Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Kertas cadangan ini dilakukan bagi memperkenalkan teknik menulis huruf dengan betul akan
meningkatkan kekemasan tulisan murid LINUS Tahun 1. Dengan ini kita dapat melihat kesan
penggunaan cara yang betul dalam menulis huruf dalam garisan garis tiga membantu murid
LINUS tahun 1 dan menambah baik amalan pengajaran saya. Kaedah ini diperkenalkan
supaya murid LINUS tahun 1 dapat mengetahui cara yang betul dalam menulis huruf.
Berdasarkan pengalaman saya di sekolah yang sedang berkhidmat sekarang, saya telah dapat
melihat sendiri hasil kerja murid LINUS Tahun 1 yang bermasalah dalam menulis huruf
dengan betul. Dalam mengumpul data nanti, saya akan menggunakan kaedah pemerhatian
dan temubual. Kemudian saya akan menganalisis data secara kuantitatif. Saya juga dapat
menambah amalan pengajaran saya dan meningkatkan amalan professional keguruan. Pada
masa hadapan saya akan menggunakan teknik menulis huruf ini sekiranya menghadapi
murid-murid yang mempunyai masalah yang sama di sekolah lain serta mengkaji teknik lain
yang boleh membantu saya mengatasi masalah menulis di kalangan murid Tahun 1.

ABSTRACT

The proposal made to introduce the technique of writing letters correctly will improve
LINUS student Year 1 in writing. With this we can see the effect of using the correct way to
write letters in three lines help LINUS student Year 1 and improve my teaching practice. This
method is introduced so that students can learn the correct way to write letters. Based on my
experience at this school, I have been able to see for themselves who have difficulties in
writing the letters correctly. In collecting the data, I will use the method of observation and
interviews. Then I will analyze the quantitative data. I can also add my teaching practice and
enhance professional practice of teaching. In the future I will use the technique of writing this
letter if pupils face similar problems in other schools as well as studying other techniques that
can help me overcome the problem of writing among pupils in Year 1.


1.0 PENGENALAN
Saya adalah seorang guru yang beropsyen Pengajian Melayu dan mempunyai pengalaman
mengajar selama 13 tahun. Saya telah mengajar di 3 buah sekolah termasuk sekolah
sekarang. Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang guru, saya telah banyak mengajar
pelbagai matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Seni Visual, Matematik,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Muzik. Di dalam menimba pengalaman
mengajar, berbagai ilmu yang saya perolehi yang dapat dijadikan pengetahuan dan amalan
profesion keguruan.

1.1 Pernyataan Masalah Kajian

Anda mungkin juga menyukai