Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di

negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guru-guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian konsep psikologi dan teori pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan , termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal.Oleh itu, kita juga dapat menggunakan kaedah-kaedah tersebut untuk pengajaran dan pembelajaran hari ini. Definasi pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah dari tidak tahu kepada tahu. Daripada negetif kepada positif. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Dengan kata lain ianya satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, atau menggunakan perisian komputer. Walau bagaimana pun seseorang guru perlu memahami

tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

Bahagian 1 : Suatu Senario Masalah Tingkah laku dalam Pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,kita berhadapan dengan murid yang berbeza dari aspek kecerdasan, sosioemosi, sosioekonomi taraf keluarga dan sebagainya. Dengan perbezaan ini pelbagai masalah akan timbul dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan kata lain wujudnya masalah pembelajaran dalam bilik darjah. Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca utama ialah diri murid itu sendiri kerana setiap murid adalah berbeza personalitinya. Apa yang hendak ketengahkan ialah masalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tingkah laku bermasalah yang boleh menganggu kelicinan proses pembelajaran dalam kelas.

Diantara masalah pembelajaran ialah : 1. Masalah murid selalu membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Membuat Bising dalam kelas sama ada semasa ketiadaan guru atau pun semasa guru sedang melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara sebegini berlaku mungkin disebabkan oleh kaedah pengajaran guru yang membosankan murid. Guru hanya menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap hari. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian berlaku kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian murid dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh murid.Maka murid hilang minat terhadap subjek tersebut. Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak

berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong murid untuk memberontak. Ada juga pelajar tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru.Ini mengakibatkan pelajar tersebut tidak menumpukan perhatian dalam mata pelajaran yang diajar. Maka mereka mula berbuat bising untuk mendapat perhatian guru dan rakan-rakan sekelas. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru dan rakan-rakan. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar yang boleh melumpuhkan kehendak mereka.

2. Kelakuan nakal iaitu menganggu murid atau kawan-kawan lain yang sedang

belajar. Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku Menyangkat kawan-kawan sekelas.. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, menganggu murid lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas.

3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme

Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.Kesan awalnya kelas menjadi kurang ceria dan tidak kondusif. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul. Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanakkanak itu sendiri.

BAHAGIAN 2 : HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN. Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini. Teoriteori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple

Choices'. Contohnya Teori Pelaziman Klasik oleh Pavlov, Teori Pelaziman Operan Skinner dan Thorndike, Teori Perkembangan oleh Piaget,Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura dan sebagainya. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Setiap hari guru tidak dapat lari daripada menghadapi masalah yang timbul semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kita telah mengenalpasti beberapa masalah yang sering dihadapi dan masalah ini boleh kita kaitkan dengan beberapa teori pembelajaran.

2.1

Masalah murid selalu membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkara sebegini berlaku mungkin disebabkan oleh kaedah pengajaran guru yang membosankan murid. Guru hanya menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap hari. Cuba kita bayangkan bermula hari Ahad hinggalah ke hari Khamis, murid memerima benda yang sama.Perkara ini akan berulang sepanjang masa sehingga setahun.Sehinggakan apabila terlihat kelibat guru A maka terbayang stail pengajaran guru tersebut. Murid jemu dengan subjek yang diajar oleh guru tersebut, walau pun pada peringkat awal murid amat berminat dengan subjek tersebut. Ada juga pelajar tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru.Ini mengakibatkan pelajar tersebut tidak menumpukan perhatian dalam mata pelajaran yang diajar. Pelajar biasanya mudah terikut-ikut dengan perkara yang mendapat perhatian daripada murid lain,seperti meniru gaya rakan mereka yang popular dan membuat lawak di dalam kelas. Kelakuan mereka ini akan membuatkan kelas bertambah bising dengan gelak tawa mereka. Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan teori pembelajara Sosial oleh Bandura.Teori pembelajaran sosial merupakan teori kognitif sosial(Bandura,1986)Menurut teori ini,kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif,kelakuan dan ejen penentu persekitaran.Menurut Bandura ,tingkahlaku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling. Secara khusus teori pembelajaran sosial ini mengatakan bahawa kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan

dilaksanakan dan apakah kesannya.Dalam kes tersebut pelajar meniru gaya rakan mereka seperti berpura-pura mengantuk,melukis kartun dalam buku dan menguyah gula-gula tanpa pengetahuan guru.Oleh kerana mereka belajar daripada contoh sebelum melaksanakan sendiri kelakuan tersebut,mereka terselamat daripada memerlukan percubaan dan kesilapan. Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura didapati wujud dalam kes tersebut.Peniruan terhadap tingkahlaku ini berlaku kerana pelajar sudah tidak memberikan perhatian lagi kepada pengajaran guru.Sebaliknya mereka memberikan perhatian kepada rakan mereka yang dianggap menghiburkan.Mereka ingat akan perlakuan yang dilihat,kemudian mereka mengikut tingkah laku itu seperti melukis kartun pada buku.Rakan-rakan yang lain akan gelak seolah-olah memuji tindakan tersebut.Hal ini menyebabkan makin ramai pelajar turut melukis kartun kerana mendapat kepuasan apabila melihat rakan-rakan senyum dan ketawa,ada yan menunjukkan isyarat bagus.Pelajar berasa bangga dengan apa yang mereka lakukan.

2.2 Murid yang berkelakuan nakal iaitu menganggu murid atau kawan-kawan lain yang sedang belajar. Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran , mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan aktif. Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda.

Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab. Masalah ini boleh kita kaitkan dengan teori pembelajaran Behaviorisme. Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Menurut Teori Pelaziman Operan Thorndike terdapat 3 hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan . Hukum Kesediaan : Menurut Thorndike ( 1913 ), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa,akan menghasilkan pembelajaran yang tidan sempurna. Rumusannya, hokum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak,iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, dan kesediaan kognetif. Berbalik kepada masalah tingkah laku, murid bersedia untuk menganggu rakan didalam kelas semasa ketiadaan guru. Apabila peluang terhidang maka ianya memberi suatu kepuasan kerana dapat menganggu rakan-rakan di dalam kelas terutama murid perempuan..

Hukum Latihan : Menurut Thorndike ( 1913 ), Pertalian antara rangsangan dan gerak balas ( R-G ) akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan secara

berulang-ulang. Berdasarkan hukum ini perlakuan yang dibuat berulang kali akan memberi kesan kepada murid.Murid mulai berasa biasa walau pun perbuatan itu adalah peraturan sekolah.

Hukum Kesan : Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh suatu perubahan persekitaran yang menyeronokan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap. Rumusannya bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya. Oleh yang demikian maka dapatlah kita kaitkan masalah tingkah laku tadi teori pelaziman Operan Thorndike iaitu Hukum Kesan.Sebagai Contohnya Murid menganggu rakan sekelas dan ianya memberi suatu kepuasan kepada pelaku. Rumusannya jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, maka ianya akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ianya akan lenyap.

2.3 Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan. Terdapat sesetengah pandangan mengatakan anak-anak yang baik ialah kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap.

Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah, universiti dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai reactionist dan bukannya actionist, tidak berani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik untuk tunduk, menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau didenda. Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau menjelaskan murid-murid rosak akhlak mempunyai ciri-ciri seperti tidak berminat belajar, benci pada peraturan, kurang minat terhadap sekolah. Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan vandalism. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu hancur, hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan daripada guru semasa di dalam bilik darjah. Berdasarkan Teori Pelaziman Operan Thorndike terdapat 3 hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan . Berasaskan hukuman Kesediaan, apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa,akan menghasilkan pembelajaran yang tidan sempurna. Oleh itu dapatlah kita kaitkan dengan masalah murid yang suka merosakakn harta benda sekolah iaitu menconteng kerusi meja dan dinding kelas dengan hukum kesediaan.Menurut Thorndike, hukum kesediaan ialah kesediaan untuk bertindak, maka tindakan itu memberi kepuasan kepada pelaku.Jadi dalam kes ini ianya memberi kepuasan kepada sesetengah murid apabila dapat menconteng meja atau dinding.

Bahagian 3 : Pelan Mengatasi masalah berdasarkan teori pembelajaran.

3.1

Masalah murid selalu membuat bising semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Masalah ini dapat diatasi dengan mengunakan teori Pelaziman Operan Thorndike.Guruguru hendaklah mengenalpasti dan menyelidik faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya tindakan murid ini. Adakah murid bising kerana tidak berminat dengan pengajaran dan pembelajaran, adakah kerana persekitaran yang tidak kondusif atau cara pengajaran yang kurang menarik ? Jika murid tidak berminat, guru hendaklah menggunakan peneguhan Menggunakan teori peneguhan iaitu pujian atau hadiah dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sehingga selesai. Guru hendaklah memberikan pujian jika murid dapat menghasilkan sesuatu projek, buku skrap dan sebagainya.Menurut teori ini peneguhan positif haruslah dilakukan dengan kekal dan tetap bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang diingini.
3.2

Murid yang berkelakuan nakal iaitu menganggu murid atau kawan-kawan

lain yang sedang belajar. Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan teori pembelajaran behaviourisme iaitu teori Thorndike ( Hukum Kesan ). Menggunakan teori ini guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat mungkin. Selain itu juga motivasi hendaklah diselitkan agar perlakuan nakal ini tidak berulang kembali.
3.3

Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan menggunakan teori mazhab behavioris. Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas. Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan murid diberikan bimbingan. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan iaitu Murid mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku

atau kertas. Selain itu murid juga perlu menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain. Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku. Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas. Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya. Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan.

Rumusan Sebagai rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa masalah pembelajaran dalam kelas bukan sahaja disebabkan murid saja.Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh guru-guru dan pentadbir sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai