Anda di halaman 1dari 7

MASALAH PEMBELAJARAN Setiap pelajar mempunyai keupayaan dan kebolehan masing-masing yang berbeza dengan pelajar yang lain.

Perbezaan tersebut boleh dilihat dari segi minat, bakat, kecerdasan dan lain-lain lagi. Tidak semua pelajar akan tekun dan menunjukkan minah yang penuh semasa pengajaran dalam bilik darjah. Penting bagi seseorang guru untuk mengetahui dan mengenali minat setiap pelajarnya agar dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut. Bukan itu sahaja, guru juga perlu kenalpasti kelemahan pelajarnya dan mencari tahu faktor berlakunya masalah tersebut agar pelajar tidak ketinggalan atau tercicir dalam pembelajaran. Tidak semua pelajar mampu menguasai dan memahami isi pengajaran dengan cepat disebabkan beberapa faktor seperti : i. ii. iii. iv. v. vi. Pengajaran dan pembelajaran Fizikal dan deria Masalah pertuturan Kesihatan Mental Emosi

Murid-murid yang mengalami masalah seperti ini akan menghadapi masalah dalam penguasaan pembelajaran dan mereka terdiri daripada murid-murid yang

mempunyai I.Q rendah. Mereka boleh memahami dan menguasai sesuatu kemahiran jika diberikan pendidikan pemulihan dan berkemungkinan ada murid yang memang tidak mampu menguasai kemahiran tersebut dan tidak boleh belajar langsung. Jelaslah bahawa, enam faktor di atas memberi impak yang besar dalam penguasaan pembelajaran murid.

Faktor Pengajaran dan Pembelajaran Faktor ini dikaitkan dengan pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh seseorang guru ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar. Sebilangan kecil pelajar inilah yang perlu diberi perhatian. Guru harus

menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik, menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai dan mudah difahami oleh golongan ini, jika tidak, mereka akan bosan dan akan membenci mata pelajaran yang diajar, guru dan sekolah pada keseluruhannya. Apabila masalah ini berlaku, maka wujudlah masalah ponteng sekolah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tadi. Oleh hal yang demikian, guru haruslah bijak memilih kaedah, pendekatan serta bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap pelajarnya.

Faktor Fizikal dan Deria Masalah pembelajaran juga sering dikaitkan dengan keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan dan penyakit. Keadaan fizikal yang lemah akan mengganggu tumpuan murid. Tumpuan yang kurang sama ada disebabkan kegelisahan atau keletihan akan menyebabkan kegagalan proses pembelajaran. Selain itu, kecacatan penglihatan dan pendengaran serta lemah kawalan motor juga turut mempengaruhi kemajuan pembelajaran murid. Kecacatan penglihatan boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu masalah pembacaan jarak dekat seperti membaca buku dan masalah pembacaan dari jarak jauh seperti membaca tulisan cikgu di papan hitam. Terdapat beberapa tanda yang boleh membantu guru untuk mengenalpasti murid yang mengalami kecacatan penglihatan, antaranya ialah ; Bahagian tepi mata bertambah merah Sentiasa menggosok mata Terlalu kerap melakukan pergerakan ketika membaca Tahi mata yang berlebihan Mata berair dan bengkak Tingkah laku pelajar yang menjenguk ke hadapan Bagi murid yang mengalami masalah pendengaran pula, mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti; Bacaan yang mendatar tanpa mengubah intonasi Sebutan yang salah

Sakit telinga Ejaan yang lemah Kurang memberi tumpuan Kerap meminta guru untuk mengulangi apa yang diterangkan Selalu menghalakan telinga ke arah bunyi suara Masalah kecacatan pendengaran ini juga akan mempengaruhi pembacaan pelajar kerana kebanyakan murid belajar daripada apa yang dilihat dan didengar. Tambahan pula, murid yang menghadapi masalah ini tidak dapat mendengar dengan baik sebutan dan intonasi bacaan guru. Ini akan menyukarkan murid untuk menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Masalah Pertuturan Masalah ini dikatakan mempengaruhi penguasaan pembelajaran murid kerana ianya akan menjejaskan perkembangan bahasa murid dari segi lisan. Kecacatan manamana bahagian artikulator seperti gigi, anak tekak dan pita suara akan mempengaruhi keupayaan murid untuk melafazkan bunyi-bunyi dengan tepat. Bukan itu sahaja, kecacatan itu juga akan mengakibatkan bunyi yang dilafazkan kurang jelas, nada suara sentiasa berubah, tidak konsisten dan intonasi kurang tepat. Muridmurid seperti ini akan mengalami masalah pembacaan yang kurang sempurna kerana kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang sempurna.

Faktor kesihatan Kesihatan murid adalah sangat penting bagi menentukan keberkesanan

pembelajaran kerana otak yang cergas ada pada badan yang sihat. Masalah seperti kekurangan makanan yang berzat akan menyebabkan pelajar keletihan dan tidak bermaya semasa di dalam kelas. Ini akan mengganggu tumpuan murid terhadap pembelajaran yang disampaikan. Sesetengah pelajar yang kurang masa rehat disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti membantu ibu di

ladang juga akan mengalami masalah kurang tumpuan. Kesihatan yang kurang memuaskan juga akan mengganggu murid dari segi kehadiran ke sekolah.

Faktor Mental Mental sangat penting bagi seseorang murid. Jika mental bermasalah, maka keseluruhan pencapaian akademik murid akan terganggu. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah mental iaitu; Kelahiran awal bulan Kecederaan otak akibat kemalangan atau terjatuh dari tempat yang tinggi Penyakit yang menyebabkan bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama. Murid-murid yang mengalami masalah mental boleh dikesan dengan melihat aspekaspek seperti berikut; Koordinasi fizikal yang kurang baik iaitu ganjil dari segi cara berjalan, berlari dan menulis Kelakuan yang hiperaktif sehingga tidak dapat memberi tumpuan terhadap pembelajaran, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan adakalanya murid tersebut suka mengganggu kawan-kawan yang lain. Selalu sakit atau pening kepala Masalah pertuturan yang kurang jelas Koordinasi penglihatan yang kurang baik

Dalam pembelajaran pula, beberapa simptom boleh dilihat akibat daripada kecacatan mental, antaranya; Tidak berdaya menyatukan bunyi agar menjadi perkataan-perkataan yang bermakna Tidak mampu menggunakan perkataan-perkataan yang diketahui dalam pembentukan ayat

Kadar bacaan yang lambat Diskriminasi pendengaran yang lemah. Sukar membezakan sebutan perkataan perkataan. Tumpuan kurang baik Daya mengingati turutan sangat terhad

Faktor Emosi Masalah emosi selalunya berlaku di rumah berpunca dari keluarga yang tidak harmonis. Keadaan ibu bapa yang selalu bergaduh akan mewujudkan perasaan benci dan kurang selamat dalam diri murid kerana mereka dapat merasakan sendiri keadaan keluarga yang kurang tenteram. Selain dari itu, emosi murid juga mungkin akan terganggu dengan kehadiran bayi baru dalam keluarga. Murid tersebut rasa perhatian yang diberikan oleh ibu bapa kepada bayi tersebut lebih daripada yang diberikan kepadanya dan hal ini akan mewujudkan perasaan kecewa dalam dirinya. Perasaan kecewa itu akan mengganggu fikiran seterusnya menjejaskan tumpuan murid dalam bilik darjah. Penerimaan rakan sekelas juga dikaitkan dengan faktor berlakunya masalah emosi. Jika murid rasa disisihkan oleh kawan-kawan lain, ini akan menyebabkan murid tersebut malu untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan hal ini akan mengganggu prestasi murid dalam atau luar bilik darjah. Secara tuntasnya, faktor-faktor yang menyebabkan murid mengalami kesukaran dalam pembelajaran adalah terlalu kompleks. Faktor-faktor tersebut jelas akan menjejaskan pembelajaran murid sama ada dalam atau di luar bilik darjah. Oleh itu, usaha seseorang guru amat diperlukan bagi mengurangkan faktor-faktor yang menjadi penghalang penguasaan pembelajaran murid demi kepentingan anak didiknya sendiri.

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN ( KEMAHIRAN BAHASA) Pendidikan pemulihan yang dilaksanakan dalam KBSR dan KBSM berfokus kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun, dalam mata pelajaran Bahasa Melaysia, pendidikan pemulihan lebih berfokuskan kepada kemahiran bahasa yang mana 3 kemahiran telah digabungkan bersama iaitu kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Masalah penguasaan pembelajaran juga boleh dilihat melalui ketiga-tiga kemahiran tersebut. Murid yang dikategorikan dalam golongan harus diberikan pendidikan pemulihan dalam kemahiran bahasa ialah murid yang mempunyai masalah seperti; Kemahiran lisan Kosa kata yang terhad Menggunakan dialek ketika bertutur Menggunakan bahasa ibunda seperti bahasa bajau Lemah dalam kesantunan berbahasa seperti penggunaan bahasa yang agak kasar ketika bertutur. Gagal mematuhi peraturan yang didengar Lemah ingatan pendengaran iaitu sukar untuk mengingati perkara yang didengar. Kemahiran membaca Keliru pada huruf yang hampir sama ( b-d, m-w) Masalah disleksia ( kail- kali), ( dada- baba) Keliru pada huruf besar dan huruf kecil yang berubah ( a-A, b-B) Tidak mampu membatangkan suku kata tertutup ( makmal) Gagal membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata (kenderaan) Tidak dapat membuat urutan( isi terpenting tidak penting kurang penting isi penting) Sukar membuat hubung kait ( sampah dan alam sekitar) Gagal memahami apa yang dibaca (tidak dapat menerangkan semula kandungan teks yang dibaca) Membaca secara berlagu (mem-ba-ca = membaca)

Kemahiran menulis Kecondongan dan bentuk hruf tidak tekal ( tulisan yang berubah-ubah) Huruf besar dan huruf kecil bercampur aduk ( KeReTa) Kesalahan ejaan ( Mereka Merika) Aliran pemikiran yang tidak lancar ( kekurangan idea ketika menghasilkan penulisan) Lupa format penulisan ( keliru antara format penulisan surat kiriman rasmi dan laporan) Lemah dalam penyampaian idea ( Tidak mampu mengembangkan idea dengan baik) Kosa kata yang terhad ( penggunaan penanda wacana yang berulang-ulang dalam sesuatu penulisan) Lemah dalam penggunaan tanda baca ( tidak menggunakan tanda baca ? dalam ayat tanya) Ayat yang tidak gramatis ( Binaan ayat yang tidak matang, tidak menggunakan penanda wacana dalam sebuah penulisan yang mempunyai pertautan antara perenggan)

Melalui pengalaman lepas, kami mendapati dalam sesebuah kelas tersebut, terdapat beberapa orang murid yang tidak mampu meghasilkan satu penulisan yang baik. Kami dapat mengesan bahawa murid-murid tersebut menghadapi masalah untuk menyusun idea-idea mereka dan ini menyebabkan murid terhenti dalam beberapa ayat. Oleh sebab itu, dalam tugasan kali ini, kami telah memilih untuk membuat perancangan aktiviti berkaitan dengan masalah penguasaan dalam kemahiran menulis iaitu aliran pemikiran yang tidak lancar yang disebabkan oleh penyusunan idea yang kurang mantap. Masalah ini sering kali berlaku dalam kalangan murid. Oleh sebab itu, kami sepakat memilih masalah ini sebagai fokus utama untuk kami meyediakan Rancangan Pengajaaran Harian yang sesuai seterusnya menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik bagi mengatasi masalah penguasaan pembelajaran murid.

Anda mungkin juga menyukai