Anda di halaman 1dari 2

BIG FASA II : CERAMAH BIG

cikrogayahmahalek Page 1

Refleksi: Rogayah Mahalek
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Yang Maha
Esa, kerana dengan limpah kurnianya jua saya dapat menyelesaikan program ceramah
Bina Insan Guru Fasa II bertempat di Bilik Mahpoor Baba, IPGKKB disampaikan oleh
Encik Wan Ghazali bin Wan Ibrahim walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan dan kepadatan aktiviti semester ini.
Program ceramah Bina Insa Guru Fasa II ini bertemakan Guru dan Akauntabiliti
Profesionalisme ini memberi kekuatan kepada saya untuk menjadi pendidik yang
mempunyai tanggungjawab kepada anak bangsa, masyarakat mahupun kepada
negara. Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini,
pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah yang
dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang perjalanan seorang
pendidik serta memberikan panduan kepada saya supaya menjadi seorang guru yang
mempunyai akauntabiliti. Program ini banyak membina kualiti peribadi dan
profesionalisme sebagai guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen
perubahan masyarakat dan meningkatkan tanggungjawab guru pelatih dalam memberi
perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan
pendidikan negara.
Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran para
pelajar adalah secara menyeluruh di mana perancangan bagi program hari ini berjalan
dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisme guru-guru pelatih dipupuk melalui
aspek pemakaian formal menampakkan lagi kredibiliti seorang pendidik.
Walaubagaimanapun masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru
kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan kepelbagaian aktiviti yang kurang
memberansangkan. Sesi ceramah ini boleh dipertingkatkan lagi dengan aktiviti
berkumpulan seperti bengkel. Semasa sesi ceramah sedang berlangsung, suasana
menjadi sedikit terganggu pada mulanya kerana pemasangan LCD projektor tidak
berfungsi, ini mengambil masa yang lama untuk memastikan ianya berfungsi dengan
bantuan pegawai ICT IPGKKB.
BIG FASA II : CERAMAH BIG

cikrogayahmahalek Page 2

Syukur alhamdulillah masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas
daripada pihak Jawatankuasa Program Bina Insan Guru yang menukar lokasi program.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh dijadikan panduan dan
dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang bermasalah dan berjalan
dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan tersebut ialah dengan mengadakan
aktiviti ceramah mahupun bengkel di dewan besar yang lebih luas dan sesuai untuk
pelbagai aktiviti.
Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa
lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya tidak timbul
sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat difikirkan
dengan lebih awal. Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak
memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku
kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan
raga.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Encik Wan Suhaimi bin Wan Setapa, selaku pegawai BIG
ini yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam menjayakan
beberapa projek ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi
ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai