Anda di halaman 1dari 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN JENIS FAKTA DALAM

KALANGAN MURID SEDERHANA TAHUN EMPAT


MELALUI GAMBAR DAN KATA KUNCI

MOHANASUNDARI A/P MUNIANDY


IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta dalam
kalangan murid sederhana tahun empat melalui gambar dan kata kunci. Objektif kajian ini adalah
untuk membolehkan murid menyeneraikan dan menyusun isi-isi penting mengikut urutan,
menulis rangka petikan dan menulis sebuah karangan fakta yang penuh serta sempurna
menggunakan gambar dan kata kunci. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Tamil) Ladang Victoria, Kedah. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada lapan
orang murid dari tahun empat yang berumur sepuluh tahun. Data-data diperolehi melalui kaedah
ujian intervensi sebelum dan selepas, temubual berstuktur, dan pemerhatian. Dapatan kajian
menunjukkan pelaksanaan penilaian yang berterusan benar-benar membantu meningkatkan
kemahiran menulis karangan jenis fakta murid. Dalam kajian ini, murid didedahkan dengan cara
penggunaan gambar dan kata kunci yang berkesan bagi memudahkan mereka supaya mengenali
dan menggunakan gambar dan kata kunci secara efektif untuk merangka isi-isi yang penting
sesebuah karangan jenis fakta. Dapatan daripada temubual dan soalselidik menunjukkan guruguru mengakui bahawa kaedah yang digunakan oleh pengkaji berkesan dan amat sesuai
digunakan untuk menulis karangan jenis fakta. Dapatan pemerhatian yang dilaksanakan oleh
pengkaji menunjukkan murid-murid berasa lebih selesa dan senang untuk merangka isi-isi
penting melalui kaedah ini. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah gambar dan kata
kunci dapat mempertingkatkan kemahiran menulis karangan berfakta dalam kalangan responden.

Anda mungkin juga menyukai