Anda di halaman 1dari 29

TAJUK KAJIAN:

MASALAH MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 SEKOLAH


KEBANGSAAN PULAU GAYA

BAB 1 -PENGENALAN

1.1Pendahuluan

Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih
kompleks.

Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang bagi

memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta menguasai
proses bacaan tersebut.

Kebiasaannya masalah dalam proses membaca ini banyak dihadapi

oleh murid diperingkat sekolah rendah. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar di
sekolah menengah tidak pandai membaca. Hal ini amat membimbangkan kerana jika mereka
tamat persekolahan tanpa menguasai kemahiran membaca dikhuatiri mereka menghadapi
kesukaran dalam persaingan hidup dan untuk mendapatkan pekerjaan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia,


2003) menggariskan 11 objektif yang merangkumi beberapa kemahiran berbahasa
sebagaimana yang berikut:

i.

Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan

sehari-hari;

ii.

Bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa

yang sesuai dan bertatasusila;

iii.

iv.

Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;

Menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan

pengetahuan dan hiburan;

v.

Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang

betul;

vi.

Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;

vii.

Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

viii.

Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

ix.

Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

x.

Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan

xi.

Menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli

masyarakat yang berbilang keturunan.

1.2 LatarBelakang Masalah

Menurut Roselan Baki (2003), murid-murid sekolah rendah adalah aset negara di masa
hadapan bagi meneruskan kelangsungan dan kesinambungan bangsa dalam memajukan
negara menjelang Wawasan2020. Namun, adanya jurang pemisah dalam mengembangkan
generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Penekanan dalam konsep keragaman
kecerdasan serta perbedaan individu murid membuat pendidikan pemulihan sebagai pilihan
dalam membantu mereka agar berhasil mencapai tujuan kehidupan dan keberhasilan sistem
pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan adalah satu pendekatan yang berbeda
dari kelas biasa dalam sistem persekolahan nasional. Pendidikan pemulihan berfokus tujuan
memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu cacat dalam membentuk keterampilan
pembelajaran murid. Permasalahan murid lembam amat merisaukan bukan hanya kepada para
ibu bapanamun turut melibatkan masyarakat dan kerajaan. Masalah prestasi yang rendah atau
masalah pembelajaran murid biasanya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan
persekitaran.

Ketika seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkanmereka


tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran lisan dasar. . Antara kelemahan murid dalam
kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan sama bentuknya,
membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal
ini pasti membuat murid salah faham dalam menyebut susunan rangkai kata, ayat, intonasi
dengan gaya yang tepat. Ketidakupayaan murid menguasai kemahiran membaca dan
mengakibatkan murid tidak tertarik untuk belajar dan tidak fokus sepenuhnya. Selain itu,
faktor luar kawalan juga penyebab masalah penguasaan kemahiran membacaseperti masalah
kecacatan, penyakit dan genetik. Hal ini ditambah dengan faktor persekitaran seperti
kemiskinan dan kurang perhatian dari orang tua juga merupakan penyumbang kepada
permasalahan menguasai kemahiran membaca.

Oleh halyang demikian,guru merupakan tonggak utamadalam mengesan kelemahan membaca


muridnya dan seterusnya menjalankan pemulihan bacaan dengan segera.

Pelbagai kaedah

dan formula mengajar membaca yang boleh dilaksanakan untuk memulihkan murid yang

lemah dalam membaca. Jadi,kaedah mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah
sesuai dengan kebolehan membaca murid.

1.3

Isu Isu Dalam Pendidikan

Pada tahun 2005, Kementerian Pendidikan menyedari wujudnya masalah murid yang tidak
tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di pada persidangan Dewan
Rakyat Ketika itu.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi

masalah tersebut sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan
khas segera ditambah ke sekolah sekolah yang terbabit. Sehubungan itu, terdapat lebih
kurang dalam 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca,
mengira dan menulis. Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran 3M belum dapat disahkan sama ada benar 100,000 murid atau
kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika langkah yang
sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak. Selain itu, mutakhir ini juga masih ramai lagi
murid yang keciciran bukan sahaja dalam kemahiran membaca malahan kemahiran menulis
dan mengira.

Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, pada November 2005, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa Mesyuarat Memperkasakan
Sekolah Kebangsaan, di mana satu ketetapan telah dibuat supaya masalah kegagalan
membaca dan menulis dalam kalangan murid tahun satu ditangani segera. Kemahiran atau
konsep 3M membaca, menulis dan mengira dengan digiat dilaksanakan di semua
sekolah seluruh Malaysia yang melibatkan penglibatan awal murid prasekolah.
Sehubungan itu, pelbagai pendapat daripada mulut masyarakat tentang siapakah yang harus
dipersalahkan dalam masalah ini dan sudah pasti pihak yang disalahkan adalah pihak pendidik
yang dikatakan lemah dan cuai dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru. Oleh
yang demikian, sebagai guru, haruslah peka dengan keadaan ini dan salah satu langkah untuk
menanamkan minat membaca pelajar adalah dengan mengadakan pelbagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang menjurus kepada penerapan minat membaca. Dengan adanya minat
membaca yang mendalam, murid akan dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan mudah.

1.4

Pernyataan Masalah

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi di mana prosesnya adalah tidak sama
seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi
psikomotor tapi sebaliknya, kanakkanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini
bermaksud, kemahiran membaca perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan.
Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi.
Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan
seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di
peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak berupaya menguasai
kemahiran membaca dengan baik.

Menurut Yahya Othman (2005), dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek
bacaan dan pemahaman perlu diberi penekanan kerana kemahiran itu adalah pemangkin
kepada kejayaan penguasaan bahasa serta mata pelajaran yang lain. Menurut beliau lagi,
penentuan kejayaan ini juga dapat dilihat dengan menilai sejauh mana pelajar dapat membaca
teks bahasa Melayu serta dapat pula memahaminya dengan baik. Penguasaan kemahiran itu
juga dapat membantu pelajar meneroka khazanah ilmu yang terkandung dalam bahasa serta
mampu menjadi pengguna bahasa yang baik.

Sebagai seorang guru yang mengajar pada tahun lima dalam subjek Bahasa Melayu,
saya seringkali berhadapan dengan situasi di mana murid murid yang menghadapi masalah
dalam memahami bahan bacaan dan mereka gagal memahami maksud perkataan dan
frasa,gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks lambat member
tindakbalas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan
akibat

dalam

bahan

bacaan

seterusnya

tidak

dapat

mentafsiratau

menggunakan

carta,graf,peta,rajahdanlain-lain dalam bahan bacaan. Selain itu, ada juga terdapat murid
yang mengeja ketika membaca dan ini juga adalah satu masalah dalam kemahiran bacaan.
Proses membaca sememangnya bermula dengan mengenal huruf, membunyikan huruf dan
seterusnya mengeja perkataan. Bagi mereka yang sepatutnya telah menguasai kemahiran
membaca, mereka tidak perlu mengeja perkataan demi perkataan ketika mereka membaca.

1.5

Kerangka Konseptual

Bagi menghuraikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

di sekolah

rendah,

kerangka konseptual yang sesuai adalah berasaskan kepada model Pendekatan Bersistem
CIPP(Context,Input, Processand Product). Menurut Hall (2012), model ini membincangkan
tiga elemen penting berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu penggarisan, pemerolehan
dan penyediaan. Elemen penggarisan memfokuskan kepada informasi yang dapat ditakrifkan
dan

lebih

spesifik.

Elemen

pemerolehan

melibatkan

proses

pengumpulan

data,

mengorganisasi dan menganalisis penilaian pengajaran dan pembelajaran. Dalam elemen


penyediaan pula merupakan kesinambungan daripada tujuan sistem penilaian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini merangkumi asas metodologi
dalam kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Kerangka konseptual untuk
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada empat model iaitu konteks,
input, proses dan output.

P en ilaia
n
P ro du k
P e nila ia
n
P rose s

M o de l
C IP P

P en ila ia
n In p ut

Rajah 1.1 Kerangka Koseptual Model CIPP

P en ilaia
n
K on tek
s

Dalam kajian ini, konteks melibatkan antara guru dan murid manakala input
merupakan murid sekolah. Proses pula melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dan output ialah hasil pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Kaedah pengajaran, sukatan pengajaran dan bahan pengajaran adalah elemen yang saling
berhubung kait untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah. Manakala penilaian pula merujuk kepada satu sistem maklum balas yang
dapat digunakan untuk menilai perubahan serta memberikan maklumat kepada guru
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dalam kajian ini, pendekatan komunikatif, deduktif, induktif dan elektif diukur bagi
mengetahui sejauh mana guru-guru mengaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas.
Perkaedahan merujuk kepada pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti
mengajar, latihan, persoalan dan perbincangan yang selalu digunakan oleh guru-guru.
Bahan bantu mengajar ialah bahan yang digunakan oleh guru bagi membantu pelajar
mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Aspek penilaian pengajaran
bermaksud proses pengumpulan maklumat berkenaan kemajuan dan prestasi pelajar. Hasil
daripada penilaian ini dapat digunakan oleh guru untuk menyediakan alternatif yang lebih
baik bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah.

1.6

ObjektifKajian

Matlamat matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan murid
yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara,bahasa perpaduan

dan bahasa ilmu. Usaha ini yang berterusan kearah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta bertujuan untuk
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia. Antara

objektif kajian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah
seperti berikut:

i.

Mensasarkan agar murid dapat membaca dengan lancar ketika mengunakan tanda baca

dan membacanya dengan sebutan serta intonasi yang betul;

ii.

Mengenal pasti masalah murid yang kelambatan dalam menguasai kemahiran

membaca.

1.7

SoalanKajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian diatas, kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan
yang berkaitan seperti:

i.

Sejauh manakah murid dapat membaca dengan lancar ketika menggunakan tanda baca

dengan sebutan serta intonasi yang betul?

ii.

Apakah masalah murid yang kelambatan dalam menguasai kemahiran membaca?

1.8

KepentinganKajian

Kajian ini diharapkan dapat member manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang terlibat
secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan pelajaran dalam merancang dan
menyusun penempatan guru-guru di sekolah. Jabatan pelajaran perlu mengambilkira
pengkhususan dan kekosongan di sekolah supaya guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar
matapelajaran BahasaMelayu merupakan guru-guru yang berkelayakan dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran tersebut. Guru juga perlu mengikuti
perkembangan menggunakan bahan bantu mengajar yang sentiasa berkembang dengan
pesatnya. Sebagai pendidik, guru perlu menilai kualiti bahan pengajaran yang ingin
digunakannya. Melalui kajian ini, semua pihak dapat meneliti corak pengajaran yang diajar di
dalam kelas dan menentukan kaedah yang sesuai sekiranya untuk membuat perubahan dalam
proses pengajarandan pembelajaran.

1.9

Skop dan batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Kajian melibatkan
murid dari kelas tahun 2 Berlian yang dipilih secara rawak.

Data dalam kajian ini

dikumpulkan melalui borang soal selidik dan kejujuran telah ditegaskan semasa instrumen
ditadbirkan di bawah bimbingan pengkaji sendiri. Subjek kajian atau murid tidak dibenarkan
berbincang di antara satu sama lain semasa menjawab dan mereka diingatkan dari masa ke
semasa bahawa tiada jawapan yang betul bagi setiap item. Setiap item dibacakan sekurangkurangnya dua kali kepada subjek kajian atau pelajar dan segala kesukaran dalam memahami
kehendak item dijelaskan oleh pengkaji. Ini kerana umur subjek kajian atau pelajar yang
masih muda iaitu bawah 12 tahun. Selain itu, sesi temubual bersama guru yang dilakukan
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Sekiranya semua pihak tidak memberikan
kerjasama yang padu

memungkin kajian ini tidak

dapat dijalankan

dan

mungkin

terkandas dipertengahan kajian.

1.10

Definisi Operasi

Secara amnya kajian ini berfokus kepada masalah membaca murid dan pendekatan guru
terhadap aspek membaca bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pulau
Gaya, Kota Kinabalu. Terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan untuk kepentingan
kajian ini.

Masalah
Menurut Nordin Mamat, (2005), masalah bermaksud suatu soalan atau masalah bergantung
kepada pengetahuan, minat atau kecenderungan serta soalan yang mencabar minda.

Membaca
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, membaca bermaksud aktiviti seseorang sama ada belajar,
menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan,
mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal,
menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan
huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yang tertulis.

Pembelajaran
Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan
sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan
individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

1.11

Rumusan

Rumusan yang dapat disimpulkan adalah pengetahuan tentang kepentingan matapelajaran


Bahasa Melayu terhadap murid melalui latar belakang kajian, penyataan masalah,soalan
kajian dan objektif kajian. Objektif kajian yang menekankan kepada aspek permasalahan
yang dihadapi oleh guru-guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
persoalan, pengkaji cuba untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi oleh
guru dan murid. Kepentingan kajian adalah untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah rendah. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai pendidik kepada murid
dalam pembelajaran kemahiran membaca. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menguasai
teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat itu tidak akan
berhasil. Diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu Zarin. (2008). Penguasaan Kemahiran Membaca dan
Menulis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.Prosiding KONPEN.

Awang Sariyan.(2004).Teras Pendidikan Bahasa Melayu:Asas Pegangan Guru. PTS


Publications Sdn. Bhd.

Crow, Lester D. & Crow Alice. (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. (trj.
Habibah Elias). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Mohd Radzi, D. J. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mahamod,Z. (2007). PsikolinguistikDalam Pembelajaran dan Pemerolehan Bahasa

Pertama dan Kedua. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Nordin Mamat. (2005). Asas Sosial Kanak-Kanak. Prospecta Printers Sdn.Bhd.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan:Pendekatan Kontemporari.

McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hall.S.(2012). How to use the CIPP model for program evaluation. eHow Contributor.
Yahya Othman. (2003).Mengajar Membaca:Teori dan Aplikasi. PTS Publications Sdn. Bhd.

Diperolehi daripada

Teori Pembelajaran Kognitif (September, 2009). Diakses pada 10 April 2015 dari
http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-pembelajaran-kognitif.html

BAB 2 - TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Dalam Bab 2 ini menerangkan secara jelas bagaimana pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu akan dijalankan. Teori dan konsep yang digunakan mampu
mengubah statistik pengkaji sebelum ini ke arah yang lebih memuaskan.

Penggunaan

konsep yang bersesuaian dengan masalah dapat mempermudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah pada masa hadapan. Guru-guru perlu mahir dan arif dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam proses memupuk pelajar membina konsep dan
menguasai kemahiran seterusnya dapat menyepadukan kemahiran ini dengansubjek lain.
Guru juga perlu menunjukkan sifat matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif,
rasional dan bijaksana.

2.2 Teori dan Konsep Yang Berkaitan


Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan adalah melalui membaca. Logiknya,
individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas
membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith (SofiahHamid,1983) yang menyatakan
bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai
kemahiran membaca. Dalam bahagian ini, kajian ini akan menerangkan teori dan konsep
yang sesuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolahrendah.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru harus menggunakan pelbagai pendekatan
aktiviti yang sesuai untuk perkembangan diri, kebolehan, keupayaan dan bakat pelajarpelajar. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan mudah difahami. Aktiviti tersebut perlu
dirancang dan dilakukan secara sistematik bagi menjamin setiap pelajar mendapat peluang
yang sama bagi mengembangkan minda dan kebolehan masing-masing.

Oleh itu mereka memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran sebenar sama ada
secara individu atau berkumpulan.

Aktiviti yang dilakukan di dalam kelas adalah

pengalaman yang sangat penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian
kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat
membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif,
kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan Negara pada masa hadapan. Mengikut
kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun dua, menyatakan bahawa
setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah
difahami serta member kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya
masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Pendidikan awal adalah
penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir
hayat.

Oleh itu, kerajaan menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses
pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah. Dengan ini, Falsafah
Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani akan tercapai.

Dalam proses pengajaran


penyampaian

dan pembelajaran, bukan

sahaja menekankan

soal

ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendakimenyelitkan penerapan

nilai-nilaimurnikepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik


darjah. Guru tidak seharusnya melupakan pelajar yang lemah di dalam kelas.
perlulah diambil bagi menangani kelemahan pelajar dengan pengajaran modul
bersesuaian.

Usaha
yang

Pengajaran seperti ini hendaklah dilakukan oleh guru tanpa jemu kepada

pelajarnya demi masa hadapan mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian
yang dikenali sebagai konsep 5P. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap konsep dalam 5P ini amat penting dalam
membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif
dan menghiburkan.

Dalam Sukatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,konsep5P

digunakan bermula dari Tahun1 sehingga Tahun 6.

Keselarasan penggunaan konsep ini

memudahkan para guru untuk melaksanakan tugas dan juga memastikan murid-murid
semakin mahir sekaligus dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih
mendalam dan menyeluruh. Penggabung jalinan memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dimana beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak
dimana penggabungjalinan ialah proses pembelajaran beberapa kemahiran dalam satu
pelajaran atau beberapa pelajaran yang berkaitan.

Cara ini juga dapat menarik minat pelajar

bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat

digabungjalinkan sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau
kemahiran daripada matapelajaran yang lain. Konsep penyerapan membantu pelajar dalam
memahami pelbagai ilmu dalam setiap matapelajaran dengan mudah.

Dalam pengajaran

Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti membaca, berfikir,
kajian masa depan dan kemahiran belajar. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dalam
matapelajaran dan membuka minda pelajar dalam pembelajaran di sekolah.

Bahan seperti

bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada pelajar yang
menguasai kemahiran dalam jangkamasa yang ditetapkan atau lebih awal daripada masa yang
ditentukan.

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas


yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan
program ini mengikut kadar kemampuan

murid

menguasai sesuatu

kemahiran

asas.

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.


Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah
dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hanya melalui proses

penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas
seseorang murid.

Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme menganggap bahawa ilmu


pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh antara pembelajaran
terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu
pengetahuan dengan aktif dalam merealisasikan teori ini.

Pendekatan teori konstruktivism

adalah dengan memberikan hak dan peluang untuk pelajar-pelajar belajar cara belajar dengan
membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing
berdasarkan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada (Colliver, 2000).

Keadaan ini

menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.
Teori konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang

perlu diaplikasikan dalam

pembelajaran kerana ia memberikan peluang dan membuka ruang kepada pelajar dalam
merealisasikan kehidupan seharian mereka.

Dari kenyataan-kenyataantersebut, jelaslah

bahawa mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif
dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.

Manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Sebaliknya pelajar menerima


maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah
diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau
membuat interpretasi ke atas maklumat. Mengikut teori konstruktivism, pembelajaran akan
lebih berkesan dengan pembelajaran secara aktif, melakukan aktiviti, pembelajaran dalam
kumpulan, sentiasa berhubung dengan kumpulan yang lain, sama-sama berusaha untuk
mendapatkan pengetahuan baru dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti dalam
kaedah pembelajaran berdasarkan masalah. Hasil daripada pembelajaran ini, pelajar akan
mendapat pengetahuan yang dibina iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran dan afektif. Kesan
pada pembelajaran yang aktif ini, pelajar dapat berfikir secara kritis, menjalankan perawatan
dengan berasaskan bukti, pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat (Theodora,
2005).

Di dalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut
masa.

Menurut prinsip konstruktivisme lagi proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi

penyesuaian.

Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah

merupakan pengetahuan peribadi yang berguna.

Teori ini sesuai untuk tajuk yang mudah

difahami oleh pelajar melalui pendedahan yang minima.

Sehubungan dengan itu juga,

kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran bernilai tambah yang

dimaksudkan ialah

kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara
belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,dan kontekstual. Penjelasan tentang
kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

i.

Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

ii.

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka
dapat menggunakan computer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima
emel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses
maklumat melalui internet.

iii.

Kemahiran belajarcarabelajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak.

iv.

Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isipelajaran dengan


pengalaman harian individu, masyarakat,dan alam pekerjaan.

Pembelajaran kontekstual

disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai,s ecara konkrit yang melibatkan latihamal dan
berfikir.

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan

baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

2.2

Kajian-kajian Berkaitan

Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat rujukan kepada hasil kajian yang terdahulu bagi
membantu dalam kajian yang dijalankan.

Rujukan tersebut sedikit sebanyak dapat

memberikan informasi berguna dan menjadi panduan kepada pengkaji untuk melakukan kajian
yang berguna kepada semua pihak. Hasil kajian yang dilakukan oleh Wan Mohd Affendy Bin
Mustapa(2013) telah mendapati seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan
tahun 3 Arif tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sekolah ini mempunyai
murid seramai 253 orang murid.

Hasil tinjauan dilakukan menunjukkan bahawa murid-murid

ini tidak menguasai kemahiran membaca.

Masalah ini menyebabkan mereka lambat

memahami kehendak soalan dan juga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan
menjawab tanpa membaca soalan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Roziah (2005) di Sekolah Kebangsaan Kuala
Tahan,Jerantut,Pahang Darul Makmur, seramai 10 orang daripada 27 orang murid Tahun
Satu begitu lemah dalam membaca.

Membaca bererti memerhati isi sesuatu yang tertulis

atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Membaca


Bukan hanya proses mekanikal yang melibatkan menulis huruf semata-mata.

Penglibatan

proses yang berhubung kaitan antara huruf dan seterusnya proses menterjemah penulisan
serta permaknaan perkataan yang

diterjemahkan. Penguasaan dan

kefahaman membaca

bergantung kepada teknik dan cara pembaca menggunakan mata serta minda dalam
memahami satu-satu makna.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Zamri dan Razah (2011) mendapati guru-guru
kerap bertanya soalan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan dan kefahaman tentang
tajuk

yang

dipelajari.

Daripada

persoalan

yang

diajukan

kepadapelajar,ia

akan

memotivasikan pelajar tersebut serta menggalakkan pelajar berfikir. Dapatan kajian telah
menunjukkan bahawa terdapat beberapa komponen kemahiran penyoalan yang telah
diaplikasikan dengan baik oleh guru-guru. Sebagai contoh kemahiran penyoalan seperti
pembentukan soalan yang jelas dan tepat dilaksanakan dengan baik oleh guru semasa
menyoal pelajar. Pelajar dapat menjawab soalan guru dengan segera dan mudah sepanjang
pemerhatian di dalam kelas. Sepanjang pemerhatian, guru-guru memanggil nama pelajar
sama ada yang cemerlang ataupun yang lemah dan sama ada lelaki atau perempuan.Setiap
jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar dilayan dengan baik sama ada dengan
memberikan pujian atau membantu pelajar tersebut.

MenurutMahzan(2007),guru-guru perlu memainkan peranan yang penting dalam


menjayakan hasrat kurikulum BahasaMelayu. Ini kerana guru-guru yang akan memastikan
pendekatan pengajaran secara
dijalankan.

komunikatif terutamanya aktiviti komunikatif

dapat

Pengajaran yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip pendekatan pengajaran

secara komunikatif yang baik dipercayai akan melahirkan murid yang dapat menguasai
bahasa Melayu dari segi system bahasa dan juga kemahiran berbahasa. Pelbagai pendekatan
digunakan bagi mencapai matlamat pengajaran. Antara pendekatan yang sering digunakan
adalah pendekatan komunikatif. Kajian ini perlu memandangkan pengajaran bahasa Melayu
menerusi pendekatan aktiviti komunikatif jarang dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Menurut Nur Aisyah(2012), bahan bantu mengajar khususnya penggunaan komputer


adalah elemen yang penting untuk mewujudkan pembelajaran menyeronokkan dengan lebih
efektif di dalam bilik darjah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi.

Medium yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan bantu

Mengajar seperti computer atau multimedia berada pada tahap yang sederhana. Kebanyakan
guru kurang berpengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi yang
memungkinkan mereka menggunakan medium tersebut untuk menghasilkan bahan bantu
mengajar.

Dalam menangani masalah ini, pihak kementerian boleh memberikan kursus-

kursus mahupun bengkel-bengkel jangka pendek secara berkala untuk memastikanguru-guru


Bahasa Melayu sentiasa dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
dengan kemajuan dalam teknologi pendidikan terkini. Kajian menunjukkan murid berminat
dalam kelasyang menggunakan computer secara efektif dan jarang ponteng kelas, malah

mereka sudi memperuntukkan lebih masa untuk belajar menggunakan komputer.Kajian


Faridah (2001) menunjukkan pengajaran berbantukan komputer memanfaatkan murid. Murid
akan menjadi lebih aktif, lebih menumpukan perhatian kepada tugasan dan kemahiran
menyelesaikan masalah semakin meningkat. Selainitu, kajian ini juga telah membuktikan
bahawa komputer mempercepatkan proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan
prestasi pencapaian akademik murid-murid.

2.3

Rumusan

Kesimpulannya untuk Berjaya dalam mendidik pelajar dalam sesuatu matapelajaran, guruguru perlu memahami isi kandungan kurikulum dan dapat menguasai teori pengajaran
seterusnya kaedah mengajar dengan baik. Masalah guru yang kurang dalam kepenggunaan
bahan berbantu elektronik dapat diatasi melalui kelas tambahan secara berkala berkaitan caracara penggunaan alat elektronik.

Melalui rujukan terhadapkajian-kajian terdahulu

dapat membantu pengkaji dalam mengenalpasti masalah

yang timbul dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan dan
meningkatkan produktiviti pembelajaran.

BAB 3 METODOLOGI

3.1

Pendahuluan

Dalam bab ini aspek yang dititik beratkan adalah rekabentuk kajian, persampelan, instrumen
kajian dan analisis data.

Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif untuk

mengumpul data melalui kaedah pemerhatian dan analisis. Data kualitatif dianalisis mengikut
criteria yang ditetapkan yang diselaraskan dengan pemerhatian. Penyelarasan ini dilakukan
bertujuan bagi memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data lengkap yang dapat
dikemukakan dalam laporan. Persampelan dibuat dengan memilih seorang responden iaitu
guru yang mengajar Bahasa Melayu. Instrumen kajian terdiri daripada soalselidik,
pemerhatian dan temubual terhadap responden. Soal selidik merupakan alat ukur yang
digunakan dalam kajian pendidikan. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat
bahagian.

Temubual dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dan mempunyai

dua jenis temubual dilakukan iaitu temubual tidak formal dan temubual formal berpandu.
Seterusnya pengkaji akan menganalisis data yang diperolehi daripada tiga kaedah yang
digunakan dan menyimpulkan dalam laporan.

3.2 RekabentukKajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian,pengkaji menggunakan reka bentuk kaedah kajian
kualitatif dengan menggunakan teknik pengutipan data iaitu soal-selidik, pemerhatian dan
temu bual responden. Pendekatan kualitatif ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat
yang bercorak proses yang melibatkan persoalan kepada aktiviti yang dilakukan di dalam
kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji akan berperanan

sebagai instrument utama yang hadir sendiri di tempat kajian bagi membuat pemerhatian dan
mengutip data yang diperlukan. Soal selidik dibuat untuk mengetahui reaksi responden
terhadap sesuatu masalah yang diutarakan. Kaedah yang kedua untuk menjalankan kajian ini
ialah kaedah pemerhatian dimana pengkaji akan mengikuti sesi pengjaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

Selepas itu, pengkaji akan menemu bual responden berkaitan dengan sesi

pengajaran dan pembelajaranyangberlaku di dalam kelas tersebut.

3.3

InstrumenKajian

Tujuan utama kajian iniialah memahami proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Oleh itu teknik pemerhatian merupakan teknik utama yang digunakan dalam pengutipan data.
Teknik pemerhatian di setiap kelas Bahasa Melayu akan dilakukan untuk mengetahui dan
memahami situasi sebenar dan dapat mengenalpasti punca kepada masalah.

Melalui

pemerhatian, pengkaji dapat melihat secara langsung tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru menyediakan beberapa instrumen

mengajar dan salah satu yang menarik perhatian pengkaji adalah penggunaan kad bacaan
dimana terdapat beberapa ayat yang sama tetapi menggunakan tanda baca yang berbeza. Ayat
tersebut di petik dari dari petikan yang disediakan oleh guru (Lampiran 1).Di sini sudah tentu
murid-murid akan mendapat satu intonasiyang berlainan mengikut kad bacaan dan tanda baca
yang telah diberikan. Kesediaan guru untuk mengaplikasikan pembelajaran yang lebih efektif
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diperlukan dalam aktiviti ini. Guru-guru
juga boleh menggunakan bahan bantu belajar. Persepsi guru Bahasa Melayu terhadap
kebolehgunaan dan kesesuaian pembelajaran menggunakan bahan bantu elektronik dalam
pembelajaran BahasaMelayu adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Bagi proses pemerhatian ini, pengkaji menyediakan satu borang khas (lampiran 2) bagi
mencatat dan meneliti aktiviti yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Senarai criteria pengajaran yang diperolehi akan dijadikan sebagai panduan untuk membuat
pemerhatian selanjutnya. Pengkaji membuat pemerhatian terhadap setiap gerak-geri,
percakapan, reaksi dan suasana persekitaran. Selain membuat catatan lapangan, pengkaji juga
membuat catatan jurnal bagi merekod apa-apa idea, pemikiran, pendapat, pengalaman,

perancangan dan masalah yang timbul berkaitan dengan pemerhatian. Berbeza dengan catatan
lapangan yang merekodkan maklumat yang didapati secara lengkap daripada pemerhatian.
Untuk melakukan kajian pemerhatian, pengkaji akan menurut serta dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan membuat catatan.

Responden akan ditemubual tentang

semua faktor-faktor yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk
kelas, kelengkapan, suasana kelas dan persekitaran serta kekangan masa.

Terdapat dua jenis

temubual yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu temubual tidak formal dan temu bual
formal berpandu. Temu bual tidak formal ialah temu bual yang mengemukakan soalan secara
spontan dalam perbualan. Temubual formal berpandu pula mempunyai senarai soalan
mengikut

isu

yang

dikaji

semasa

dalam

proses

pemerhatian

yang

dijalankan.Temubualdijalankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang mana-mana


aspek yang kurang jelas semasa pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.4

Analisis data

Analisis data dilakukan berdasarkan criteria pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.

Pandangan hasil kajian soal-selidik,temubual dan pemerhatian

yang

dijalankan akan digunakan. Sebagai panduan kepada pengkaji, antara beberapa soalan yang
dikemukakan kepada responden dalam temubual ialah soalan berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran termasuk kelas, kelengkapan, suasana kelas dan persekitaran
serta kekangan masa.

Daripada kaedah temu bual yang dijalankan dengan responden,

pengkaji memperolehi pelbagai maklumat yang selama ini kurang jelas melalui kaedah
pemerhatian. Selain itu, pengkaji dapat mengemukakan soalan-soalan yang dapat mencungkil
penjelasan tentang perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Kajian ini dijalankansecara
penulisan berinteraksikan lisan bagi membantu penyelidik mendapat maklumat sebenar dalam
ujian membaca. Pada tahapini, responden membaca tanpa memikirkan makna yang tersirat.
Responden lebih suka membaca secara kuat berbanding secara senyap. Responden menulis
jawapan secara mengeja semula perkataan yang dibacakan.

3.5

Rumusan

Peranan guru amat penting dalam murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Guru-guru dapat mengetahui tindakan yang perlu mereka lakukan dan kesan tindakan
tersebut kepada pembelajaran pelajar. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dengan
ini membolehkan guru membuat keputusan yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Kajian ini akan memberikan maklumat kepada guru-guru tentang
kepentingan melihat kembali pengajaran yang telah dijalankan menggunakan bahan bantu
mengajardan membolehkan guru membuat refleksi kepada yang lebih baik. Menerusi kajian
ini juga didapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi murid- murid bermasalah di
dalam menguasai kemahiran membaca.

Antaranya ialah factor keluarga, persekitaran dan

juga genetik. Pelbagai kaedah penyampaian guru didapati berjaya menarik minat murid untuk
terus menguasai kemahiran membaca dengan baik. Daripada analisis data yang diperolehi,
pengkaji dapat membuat kesimpulan melalui pengunaan instrument yang betul dapat
membantu dalam meningkatkan mutu pengajaran da pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah.

RUJUKAN

Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. PTS
Publications Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud. (2001).MediaPengajaran:Pengajaran Bahasa dan


Sastera. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Harison Othman.(2005).KajianTindakan:Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan


Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Institut Perguruan Perlis.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
MultimediaSdn. Bhd.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

CONTOH BORANG PEMERHATIAN


Pemerhatian ini digunakan untuk melihat kelakuan sampel sebelum dan semasa pengajaran
dan pembelajaran.
Data sampel 1
Nama

: .

Tarikh /Masa

: .

Aktiviti

ITEM

NOTA PEMERHATIAN

Memerhati kelakuan sampel


sebelum

pengajaran

dan

pembelajaran bermula.
Memerhati kelakuan sampel
semasa

pengajaran

guru

dalam kelas.
Memerhati kelakuan sampel
ketika sedang berlangsung
aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran.
Memerhati kelakuan sampel
apabila sesi soal jawab.
Memerhati kelakuan sampel
semasa

membuat

yang diberi.

latihan

Anda mungkin juga menyukai