Anda di halaman 1dari 11

APA ITU KBAT

KONSEP & TEORI KBAT


PENDAHULUAN
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia,
sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan
dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat
antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International
Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and
Science

Study (TIMSS)

yang

dinyatakan

dalam

Pelan

Pembangunan

Pendidikan 2013-2015.
KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan
melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu
mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

Apa Itu KBAT Konsep & Teori KBAT


KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif,
pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya
murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam
minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran
berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki

kemahiran

ini

murid

bebas

untuk

membanding,

membeza,

menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut
pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan
maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan
melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi
keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat
mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka
kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya
saing.

Seterusnya

sudah

tentu

dapat

meningkatkan

kefahaman

dan

memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari


nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka
peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara
bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing
kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah
kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti
suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan
kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada
murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan
untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalansoalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan
dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi,
menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar
menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH


Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk
memilih pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah
penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat
digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa
strategi yang boleh digunakan.
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Justeru, pembelajaran dan pengajaran perlu
melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan
merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian
masalah

perlu

diberi

penekanan

sewajarnya

supaya

murid

dapat

menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan


langkah-langkah seperti berikut :
Memahami dan mentafsirkan masalah

Merancang strategi penyelesaian


Melaksanakan strategi
Menyemak semula penyelesaian
Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah,
termasuk

langkah-langkah

penyelesaiannya

harus

diperluaskan

lagi

penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti


pembelajaran

untuk

membina

kemahiran

penyelesaian

masalah

ini,

perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini


murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan dengan pelbagai
situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian
masalah yang boleh dipertimbangkan :
Cuba jaya / teka uji
1.

Membina senarai / jadual / carta yang sesuai

2.

Mengenal pasti kemungkinan

3.

Menggunakan algebra

4.

Mengenal pasti pola

5.

Melukis gambarajah

6.

Guna Kaedah Unitari

7.

Guna Model

8.

Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

9.
10.

Guna rumus
Guna analogi / perbandingan

11.

Lakonan / ujikaji

12.

Mempermudahkan masalah

13.

Membuat anggaran

14.

Mental arimetik

Strategi : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis


gambarajah / Guna rumus)
Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian
masalah.
Contoh Soalan:
Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk
membentuk satu rangka segiempat dengan luas yang maksimum. Apakah
panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

Melukis gambarajah
Lukis atau lakar seberapa banyak gambarajah bentuk segi
empat. Cuba letakkan nombor pada setiap sisi sehinggaberjaya menemui
perimeter yang berjumlah
24 cm. Kemudian, gunakan kemungkinan kemungkinan nombor lain yang
difikirkan sesuai. Seterusnya, gunakan rumus luas segi empat untuk mencari
luas maksimum segi empat tersebut dengan mendarab panjang dan lebar.
Akhirnya, padanan nombor yang sesuai dan munasabah akan ditemui
bersesuaian dengan kehendak soalan tersebut iaitu seperti gambarajah di
bawah.

Bentuk-bentuk yang berkemungkinan :

Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT


Jawapannya ialah 6 cm x 6 cm = 36 cm. Jawapan ini dipilih kerana bentuk
itu mempunyai luas maksima jika dibandingkan dengan bentuk yang lain.

Strategi : (Guna Kaedah Unitari / Guna rumus / Guna algebra dan


Melukis gambarajah)
Contoh Soalan :
Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada John
dengan harga RM 240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20%
selepas menjual basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?
Penyelesaian :
i)
Untung

Guna Kaedah Unitari


= 20%

Harga Jual

= RM 240 (100% +20%)

Harga Kos

= (100%)

Oleh itu,
1%

120% = RM 240

=?

Cari nilai 1% terlebih dahulu.


RM 240 120 = RM 2
Oleh itu, 1% = RM 2
Harga Kos

= RM 2 100

= RM 200

PERBANDINGAN TEORI BERKAITAN KBAR DAN KBAT DALAM


MATEMATIK

Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Lower-order thinking (LOT) is often characterized


by the recall of information or the application of
concepts or knowledge to familiar situations and
contexts. Resnick (1987)

Characterized higher-order thinking (HOT) as nonalgorithmic.

LOT tasks requires a student to recall a fact,


perform a simple operation, or solve a familiar type
of problem. It does not require the student to work
outside the familiar Schmalz (1973)

The use of complex, non-algorithmic thinking to


solve a task in which there is not a predictable,
well-rehearsed approach or pathway explicitly
suggested by the task, task instruction, or a worked
out example. Stein and Lane (1996)

LOT is involved when students are solving tasks


where the solution requires applying a well-known
algorithm, often with no justification, explanation,
or proof required, and where only a single correct
answer is possible.

HOT as solving tasks where no algorithm has


been taught, where justification or explanation are
required, and where more than one solution may
be possible. Senk, et al (1997)

Resnick (1987)

Senk, Beckman, & Thompson (1997)

LOT as solving tasks while working in familiar


situations and contexts; or, applying algorithms
already familiar to the student. Thompson (2008)

HOT involves solving tasks where an algorithm


has not been taught or using known algorithms
while working in unfamiliar contexts or situations.
Thompson (2008)

MASALAH RUTIN KBAR

Masalah rutin merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi


aritmetik sahaja dalam menyelesaikannya. Dalam menyelesaikan masalah
rutin, kita hanya perlu memahami masalah, memilih operasi yang sesuai
serta mengaplikasikan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur
penyelesaiannya adalah sudah kita ketahui. Ketika menyelesaikan masalah
rutin, kita perlu mengenalpasti
1.

Apakah soalan yang perlu dijawab

2.

Fakta-fakta atau nombor yang perlu digunakan

3.

Operasi-operasi yang perlu digunakan

4.

Anggaran nilai penyelesaian

Masalah rutin memberi kesan seperti berikut kepada kita:


a.

Memberi latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah -

langkah yang berurutan


b.
c.

Mempertingkat kemahiran-kemahiran dalam operasi asas


Memberi peluang untuk berfikir tentang perkaitan antara sesuatu

operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

Contoh-Contoh Soalan Rutin


Contoh 1 :
Ali makan 2 keping roti. 5 minit kemudian, dia makan 1 keping lagi roti.
Berapa banyak keping roti Ali makan kesemuanya?
Contoh 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut
dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?

Contoh 3 :
Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar
17 meter.
Contoh 4 :
Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter
persegi dan lebar 6 meter.

MASALAH BUKAN RUTIN KBAT


Masalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan proses-proses
yang lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah berbanding masalah rutin.
Untuk mencari penyelesaian dalam masalah bukan rutin adalah bergantung
kepada kebolehan menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah
bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur
penyelesaian masalah bukan rutin tidak kita ketahui. Masalah bukan rutin
biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses
pemikiran yang berbeza.
Antara kesan positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah
seperti berikut:
1. Dapat

mengembangkan

penggunaan

strategi-strategi

penyelesaian

masalah
2. Memberi
berkongsi

peluang

untuk

kaedah-kaedah

memikirkan

penyelesaian

pelbagai
masalah

cara

penyelesaian,

serta

meningkatkan

keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik


3. Dapat menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik
4. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis.
Contoh-contoh Soalan Bukan Rutin

Contoh 1 :
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut
dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah
bilangan

syiling

yang

diterima

oleh

Maria

sekiranya

jurujual

itu

memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?


Terangkan jawapan anda?
Contoh 2 :
Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat.
Dia mempunyai 20 meter wayar pagar.
1.

Apakah saiz segi empat yang boleh beliau hasilkan?

2.

Bentuk manakah yang terbaik

Contoh 3 :
Antara nombor-nombor berikut, nombor yang mana berbeza? Mengapa?
23, 20, 15, 25
Contoh 4 :
Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada
rakannya dengan harga RM240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak
20% selepas menjual basikal itu.
Berapakah harga kos basikal tersebut ?

Anda mungkin juga menyukai