Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Teori psikologi humanistik adalah teori yang membincangkan perkembangan
personaliti manusia. Teori humanistik melihat kehidupan manusia dari kehidupan
manusia sendiri, yang memfokuskan pada keupayaan manusia untuk menguasai
keinginan biologinya, dan untuk mencapai potensi maksimumnya. Secara teori, manusia
bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan dan mempunyai kebebasan dan
kemampuan untuk mengubah sikap dan tingkah laku mereka sendiri.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK CARLS ROGERS


Salah satu daripada teori psikologi humanistik ialah Carl Rogers (1902-1987) yang
terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien. Rogers dilahirkan
di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Pada asalnya, beliau mempelajari teologi, namun
beliau kemudian beralih kepada psikologi klinikal dan juga pendidikan.

Dalam teori ini, Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik
dan mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan
yang baik, jika dijuruskan ke arah yang betul, ia akan berkembang secara positif, baik
rohani dan jasmani. Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua, iaitu
pembelajaran kognitif yang dianggap tidak bermakna dan pembelajaran pengalaman.
Pembelajaran kognitif hanya berkenaan dengan pembelajaran mata pelajaran akademik
semata-mata. Manakala pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan.
Menurut Rogers, pembelajaran pengalaman mengambil kira keperluan serta kehendak
murid.

Dari bukunya Freedom To Learn, Carl Rogers mengemukakan prinsip-prinsip dasar


humanistik yang penting diantaranya ialah, manusia mempunyai kemampuan belajar
yang tersendiri. Seterusnya, pembelajaran yang melibatkan perubahan persepsi tentang
diri sendiri dianggap mengancam dan cenderung untuk ditolak. Tugas pembelajaran
yang mengancam diri lebih mudah dirasakan dan diasimilasikan apabila ancaman luaran
semakin kecil. Apabila ancaman terhadap diri pelajar rendah, pengalaman dapat
diperoleh dengan berbagai-bagai cara yang berbeza dan akhirnya proses belajar
terbentuk. Menurut Rogers lagi, proses pembelajaran akan semakin lancar bilamana
pelajar terlibat dalam proses belajar dan bertanggungjawab terhadap proses
pembelajaran tersebut. Seterusnya, keyakinan diri, kebebasan dan kreativiti akan lebih
mudah dicapai, terutama jika pelajar terbiasa dengan kesedaran diri dan kritikan diri
serta penilaian daripada orang lain. Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran
yang bersifat signifikan dan secara khusus hanya akan berlaku sekiranya kandungan
matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat peribadi murid untuk
mempelajarinya.
3.0 KESESUAIAN PELAKSANAAN TEORI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Kesesuaian prinsip humanistic Carl Rogers dalam pembelajaran ialah murid-murid
lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap
minimum (Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja
menyediakan keadaan bilik darjah yang kondusif, tetapi juga menyediakan keadaan bilik
darjah yang selamat kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah
keadaan bilik darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat
murid-murid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi
murid-murid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan murid
dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang. Guru juga
penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar ketika mereka berada dalam
bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut. Contohnya tidak ada gangguan atau halangan
daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan murid tersebut berasa takut
untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan lain yang suka membuli atau
sebagainya.

Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh
mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai jenis
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers
menyatakan seorang guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan
sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009). Guru boleh memanfaatkan
cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid perlu tahu apa yang
mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar
mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut. Pada
hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan suasana pembelajaran dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga perlu membuat refleksi diri tentang
kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran
yang menyeronokkan di dalam bilik darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam
diri murid untuk belajar. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar
yang menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu
mengajar yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan
cepat dan mudah.
Dalam pendekatan humanistik Rogers juga, guru haruslah berkongsi perasaan dan
idea dengan murid-murid. Guru perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan
pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi
yang baik antara guru dan murid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan dan hubungan antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian
perasaan dan idea akan memudahkan guru untuk memahami murid-muridnya. Guru
juga mudah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang
berkaitan dengan masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga
boleh mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak
akan berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru mereka. Komunikasi
yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti bertutur,
penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu
seperti komputer.

Perkongsian perasaan membolehkan situasi bilik darjah mudah dikawal oleh guru
kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang murid tersebut. Hal ini
memudahkan guru tersebut mengambil langkah mengawal dan menyelesaikan masalah
murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan, namun kegagalan tidak
bermaksud kekalahan. Guru haruslah membimbing muridnya untuk membetulkan
kesilapan dan mengajar tanpa rasa jemu. Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu
memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum
memulakan sesi pembelajaran agar mereka dapat memberikan tumpuan yang baik.
Motivasi juga boleh diberikan dalam bentuk lain contohnya dengan memberikan
ganjaran. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan
dari tugas harian dan sebagainya. Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri
melalui bimbingan supaya murid dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya memperkembangkan potensi diri
sendiri.

4.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, teori Humanistik ini lebih menjurus kepada perkembangan keperibadian
manusia ataupun individu. Sehubungan dengan itu, teori humanistik ini sesuai untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan potensi murid
secara semula jadi agar mereka dapat mencapai kejayaan dalam hidup.
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai