Anda di halaman 1dari 5

Penguasaan literasi murid merujuk kepada kemampuan seseorang murid untuk membaca,

menulis, dan memahami teks secara efektif. Ini melibatkan kemampuan murid untuk
mengidentifikasi, memahami, menganalisis, mentafsir, dan mengevaluasi teks dalam
pelbagai format dan konteks.Selain kemampuan membaca dan menulis, penguasaan literasi
juga meliputi kemampuan komunikasi lisan dan keterampilan mendengar. Murid yang
memiliki penguasaan literasi yang baik mampu mengolah info dengan kreatif,
mengekspresikan pemikiran dan pendapat mereka secara jelas dan efektif, serta
menggunakan bahasa dengan betul dan tepat.Penguasaan literasi murid merupakan hal
penting dalam pendidikan kerana menurut UNESCO(1980), kemahiran literasi merupakan
salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap
rakyatnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), buta huruf diperihalkan sebagai
keadaan tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Menurut Mahzan Arshad
(2008), keupayaan manusia dalam menuntut ilmu bakal mengubah corak kehidupan
masyarakat. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat satu insiatif
bijak dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan
memastikan semua murid di Malaysia mendapat pendedahan awal untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis sejak peringkat awal kanak-kanak lagi.

Tunjang utama penyebaran ilmu pengetahuan adalah penguasaan kemahiran literasi


membaca.Oleh itu,tanpa kemahiran membaca, murid-murid akan mengalami kesukaran
menceburi bidang pelajaran yang mereka minati. Antara punca kemerosotan akademik
murid-murid juga dipengaruhi oleh ketidaklancaran menguasai kemahiran membaca
Nora’Azian,2020). Menurut The Star pada halaman 17, 19 Oktober 2011 menunjukkan
bahawa terdapat lebih 3,916 orang murid Tahun 2 pada tahun tersebut mempunyai masalah
pembelajaran.Hal ini menunjukkan bahawa masalah penguasaan literasi ini kebiasaanya
berlaku di peringkat awal kanak-kanak.Kesediaan minda murid-murid sebelum mula
membaca adalah sangat penting untuk diterapkan dalam jiwa mereka.Hal ini bertujuan untuk
menimbulkan minat dalam diri mereka sekaligus dapat mengenalpasti tahap kebolehan
mereka mengusai kemahiran literasi membaca. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli(2008),
ketidakcekapan para murid menguasai kemahiran membaca menjadikan mereka lemah dan
tidak berminat dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Antara masalah yang dapat
dikenalpasti termasuklah murid-murid tidak mempunyai kemahiran mengecam bentuk-
bentuk yang hampir sama.Sebagai contoh, murid-murid tidak mampu membezakan bentuk
segi empat sama dan segi empat tepat.

Sesuai dengan peringkat-peringkat pembelajaran membaca, terdapat juga masalah yang


melibatkan murid tidak mempunyai kemahiran membunyikan huruf, suku kata, perkataan,
frasa dan ayat-ayat mudah. Hal ini disebabkan oleh kegagalan para murid mengenal dan
membezakan huruf-huruf. Hal ini berkait rapat dengan kemahiran lisan yang tidak dikuasai
dengan baik oleh murid kerana kemahiran membaca mereka adalah sangat rendah.Para
murid akan mempunyai masalah membunyikan huruf yang seakan akan sama
bentuknya.Sebagai contoh, huruf ‘b’ dan ‘d’. Mereka akan lebih cenderung untuk menyebut
perkataan yang mereka tahu bagi menggantikan perkataan atau huruf yang tidak mereka
kuasai. Masalah ini menyebabkan berlakunya komplikasi murid itu sendiri untuk
mengekspresikan idea mereka melalui tulisan.Antara permasalahan lain yang sering berlaku
dalam kalangan murid yang ingin membaca adalah kekeliruan mereka mengecam huruf
besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul serta
tidak dapat menyebut perkataan yang dieja.Kesannya, pola bacaan murid-murid akan
terganggu dan tersekat-sekat. Mereka akan berasa ragu-ragu untuk menyebut perkataan
seterusnya. Menurut Yahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks
dengan imaginasi pembaca.Oleh itu, persembahan atau pengajaran yang menarik haruslah
diterapkan dalam bilik darjah supaya para murid lebih bersemangat dan mempunyai sifat
ingin tahu yang tinggi. Apabila suasana di dalam bilik darjah tidak mampu menarik minat
murid-murid, mereka akan mudah hilang tumpuan serta tidak mempunyai daya ingatan yang
kuat. Kurangnya kemahiran membaca juga boleh mengakibatkan para murid tidak mampu
membaca dengan pantas. Gangguan emosi para murid akan kelihatan dan menjejaskan
proses pembacaan mereka.

Di samping penguasaan kemahiran membaca, kemahiran menulis juga adalah kemahiran


bahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman
berbahasa seseorang.Menurut Levin(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan. Namun begitu,terdapat banyak masalah yang berlaku dalam
kalangan murid pada peringkat ini. Antaranya, masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan
tangan semasa menulis. Hal ini menyebabkan pembentukan huruf tidak mengikut tatacara
urutan pembentukan yang betul. Jarak huruf yang ditulis juga adalah tidak seragam
menyebabkan saiz besar dan saiz kecil bercampur-aduk dalam satu ayat.Selain itu, apabila
seseorang murid tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik,mereka juga akan
menghadapi masalah untuk memegang pensel dengan kemas dan kuat. Masalah seperti ini
boleh menjejaskan tulisan mereka sehingga tidak dapat dibaca oleh para guru dek karana
tulisan mereka tidak mempunyai bentuk serta tidak konsisten dengan condong ke kiri dan ke
kanan.Hal ini kemungkinan berlaku kerana kurangnya perhatian pada pembelajaran menulis
pada tingkat pendidikan prsekolah dan awal persekolahan murid. Masalah ini akan
berlanjutan sehingga ke sekolah tahun satu kerana kurangnya keterampilan dan
pengetahuan guru-guru dalam mengajar menulis. Tambahan pula, wabak Covid-19 yang
melanda di seluruh negara telah mengehadkan waktu pembelajaran di sekolah
menyebabkan para murid tidak dapat ilmu menulis yang secukupnya.

Di samping itu, kelemahan murid-murid dalam menguasai kemahiran literasi juga didorong
oleh beberapa faktor termasuklah faktor fizikal. Antara faktor fizikal yang boleh
mempengaruhi kemahiran membaca ialah masalah penglihatan,masalah pendengaran, dan
masalah kesihatan. Tahap kecerdasan dan psikologi yang rencam dalam kalangan murid
adalah akibat pelbagai faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya
yang berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati
sesuatu yang diajar oleh guru. Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering
menjadi punca masalah pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah
sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai
perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran
(Zulkifley 2006). Slain itu, terdapat juga masalah fizikal yang berkaitan dengan keturunan
keluarga. Akibatnya kesihatan murid terjejas seperti penyakit keturunan, asma, sinutitis,
sawan, kecacatan alat artikulasi dan sebagainya sering menjejaskan minat dan tumpuan
murid terhadap pelajaran. Di sini guru haruslah memainkan peranan penting dengan peka
dalam mengenal pasti murid yang berada dalam kategori pendidikan khas.Golongan murid
yang mempunyai masalah pembelajaran seperti disleksia, dan hiperaktif sememangnya
harus diberikan pendidikan khas kerana mereka sememangnya tidak berupaya mempelajari
bacaan. Hal ini sering terjadi dalam kalangan masyarakat dimana guru-guru atau pihak
pendidik tidak peka terhadap keadaan seseorang murid sehingga mereka dewasa . Hal ini
bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada mereka malah pihak pendidik juga turut
dipersalahkan.Oleh itu, kepintaran atau kebijaksanaan berpunca daripada kecekapan sel-sel
neuron dalam otak manusia bukan sahaja mewujudkan pengetahuan tetapi memberi
pengalaman yang bermakna terutamanya murid-murid yang berkeperluan khas.

Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku akibat


amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa murid. Sistem persekolahan yang
sering padat dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan,
guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada
menumpukan pembelajaran merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran sekolah.
Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin
ketara antara mereka. Hal ini jelas kerana setiap murid mempunyai latar belakang yang
berbeza tidak kiralah dari segi tempat tinggal atau kemudahan untuk belajar.

Tambahan pula, sebilangan murid yang tercicir daripada arus pembelajaran di sekolah
adalah akibat faktor pembentukan dan penggunaan amalan berbahasa yang tidak baku.
Antara cabaran yang dihadapi oleh para murid termasuklah daripada pengaruh
penggunaan bahasa asal. Pengaruh ini menjadi penyumbang utama kepada permasalahan
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid khususnya di luar bandar.Mereka
cenderung untuk tidak bergaul dengan orang luar dan bergaul secara tidak sihat menjadikan
mereka lebih senang terdedah dengan amalan penggunaan bahasa pasar atau bahasa
daerah. Hal ini berlaku kerana tiada dorongan daripada ibu bapa di rumah untuk
menggunakan bahasa baku. Persekitaran murid-murid adalah sangat penting bagi
tumbesaran dan perkembangan para murid di awal pembelajaran mereka. Tambahan pula,
kebelakangan ini telah munculnya Covid-19 yang mengubah hampir keseluruhan cara hidup
manusia termasuklah dari segi pendidikan. John Daniel (2020) dalam kajiannya ‘Education
and the Covid-19 pandemic’ menyatakan pandemik Covid-19 memberi cabaran besar
kepada sistem pendidikan. Wabak ini juga telah menyebabkan penutupan insititusi
pendidikan sehingga memaksa murid-murid untuk belajar secara atas talian. Pembelajaran
atas talian juga merupakan salah satu cabaran yang besar kepada murid-murid terutamanya
dalam aspek penguasaan literasi.Perubahan sistem pendidikan secara mendadak ini
kemudian memberi penekanan yang hebat kepada guru dan murid untuk menyesuaikan diri
bagi penukaran drastik cara Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Norsita(2014)
mengatakan bahawa sikap guru dan terlalu berorientasikan akademik, guru juga dibebani
dengan bebanan kerja seperti menguruskan bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas,
keterhadan masa untuk membuat persediaan dan kekurangan alat bantu mengajar yang
bersesuaian.Dari sudut pra murid pula, mereka menghadapi pelbagai masalah dari segi
capaian internet, pengurusan masa dan isu kewangan serta teknologi yang terhad.

Kesimpulannya, kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis


menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu haruslah diambil
serius oleh semua pihak supaya tiada kanak-kanak yang akan ketinggalan dalam bidang
penguasaan literasi mereka. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang mampu memberi
kesan buruk terhadap penguasaan literasi murid, guru-guru serta warga pendidik telah
memberikan tenaga sehabis baik untuk membantu murid demi mencapai hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Rujukan

Zamri, F. E., & Alias, A. (2022). Cabaran Guru Pendidikan Khas Melaksanakan Pengajaran

dan Pembelajaran Dalam Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and

Humanities (MJSSH), 7(5), e001528. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1528

Yeong, L. (2011). CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA.

Mailis, M. I. (2022). PANDANGAN DAN CABARAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) DALAM TEMPOH

PANDEMIK COVID-19. Jurnal ILMI, 11(1), 14–25.

‌Ahmad, H. (2014). Transformasi pendidikan awam Malaysia : (analisis dasar strategik

PPPM 2013-2025). Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.

Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu : satu pendekatan bersepadu.

Utusan.

Anda mungkin juga menyukai