Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PENDIDIKAN

Apa kepentingan berinteraksi dalam pendidikan? Kepentingannya adalah untuk mengembangkan


interaksi antara guru dan pelajar dengan baik. Proses pembelajaran akan efektif jika komunikasi dan
interaksi antara guru dengan pelajar terjadi secara intensif. Guru dapat merancang model-model
pembelajaran sehingga pelajar dapat belajar secara berkesan. Guru mempunyai peranan berganda besar
dan strategik dalam hal yang berkaitan dengan keperluan pelajar. Peranan yang dimaksudkan adalah guru
sebagai guru, guru sebagai ibu bapa, dan guru sebagai kawan kepada pelajar. Peranan sebagai guru lebih
dominan dilakukan dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Dalam proses pembelajaran sehebat apa pun yang dibuat oleh guru dan kompetensi guru yang baik
tanpa interaksi antara guru dan pelajar maka tujuan pembelajaran tidak dapat dicapai dengan baik. Guru
seharusnya menguasai pola interaksi dan teknik komunikasi yang baik dalam proses pembelajaran.
Interaksi menjadi point penting dalam kegiatan belajar kerana tidak hanya pelajar sahaja yang mendapat
manfaat, namun para guru juga memperoleh umpan balik (feedback) terhadap pengajaran yang
disampaikan samada dapat diterima pelajar dengan baik atau tidak. Terdapat beberapa kepentingan
interaksi kepada guru, pelajar dan juga guru-pelajar di dalam bilik darjah.

Kepentingan interaksi kepada guru:

i. Guru dapat memotivasikan pelajar supaya timbul minat mereka terhadap PdP.

Guru memotivasi para pelajar supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap,
perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di
dalam suasana pembelajaran. Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab
yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang
positif dan berkesan.

Terdapat beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan pelajar.
Antaranya ialah guru boleh menggunakan teknik "supportive communication behavior" untuk membantu
interaksi yang berkesan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan "direct" dan "spontaneous
communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba
menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Di
samping itu, gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar
i. Guru dapat melaksanakan rancangan pengajarannya mengikut objektif pengajaran.

Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang
ditentukan. Selain itu, melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya
dengan berkesan. Di samping itu, sasaran rancangan pembelajaran tahunan (RPT) dapat dicapai.

ii. Merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.

Guru boleh menyentuh serba sedikit berkenaan pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar
dan memberi penekanan terhadap aktiviti PdP. Proses utama ini juga akan memberi kesabaran
yang tinggi kepada guru kerana jika guru kurang sabar lalu membiarkan proses pengajaran
kurang lancar, maka hal ini sama dengan guru telah merampas kesempatan belajar pelajar.

iii. Guru dapat mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar.

Apabila berlaku interaksi antara guru dan pelajar, maka guru dapat mengetahui sejauh mana
tahap ilmu pengetahuan yang disampaikannya kepada pelajar sama ada ia dapat diterima dengan
baik atau lemah. Justeru itu, guru boleh bertindak segera membimbing dan membantu pelajar
agar tidak ketinggalan daripada pelajar-pelajar yang lain.

Kepentingan interaksi kepada pelajar:

i. Dapat meningkatkan harga diri pelajar.

Harga diri adalah penentu hala tuju seseorang dalam setiap tindakan serta keputusan yang dibuat.
Interaksi yang dilaksanakan oleh guru secara tidak langsung dapat menjadikan pelajar seorang yang
berkeyakinan dalam membuat keputusan. Indikator kepada nilai harga diri seseorang ialah seperti akhlak
pergaulan, ilmu pengetahuan, kesabaran dan pelbagai ciri yang melambangkan personaliti individu
tersebut.

ii. Dapat membentuk keyakinan dalam diri pelajar.

Interaksi yang berlaku antara pelajar dan guru dan pelajar sesama pelajar dapat membentuk satu
keyakinan dalam diri pelajar. Selain daripada keyakinan, pelajar juga dapat membentuk jati diri yang
kukuh. Dalam dunia yang semakin canggih dan dipenuhi dengan pelbagai ilmu teknologi, kekuatan diri
amat dituntut khususnya dari golongan pelajar bagi menepis pengaruh luar yang mampu menyesatkan
pemikiran golongan terbabit.

Para pelajar terutamanya yang masih menuntut seharusnya memberikan tumpuan penuh terhadap
pelajaran bukannya melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak berfaedah yang hanya merugikan diri
sendiri, keluarga dan juga negara. Dengan terhasilnya interaksi maka pelajar dapat meningkatkan
kemampuan diri, berfikiran posotif dan berkeyakinan.

iii. Sifat kepimpinan, bekerjasama, toleransi, tanggungjawab dan tolong –menolong dapat dibentuk
melalui aktiviti berkumpulan.

Aktiviti kumpulan hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara pelajar dalam kumpulan. Apabila
kumpulan dibentuk untuk melakukan sesuatu tugasan, maka secara tidak langsung interaksi antara pelajar
sesama pelajar berlaku. Jadi, sikap positif yang dibentuk melalui kumpulan tersebut dapat menjadikan
proses pembelajaran pelajar berjalan dengan baik dan berkesan. Selain itu, sifat dan sikap yang baik
seperti bertanggungjawab terhadap tugasan, tolong-menolong dan beberapa sikap mahmudah yang lain
melambangkan betapa bagusnya tugasan secara berkumpulan.

iv. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana murid berasa seronok untuk belajar.

Bila pelajar mempunyai minat, rasa suka, mendapat perhatian, bersoal jawab dan interaksi yang menarik
daripada guru dan rakan pelajarnya yang lain maka pelajar tersebut akan merasa seronok mengikuti PdP.
Apabila seseorang individu atau pelajar berasa seronok dan minat untuk belajar, ini akan menyebabkan
kurangnya masalah disiplin seperti ponteng kelas atau sekolah, culas dalam membuat tugasan , malas dan
masalah-masalah yang lain.

Kepentingan interaksi antara guru dan pelajar:

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak
faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar semasa mengajar sudah pasti sukar bagi
seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan,
idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada para pelajar dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan
sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan
sahaja akan menyebabkan pelajar menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang
bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar
dan membosankan.
Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara pelajar sesama
pelajar berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran
berlaku secara bermakna dan berkesan.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan pelajar begitu terhad. Oleh itu
segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan
perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir.
Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan para pelajar, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif,
tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.
("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

Antara kepentingan interaksi guru dengan pelajar adalah;

i. Berlaku perhubungan dua hala antara guru dan pelajar.

Seorang guru perlu menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam
bilik darjahnya di mana terdapat suasana sosio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru
dan pelajar. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.
Guru juga mestilah menjadi pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan
kendiri serta bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah.
Aktiviti dua hala dan soal jawab dapat menggerakkan pelajar berfikir dengan kreatif dan inovatif.

ii. Merapatkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.

Interaksi mengeratkan perhubungan antara guru dan pelajarnya di dalam bilik darjah. Perhubungan guru
dan pelajar yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampaikan pelajaran dengan berkesan.
Hubungan dengan pelajar sebaiknya dilakukan dalam suasana akrab, santai, bersifat dari hati ke hati
(interpersonal relationship) sehingga pelajar berasa tidak kaku dalam berhadapan dengan guru. Selain
itu, pentingnya berinteraksi kerana faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber,
aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid
secara individu. Hal ini demikian menjadikan hubungan antara guru dan pelajar mesra dan disenangi.

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru, pelajar sesama pelajar memainkan
peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang
sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam
masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan
sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial
dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di
dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai