Anda di halaman 1dari 5

Tajuk

Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Merumus Karangan Dalam Bahasa Melayu Di kalangan Murid Tahun 6 SK Pulau
Gaya Melalui Modul Program Rakan Murni

Langkah

Butiran

Mata pelajaran

Bahasa Melayu (Penulisan)

Masalah atau isu

Terdapat sebilangan murid yang mampu mengenal pasti


isi-isi penting yang terdapat dalam petikan, tetapi tidak
boleh mengaitkan isi-isi penting tersebut dengan nilai-

nilai murni dan seterusnya merumus karangan.


Terdapat
sebahagian murid langsung tidak dapat
mengenal pasti isi penting, apatah lagi untuk merumus
karangan. Perkara ini menyebabkan mereka tidak mahu
menulis langsung dan sebahagiannya hanya menyalin
semula petikan yang diberikan.

Tujuan, Objektif & Soalan Kajian

Tujuan:

Melihat sejauh manakah masalah di dalam kemahiran


merumus karangan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar tahun 6.

Objektif :
1. Melihat tahap keberkesanan penggunaan modul program
Rakan Murni dalam meningkatkan kemahiran Merumus
karangan dalam Bahasa Melayu di kalangan murid Tahun
6.

Soalan Kajian:
1. Apakah

tahap

penggunaan

keberkesanan

modul

program

tahap
Rakan

keberkesanan
Murni

dalam

meningkatkan kemahiran Merumus karangan dalam


Bahasa Melayu di kalangan murid Tahun 6.

Tinjauan bacaan

Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul


dan permainan semakin popular kerana ia menyediakan
peluang untuk pelajar bergiat aktif dalam proses
pembelajaran. Murid - murid yang menggunakan modul
latih tubi, dikatakan dapat mengukuhkan keyakinan diri,
menambahkan tahap komunikasi serta meningkatkan
sikap positif terhadap pembelajaran berbanding dengan
buku teks dan buku latihan biasa. Ini telah dibuktikan
dengan kelahiran modul-modul seperti Modul PROTIM,
Modul KIA2M, Modul RINTIS Tahun Satu dan

Teori atau Model

sebagainya.
Teori Behaviorism mengatakan bahawa peniruan sangat
penting dalam mempelajari bahasa. Teori ini juga
mengatakan bahawa mempelajari bahasa berhubungan
dengan pembentukan hubungan antara kegiatan stimulus-

respons dengan proses pengukuhan. Proses pengukuhan


ini diperkuat oleh suatu situasi yang dikawal, yang
dilakukan secara berulang-ulang. Sementara itu, kerana
rangsangan dari dalam dan luar mempengaruhi proses
pembelajaran, murid murid

akan memberi respons

dengan mengatakan sesuatu. Jika respons adalah tepat,


maka mereka akan mendapat pengukuhan dari orangorang dewasa di sekitarnya. Saat proses ini terjadi
berulang-ulang, lama kelamaan murid akan menguasai
Pendekatan Penyelidikan

pertuturan mahupun penulisan.


Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif

Temu bual bersama murid


Analisis dokumen
Pemerhatian
Ujian pra dan pos

Sampel kajian

Terdiri daripada 25 orang murid tahun Enam iaitu tiga


belas orang murid perempuan dan dua belas orang murid
lelaki berumur dalam lingkungan dua belas tahun.

Analisis Data

Analisis kualitatif anekdot temu bual


Analisis Dokumen - membuat inferens berdasarkan
ketepatan nilai , ketepatan masa serta mengikut format
yang telah ditetapkan dalam merumus karangan bahagian

C.
Analisis pemerhatian - mengkategorikan tingkah laku

yang diperhatikan oleh pengkaji terhadap sampel


Analisis Ujian pra dan ujian pos - dianalisis untuk
mengetahui sejauh mana keberkesanan rawatan terhadap
responden yang dirawat.

Anda mungkin juga menyukai