Anda di halaman 1dari 12

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF K, O, DAN S


BAGI MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN KAEDAH
BUKU GARIS TIGA ( BUGATI )
Oleh:
Muhammad Syafiq Bin Majid & Che Mansor Bin Che Tom
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail
pjidzar@yahoo.com & chemansor@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian Tindakan ini meninjau permasalahan yang dialami oleh murid Tahun 5
Arif di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Kuala Terengganu berkaitan
penguasaan murid dalam kemahiran menulis huruf k, o, dan s. Hasil tinjaun
pengkaji mendapati seramai empat orang menghadapi masalah ketika menulis
perkataan atau membina ayat sama ada meletakkan huruf besar di belakang
atau di tengah perkataan dan menulis huruf kecil pada permulaan ayat
khususnya bagi huruf k, o, dan s. Pengkaji menggunakan empat instrumen
untuk mengumpul data antaranya ujian, pemerhatian, soal selidik dan temu
bual. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif yang berkehendakkan
pengkaji membaiki mutu amalan pengajaran sebagai guru bagi membantu
empat orang peserta kajian yang telah dikenal pasti tersebut. Pengkaji
membina satu intervensi yang dinamakan Buku Garis Tiga (BUGATI). Hasil
dapatan selepas intervensi dijalankan, semua peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan dengan mencapai
52.5% peningkatan min peratusan markah ujian yang dijalankan setelah
rawatan melalui kaedah BUGATI dilaksanakan terhadap peserta kajian.
Kata kunci: meningkatkan,kemahiran menulis, Buku Garis Tiga (BUGATI)

PENDAHULUAN
Semasa pengkaji melakukan pemerhatian ketika proses PdP di dalam kelas serta menyemak
tugasan yang pengkaji edarkan kepada murid tahun 5 Arif, pengkaji mendapati bahawa
kebanyakan mereka masih gagal untuk mengusai kemahiran menulis dalam membezakan
huruf besar dan huruf kecil ketika menulis perkataan atau membina ayat sama ada
meletakkan huruf besar di belakang atau di tengah perkataan dan menulis huruf kecil pada
permulaan ayat.Justeru itu, pengkaji mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih
lagi berada di sekeliling pengkaji sedangkan sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan
kelemahan dan kekurangan murid-murid tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini
adalah penting bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan kesalahan
dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap dua ini.
Menurut Raminah Hj. Sabran (1989), kemahiran menulis merupakan satu kemahiran
yang memerlukan penguasaan terhadap berbagai-bagai subkemahiran dan pengetahuan
126

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

tentang aspek-aspek bahasa seperti perbendaharaan kata, sistem ejaan dan tulisan, tatabahasa,
tanda-tanda bacaan dan kemahiran mengolah atau menyampaikan buah fikiran dengan lancar,
kemas dan berkesan.
Zailan Jemat ( 2005 ) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan di
tengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca.
Masalah ini telah dikenal pasti berlaku kepada beberapa orang murid di dalam kelas sewaktu
sesi pengajaran berlangsung.
Di samping itu, pendapat Rasihidi Azizan & Abdul Razak Habib (1998) yang
menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada
usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang
seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar.
Kenyataan tersebut juga dapat disokong melalui kajian Anisah Binti Anuar @ Yong
Hui Ming (2010) dalam artikel beliau yang bertajuk Membetulkan Tulisan Huruf k dan s
Kecil Murid Tahun Tiga Menggunakan Lembaran Kerja Garisan Berkembar Tiga Dibantu
Oleh Carta Huruf dan Kaedah Ansur Maju. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa
kesemua empat peserta kajian beliau menunjukkan prestasi yang positif dalam kesemua
sembilan lembaran kerja garisan berkembar tiga dibantu oleh carta huruf dan kaedah ansur
maju membantu membetulkan tulisan huruf k dan s semasa menulis ayat dan perkataan
Bahasa Melayu.
Di samping itu, Tiong Houng Ching (2005) dalam kajiannya yang bertajuk
Membaiki Tulisan Pelajar Tingkatan Peralihan Dengan Kaedah Ansur Maju serta latih tubi
turut menekankan kaedah yang sama dengan menggunakan garis berkembar tiga bagi
mengurangkan masalah menulis huruf besar dan huruf kecil. Kajian-kajian tersebut
mendorong saya menggunakan pendekatan dan teknik yang sama bagi membantu peserta
kajian saya.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, analisis dokumen (lembaran kerja
pelajar dan Ujian Pengesanan), dan temu bual bagi tujuan tinjauan masalah.
Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan
dengan masalah ini:
6. Murid melakukan kesalahan ejaan ketika latihan di dalam kelas
7. Murid tidak dapat menguasai dengan baik kemahiran menulis huruf k, o, dan s
semasa menjawab soalan.
8. Murid tidak memberi tumpuan dan hilang fokus dalam pembelajaran mereka
9. Murid tidak berminat untuk mempelajari kemahiran menulis dan menjawab soalan
penulisan.

127

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menulis huruf
k, o, dan s dengan betul.
Objektif khusus kajian ini supaya pelajar dapat:
4. Mengenal pasti cara menulis huruf besar dan huruf kecil bagi abjad k, o , dan s
dengan menggunakan Kaedah Ansur Maju Buku Garis Tiga (BUGATI).
5. Meningkatkan minat murid ketika melakukan aktiviti dengan menggunakan Kaedah
Ansur Maju Buku Garis Tiga (BUGATI).
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
3. Adakah Kaedah Ansur Maju Buku Garis Tiga (BUGATI) dapat membantu murid
untuk mengenal pasti cara menulis huruf besar dan huruf kecil bagi abjad k, o , dan s
dengan betul?
4. Bagaimanakah Kaedah Ansur Maju Buku Garis Tiga (BUGATI) dapat meningkatkan
minat murid ketika melakukan aktiviti menulis?
KUMPULAN SASARAN
Sasaran kajian ini adalah empat orang pelajar kelas 5 Arif Sekolah Kebangsaan Bukit Wan
yang juga merupakan sekolah luar bandar. Kelas tahun 5 Arif mempunyai seramai 28 murid
yang terdiri daripada 16 orang lelaki dan 12 orang perempuan berusia 11 tahun. Keseluruhan
murid kelas ini adalah pelajar Melayu dan berbahasa Melayu. Selain itu, kebanyakan murid
kelas ini datang dari keluarga bersosioekonomi sederhana. Kebanyakan murid merupakan
anak petani dan juga pekerja sendiri. Terdapat dua orang peserta kajian merupakan anak
petani dan seorang merupakan anak kepada pemandu lori dan seorang lagi merupakan anak
kepada penoreh getah. Peserta kajian mempunyai pencapaian purata C dalam mata pelajaran
bahasa Melayu dan mempunyai minat yang kurang terhadap bahagian penulisan bahasa
Melayu.

128

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

TINDAKAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Model Kajian Tindakan Kemmis &
McTaggart dalam menjalankan kajian tindakan ini.

Lingkaran
pertama

Lingkaran
pertama

Rajah 1: Lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (Model Kajian Tindakan Kemmis
& McTaggart)
Refleksi
Pengkaji mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah kemahiran menulis
dalam membezakan huruf besar dan huruf kecil khususnya bagi abjad k , o dan s berdasarkan
refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.
Setelah beberapa kali pengkaji melaksanakan aktiviti PdP di kelas 5 Arif, pengkaji mendapati
ramai murid dari kelas tersebut cenderung mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil
dalam perkataan yang ditulis. Kesilapan huruf yang sering ditulis ialah huruf-huruf yang
mempunyai bentuk yang sama seperti huruf besar K, O, dan S dan huruf kecil k,
odan s. Di samping itu juga murid kurang berminat dalam menjawab soalan penulisan
Bahasa Melayu.

Perancangan
Pengkaji telah merancang tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul
tersebut. Objektif utama perancangan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid
dalam menulis huruf besar dan huruf kecil khususnya bagi abjad k, o, dan s dengan betul.
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan Kaedah Ansur Maju Buku Garis Tiga
(BUGATI) bagi membantu peserta kajian yang dipilih untuk meningkatkan kemahiran dalam
menulis huruf k, o, dan s dengan betul.

129

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Rancangan ini termasuk mengadaan ujian pra dan ujian pasca, penggunaan Kaedah Ansur
Maju Buku Garis Tiga (BUGATI), pemerhatian, soal selidik dan temu bual.
Tindakan
Semasa fasa tindakan, pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
mengenalpasti hasil dapatan.
Langkah pertama dalam pelaksanaan tindakan adalah menjalankan satu sesi soal selidik awal
bagi melihat perubahan minat murid terhadap kemahiran menulispada sebelum dan selepas
intervensi dijalankan terhadap peserta kajian. Seterusnya, pengkaji menjalankan satu ujian
pra bagi mendapatkan peratusan markah bagi menilai kemahiran menulis peserta kajian bagi
huruf k, o, dan s sebelum kaedah rawatan diperkenalkan kepada mereka
Setelah ujian pra dijalankan, pengkaji akan memperkenalkan Kaedah Ansur Maju Buku
Garis Tiga (BUGATI) yang dilengkapkan dengan latihan menulis secara ansur maju kepada
peserta kajian. Buku tersebut mempunyai tiga garisan yang akan memudahkan serta
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf k, o, dan s.
Terdapat beberapa langkah dalam kaedah BUGATI, langkah yang pertama ialah menulis 26
abjad dengan betul menggunakan BUGATI. Seterusnya, peserta kajian akan menulis
perkataan dengan betul menggunakan BUGATI dan langkah yang ketiga ialah peserta kajian
akan menulis ayat secara teknik imlak menggunakan BUGATI. Setelah peserta kajian tamat
menggunakan kaedah BUGATI, pengkaji akan mengedarkan soalan ujian pasca kepada
peserta kajian. Soalan ujian pra dan ujian pasca merupakan soalan yang serupa. Tujuannya
ialah memastikan kesahan dan kebolehpercayaan hasil dapatan daripada ujian pasca yang
bakal diadakan. Setelah intervensi dijalankan, pengkaji juga akan mendapatkan maklumat
menggunakan pemerhatian secara berstruktur, soal selidik dan temu bual.
Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud
pengkaji perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian dan juga
borang soal selidik.
Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrument seperti ujian pra
dan ujian pasca, borang soal selidik, dan temu bual. Selain itu, pemerhatian berstruktur
digunakan bagi melihat perubahan tingkah laku responden. Tujuan soal selidik dan temu bual
digunakan ialah mengukur minat peserta kajian dalam mempelajari kemahiran menulis.
Data yang diperoleh ini akan digunakan dan dijadikan sebagai pengukur sama ada kajian ini
berjaya atau gagal.
Refleksi
Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian yang
berjaya akan menunjukkan peningkatan kemahiran menulis peserta kajian perubahan minat
mereka. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji perlu mengenal
pasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan melakukan penambahbaikkan.
130

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Lingkaran kedua
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki.
Pengkaji mendapati masalah utama yang membawa kepada keadaan ini adalah kelemahan
alat intervensi itu sendiri. Keadaan ini membawa pengkaji kepada lingkaran kedua dalam
kajian ini dengan melakukan penambahbaikkan tehadap intervensi yang dijalankan terhadap
peserta kajian.
Perancangan kedua
Dalam lingkaran kedua, pengkaji memulakan semula kajian daripada peringkat rancangan.
Pada masa ini, pengkaji merancang untuk bahan bantu mengajar maujud menggunakan tali
dan tanah liat dalam membentuk huruf k, o, dan s. Pada peringkat perancangan, kaedah dan
konsep buku garis tiga yang digunakan masih lagi sama dengan sebelum ini. Namun begitu,
terdapat suatu penambahbaikkan pada alat intervensi yang diharap dapat memberikan kesan
yang berbeza kepada peserta kajian.
Tindakan kedua
Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan penambahbaikkan yang telah
dilakukan2. Ujian pasca kedua telah dilaksanakan bagi menilai keberkesanan
penambahbaikkan tersebut. Setelah selesai, satu sesi temu bual dijalankan kepada peserta
kajian bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai BUGATI.
Pemerhatian kedua
Pada fasa pemerhatian kedua ini, pengkaji akan mendapatkan maklumat tentang kajian yang
dijalankan melalui temu bual dan ujian pasca kedua. Dapatan daripada ujian pasca kedua ini
akan dibandingkan dengan ujian pasca pertama. Pengkaji juga akan menilai pandangan
peserta kajian daripada sesi temu bual yang dijalankan.
Refleksi kedua
Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak berdasarkan
kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh. Pada lingkaran kedua ini, pengkaji berasa amat
berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh. Oleh itu, lingkaran seterusnya tidak dijalankan.

131

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Membantu membantu murid untuk mengenal pasti cara menulis huruf besar dan
huruf kecil bagi abjad k, o , dan s dengan betul.

Ujian Pra dan Ujian Pascca


120
100
80
Peratus %

60

Ujian Pra

40

Ujian Pasca 1

20
0

Ujian Pasca 2
PK 1

PK 2

PK 3

PK 4

Ujian Pra

40

20

40

60

Ujian Pasca 1

60

60

80

80

Ujian Pasca 2

90

80

100

100

Rajah 2: Analisis perbandingan peratusan markah antara ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian
pasca 2
Berdasarkan graf di atas, setelah pengkaji menjalankan kitaran kedua kajian terhadap peserta,
hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang tinggi antara ujian pra dan
ujian pasca bagi setiap peserta kajian. Peserta kajian 1 mengalami peningkatan sebanyak
50%, peserta kajian 2 dan peserta kajian 3 mencatatkan peningkatan yang tertinggi iaitu
sebanyak 60%, dan peserta kajian 4 meningkat sebanyak 40%.

132

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Pemerhatian
Jadual 1: Analisis Data Borang Senarai Semak Pemerhatian
__________________________________________________________________
Kod
Fokus Pemerhatian
__________________________________________________________________
1
Dapat menulis huruf besar dan huruf kecil bagi abjad k, o, dan s dengan
betul.
Dapat menulis perkataan dengan baik dan betul di dalam buku latihan.
Dapat menulis perkataan dengan baik dan betul di papan hitam.
Dapat menyatakan perbezaan huruf besar dan huruf kecil bagi abjad k ,o
dan s.
Dapat mengingat bentuk huruf besar dan huruf kecil bagi abjad k ,o dan s
dengan betul.
Dapat memberikan jawapan betul atau salah tentang penggunaan huruf
besar dan huruf kecil.

2
3
4
5
6

_________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Kod PK1
PK2
PK3
PK4
Kekerapan
Peratusan
Kekerapan(%)
__________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6

/
/
/
/
/
/

/
/
/
/

/
/

/
/

3
2
4
2
2
3

75
50
100
50
50
75

__________________________________________________________________
Berdasarkan analisis pemerhatian yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa
keempat-empat peserta kajian telah berjaya untuk mengenal pasti cara menulis huruf besar
dan huruf kecil bagi abjad k, o , dan s dengan betul.

Meningkatkan minat murid ketika melakukan aktiviti menulis.


Bagi menilai pandangan dan minat peserta kajian ketika melakukan aktiviti menulis huruf,
pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual terhadap peserta kajian.

133

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Soal Selidik
Jadual 2: Taburan Kekerapan Dan Analisis Soal Selidik Sebelum dan Selepas Intervensi

NO

ITEM

Saya minat belajar


mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Saya suka menulis
ayat.
Saya suka menjawab
soalan penulisan.
Saya memberikan
perhatian ketika
aktiviti menulis.
Yakin dapat
menjawab soalan
penulisan dengan
baik.
Saya gembira
melihat hasil tulisan
tangan sendiri.

2
3
4

SEBELUM SELEPAS SEBELUM SELEPAS


YA
TIDAK
1
4
3
0

Hasil daripada soal selidik yang dilakukan pada sebelum kaedah ansur maju BUGATI
diperkenalkan kepada peserta kajian, keempat-empat peserta kajian tidak menunjukkan minat
dan respon yang baik dalam mempelajari kemahiran menulis sewaktu pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Setelah, kaedah ansur maju BUGATI diperkenalkan kepada
semua peserta kajian, hasil daripada soal selidik mendapati bahawa keempat-empat peserta
kajian menunjukkan minat serta respon yang positif ketika melakukan aktiviti menulis. Ini
telah membuktikan bahawa kaedah ansur maju BUGATI ini telah berjaya meningkatkan
minat murid ketika mempelajari cara menulis dengan lebih baik.

134

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Temu Bual
Jadual 3: Analisis Transkripsi Temu Bual
Bil

Soalan Temu Bual

Suka tak belajar dengan menggunakan


buku garis tiga?
Setelah awak dah belajar menulis
menggunakan buku garis tiga, seronok
tak lihat hasil tulisan awak?
Selepas awak dah belajar menulis
menggunakan buku garis tiga, berminat
tak bila cikgu ajar latihan penulisan di
dalam kelas?
Awak seronok tak bila cikgu minta
awak bentukkan huruf kecil dan huruf
besar menggunakan tanah liat?

Kod 1 :

Berkesan

Kod 2 :

Tidak Berkesan

Bilangan Kod
1
2
4
0
4

Berdasarkan Jadual 3, semua peserta kajian menunjukkan respon positif dengan setiap soalan
yang dikemukakan oleh pengkaji. Ini membuktikan bahawa, keadah BUGATI telah berjaya
meningkatkan minat peserta kajian ketika mempelajari cara menulis huruf

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN


Membantu murid untuk mengenal pasti cara menulis huruf besar dan huruf kecil bagi
abjad k, o , dan s dengan betul.
Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan kaedah Buku Garis Tiga (BUGATI)
membantu murid mengenal pasti cara menulis huruf besar dan huruf kecil bgi abjad k, o, dan
s dengan betul. Dapatan kajian juga mendapati peratusan markah peserta kajian dalam ujian
pra dan ujian pasca meningkat dengan mendadak. Sebelum penggunaan BUGATI, markah
yang diperoleh peserta kajian kurang memuaskan tiada seorang peserta kajian berjaya
mendapat markah yang penuh dalam ujian yang dijalankan. Melalui pemerhatian yang
dilakukan oleh pengkaji, peserta kajian menunjukkan respon yang baik dari aspek tingkah
laku dan lisan.
Dapatan kajian ini selari berpadanan dengan dapatan kajian oleh Anisah Binti Anuar
@ Yong Hui Ming (2010) dalam artikel beliau yang bertajuk Membetulkan Tulisan Huruf
135

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Kecil k dan s Murid Tahun Tiga Menggunakan Lembaran Kerja Garisan Berkembar Tiga
dibantu oleh Carta Huruf dan Kaedah Ansur Maju. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan
bahawa kesemua empat peserta kajian beliau menunjukkan prestasi yang positif dalam
kesemua sembilan lembaran kerja garisan berkembar tiga dibantu dengan carta huruf dan
kaedah ansur maju membantu membetulkan tulisan huruf k dan s semasa menulis ayat
dan perkataan Bahasa Melayu. Kesimpulannya, kaedah ansur maju BUGATI telah berjaya
membantu peserta kajian mengenal pasti cara menulis huruf besar dan huruf kecil bagi abjad
k, o , dan s dengan betul.
Meningkatkan minat murid ketika melakukan aktiviti menulis.
Sebelum penggunaan ansur maju kaedah BUGATI, peserta kajian kurang berminat untuk
melakukan aktiviti menulis dan menganggap bahagian penulisan bahasa Melayu susah serta
membosankan. Namun, hasil daripada kajian ini, minat perserta kajian terhadap aktiviti
menulis telah meningkat. Ini merupakan salah satu bukti bahawa alat intervensi ini berjaya
meningkatkan minat peserta kajian terhadap aktiviti menulis..
Melalui temu bual yang dilakukan oleh pengkaji, keempat-empat peserta kajian
menunjukkan respon yang positif hasil daripada temu bual antara pengkaji dan peserta
kajian. Di samping itu, semua peserta kajian menyatakan perasaan seronok ketika
menggunakan tanah liat dalam aktiviti pembelajaran. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian
hasil daripada soalan temu bual secara berstuktur yang telah disediakan oleh pengkaji.
Data ini kemudiaannya disokong oleh kajian yang Hadiah Senin (1999), dalam
kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam
matapelajaran sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu,
Cina dan India dari lima buah sekolah di daerah Batu Pahat Johor mendapati pelajar-pelajar
yang baik pencapaiannya dalam bidang sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat
terhadap matapelajaran tersebut.

136

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

RUJUKAN
Anisah Binti Anuar @ Yong Hui Ming (2010) Membetulkan tulisan huruf k dan s kecil
murid Tahun Tiga menggunakan lembaran kerja garisan berkembar tiga dibantu oleh
carta huruf dan kaedah unsur maju, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Sarawak.
Muhammad Azizi Rahim. (2010). Kesan Bimbingan Individu Dalam Mengurangkan
Kesilapan Menulis Huruf Besar Di Tengah Perkataan Bahasa Melayu Murid Tahun
Lima. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak.
Tiong Houng Ching (2005). Membaiki tulisan pelajar Tingkatan Peralihan dengan Kaedah
Ansur Maju. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan MBPL Tahun 2005, 84-96.
Velillie Entalai Juan. (2010). Teknik Garis Tiga Dalam Mengatasi Masalah Menulis Huruf
Besar Ayat Bahasa Melayu Murid Tahun Tiga. Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Sarawak.
Zailan Bin Jeman. (2005). Besar dan kecil. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan 2005
MP Batu Lintang, Kuching dan Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Serian, Sarawak,
63-70.

137

Anda mungkin juga menyukai