Anda di halaman 1dari 9

PUNCA MASALAH MEMBACA

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy
L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga
faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah
pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi,
aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat
makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa


Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi
masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah
sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar.
Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan
keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan
yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian
mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh
menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan
menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti
tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan
sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.
Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak
memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran
membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang
berkesan, dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN


Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapai masalah pembelajaran adalah terdiri
daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan
beberapa faktor berikut:
o Faktor-faktor pembelajaran
o Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.
o Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai dengan murid.
o Bahan pelajaran yang diseduiakan kurang menarik minat murid-murid.
o Faktor peribadi
o Kemiskinan dan masalah sosial- setengah murid yang miskin terpaksa
membuat kerja-kerja sambilan sehingga tidak mempunyai masa untuk belajar.
o Tidak mendapat galakan dari ibu bapa.
o Pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang menghadapi masalah yang serupa.
o Faktor kurang kecerdasan
Faktor kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental. Murid murid ini terdiri daripada
murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan
sebagainya.
Masalah mental wujud adalah disebabkan;
o Warisan keturunan ibu bapa.
o Kelahiran secara tidak normal speerti kelahiran tidak cukup bulan.
o Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan.
o Kekurangan makanan yang berzat.
Faktor mental dalam masalah pembelajaran dapat diperlihatkan melalui tanda-tanda berikut;
o Tidak boleh membunyikan perkataan dengan tepat.
o Tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat dengan tepat.
o Cepat lupa apa yang di ajarkan oleh guru.
o Kadar bacaan lambat atau langsung tidak boleh membaca.
o Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat.
o Tidak boleh menginat turutan, misalnya tidak boleh menghafal sifir darab.
o Tidak boleh mengikuti pengajaran guru dalam kelas biasa.
o Kebolehan memahami konsep dan menguasai kemahiran adalah lemah dan
terhad.
o Malas, kurang minat serta mempunyai semangat untuk membaca.
o Pendidikan pemulihan hanya boleh diberikan bagi yang mengalami masalah
mental yang ringan. Bagi kes yang berat bantuan guru khas adalah diperlukan.
o Faktor fizikal
o Kekurangan makanan yang berzat- cepat letih menyebabkan tidak berupaya
memberikan tumpuan terhadap pembelajarannya.
o Kekurangan disebabkan membuat kerja-kerja sambilan.
o Murid-murid yang kurang sihat mudah diserang berbagai penyakit sering cuti
menyebabkan pelajaran terganggu.
o Masalah kecacatan- pekak, bisu, buta dan sebagainya.
o Faktor psikologi
Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi seperti perasaan takut, benci, diam, malu,
tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu MohamadAmirul
bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini
memerlukansedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan
sahaja di
kelasdan sekolah tetapi juga melibatkan Ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan
sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam
membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam
kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalammempe
rbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini.Jika dilihat dari permulaan
saya mengenali murid ini, banyak kelemahan yangdihadapi seperti tidak boleh
membatang suku kata serta menghadapi masalah dalammengeja perkataan yang
diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerap kali tidak hadir kesekolah. Tetapi
setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token ekonomidi pamerkan,
ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir kesekolah.
Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaranyang
diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan sukukata
yang melibatkan terbuka dan
tertutup.Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada gurup
emulihan sahaja, tetapi ianya harus meliibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru
lainserta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam
menyiapkan kerjasekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan
oleh ibubapa kepadamurid ini. Walaupun Mohamad Amirul tergolong dalam
golongan murid yang
lemahdalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya mene
rimapelajaran sama seperti murid-murid lain.

ciri-ciri murid pemulihan khas


Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain
yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku,
sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:


a.
1) Emosi dan Tingkahlaku

Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.


Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka
melawan.
Bersikap pasif.
Malas

2) Sosial

Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta
mengganggu kawan-kawan.
Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit
jari/kuku.
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
Hyper aktif.

3) Kesihatan

Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.


Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar

Belum bersedia untuk belajar.


Perbendaharaan kata kurang.
Lemah pemahaman.
Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan

Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.


Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
Lambat mengelaskan benda atau nombor.
Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
Tidak dapat menyelesaikan masalah.
Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-
undang.
Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
Lemah pergerakan dan perbuatan.
Lemah daya pemikiran/ingatan.
Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
Sukar untuk membuat kenyataan am

Masalah-masalah Murid Pemulihan

Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan


pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang
bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya
ialah :

Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta

kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan
menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting
seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan
kekurangan penguasaan kosa kata

Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan

pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.

Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali,

tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.

Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak

balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.

Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir

daripada sekolah pada peringkat awal lagi

Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad

Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.


Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja
normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap
disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang
bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan
berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian
yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

a) Masalah pembelajaran dengan sebab:

i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru

ii) Tidak hadir ke sekolah

iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti

i) Leka dan lambat


b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah
masalah :

i) peribadi

ii) psikologi

iii) kurang kecerdasan lambat berfikir dan bertindak.


iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.
Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan
akal atau terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius,
kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini
ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai
untuknya. Dengan nama lain, murid ini dipanggil murid pendidikan khas .

Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1


iaitu dari tahun 1 hingga tahun3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk
membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul,
memahami dan mengingatkan kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan
untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan
koordinasi otot-otot seni.

Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di bawah :

a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial yang


bermasalah.
b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
c) Penerimaan baka yang cacat.
d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.
e) Salah diasuh atau diajar
f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum
berlakunya kesediaan.
g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.
h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan
berbagai-bagai sebab lagi.

Anda mungkin juga menyukai