Anda di halaman 1dari 10

EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

1

SOALAN PENULISAN ESEI
Berdasarkan ilustrasi di atas, bincangkan intervensi yang sesuai dilaksanakan
bagi mengatasi permasalahan yang telah dikenalpasti.
1.0 Pengenalan
Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita tentang masalah disiplin
pelajar. Terpapar di dada akhbar berita mengenai pelajar menumbuk guru, ponteng
sekolah, buli dan sebagainya. Masalah tingkah laku ini telah membimbangkan semua
pihak. Pada peringkat pelajar dan remaja ini, seseorang individu mengalami perubahan
yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun social. Pada zaman
inilah para pelajar terdedah kepada alam luas di luar rumah. Malah persekitaran ini
sudah merupakan rumah kedua mereka.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) tingkah laku
bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang tidak mengikut kehendak, norma-
norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi
tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku
kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah
laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang
mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan
lebih awal.
Tingkah laku penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat sanggup
melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan negara. Tanpa tingkah
laku yang baik dalam diri para pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan
tanggungjawab diri sendiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding
melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya jika mereka
melakukan kebaikan.
Tingkah laku yang baik dan terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang
dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan licin, berkesan dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasalah
EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

2

dari segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang membuat bising dan
mengganggu pelajar lain belajar.
Pembangunan tingkah laku yang baik di kalangan pelajar mampu melatih pelajar
dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, bekerjasama,
cintakan kebersihan dan hormat-menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin,
pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan sekali gus
membuang sifat-sifat yang negatif yang tidak diperlukan.
Dengan cara itu, masalah disiplin dapat dikurangkan dan melahirkan pelajar
yang baik akhlaknya. Insan yang berakhlak mulia dan berfikiran rasional mampu
mematuhi undang-undang dan hak-hak individu lain. Tanpa masalah disiplin para
pelajar dapat berfikiran terbuka dan rasional yang mana pemikiran mereka tidak terhad
dan membuka ruang kepada diri merekamenjadi lebih kreatif dan berdaya saing.
Masalah disiplin yang tidak wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka
menghormati hak-hak dan kepentingan orang lain tanpa melakukan perbuatan yang
dapat menimbulkan perasaan marah orang lain pada diri mereka. Selain itu, mereka
lebih senang mematuhi undang-undang yang ditetapkan tanpa sebarang bantahan.

EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

3

2.0 Permasalahan yang dikenalpasti dalam ilustrasi.
Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa masalah disiplin yang telah dikenalpasti
di dalam ilustrasi tersebut. Antaranya ialah:
a) Bercakap dengan rakan semasa guru sedang mengajar
b) Mengusik murid lain
c) Pergerakan yang melampau: Bermain ketika guru mengajar
d) Berkhayal atau termenung ketika guru sedang mengajar
e) Mencuri
3.0 Intervensi yang sesuai bagi mengatasi permasalahan dalam ilustrasi.
Dalam menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah, perlunya intervensi iaitu cara
campur tangan pihak tertentu dalam usaha pencegahan dan pembetulan tingkah laku
yang sesuai dilaksanakan. Terdapat tiga intervensi yang dicadangkan iaitu, postoral
care, bimbingan dan kaunseling serta teknik modifikasi tingkah laku.
3.1 Bercakap dengan rakan semasa guru sedang mengajar
Di dalam ilustrasi tersebut menunjukkan adanya masalah tingkah laku murid yang
kurang memberikan perhatian seperi bercakap dengan murid lain semasa guru sedang
mengajar, dan mengusik murid lain. Murid ini biasanya tidak mendengar apabila guru
mengajar dan tidak fokus terhadap tugasan yang diberikan. Sebaliknya mereka
mungkin akan berbual dengan rakan, membaca bahan lain, memerhati di luar bilik
darjah, bersiul ataupun menyanyi. Salah laku ini sering berpunca daripada murid-murid
yang ingin mendapatkan perhatian guru, malah faktor keadaan bilik darjah yang tidak
selesa juga menyebabkan tingkah laku murid sebgeitu. Kita dapat lihat melalui ilustrasi
tersebut, bilik darjah tersebut tidak terurus yang mana kerusi meja yang banyak dan
Nampak berselerak akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar dan
menyebabkan mereka gelisah dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya.
Salah satu bentuk tingkah laku yang ingin mendapat perhatian ialah apabila murid
sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan guru.
EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

4

Apabila berhadapan dengan situasi ini begini adalah penting bagi saya sebagai
guru untuk menganalisa dan mencari punca kepada salah laku tersebut. Sebagai guru,
saya perlulah mencari cara untuk memberikan perhatian kepada murid yang
mendatangkan kesan positif iaitu guru hanya memberikan perhatian kepada tingkah
laku yang diingini dan sebaliknya guru tidak akan memberi perhatian kepada tingkah
laku yang tidak diingini. Sekiranya perhatian yang salah diberikan kepada salah laku,
berkemungkinan besar salah laku tersebut akan meningkat. Contohnya dalam ilustrasi
tersebut, seorang murid bermain jet kertas dan membalingnya kepada guru. Hal ini
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terganggu
oleh murid yang ingin mendapat perhatian guru. Biasanya, tindakan guru terus
memarahi salah laku tersebut adalah salah kerana tindakan guru memberi mesej
kepada murid bahawa cara yang dilakukannya boleh menarik perhatian guru, oleh itu
perbuatan tersebut akan diulangi. Sepatutnya sebagai guru yang professional yang
mempunyai ilmu menangani masalah tingkah laku guru tidak perlu memberi perhatian
kepada tingkah laku murid yang yang tidak diingini tetapi memberi perhatian kepada
tingkah laku yang diingini sahaja contohnya saya akan memuji seorang murid itu
apabila menyiapkan kerja-kerja dengan baik walaupun murid itu hakikatnya nakal.
Secara tidak langsung saya telah memberikan pilihan kepada murid sama ada untuk
membuat tingkah laku yang tidak diingin dan tidak mendapat perhatian atau membuat
perkara yang disukai guru serta mendapat perhatian. Oleh itu, saya juga perlu
mengambil peranan seterusnya untuk membimbing murid untuk memilih cara
mendapatkan perhatian yang betul.
Selain itu, intervensi yang juga sesuai ialah teknik modifikasi tingkah laku yang
mana sebagai guru saya akan melaksanakan modifikasi tingkah laku berstruktur iaitu
sistem token. Murid akan diberi lima tiket nyawa setiap seorang. Setiap kali mereka
bercakap tanpa kebenaran saya, mereka terpaksa membayar dengan menyerahkan
tiket nyawa yang ada pada mereka. Di akhir masa, setiap tiket nyawa akan ditukar
dengan masa bebas untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan di sudut kelas. Hal
ini akan meningkatkan kesenyapan dalam bilik darjah memandangkan ianya ditukarkan
dengan aktiviti yang menyeronokkan seterusnya pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar.
EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

5

3.2 Disruptif: Pergerakan yang melampau- bemain jet kertas semasa guru
mengajar
Permasalahan kedua yang dapat dikenalpasti di dalam ilustrasi tersebut ialah murid
atau individu yang mempunyai tingkah laku disruptif pula sentiasa menganggu dan
menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tingkah laku
disruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau,
menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal
seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10
hingga 11 tahun. Dalam keadaan tersebut, saya sebagai guru harus mengelakkan diri
daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid tersebut. Contohnya dalam
ilustrasi tersebut, seorang murid bermain jet kertas dan membalingnya kepada guru.
Manakala, Model Akibat Logikal Dreikurs menyatakan sekiranya saya sebagai guru
melepaskan kemarahan kepada murid tersebut akan menambahkan tekanan terhadap
konflik yang dihidapi, akibatnya murid berkemungkinan besar akan bertindak balas juga
dengan menggunakan emosi.
Intervensi yang sesuai dijalankan dengan menggunakan kaedah bimbingan dan
kaunseling yang mana sebagai guru yang menghadapi situasi tersebut harus bertenang
dan kemudian memanggil murid untuk berjumpa dengan saya secara individu di luar
waktu kelas. Seterusnya, tugas saya sebagai guru boleh mengenalpasti punca tingkah
laku tersebut dilakukan dan menunjukkan bahawa saya mengambil berat tentang
masalah yang dihadapi oleh mereka. Seterusnya saya akan membuat perbincangan
motif sebenar mereka melakukan tingkah laku serta menunjukkan sebab dan akibat
yang munasabah yang akan dihadapi oleh murid tersebut sekiranya terus melakukan
tingkah laku tersebut. Menurut hadis Rasulullah S.A.W. , nasihat-menasihati akan
menjadi kurang pada akhir zaman. Jadi, saya ingin menegakkan yang hak dan
menghapuskan yang bathil melalui peranan menasihati ini. Sebagai contoh, apabila
mendapati ada murid yang membuang sampah merata- rata dalam kawasan sekolah,
saya akan menasihati mereka dengan berkata bahawa mereka telah memburukkan
imej sekolah serta diri mereka sendiri. Tegasnya, dengan menasihati mereka, aktiviti
salah laku disiplin dapat dikurangkan.
EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

6

3.3 Berkhayal atau termenung ketika guru mengajar
Permasalah ketiga yang dapat dilihat dalam ilustrasi tersebut ialah berkhayal ataupun
termenung ketika guru mengajar di dalam kelas. Murid ini kelihatan suka dibiarkan
keseorangan, tidak bercampur dengan rakan sekelas yang lain dan tidak mengambil
bahagian dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan. Murid ini berkelakuan sebegini
supaya mereka tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia mereka sendiri dan akan
mencuba mencapai matlamat ini dengan menunjukkan kekurangan diri. Pengasingan
diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang
kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri
untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. Sesetengah pelajar
enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di
sesebuah bilik darjah apabila pelajar merasakan dirinya tidak dapat mengikuti
pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai
keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin
berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang. Oleh itu, murid seperti ini akan cuba
menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang melibatkan mereka dengan rakan
sekelas.
Peranan saya sebagai guru harus peka apabila terdapat murid-murid sebegini di
dalam bilik darjah. Secara perlahan tarik perhatian mereka dalam aktiviti bilik darjah
kemudian memberi murid-murid tersebut peluang untuk menunjukkan keupayaan dan
menghargai usaha mereka. Dalam situasi ini saya aplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, yang mana saya akan menggunakan teknik Modifikasi Tingkah Laku
iaitu memberi peneguhan positif seperti yang disarankan oleh Larrieve (2005) terdapat
8 peringkat peneguhan yang mana saya boleh memberi peneguhan pada 2 peringkat
pertama iaitu memberikan peneguhan berupa makan seperti coklat, gula-gula, kisms,
kacang dan barangan seperti permainan, pelekat, hadiah alat tulis dan sebgainya untuk
menarik minat murid yang suka berkhayal ini untuk mengikuti proses pengajaran saya
di dalam kelas. Saya juga perlu bersabar dan meminta kerjasama daripada murid-murid
dan guru-guru lain yang mengajar di dalam bilik darjah tersebut dapat membantu
permasalahan yang ada pada murid tersebut agar mempunyai keinginan untuk
EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

7

mengikuti kelas tersebut. Bagi rakan-rakan sekelas murid tersebut, saya sarankan agar
tidak mengasingkan murid tersebut dengan mengajaknya terlibat sama dalam sesi
perbincangan mahupun aktiviti kelas supaya murid tersebut rasa dihargai dan
diperlukan di dalam kelas tersebut.
Selain itu, perbincangan dua hala antara saya selaku guru dan murid perlu ada
dalam membentuk satu hubungan yang erat yang mana akan menyedarkan murid
melalui perbincangan bahawa tindakan tersebut adalah salah dengan menyatakan
sebab dan akibatnya. IntervensiMurid akan merasa selesa dan tidak terancam. Begitu
juga dalam membentuk peraturan di dalam bilik darjah yang berfungsi menyelia tingkah
laku murid, perlulah dibincangkan bersama. Akibat-akibat yang akan berlaku harus logik
dan bersesuaian perlu diterangkan kepada murid agar murid dapat mematuhi
peraturan yang telah ditetapka akan membawa kepada akibat yang menyenangkan
boleh diterima oleh guru dan rakan-rakan. Menurut Dreikurs di dalam buku Haliza
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, dendaan tidak patut dijalankan di bilik darjah.
Dendaan ini menunjukkan bahawa guru membalas dendam. Dendaan selalunya
memalukan murid dan mungkin akan membawa kepada kesan yang lebih negatifdan
sepatutnya diganti dengan akibat-akibat logikal yang telah dipersetujui bersama antara
guru dengan murid.
3.4 Mencuri
Permasalahan seterusnya ialah murid kelihatan mencuri iaitu kecenderungan
mengambil barang-barang kepunyaan rakan tanpa kebenaran. Mencuri merupakan
masalah disiplin yang agak sukar dibendung. Ini termasuk dalam kenakalan yang
disengajakan. Ia mungkin disebabkan oleh sifat memberontak yang ada dalam diri
pelajar ataupun ingin membalas dendam atas sesuatu yang telah memalukan dirinya.
Salah laku ini juga mungkin berpunca daripada desakan kemiskinan, diugut supaya
mencuri ataupun sifat dalaman individu yang inginkan kemewahan berbanding
sebelumnya mahupun perasaan iri hati. Oleh itu, murid yang melakukan salah laku
tersebut tidak segan silu untuk mencuri tidak kira di dalam bilik darjah mahupun luar
bilik darjah
EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

8

Daripada situasi di atas, cara yang lebih baik sekiranya guru mencari punca sifat
itu berada dalam diri para pelajar kerana pemberontakan adalah masalah rohani. Oleh
itu langkah pemulihan mesti sampai pada aspek rohaninya. Intervensi yang difikirkan
bersesuaian dengan permasalahan di atas ialah dalam bentuk bimbingan dan
kaunseling di mana sebagai guru, teknik bimbingan adalah yang paling sesuai dan saya
harus sedar akan tingkah laku murid yang cuba membangkitkan kemarahan guru dan
pihak sekolah adalah disebabkan mereka berasa tertekan dan disakiti. Perkara pertama
yang perlu saya lakukan untuk menangani permasalahan mencuri dan sengaja mencari
gaduh adalah saya harus mengambil pendekatan bijak bukannya kekerasan iaitu cuba
mengawal dan memahami emosi yang dialami oleh murid tersebut. Dalam pada itu,
saya juga berperanan dalam membantu mereka supaya dapat melihat matlamat
ataupun motif tingkah laku mereka adalah salah. Oleh itu, sebagai seorang guru perlu
memberi kesedaran kepada mereka jika menyalurkan emosi negatif tersebut kepada
tingkah laku yang lebih bermanfaat. Tidak hairanlah jika peminggiran akan berlaku di
dalam bilik darjah sekiranya tingkah laku seperti mencuri dan mencari gaduh
dikenalpasti. Semua rakan sekelas murid tersebut akan menjauhkan diri, peranan saya
dalam merapatkan jurang tersebut dengan menggunakan nasihat dan kerjasama
daripada murid-murid lain untuk tidak menjauhkan diri dan meminggirkan murid tersebut
dan bersama-sama membantu untuk memahami perasaan rakan-rakan sekelas.
Selain itu, postoral care juga adalah sesuai bagi mengatasi permasalah tingkah
laku mencuri atau pun sengaja mencari gaduh. Postral care ialah bimbingan yang mana
ia merupakan satu bentuk dilakukan oleh guru untuk menjaga kebajikan anak muridnya
dalam pelbagai bidang meliputi kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral dan
sebagainya. Hal ini dapat membentuk murid sebagai modal insan yang seimbang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai seorang guru, saya perlu
memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada murid serta berfokuskan
pembangunan keyakinan diri dan disiplin diri. Tugas guru sebagai agen pembentuk nilai
perlu ada pada diri saya supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni, moral dan agama
melalui aktiviti-aktiviti sekolah seperti kem-kem solat, kem bina insan, bulan-bulan nilai
murni dan sebagainya. Dalam program aktiviti ini, saya juga mengambil tempat sebagai
fasilitator tidak kira lah dalam kem solat dan bina insan. Ini dapat memupuk nilai moral
EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

9

yang baik yang mana murid-murid dapat menilai tingkah laku yang baik dan tidak baik.
Guru juga perlu menerangkan sebab dan akibat jika melakukan tingah laku yang tidak
baik yakni di luar norma kehidupan masyarakat.
Contohnya, jika didapati pelajar yang melakukan kesalahan mencuri ataupun
bergaduh, mereka perlu dirotan selaras dengan peraturan yang sedia ada.
Walaubagaimanapun selepas menjalani hukuman, saya perlu mendekatinya dengan
cara memotivasikan kembali pelajar itu selepas keadaan reda atau selepas waktu
persekolahan. Saya akan berbincang secara dua hala dan tunjukkan rasa simpati, beri
nasihat dan kukuhkan klembali motivasi pelajar itu untuk terus belajar. Saya juga akan
menerangkan bahawa hukuman merotan tadi bukanlah sebab membenci murid
tersebut tetapi menunjukkan bahawa kesilapan tingkah lakunya perlu diperbetulkan.
Dengan melakukan pendekatan ini, murid akan lebih dapat membezakan tingkah
laku yang perlu dilakukan untuk diberi lebih perhatian daripada guru tersebut. Guru
dapat menerapkan nilai-nilai murni menerusi pelbagai intervensi tidak kiralah sama ada
menggunakan postoral care, bimbingan dan kaunseling mahupun teknik modifikasi
tingkah laku. Penggunaan intervensi yang sesuai sangat dititikberatkan dalam
mengurus tingkah laku pelajar kerana dapat memberi kesan yang positif dalam diri para
pelajar. Seterusnya murid akan sedar akan salah laku yang pernah dilakukannya
sebelum ini. Ini akan mengurangkan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah
seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh itu,
intervensi sangat diperlukan dalam pengawalan bilik darjah dan pembendungan
masalah disiplin sekitar bilik darjah. Dengan itu, lahirlah murid-murid yang mempunyai
motivasi yang tinggi meningkatkan taraf kehidupan yang lebih sempurna dan
seterusnya menjadi modal insan yang seimbang, cemerlang, gemilang dan terbilang di
masa hadapan kelak.


EDU 3043: PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

10

4.0 Penutup
Setiap masalah disiplin yang timbul perlu ditangani dengan cermat dan berhemah.
Intervensi yang dicadangkan dapat membantu guru dalam menangani masalah disiplin
dalam kelas, walaubagaimanapun, guru harus menyesuaikan mengikut situasi dan
permasalahan. Hukuman yang sedia ada perlu dilaksanakan. Namun sebagai guru
merangkap ibu bapa ketika di sekolah perlu menyeimbangkan hukuman dari sudut
kemanusiaan.
Secara keseluruhannya, guru perlu mengetahui dan menjadikan diri mereka
sebagai yang mempunyai ciri-ciri yang baik dalam profesion perguruan. Bagi mencapai
tujuan ke arah budaya mendisiplinkan sekolah, guru yang berperanan sebagai
pembimbing dan kaunselor juga pelu memainkan peranan masing-masing.
Oleh sebab yang demikian komunikasi dan interaksi yang baik antara pelajar
dengan guru dan masyarakat perlu diwujudkan. Hal ini kerana tanpa komunikasi dan
interaksi yang baik antara pihak-pihak terbabit akan sukar bagi guru mencapai dan
membentuk sekolah yang benar-benar mempunyai disiplin yang tinggi dan terhormat.
Pihak sekolah juga perlu menggalakkan para guru turut memainkan peranan sebagai
pemimpin, pendidik, pembimbing dan teladan buat semua pelajar yang di ajar oleh
mereka.
Apabila masalah disiplin dapat dikawal, ia akan mewujudkan pembelajaran yang
kondusif. Oleh itu, akan lahirlah pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akedemik,
kokurikulum, sahsiah dan peribadi. Mereka inilah yang bakal menerajui mercu
kepimpinan negara. Jelas di sini, bahawa isu disiplin ini bukan isu main-main dan hanya
dipandang sepi oleh sesetengah pihak. Tetapi ianya merupakan isu yang perlu diberi
perhatian oleh semua pihak tidak kira, ibu bapa, guru, sekolah, kementerian mahupun
negara sendiri agar negear kita dapat melahirkan warga yang mempunyai kebolehan
dan pencapaian yang membanggakan.

Anda mungkin juga menyukai