Anda di halaman 1dari 23

PKP 3108

KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2


1
PENGHARGAAN


Alhamdulillah terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi
diatas segala limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus PKP 3108
Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 2.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak yang terlibat dalam membantu saya dalam pengumpulan maklumat
hingga terhasilnya hasil kerja ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini ditujukan
khas buat keluarga tercinta terutamanya isteri saya Nur Hafiza Binti Zulkifli yang
telah banyak memberi dorongan sepanjang perjalanan dalam menyiapkan tugasan
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Rahim Bin Talib selaku Pensyarah
PKP 3108 yang telah banyak memberikan panduan dan bimbingan sepanjang saya
menjalankan tugasan ini. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan di kelas P 4.7
yang sama-sama bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan ini.

















PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
2
1.0 PENGENALAN
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam
bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan
bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi
Peranan Tulisan
1. Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
2. Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku
kata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
3. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen
bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
4. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,
menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa
kini).
5. Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh
insan umumnya.







PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
3
Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis
Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan
di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan
benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-
kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan

Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah
faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan
mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.
Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid
diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.
Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf
diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada
lembaran bergaris kecil /sempit.

Tulisan Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di
peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang
diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :


PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
4
1. Membina ayat.
2. Mengarang cerita.
3. Mengarang pantun, sajak, teka-teki
4. Menulis surat kiriman.
5. Lain-lain yang berkaitan.

KEMAHIRAN MENULIS ASAS
Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc Nut
(1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan
bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja,
tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.
Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan
ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat
tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak
dan bentuk huruf dengan sempurna. Kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju pendapat
Hidreth (1947) "menyatakan bahawa punca utama ialah masalah psikomotor,
masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya
ingatan yang lemah".
Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah
tulisan yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu
menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.






PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
5
2.0 ULASAN JURNAL
2.1 Ulasan Jurnal 1
Tajuk : Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk Dalam Bahasa Malaysia Bagi
Murid Tahun 1
Penulis : Cik Mariayee a/p Suppiah, SJK Tamil Sungai Salak, Lukut
Sumber : Mariasalamperpaduan.blogspot.com. 2011

a) Masalah Tulisan Yang Dihadapi
Berdasarkan kajian yang beliau telah jalankan, beliau membuat penyelidikan
mengkaji punca masalah tulisan tidak kemas seorang murid pemulihan yang
bernama Tumresh. Beliau merupakan seorang murid yang dimasukkan ke kelas
Pemulihan Khas disebabkan tulisan yang tidak kemas. Kajian ini dijalankan
berdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta Pressey
dan Pressey (1926). Berdasarkan hasil kajian tersebut masalah yang dihadapi oleh
kelas tersebut ialah tulisan cakar ayam.Tulisan mereka buruk, bengkang bengkok,
tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz antara
perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar untuk dibaca. Antara kesilapan
gaya penulisan yang beliau dapat kesan dalam kalangan murid ini ialah cara
memegang pensel yang tidak betul, kedudukan tangan dan buku yang tidak betul,
saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak tepat
dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.
Beliau telah menjalankan kajian terhadap seorang pelajar yang bernama
Tumresh. Menurut pemerhatian yang beliau jalankan, Tumresh ialah seorang murid
petah bercakap dan bijak. Dia amat aktif semasa proses p&p berlangsung. Tumresh
juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Semasa dalam kelas, dia suka
bertanya dan menjawab soalan. Di samping itu juga, beliau dapati Tumresh amat
suka membaca. Namun begitu Tumresh mempunyai masalah tulisan yang tidak
kemas. Jadi beliau merasakan satu kerugian murid seperti Tumresh untuk berada di
dalam kelas pemulihan hanya kerana disebabkan masalah tulisan.
PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
6
Hasil pemerhatian beliau mendapati cara Tumresh memegang pensel
adalah salah. Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang
butang baju dan memasang manik. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan
ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak
berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara
stabil. Kanakkanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis
menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata
pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua
ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, beliau mendapati Tumresh sering
menggenggam keseluruhan penselnya. Teknik memegang pensel secara
menggenggam ini menyebabkan Tumresh merasa sakit pada jarinya. Selain itu,
Tumresh juga mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk membentuk
huruf yang dia kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanak memegang
pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel
menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kinestetik biasanya
mencengkam pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan
jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis
kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka
Di samping itu, penulis juga mendapati Tumresh suka menggunakan pensel
yang amat pendek menyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi
Sarponen (2009), penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah
satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Postur badan begini
menyebabkan dia merasa tidak selesa semasa menulis.
Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada
pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul,
menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan
menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan
kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak
minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.
PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
7
Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam
kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak
menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, para guru ada
ketikanya kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut
pergerakan yang betul.



b) Strategi Yang Digunakan untuk Membantu
Menurut penulis latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti
melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di
atas garisan atau corak yang dilakarkan pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid
dapat menguasai gerak tangan yang bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna.
Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di atas pasir atau rumput
tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan.
Selepas itu, murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan
jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah itu,
murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan
latihan-latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. Menurut penulis, antara aktiviti
yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari
kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah
dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan
antara bulatan dan garis lurus secara bebas.
Di sini penulis ada menyatakan beberapa aktiviti yang beliau jalankan untuk
membantu Tumresh. Aktiviti tersebut ialah :
i. Bentuk huruf salah di warnakan
ii. Menulis di atas huruf yang dicetak
iii. Latihan melukis
iv. Cara duduk
v. Menulis di atas pasir
vi. Latihan kordinasi
vii. Menconteng
PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
8
viii. Melukis bentuk
ix. Melukis dan mewarna bentuk geometri
x. System tiga garisan
xi. Menulis perkataan dari bawah ke atas




















PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
9
SUB TUGASAN 2
3.0 KAJIAN KES
3.1 Profil Murid
PROFIL MURID

A. Maklumat Umum
1. Nama : Nuraleya Syazrina Binti Mohamad @ Ahmad
2. Umur : 9 tahun Tarikh Lahir :03.03.2004
3. Tempat dilahirkan : Hospital Slim River
4. Jantina : Perempuan
5. Agama : Islam
6. Tarikh Masuk Sekolah : 03.01.2011
7. Alamat Sekolah : SK Ulu Slim, 35800 Slim River, Perak
8. Nama Bapa : Mohamad @ Ahmad Bin Mat Shah
9. Nama Ibu :
10. Alamat Rumah :No 56, Kg Ulu Slim, Slim Village
11. Bandar/luar Bandar : Luar Bandar
12. Cara ke sekolah : Berjalan kaki
13. Pekerjaan Bapa/Penjaga : Sendiri
14. Latar Belakang Pendidikan : MCE/SRP
15. Tinggal dengan Siapa : Ibu bapa
16. Bahasa Ibunda : Malaysia
17. Bahasa yang digunakan di rumah : Malaysia
18. Bilangan Kanak-kanak di rumah : 1
19. Lelaki : - Perempuan : 1
PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
10
20. Bilangan penghuni dalam rumah : 5
21. Kedudukan dalam keluarga : Bongsu
22. Bantuan belajar di rumah : Tidak ada
23. Pengalaman Prasekolah : ada
24. Sejarah kelahiran : -

B. Makanan Di Rumah
1. Sarapan, tengah hari, makan malan : Ada
C. Penggunaan Masa Lapang serta Pendidikan Umum Di Rumah
Permainan Luar Rumah : Suka bersendirian
Dalam Rumah : Menonton TV, jarang bermain
1. TV : Ada
2. Radio : Ada
3. Komputer : Tiada
4. Surat Khabar: Ada
5. Majalah : Ada
6. Buku-buku : Ada
7. Video : Tiada
8. Perakam ; Tiada
9. Astro : Ada
D. Rumah / Perabot
1. Elektrik : Ada
2. Bekalan Air : Ada
3. Kerusi : Ada
4. Meja : Ada
5. Jumlah Bilik : 3
6. Jenis Rumah : Kayu, Tradisional

PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
11
E. Masalah Kesihatan
Demam panas
Ibu mengandung di usia yang lewat (50-an)
Sering berhingus
F. Pencapaian Akademik
Sangat lemah
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar
D. Ciri-ciri masalah Bahasa dan Komunikasi yang dihadapi
Kelancaran dalam berbahasa dan komunikasi kurang
Tidak yakin dalam berinteraksi
Pertuturan yang kurang jelas
Boleh diklafikasikan sebagai Cerebral Palsy
Suka menyendiri












PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
12
3.2 Masalah Yang dihadapi
UJIAN PERMERHATIAN
Bil Konteks permerhatian Hasil pemerhatian
1 Interaksi
Rakan Sebaya
Guru
Komuniti sekolah

Kurang interaksi dengan rakan
sebaya di dalam kelas.
Tiada keyakinan bila berinteraksi
dengan guru

2 Buku Latihan
Lembaran Kerja


Kadangkala ada tulisan yang sukar
dibaca.
Kedudukan huruf besar dan kecil
keliru.
Pengguguran Huruf

3 Pertuturan
Gaya Bahasa


Pertuturan yang kurang jelas,
sebutannya tidak dapat difahami

4 Fizikal
Keadaan
Perbuatan yang diulang

Pergerakan tangan terbatas
Sering kali menggigit kuku atau jari

5 Kesihatan
Sering kali demam
Hidung sentiasa dalam keadaan
berhingus




PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
13




PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
14
3.3 Laporan Pemerhatian
Berdasarkan Sub Tugasan 2 ini saya telah menjalankan kajian ke atas
seprang murid yang didapati tergolong dalam murid LINUS TEGAR dan ia juga
adalah murid di kelas Pemulihan Mawar. Kelas Pemulihan mawar ini dikendalikan
oleh seorang Guru Pemulihan iaitu En. Fauzi Bin Ariffin. Murid tersebut ialah
Nuraleya Syazrina Binti Mohamad @ Ahmad. Murid ini merupakan murid tahun 3
Cempaka.
Kategori dan Ciri-cirinya.
Nuraleya Syazrina adalah mereupakan kanak-kanak yang boleh diketegorikan
sebagai kanak-kanak Cerebral Palsy. Berdasarkan permerhatian saya cara
Nuraleya memegang pensil salah. Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis
akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam
motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel,
memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang
menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi
motor. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman
pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika
memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanakkanak yang tidak
menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang
tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan
bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang
terlalu dekat dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak.
Mengikut Levine (1987), semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada
pembentukan huruf yang kurang cantik.
Pemerhatian saya mendapati Syazrina sering menggenggam keseluruhan
penselnya. Teknik memegang pensel secara menggenggam ini menyebabkan Nur
merasa sakit pada jarinya. Selain itu, Syarina juga mengalami kesukaran untuk
mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf yang dia kehendaki. Levine (1987)
menegaskan cara kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman yang kurang
kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan
meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis.
PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
15
Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang
menyakitkan bagi mereka.
Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri fizikal yang kurang kemas
dan perlu perhatian dari guru-guru dan ada kalanya mereka mudah takut untuk
berinteraksi dengan guru sehingga untuk pergi ketandas pun tidak bercakap dan
berlarutan sampai menjadi tandas di dalam kelas
a. Huraian hasil pemerhatian terhadap hasil kerja tulisan murid
Berdasarkan daripada masalah dalam kemahiran membaca, saya menumpukan
pemerhatian terhadap masalah kemahiran tulisan yang dihadapi oleh murid ini.
Aspek pertama yang saya perhatikan adalah cara memegang pensel. Didapati
bahawa murid ini boleh memegang pensel dengan cara yang betul. Kemudian saya
memerhatikan pula postur badan semasa menulis. Hasilnya, murid ini menulis dalam
keaadan yang agak membongkok sedikit. Jelas terpapar di wajah murid ini ketidak
selesaan sepanjang dia menulis
Aspek seterusnya saya membuat pemerhatiaan kepada hasil kerja tulis di dalam
buku latihan. Hasil pemerhatian tersebut saya membuat kesimpulan bahawa
masalah utama murid ini dalam kemahiran tulisan ialah tidak menjarakkan atau
menulis setiap perkataan secara rapat
Selain itu murid ini juga menggugurkan beberapa huruf dalam perkataan yang
disalin. Ini juga mungkin ada berkaitan dengan masalah pengamatan visual. Melalui
pemerhatian yang dijalankan dapat memberi sedikit gambaran tentang masalah yang
dihadapi oleh murid dalam kemahiran tulisan. (Rajah 1 )

Rajah 1


PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
16
UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA MELAYU PENDIDIKAN KHAS
KEMAHIRAN TULISAN
TANDAKAN () BAGI JAWAPAN YANG BETUL, (X) JIKA MURID TIDAK DAPAT
MEMENUHI OBJEKTIF KEMAHIRAN.

BIL

KEMAHIRAN

PENGUASAAN
YA TIDAK
1. PRA TULISAN
1.1 Membuat corak di udara. /
1.2 Menggerakan tangan menggunakan alat tulis. /
1.3 Menulis dalam keadaan yang betul. /
1.4 Menyambung titik-titik pelbagai bentuk garisan. /

2. MENGENAL DAN MENIRU BENTUK HURUF
2.1 Meniru semula bentuk huruf dan suku kata. /
2.2 Menyambung garis putus-putus huruf. /

3. MENYALIN SUKU KATA DAN PERKATAAN
3.1 Menyalin semula huruf, suku kata, perkataan dan ayat. /
3.2 Menulis perkataan mudah. /
3.3 Menulis ayat mudah. /

4. MELENGKAPKAN AYAT
4.1 Membina ayat mudah berdasarkan perkataan yang
diberi.
/
4.2 Melengkapkan ayat. /

5. MENYUSUN DAN MENULIS SEMULA PERKATAAN
5.1 Menyusun perkataan mengikut kesesuaian. /
5.2 Menulis semula perkataan menjadi ayat yang betul /

PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
17
6. MEMBINA AYAT
6.1 Melengkapkan tempat kosong. /
6.2 Membuat ayat berdasarkan perkataan. /
6.3 Membuat ayat berdasarkan gambar. /

7. MENULIS KARANGAN
7.1 Menulis karangan tentang diri sendiri. /
7.2 Menulis karangan keluarga. /
7.3 Menulis karangan berdasarkan gambar. /
7.4 Menulis karangan tentang sekolah. /


Berdasarkan kepada jadual di atas dapat dilihat hasil dapatan daripada ujian
diagnostik kemahiran tulisan yang dijalankan kepada murid yang bernama Syazrina.
Oleh itu skor yang diperolehi oleh Syazrina agak tidak memuaskan. Dalam ujian ini
banyak soalan yang mempunyai jawapan untuk dipilih oleh murid. Ini
berkemungkinan murid dapat mengagak jawapan bagi setiap soalan.
Dalam kemahiran menulis ayat, saya mendapati bahawa syimir telah
merapatkan semua pekataan tanpa menjarakkannya. Begitu juga dalam kemahiran
menyusun perkataan, Syazrina masih tidak dapat membina ayat mudah walaupun
perkataan sudah diberi.Dia telah melakukan kesalahan yang sama iaitu tidak
menjarakkan perkataan demi perkataan. Ini menguatkan lagi tanggapan saya melalui
pemerhatian yang telah dijalankan sebelum ini. Ternyata sekali Syazrina mempunyai
masalah merapatkan semua perkataan apabila menulis atau menyalin ayat yang
mengandungi beberapa perkataan.
Daripada analisis ujian ini juga saya mendapati ada huruf yang ditulis tidak
bercantum seperti huruf a . Bagi huruf m dan n kaki huruf tersebut ditulis agak
tinggi. Huruf n kelihatan seperti huruf h. Selain itu, beberapa huruf yang lain ditulis
dengan tidak kemas. Secara keseluruhannya, murid ini boleh menulis Cuma
melakukan berapa kesalahan yang masih belum terlambat untuk diperbaiki.

PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
18
4.0 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Berdasarkan daripada hasil analisis ujian diagnostik kemahiran tulisan, saya telah
merancang satu pengajaran yang menjurus kepada kemahiran tulisan.
Memandangkan murid ini tidak menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup,
maka aktiviti yang dirancang berdasarkan kepada kemahiran perkataan KVK.
1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Pemulihan
Kelas : Tahun 3 Dahlia
Masa : 7.20-8.20 (1 jam)
Jumlah Murid : 3 (42lelaki, 1perempuan)
Tajuk : 5 (Perkataan kv+kv)
Objektif Pembelaja
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:
1.Mengeja dan membunyikan 4 daripada 6 perkataan kv+kv
2.Menulis 3 daripada 4 perkataan kv+kv berdasarkan gambar dengan betul

3.Meneka nama haiwan yang bermula dengan suku kata awalan kv
4.Memadankan 4 daripada 6 gambar dengan perkataan kv+kv.





PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
19
Tajuk
Perkataan kv+kv

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir p&p murid
dapat:-
1.Mengeja dan membunyikan
perkataan kv+kv
2.Menulis perkataan kv+KV
berdasarkan gambar dengan
betul

1.Meneka nama haiwan yang
bermula dengan suku kata
awalan kv

2. Memadankan gambar dengan
perkataan kv+kv
Pengetahuan Sedia
Ada

1.Kenal beberapa jenis haiwan
yang biasa dilihat

2.Boleh mengeja dan
membunyikan suku kata kv

1.Kenal beberapa jenis haiwan
yang biasa dilihat

2. Boleh mengeja suku kata kv

Bahan Bantu Belajar 1.Komputer riba (bunyi suara
haiwan)

2. Kad gambar haiwan

3. Kad gambar (jigsaw puzzle)
permainan Cantumkan saya

4.Lembaran kerja

1.Komputer riba (bunyi suara
haiwan)

2. Kad gambar haiwan

3. Kad suku kata kv

4.Lembaran Kerja

Penerapan Nilai 1.Keberanian

2. Kesyukuran

3. kasih sayang

Kemahiran Berfikir - Membanding dan membeza

PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
20
- Mencirikan

Set Induksi
(5 minit)
- Guru memainkan bunyi suara binatang melalui Komputer riba

-Guru meminta murid melelapkan (tutup) mata dan menggunakan
telinga untuk mendengar bunyi tersebut

-Guru meminta murid meneka nama haiwan yang diperdengarkan.

Langkah 1:
Pengenalan
(10 minit)

-Guru menunjukkan kad gambar haiwan seperti kuda, pari, rusa,
naga , nuri dan kera. Guru meminta murid-murid menyebut nama
haiwan yang ditunjukkan

- Guru meminta murid bercerita tentang haiwan tersebut sambil guru
bertanya soalan berkaitan haiwan tersebut. Contohnya;

1) Di mana murid-murid biasa melihat haiwan ini?
2) Adakah murid-murid suka/sayang haiwan tersebut?

Langkah 2:
Aktiviti kumpulan
(20 minit)

- Guru memberikan lembaran
kerja iaitu melengkapkan
(menulis) perkataan kv+kv
berdasarkan gambar dan
mewarna gambar

-Guru menyemak jawapan
murid yang telah siap.


- Guru menyediakan beberapa
kad suku kata awalan kv di dalam
kotak dan meminta murid bergilir-
gilir mencabut satu kad

-Murid diminta mengeja dan
membunyikan kad suku kata
yang dicabutnya

- Murid diminta meneka nama
haiwan yang bunyinya sama
dengan suku kata awalan kv yang
dicabut. Contohnya:

PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
21
1. Ke = Kera
2. Ru = Rusa
3. Pa = Pari
4. Ku = Kuda

Langkah 3:
Aktiviti murid
(20 minit)

- Guru memberikan satu set
permainan cantumkan saya
menggunakan kad gambar
(jigsaw puzzle).kepada setiap
murid

-Murid yang lebih awal
mencantumkan kesemua
gambar dan mengeja nama
haiwan dalam gambar tersebut
dikira pemenang.

- Guru memberi lembaran kerja
iaitu mewarna dan memadankan
gambar dengan perkataan kv+kv
yang betul.


Penutup
(5 minit)
- Guru menulis lirik lagu bunyi haiwan di papan tulis.

Saya ayam, kok, kok, kok, kok, kok
Saya itik, kwek, kwek, kwek, kwek, kwek
Saya burung, twit, twit, twit, twit, twit
Kami bunyi kok-kok, kwek-kwek, twit-twit

- Guru menyanyi terlebih dahulu dan seterusnya menyanyi bersama
murid-murid.






PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
22
5.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Alhamdulillah , akhirnya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang. Rancangan
Pengajaran Harian ini telah dihasilkan setelah meneliti hasil daripada analisis ujian
diagnostik kemahiran tulisan yang telah dijalankan ke atas murid yang bernama
Muhammad Syimir dari tahun 2. Pengajaran ini dijalankan selama 60 minit iaitu 2
waktu.
Perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran bermula dengan set induksi
selama lebih kurang 5minit. Set induksi berupaya menyergah minda dan menarik
minat murid untuk menjalani pembelajaran pada hari tersebut. Saya telah
memulakan dengan nyanyian lagu murid menutup mata dan meneka bunyi binatang
yang diperdengarkan.. Selepas itu, saya bersoal jawab perihal murid bagi
memotivasikan murid untuk belajar. Secara tidak langsung murid merasa lebih rapat
dengan guru kerana guru mengambil berat tentang perihal mereka seperti adakah
mereka sudah sarapan dan bertanya tentang kesihatan mereka. Guru dapat
menunjukkan rasa kasih sayang dan perihatin kepada anak murid mereka.
Dalam langkah 1, saya memulakan pengajaran dengan menunjukkan beberapa
keping kad gambar haiwan. Saya telah bertanya kepada murid tentang gambar yang
ditunjukkan dan murid meberikan jawapan iaitu nama haiwan tersebut.. Seterusnya
saya bersoal jawab dengan murid dan menyuruh murid bercerita tentang haiwan
tersebut.
Bagi Langkah seterusnya, saya mengedarkan lembaran kerja yang mana
memerlukan murid melengkapkan perkataan kv+kv berdasarkan gambar seterusnya
mewarnai gambar tersebut menunjukkan kad perkataan KVK bagi setiap gambar
tersebut. Murid mengeja bersama-sama dengan saya. Sepanjang aktiviti ini
dijalankan murid membuat kerja yang disuruh dengan bersemangat ini mungkin
kerana minat mereka pada gambar binatang seterusnya ingin mewarnakanya.
Saya membimbing cara penulisan murid supaya ianya kemas dan boleh dibaca
serta membetulkan cara memegang pensil yang betul mengikut keselesaan pelajar.
. Selepas itu saya menyuruh murid menulis perkataan tersebut di atas kertas
yang mengandungi garisan tiga.Saya akan melihat murid tersebut menulis dengan
PKP 3108
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2
23
cara yang betul. Melalui cara ini murid dapat memperbaiki tulisan terutamanya
seperti masalah Syimir yang menulis beberapa huruf tanpa mengikut bentuk yang
sebenar. Ia juga membantu murid menulis dengan lebih kemas dan tersusun.
saya memulakan pengajaran menggunakan kad suku kata sahaja. Murid
mengeja dan menyebutnya berulang kali perkataan yang dibina menggunakan kad
suku kata. Selepas itu murid diminta menulis kembali perkataan yang disebut oleh
guru di papan putih. Sekiranya murid melakukan kesalahan, saya akan menegur dan
membimbing murid agar tidak melakukan kesalahan tersebut. Dalam kes ini,
Syazrina masih lagi ada melakukan beberapa kesilapan pada tulisannya. Setelah
ditegur dan dibetulkan beberapa kali, kekerapan kesilapan semakin berkurangan.
Saya rasa sangat gembira melihat perubahan tersebut.
Langkah yang seterusnya, saya menjalankan aktiviti permainan Camtumkan
Saya menggunakan kad gambar (jigsaw puzzle ) kepada setiap murid. telah
memberikan lembaran kerja yang berupa menulis ayat mudah berdasarkan
Selain daripada menggunakan pensel, saya juga telah melatih Syimir untuk
menggunakan jarinya sendiri bagi menjarakkan perkstaan yang ditulis. Lama
kelamaan saya dapati Syazrina sudah boleh menjarakkan perkataan demi perkataan
tanpa menggunakan pensel mahupun jari. Sambil murid menulis, saya akan
bertanya apa perkataan yang sedang ditulis oleh mereka. Hasil kerja murid yang
cantik dan kemas telah saya pamerkan dihadapan kelas selain murid diberi
peneguhan positif seperti kata-kata pujian dan juga token.
Sebelum saya mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran, sekali lagi
saya menunjukkan kad gambar dan meminta murid menulis perkataan bagi gambar
yang dilihat. Murid boleh menulis di udara, dibelakang badan kawan dan juga di atas
papan putih. Saya juga menulis lirik lagu Bunyi Haiwan dan menyuruh murid
mengikut nyanyian bersama saya.
Sepanjang proses pengajaran dan ini, saya dapati banyak perubahan yang
ditunjukkan oleh Syazrina dan ianya perlu kepada bimbingan yang berterusan.

Anda mungkin juga menyukai