Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan Model Akibat Logikal Dreikurs


Model Akibat Logikal Dreikurs dipelopori oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972). Model ini
menekankan kepentingan guru dalam meletakkan kepercayaan dan tanggungjawab
kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Model
ini menekankan empat prinsip asas iaitu manusia ingin dimiliki atau menjadi anggota
sesuatu kelompok, semua tingkah laku adalah bersebab, manusia boleh membuat
keputusan dan realiti dipersepsikan oleh manusia. Secara umumnya, fokus utama model
ini adalah bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik supaya
mereka rasa dipunyai, Chong Lean Keow (2009).

2.0 Masalah Tingkah Laku


Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) tingkah laku bermasalah
merupakan tingkah laku yang tidak mengikut kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Antara salah satu masalah tingkah laku yang terjadi dalam kalangan murid
adalah tingkah laku yang kurang disenangi oleh orang lain. Pada peringkat awal usia
kanak-kanak, lazimnya ibu bapa akan mengambil ringan berkenaan masalah ini kerana
beranggapan tingkah laku sedemikian akan hilang apabila anak mereka meningkat
dewasa. Namun pada hakikatnya, tingkah laku yang dibiarkan ini akan memberikan
kesan negatif kerana mereka akan berasa tingkah laku yang ditunjukkan itu adalah
betul.
Bagi murid-murid berkeperluan khas, ibu bapa dan guru perlu lebih prihatin dan
memberikan perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka
kerana mereka tidak memahami dan tidak menyedari bahawa tingkah laku yang
dipamerkan oleh mereka tidak disenangi oleh orang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak
lazimnya gemar bertingkah laku seperti mengamuk apabila kehendak mereka tidak
dipenuhi. Tingkah laku mengamuk ini biasanya terjadi kerana tidak mahu murid ini
mengamuk di kawasan orang ramai. Kanak-kanak yang sudah terlazim dengan tingkah
laku begini akan selalu “menang” dengan taktik ini dan akan terus menggunakannya
tanpa mengira tempat dan masa.

3.0 Punca Tingkah Laku Bermasalah


Guru yang ingin mengawal bilik darjah dengan baik tidak seharusnya menggunakan
hukuman. Sebaliknya, guru perlu mengenal pasti punca salah laku murid terlebih dahulu
supaya guru dapat membimbing murid untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.
Justeru, Dreikurs telah mengemukakan empat motif utama salah laku yang sangat
penting untuk difahami oleh guru bagi mengawal tingkah laku yang bermasalah di dalam
kelas. Antaranya ialah inginkan perhatian. Menurut Haliza Hamzah dan Samuel, J.N.

1
(2009), sesetengah murid akan cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang
boleh mengundang kemarahan guru. Contohnya, Aiman mengetuk meja dengan
sengaja untuk mendapatkan perhatian daripada guru. Seterusnya, murid menunjukkan
tingkah laku bermasalah kerana ingin mencabar kuasa guru. Contohnya, murid bertindak
mencabar kewibawaan guru seperti enggan menyiapkan tugasan yang diberi. Membalas
dendam juga merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku bermasalah. Murid
bertindak membalas dendam untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sikap
guru. Contohnya, Izzad sengaja menyembunyikan buku rakannya kerana dia selalu
disisihkan oleh guru kerana tidak pandai dalam matapelajaran matematik
Akhir sekali, murid ingin menunjukkan kekurangan. Setelah gagal mendapatkan
pengiktirafan melalui motif seperti diatas, murid mungkin akan bertindak dengan
memencilkan diri. Contohnya dengan berseorangan dan mengelak dari bercampur
dengan rakan sekelas. Sebagai kesimpulan, guru perlulah mengenal pasti dan
memahami motif murid berkelakuan sedemikian. Pada masa yang sama, guru perlu
memberitahu sebab dan akibat apabila murid menunjukkan tingkah laku yang negatif
supaya mereka memahami untuk tidak mempamerkan tingkah laku yang tidak
sepatutnya semasa berada didalam kelas.

4.0 Cadangan Mengatasi Menurut Dreikurs


Kekuatan yang boleh dilihat dalam model akibat logikal Dreikurs adalah model ini
menurut Chong Lean Keow (2009) dapat membantu guru di dalam memahami motif
tingkah laku murid. Oleh itu, Dreikurs telah mencadangkan beberapa langkah yang
boleh digunakan untuk menangani murid-murid yang mempunyai motif yang salah dalam
mempamerkan tingkah laku. Langkah pertama adalah mengenal pasti motif murid. Guru
perlu mengenal pasti motif murid menunjukkan tingkah laku tersebut. Guru juga perlu
membantu murid untuk memahami motif yang telah ditunjukkan. Bagi murid
berkeperluan khas, mereka mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk
mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah.
Seterusnya langkah kedua adalah guru perlu menunjukkan dan memberikan
kesedaran bahawa mereka telah memilih cara atau motif yang salah untuk mendapatkan
pengiktirafan diri. Langkah ketiga adalah guru perlu membantu murid menukar matlamat
yang salah kepada matlamat yang benar. Hal ini dapat mendatangkan manfaat kepada
semua pihak. Langkah keempat pula guru perlu memberikan galakan dan bimbing murid
untuk bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih. Langkah terakhir adalah
guru perlu membantu untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Akibat tersebut mestilah dapat difahami dan diterima oleh murid. Akibat itu juga perlu
memberikan manfaat kepada murid dan orang-orang disekeliling mereka.

Anda mungkin juga menyukai