Anda di halaman 1dari 33

Masalah Tingkah Laku

Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah. Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Tingkah Laku Masalah Dalaman Kebimbangan, perasaan takut Sedih, murung Bersikap apatetik (tidak memperdulikan) Suka menyendiri, penarikan diri Kecenderungan menyalahi diri sendiri, perasaan serba salah
Perasaan rendah diri Malu, terlalu sensitif Keasyikan pemikiran tentang suatu perkara

Tingkah Laku Masalah Luaran Mengingkar Menentang Agresif


Argumentatif (suka berhujah) Tidak mempercayai, kecenderungan menyalahkan orang lain. Destruktif Menipu, mencuri Sukar mengawal diri Cemburu

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku


Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanakkanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar. Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanakkanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya. Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah. Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain. Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah. Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat. Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku. Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin. Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut. Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk: Peneguran Positif: Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Time-out Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Tidak Peduli: Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat. Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Lembab (Slow Learner)


Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas. Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanakkanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Terencat Akal
Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Simdrom Down
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya: Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik. Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahirankemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan. Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pintar Cerdas
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kesimpulan
Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini. Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting. Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut. Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak. Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif. Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu. Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rujukan
Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanakkanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur. Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD. www.scribd.com

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai