensitiviti lebih tinggi
berbanding pelajar biasa adalah kerana kawalan dalaman tidak dapat memenuhi semua kehendak
luaran. Maka, perasaan sensitif dilahirkan sebagai tanda maklum balas. Reaksi yang berlebihan boleh
dilihat melalui emosi yang mendalam. Ini merupakan ciri pelajar pintar cerdas (Dabrowski dalam
Silverman, 1993). Pelajar yang mempunyai hubungan yang kuat antara kognitif yang kompleks,
bertindak balas dengan cepat pada emosi dan mempunyai struktur nilai dalam diri. Struktur dalam diri

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 62

dibangunkan dengan baik apabila apabila mempunyai emosi yang baik. Mereka akan menunjukkan
reaksi emosi (menjadi sensitif) apabila melihat sikap atau menerima perkara yang berbeza daripada
nilai diri mereka yang sedia ada. Perasaan sensitif ini boleh dilihat dalam suatu perhubungan,
berinteraksi dengan persekitaran, keseorangan, konflik dalam hubungan persahabatan, dan
perhubungan yang lebih mendalam (hubungan keluarga atau pasangan).
SIFAT EMPATI YANG TINGGI
Apakah yang dimaksudkan dengan empati? Empati boleh dilihat apabila mempunyai perasaan belas
kasihan. Kebanyakan pelajar pintar cerdas kurang sifat egosentrik (Shore dan Kanevsky, 1993).
Mereka lebih mengambil berat perasaan dan keperluan orang lain. Mereka juga berupaya dan
berkebolehan mengenali dan memahami perasaan orang yang lebih dewasa berbanding mereka.
Empati ini juga merupakan sifat emosi yang membolehkan pelajar pintar cerdas mengetahui emosi
orang lain dalam suatu keadaan (marah, sedih, tertekan) dan membuat andaian bahawa orang
tersebut menjadi sedemikian disebabkan oleh perbuatan orang lain (LeVine & Tucker 1986).
KESEMPURNAAN
Pelajar pintar cerdas meletakkan standard yang tinggi untuk pencapaian diri sendiri dan tahap itu lebih
tinggi daripada apa yang diharapkan ibu bapa atau guru. Mereka akan berusaha untuk mencapai tahap
tersebut (Clark, 1997). Ciri ini disebut sebagai kesempurnaan. Pelajar pintar cerdas mementingkan
kesempurnaan dalam konteks berjuang mencapai kejayaan berdasarkan kebolehan yang dimiliki.
Mereka juga tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka (Parker dan Adkins, 1995). Usaha
yang bersungguh-sungguh dan kuat diperlukan untuk mencapai kesempurnaan (Mendaglio, 1994).
Oleh yang demikian, mereka akan menjadi seorang yang suka belajar dan bersemangat tinggi, ke arah
pencapaian yang baik, kerana berdasarkan keputusan pencapaian itu, keupayaan diri dapat diketahui.
Bersifat kesempurnaan turut mendatangkan kesan negatif kepada pelajar pintar cerdas jika tidak diberi

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 63

galakan yang sepatutnya kerana mereka akan menjadi seorang yang mementingkan diri, jika tidak
diberi dorongan ke arah kebaikan.
KONSEP KENDIRI DAN KEYAKINAN DIRI
Konsep kendiri pelajar pintar cerdas berkembang lebih awal dalam diri mereka (Delisle, 1992).
Berdasarkan proses pengesanan terhadap mereka, terdapat perbezaan antara mereka dengan pelajarpelajar lain (Clark, 1997; Harrison, 1995). Pelajar pintar cerdas mempunyai keyakinan dalam bidang
yang mereka dapat menunjukkan kemahiran mereka, namun masih mempunyai kelemahan dalam
kemahiran yang lain seperti bidang sosial atau fizikal (Daviss dan Rimm, 1998). Maka, dapat
diperhatikan seorang pelajar yang berkebolehan dalam sesuatu kemahiran berkeyakinan dalam
menunjukkan kemahiran tersebut, berbanding bidang yang tidak mahir.

RUMUSAN
Emosi memain peranan penting bagi seorang pelajar pintar cerdas kerana perkembangan emosi
mereka tidak sama dengan pelajar normal yang lain. Kelebihan yang dimiliki boleh menjadi tekanan
atau sebaliknya jika tidak dikembangkan sebaiknya. Perkembangan emosi merentasi semua domain
perkembangan sehingga terdapat teori yang menekankan faktor emosi yang menentukan potensi
pintar cerdas seseorang itu.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 64

1. Nyatakan maksud empati.


2. Nyatakan konsep kesempurnaan.
3. Berdasarkan kefahaman anda, apakah yang dimaksudkan dengan konsep kendiri?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 65

Rujukan

Clark, B., (1997). Growing up gifted. Ed. ke-5. Merril NJ: Upper Saddle River.
Davis, G.A., & Rimm, S.B., (1998). Education of the gifted and talented. Ed. Ke-4, Boston: Allyn &
Bacon.
Delisle, J.R., (1992). Guiding the social and emotional development of gifted youth. NY: Longman
Harrison. C., (1995). Giftedness in Early Childhood., Sydney: KU Childrens Services
LeVine, E.S., & Tucker, S. (1986). Emotional needs of gifted children: a preliminary, phenomenological
view The Creative Child and Adult Quarterly vol. 11, no.3, pp. 156-65.
Mendaglio, S., (1994). Gifted sensitivity to criticism Gifted Child Today vol.17, no. 3, pp. 24-5.
Parker, W., & Adkins, K.K., (1995) Perfectionism and the gifted Roeper Review vol. 17, no.3,
pp.173-6.
Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press
Shore, B.M., & Kanevsky, L.S.(1993). Thinking processes: being and becoming gifted in International
handbook of research and development of giftedness and talent Ed. K.A. Heller, F.J. Monks &
A.H.Passow, Pergamon Press: Oxford, UK.
Silverman, L.K., (1993). The gifted individual in Counseling the gifted and talented Ed. L.K. Silverman.
Denver: Love Publishing.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 66

UNIT 7
SIFAT-SIFAT KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengenal Pasti Maksud Setiap Sifat Yang Dimiliki Kanak-kanak Pintar Cerdas
Membincangkan Sifat-Sifat Kanak-Kanak Pintar Cerdas Dengan Mendalam.
Menghuraikan Contoh Bagi Setiap Sifat Tersebut

PENGENALAN
Sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas secara umumnya dimiliki oleh kebanyakan mereka yang
mempunyai ciri pintar cerdas. Walau bagaimanapun, pada peringkat kanak-kanak tidak terlalu
menyerlah sifat ini, tetapi boleh dijadikan panduan.

ISI KANDUNGAN
Perkembangan pada peringkat kanak-kanak penting untuk peringkat seterusnya.
Bagaimana kanak-kanak menunjukkan kelebihannya? Adakah sifat pintar cerdas yang dimiliki akan
kekal atau hanya dilihat pada peringkat awalan sahaja? Pakar kanak-kanak menekankan pada
peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh masa yang penting kerana semua perkembangan
berkembang dengan pantas. Potensi pintar cerdas dapat dilihat pada waktu ini dan ia boleh berterusan
jika ia dikesan seawal mungkin.
Dalam unit ini akan membincangkan secara umum sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas yang
merangkumi maksud, aspek penting dan contoh bagi setiap sifat.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 67

SIFAT-SIFAT KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


MOTIVASI DALAMAN

KREATIVITI

KEASLIAN

SIFAT INGIN TAHU

PEMIKIRAN YANG TERBUKA

SENANG MENYESUAIKAN DIRI


KEPELBAGAIAN

MOTIVASI DALAMAN
Apakah yang dimaksudkan dengan motivasi dalaman? Maksud motivasi dalaman di sini adalah kanakkanak pintar-cerdas melakukan sesuatu kerana dorongan dari dirinya sendiri. Mereka mungkin tidak
suka didorong melakukan sesuatu dengan motivasi luaran seperti hukuman. Ini kerana sifat sensitif
mereka dan berkemungkinan berdendam untuk masa yang lama. Kanak-kanak yang pintar cerdas
mungkin menyedari strategi orang dewasa untuk memanipulasikannya dan sengaja menggagalkan
usaha tersebut.
Mereka melakukan sesuatu kerana tertarik kepada aktiviti itu tersebut, bukannya sebab disuruh
atau memenuhi jangkaan orang dewasa semata-mata. Motivasi intrinsik ini dapat dilihat dari tingkah
laku mereka yang suka belajar dan mengambil inisiatif dalam mempelajari sesuatu. Mereka mungkin
mencabar diri untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mendapat kepuasan yang tinggi dalam proses
tersebut dan juga hasilnya. Dengan kata lain, disebabkan kecerdasan mereka yang tinggi, belajar itu
boleh disamakan dengan main untuk mereka. Tingkah laku ini dapat diperhatikan apabila mereka
membaca buku dengan tumpuan yang tinggi dan untuk masa yang panjang atas inisiatif mereka
sendiri. Main itu tidak semestinya bermaksud permainan fizikal yang aktif, tetapi sesuatu yang mereka
suka.
Contohnya, kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku di luar sukatan sekolah samada
buku cerita atau yang bersifat fakta seperti ensiklopedia. Dengan erti kata lain, motivasi luaran atau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 68

ekstrinsik seperti pujian orang dewasa, ganjaran kebendaan, dan hukuman bukan pendorong utama
kepada tingkah laku mereka. Berbanding dengan kanak-kanak yang lain, mereka suka belajar dan
menikmati proses pembelajaran tersebut. Seperti bermain, pembelajaran adalah sesuatu yang amat
menyeronokkan bagi mereka.
KREATIVITI
Apa yang terbayang di otak anda apabila disebutkan perkataan kreativiti? Kartunis, penggubal lagu
atau pelakon? Sebenarnya kreativiti merentasi semua domain intelek kita dan merangkumi segala
aktiviti manusia. Bukan semua individu pintar cerdas adalah kreatif, yang paling kreatif tidak
semestinya tinggi kecerdasan, tetapi dua ciri ini berkait rapat dan berhubungan positif.
Kreativiti menjadi isu yang penting dalam pendidikan pintar cerdas. Ia merupaka satu-satu ciri
yang paling unik bagi golongan ini, walau bagaimanapun ini tidak bermakna semua golongan pintar
cerdas kreatif ataupun sebaliknya semua orang yang kreatif adalah pintar cerdas. Perhatikan ciri-ciri
seperti berdikari, idea yang tersendiri, keunikan, keaslian adalah berkait rapat dengan ekspresi diri dan
kecerdasan intrapersonal yang tinggi.
Sifat kreatif ini selalunya membawa kepada sifat lain yang tidak begitu dikehendaki oleh
masyarakat, seperti tidak memberi perhatian kepada perincian, cuai, tidak berorganisasi, suka
bersendirian dan sukar difahami. Mereka yang kreatif mesti menyampaikan kreativiti itu dalam domain
yang tertentu seperti seni, sains atau falsafah. Ini bermakna, kreativiti ini mesti disertakan
pengetahuan, kemahiran dan bakat yang lain.
KEASLIAN
Antara kriteria yang paling penting untuk menilai samada seseorang adalah pintar cerdas dalam bidang
yang tertentu adalah dengan menilai keaslian dalam hasil kerjanya. Semua orang boleh mencapai
kualiti yang baik, tetapi hanya golongan pintar cerdas boleh mencapai kualiti keaslian ini. Seseorang
yang pintar cerdas juga membuktikan keistimewaannya dalam aspek keaslian ini. Dengan kecerdasan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 69

yang sama tinggi, keaslian dan kreativiti menentukan samada seseorang itu biasa atau luar biasa.
Keaslian adalah antara ciri-ciri pintar cerdas yang paling dihargai.
Seorang yang kreatif tidak suka mengikut-ikut jejak kaki orang terdahulu. Ini tidak bermaksud
mereka tidak meniru semasa menghasilkan sesuatu kerja. Semasa kecil, mereka cenderung meniru
hasil karya yang baik dan kreatif. Peniruan itu hanyalah satu bentuk pembelajaran. Apabila mereka
sudah cekap dalam ekspresi diri secara bebas, mereka akan berusaha mencipta gaya unik yang
sendiri.
Guru perlu memahami peniruan ini sebagai satu tahap pembelajaran yang penting. Tugas guru
adalah memberi pendedahan tentang hasil karya yang berkualiti dan menunjuk jalan kepada
pencapaian orang lain. Keaslian ini boleh dilihatkan dari segi format, idea, kandungan, bahasa, kaedah,
penyampaian, cara dan lain-lain seperti ayat penulisannya. Mereka selalu mencabar status quo dan
memikirkan alternatif kepada pilihan yang sedia ada. Ini mungkin disebabkan mereka selalu
mementingkan nilai hasil kerja mereka sendiri. Mereka benci kepada plagiarisme. Plagiarisme dibenci
bukan sahaja hasil itu tidak bernilai, ia juga memperlihatkan sikap yang buruk: mendapatkan
pengiktirafan tanpa kualiti yang sebenar.
Mereka juga tertarik kepada idea, aktiviti yang kreatif seperti seni drama, kesusasteraan, seni
visual dan muzik. Mereka menghargai dan menilai tinggi hasil orang lain yang kreatif. Guru perlu
memberi pendedahan kepada anak murid hasil kerja yang kreatif. Tegasnya seorang yang
mementingkan keaslian akan selalu bertanyakan soalan ini: apa yang belum dilakukan oleh orang lain?
Dia akan selalu mencari jalannya sendiri daripada mengikut laluan yang telah digunakan oleh orang
kebanyakan. Keaslian ini mungkin dicapai dengan menggabungkan unsur-unsur yang sedia ada.
Proses ini dinamakan sintesis. Contoh tokoh yang menunjukkan keaslian yang tinggi adalah seperti
Steven Spielberg, Charles Darwin, Thomas Edison dan Sigmund Freud.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 70

SIFAT INGIN TAHU


Golongan pintar cerdas gemar menanya soalan yang mencabar dan inovatif serta menunjukkan
pemahaman yang matang dan canggih. Contohnya kenapa bintang suka berkelip-kelip? Adakah
tumbuhan beremosi atau mempunyai jiwa? Selain itu, mereka suka membaca buku yang berdasarkan
fakta seperti ensiklopedia, menonton dokumentari dan melawat muzium. Berminat dengan topik seperti
dinasour, makhluk asing, ekologi, apa yang berlaku selepas kematian, cerita dongeng, biografi dan
ajaran agama yang lain. Mereka tidak puas apabila menerima jawapan yang ringkas dan mudah
kerana mereka ingin memahami sesuatu secara mendalam. Apabila persoalannya tidak terjawab oleh
orang dewasa, mereka akan berasa kecewa.
Selain daripada itu, kanak-kanak pintar cerdas suka memahami sebab dan akibat sesuatu,
seperti bagaimana mesin boleh bergerak. Mereka ingin membuka jam untuk memahaminya dan
memikirkan cara menggunakan prinsip jam untuk tujuan yang lain. Mereka juga memberi alasan atau
andaian (hipotesis) terhadap kejadian tertentu. Bunga matahari menyerap cahaya matahari! Durian ada
duri untuk mengelakkannya dimakan binatang lain. Fungsi rambut adalah menyerap cahaya matahari
sebab warna hitam boleh menyerap haba. Saya kencing sebab poket dalam badan saya telah penuh!
(Ia tidak penting jika penemuan, alasan atau hipotesis itu tidak tepat atau salah, yang penting adalah
kebolehan mereka dalam memberi alasan dan pemikiran logikal). Kebolehan ini selalu dapat
diperhatikan pada ahli teori. Mereka gemar mencipta dan menjalankan eksperimen walaupun ia amat
ringkas.. Contohnya meniup udara ke dalam air gelas untuk memerhatikan buih udara, atau
mencampurkan susu dengan Rebena untuk mendapatkan minuman baru yang berlainan rasa.
PEMIKIRAN YANG TERBUKA
Pemikiran yang terbuka bermaksud sikap yang sedia menerima dan memahami dari perspektif orang
lain. Sebaliknya sikap konservatif bermaksud sentiasa menolak, kaku dan enggan mencabar konsep
yang sedia ada. Kita perlu memahami menerima tidak semestinya bermaksud bersetuju ataupun

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 71

mengikut bulat-bulat, tetapi kebolehan memahami kenapa orang lain berpegang kepada pendirian yang
tertentu. Pemikiran yang terbuka juga membawa maksud mereka fleksibel mengikut situasi atau
keadaan semasa, dan membuat keputusan mengikut pertimbangan yang munasabah berdasarkan
pengetahuan dan pemahaman mereka.
Seorang yang terbuka memahami dan menghargai nilai-nilai dan budaya yang berbeza. Dia
juga senang menyerap apa-apa (nilai) yang baik, progresif, selalu pandang ke depan dan memiliki idea
atau pandangan serta ideologi yang melangkaui zaman. Kadang-kadang idea mereka yang
mendahului zaman menjadikan mereka ditentang hebat pada peringkat awal dan mereka perlu berdiri
tegak dalam arus tentangan ini sehingga mereka membawa ketamadunan manusia maju ke depan
lagi. Mereka tidak membeza-bezakan seseorang mengikut kebolehan, umur, jantina, perkauman dan
pekerjaan. Seorang yang berfikir dari perspektif kepentingan perkauman bukan seorang yang berfikiran
terbuka. Mereka menyayangi hak manusia sejagat.
Kanak-kanak yang pintar-cerdas lebih senang mengambil perspektif orang lain (kurang
egosentrik) dan boleh berfikir apakah masalah, idea, dorongan dan keperluan orang lain. Sikap terbuka
ini boleh diperlihatkan dalam penerimaan (dan menjiwai) perbezaan kebudayaan, kepercayaan, sistem
nilai, dan peranan jantina yang fleksibel. Mereka tidak memilih kerjaya mengikut stereotaip jantina.
Contohnya seorang kanak-kanak perempuan yang pintar-cerdas mungkin berazam menjadi ahli bomba
atau jurutera. Mereka suka dan menyenangi budaya kaum yang berbeza dan ingin memahami budaya
orang lain, serta menunjukkan sifat ingin tahu seperti seorang anthropologis. (Jamilah K.A. Mohamed,
2005)
Mereka bersikap terbuka dan tidak menghadapi masalah memahami dan menerima golongan
yang minoriti seperti orang cacat, homoseksual, pelajar lain yang tidak popular dan lain-lain. Mereka
juga sedia menerima idea baru, konsep baru yang berlainan dengan pegangan mereka dengan
senang. Sikap keterbukaan ini tidak bermakna mereka terlibat dengan hubungan seks yang rambang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 72

Mereka memahami dan tidak menolak golongan yang mengamalkan cara hidup ini, tetapi menerima
tidak bermaksud mereka mengamalkannya sendiri.
SENANG MENYESUAIKAN DIRI DALAM SITUASI BARU
Salah satu takrif untuk kecerdasan adalah kebolehan menyesuaikan diri dalam situasi baru atau
semasa dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak pintarcerdas memperlihatkan adaptasi yang baik dalam keadaan baru, contohnya mereka tidak berasa takut
atau menangis pada hari pertama ke sekolah, malah menjalin persahabatan baru dengan cepat dan
memahami apakah tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah. Contoh yang lain adalah mereka
senang menyesuaikan diri dalam budaya yang berbeza, termasuk menguasai bahasa asing dengan
cepat.
Mereka fleksibel membawa diri dalam situasi yang berbeza, seperti di organisasi yang tidak
biasa. Sifat senang menyesuaikan diri ini juga boleh dilihat mereka senang menyesuaikan diri semasa
masa transisi dari sekolah rendah kepada sekolah menengah sehingga peringkat pengajian tinggi.
Contohnya, cara pembelajaran untuk peringkat yang berbeza ini adalah berlainan. Namun, mereka
cepat menguasai rahsia tersebut dan senang menjadi cemerlang dalam akademik. Mereka lebih
memahami apa yang dikehendaki oleh guru dan menjawab berdasarkan itu. Sifat senang
menyesuaikan diri ini tidak begitu bertepatan bagi golongan yang terlampau pintar cerdas, di mana
mereka menghadapi situasi agak berbeza dengan orang lain. Ini adalah sebab jurang perbezaan yang
terlalu besar.
KEPELBAGAIAN
Kepelbagaian ini boleh dikaitkan dengan sifat kompleksiti yang ada pada mereka. Dalam karya seni,
kanak-kanak pintar cerdas menggunakan pelbagai jenis media (kolaj, cat air dsb.), tema dan unsur
untuk menyampaikan ideanya. Mereka tidak terkongkong kepada media atau tema yang tertentu.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 73

Mereka juga suka mencuba melukis tema yang berlainan berbanding kanak-kanak lain dan mencuba
sesuatu yang baru.
Kepelbagaian ini jelas diperlihatkan dalam minat dan potensi mereka yang pelbagai. Ia
memungkinkan mereka mensintesiskan apa yang ada dan menghasilkan sesuatu yang baru dengan
kombinasi yang tidak terbayang oleh orang lain. Ini memerlukan seseorang melihat sesuatu dari
perspektif yang berlainan. Kepelbagaian ini juga dapat dilihat dalam idea mereka yang bergabungjalin
dan serba mencakupi pelbagai konsep dari bidang yang berlainan, satu petanda sifat kompleksiti.
Kepelbagaian ini juga dilihat dalam semangat mereka menangani sesuatu masalah dari pelbagai
perspektif. Contohnya menyelesaikan soalan matematik dengan gambaran visual (melukis).

RUMUSAN
Ibu bapa boleh mengenali perkembangan anak yang menunjukkan perbezaan berbanding ank atau
kanak-kanak lain. Sifat-sifat yang dimiliki adalah secara semulajadi dan boleh dikesan seawal usia
kanak-kanak. Seperti yang dibincangkan dalam unit ini, banyak sifat yang secara umumnya dapat
menjadi petunjuk bahawa anak yang dilahirkan itu mempunyai potensi pintar cerdas. Kepekaan ibu
bapa dapat membantu kanak-kanak pintar cerdas berkembang dengan baik.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 74

1. Huraikan sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas seperti berikut:

Motivasi dalaman

Keaslian

Kreativiti

Sifat ingin tahu

Pemikiran terbuka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 75

Rujukan

Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson.
Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication.
Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 76

UNIT 8
FAKTOR PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengenal Pasti Faktor Pintar Cerdas
Menjelaskan Aspek Mendalam Dalam Setiap Faktor
Membincangkan Kaitan Faktor Genetik Dan Persekitaran Terhadap Pintar
Cerdas

PENGENALAN
Kecerdasan kita adalah ditentukan secara biologi, tetapi pendidikan boleh mengubah samada
meningkatkan atau merencatkan perkembangan kecerdasan. Inilah tangganpan yang mendasari
sistem pendidikan kita, termasuk program intervensi awal. Adakah kecerdasan ini ditentukan oleh
genetik atau akibat pengaruh persekitaran seperti latihan dan pendidikan? Soalan ini boleh dijawab
dengan konsep lingkungan reaksi (reaction range). Menurut teori lingkungan reaksi ini, genetik
menentukan lingkungan atau batasan pencapaian kecerdasan; persekitaran yang menentukan
pencapaian ini lebih dekat dengan batas atau had atasan (lebih cerdik) atau had bawahan (kurang
cerdik) dalam lingkungan ini.
Teori ini mengatakan faktor genetik menentukan lingkungan kecerdasan kita; faktor
persekitaran menentukan di mana letaknya kita dalam had batasan lingkungan tersebut. Cuba fikirkan,
menurut teori ini kecerdasan seseorang kanak-kanak lebih dipengaruhi atau lebih tepat dijangka
merujuk kepada kecerdasan ibubapa kandung atau ibubapa yang membesarkan anak itu?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 77

Dijangkakan lingkungan reaksi ini adalah sebanyak 20 hingga 25 poin bergantung kepada kekayaan
rangsangan intelek persekitaran (Richard Weinberg dlm Bee, ms 279). Keadaan ini boleh digambarkan
oleh keadaan sepasang anak kembar seiras yang dibesarkan oleh keluarga yang berbeza mungkin
menunjukkan perbezaan IQ, tetapi IQ mereka masih dalam lingkungan 90-110 poin (perbezaan 20 - 25
poin).

ISI KANDUNGAN
Apakah faktor dan punca seseorang pelajar mempunyai kebolehan yang luar biasa?
Sejauhmanakah kebolehan itu memberi kesan kepada tahap pencapaiannya? Terdapat penyelidik
yang mengatakan antara perkara yang boleh dijadikan faktor adalah secara semulajadi atau pengaruh
luaran. Semakin dilatih, semakin berkebolehan atau sememangnya boleh melakukannya sendiri tanpa
latihan tetapi hanya diberi pendedahan awalan.
Dalam unit ini akan mendalami pelbagai faktor pintar cerdas termasuklah faktor tahap sosio-ekonomi,
persekitaran, ibu bapa, masyarakat, dan faktor genetik.

FAKTOR TAHAP SOSIO-EKONOMI KELUARGA


Faktor seperti tahap sosio-ekonomi keluarga, tahap pendidikan mempengaruhi kecerdasan kita.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan anak sulung lebih cerdik sedikit daripada anak yang lain.
Bagaimana pula dengan anak tunggal? Mereka juga dianggap sebagai anak sulung.
Genetik dan persekitaran bukan dikotomi yang langsung bercanggah. Kita juga perlu
menimbangkan faktor interaksi antara faktor genetik dan persekitaran ini. Antaranya, ibubapa dari
status sosio-ekonomi tinggi bukan setakat memberikan persekitaran yang lebih baik dan juga genetik
yang lebih baik kepada anak mereka pada masa yang sama. Ibubapa yang bekerja sebagai ahli muzik

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 78

bukan setakat memberi genetik berkaitan perkembangan muzik dan juga persekitaran yang setimpal
dengan bakat anak mereka.

FAKTOR PERSEKITARAN
Persekitaran yang konduksif bukan setakat meningkatkan kecerdasan semata-mata, tetapi juga aspek
lain seperti konsep kendiri yang positif, kemahiran berkomunikasi, budaya dan lain-lain. Interaksi
persekitaran dan perkembangan intelek selalu bertindak dengan cara yang tidak boleh difahami oleh
kita, contohnya permainan muzik mungkin memberi kesan kepada perkembangan matematik. Mainan
blok mungkin memberi kesan positif kepada perkembangaan matematik dan bahasa pada peringkat
sekolah menengah. Hubungan antara sebab dan kesan ini tidak selalunya difahami. Apa yang pasti
adalah persekitaran yang kaya adalah sangat penting.
Persekitaran yang kaya terutamanya penting semasa zaman kanak-kanak. Menurut idea Maria
Montessori yang mengetengahkan konsep waktu sensitif: terdapat waktu di mana kanak-kanak
mempelajari sesuatu dengan optimal. Montessori mendapat ilham ini daripada kajian seorang ahli
biologi yang mengkaji waktu sensitif pada beluncas. Beluncas akan menjadi sensitif kepada cahaya
pada peringkat awal, ini menjadikan mereka merangkak ke atas di mana terdapatnya pucuk daun.
Beluncas ini akan makan tidak berhenti-henti sebelum bertukar menjadi pulpa. Selepas beluncas
bertukar bentuk, ia menjadi tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap rangsangan cahaya. Idea
Montessori ini menjadikan orang ramai mempercayai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak
terhadap perkembangan seseorang kelak.

FAKTOR IBU BAPA


Penglibatan ibubapa dan persekitaran yang kaya dengan aktiviti bermain adalah sangat penting untuk
perkembangan semasa zaman kanak-kanak. Ini tidak termasuk lagi kesan sosial semasa main,
ibubapa yang prihatin menghabiskan banyak masa untuk bermain dengan anak mereka. Faedah

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 79

mainan ini boleh dilihat dari aspek fizikal dan juga aspek kesan sosialnya. Contohnya ibu yang
membacakan buku cerita kepada anak, interaksi ibu adalah sama penting dengan kandungan buku
tersebut. Nutrisi dan pencemaran seperti plumbum pada cat yang tidak berkualiti juga merencatkan
kecerdasan kanak-kanak miskin di serata dunia. Dalam konteks Malaysia, faktor pelindung adalah
seperti mainan sosial dengan kanak-kanak yang lain, yang memungkinkan pembelajaran sesama
kanak-kanak dan memanfaatkan bahan semulajadi yang sedia ada di sekeliling untuk aktiviti main
masak-masak.

FAKTOR MASYARAKAT
Persekitaran bukan hanya merujuk kepada keluarga tetapi masyarakat secara keseluruhan di mana
keluarga itu berada. Budaya masyarakat yang memupuk dan menilai tinggi kecerdasan adalah penting.
Tegasnya kita belajar dari budaya di mana kita berada. Budaya yang baik akan menjadikan seseorang
itu mulia dan sebaliknya. Budaya yang menyekat perkembangan bakat lantaran sikap cemburu dan
agresif sudah tentu tidak membantu ke arah itu. Kehadiran genius sebenarnya menggambarkan
budaya semasa. Ini boleh dilihat pada hakikat terdapat banyak artis semasa Zaman Renaissance,
penulis-penulis semasa Elizabethan British dan ahli falsafah di Athens, Yunani.
Keadaan ini berkait rapat dengan beberapa faktor seperti persekitaran yang menghargai
perkembangan intelek, persiangan sesama mereka yang pintar cerdas, dan pengaruh mereka yang
pintar cerdas menjadi inspirasi antara satu sama lain. Tanpa Socrates, Plato dan Aristotle mungkin
hanyalah ahli cendekiawan yang biasa. Tanpa ibu yang mengiktiraf kecerdasan naturalistnya, Jane
Goodall tidak akan mencapai kejayaan. Tanpa Sullivan, Helen Keller tidak akan mencatat nama dalam
sejarah. Hubungan saling mempengaruhi ini juga dapat dilihat pada pengaruh, persahabatan dan
perselisihan antara Sigmund Freud, Alfred Adler, Carl Jung, Melanie Klein, Anna Freud, Karen Horney,
Erich Fromm, Charles Babbage (bapa komputer), Ada Byron (ahli matematik wanita yang menulis

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 80

bahasa komputer pertama), antropologi Franz Boas, Ruth Fulton Benedict, Edward Sapir, Margaret
Mead dan banyak lagi.

FAKTOR GENETIK
Komponen genetik yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi akan memberi peluang kanakkanak untuk mempunyai sifat yang sama. Namun ia bukan satu jaminan untuk mewarisi anugerah
istimewa atau bakat. Sebaliknya ramai kanak-kanak dilahirkan dengan keistimewaan dan bakat yang
tidak dijangka oleh ibu bapa mereka. Persekitaran rumah, sekolah dan masyarakat dapat mengasuh
dan memperkembangkan keistimewaan dan bakat. Interaksi kebolehan sejak dilahirkan dengan
persekitaran akan memaksimumkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Tegasnya persekitaran genius akan melahirkan banyak genius dan sebaliknya persekitaran
yang kering akan membunuh genius. Kalau kita lihat kepada biografi pemenang Nobel Prize, kita akan
mendapati mereka banyak yang belajar di bawah pemenang-pemenang Nobel Prize yang sebelum.
Contohnya keluarga Curie, Pierre Curie, Marie Curie, Henry R. Laboussie, Frederic Jolliot dan Irene
Curie mendapat 4 Nobel Prize dalam bidang fizik, kimia dan keamanan, Subrahmanyan
Chandrasekhar dan pakciknya Chandrasekhar V. Raman dua-duanya pemenang Nobel Prize dalam
Fizik. Makmal biokimia Gerty dan Carl Cori melahirkan lapan orang pemenang Nobel Prize termasuk
mereka sendiri.
Kalau kita mengkaji biografi mereka, kita akan mendapati banyak sangat contoh-contoh saintis
ini yang pernah bekerjasama, saling mempengaruhi dan pernah menjadi inspirasi atau persaingan
sesama satu sama lain. Yang pasti genius tidak akan lahir dari budaya yang pro-akademik tetapi antiintelektualisme. Remaja Marie Curie mamahami apakah yang terbaik untuk perkembangannya pada
masa depannya. Polland pada masa itu dikuasai oleh Rusia, Marie Curie bersama kawannya yang
cendekiawan mengasaskan apa yang dipanggil The Floating University dan mereka berkunjung ke
rumah satu sama lain untuk mengajar sesama sendiri dan membuat kajian saintifik.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 81

Kecerdasan bukan diukur dari segi ketepatan atau tahap kebenaran pada idea mereka. Kalau
kenyataan ini adalah benar, sudah tentu semua individu pintar cerdas akan saling bersetuju sesama
sendiri. Keadaan yang sebaliknya adalah lebih biasa, mereka saling mengkritik. Sejarah telah
membuktikan idea Carl Marx tidak berhasil, tetapi ini tidak bermakna dia kurang pintar cerdas. Bakat
yang luar biasa tidak semestinya menghasilkan penemuan baru dan mendapat pengiktirafan, seperti
yang digambarkan oleh cerita Srinavasa Ramanujan (1887-1920). Dia gagal dalam universiti dan
menyara hidup dirinya dengan kerja sebagai kerani. Semasa umur 15, dia mendapat sebuah buku
berjudul Sypnosis of Pure Mathematics yang terdiri daripada 6000 teorem-teorem matematik tanpa
jalan kerja yang membuktikan teori ini. Dia membuktikan banyak teori matematik yang telahpun
dibuktikan oleh orang lain sebelumnya, atas usaha seorang diri dalam masa sepuluh tahun. Sudah
tentu dia akan menghasilkan sesuata yang luar biasa dan baru kalau diberi pendidikan yang terbaik di
Eropah pada masa itu. Ramanujan mati pada usia muda akibat penyakit tibi.
Kegiatan intelek pada masa itu bukanlah sesuatu yang diterima umum dan dipandang tinggi.
Berbeza dengan zaman ini yang terdapat pelbagai jenis biasiswa, anugerah dan pekerjaan yang
berkaitan akademik, mereka yang mencapai sesuatu pada masa lampau memerlukan kelebihan yang
lain selain kecerdasan, seperti ketabahan, peluang, budaya semasa ataupun sokongan kewangan dari
keluarga. Masalah kemiskinan adalah biasa pada masa silam, dan harga buku adalah sangat mahal
walaupun bagi orang kaya. Michael Faraday bekerja sebagai bookbinder, membolehkannya ada
peluang mengakses kepada buku-buku. Boleh diandaikan banyak individu yang pintar cerdas tidak
diberikan peluang untuk mengasah bakat mereka.
Masalah pendidikan pintar cerdas nampaknya lebih kepada masalah sosial daripada masalah
pendidikan. Pendidikan sebagai satu komponen dalam sistem sosial hanyalah satu cermin kepada nilai
dan budaya semasa kita. Kalau kita melihat isu pendidikan pintar cerdas dari perspektif sosiologi dan
sejarah perkembangan sains, faktor sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan genius. Peristiwa seperti Renaissance, Revolusi Perindustrian adalah akibat

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 82

perkembangan intelek, dan perubahan-perubahan ini sebaliknya memberi kesan kepada


perkembangan ketamadunan dan intelektualisme. Konsep yang biasa kepada kita, seperti knowledge
is power, Teori Evolusi dan sebagainya adalah biasa bagi kita, tetapi kalau kita lihat kepada konteks
sosiobudaya pada masa itu, konsep-konsep sebegini adalah revolusioner dan memberangsangkan
bagi mereka pada zaman itu, dan terus menolak ketamadunan maju ke hadapan lagi. Peribahasa
Inggeris menyatakan kejayaan melahirkan kejayaan (success breeds success) dalam konteks
perbincangan genius ini, nampaknya genius yang melahirkan genius.

RUMUSAN
Kecerdasan merupakan anugerah dan ada juga yang boleh diasah seperti bakat jika dikesan seawal
mungkin pada perigkat kanak-kanak. Faktor-faktor yang dibincangkan dalam unit ini akan membantu
pemahaman bagaimana sesuatu faktor itu memberi kesan terhadap perkembangan pintar cerdas
seseorang kanak-kanak. Sesungguhnya, penerimaan dengan hati terbuka terhadap kelebihan ini
membantu mengurangkan tekanan yang sememangnya dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 83

1. Bagi pendapat anda, apakah faktor terbaik yang menentukan pintar cerdas?
2. Bagaimanakah faktor luaran atau persekitaran mempengaruhi meningkatkan kecerdasan
pelajar pintar cerdas?
3. Sejauhmanakah kefahaman anda tentang mengasah bakat kepada pelajar pintar cerdas yang
mempunyai kebolehan tertentu, agar bakat itu tidak akan hilang begitu sahaja.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 84

Rujukan

Guilford, J.P (1967). The Nature of Human Intelligence. New York : McGraw Hill.
Routledge. Bee, H. (1997). The developing Child. New York: Longman.
Chan, D. W. (2000). Identifying Gifted and Talented Students in Hong Kong. .

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 85

UNIT 9
PINTAR CERDAS DAN PERKEMBANGAN CEPAT
(ADVANCE DEVELOPMENT)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengenali Potensi Pintar Cerdas Secara Advance Development (Perkembangan
Cepat) Dan Konsep Pengukuran Instrumen
Mengenal

Pasti

Ciri-Ciri

Perkembangan

Cepat

Berdasarkan

Domain

Perkembangan
Menghuraikan Kajian Profil Kecerdasan Berdasarkan Advance Development
Membincangkan Konsep Instrumen Above-Level-Testing dalam pintar cerdas
Mengaplikasi Prosedur Pengesanan semasa menjalankan proses penilaian.

PENGENALAN
Aspek penting dalam melihat potensi pintar cerdas seawal usia kanak-kanak akan dikupas lebih
mendalam berdasarkan kajian-kajian perkembangan cepat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.
Terdapat beberapa istilah penting yang ditekankan untuk memahami Advance Development ini.
Potensi pintar cerdas dalam keseluruhan aspek perkembangan boleh dinilai, iaitu meliputi
perkembangan kognitif, psikomotor, dan afektif. Bagaimana perkembangan ini memberi tindak balas
terhadap potensi dalam diri kanak-kanak tersebut? Tindak balas yang boleh dilihat dan diukur, adalah
melalui proses pemerhatian terhadap ciri-ciri perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak dan sejauhmana keupayaan mereka melakukannya. Adakah melangkau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 86

umur normal mereka atau pada usia yang lebih muda dapat melakukan kemahiran kanak-kanak yang
lebih dewasa.

ISI KANDUNGAN
Adakah pengesanan yang dilakukan seawal usia kanak-kanak dapat dimanfaatkan pada
peringkat seterusnya? Apakah kriteria yang perlu dipatuhi agar aspek perkembangan yang dikesan
tidak dipengaruhi unsur bias? Penyelidikan mendapati potensi pintar cerdas boleh dikesan seawal usia
kanak-kanak dan menumpu kepada lebih banyak aspek perkembangan agar potensi pintar cerdas
lebih banyak dicungkil dan dikesan.
Kupasan pada unit ini menjurus kepada pemahaman ciri-ciri perkembangan cepat domain
perkembangan, kajian kes terhadap perkembangan cepat, dan konsep instrumen yang bersesuaian
(above-level-testing).

MENGENALI POTENSI PINTAR CERDAS SECARA ADVANCE DEVELOPMENT


(PERKEMBANGAN CEPAT) DAN KONSEP PENGUKURAN INSTRUMEN
Definisi potensi pintar cerdas yang digunakan dalam kajian ini dilihat pada keupayaan dan kebolehan
prosedur pengesanan advance develoment, kanak-kanak menepati setiap ciri-ciri domain
perkembangan normal malah penguasaan lebih tinggi dalam instrumen yang digunakan untuk menilai.
Ketepatan boleh dilihat berdasarkan skor tinggi yang diberikan oleh pemerhati. Kebolehan kanak-kanak
menepati setiap item instrumen adalah mematuhi dua konsep berikut, pertama, Advance Development
(perkembangan cepat) iaitu berupaya mencapai dan menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat
daripada umur kronologi kanak-kanak tersebut (Harrison C.2003).
Kedua, setiap item instrumen dibina dan diuji untuk kanak-kanak yang lebih tinggi peringkat
umurnya tetapi ditadbir pada kanak-kanak yang lebih muda disebut above-level-testing(Warne, 2012).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 87

Maka, apabila kanak-kanak berkebolehan melakukan dan menepati item instrumen ini, ini bermakna
mereka mematuhi dua konsep ini, sekaligus mempunyai potensi pintar cerdas.
Kajian Harrison. C (2003) menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan
perkembangan pintar cerdas dalam perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan
bahasa, perkembangan sosial dan emosi dan perkembangan moral. Bidang kajian pintar cerdas pada
peringkat awal kanak-kanak tidak boleh lari daripada bidang perkembangan psikologi secara holistik
iaitu merangkumi keseluruhan domain perkembangan yang dibincangkan dalam unit 3 hingga unit 7.
Manakala kajian daripada Porter. L (1999) turut selari dengan pemilihan domain
perkembangan untuk instrumen kajian ini. Menurut beliau, kajian yang bermula pada peringkat awal
kanak-kanak yang melibatkan pencarian kanak-kanak pintar cerdas perlu meliputi aspek
perkembangan yang menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai
latar belakang perkembangan yang cepat dari aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, kebolehan
psikomotor, kemahiran sosial dan ciri-ciri emosinya.
Konsep pengukuran instrumen kanak-kanak berpotensi pintar cerdas ini sepenuhnya
mengenai perkembangan cepat. Peratusan perkembangan cepat itu merujuk kepada kajian terawal
tentang perkembangan cepat berdasarkan milestone development iaitu kajian Hall and Skinner pada
tahun 1980 (dalam Harrison, C. 2003). Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas
menunjukkan perkembangan 30 peratus lebih cepat melakukan kemahiran tertentu berbanding kanakkanak normal.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 88

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN CEPAT BERDASARKAN DOMAIN PERKEMBANGAN


Umur Kanak-kanak (bulan)
Kebolehan Umum Motor Kasar

Perkembangan

30 Peratus Lebih

Normal

Cepat

Mengangkat dagu semasa meniarap

0.7

Meniarap

2.1

Duduk dengan bantuan

2.8

Duduk sendirian

4.9

Berdiri dengan bantuan

5.6

Berdiri sendirian dengan baik

11

7.7

Berjalan sendirian

12.5

8.75

Memanjat tangga

15

10.5

Menaiki tangga

18

12.6

10

Duduk di atas kerusi

18

12.6

11

Menukar helaian pada buku

18

12.6

12

Berlari dengan baik

24

16.8

13

Melompat dengan kedua belah kaki

30

21.0

14

Mengayuh pedal basikal roda tiga

36

25.2

15

Membaling bola

48

33.6

16

Melompat skip

60

42

Perkembangan motor halus


1

Bermain dengan rattles

2.1

Memegang objek di antara ibu jari dan

6.3

jari yang lain


3

Menconteng secara spontan

13

9.1

Melukis orang dengan dua anggota

48

33.6

60

42

72

50.4

badan
5

Melukis orang yang dikenali dengan


tubuh

Melukis orang dengan leher, tangan dan


pakaian

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 89

Umur Kanak-kanak (bulan)


Perkembangan bahasa
1.

Membunyikan dua bunyi yang berbeza

2.

Membunyikan empat suku kata yang

Perkembangan

30 Peratus Lebih

Normal

Cepat

2.3

1.61

4.9

7.9

5.53

berbeza
3.

Menyebut perkataan pertama

4.

Bertindak balas kepada namanya

6.3

5.

Mengagah dengan intonasi

12

8.4

6.

Mengajuk perkataan

12.5

8.75

7.

Perbendaharaan kata empat hingga

15

10.5

17.8

12.46

sepuluh

18

12.6

puluh

21

14.7

21

14.7

enam perkataan
8.

Menamakan objek-objek

9.

Perbendaharaan

kata-

perkataan
10.

Perbendaharaan

kata-

dua

perkataan
11.

Menggabungkan beberapa perkataan


dengan spontan

12.

Menggunakan ayat mudah

24

16.8

13.

Menggunakan kata ganti nama diri

24

16.8

Sumber: Harrison C. (2003)

KAJIAN PROFIL KECERDASAN BERDASARKAN ADVANCE DEVELOPMENT OLEH


GROSS
Gross mendefinisikan pintar cerdas adalah perkembangan cepat yang ditunjukkan pelajar semasa
melalui proses ujian. Gross telah mengumpul profil ujian yang dijalankan ke atas 15 orang pelajar
pintar cerdas dalam semua aspek perkembangan seperti aspek perkembangan cepat dan kesihatan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 90

fizikal, sejarah dan latar belakang keluarga, tahap pencapaian akademik, perkembangan membaca
dan minat, latar belakang sekolah dan psikososial(Gross, 2003) Gross menetapkan kayu ukur pada
umur kronologi pelajar (umur sebenar) semasa ujian dijalankan. Setiap instrumen yang dijalankan, hasil
ujian itu akan dibandingkan dengan umur kronologi pelajar kerana tahap ujian itu adalah lebih tinggi
berbanding umur mereka. Kebanyakan hasil ujian menunjukkan hasil bahawa pelajar-pelajar ini
mempunyai advance ability iaitu berupaya melakukannya pada tahap umur mereka.

KONSEP INSTRUMEN ABOVE-LEVEL-TESTING


Salah satu teknik dalam pendidikan pintar cerdas untuk menguji kanak-kanak yang berkebolehan tinggi
adalah menggunakan Above-level-testing (Stanley dan Benbow, 1981-1982). Above-level-testing
adalah prosedur mentadbir satu ujian pengesanan terhadap kanak-kanak yang lebih muda atau gred
yang lebih rendah berbanding umur kumpulan sasaran instrumen yang sebenar (Warne, 2012). Kajian
Lewis Terman dan Hollingworth mempelopori teknik pengesanan yang menggunakan Above-leveltesting dan mengumpulkan banyak responden yang berkualiti dalam projek pengesanan yang
dilakukan.
Warne (2012) mengatakan sepanjang kajian yang dilakukan mengenai sejarah dan latar
belakang pengujian ini, mendapati kumpulan responden kebanyakannya mencatat markah yang tinggi
sekurang-kurangnya melebihi dua tahap umur lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Ini
menunjukkan ujian ini meningkatkan lagi test ceiling atau had maksimum markah pencapaian dalam
kalangan kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 91

PROSEDUR PENGESANAN ADVANCE DEVELOPMENT (Porter L. 1999)


I. Menyediakan peluang pengayaan pembelajaran
Untuk bermain
Menggambarkan pelbagai jenis minat.
Merangsang kemahiran berfikir aras tinggi
dan kreativiti.
Meliputi kepelbagaian domain
Persediaan untuk berinteraksi dengan rakan
sebaya.

IIb. Pemerhatian
Guru/pengasuh
terhadap
maklum balas, sosial,emosi,
kognitif,
fizikal
kepada
kurikulum.

IIa. Laporan ibu bapa dan


Pemerhatian dan pemilihan
nama,

Jika
mengesyaki
advance development

III. Pemerhatian secara Formal


Senarai semak
Portfolio
Jika
pintar
cerdas
dikesan/disyaki
tetapi
memerlukan pengesahan,
hendaklah merujuk kepada

Jika
pintar
cerdas dikenal
pasti
dan
pengesahan,
psikometrik tidak
diperlukan

IV. Ujian Penilaian Standard


Kemahiran
perkembangan
umum
Dalam domain perkembangan
yang
khusus
yang
dikesan/disyaki
Jika keputusan mengesahkan perkembangan adalah normal
Jika keputusan mengesahkan pintar cerdas

Jika keputusan berbeza dengan penilaian lain yang dicadangkan


untuk perkembangan advance kanak-kanak

V. Program modifikasi
Pecutan
Pengayaan
Lanjutan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 92

RUMUSAN
Perkembangan cepat adalah satu ciri pelajar pintar cerdas. Ia dikesan melalui kebolehannya
melakukan aktiviti yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa daripadanya. Biasa dilihat pelajar
tahap 1 telah menguasai pelajaran pelajar tahap 2. Unit ini memberi panduan pengesanan boleh
dilakukan seawal usia kanak-kanak dan memerlukan pendekatan pemerhatian yang sesuai. Guru atau
ibu bapa yang mengetahui perkara ini perlu melakukan sesuatu agar pembelajaran yang telah
dikuasainya diberi pengayaan atau aktiviti yang lebih sukar. Sesungguhnya, kebolehan ini sentiasa
diperlihat apabila menjawab soalan dengan pantas berbanding orang lain.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 93

1. Nyatakan maksud konsep potensi pintar cerdas.


2. Huraikan konsep Above-level-testing.
3. Perkembangan cepat merupakan salah satu aspek pengesanan pada peringkat kanak-kanak.
Huraikan cara ia diaplikasikan dalam konsep pengukuran instrumen.
4. Jelaskan langkah-langkah prosedur pengesanan Advance Development.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 94

Rujukan
Gross, M.U.M, (2003). Exceptionally Gifted Children. Ed. Ke-2. NY:RoutledgeFalmer.
Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication.
Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press
Warne, R.T., (2012). History and Development of Above-Level Testing of the Gifted. Roeper Review,
34:3, 183-193.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 95

UNIT 10
CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR
PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengenal Pasti Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Pelajar Pintar Cerdas
Menjelaskan Masalah Dalaman Seorang Pelajar Pintar Cerdas
Membincangkan Masalah Luaran Seorang Pelajar Pintar Cerdas

PENGENALAN
Pelajar pintar cerdas mempunyai pelbagai kelebihan yang luar biasa. Mereka mampu mempelajari
sesuatu dengan pantas dan mempunyai pelbagai kemahiran. Walaubagaimanapun, mereka juga
mengalami beberapa masalah berkaitan dengan kepintaran mereka. Secara umumnya, sesetengah
ciri-ciri dan personaliti pelajar pintar cerdas boleh menimbulkan beberapa masalah kepada kanakkanak tersebut, ibubapa dan guru. Antaranya ialah terdapat banyak faktor bukan kecerdasan yang
mempengaruhi pencapaian akademik, seperti motivasi dan konsep kendiri. Contohnya masalah
emosinya menjadikannya menghadapi masalah kemurungan, seorang yang murung tidak bermaya,
kehilangan motivasi dan sasaran. Sudah tentu seorang pelajar yang murung tidak akan berjaya dalam
akademik.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 96

ISI KANDUNGAN
Setiap kanak-kanak memerlukan perhatian khusus dan ada yang suka kepada
kebebasan dan mengambil cabaran tertentu. Bagi mereka yang mempunyai potensi pintar cerdas tetap
menghadapi cabaran tersendiri. Bagaimana mereka menanganinya? Adakah mereka dapat
menghadapi sebarang masalah tanpa tekanan?

Dalam unit ini akan membincangkan pelbagai aspek meliputi cabaran yang dihadapi dalam
menentukan bidang yang sesuai, cabaran menentukan keperluan dalam sistem pendidikan, cabaran
persekitaran serta pelbagai masalah yang kemungkinan boleh dihadapi oleh pelajar pintar cerdas dan
memberi kesan kepada orang lain.

CABARAN MENENTUKAN BIDANG YANG SESUAI


Perkembangan tidak boleh dirancang dan pembelajaran boleh jadi terpendam. Mungkin masanya
belum tiba untuk mereka menjadi terserlah dalam bidang tertentu. Sejarah mencatatkan banyak
individu yang tidak menonjol atau disalah anggap sebagai lembab oleh guru semasa kecil. Ini adalah
akibat kadar pembelajaran mereka yang tidak sekata dan juga sikap guru yang tidak sensitif. Pelajar
pintar cerdas menunjukkan kebolehan am yang lebih tinggi, tetapi ini tidak memadai tanpa menemui
kekuatan sebenarnya yang tidak setanding oleh orang lain. Pengkhususan dan usaha berterusan
adalah kunci kepada kejayaan dalam mana-mana juga lapangan. Mereka yang berjaya bukan
berkebolehan dalam segala apa kerja, mereka hanya berjaya dalam bidang kekuatan mereka sendiri.
Pekerjaan dan bidang yang tidak sesuai menjadikan seseorang yang pintar cerdas menjadi biasa.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 97

CABARAN MENENTUKAN KEPERLUAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN


Jenis ujian dan penilaian, cara pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengajaran, jenis tugasan
yang diberikan mungkin tidak serasi dengan keperluan pelajar pintar-cerdas tersebut. Sekolah mungkin
tempat yang dibenci bukan disukai bagi mereka. Cara pembelajaran yang mementingkan aktiviti
menyalin mencabar motor halus bukan pemahaman pelajar. Sudah tentu pelajar itu tidak berminat
untuk berjaya dalam sistem akademik yang dianggap tidak bermakna ini. Keistimewaan, kehebatan
dan jenis kecerdasan yang ada pada pelajar pintar cerdas ini tidak semestinya diberi pengiktirafan dan
penilaian yang tinggi tertakluk kepada nilai dan budaya semasa masyarakat. Di sistem pendidikan
formal contohnya, kurang menekankan kreativiti dan keaslian dalam hasil kerja. Seorang pelajar yang
luar biasa dari segi kebolehan keusahawanan dan reka-cipta masih belum mendapat sokongan yang
sepenuhnya. Ini disebabkan kebanyakan individu yang berbakat ini selalunya tidak menjadi guru. Guru
mengajar dengan atau melalui sifat dan kualiti yang ada pada mereka. Guru yang kreatif
mengembangkan kreativiti pelajar melalui tingkah lakunya bukan melalui pengajaran kurikulum.

CABARAN PERSEKITARAN
Faktor persekitaran, seperti budaya keluarga, sumber keluarga, taraf sosio-ekonomi, pendedahan dan
peluang merupakan faktor yang penting untuk mempercepatkan perkembangan. Antara faktor yang
penting termasuklah guru yang memahami dan persaingan / budaya sekolah! Budaya sekolah yang
tidak mementingkan persaingan secara tidak langsung menjejaskan perkembangan mereka. Budaya
yang lain termasuklah disiplin, keterbukaan, hubungan guru-pelajar dan budaya aktiviti ko-kurikulum.
Walaupun pelajar pintar-cerdas yang popular dan memiliki konsep kendiri yang positif juga menghadapi
masalah-masalah yang tertentu. Masalah-masalah ini adalah akibat keistimewaan yang ada pada
mereka dan faktor persekitaran seperti kesedaran masyarakat yang rendah, guru yang tidak sensitif

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 98

dan tidak prihatin. Konflik di keluarga jugalah satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji
akan datang.
Oleh itu, ia amat penting bagi ibubapa dan guru untuk mengenalpasti masalah yang mungkin
timbul seperti yang diterangkan seterusnya. Berikut adalah antara masalah yang dihadapi oleh pelajar
pintar cerdas.

MASALAH DALAMAN
1) Kekosongan Jiwa
Mereka mampu membaca buku pada tahap yang lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Mereka
diiktiraf sebagai genius oleh semua orang: pengetahun yang luas, pemikiran yang tajam, pemahaman
yang luar biasa. Di sebalik kepintaran mereka, mereka sebenarnya menghadapi krisis mental, krisis
identiti dan tidak mempunyai minat yang khusus. Mereka tidak memahami bagaimana dan di manakah
mereka patut menyalurkan kecerdasannya. Mreka keliru dengan masa depan mereka. Jiwa mereka
kosong dan cetek, tidak ada emosi, seolah-olah mereka tidak pernah merasa, wujud dan hidup. Jiwa
dan hidup mereka bagai kapal tanpa kelasi, terbawa-bawa arus yang tidak menentu.
Setakat ini, semua perbincangan yang menuju kepada golongan pintar cerdas seolah-olah
menggambarkan golongan ini adalah sempurna dan tinggi pencapaiannya secara keseluruhan: bercitacita tinggi, bertanggungjawab dan dedikasi. Gambaran ini sebenarnya membahayakan. Perkembangan
yang tidak seimbang adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Kekosongan jiwa ini bermaksud, mereka
hilang hala tuju. Mereka merasakan hidup ini tidak bermakna dan nyawa mereka tidak bernilai.
Walaupun keadaan ini berlaku kepada golongan pintar cerdas yang menghadapi masalah kemurungan
secara sementara, ia adalah lebih kerap berlaku pada individu-individu yang tertentu, dan ia belaku
secara kronik pada golongan ini. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh perkembangan kecerdasan
intrapersonal yang tidak matang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 99

Seseorang yang tinggi pencapaian matematik atau bahasa mungkin cetek dari segi
pemikirannya. Kecerdasan eksistensialisme (kewujudan), kecerdasan intrapersonal yang rendah
menjadikan mereka susah menangani masalah sosioemosi. Mereka tidak berfikir panjang dan mensiasiakan bakat yang ada pada mereka disebabkan mereka tidak mengenal apa yang dikejar-kejar dalam
hidup mereka. Mereka berasa keliru dengan apakah makna hidup ini dan menimbus kekosongan jiwa
ini dengan mengejar nama, kedudukan, prestij dan kebendaan. Masalah mereka tidak dapat diatasi
dengan mencapai kejayaan ini, sebab ia tidak memberi kepuasan sebagaimana yang dijangka.
Siapakah golongan yang menghadapi masalah ini? Mereka mungkin bercita-cita tinggi tanpa
memberi komitmen kepada apa yang ingin dicapainya. Mereka mungkin mengatakan dia ingin menjadi
Bill Gate atau memasuki Universiti yang ternama tanpa menunjukkan usaha dan pengetahuan yang
sewajarnya. Selain daripada itu, kadar membunuh diri dalam kalangan mereka juga tinggi, selain
tanda-tanda masalah emosi yang lain seperti kemurungan, gaya pemakanan yang tidak seimbang,
penyalahgunaan dadah atau arak, hubungan seksual yang rambang dan lain-lain. Perkembangan yang
menyeluruh adalah sangat penting bagi golongan ini sebagai faktor pelindung. Kepentingan kaunseling
di sini bukannya untuk memahami masalah mereka, tetapi membantu mereka memahami tentang diri
mereka.

2) Masalah Kesempurnaan Serta Emosi Yang Sensitif


Sikap kesempurnaan boleh menyebabkan mereka takut kepada kegagalan sehingga mereka menjadi
seorang yang putus asa. Pelajar pintar cerdas memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawab
soalan-soalan yang diberikan. Mereka lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka tidak suka
bersosial. Sikap sensitif dan perkembangan minda mereka membolehkan mereka memikirkan hal-hal
seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Jika mereka terlampau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 100

memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah
existential depression
3) Masalah Keyakinan Pelajar Pintar Cerdas
Segelintir individu pintar cerdas selalu bergelut dengan isu masalah keyakinan. Konsep kendiri mereka
tidak menentu. Mereka mungkin sangat yakin pada satu masa dan menjadi tidak yakin pada masa lain
(sifat kompleksiti). Apa yang menyebabkan situasi ini berlaku walaupun mereka memiliki kelebihan
yang nyata dalam persaingan?
Ini adalah akibat daripada sikap kesempurnaan yang tidak sihat. Mereka menjangka terlalu
tinggi terhadap pencapaian mereka sendiri. Jangkaan yang tinggi ini adalah salah satu pendorong kuat
kepada pencapaian tinggi. Namun begitu, ia juga membawa tekanan yang besar kepada diri mereka
sendiri. Jurang yang besar antara jangkaan dan kebolehannya yang nyata menjadikannya merasakan
dirinya tidak sempurna. Untuk membantu mereka dalam masalah ketidaksempurnaan ini, guru dan
ibubapa perlu mengingatkan mereka bahawa mereka tidak perlu menjadi sempurna pada setiap masa.
Kesempurnaan adalah biasa dalam kalangan pintar-cerdas, tetapi neurotic perfectionist menjadi satu
masalah psikologi. Ini kerana ia menjejaskan konsep kendiri pelajar pintar cerdas dan memberi kesan
negatif kepada hubungan perseorangan seperti cenderung menyalahkan orang lain apabila gagal,
sukar bekerjasama, selalu menyalahkan sendiri dan sebagainya.
Ia adalah benar bahawa golongan pintar cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab mereka mungkin tidak
membandingkan diri dengan orang lain. Sebagaimana yang kita ketahui, golongan ini mendukung
sistem nilai yang tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan dirinya dengan orang lain
dari segi pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya, mereka seolah-olah membuat
sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain, mereka membandingkan diri mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 101

sendiri dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi tekanan kepada mereka sendiri. Kesempurnaan
diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam mempengaruhi tingkah laku mereka.
Semua individu mempunyai keupayaan yang tersendiri. Pelajar pintar cerdas tidak terkecuali
daripada keunikan tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dari segi
kecerdasan bahasa dan logik matematik mungkin mempunyai kelemahan dalam kemahiran fizikal
seperti mengimbangkan badan, kordinasi badan ataupun tidak mempunyai bakat dalam melukis atau
menyanyi. Jika pelajar ini diletakkan dalam situasi di mana dia perlu menggunakan kecerdasan
kinestetik, muzik dan visual ruang, dia mesti berasa malu dan janggal kerana mempunyai maruah diri
yang tinggi dan bersifat sensitif. Perkembangan yang tidak seimbang ini mungkin boleh menimbulkan
pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.
Pada masa yang sama, keyakinan yang terlalu tinggi juga menjejaskan perkembangan
mereka. Memandangkan mereka mempunyai kebolehan akademik dan kebolehan mental yang lain,
sesetengah individu menjadi terlampau yakin dalam dunia yang berorientasikan akademik. Akibatnya,
mereka tidak nampak kelemahan sendiri dan hidup dalam dunia sendiri. Masalah keyakinan (terlampau
yakin atau inferioriti) ini akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri mereka.
5) Masalah Fizikal
Pelajar pintar cerdas dapat menghasilkan pelbagai idea dalam masa yang singkat. Pelajar pintar
cerdas memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi dan gemar mencipta sesuatu. Namun begitu,
kebiasaannya masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam golongan ini ialah mereka tidak dapat
melaksanakan sesuatu idea yang telah terbit daripada pemikiran disebabkan faktor fizikal.
Perkembangan fizikal pelajar pintar cerdas adalah sama mengikut rakan sebaya mereka.
Perkembangan pemikiran kanak-kanak pintar cerdas yang berada tahap yang tinggi iaitu seperti orang
dewasa mengakibatkan idea yang mereka fikirkan sama atau lebih baik daripada orang dewasa. Ini
memerlukan perlaksanaan dengan menggunakan fizikal orang dewasa yang tidak dapat mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 102

lakukan. Perkembangan fizikal pelajar pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja
yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
6) Masalah Tidur Dan Rehat
Individu pintar cerdas yang kreatif selalu bermotivasi tinggi, bertenaga dan bertindak mengikut gerak
hati. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggung jika mereka diganggu semasa
membuat kerja. Ini berlaku terutamanya jika mereka mendapat ilham atau idea yang bagus. Mereka
akan menjadi sangat terangsang dan bertindak impulsif dalam melaksanakan kerja tersebut sifat
sensitif dan intensiti. Mereka seolah-olah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatu yang diminati.
Newton yang mabuk kerja boleh melakukan eksperimen beberapa hari sehingga lupa makan dan tidur.
Keadaan seperti ini boleh dikesan semasa zaman kanak-kanak lagi. Contohnya bermain lego sehingga
larut malam pada umur 2 tahun. Keadaan ini menjadikan ibubapa yang menjaganya kekurangan tidur
dan letih. Ini tidak bermakna mereka tidak perlu berehat seperti manusia biasa. Keadaan ini akan
menjejaskan kesihatan mereka pada jangka panjang.
Masalah tidur ini juga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapat mengawal otak mereka.
Mereka seolah-olah dipaksa oleh daya luaran untuk terus berfikir dan ini membuatkan mereka
mengalami masalah tidur atau insomnia. Keadaan ini adalah akibat sifat intensiti yang menjadikan
mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam. Aktiviti lain yang menarik perhatian seperti
bersukan atau menonton TV dapat menyeimbangkan keadaan ini. Kalau keadaan ini berlarutan,
mereka perlu makan ubat yang bersifat semulajadi dan tidak bersifat ketagihan seperti melatonim.
7) Memerlukan Rangsangan Deria Yang Berlebihan
Pernahkah anda mendengari berita bahawa pelajar cemerlang menagih dadah untuk
menghindarkan tidur bagi mendapat keputusan yang cemerlang? Tingkah laku ini boleh diterangkan.
Akibat sifat sensitif dan sifat intensiti, mereka menunjukkan kecenderungan mencari rangsangan deria
yang berlebihan. Ini ditunjukkan dalam tingkah laku seperti makan berlebihan yang membawa kepada

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 103

masalah kesihatan dan kegemukan, keperluan seks yang berlebihan atau, menggigit kuku jari, minum
berlebihan membawa kepada masalah perut dan muntah, tidak tidur pada malam demi menyiapkan
kerja yang merangsang minatnya.
Semua tingkah laku ini menjejaskan kesihatan dan juga kesejahteraan mereka dalam masa
jangka panjang. Contohnya, akibat pemikiran yang terbuka dan keperluan seksual yang lebih tinggi,
mereka mungkin terlibat dalam tingkah laku seks yang merbahaya. Sikap mencari kebebasan, suka
memberontak atau mengambil risiko dan mengeksperimen mungkin mendorong mereka mencari
sensasi seks. Banyak individu pintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga. Ini juga
bermakna keperluan tenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi sesetengah orang,
mereka tidak dapat berfikir kalau tidak makan dengan banyak.
ARA
8) Perkembangan Atau Kematangan Yang Tidak Seimbang
Leornado Da Vinci adalah antara pelukis yang paling hebat dalam sejarah. Dia. Pengiraan matematik
yang mudah pun menjadi cabaran kepadanya. Individu yang pintar cerdas adalah golongan yang lihat
kepada gambaran secara keseluruhan. Ini menjadikan mereka lebih memahami perkara yang penting.
Inilah kelebihan dan kelemahan mereka. Mereka mementingkan konsep atau idea yang abstrak, tetapi
tidak berminat memberi perhatian kepada format atau bentuk yang konkrit dan luaran. Sesetengah
daripada golongan ini menulis dengan tulisan yang buruk. Mereka tidak mementingkan kekemasan dan
menyalin dengan secepat mungkin sejak kecil lagi. Akhirnya, mereka tidak pernah terlatih untuk
menulis dengan kemas. Mereka mungkin mempunyai banyak idea yang luar biasa, tetapi
membentangkan idea mereka dengan cara yang berkesan dalam penulisan. Mereka banyak
pengetahuan dan bermoral, tetapi tidak berminat menguruskan fizikal luaran mereka. Mereka hidup di
dunia abstrak dan ideal, tetapi kekurangan di dunia yang nyata ini. Percanggahan dan konflik ini adalah
satu lagi petanda sifat kompleksiti dan ketidakkonsistenan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 104

Kita semua memiliki kekurangan yang berbeza. Contohnya, mengelakkan bahagian artikel
kewangan dan perdagangan semasa membaca surat khabar, tidak reti melukis, susah memahami apa
yang dibaca, sukar memahami maksud orang lain (cakap sesuatu yang tidak sesuai semasa berbual),
pergerakan yang kekok semasa menari, sukar bertindak sendiri dan konsep kendiri yang rendah
(kecerdasan intrapersonal). Ini semua adalah normal. Kelemahan ini ada yang boleh diatasi dan ada
yang memang sukar diubah.
Disebabkan perkembangan mereka yang melampau, masalah ini amat jelas dilihat pada
golongan ini. Contoh yang ekstrim adalah mereka yang dinamakan Idiot Savant. Dari segi kecerdasan,
tahap kecerdasan mereka adalah lebih rendah daripada orang biasa tetapi memiliki satu atau dua jenis
kebolehan mental yang jauh lebih tinggi daripada orang lain. Contohnya seperti dalam bidang muzik,
aritmetik mental, melukis ataupun mengingati kalender. Mereka ini tidak tergolong dalam golongan
pintar cerdas. Kebanyakannya adalah autistik.
Untuk mencapai kejayaan di dunia yang serba mencabar ini, kita memerlukan banyak
kemahiran yang pelbagai. Seseorang yang pintar cerdas mungkin seorang yang pakar dalam bidang
tertentu tetapi menolak untuk mempelajari pengetahuan yang bukan bidang kekuatannya.
Pengetahuannya dalam bidang tertentu akan mencapai tahap yang susah difahami oleh orang lain dan
menjadi semakin sukar untuk mereka berkongsi ilmu pengetahuan mereka. Ini akan menimbulkan
perasaan yang kecewa dan sunyi.
Mereka seolah-olah mencapai terlalu tinggi pada satu aspek yang lain dan bagaikan tidak
matang pada aspek yang biasa bagi orang kebanyakan. Keadaan ini menggambarkan perkembangan
yang bersifat pengkhususan, di mana ia penting untuk mereka memberi sumbangan yang penting
kepada ketamadunan manusia tetapi ianya juga membawa kepada kesusahan pada kehidupan
seharian. Perkembangan yang tidak seimbang ini bukan disebabkan oleh sikap mereka semata-mata,
tetapi juga disebabkan oleh kekurangan semulajadi. Masalah yang biasa adalah seperti kebolehan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 105

muzik, orientasi arah (mengenal jalan), orientasi masa, melukis dankemahiran hidup. Dalam kehidupan
seharian, ada yang fobia kepada teknologi seperti takut menggunakan komputer.
Apa yang biasa berlaku adalah ibubapa yang melahirkan generasi pintar cerdas suka
memaksa anak mereka memfokus kepada aspek yang tertentu seperti matematik dan sains. Ini akan
menjadikan mereka tidak mampu menghadapi cabaran hidup pada masa depan. Ini sebenarnya adalah
sejenis bentuk penderaan anak yang berlaku kepada golongan ini. Ia juga sejenis pembaziran kepada
bakat yang pelbagai omnipotentiality pada kanak-kanak pintar cerdas tersebut. Pada zaman sekarang,
ia amat sukar menjumpai seorang genius yang serba boleh seperti Leornado Da Vinci. Ini adalah
kerana masyarakat tidak mementingkan perkembangan keseluruhan mengikut bakat anak tetapi
memaksa mereka menerima acuan yang sedia ada.

MASALAH LUARAN
1) Masalah Komunikasi
Pelajar pintar cerdas sering menghadapi masalah komunikasi dengan rakan sebaya kerana tahap
pemikiran atau kognitif mereka tidak sama dan saling bercanggah. Keadaan ini seterusnya
menimbulkan hasad dengki dalam kalangan pelajar terhadap pelajar pintar cerdas. Ada juga pelajar
yang merasa rendah diri terhadap pelajar yang pintar cerdas. Mereka juga mempunyai konflik dengan
guru yang mana guru merasa beban dengan murid pintar cerdas kerana terpaksa membuat dan
merancang sesuatu kepada pelajar. Hollingworth mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap
dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah (Davis& Rimm,1998,
Ng Sen Fa Sandiyao Sebestian, 2005).
Masalah komunikasi ini dapat dilihat apabila pelajar sering menghadapi salah faham dengan
orang yang ada di sekeliling mereka kerana mempunyai pemahaman yang berbeza antara orang yang
cerdas dengan orang yang biasa. Kadang-kadang apabila ditanyakan maklumat tertentu, mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 106

mengalami kesusahan untuk menjawab dengan jelas dan tersusun. Ini berlaku kerana terdapat banyak
idea yang berlaku serentak di otaknya. Akibatnya, mereka bercakap sahaja apa yang terlintas dalam
fikiran mereka. Secara tidak langsung, ini mengelirukan mereka yang mendengar. Pelajar pintar cerdas
ini juga biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu, mereka
tetap pelajar dan memerlukan disiplin yang betul. Mereka boleh mempengaruhi orang lain melalui
komunikasi. Ibu bapa dan guru perlu mengambil berat supaya kanak-kanak pintar cerdas tidak menjadi
mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap
ibu bapa dan guru.
Semasa berkomunikasi, kita membina maksud berdasarkan apa yang sedia kita fahami. Apa
yang kita fahami tidak semestinya sama dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh orang lain.
Halangan mungkin berlaku dalam proses memberi mesej dan mentafsir mesej antara dua pihak.
Disebabkan perbezaan yang ada pada mereka dengan orang lain, salah faham adalah biasa kerana
mereka lebih sukar difahami. Secara tidak langsung, sifat kompleksiti dan tidak konsisten menjadikan
mereka seolah-olah tidak boleh dijangka. Individu yang pintar cerdas menghadapi masalah
berkomunikasi yang menghalang mereka berkomunikasi dengan berkesan.
Kadang-kadang apabila ditanyakan maklumat tertentu, mereka mengalami kesukaran untuk
menjawab dengan jelas dan tersusun. Ini disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang berlaku dalam otak
mereka secara serentak. Keadaan ini boleh dibagaikan segulung bola benang yang tidak dapat
dicarikan penghujung benang itu. Mereka seolah-olah mengalami kesukaran untuk menyusunkan idea
dan pengetahuan yang ada pada mereka dengan cara yang teratur dan kemas. Akibatnya mereka
sekadar melepaskan apa yang terlintas di fikiran mereka pada waktu berlakunya proses komunikasi. Ini
boleh mengelirukan mereka yang mendengar.
Keadaan ini berlaku kerana idea dan konsep itu telah sebati dengan individu tersebut.
Disebabkan ketiadaan jarak antara konsep tersebut dengan diri mereka, ia amat sukar bagi mereka
untuk menyampaikannya dalam cara yang senang difahami oleh orang lain. Corak pemikiran mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 107

yang agresif dan berbeza juga menjadikan orang lain sukar untuk mengikuti aliran idea mereka.
Mereka mampu mentafsir hubungan antara isu yang tidak relevan. Ini menjadikan idea mereka beralih
cepat antara topik yang seolah-olah tidak ada kesinambungan dan tidak kemas (pada pandangan
orang lain). Mereka seolah-olah memampatkan pelbagai idea dan konsep dalam bentuk yang paling
ringkas dan menbuatkan orang lain meminta mereka menjelaskan lagi maksud mereka dengan lebih
terperinci.
Oleh kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan memahami banyak konsep,
kadang-kadang mereka menjadi malas untuk mengulangi sesuatu yang mereka telah fahami. Mereka
selalu mendapat idea yang baru tetapi malas untuk menyampaikan idea yang mereka telah fahami
kerana konsep itu tidak menarik minat mereka lagi. Mereka cepat bosan dan tidak meminati sesuatu
yang tidak memberangsangkan dari segi intelek. Ini menyebabkan munculnya masalah komunikasi.
Dalam kerja seharian, kita perlu mengulangi sesuatu yang kita telah fahami dan menyampaikan
maksud itu kepada orang lain. Ini boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Selain daripada itu, pelajar pintar cerdas suka berfikir dan banyak berfikir. Kadang-kadang
mereka bercakap seolah-olah orang lain telah memahami konsep atau idea yang telah difahaminya.
Jika pendengar tidak sensitif dan cerdik sepertinya, mereka akan berasa keliru dan salah faham.
Tambahan pula, kadang-kadang mereka suka berdialog dengan diri mereka sendiri. Mereka tidak
boleh membezakan samada mereka telah menyebut sesuatu, atau ianya hanya berlaku dalam
khayalan. Keadaan ini dapat dibuktikan dalam situasi di mana mereka menganggap mereka telah
bercakap sesuatu tetapi dalam realiti, mereka tidak pernah menyebut perkara tersebut. Keadaan ini
sekali lagi akan menjadikan orang di sekelilingnya menjadi keliru.
Masalah juga berlaku semasa perbincangan. Apa yang difahami oleh mereka berbeza dengan
apa yang disampaikan oleh orang lain. Ini berlaku kerana mereka mentafsir maksud orang lain dengan
menokok-tambah maksud itu sendiri. Ini disebabkan oleh skematanya yang luas dan cepat membina
konsep lantaran kapasiti pemahamannya yang tinggi. Sudah tentu ini menimbulkan salah faham dan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 108

kekeliruan sesama mereka yang berbincang. Idea mereka yang luar biasa dan terlalu abstrak
menyebabkan tidak ramai yang boleh berkongsi pendapat dengan mereka. Semakin abstrak sesuatu
idea, semakin tinggi risiko ditafsir dengan makna yang berlainan kerana latar belakang dan
pemahaman masing-masing yang berbeza.
2) Masalah Hasad Dengki
Pelajar pintar cerdas selalu berhadapan dengan masalah hasad dengki, bukan disebabkan mereka
dapat mencapai kejayaan akademik dengan senang tetapi juga akibat sikap mereka sendiri yang kuat
cemburu. Dengan kata lain, mereka senang dicemburui. Pada masa yang sama, mereka yang suka
bersaing tidak menerima baik apabila diatasi oleh orang lain. Ini ditambahkan pula dengan masalah
mereka yang sukar untuk rapat dengan rakan sebaya. Hubungan yang renggang menjadi pemangkin
kepada hasad dengki. Mereka yang sensitif terutamanya akan susah menerima masalah ini. Antara
sikap yang tidak disenangi dan menimbulkan perasaan hasad dengki adalah seperti bercakap besar,
terlalu yakin, suka bersaing dan suka memperkecilkan usaha orang lain. Ini ditambahkan pula dengan
perbezaannya dengan majoriti dan menjadikannya tidak difahami dan dijauhi.
Perasaan saling dengki adalah sesuatu yang biasa dalam masyarakat kini yang bersifat
kompetitif dan mengagung-agungkan pencapaian atau kejayaan. Ia menjadi satu masalah bukan
sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga mungkin berlaku antara guru pelajar. Perasaan dengki ini
dapat dilihat dalam tingkah laku seperti memfitnah, memburuk-burukkan nama dan memperkecilkan
usaha atau pencapaian orang lain. Ia mungkin berlaku di mana-mana tempat, di sekolah, di tempat
kerja, di rumah dan sebagainya. Pelajar pintar cerdas selalu dikagumi kerana kebolehan mereka yang
luar biasa, tetapi keadaan ini juga menjadikan mereka senang dicemburui oleh orang lain.
Walau bagaimanapun, jika kebolehan seseorang diiktiraf dan diakui, maka masalah saling
mendengki ini boleh dikurangkan. Kanak-kanak pintar-cerdas perlu diberi pendedahan tentang isu ini.
Masalah hasad dengki dan konflik interpersonal bukan satu masalah yang dapat diselesaikan dengan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 109

mudah. Kanak-kanak pintar-cerdas yang belum matang dari segi kemahiran menyelesaikan masalah
ini memerlukan bantuan orang dewasa yang memahami masalah mereka. Berhadapan dengan fitnah,
desas-desus dan pengalaman diburuk-burukkan adalah traumatik dan sangat menekankan bagi anak
kecil mahupun orang dewasa. Ibubapa dan guru bertanggungjawab membantu kanak-kanak pintar
cerdas menghadapi cabaran ini.
Contohnya, mereka mungkin berasa sedih kerana diburuk-burukkan atau diperendahkan oleh
kawan di sekolah. Mereka mungkin tidak memahami atau tidak menyedari kawannya melukai hatinya
disebabkan oleh perasaan cemburu. Mereka perlu menyedari bahawa terdapat sesetengah kawan
yang lebih bersifat agresif (kuat cemburu, suka memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya).
Kanak-kanak pintar-cerdas perlu memahami cara berinteraksi dengan kawan sebegini. Contohnya jika
konflik tidak dapat diselesaikan, mereka perlu menjauhi kawan tersebut. Pada masa yang sama,
disebabkan kanak-kanak pintar cerdas selalu menjangka tinggi pada diri mereka sendiri, mereka juga
senang mencemburui pelajar lain yang lebih cemerlang daripada mereka. Guru dan ibubapa perlu
menyedarkan mereka kepada hakikat tentang persaingan ini: semua individu adalah unik dan memiliki
kelebihan yang berbeza.
3) Pemulauan Sosial
Manusia adalah makhluk yang hidup berkelompok dari segi sosial dan belajar melalui bersosial.
Pengkaji seperti Bandura menjalankan banyak penyelidikan untuk membuktikan pembelajaran sosial
seperti pemerhatian dan peniruan adalah kaedah yang penting untuk pembelajaran. Masalah sosial
boleh menjejaskan konsep kendiri sosial dan seterusnya menjejaskan konsep kendiri kita secara
keseluruhan. Perkembangan sosial memberi kesan yang signifikan kepada perkembangan
keseluruhan seseorang.
Pada peringkat yang berbeza sepanjang hayat kita, kita menghadapi masalah yang berbeza
dan cuba mengatasinya. Erikson menamakan cabaran ini sebagai tugas perkembangan. Contohnya

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 110

apabila tamat sekolah, kita perlu memberi komitmen kepada kerjaya. Selepas kita mendirikan rumah
tangga, kita perlu menjaga anak kita dan memberi segala apa yang terbaik kepada mereka. Rakan
sebaya adalah golongan yang menjadi rujukan dan sokongan. Mereka adalah penyumbang kepada
perkembangan diri kita.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, golongan pintar cerdas sukar mendapat kawan yang
rapat dari golongan rakan sebaya. Ini menjadikan mereka yang bermasalah sosial tidak mendapat
peluang untuk belajar melalui interaksi dengan rakan sebaya. Ini menjadikan mereka kekurangan
maklumat yang penting dan kejahilan pengetahuan biasa. Contohnya, mereka mungkin mempunyai
ramai kawan yang lebih tua dan matang, tetapi disebabkan perbezaan tahap perkembangan, mereka
tidak mendapat maklumat segera yang paling relevan kepadanya.
Masalah sosial golongan ini boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menyertai persatuan
yang membuka keahlian kepada semua. Sebagai ahli dalam persatuan yang terbuka atau
menyumbang sebagai sukarelawan, mereka boleh menemui individu yang pelbagai. Pelbagai di sini
bermaksud dari segi umur, profesion, personaliti, minat, kelebihan dan kekurangan. Kepelbagaian ini
mungkin membolehkan mereka mendapat persahabatan yang berkekalan dan mempelajari dari orang
lain untuk menyeimbangkan kebolehan mereka. Persekitaran sosial yang sempit seperti sekolah akan
menjadikan masalah mereka semakin menjadi-jadi. Di sekolah, kebiasaannya pelajar hanya terdedah
kepada pelajar sebaya dan guru. Kunci untuk menyelesaikan masalah ini ialah pendedahan dan
kepelbagaian.
4) Masalah Perasaan Rendah Diri Kawan
Pencapaian pelajar pintar cerdas yang begitu tinggi selalunya menimbulkan perasaan kurang senang
pada rakan-rakan di sekelilingnya. Kebiasaannya, pelajar pintar cerdas menunjukkan superioriti dalam
banyak aspek: memenangi banyak hadiah dalam pelbagai pertandingan dan mendapat keputusan
yang cemerlang. Perasaan rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 111

pelajar pintar cerdas demi mempertahankan harga diri mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan
kanak-kanak pintar-cerdas seolah-olah dipulau, walaupun dia tidak berbuat salah. Mereka tidak
memahami kenapa rakan sebaya mereka menjauhi mereka. Selain itu, mereka juga mungkin berasa
bosan dengan rakan sebaya dan mengasingkan diri. Faktor-faktor ini menjadikan isu sosial satu
cabaran besar yang perlu mereka hadapi.
Jangkaan yang tinggi mungkin menjadikan mereka pemimpin yang lemah. Mereka cenderung
menetapkan standard yang tidak realistik bagi ahli kumpulannya tetapi mungkin realistik baginya.
Mereka selalu menjangka orang lain melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan bermotivasi
sepertinya. Ini menimbulkan perasaan rendah diri, diikuti perasaan tidak puas hati oleh orang lain dan
akhirnya mengecewakan diri mereka sendiri.
5) Masalah Dengan Guru
Ia menjadi kebiasaan untuk guru suka kepada kanak-kanak yang cerdik dalam kelas, tetapi
keadaannya agak berbeza jika kanak-kanak tersebut terlalu pintar cerdas. Menjadi guru kepada pelajar
yang terlalu pintar cerdas menjadi punca tekanan yang serius. Kanak-kanak yang pintar cerdas ini tidak
disukai disebabkan oleh otaknya yang kritikal kadang-kadang menjadikannya tidak teragak-agak
berdebat dan menunjukkan kesalahan guru. Pengalaman yang negatif ini sudah tentu meninggalkan
kesan yang negatif pada mereka. Mereka tidak faham apakah kesalahannya sehingga dihukum.
Pengetahuan yang luas oleh kanak-kanak pintar cerdas selalu menjadikan guru yang tidak
berkeyakinan akademik berasa takut, tertekan dan tidak menyukai kanak-kanak pintar-cerdas tersebut.
Perkembangan yang luar biasa kadang-kadang mendatangkan kebencian. Guru juga mungkin
bertindak mengabaikan kanak-kanak tersebut dan tidak mengiktiraf pencapaiannya, seolah-olah kanakkanak tersebut tidak wujud. Keadaan ini akan menyekat perkembangan kanak-kanak tersebut. Ia juga
menimbulkan masalah sosioemosi kepada kanak-kanak tersebut. Mengajar kanak-kanak pintar cerdas
memerlukan beberapa kemahiran yang mencabar. Jika guru tidak menguasai kemahiran yang

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 112

diperlukan untuk mengajar pelajar atau kanak-kanak pintar cerdas, golongan ini akan berasa bosan
dengan sekolah, tidak berminat untuk menyiapkan kerja rumah, mengambil ujian dan sebagainya.
Tugasan yang tidak mencabar langsung tidak menarik minat mereka. Kehadiran yang lemah
dan sikap yang tidak bersungguh-sungguh ini dianggap sebagai satu masalah disiplin oleh guru dan
pihak pentadbiran. Mereka mungkin mengambil tindakan terhadap kanak-kanak tersebut tanpa
menyedari pada hakikatnya kanak-kanak tersebut adalah pintar cerdas. Konflik yang berlaku di antara
guru dan pelajar pintar cerdas akan menjadikan mereka lebih benci kepada sekolah. Keadaan ini
menjadikan mereka bersikap memberontak seperti mengabaikan guru, tidak mengikut arahan, bersikap
dingin dan menjauhkan diri daripada orang lain dalam sekolah, menjawab balik kepada guru,
mencemuh kesalahan guru atau mencabar guru sebagai autoriti dalam pakar subjek tersebut.
6) Masalah Dengan Keluarga
Kanak-kanak yang pintar cerdas boleh berlaku kepada mana-mana keluarga, yang miskin mahupun
kaya, mana-mana bangsa dan negara. Kehadiran seorang individu pintar cerdas dalam rumah mampu
memberi kesan yang mendalam dan berpanjangan terhadap seluruh keluarga. Bagi kebanyakan
ibubapa, mereka mungkin tidak tahu bagaimana cara untuk memenuhi keperluan kanak-kanak pintar
cerdas. Masalah juga mungkin timbul apabila ibubapa tidak memahami yang anak mereka tergolong
dalam golongan pintar cerdas. Kebiasaannya ibubapa adalah yang paling awal mengenal perbezaan
anak tersebut. Contohnya semasa kecil, anak ini sangat bertenaga, kurang tidur berbanding kanakkanak lain dan dengan itu meletihkan ibubapa yang menjaganya. Selepas itu, ibubapa berasa bersalah
sebab tidak mampu memberi apa yang terbaik untuk perkembangan potensi anak merek terutama
ibubapa dari taraf sosio-ekonomi rendah. Mereka mungkin menyembunyikan rahsia ini daripada
saudara mara untuk mengelakkan mereka daripada dipandang sebagai menunjuk-nunjuk atau
menerima tuduhan sebagai ibubapa yang menjangka terlalu tinggi dan mendera anak.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 113

Menjadi ibubapa kepada kanak-kanak pintar cerdas memerlukan kemahiran yang tertentu.
James Webb (1982) memberikan cadangan-cadangan kepada ibubapa. Contohnya kemahiran
berkomunikasi dengan anak yang pintar cerdas. Katakanlah anak anda menghadapi masalah
kemurungan dan asyik mengadu. Dia boleh dibawakan kepada persatuan sukarela atau menjalankan
aktiviti amal. Dengan meluaskan kenalan baru dan membantu orang lain yang menghadapi kesukaran
hidup, ia dapat membantunya melupakan masalah sendiri. Persatuan begini juga menawarkan peluang
berinteraksi dengan individu pelbagai lingkungan umur. Ini dapat mengurangkan kesan negatif sekolah
di mana pelajar digolongkan dan dikelaskan mengikut umur semata-mata.
Berleter dan mengarah merupakan cara berkomunikasi yang perlu dielakkan. Ibubapa perlu
sensitif dan mengelakkan keadaan pergelutan kuasa (power struggle) yang berlaku dengan anak.
Keadaan ini boleh digambarkan situasi menang-atau-kalah, dan saling berdegil demi menjaga ego
masing-masing. Komunikasi yang tidak berkesan akan menjadikan anak tersebut tidak percaya dan
menjauhkan dirinya daripada ibubapa. Adalah senang memberi nasihat kepada seseorang yang
bermasalah, tetapi apa yang lebih diperlukan oleh mereka adalah penerimaan. Memberi nasihat dan
komen memberi gambaran kepada mereka bahawa anda lebih faham masalahnya daripada anak itu
sendiri. Ini menunjukkan sikap tidak percaya dan sikap tidak hormat kepadanya.
Apabila ibubapa berperanan sebagai pakar atau penasihat, ia menunjukkan mereka tidak
menerimanya. Ini menimbulkan perasaan tidak menerima dari anak itu sendiri. Kadang-kala nasihat
yang diberikan menutup komunikasi yang terbuka kerana kanak-kanak itu berasa tidak selesa dengan
mesej saya lebih faham daripada awak atau Awak bermasalah sebab awak tidak pandai yang
disampaikan. Selain itu, akibat dari jurang pencapaian yang jauh antara individu pintar cerdas dengan
adik-beradik, mereka memberikan tekanan kepada adik beradik mereka. Hasad dengki dan perasaan
keyakinan yang terjejas adalah biasa. Ibubapa mungkin dianggap terlalu pilih kasih kepadanya.
Keadaan ini mungkin memuncak semasa peringkat remaja.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 114

Selain daripada itu, berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus-kawalandalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapai masalah untuk patuh kepada norma;
menafikan pengiktirafan luaran; dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Semua
tingkah laku tersebut dianggap oleh orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi (Clark &Callow,
2002, dalam Ng Sen Fa Sandiyao Sebestian, 2005.) tersebut. Bagi keluarga pelajar pintar cerdas yang
tidak faham dengan kehendak mereka, ia akan menimbulkan tekanan kepada pelajar kerana tidak
dapat mencapai tahap yang dapat membuat pelajar tersebut puas dengan apa yang mereka buat.
7) Ekonomi Keluarga Yang Rendah
Pelajar pintar cerdas yang mempunyai ekonomi keluarga yang rendah mempunyai beberapa masalah.
Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak tidak dapat mengembangkan kelebihan atau kemahiran
yang ada pada mereka kerana tidak mendapat galakan daripada keluarga. Sebagai contoh, mereka
tidak mampu untuk memenuhi keinginan minda mereka yang inginkan cabaran pendidikan atau ingin
mencipta sesuatu yang baru. Situasi seperti ini akan menjadikan pelajar yang pintar cerdas tidak dapat
dikesan kerana potensi mereka tidak dapat ditunjukkan. Disebabkan potensi yang tidak dicungkil,
pelajar pintar cerdas dari status sosio-ekonomi rendah ini sering mencapai di bawah potensinya.
Keadaan ini berbeza dengan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ekonomi yang stabil kerana pelajar
tersebut dapat mengembangkan kemahiran atau kebolehan yang ada pada mereka. Mereka
kemudiannya dapat dikesan sebagai pelajar pintar cerdas dan mampu mencapai kejayaan yang
selaras dengan kelebihan yang ada pada pelajar tersebut.
8) Jangkaan Yang Tidak Realistik Pada Mereka
Disebabkan perkembangan yang tinggi pada aspek tertentu, orang lain menganggap mereka adalah
pandai dan matang dalam semua aspek. Seorang kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin boleh
memahami buku yang abstrak tetapi juga bertindak seperti keanak-anakan pada masa yang sama iaitu

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 115

sifat ketidakkonsistenan. Ia adalah bukan luar biasa untuk seseorang yang sangat pintar melakukan
tindakan atau keputusan yang tidak bijak.
Antara jangkaan yang tidak realistik adalah Kamu adalah pintar cerdas dan kamu mestilah
sempurna dan serba boleh atau Kalau anda pintar cerdas, anda seharusnya boleh. Kenyataan seperti
ini perlu dielakkan kerana ia mendorong individu tersebut menafikan kepintarcerdasannya. Lebih-lebih
lagi disebabkan sikap perfeksionis mereka, orang lain juga terdorong untuk menjangka sangat tinggi
kepada mereka. Sikap menjangka tinggi pada diri akan membawa kepada jangkaan orang lain yang
sama, kadang-kadang jangkaan yang tidak munasabah. Masalah mungkin berlaku apabila mereka
telah mencuba yang terbaik tetapi tidak diberi pengiktirafan kerana orang lain menganggap
menghasilkan sesuatu yang luar biasa adalah sesuatu yang patut bagi mereka.
Kebanyakkan individu pintar cerdas membuatkan sesuatu akibat dorongan dalaman. Sifat
intensiti menjadikan mereka mencuba yang terbaik. Mereka tidak memerlukan dorongan luaran seperti
ganjaran dan hukuman. Ibubapa dan guru perlu memberi inspirasi dan contoh-contoh untuk diikuti bagi
mengembangkan potensi dalaman mereka. Komen, nasihat, sindiran, arahan, maki hamun dan
cemuhan perlu dielakkan seboleh yang mungkin. Mereka tidak akan dengar seseorang, jika seseorang
itu tidak diiktiraf olehnya. Akibat tingkah laku pelajar pintar cerdas yang menonjol, orang lain selalu
mengandaikan mereka mempunyai banyak sumber dan boleh menguruskan kesemua masalah mereka
sendiri. Keadaan ini secara langsung menjadikan mereka kurang mendapat bantuan dan sokongan
orang lain. Sokongan yang dimaksudkan adalah maklumat yang penting seperti peluang-peluang yang
boleh membantu kepada perkembangan mereka.
Jangkaan yang tidak realistik juga kesilapan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Mereka
mungkin menjangka terlalu tinggi terhadap kebolehan diri, lantaran konsep kendiri yang terlalu tinggi.
Contohnya, merancang beban kerja yang terlalu banyak dan akhirnya tidak dapat dilaksanakan.
Mereka perlu menyedari apakah yang mampu dilakukan oleh mereka dan susah dilakukan oleh orang
biasa. Mempunyai kelemahan tidak bermakna mereka ini kurang pintar cerdas. Mereka boleh

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 116

menetapkan matlamat yang sangat tinggi tetapi juga menerima baik apabila mereka tidak dapat
mencapai matlamat sendiri. Keadaan ini berlaku apabila mereka berasa yakin dan mencapai konsep
kendiri yang sihat.
Jangkaan yang tidak tepat bermaksud tidak memahami tentang minat, kecenderungan dan
kekuatan dirinya. Ia digambarkan oleh keputusan memilih kerjaya atau program universiti yang tidak
secocok dengan sifat dirinya. Mereka menganggap dirinya boleh berjaya di mana-mana bidang sahaja,
tetapi akhirnya tidak seperti yang mereka sangkakan. Keadaan susah membuat keputusan ini selalu
berlaku akibat kebolehan yang pelbagai pada mereka. Keadaan ini dinamakan omnipotentiality yang
bermaksud potensi yang pelbagai. Ia selalunya membawa kepada kekeliruan. Contohnya dalam
memilih kerjaya atau program university dengan minat dan bakat yang pelbagai. Ini boleh digambarkan
seperti pelajar yang major dalam bidang falsafah dan fizik pada masa yang sama.
9) Pembelajaran Di Sekolah
Semasa di sekolah, pelajar pintar cerdas akan mengambil masa yang ada untuk belajar sesuatu yang
baru agar dapat memuaskan keinginan mereka yang suka belajar. Namun begitu, terdapat juga
institusi persekolahan yang tidak mengambil endah. Biasanya, sekolah gagal memberi perhatian yang
wajar kepada pelajar pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan
dan bimbingan yang khusus (Gallagher& Gallagher,1994). Akibat daripada ini, kejayaan atau
kemahiran seseorang pelajar pintar cerdas tidak dapat dikesan dengan betul seterusnya
membantutkan kejayaan seseorang pelajar. Pelajar pintar cerdas juga merasa bosan untuk ke sekolah
kerana mereka tidak merasai keseronokan untuk pergi ke sekolah.
Di sekolah, terdapat sebilangan guru yang tidak memiliki semangat akademik yang baik. Guru
tersebut mungkin memberi golongan pelajar ini maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan tidak
memberangsangkan. Tugasan yang diberikan menjadikan golongan pelajar ini lebih derita seperti kerja
salin-menyalin dan menghafal fakta yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Tugasan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 117

salin-menyalin sebenarnya merupakan suatu bentuk penyeksaan mental yang baharu terhadap
golongan pelajar tersebut kerana tugasan seumpama itu hanya melatih kemahiran-motor-halus mereka
dan bukannya kemahiran berfikir mereka. Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak sesuai
dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu/ mengkaji sesuatu topik dengan
lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan pelajar pintar cerdas tidak suka kepada sekolah (Ng Sen
Fa Sandiyao Sebestian, 2005).
10) Masalah Akademik
Ramai orang mengaitkan pelajar pintar cerdas dengan masalah akademik. Segelintir individu pintar
cerdas hanya menumpukan perhatian dalam apa yang menarik minat mereka. Kadang-kala mereka
menunjukkan sikap degil mereka apabila mempelajari sesuatu yang mereka kurang berminat. Ini
adalah satu pembaziran kerana mereka mungkin memiliki bakat luar biasa dalam bidang yang mereka
tidak berminat. Oleh itu, guru perlu memberi motivasi. Disebabkan cara pembelajaran dan keperluan
intelek mereka yang begitu unik, sebarang tugasan dan pendidikan yang tidak sesuai dengan ciri-ciri
mereka akan menjadikan mereka salahsuai. Keadaan ini mungkin dilihat pada kejatuhan yang
mendadak dalam keputusan peperiksaan. Apabila ditanya, mereka akan menjawab, subjek yang diajar/
sekolah ini/tugasan yang diberikan tidak sesuai dengan saya. Mereka menunjukkan rintangan kepada
kerja yang mereka tidak boleh buat.
Ramai pelajar pintar-cerdas yang tidak suka ke sekolah sebab terlalu bosan dengan
pengajaran guru. Mereka juga berasa bosan dengan percakapan kawan yang tidak matang bagi
mereka. Masalah sosioemosi ini adalah akibat keperluan akademik yang tidak dipenuhi, dengan kata
lain mereka tidak dicabar secukupnya dari segi akademik. Masalah ini seterusnya akan membawa
kepada masalah tingkah laku atau disiplin seperti yang dijelaskan sebelum ini. Masalah ini boleh
menjadikan mereka membenci kepada sekolah dan pembelajaran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 118

Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar. Kanakkanak pintar-cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar secara yang
berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat, latih tubi, jenis tugasan /
soalan yang closed-ended tidak serasi dengan keperluan akademik pelajar pintar-cerdas. Mereka
mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain sedangkan dirinya boleh mengeluarkan idea yang
lebih baik! Walaupun pelajar pintar-cerdas menunjukkan kelebihan mereka dalam ingatan, kelebihan
mereka yang nyata adalah dari segi pemahaman. Dari segi pemahaman, ia membezakan pelajar pintar
cerdas dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar cerdas, apa yang
menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman. Lembaran kerja
yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka kerana mereka tidak menggemarinya.

RUMUSAN
Setiap cabaran dan masalah yang dihadapi mempunyai jalan penyelesaiannya, dan usaha untuk
mengatasinya sangat memerlukan penglibatan banyak pihak kerana pelajar pintar cerdas sering
bermasalah dengan emosinya. Oleh yang demikian, sokongan pelbagai pihak membantu
menjadikannya neutral dan lebih rasional.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 119

1. Huraikan setiap masalah dalaman yang dihadapi pelajar pintar cerdas.


2. Huraikan setiap masalah luaran yang dihadapi pelajar pintar cerdas.
3. Bagi pendapat anda, apakah cabaran terbesar yang dihadapi ibu bapa untuk membesarkan
pelajar pintar cerdas?
4. Jelaskan bagaimana sistem pendidikan kita dapat memenuhi semua keperluan khas pelajar
pintar cerdas dari segi pelaksanaan dan perancanangan untuk pengajaran dan pembelajaran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 120

Rujukan
Ashman, A. F. & Lovecky. D. 1994. Exceptionally Gifted Children: Different Minds. Roeper Review
17(2): 116-120.
Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston, MA: Allyn.
Ng Sen Fa Sebestian Sandiyao (2005). Masalah sosio-emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas. Masalah
Pendidikan, Volume 28, No.1.
Kyle, R. V. (1998). Children and their development. New Jersey: Prentice Hall.
Piirto, J. (1999). Talented children and adults; their development and education. Ed. ke 2. Ohio: Merrill
Prentice Hall.
Routledge. Bee, H. (1997). The developing Child. New York: Longman.

Anda mungkin juga menyukai