Anda di halaman 1dari 26

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN

BAHASA
PENDEKATAN
PROJEK

TUNJUK CARA

MEDIA

PENYELESAIAN
MASALAH

BERCERITA

SIMULASI

PERBINCANGAN

LAWATAN

KUIZ

1.0 PENGENALAN
1

Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur,


kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Semua kemahiran ini perlu dikuasai
secara serentak oleh murid (KBSR : 2003). Disamping itu pula, pendekatan, kaedah
dan teknik perlu digunakan secara bersepadu bagi mendapatkan hasil pembelajaran
yang diingini. Oleh yang demikian, perancangan yang baik dan lengkap perlu
menggunakan unsur-unsur ini bagi menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta
pengajaran yang berkesan.
1.1 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.1.1 Pendahuluan
Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur

komunikasi yang

tertua, terpenting dan paling kerap digunakan. Namun begitu, sebagai kemahiran dalam
pembelajaran bahasa, mendengar dan bertutur merupakan bahagian yang paling kerap
diabaikan. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran pertama dikuasai oleh
kanak-kanak. Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak didapati bahawa
sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar dari mulut bayi, mereka telah terdedah
lebih dahulu kepada bunyi bahasa dan bukan bahasa secara sengaja atau tidak
sengaja.
Ini memberi

maksud bahawa mendengar dan bertutur merupakan asas

kemahiran berbahasa. Mendengar juga merupakan suatu kemahiran yang paling awal
muncul berbanding kemahiran-kemahiran lain. Dari segi urutannya ialah kanak-kanak
akan mendengar dahulu diikuti bertutur,membaca dan akhir sekali menulis. Kemahiran
bertutur dan mendengar merupakan dua komponen dalam kemahiran lisan. Kemahiran
mendengar merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau
maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti
penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik serta
berkesan penting dalam kehidupan seharian. Seorang pendengar yang baik dapat
memahami dan memproses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.
Seseorang penutur yang baik pula dapat menyampaikan perasaan dan
pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Oleh itu, kebolehan
2

untuk memahami dan memproses maklumat yang didengari serta kebolehan untuk
bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi perkembangan pemikiran dan pengertian
seseorang individu. Disamping itu, kemahiran tersebut juga dapat memperkembangkan
kebolehan membaca. Justeru itu, kemahiran mendengar dan bertutur dianggap sebagai
asas untuk perkembangan kemahiran bahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
Kemahiran bertutur amat penting dalam pendekatan pengajaran struktural atau situasi
dan komunikatif. Walau bagaimanapun, anggapan kedua-dua pendekatan ini terhadap
kemahiran bahasa ini adalah berbeza.
1..2 Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat
memberikan maklum balas. Kemahiran mendengar biasanya dianggap sebagai satu
kemahiran yang diperolehi secara semulajadi oleh penutur sesuatu bahasa.Namun
dalam konteks pengajaran bahasa masa kini, kemahiran ini perlu diajar secara
sisitematik supaya pelajar akan berkebolehan mendengar secara berkualiti dan
seterusnya dapat emnggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota
masyarakatnya (Yahya Othman, 2005). Kajian C.M. Feyten (1991) menunjukkan
bahawa swbahagian besar pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran, tetapi kita
dapat mengingati hanya lebih kurang 25% daripada apa-apa yang kita dengar.
Mendengar seharusnya merupakan aktiviti yang aktif dan melibatkan pendengar dari
segi mental iaitu memahami dan menilai maklumat yang didengar.
Kemahiran mendengar

juga merupakan

satu proses yang melibatkan dua

peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi


bahasa yang hampir sama seperti b dan p yang mewakili bawang dan pawang.,
d dan t yang mewakili dulang dan tulang. Peringkat kedua pula ialah memahami
bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman
tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan
sikap pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai
unsur-unsur kefahaman seperti pengetahuan sedia ada pada pendengar, seperti fakta
dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan. Sejurus itu
3

adalah pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan


pengetahuan tentang sistem bahasa. Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang
itu akan memahami unsur bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses
mendengar adalah suatu aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan
mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan
apa yan difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses
yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
1.2.1 Peringkat Kemahiran Mendengar
Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar. Pada peringkat awal kemahiran
mendengar, pelajar akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka
juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayatayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti
yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh pelajarnya menggayakan aksi
seekor kucing, maka pelajar tersebut akan bertindak balas dengan menggayakannya
mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini, pelajar cepat
bertindak terhadap soalan yang mudah. Pelajar juga dapat mengingat serta
memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.
Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar
ini, pelajar didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat
dan terperinci. Pelajar juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau
maklumat khusus. Sebagai contoh, guru memberitahu pelajar tentang sebuah
kemalangan yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar
serta pelajar dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkan kemalangan itu. Pada
peringkat ini juga, pelajar didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu
tindakan yang dibuat. Selain itu, pelajar ini akan diajar untuk mengenal perhubungan
orang-orang yang berinteraksi dalam kehidupan sosial serta diterapkan ilmu dalam
aspek mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. Mereka akan dipupuk untuk
menjadi seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian
terhadap penyampai. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut menjaga

perasaan penyampai serta ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat memberi
manfaat kepada pelajar terbabit.
Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada
peringkat ini, pelajar dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam
sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam
karangan tersebut. Pelajar akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang
bercakap.Selain daripada itu, pelajar akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang
yang bercakap. Pelajar tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam
sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar diajar
mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka
juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar
sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat ini juga, pelajar
akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mereka dapat
menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

PERINGKAT AWAL

mengecam, mengajuk
dan memilih bunyi
mendengar dan
mengecam makna
perkataan, rangkai kata
dan ayat-ayat

PERINGKAT
PERTENGAHAN
mengecam dan

melakukan sesuatu
yang disuruh

menjalankan perintah
dan permintaan

bertindak terhadap
soalan-soalan mudah

mengingat fakta
mengenal maklumat
khusus

PERINGKAT AKHIR

mengenal isi-isi
penting
mengenal peranan dan
perhubungan orang
yang bercakap

mengesan urutan
maklumat

mengenal sebab dan


akibat

mentafsir maksud
orang yang bercakap

memberitahu fungsi
tekanan dan intonasi

mencari jalan
mengatasi masalah
yang didengar

mengenal
perhubungan orang
yang berinteraksi

mengenal sikap dan


1.2.2 Proses
Mendengar
mengingat dan
mengikut aliran dalam
perasaan orang yang
memadankan
bercakap
dialog atau perbualan
danboleh
ayat- dibahagikan kepada empat peringkat iaitu :
Proses perkataan
mendengar

a) Mendengar deretan bunyi bahasa


Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan
maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah
datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan
lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan
bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang
mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.
b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan
bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar
akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam
perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau
tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang
berukangkali

dilakukan

akan

menjadi

kebiasaan

kepada

pendengar.

c) Menguasai makna
Peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat
memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain
dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi
keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah
melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar
yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka
bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.
d) Bertindak terhadap bunyi
Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat
tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan
sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
1.3 Kemahiran Bertutur
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa
manusia( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak
6

hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya.


Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang
perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih
kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula
berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu
menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan
mereka bertutur dengan berkesan.
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian
supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan
sepuluh aspek pertuturan seperti rajah berikut:

TEKANAN

SEBUTAN

TATABAHASA

LARAS BAHASA

KELANCARAN

ASPEK
PERTUTURAN
NADA

MORA(panjang
pendek)

KEFASIHAN

JEDA (persendian)
INTONASI

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan


buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti
perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah

memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan,
intonasi serta menggunakan ayat dengan tepat.
Kemahiran

Bertutur

merujuk

kepada

keupayaan

pelajar

menyampaikan

maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan
pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa
yang sesuai. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur adalah seperti berikut:
Menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul.
Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan
jelas untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial.
Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga,
dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.
Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara
jelas dan sopan.
Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada
bahasa formal dan tak formal.Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa
Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga,
bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan
sebagainya.Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan
membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa
mesra dan bahasa formal.

1.4 Kemahiran Membaca


Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan
8

bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang
tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca
dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada
proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali
lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan
oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan keduadua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan
menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan
menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan
pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi
mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan.
Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain
seperti mengira dan menulis. Mengikut fahaman sekarang, membaca bukanlah sematamata memindahkan tulisan kepada suara bahkan murid perlu dapat menangkap makna
dan memahami apa yang dibacanya.

Seseorang murid yang boleh memindahkan

tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa
yang disuarakan maka, murid itu tidaklah boleh dihitung pandai membaca. Memahami
isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.
(Kamarudin Hj Husin: 1988).
Dr Ali Mahmood dan rakan (2004), mendefinisikan membaca sebagai satu
perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.
Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu menterjemahkan lambang bertulis atau
bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau makna daripada
bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan. Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan,
mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar
membaca bererti mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih
mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.Untuk menjadi seorang
pembaca yang berkesan, murid perlu menguasai kemahiran dan teknik membaca. Oleh
itu, guru perlu membimbing murid menguasai teknik-teknik tersebut supaya dapat
9

bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dan dapat memperluas ilmu serta
pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan.
1.4.1 Peringkat Bacaan
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;

Bacaan mekanis : Merupakan bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf


dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang
betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada
perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan mentalis : Dikenali juga sebagai bacaan akaliah dan merupakan


bacaan

secara

senyap.

Aspek-aspek

kefahaman

diberikan

penekanan,

sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan


dalam bacaan ini.

Bacaan intensif : Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Ianya juga member penekanan kepada kajiankajian terhadap cirri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan.

Bacaan ekstensif (meluas) : Merupakan bacaan meluas yang menekankan


aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.Bacaan jenis ini
menitikberatkan

aspek

pengukuhan

asas

bacaan,menambah

kemahiran

memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca;


kebiasaannya melalui pembacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan
keseronokan di samping berpeluang menambah ilmu pengetahuan.
1.4.2 Teknik Dalam Bacaan
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh
dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi ,
kecerdasan pelajar dan tujuan membaca. Berikut ialah beberapa teknik membaca:
10

i. Teknik Membaca SQ3R


Teknik digunakan pada tahap pelajar berpencapaian baik dan mahir membaca. Tujuan
menggunakan teknik ini adalah untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan
atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang
dipelopori Robinson (1941). SQ3R membawa maksud :
S SURVEY (TINJAU)
Q QUESTION (PENYOALAN/PERTANYAAN)
R READ (BACA)
R- RECITE (IMBAS KEMBALI)
R- REVIEW (BACA SEMULA)
ii.Teknik Membaca KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia
ada, mengimput pengetahuan baru selepas proses pembacaanya.
KWLH bermaksud:
K (KNOW) - Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca).
W (what) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca).
L (learnet) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca).
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang lain.

iii.Teknik Directed Reading Thinking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir


Terarah)
Teknik ini diperkenalkan oleh Russel Stauffer (1969/1975). Menurut beliau, teknik ini
membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan
bacaan (teks, imej, symbol, grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan

11

mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan


mengesahkan maklumat yang dibaca.
1.5 Kemahiran Menulis
Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau
pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan
menggunakan bentuk grafik. Ini memberi makna bahawa penulisan merupakan cara
untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik. Kemahiran menulis merupakan satu
kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran. Kemahiran
menulis diajar kepada murid agar mereka dapat merakamkan apa sahaja perkara yang
didengar, dilihat artau dialami dalam bentuk grafik atau tulisan. Pada masa yang sama,
murid juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi
yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis
yang sistematik.
1.5.1 Peringkat Menulis
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu :
a) Peringkat Pramenulis
Pada peringkat ini, murid diberikan persediaan secara mekanikal untuk
membolehkannya menggunakan alat tulis dan dapat menulis dengan selesa dan
tepat. Pada peringkat ini, guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakan
tangan dan mata supaya murid boleh mengkoordinasikan kedua-dua anggota ini
untuk tujuan menulis. Contoh aktiviti seperti mewarna bebas, mengunting,
menganyam, membentuk garisanlurus dan lengkok berdasarkan garisan putusputus dan membuat doh.
b) Peringakat Mekanis
Setelah murid dapat menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah
peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini murid dilatih membentuk lambinglambang yang ada kaitanya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya murid dapat
menulis huruf-huruf untuk membentuk perkataan dan seterusnya ayat. Latihan
yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah seperti latihan membentuk bulatan
12

dan garis lurus secara terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dan
latihan membentuk huruf dengan cara yang betul secara bebas.
c) Peringkat Pelahiran
Pada peringkat ini, murid telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan
mengeja. Peringkat pelahiran ialah murid dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk
ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal tetapi pada akhir peringkat ini murid
sepatutnya telah tahu memberikan reaksi terhadap bahan-bahan rangsangan
yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini
ialah mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan
ayat, melengkapkan petikan atau cerita dan menulis jawapan kefahaman.
2.0 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA
2.1 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M.
Anthony teknik adalah satu muslihat atau strategi atau teknik yang digunakan oleh guru
yang mencapai hasil segera yang maksimun pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang
digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dipilih.
Objektif teknik pengajaran kemahiran bahasa adalah menyampaikan pengajaran
bahasa dengan menarik minat serta mengekalkan perhatian murid terhadap pengajaran
serta membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid. Terdapat beberapa teknik
pengajaran yang boleh dimanfaatkan oleh guru dalam pengajaran kemahiran bahasa
iaitu :
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
13

Teknik latih tubi


Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan
Teknik forum
Teknik-teknik pengajaran ini digunakan dengan

gabungan kemahiran bahasa iaitu

kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa
yang dianggap penting. Murid di beri peranan dan meaminkan watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang
tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau
menjelaskan kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka
berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan
sengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid
dengan

cara

membacakan

atau

memperlihatkannya

melalui

filem,televisyen,

mendengar rakaman dan sebagainya.


Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah member peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.
14

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa


murid antaranya kemahiran mendengar, berututur, membaca dan menulis. Permainan
bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan falsafah Pendidikan negara khususnya. Hala tuju ini
diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu
meransang interaksi verval murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan
konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan
bertindak sebagai alat pemulihan,pengukuhan dan pengayaan.
Teknik Latih Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping
menjamin ketekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaranBahasa Melayu dan
mata pelajaran lain. Melalui teknik ini, murid akan mengalami proses mendengar,
melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi
penggunaan perkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima
aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan
kata, kefasihan dan kefahaman.
Teknik Bercerita
Teknik bercerita adalah salah satu pendekatan yang sesuai igunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang mampu
menarik minat serta perhatian murid. Murid-murid amat gemar mendengar cerita.
Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus
memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat
untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, serta mementingkan aspek-aspek bahasa yang
yang hendak disampaikan sebagai tumpuan utama.
Teknik Inkuiri
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Ianya merangkumi aspek-aspek
soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorentasikan
masalah.

Merupakan

satu

kaedah

pengajaran

bahasa

yang

dinamik

untuk

menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan murid. Pengendalian teknik
15

inkuiri ialah proses mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat,


menganalisis dan membuat rumusan.
Teknik Perbahasan
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea tersusun. Kelebihan teknik ini ialah ia
dapat memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan. Ia juga
melatih kemahiran berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
Teknik Soal Jawab
Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid
memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji
kefahaman murid terhadap apa yang diajar.

3.0 Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh

: 7 Ogos 2013

Masa

: 8.35 pagi - 9.35 pagi (60 minit)

Tahun

: 5 Nilam

Bil. murid

: 34 orang

Tema

: Institusi Pelajaran
16

Tajuk

: Usaha Tidak Henti, Kejayaan Menanti

Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :


i.

Menceritakan cerita yang dibaca berdasarkan teks semula

ii.

Sekurang-kurangnya menyebut 3 daripada 5 usaha yang perlu dilakukan


untuk mencapai kejayaan.

iii.

Sekurang-kurangnya dapat menulis ayat yang betul berdasarkan petikan


yang telah dibaca.

Fokus Utama

: (5.2) Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan


dan intonasi yang betul dan lancar serta dapat memahami
perkara yang dibaca.
Aras 3 (ii) memahami isi kandungan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan : (11.2) Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan
perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
Aras1(i) mengecamkan maklumat yang terdapat dalam teks.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa

: Kosa kata ( menuntun,sambalewa,punah)


Sintaksis, sebutan dan intonasi

Ilmu

: Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan, Pendidikan Moral,


Pendidikan Islam

Nilai

: Menghormati, kesungguhan, keyakinan diri, kerjasama


dan kejujuran

Kemahiran Bernilai Tambah :


Kemahiran Berfikir

: Menghubungkaitkan, inferens, menerangkan


sebab, menganalogikan.

Kemahiran Belajar (BCB) : Mengumpulkan, memproses dan melaporkan


17

maklumat
Kecerdasan Pelbagai

: Interpersonal,Intrapersonal, Verbal Linguistik,


kinestatik, Emosi

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah diberi pendedahan tentang usaha


yang boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan.

Bahan Bantu Belajar

: Piala kemenangan, set permainan dam, peraturan


permainan, borang grafik latihan pengukuhan
dan pengayaan.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

18

Catatan

Set induksi (5 minit)


Pengesanan
maklumat yang
dilihat :
Piala
kemenangan

-Murid ditunjukan barang


maujud piala yang dibawa
oleh guru.

BBB :
Piala Kemenangan
KB :

-Murid ditanyai pada waktu


bila mereka menerima piala
atau hadiah.

- menghubungkaitkan,
inferens

- Murid dibimbing
mengaitkan barang maujud
dengan kejayaan yang
dikecapi oleh seseorang
yang telah berusaha dengan
gigih.

BCB :
- memproses maklumat

- Guru menerangkan set


induksi berkait dengan tajuk
pelajaran hari ini.

Langkah 1(15minit)
KB :
Pengesanan isi-isi
cerita berdasarkan
petikan teks yang
dibaca.
i.Permulaan cerita
ii.Siapakah watak
utama dalam cerita
iii.Apakah yang terjadi
kepada watak
iv.Bagaimanakah
watak utama
bertindak untuk

-Murid dikehendaki
membaca petikan yang
terdapat dalam teks.
-Berdasarkan cerita yang
dibaca, murid perlu
mengecamkan maklumat
yang berkait dengancaracara mencapai kejayaan.
-Guru memilih beberapa
orang murid untuk
menyampaikan maklumat
yang diperlukan.
19

-menerangkan sebab,
menghubungkaitkan
BCB :
-Mengumpulkan,
memproses dan
melaporkan maklumat
BBB :
- Petikan cerita
TKP :
-Verval-linguistik,
interpersonal,emosi

mencapai tujuannya.

-Murid dibimbing
menyatakan maksud
perkataan yang tidak
difahami.

Nilai :
-Menghormati,
kesungguhan, keyakinan
diri.

Langkah 2 (20 minit)


Mengesan maklumat
daripada aktiviti
permainan.

Usaha untuk
mencapai kejayaan :
i.membaca buku-buku
ilmiah
ii.Tidak berputus asa
iii.Tidak mudah
mengalah
iv.Mengikuti kursus
motivasi
v.membuat rujukan
bersama guru

KB :
-Secara berkumpulan, murid
perlu menjalankan
permainan bahasa
berbentuk dam yang
dinamakan
Tangga Kejayaan
-Murid memerhatikan tunjuk
cara yang dilakukan oleh
guru sebelum permainan
secara berkumpulan
dijalankan.
-Setiap kumpulan diberi 1
set dam tangga Kejayaan
untuk dimainkan oleh semua
ahli kumpulan.
-Murid dikehendaki bermain
berpandukan peraturan
permainan yang dilampirkan
bersam set dam yang
diberikan

-Menghubungkaitkan,
membuat inferens
BCB :
-Memproses maklumat
dan melaporkan
maklumat
TKP :
-Verval linguistic,
kinestetik, interpersonal,
intrapersonal, emosi
Nilai :
-Keberanian,
kesungguhan,kerjasama,
kejujuran

-Setiap kumpulan perlu


menamatkanpermainan
hingga petak akhir.

BBB :

-Ahli kumpulan yang tiba di

-Set permainan dam

20

petak akhir dikira pemenang. Tangga Kejayaan,


peraturan permainan.
-Murid dibimbing
merumuskan aktiviti yang
dijalankan dengan cara-cara
mencapai kejayaan.

Langkah 3 (15minit)
KB :
Soalan kefahaman
(lampiran)

-Murid diberi lembaran kerja


yang mengandungi soalan
membina ayat berdasarkan
petikan teks yang telah
dibincangkan dalam langkah
1.

-Menghubungkaikan,
mengecam maklumat
BCB :
-Memproses dan
mencatatkan maklumat

-Guru membimbing murid


yang memerlukan pemulihan
dalam aktiviti membina ayat. TKP :
-Murid perlu menyerahkan
hasil tugasan [ada akhir sesi
pengajaran.

Verval linguistic,
interpersonal
Nilai :
-Keyakinan,
tanggungjawab,
kesungguhan
BBB :
-Lembaran kerja

Penutup (5minit)

Rumusan isi
pelajaran:

-Murid dibimbing
merumuskan kemahiran
21

yang dipelajari hari ini


Kognitif
-Usaha berterusan
akan membuahkan
kejayaan.

-Murid digalakkan
mengumpulkan maklumat
daripada sumber rujukan
buku atau majalah ilmiah.

Sosial
-Pujian dan motivasi

4.0 Refleksi

22

Lampiran 1

LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYSIA


NAMA :

TARIKH : .

KELAS :
23

Berdasarkan petikan yang telah dibincangkan, sila jawab soalan berikut di ruang
yang disediakan.

Tulislah 5 Ayat yang Menunjukkan Sikap Yang Perlu


Ada Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Pelajaran.

1. ________________________________________
________________________________________
2. ________________________________________
________________________________________
3. ________________________________________
________________________________________
4. ________________________________________
________________________________________
5. ________________________________________
________________________________________
Lampiran 2

LATIHAN PENGAYAAN BAHASA MELAYSIA


NAMA :

TARIKH : .

KELAS :
24

Tulislah maksud perkataan-perkataan di bawah.

1. Menuntun

____________________________________

2. Serba salah

____________________________________

3. Menyidai

____________________________________

4. Terpukau

____________________________________

5. Merenung

____________________________________

6. Dugaan

____________________________________

7. Berkecai

____________________________________

8. Pedih

____________________________________

9. Punah

____________________________________

10. Sambalewa

____________________________________

SUMBER RUJUKAN
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Shah Alam Selangor
25

Dr Ali Mahmood dan rakan (2004), HBML1103 Open University Malaysia


Dr Nadzeri Isa (2008), HBML3103 Open University Malaysia.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofia Hamid (1990), Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor
Kamarudin Hj Husin (1988), Pedagogi Bahasa Siri Pendidikan Longman, Longman
Sdn.Bhd, Petaling Jaya, Selangor.
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun 5
Siri aktiviti Sokongan Pengkayaan Bahasa Malaysia KBSR Tahun 1, Projek InSPIRE,
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM & Syarikat FABA-1, Subang Jaya,
Selangor.
Sukatan Pelajaran Tahun 5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.
Yahya Othman (2005), Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu, PTS Profesional, Batu
Caves, kuala Lumpur
Dr Baharin Abu dan rakan (2007) dipetik atas talian http:// eprints. utm.
my/3680/1/71881.pdf [22 Ogos 2013]
Mohamad Hilmi (2009), dipetik atas talian http:// www. scribd.com/doc/ 12950769/ bacaanmekanis [15 Mac 2010]
http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm [02 Sept 2013]

26

Anda mungkin juga menyukai