Anda di halaman 1dari 45

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

KAJIAN KES: MASALAH MEMBACA DALAM BAHASA MALAYSIA TERHADAP


SEORANG MURID DISLEKSIA
Abstrak:
Kajian kes ini telah dijalankan ke atas seorang murid disleksia di Kelas Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal, Pulau Pinang. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mellihat jenis-jenis disleksia yang terdapat pada adik Sobri dalam
membantu mengatasi masalah kesukaran membaca. Kajian ini juga turut meninjau tahap minat
dan tumpuan adik Sobri terhadap aktiviti bacaan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran namun ia tidak dikategorikan sebagai
satu penyakit. Masalah disleksia ialah kesukaran mengenal, membaca, menulis, mendengar
dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Kanakkanak yang mengalami disleksia bukan dikategorikan tidak pandai dan digolongkan dalam
golongan orang kurang upaya (OKU), namun mereka hanya mengalami masalah pembelajaran.
Mereka juga mengalami kecelaruan berbeza dari satu individu dengan individu yang lain,
namun pada kebiasaannya mereka sukar mengeja, memproses fonologi (bunyi) dan tindak
balas visual-verbal. Salah satu masalah disleksia ialah masalah belajar membaca. Kemahiran
membaca merupakan kemahiran asas yang paling penting. Tanpa menguasai kemahiran
membaca akan menyebabkan mata pelajaran yang lain tidak dapat dipelajari dengan lancar
dan baik. Tumpuan kajian juga bagi menarik minat dan perhatian adik Sobri untuk belajar
membaca. Setelah melalui pelbagai percubaan dalam pembelajarannya, kini adik Sobri
sudah boleh membaca dan boleh memahami bacaannya. Saya telah menggunakan kaedah
multi sensori, iaitu menggunakan deria seperti auditori, visual, oral dan taktile. Dapatan kajian
menunjukkan daripada kaedah multi sensori adik Sobri dapat memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta, dapat mengingat dengan baik perbezaan
bentuk huruf b, d, p dan q serta meningkatkan kemahiran adik Sobri dalam membaca suku
kata KVKV dengan lebih baik lagi.

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

1. PENGENALAN
Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi
interaksi antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai
proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang
pembaca.

Penguasaan

kemahiran

asas

membaca

adalah

penting

dalam

peringkat

persekolahan sekolah rendah. Termasuk juga dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
yang mempunyai potensi dan boleh berdaya saing seperti disleksia. Murid-murid disleksia
sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan.
Beberapa kajian mengatakan mereka menghadapi kesukaran dalam pemerolehan
mengenal perkataan, kemahiran mengeja dan membaca petikan. Kesukaran tersebut akan
berterusan sekiranya mereka tidak mempunyai minat dalam aktiviti bacaan. Masalah yang
dihadapi akan menyekat perkembangan bahasa, kefahaman dan kemahiran membaca
diperingkat seterusnya. Oleh itu guru pendidikan khas adalah pemangkin utama dalam
meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran membaca sesuai dengan keperluan murid
disleksia. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran membaca akan menghadapi
masalah dalam pembelajaran dan seterusnya merencatkan tahap keintelektualan seseorang
kanak-kanak.
Kesukaran membaca yang dihadapi oleh murid disleksia sangat tinggi terutama dalam
komponen perkataan dan ayat-ayat dalam petikan. Mereka juga bermasalah membezakan
huruf dan perkataan dari ayat dan dari perenggan. Kesukaran membaca dalam kalangan
murid-murid disleksia ini telah menyebabkan mereka gagal memperolehi maklumat dan
menghadkan kebolehan belajar mereka dalam kelas inklusif. Kekurangan yang tersembunyi ini
menyebabkan mereka mengalami kesukaran menamakan sesuatu, kesukaran mengingat
susunan sukukata sehingga kurang upaya menyebut perkataan yang panjang. Kemahiran
membaca merupakan komponen yang perlu dikuasai oleh murid-murid masalah pembelajaran
disleksia kerana dikatakan tahap keupayaan mereka hampir sama dengan murid biasa.
Oleh itu, pendidikan merupakan satu wadah yang utama bagi mendidik anak-anak
disleksia belajar kemahiran membaca bagi membentuk identiti anak bangsa yang bermaruah

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

serta menjayakan pembangunan sesebuah negara. Ini terbukti, terdapat beberapa orang
tokoh sejarah dipercayai mengalami masalah pembelajaran serta dikatakan disleksia iaitu,
Leornado Da Vinci, Thomos Alva Edison, Albert Einstein, John F. Kennedy dan Auguste Rodin
(Ryden, 1998). Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan dan mewujudkan
prasarana pendidikan yang lengkap dan selesa agar generasi menjadi pemangkin kemajuan
negara,

dan

akan

tumbuh

sebagai

pelapis

kepimpinan

alaf

baru

yang

berupaya

menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing dengan lebih cemerlang dan bersifat
proaktif
Atas dasar setiap individu berhak mendapat pendidikan tidak mengira sama ada murid
normal atau murid berkeperluan khas, bagi mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan mencapai kesejahteraan hidup. Resolusi Aturan Piawaian Mengenai
Kesemarataan Peluang Bagi Orang Kurang Upaya, telah menegaskan pendidikan adalah hak
semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial dan perkembangan intelek kanakkanak tersebut dan Kepentingan pendidikan khas juga jelas dinyatakan dalam Laporan
Jawatankuasa

Kabinet

yang

mengkaji Perlaksanaan

Dasar

Pelajaran

1979

melalui

Perakuan 169 di mana ia merupakan permulaan yang membawa penekanan dan


tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia iaitu:

Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab


terhadap pendidikan

kanak-kanak

cacat,

adalah

diperakukan

kerajaan

hendaklah

mengambilalih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak persatuan yang


mengendalikannya pada masa ini (Perakuan 169:264).
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas iaitu,
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari pontesi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbangdan
prokduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama
empat belas minggu. Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada 16 Mac 2004
dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis
program disleksia. Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru.
Subjek yang diajar pada masa itu hanyalah Bahasa Malaysia. Kini guru-guru disleksia mengajar
subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid disleksia
dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus perdana.
Seterusnya program rintis disleksia dilaksanakan mulai 16 Jun 2004 di 30 buah sekolah
rendah di seluruh negara dan satu program kelas khas di sekolah menengah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Iaitu dua program di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan
Labuan yang hanya mempunyai satu program sahaja.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 September 2003
telah melancarkan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) bagi mengenal pasti murid
disleksia. Murid-murid yang telah dikenal akan ditempatkan sekolah-sekolah yang dipilih di
seluruh negara.

Konsep murid disleksia yang dipegang oleh Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:


Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang
searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi
kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja,
membaca, menulis dan mengira
Bagi mengetahui tahap ketidakupayaan murid pendidikan khas dalam membaca, saya
telah menjalankan kajian kes terhadap murid desleksia bagi mengetahui jenis-jenis disleksia
yang dihadapi dan faktor-faktor penyebab murid tidak dapat membaca dengan baik. Selain
mengunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai bagi memperkasakan murid dalam
menguasai kemahiran membaca. Kajian ini, telah dijalankan selama dua bulan dan hasill
dapatan menunjukkan murid disleksia boleh dididik, tetapi memerlukan usaha yang berterusan
dalam mendidik mereka.

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

2. LATAR BELAKANG KAJIAN


2.1 Definisi Disleksia
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys
bermaksud kesukaran dan lexia yang bererti perkataan. Terjemahannya membawa
maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Pelbagai interpretasi dan definisi yang
diberikan terhadap disleksia, namun begitu semuanya membawa maksud kepada
kelemahan atau kesukaran membaca yang dialami kanak-kanak.
Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam
membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyibunyi dan huruf-huruf.

Manakala menurut

berasal daripada bahasa Yunani

iaitu dys

Fadhilah Fitri (2009), perkataan disleksia


kesulitan untuk

dan lexis (huruf atau

leksikal). Walau bagaimanapun terdapat beberapa pandangan dan pendapat penulis


serta pengkaji yang memberi takrifan tentang disleksia. Menurut Choong Lean Keow
(2009) disleksia didefinisikan sebagai kesukaran menggunakan perkataan yang dihadapi
oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa..
Dari sudut pengistilahan, penggunaan perkataan disleksia amat terhad kerana
istilah tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaran menguasai
kemahiran membaca (Hammond & Hughes, 1996). Malah terdapat penulis-penulis dalam
bidang disleksia di peringkat antarabangsa (British Psycological Society, 1999; Spafford &
Grosser 1996) yang mengiktirafkannya sebagai kesukaran atau ketidakbolehan
menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima
pendidikan yang mencukupi iaitu merujuk khusus kepada kesukaran literasi.

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

The Orton Dyslexia Societys (1994) telah mendefinisikan disleksia sebagai


ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran. Masalah ini
adalah disebabkan kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat
yang selalunya menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa.
Kesukaran-kesukaran dalam mentafsir satu kod ayat adalah selalunya tidak dijangkakan
bersangkutan dengan umur dan kebolehan akademik. Terdapat pelbagai kesukaran yang
ditunjukkan oleh disleksia. Antaranya adalah seperti bentuk bahasa, masalah membaca
dan masalah menulis dan mengeja.
The International Dyslexia Association (1998), mendefinisikan disleksia adalah
masalah pembelajaran yang dicirikan oleh masalah dalam bahasa ekspresif atau terbuka,
sama ada secara lisan atau bertulis. Masalah mungkin muncul dalam bacaan, ejaan,
tulisan, pertuturan atau pendengaran. Disleksia adalah bukan penyakit yang tiada
penyembuhan. Disleksia menggambarkan pemikiran yang berbeza, berbakat dan
produktif, dan cara pembelajaran yang berbeza. Jurang yang tidak diduga wujud antara
kebolehan pembelajaran dan pencapaian dalam sekolah. Disleksia adalah disebabkan
perbezaan struktur dan fungsi otak. Individu yang mengalami disleksia adalah unik, setiap
individu tersebut mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Kebanyakkan
penghidap disleksia adalah kreatif dan mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni,
sukan, senibina, grafik, elektronik, mekanikal, drama, muzik atau kejuruteraan. Kanakkanak ini selalunya menunjukkan bakat istimewa mereka di dalam bidang yang
memerlukan visual, ruang dan integrasi motor.
The British Dyslexia Association (BDA), disleksia adalah gabungan kemampuan
dan masalah yang menpengaruhi membaca, mengeja dan menulis ( 3M ). Masalah

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

tersebut turut menyebabkan kelemahan lain mungkin dapat dikenalpasti seperti kelajuan
memproses,

ingatan

jangka

pendek,

kelemahan

susunan,

pendengaran,

atau

penglihatan, bahasa pertuturan, keupayaan motor kasar dan halus. Ia seterusnya berkait
mengenai penguasaan dan penggunaan bahasa penulisan termasuk huruf, nombor dan
not muzik.

2.2 Faktor-Faktor Penyebab Disleksia


Setiap masalah mempunyai faktor penyumbang mereka tersendiri, begitu juga dengan
masalah pembelajaran disleksia. Pelbagai faktor yang berkaitan dengan disleksia seperti
keturunan, pemakanan, bawaan, perkembangan dan lain-lain lagi. Berikut adalah merupakan
punca-punca masalah disleksia:

2.2.1

Keturunan

Keturunan adalah merupakan salah satu daripada faktor penyebab disleksia. Hal ini juga
dapat dibuktikan menurut Hallgren ( 1970 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Melalui kajian
beliau ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua 12 kes keluarga
tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Hallgren
mendapati bahawa masalah disleksia banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding
kanak-kanak perempuan dengan nisbah 2:1 dan beliau berpendapat, keadaan sedemikian
berlaku disebabkan oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding dengan
orang perempuan.
Selain daripada itu, simpton disleksia juga dihadapi oleh keluarga yang menggunakan
tangan kidal. Perkara ini adalah berteraskan pendapat John Bradford (1999 ) dalam Kassan
dan Abdullah (2010) yang menyatakan bahawa orang tua yang disleksia tidak secara automatik
menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang dikenalpasti
disleksiatetapi menjadi antara punca masalah disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


di Amerika, 80 peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar
belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus
daripadanya adalah kidal. Hal ini turut diakui oleh seorang ahli psikologi Amerika sekitar tahun
1920-an bernama Orton yang mengemukakan perkara yang sama di mana kanak-kanak yang
mengalami masalah ini cenderung untuk menggunakan tangan kidal di dalam Pumfrey P. D.
dan Reason R.( 1991 ) serta Orton S.T ( 1926 ).

2.2.2

Pemakanan

Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian dan penemuan terdapat beberapa unsur


penyedap makanan yang boleh mempengaruhi atau mengganggu fungsi otak dan seterusnya
menyebabkan masalah pembelajaran kerana bahan penyedap makanan tersebut terdapat
pencemar atau racun (Kassan dan Abdullah, (2010). Antaranya ialah:
I.

Salicylates (yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, teh kopi bir dan

II.

anggur serta ubat-ubatan)


Amines (digunakan untuk memproses pemecahan protein dan ditemui terkandung

III.
IV.

dalam keju, coklat, anggur, bir, tempe dan lain-lain lagi).


Bonzoates (yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, kopi dan lain-lain lagi).
Monosodium Glutamate (MSG yang kini banyak terkandung dalam makanan segera

V.
VI.

seperti perencah, kicap, maggi, keropok serta banyak lagi makanan segera).
Laktose (yang sering terdapat di dalam susu lembu).
Glutamate (yang banyak terdapat pada tomato, keju, cendawan, sos dan estrak daging)

2.2.3

Biologi

Selain itu juga sejarah kanak-kanak

disleksia adalah dilahirkan dalam keadaan tidak

cukup bulan. Ini memungkinkan faktor biologi ini menjadi punca ketidaksempurnaan
perkembangan seorang kanak-kanak kerana kekurangan bekalan oksigen semasa dilahirkan.
Sebahagian daripada kerosakan otak yang berlaku akan menyebabkan kanak-kanak ini

mengalami

masalah

belajar

yakni

disleksia. Terdapat

andaian

bahawa

Biochemical

Abnormalities juga disebabkan oleh sel-sel. Kekurangan dalam pengeluaran neurotransmitters


8

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


seperti serotin, neropinephrine, acetylcholine dan bahan kimia yang lain diandaikan juga antara
penyebab kesukaran di dalam neural impulse transmission dan kesan pembelajaran serta
masalah tingkah laku.

2.2.4

Kekurangan Vitamin

Terdapat pelbagai jenis vitamin

yang meninggalkan impak yang negatif sekiranya

seseorang itu pengambilan vitamin tersebut diambil secara berlebihan atau kurang. Contonya,
jika seseorang individu kekurangan vitamin A secara berterusan akan menyebabkan atau
mengalami tunatera atau menjadi buta. Manakala individu yang kekurangan vitamin C mudah
diserang penyakit selesema yang sekiranya dibiarkan berlarutan atau tidak dirawat dengan
sempurna akan menyebabkan radang pada hidung atau tenggorok penghidap. Individu yang
kekurangan vitamin B atau B kompleks akan mudah diserang penyakit, mudah lelah,
perkembangan fizikal terganggu dan konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Oleh itu,
sekiranya

penyakit-penyakit

yang

mengganggu

perkembangan

fizikal

menjangkiti

perkembangan organ otak maka risiko individu mengalami disleksia adalah sangat tinggi
menurut Kassan dan Abdullah 2010).

2.2.5

Jangkitan Kuman Ketika Ibu Hamil

Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya adalah sangat berisiko tinggi terhadap
kelahiran tidak normal atau melahirkan anak yang tidak cukup sifat. Contohnya adalah seperti
jangkitan rubella, sifilis dan tuberkulosis yang boleh mengakibatkan janin mengalami
kecederaan atau kecacatan otak. Sekiranya hal ini berlaku, bayi yang dilahirkan mungkin akan
mengalami simptom kesukaran belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai umur
yang berkenaan menurut Kassan dan Abdullah 2010).

2.3 Jenis-Jenis Disleksia


Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagiian iaitu:

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


i.

Disleksia Visual (Penglihatan)


Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad
serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar
untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abajad-abjad tertentu atau
sebahagian perkataan adalah terbalik..

ii.

Disleksia Auditori (Pendengaran)


Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata
bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara
halus tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. Selain itu, mengenal pasti bunyi
dalam setiap perkataan, mengandun bunyi untuk mennjadikan perkataan dan
membahagikan perkataan ke dalam suku kata tertentu. Kanak-kanak ini akan
menghadapi masalah dalam kemahiran membaca.

iii.

Disleksia Visual - Auditori


Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio. Murid-murid disleksia kategori
menghadapi kesukaran menggunakan kedua-dua

2.4 Ciri-ciri Disleksia


2.4.1

Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak disleksia selalunya mempunyai fizikal yang sempurna seperti kanak-kanak


biasa namun hanya berbeza pada pembelajaran mereka. Di dalam Reid (2005 ), kanak-kanak
yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia ini mempunyai masalah untuk membaca

seperti kefasihan membaca. Selain daripada itu, kanak-kanak ini juga turut mempunyai masalah
dalam mengeja kerana merka sukar untuk mengingati, berlakunya kesalahan fonologi,
perkataan atau huruf yang tidak mengikut urutan serta keliru mengenai huruf vokal. Dari segi,
10

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


penulisan kanakkanak ini turut bermasalah, di mana mereka sukar untuk mengenal serta
memperkembangkan kunci penting yang secara lebih tepat bermaksud tulisan mereka
berselerak serta kurang kemas. Kanak-kanak ini tidak mempunyai cara penulisan yang
konsisten. Huruf besar dan kecil kadangkala bercampur-aduk yang tidak mengikut peraturan
penulisan yang sebenar. Kanakkanak ini juga mempunyai masalah untuk mengorganisasi
sesuatu hal. Contohnya adalah seperti lemah untuk membuat jadual atau barangan

yang

diperlukan untuk belajar. Dalam Farrell (2006), turut menyebut bahawa kanak-kanak disleksia
ini keliru mengenal huruf yang mempunyai bentuk atau maksud yang sama. Contohnya bentuk
huruf u dan huruf n serta perkataan bas dan bus, masing-masing dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris yang mempunyai maksud yang sama.

2.4.2

Perkembangan Kognitif

Lemah pengamatan, kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan


pengetahuan baru adalah merupakan di antara masalah yang berkaitan dengan perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Kanak-kanak ini lemah
terutamanya untuk memberikan tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan
semasa belajar. Terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan
pengamatan penglihatan serta kelemahan pengamatan pendengaran.

2.4.3

Perkembangan Sosial dan Emosi

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran ini lazimnya tidak mempunyai


keyakinan apabila berhadapan dengan kanak-kanak biasa. walaupun pada peringkat pelajaran
yang sama mereka sering diketepikan oleh murid-murid yang lain. Hal ini berlaku disebabkan
mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta
mengekalkan sesuatu perhubungan. Disebabkan oleh masalah itu, kanak-kanak ini selalunya

bersifat terlalu rendah diri yang seterusnya boleh menyebabkan mereka bertingkah laku negatif
derta menyakiti orang lain. (Kassan dan Abdullah, 2010)

11

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

2.5 Kesan Kesan Disleksia Terhadap Pembelajaran.


Kanak-kanak yang menghidapi disleksia memberi kesan kepada proses pembelajaran
mereka terutamanya di sekolah. Kesan-kesan utama ini bukan sahaja menggangu
keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru, namun yang paling menyedihkan ialah
mereka tidak dapat melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan seperti kanak-kanak
normal yang lain. Kesan-kesan utama yang dapat dilihat ialah :
2.5.1

Membaca

Kebolehan membaca adalah sangat penting bagi membolehkan murid mempelajari apa
yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah dan dapat menerima ilmu pengetahuan yang
disampaikan bukan sahaja di sekolah, malah pembelajaran yang berlaku di sekeliling mereka.
Kesukaran membaca menyebabkan murid tidak dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri
dan tidak berkeyakinan tentang kebolehan sendiri. Rasa rendah diri ini menjadikan mereka
tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan yang lain.
2.5.2

Mengeja

Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif
daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja merupakan faktor kepada kegagalan
murid untuk membaca. Kelemahan mengeja akan menghadkan kebolehan murid untuk
menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas. Kelemahan ini juga akan
menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan
.

2.5.3

Menulis

12

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan
pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran oleh murid disleksia akan
memberi kesan negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis mereka. Antara kesan yang
dapat dilihat tulisan kanak-kanak ini terbalik iaitu b menjadi d, q menjadi p, 6 menjadi 9 dan
sebagainya.
2.5.4

Tulisan

Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh membaca, kepantasan menulis, dan
kematangan menulis. Kelemahan dalam mana-mana aspek ini akan menyebabkan kanakkanak menghadapi masalah dalam pembelajarannya.
2.5.5 Nombor
Kesukaran yang dihadapi dalam numerasi adalah sama dengan kesukaran yang
dihadapi dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis bentuk digit
dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor.
2.5.5

Bahasa

Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengetahuan,


menggunakan perkataan, menamakan benda, mengingat suku kata bagi perkataan yang
panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negatifnya juga merentas
kurikulum.
2.5.6

Emosi/Tingkah Laku

Pencapaian prestasi yang rendah menyebabkan murid rendah diri dan kecewa. Ini boleh
menyebabkan masalah tingkah laku yang lebih teruk, diikuti dengan pencapaian akademik yang

rendah dan seterusnya. Selain itu, masalah tingkah laku menyebabkan murid menghadapi
masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.

13

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

3. OBJEKTIF KAJIAN
Objek kajian, ini dijalankan adalah untuk:

14

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


1. Mengenal pasti jenis disleksia yang ada kaitan dengan aspek bacaan. Bertujuan untuk
memfokuskan kajian mengikut jenis disleksia yang dihadapi oleh murid.
2. Mengenalpasti faktor-faktor masalah kemahiran murid untuk membezakan persamaan
dan perbezaaan huruf b dengan d dan p dengan q serta mengeja suku kata KVKV
dengan betul.
3. Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh murid yang mengalami
masalah ini. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu murid dalam
meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran.
4. Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya dalam membantu murid menguasai
kemahiran membaca dengan baik. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam mengatasi
masalah murid yang menghadapi masalah disleksia dalam membezakan huruf untuk
menguasai tahap kemahiran membaca dengan lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia.
5. Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan.

4. KAJIAN LITERATUR

Dalam kajian literatur, saya mengambil kajian yang yang lepas sebagai rujukan untuk
kajian saya yang berkenaan dengan definisi disleksia dan fenomena membaca, pendekatan
dan kaedah dalam membantu murid disleksia dalam menguasai kemahiran membaca seperti
kaedah multi sensori, bagi menyokong kajian yang saya jalankan.

15

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


4.1 Definisi Disleksia Dan Fenomena Membaca
Secara

umumnya,

kanak-kanak

disleksia

merujuk

kepada

kanak-kanak

yang

mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-faktor kecerdasan
intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi, kekurangan peluang pendidikan
atau kekurangan dalam latarbelakang sosioekonomi (Snowing, 2000; Lee, 2000, Lee, 2008).
Manakala, Kementerian Pendidikan Malaysia mencirikan murid-murid disleksia sebagai
murid yang mempunyai kecedasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi
menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan
menulis (Haniz, 2003). The British Psychological Society (BPS, 1999), mendefinisikan disleksia
sebagai masalah dalam membaca dan mengeja dengan tepat dan lancar. Definisi ini
menunjukkan bahawa criteria yang paling utama untuk mengenal pasti disleksia adalah criteria
masalah dalam membaca dan mengeja.
Mengikut kajian oleh Lee (2004, 2006), murid-murid disleksia yang membaca dalam
Bahasa Malaysia (BM) memang mempunyai kesukaran yang tinggi untuk membaca dan
mengeja perkataan, sebagai contoh terdapat murid disleksia yang keliru dengan bentuk
perkataan dan membaca dia sebagai dan . Murid disleksia juga didapati akan selalu
mengeja perkataan. Oleh sebab itu, disleksia dalam BM adalah dengan membina dan
menentukan kesahan ujian untuk mengenal pasti masalah membaca dan mengeja.
Mengikut Yahya (2003), membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan
manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu
pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca
perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Catts, Adlof & Weismer, 2006). Mengikut
Pressley (2002), masalah yang paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula

membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran
mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran mengeja perkataan. Hasil kajian yang
lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran
membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald & Stanahan,
2000). Oleh sebab perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan
kemahiran mengeja, maka adalah tidak hairan bahawa murid-murid disleksia menunjukkan
masalah dalam kedua-dua kemahiran ini.
16

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

4.2 Kaedah Multi Sensori


Roslinda Abdullah (2010) telah mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan
mengenali ciri-ciri spatial tertentu. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam
membantu murid bagi mengenal dan mengecam huruf tertentu dengan menggunakan alat
bantuan mengajar atau mempelbagai kaedah serta teknik pengajaran. Apabila murid mula
mengenal huruf maka kemahiran-kemahiran bahasa yang lain akan lebih mudah untuk
dipelajari.
Di dalam mengajar murid kemahiran-kemahiran bahasa satu

kaedah yang seringkali

digunakan oleh para guru untuk murid-murid kelas khas masalah pembelajaran adalah kaedah
multisensori. Jenny R. Rains, Catherine A. Kelly, Robert L. Durham (2008) telah menyatakan
bahawa kaedah multisensori merupakan satu proses belajar perkara atau ilmu baharu melalui
penggunaan dua atau lebih deria. Ini termasuklah gabungan beberapa deria seperti deria
visual, auditori, taktile-kinestatik dan juga deria rasa. Maka jelaslah di sini bahawa gabungan
pelbagai deria akan dapat membantu murid-murid untuk memahami sesuatu konsep atau ilmu
baharu dengan lebih mudah dan jelas kerana murid terlibat secara langsung di dalam aktiviti
yang dilaksanakan oleh guru.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Jenny Rains ,
Robert Durham dan Catherine Kelly (2009) di dalam satu rumusan terhadap hasil
penyelidikan berkaitan dengan tajuk Executive

Summary Multisensory Materials in K-3

Mathematics: Theory and Practice menyatakan bahawa sebanyak 94% guru menggunakan
teknik multisensori di dalam pengajaran matematik. Manakala 92% guru pula bersetuju
dengan pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan alatan multisensori dapat
meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep matematik yang diajar kepada

mereka. Oleh itu kaedah multisensori sememangnya memainkan peranan yang penting dalam
membantu bukan sahaja guru bahkan murid-murid dalam memastikan mereka faham apa yang
diajar dan disampaikan oleh guru.
Malek Muhamat Said (2004) pula menyatakan bahawa kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji berkenaan tabiat membaca manusia mendapati bahawa terdapat tiga kelompok
manusia yang menggunakan deria ketika pembelajaran. Tiga deria yang digunakan ialah
17

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


penglihatan, pendengaran dan juga sentuhan. Dengan mengabungkan ketiga-tiga deria ini
manusia mampu mengingat apa yang dibacanya. Maka adalah sesuatu yang penting untuk kita
tekankan di sini bahawa kaedah multisensori sememangnya dapat membantu para pelajar di
dalam mengingat apa yang dipelajari mereka pada hari tersebut. Perkara ini juga selari dengan
kepentingan kajian kali ini iaitu penggunaan kaedah multisensori dalam meningkatkan
kemahiran mengenal huruf-huruf kecil yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama.
Zaidah Hj Othman (1978) telah menjalankan kajian mengenai kemahiran asas bacaan
dari segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi suku kata. Beliau
pengajaran

bahasa

mengajar membaca

Melayu
ayat.

penguasaan

Kemahiran

kemahiran

asas

yang

asas

perlu

perlu

menyatakan dalam
dikuasai

ditekankan

terdiri

sebelum
daripada

mengenal huruf, membunyikan suku kata dan perkataan. Secara keseluruhannya dapatlah
dibuat satu kesimpulan bahawa kemahiran mengenal huruf dalam kalangan murid pendidikan
khas dapat ditingkatkan sekiranya langkah yang sesuai diperoleh. Dan disebabkan itu juga,
kaedah multisensori yang dilihat bersesuaian dengan murid pendidikan khas dipilih untuk
digunakan . Malah hasil tinjauan juga mendapati bahawa, penggunaan kaedah

ini

dapat

meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengecam huruf.

5. PENYATAAN MASALAH

Kes pertama tentang disleksia telah di kesan oleh dua ahli fizik Inggeris, iaitu Morgan
dan Kerr pada tahun 1897-1897. Perkataan disleksia berasal daripada perkataan Grek yang
bermaksud kesukaran menggunakan leksikon (Thomson,1989). Disleksia didefinisikan oleh
word Federation of Neurologi (1968), sebagai keracunan bahasa yang berlaku dalam kalangan
individu yang pernah mendapat pembelajaran bahasa dalam kelas tetapi gagal dalam
18

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


memperoleh kemahiran membaca, menulis atau mengeja separa dengan daya kebolehan
inteleknya. Sebagai contoh, murid disleksia tidak dapat membezakan huruf B dengan angaka 8
atau menulis huruf dengan terbalik.
Murid disleksia mempunyai kemahiran membaca yang rendah, sering kali membaca
atau menulis perkataan dan huruf mengikut susunan terbalik dan menyongsang perkataan atau
huruf sewaktu bertutur. Murid disleksia juga mengalami kesukaran memadankan bunyi dengan
simbol. Oleh itu, murid disleksia menggugurkan suku kata tertentu bagi perkataan yang banyak
suku kata. Murid disleksia tersebut dikatakan mempunyai pemahaman lisan yang rendah, suka
membaca senyap dan mempunyai tulisan yang buruk. Kajian di beberapa negara menunjukkan
lima hingga sepuluh peratus penduduk mengalami disleksia yang diwarisi daripada keturunan
dengan peratus lelaki lebih ramai daripada perempuan. Selepas bertahun-tahun membuat
spekulasi tenang punca disleksia, akhirnya diketahui bahawa disleksia ada kaitan dengan
kecederaan pada otak kanan atau kiri manusia.
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera, disambung oleh jejambat yang
dinamakan korpus kalosum. Bahagian kiri otak dikaitkan dengan kemahiran membaca, tempat
menerbitkan perkataan, membentuk bunyi-bunyi dan mengimbangi tatabahasa dengan
peraturan sintaksis. Bahagian otak kanan otak pula mengendalikan pengecaman pola dan imej.
Hasil kajian neurologi menunjukkan murid disleksia mempunyai daerah bahasa yang lebih kecil
daripada individu yang normal. Dengan itu, murid disleksia cuba menggunakan otak kanan
yang berfungsi mengecam pola imej untuk tugas mengeenal huruf. Ekoran tindakan itu, huruf
m diterbalikkan menjadi w atau n menjadi u, atau b menjadi p dan sebagainya. Murid
disleksia juga mempunyai korpus kalosum yang lemah. Sebagaimana yang diketahui, korpus
kolosum menyenggara dan menghantar maklumat yang mendatang ke bahagian otak yang
sesuai untuk diproses. Korpus kolosum murid disleksia bertindak lambat dan kurang tepat.

Dengan itu, kebarangkalian maklumat sesuatu teks di hantar ke hemisfera kanan dengan tidak
sengaja adalah tinggi.

Gambarajah 1: Perbezaan otak yang normal dengan otak yang mengalami disleksia

19

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Sumber : British Dylexia Association . (1999).

Keadaan ini, berlaku juga ke atas Mohd Sobri, hasil daripada temubual dengan guruguru mata pelajaran lain. Di dapati murid ini selalu tidak dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan denngan baik dan selalu dikatakan malas dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Murid juga dikatakan selalu membaca dan membunyikan huruf terbalik, contohnya huruf b
disebut d dan huruf p disebut huruf q. Berdasarkan pemerhatian saya juga dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, apabila Sobri disuruh mengeja akan melakukan
kesilapan. Contohnya, dalam mengeja suku kata KV + KV , seperti bu + ku akan dieja dan
di baca sebagai duku. Selain itu, apabila diberi latihan dalam lembaran dan buku latihan Sobri
akan melakukan kesilapan dengan menulis huruf tersebut dengan cara terbalik. Murid ini boleh
boleh mengeja dan menulis dengan baik tetapi mempunyai masalah dalam mengecam dan
membezakan huruf.
Selain itu, daripada pemerhatian dan temubual dengan guru-guru mata pelajaran yang
lain, mereka mengatakan Sobri ini mempunyai masalah tingkah laku yang lain seperti sering
tidak hadir ke sekolah, leka, lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan
lemah dalam pengamatan dan kurang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.

Menurut Jamilah Ahmad (1999), menyatakan bahawa murid-murid disleksia mempunyai


cirri-ciri berikut dalam pembelajaran seperti berikut:
I.

Lambat dalam menguasai sesuatu yang diajar sama ada kemahiran lisan,

II.

bacaan, mahupun penulisan.


Lemah untuk mengubah

alih

pembelajaran.

20

pengetahuan

kepada

pelbagai

situasi

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.
IX.

Lambat membezakan huruf dan perkataan sama ada dari segi bentuk huruf,
sebutan dan mahupun maknanya.
Lambat membentuk konsep.
Kerap lupa akan perkara yang diajar.
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
Selalu ponteng dan mempunyai masalah tingkah laku.
Pendiam, malu dan sukar untuk bertindal balas.

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang mengajar Sobri Mata Pembelajaran
Bahasa Malaysia, saya ingin mengambil tanggungjawab menjalankan kajian kes terhadap Sobri
bagi menyelesaikan masalah Sobri dalam mengecam persamaan dan perbezaaan huruf, bagi
membolehkan Sobri membaca dengan baik dengan menggunakan kaedah yang bersesuian.
Selain mengurangkan masalah tingkah laku seperti ponteng sekolah dan kurang tumpauan
terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain membina konsep keyakinan diri
Sobri untuk berusaha untuk berjaya dalam pembelajaran dalam menggelak keciciran dalam
pendidikan.

6. METODOLOGI
6.1 Kerangka Konsep Kajian
Rajah 2 : Kerangka konsep kajian
Objektif Kajian

Tajuk:

1. Mengenal
pasti
disleksia
yang Dalam
ada kaitan
dengan
Kajian
Kes:jenis
Masalah
Membaca
Bahasa
Malaysia Terhadap Seorang Murid
aspek bacaan.
Disleksia
2. Mengenalpasti faktor-faktor masalah kemahiran murid
untuk membezakan persamaan dan perbezaaan huruf b
dengan d dan p dengan q serta mengeja suku kata
Teori
KVKV dengan betul.
Pembelajaran
3. Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi
oleh murid yang mengalami masalah ini.
Hierarki Keperluan Maslow
4. Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya dalam
21
membantu murid menguasai kemahiran membaca
dengan
baik.
5. Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Subjek Kajian:
Mohd Sobri bin Mat Desa

1.
2.

Instrumen kajian
1. 2. Ujian Diagnostik
2. 3. Hasil Kerja Murid
3.

Kaedah
1. Kaedah Permerhatian
2.Temubual
Analisis Data
Analisis Deskriptif
Dapatan Kajian
6.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Hasil Kajian berdasarkan objektif 1-5

Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk deskriptif, data dan maklumat yang
berkaitan dengan murid disleksia dalam membaca dapat diperolehi dan seterusnya satu
analisis yang terperinci dapat dilakukan. Kaedah ini juga membolehkan saya mendapat data
primer secara langsung daripada murid yang dikaji sendiri berhubung dengan masalah
membaca yang dihadapinya dalam pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini mempermudahkan saya
membuat satu analisis yang menyeluruh tentang keadaan Sobri dalam masalah membaca.
Di antara kaedah-kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah
berdasarkan kepada pemerhatian, temubual, senarai semak, ujian diagnostik dan analisi hasil
kerja Sobri.
Melalui pengumpulan maklumat yang diperolehi, saya membuat analisis mengenai
masalah Sobri dalam membaca dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan seterusnya
mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai bagi membantu Sobri menguasai kemahiran
membaca, agar Sobri tidak tercicir dalam pelajaran dan menjadi murid yang berjaya dalam
hidup.

22

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

6.3 Latar Belakang Responden


6.3.1

Profail Murid

Bahagian A :
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.
IX.
X.
XI.
XII.
XIII.
XIV.

Maklumat

Nama
Jantina
Tarik lahir
Tempat Lahir
No. Surat Beranak/ No K/P
Umur
No. OKU
Agama
Bangsa / Keturunan
Kategori Kecacatan
Bilangan Adik-Beradik
Anak Ke Berapa
Kenderaan Ke sekolah
Alamat Rumah

Murid
: Mohd Sobri bin Mat Desa
: Lelaki
: 21.11.1999
: Bayan Dalam
: 99121-07-5085
: 14 Tahun
: LD 25702
: Islam
: Melayu
: Lembam
: 8 Orang
:8
: Berjalan Kaki
: Blok-A-4-13, Taman Bayan Jaya Tambi Kecil,
Bagan Jermal, Butteworth Pulau Pinang.

23

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Bahagian B
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.
IX.
X.
XI.

: Maklumat ibu Bapa / Penjaga

Nama Penjaga
No. K/P
Umur
Pekerjaan Penjaga
Pendapatan
Bangsa /Keturunan
Nama Ibu
No. K/P
Umur
Pekerjaan Ibu
Pendapatan Ibu

: Mohd Rosidi Bin Seman


: 760113-07-5001
: 37 Tahun
: Kilang
: RM 800.00
: Melayu
: Shaarah bt Saad
: 560115-07-5076
: 57 Tahun
: Tidak bekerja (Ibu Tunggal0
: RM 200.00 (Kebajikan Masyarakat)

Bahagian C : Maklumat Am Murid


I.
II.
III.
IV.
V.

Jenis Permainan yang digemari


: Bola Sepak
Hobi
: Mengemas Rumah
Makanan Yang Disukai
: Telur Goreng
Makanan Yang Menjadi Alahan
: Sayur-sayuran
Orang Yang Dihubungi Jika Berlaku Kecemasan :
Nama
: Mohd Rosidi Bin Somadan
Alamat
: Blok A-4-13, Taman Bayan Jaya Tambi Kecik,
Bagan Jermal Butterworth, Pulau Pinang.
Telefon
: 017-5312268

6.4 Maklumat Latar Belakang Murid


Murid yang saya kaji ini adalah bernama Mohd Sobri bin Mat Desa. Sobri merupakan
seorang yang berumur 14 tahun, merupakan murid Pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran,
kategori lembam. Murid ditempatkan di kelas Penddidikan Khas PK 7 (Perdana). Murid ini
mempunyai 8 orang adik beradik dan merupakan anak ke lapan daripada 8 beradik. Sobri
24

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


tinggal bersama abangnya dan juga ibunya. Ibunya, merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja
dan mengharapkan wang dari bantuan Kebajikan Masyarakat. Kehidupan Sobri adalah susah
dan dia datang ke sekolah dengan berjalan kaki sahaja.
Sobri mempunyai masalah disleksia visual dalam membaca bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia berdasarkan kepada temubual daripada guru mata pelajaran yang lain dan hasil
daripada pemerhatian serta analisis lembaran kerja yang dibuat.
Sobri boleh mengeja suku kata KVKV, tetapi terdapat huruf yang dibaca terbalik. Hal ini
ada kaitan dengan masalah pengamatan visual. Huruf yang dibaca terbalik adalah seperti b
disebut d dan p disebut q.
Selain itu, dari segi fizikal Sobri tidak mengalami masalah fizikal. Sobri tidak mengalami
kecacatan anggota dan dia dapat melakukan aktiviti motor halus seperti mengunting, mengoyak
kertas dan dapat menulis dengan baik, walaupun kadang-kadang huruf yang ditulis terbalik.
Dari segi sosial, murid ini dapat bergaul dengan baik dengan rakan-rakan. Tetapi Sobri
lebih berminat membuat kerja sendiri. Kemungkinan murid ini rasa rendah diri disebabkan oleh
faktor kemiskinan dan masalah disleksia yang dihadapinya.
Dari segi akademik murid ini, sedikit ketinggalan dalam kelas berbanding dengan rakanrakanya yang lain. Semua murid dalam kelas pendidikan PK 7 (Perdana) dapat membaca
dengan baik, kecuali Sobri yang masih bermasalah dalam membaca kerana tidak dapat
membezakan persamaan dan perbezaan huruf yang dibaca terutamanya huruf b dengan d
dan q dengan r. Sobri boleh mengeja suku kata KVKV, tetapi terdapat huruf yang dibaca
terbalik. Hal ini ada kaitan dengan masalah pengamatan visual. Huruf yang dibaca terbalik
adalah seperti b disebut d dan p disebut q.
Dari segi tingkahlaku, Sobri ini suka ponteng sekolah dan apabila ditanya, dia kata tiada
duit untuk datang ke sekolah. Selain itu, ada juga rungutan daripada guru-guru yang
menyatakan Sobri tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Selain itu dia juga
tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, iaitu tidak fokus
terhadap mata pelajaran yang diajar.
Oleh itu, saya mengambil Sobri sebagai responden kajian kes untuk membantu Sobri
meningkatkan kemahiran membaca dengan membezakan huruf abjad yang dia keliru dengan
menggunakan kaedah yang bersesuaian.
25

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

6.5 Tempat Kajian


Kajian kes ini telah dijalankan ke atas murid Kelas Pendidikan Khas, kelas Perdana (PK 7),
di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal, 12300 Butterworth Pulau Pinang.

6.6 Instrumen Penaksiran


6.6.1

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap Sobri semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Saya saya mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, saya
dapati Sobri mempunyai masalah dalam membaca iaitu, Sobri tidak dapat membezakan huruf
26

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


b dengan d dan huruf p dengan q. Apabila disuruh membaca dan mengeja suku kata
terbuka KVKV. Berdasarkan kepada pemerhatian saya juga, saya dapati Sobri ini dapat
mengeja dengan baik jika Sobri dapat mengusai kemahiran membezakan huruf b, d, p dan
q. Masalah ini, menyebabkan Sobri kurang memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Sobri kurang fokus dan suka berangan serta lambat dalam
menyiapkan tugasan kerana dia membaca perkataan dengan maksud yang lain disebabkan
masalah disleksial visual yang dihidapinya.

6.6.2

Temubual

Berdasarkan temubual daripada guru-guru mata pelajaran yang lain, mereka juga
menyatakan Sobri mempunyai masalah dileksia visual, iaitu apabila Sobri mengeja dia akan
membunyikan dengan bunyi lain. Contohnya, dalam mata pelajaran Matematik dia bertukar
nombor 3 dengan nombor 8. Begitu juga dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sobri juga
tertukar huruf b dengan d dan huruf p dengan q. Contohnya, perkataan book, Sobri akan
sebut sebagai dook.

6.6.3

Ujian Diagnostik

Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk membolehkan saya, mendapatkan data yang
khusus tentang kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran membaca. Hasil ujian
membolehkan saya merangka program pengajaran yang sesuai dengan murid. Skop ujian
diagnostik yang dijalankan ialah kemahiran membaca dan mengeja. Ujian diagnostik yang
dijalankan mengandungi sub topik seperti berikut:I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.
IX.

Menyebut nama abjad kecil secara rawak


Menyebut nama abjad besar secara rawak
Membaca abjad secara urutan.
Menyebut abjad yang ditunjukkan.
Membulatkan huruf-huruf konsonan awal berdasarkan gambar.
Menyesuaikan huruf huruf vocal dengan gambar sesuai
Menyesuaikan huruf-huruf vokal dengan gambar yang sesuai.
Membaca suku kata KVKV
Membaca suku kata KVKKVK

27

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


Hasil daripada ujian diagnostik menunjukkan Sobri mempunyai masalah dalam
membezakan huruf b dengan d dan huruf p dengan q. Apabila mengeja, Sobri juga bermasalah
dalam menyebut huruf tersebut. Contoh:
i.
ii.
iii.
iv.

Huruf b dibaca sebagai d


Huruf d dibaca sebagai b
Huruf p dibaca sebagai q
Huruf q dibaca sebagai p

6.6.4

Analisi Hasil Kerja murid

(buku
(dada
(papa
(qari

dibaca
dibaca
dibaca
dibaca

duku)
baba)
qaqa)
pari)

Saya juga membuat analisi daripada hasil kerja murid, saya dapati Sobri banyak
melakukan salah dalam menyesuaikan suka kata KVKV dengan objek. Oleh kerana dia tidak
dapat membezakan huruf b, d, p dan q. Di sini, saya dapat membuat analisis bahawa Sobri
tidak dapat membezakan huruf tersebut dengan baik. Selain itu, semasa membuat latihan juga
Sobri menyiapkan tugasan dengan lambat dan tidak fokus dengan kehendak soalan.

6.7 Kaedah Pengajaran


6.7.1

Kaedah Multi Sensori

Setelah mengenal pasti masalah dan melakukan tinjaun saya membuat keputusan
menggunakan kaedah multisensori dalam menyelesaikan masalah Sobri dalam membezakan
huruf-huruf b, d, p dan q. Pendekatan ini mengabungkan beberapa deria. Diantaranya ialah:

Auditori

Visual

Oral
28

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Taktile
Menurut Ann Longsdon (2012) menyatakan bahawa kaedah multisensori adalah

satu kaedah di mana guru menggalakkan murid menggunakan sebahagian ataupun kesemua
deria yang ada. Diantaranya adalah penggunaan auditori seperti membaca dengan kuat dan
lantang, bahan bantu mengajar yang berbentuk pendengaran, peralatan komunikasi seperti
radio, televisyen mahupun komputer.
Selain penggunaan teknik auditori, kaedah multisensori juga melibatkan penggunaan
teknik taktile seperti penggunaan bahan yang berbentuk modeling seperti tanah liat, dulang
yang berisi pasir, aktiviti mewarna menggunakan cat dan juga jari atau apa sahaja yang
melibatkan sentuhan dan juga pergerakan motor halus. Penggunaan teknik visual seperti
menunjukkan gambar-gambar yang menarik dan berwarna juga dapat menarik minat para
pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan juga pembelajaran dengan lebih berkesan lagi.
Oleh yang demikian saya bercadang untuk menggabungkan keempat - empat
tekniktersebut untuk mengajar murid-murid tadi mengenal dan membezakan huruf-huruf b, d,
p dan q agar Sobri tidak lagi merasa keliru dan dapat membezakan huruf-huruf berkenaan
kelak.
Di dalam melaksanakan aktiviti ini, saya telah membahagikan aktiviti-aktiviti kepada
empat aktiviti. Pada setiap intervensi

yang dijalankan melibatkan penggunaan kaedah

multisensori.

1. Aktiviti 1: Permainan Kad Huruf

29

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Rajah 1 : Permainan kad huruf

Saya membuat permainan kad huruf b,d, p dan q dengan meminta Sobri
meneka huruf yang diterbalikkan. Kemudian Sobri diminta mengambil kad dan

tunjukkan kepada saya.


Murid diminta menyebut huruf tersebut dengan jelas dan terang bunyi huruf yang

diambil.
Saya akan mengambil tangan Sobri menyentuh pada huruf yang timbul dan
meminta Sobri menyebut berulang kali huruf tersebut, sehingga Sobri dapat

mengingat huruf tersebut.


Sobri diminta suaikan huruf yang sama.
Sobri diminta suaikan huruf b, d, p dan q dengan objek.
Melalui akktiviti kad huruf Sobri menggunakan keempat-empat teknik multi
sensosri.

2. Aktiviti 2: Tayangan Multimedia

30

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


Rajah
Guru

2:

menunjukkan tayang multimedia bagi menarik


minat Sobri dalam
kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Saya menayangkan kad huruf b, d, p dan q dengan menggunakan perisian


MS Power Point Presentation yang menggunakan warna-warna yang dapat

menarik perhatian Sobri yang kurang memberi tumpuan di dalam kelas.


Saya menunjukkan setiap huruf dengan objek bergambar.
Murid diminta menyebut semula huruf yang ditunjuk oleh saya.
Saya meminta murid mengeja suku kata KVKV nama objek yang ditunjukkan

dengan bimbingan guru.


Kemudian murid diminta mengeja huruf tersebut tanpa bantuan guru dengan
menggunakan suara yang kuat.

3. Aktiviti 3: Membuat Buku Skrap Huruf dan Perkataan

31

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Rajah 3 : Menunjukkan Sobri membuat buku skrap huruf dan perkataan bagi membantu dia
mengingat huruf dan meningkatkan kemahiran membaca dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia.

Saya menunjukkan bahan-bahan untuk membuat buku skrap.


Saya meminta murid menggunting dan menampal huruf tersebut pada kertas
berwarna. Pada masa yang sama, murid diminta menyebut huruf- huruf b, d,

p, dan q dengan jelas.


Sobri diminta melekatkan kacang hijau, kacal dal, sagu dan beras hitam pada
huruf yang ditampal mengikut kreativiti Sobri. Aktiviti ini dapat meningkatkan

tumpuan melalui koordinasi tangan dan mata.


Apabila selesai, Sobri diminta menggunakan jari mengikut setiap bentuk huruf

dan menyebut nama huruf tersebut.


Di akhir aktiviti, saya menunjukkan buku skrap, Sobri diminta mengecam dan

menamakan huruf tersebut.


Murid diminta mengeja suku kata KVKV nama objek yang terdapat dalam buku
skrap.

4. Aktiviti 4: Murid Menjawab Soalan Lembaran Kerja

32

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Rajah 4 : Murid
menjawab
soalan
lembaran kerja bagi
meninngkat
kefahaman terhadap
kemahiran
membaca.

Guru

mengedarkan

lembaran

kerja kepada Sobri

Sobri diminta
suaikan suku kata KVKV

dengan objek.
Sobri diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan KVKV yang sesuai.
Sobri diminta mengeja perkataan KVKV, jawapan yang betul saya memberi
pujian kepada Sobri.

6.7.2

Rancangan Pendidikan Individu

33

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

6.7.3

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia

Kelas

: PK 7 (Perdana)

Mata Pealajaran

: Bahasa Malaysia

Tarikh

: 18 November 2013

Masa

: 7.30-8.30 pagi

Tajuk

: Membina suku kata terbuka (KVKV)

Kemahiran

: 4.0 Membaca suku kata (KVKV)

Bilangan Murid

: 1 orang

Pengetahuan yang sedia ada

: Murid pernah menyebut dan membunyikan perkataan


dengan suku kata terbuka seperti : Cili
34

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


Hasil Pembelajaran

: Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


i.

Mengecam dan menamakan huruf b, d, p dan q.

ii. Membina dan membaca suku kata KVKV


Penggabungjalinan isi kandungan

: 4.1.1 Suku kata


3.3.1 Bentuk dan bunyi suku kata
6.1.1 Menulis bentuk huruf, suku kata dan perkataan.

Penyerapan nilai

: Yakin , kekemasan dan bersabar.

Perentasan Kurikulum

: Pendidikan Seni Visual

Unsur Terapi

: Pertuturan, penglihatan, pergerakan tangan dan menjana


minda.

Bahan Bantu Belajar (BBB)

: Kad abjad b',d, p dan p, laptop, kacang hijau, kacang


dal, beras hitam, sagu, gam, kertas bunga dan pensel

Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

Set Induksi 1. Guru menunjukkan Kad huruf 1.


dan meminta murid.
(5 Minit
)
2. Guru terbalikkan kad huruf
tersebut.
2.

Catatan

Murid diminta mengambil Teknik:


kad dan serahkan kepada Menggunakan
guru.
kad memori.
Murid diminta mengecam Terapi:
dan
menyebut
huruf pertuturan
tersebut.

3. Guru
meminta
murid
mengecam kad huruf b, d, p
dan q.
3. Murid diminta menyebut Nilai: yakin diri
hurut tersebut (contoh, BBB: Kad huruf
huruf b, d, p dan q)
1.
Langkah 1 2. 1. Guru menunjukkan kad huruf b,
d, p, dan q.
(10 Minit)
3.
35

1. Murid ditunjukkan kad huruf Teknik : Latih


b, d, p, dan q.
Tubi.

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


4. 2. Soalan guru: Ini huruf apa?
5.
3. Memadankan huruf yang sama
Contoh :

4. Memadankan
huruf
dengan
gambar objek..

kad
kad

2. Murid diminta mengecam Terapi:


kad huruf dan menyebut huruf Pertuturan
dengan bimbingan guru.
Nilai
3. Murid diminta menyebut kad Mendengar
huruf secara individu.
Arahan
4. Murid diminta memadan BBB:
huruf yang sama.
Kad huruf,
Kad Gambar
5. Murid diminta ambil kad
huruf dan padankan dengan
kad gambar objek.

b
6.
Langkah 2
(10 Minit)

1. Guru menunjukkan power point 1. Guru membimbing murid


dan gambar huruf dan perkataan mengeja suku kata KVKV.
KVKV berserta dengan gambar.
2. Murid diminta mengeja
2. Murid diminta mengeja suku dengan suku kata KVKV
kata berdasarkan huruf dengan secara individu. (bola, dadu,
gambar.
pasu, qari)
Contoh:

Teknik:
Latih Tubi
Sumbangsaran
Terapi:
Pertuturan

3. murid diminta mengeja suku Nilai :


KVKV
berulang-ulang Yakin
sehingga murid ingat.
Bersabar

bola

BBB:
Komputer riba

dadu
pasu
qari
36

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Langkah
(20 minit)

1. Guru menunjukan bahan-bahan


untuk membuat buku skrap kad
huruf dan perkataan kepada
murid.
(contoh, gam, gunting, kertas
warna, kacang dal, kacang hijau,
beras hitam, reben dan penembuk
lubang),
2. Guru mengguntingkan kad huruf
untuk di tampal di atas kad warna.
3. Meletakkan gam ke atas huruf
yang ditampal, kemudian lekatkan
kacang dal atau kacang hijau ke
atasnya.
4. Menggunakan jari mengikut
bentuk kad huruf.
5. Mengeja suka kata KVKV pada
buku skrap.

1. Guru memberi penerangan Teknik :


kepada murid cara membuat
buku skrap kad huruf dan Latih Tubi
perkataan kepada murid.
Demonstrasi
Sumbangsaran
2.
Guru
menunjukkan
demonstrasi
cara Terapi:
menggunakan gunting yang Cara Kerja
betul untuk menggunting kad Pertuturan
huruf untuk ditampa dalam
kertas warna.
Nilai:
Kekemasan
3. Murid diminta melakukan Bersabar
aktiviti
tersebut
dengan Yakin
bimbingan guru.
BBB:
4. Guru membimbing murid Gunting, kertas
meletakkan kacang dal atau warna, kacang
kacang hijau ke atas kad huruf dal,
kacang
yang ditampal
mengikut hijau,
beras
kreativiti.
hitam,
sagu,
gam,
5. Murid diminta menggunakan penembuk
jari mengikut bentuk huruf.
lubang, reben

6. Murid diminta mengeja suku


kata KVKV pada buku skrap.
(bola, dadu, pasu, qari).

Langkah 4
(20 minit)

1. Guru memberi lembaran kerja 1. Murid diberi lembaran kerja


kepada murid.
dua salinan.

Teknik :
Latih tubi

Contoh : Lembaran kerja 1


2. Murid diminta membaca
Arahan:
suaikan
perkataan arahan dengan teliti.
dengan gambar yang sesuai.
3. Murid diminta menjawab
soalan
lembaran
kerja
berdasarkan pnp yang telah
diajar.

Terapi:
Cara kerja

pasu

Nilai :
Yakin
Bersabar
BBB:

37

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

dadu

Lembaran kerja

Contoh:
Lembaran kerja 2
Arahan: Isi tempat
kosong dengan jawapan
sesuai.

Penutup
(5 minit)

yang

Guru meminta murid mengeja Murid diminta mengeja suku Nilai: yakin
suku kata KVKV yang telah kata
KVKV
yang
telah
dipelajari.
dipelajari.

7. DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan permerhatian, temubual, ujian saringan dan ujian diagnostik yang dijalankan
mendapati, Sobri mempunyai masalah disleksia, iaitu disleksia visual. Disleksia visual merujuk
kepada permasalahan yang dihadapi oleh Sobri walaupun dapat melihat dengan baik tetapi
tidak dapat membezakan, membuat interpretasi atau mengingat huruf abjad yang dilihat (huruf
b, d, p dan q). Hasil daripada

kaedah multi sensori bagi membantu Sobri dalam


38

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


membezakan huruf b, d, p dan q dan meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV
melalui rancangan pengajaran individu, Sobri dapat menguasai teknik membaca dengan baik.
Selain itu, Sobri juga telah memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Melalui pengajaran secara individu, saya dapati Sobri dapat memberi tumpuan dan
lebih fokus, apabila saya menggunakan komputer riba dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan komputer riba dapat menarik minat Sobri untuk belajar kemahiran membaca
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan lebih mendalam lagi.
Selain itu, aktiviti membuat buku skrap juga dapat menarik minat Sobri mengingat lagi
bentuk huruf yang dipelajari dan tidak langsung telah meningkatkan kemahiran membaca KVKV
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya yakin melalui usaha murni ini , Sobri dapat
meningkatkan potensi dan memperbaiki diri dalam bidang akademik yang lain.
Selepas pengajaran secara individu juga Sobri tidak lagi ponteng sekolah, atas nasihat dan
kata-kata peransang yang saya berikan menjadikan Sobri bersemangat untuk datang sekolah
dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik berbanding sebelum saya
menjalankan pengajaran secara individu dan kajian kes ini dijalankan.

8. CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan yang perlu bagi penambaikan terhadap kajian yang saya
jalankan terhadap Sobri sebagai pengkongsian dengan guru-guru mata pelajaran lain bagi
membantu murid-murid disleksia menyelesaikan masalah dalam pembelajaran , selain daripada
kaedah yang gunakan dalam kajian saya, antaranya adalah seperti berikut;-

39

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


8.1 Kaedah Cermin
Dalam kaedah ini, sudah semestinya peralatan yang digunakan ialah cermin. Kaedah
ini sangat membantu guru dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini memerlukan murid untuk
berdiri di hadapan cermin. Kemudian, guru akan menyebut huruf, suku kata ataupun
perkataan kepada murid. Oleh itu, murid dikehendaki mengulang

semula apa

yang telah

disebut oleh guru sambil memandang cermin. Sementara murid menyebut perkataan
tersebut, guru akan memerhati dan mendengar sebutan yang dilontarkan oleh murid sama ada
betul ataupun tidak. Dalam masa yang sama, guru akan melihat pergerakan bibir murid
sendiri. Keadaan ini bertujuan supaya murid belajar untuk menyebut huruf, suku kata
ataupun

perkataan

dengan

cara

yang

betul.

Sekiranya murid tersilap,

guru

akan

menunjukkan cara menyebut yang betul kepada murid sambil menghadap cermin.

8.2 Menggunakan Model Teori Behaviorisme


Aplikasi teori bahaviorisme, khususnya pelaziman operan dapat dimanfaatkan untuk
membentuk tingkah laku, mengubah tingkah laku dan mempelajari sesuatu yang baharu. Dalam
menangani masalah tingkah laku murid disleksia terhadap pembelajaran seperti kurang
memberi tumpuan dan tidak menyiapkan kerja sekolah pendekatan Model Teori Behaviorisme
boleh digunakan dalam menangani tingkah laku yang tidak diingini. Guru boleh membentuk dan
mengubah tingkah laku dengan menggunakan teknik peneguhan, analisis tugasan, dan teknik
modifikasi tingkah laku yang berasaskan pelaziman operan.

Banyakkan pengulangan , latihan dan latih tubi

Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, verbal, pujian atau ganjaran lain yang akan
mengukuhkan tingkah laku. Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak

balaspelajar dengan membanyakkan latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan


dalam keadaan yang meyenorokkan.

Tetapkan matlamat yang realistik untuk membentuk tingkah laku.

Buat analisis untuk mencapai matlamat. Pecahkan kepada langkah-langkah kecil


dengan objektif yang spesifik.

40

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014

Aplikasi teknik modifikasi tingkah laku-token, kontrak, dendaan, withdrawal dan


pengasingan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

Memberi peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan pembelajaraan mereka.

Kadangkala, peneguhan negetif pula sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku
yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika murid tidak mematuhi
peraturan atau disiplin bilik darjah.
Diharapkan kajian saya ini, dapat membantu guru-guru pendidikan khas membantu

murid-murid pendidikan khas bermasalah disleksia dalam meningkatkan kemahiran membaca.


Pada masa akan datang, saya berharap guru-guru pendidikan khas dapat membuat kajian kes
terhadap murid disleksia dalam mata pelajaran lain seperti Matematik , Pendidikan Islam dan
Bahasa Inggeris serta pengurusan tingkah laku murid-murid disleksia. Di samping itu,
mempelbagai pendekatan dan kaedah dalam membantu murid-murid disleksia ini, demi
memperkasakan mereka dalam pelajaran setanding murid di arus aliran perdana.

KESIMPULAN

41

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


Kesimpulannya, disleksia bukanlah satu penyakit tetapi ia hanya merupakan satu
kecelaruan yang berlaku bukan sahaja kepada kanak-kanak di peringkat awal pendidikan
malah masalah ini turut berlaku di peringkat menengah.

Masalah ini dapat diatasi

dan

dipulihkan sekiranya mereka dibimbing oleh para guru yang terlatih dalam pendidikan
disleksia. Pendapat yang mengatakan bahawa pelajar disleksia tidak mampu

untuk

dipulihkan dan tanggapan golongan tersebut merupakan golongan yang lembab haruslah
dielakkan. Hal ini demikian, kerana telah wujud bukti yang sedia ada bahawa golongan
disleksia telah berjaya dalam bidang yang diceburi oleh mereka. Justeru,

pelajar

disleksia harus diberi bantuan dengan kadar yang segera oleh pelbagai pihak agar mereka
mampu untuk menonjolkan diri dan bakat serta mampu untuk bersaing dengan individu normal
yang lain.
Berdasarkan kaedah dan pendekatan yang dijalankan terhadap Sobri yang menghidap
disleksia visual, kaedah pengajaran yang berbentuk multi sensori, belajar sambil bermain dan
penggunaan komputer riba serta penggabungjalinan mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan
Pendidikan Seni Visual adalah menyelesaikan masalah Sobri dalam membezakan persamaan
dan percbezaan huruf b dengan d dan p dengan q. Selain itu, meningkatkan tumpuan
terhadap pengajaran pembelajaran serta memperbaiki ingatan Sobri yang mudah lupa terhadap
perkara yang diajar. Secara tidak langsung dengan kaedah yang saya gunakan ini, telah
menarik minat murid untuk belajar dan membantu Sobri membaca suku kata KVKV dengan
lebih baik lagi.
Pada masa yang sama, Rancangan Pengajaran Individu adalah penting kepada muridmurid yang menghidapai masalah disleksia dalam bacaan, bagi memberi penumpuan dan
perhatian dalam meningkatkan prestasi murid-murid disleksia visual dan auditori. Selain itu,
melalui pengajaran individu juga guru lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran
bilangan murid yang ramai, secara tidak langsung juga guru dapat memberi motivasi,
bimbingan dan galakan supaya murid lebih aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, budaya membaca juga perlu dipupuk dalam kalangan murid disleksia untuk
membantu mereka dalam mengusai kemahiran membaca dengan mengaplikasikan pelbagai
teknik dan kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan mereka. Dengan membudayakan
amalan membaca murid disleksia juga tidak tercicir dalam pembelajaran, pada masa yang

42

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


sama dapat melahirkan murid disleksia yang intelek, berfikiran kritis, kreatif dan dinamis dalam
mencapai wawasan 2020.

43

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


BIBLIOGRAFI

British Dyslexsia Association. (1999). Assessing Reading Difficulties : Assessing Reading


Diffculties: A Diagnostics and Remedial Approach. Windsor.NFER-Nelson.
British Psychological Society (BPS). (1999). Dylexia, literacy and psychological assessment:
Report by a Working Party of the Division of Education and Child Psychology.
Catts, H. W., adlof, S. M. dan Weismer, S. E. (2006). Language deficits in poor comprehenders:
A case for the simple view of reading. Journal of Speech, Languageand Hearing
Research, 48, 278-293.
Fitzgerald, J. dan Stanahan, T. (2000). Reading and writing relation and their development.
Educational Psychologists, 35, 39-50.
Haniz Ibrahim. (2003). Program bermasalah pembelajaran spesifik disleksia Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Khas ke-3. Kuala Lumpur, 29
September-2 Oktober.
Jamila Ahmad. (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
LeeLay Wah. (2004). Understanding dyslexsia in Malaysia from the parents perspective.
Proceeding of the Hawaii International Conference on Education 2004, 3709-3722.
University of Hawaii, West Oahu, 3-6 January.
Kassan, Z. dan Abdullah, S. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Pressley, M. (2002). Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed. Ke-2).
New York : The Guilford Press.
Ryden, M. (1997). Dylexia How Would I Cope?, 3rd Edition, Pennsylvania Jessica Kingsley.
Snowling, M. J. (2000). Dylexia (2nd ed.) Oxford, UK: Blackwell.

44

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] KBK 6014


Yahya Othman. (2003). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang: PTS
Publications Sdn. Bhd.
Ann Longsdon. (2012). Make Multi Sensory Teaching Materials. Diperoleh Jan 31, 2012
Dari http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/mulitsensory.htm

45

Anda mungkin juga menyukai