Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

LEMBAM atau SLOW LEARNER ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti
pelajaran di kelas atau di sekolah biasa.Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif
pengajaran yang mudah dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah
atau rendah.Namun begitu, permasalahan ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran
atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental.

Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinasikan sebagai beberapa jenis
kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan
kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan, Kanak-kanak yang didefinasikan sebagai bermasalah
pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira serta adakalanya mempamerkan masalah kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah
laku dan bersosial.

Kanak-kanak yang menghadapi atau mempunyai perkembangan yang lambat sejak daripada lahir.
Antara perkembangan yang terjejas adaalah dari segi senyuman.Kanak-kanak lembam akan
mengcapai perkembangan yang lambat dalam senyuman dan lambat bertindak balas terhadap bunyi
atau suara.Kanak-kanak ini juga lambat dalam memberikan tindak balas menggenggam walaupun
sudah lebih daripada 3 tahun. Perkara ini berlaku sejak daripada bayi dan masih belum hilang
walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

Kanak-kanak lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang diajar
oleh guru yang menggunakan kaedah biasa.Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan
minat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran.

Antara ciri-ciri kanak-kanak lembam ialah tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa.
Mereka juga mempunyai tahap intelek yang rendah berbanding kanak-kanak normal. Kanak-kanak
lembam juga tidak aktif dan banyak mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap. Kanak-kanak
lembam juga akan berdepan risiko meninggalkan huruf suku kata atau perkataan ketika membaca
atau menulis.

Kanak-kanak lembam juga tidak dapat mengikuti pelajaran didalam kelas,kurikulum atau di kelas
biasa kerana murid lembam atau slow learner ini terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif
pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan kanak-kanak slow learner ini mempunyai
daya ransangan yang lemah dan rendah.

Kanak-kanak slow learner atau lembam ini juga sukar menerima arahan.Oleh itu,disarankan guru-
guru untuk memberikan arahan yang pendek dan mudah. Selain itu,kanak-kanak slow learner atau
lembam ini sering kali menyebut huruf-huruf yang tidak tepat atau salah atau bertukar-tukar.
Kekerapan kesalahan dalam ejaan,tanda baca merupakan suatu perkara yang biasa bagi kanak-kanak
slow learner atau lembam.
PENUTUP

Lembam bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit
perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi
juga melibatkan ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang kurangnya akan membantu
murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam
pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu
pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini.

Kelemahan yang dihadapi seperti tidak boleh membilang suku kata serta menghadapi masalah dalam
mengeja perkataan gabungan konsonan yang diberi oleh guru. Selain itu, murid lembam
menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh guru. Murid juga mula
mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang melibatkan terbuka dan tertutup.

Dalam membantu memulihkan murid, bukan hanya terletak pada guru sahaja, tetapi ianya harus
melibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli keluarga seperti kakak yang membantu
dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh
ibubapa kepada murid ini. Walaupun tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam
pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti
murid-murid lain.

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di
muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal,
mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau
berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan
cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka
meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).

Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak
perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang
kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat
mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong
kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu
mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan
sempurna.

Anda mungkin juga menyukai