Anda di halaman 1dari 14

SINOPSIS SULALATUS SALATIN / SEJARAH MELAYU

Karya Sejarah Melayu yang turut dikenali sebagai Sulalatus Salatin merupakan antara sumber
pensejarahan tradisional Melayu yang penting.
Walaupun terdapat pelbagai versi Sejarah Melayu iaitu versi panjang dan versi pendek, Bendahara
Johor, Tun Seri Lanang dianggap sebagai pengarang yang telah menyempurnakan penulisan Sejarah
Melayu.
Untuk rekod, terdapat sekurang-kurangnya 29 versi Sejarah Melayu yang dapat dikumpulkan oleh para
pengkaji sejarah termasuklah edisi Munsyi Abdullah, edisi Dulaurier, edisi W.G Shellabear, edisi R.O
Winstedt, edisi T.D Situmorang dan A.E Teeuw, edisi Dato Madjoindo dan edisi Ab. Samad Ahmad.
Teks Sejarah Melayu memaparkan tentang sejarah raja-raja Melayu bermula dari periode pra-Melaka,
zaman pengasasan Melaka, zaman kegemilangan, kemerosotan dan sehinggalah kepada kejatuhan
Melaka kepada Portugis pada tahun 1511.
Dalam Sejarah Melayu versi panjang pula, penceritaan mengenai Sejarah Melayu diteruskan pula
kepada era pengasasan Kesultanan Johor-Riau sebagai penerus kepada Kesultanan Melayu Melaka
sehingga diselesaikan penulisannya oleh Bendahara Johor, Tun Seri Lanang setelah naskhah asal
Sejarah Melayu dibawa oleh Orang Kaya Suguh dari Goa/Gowa.
Antara kandungan Sejarah Melayu mengikut bab termasuklah:


Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi.Raja Kida
Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.
Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi
dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.
Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan
baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.
Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Bagindamenewaskan Raja
Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga.
Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran
kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-
orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal
sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-
Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.
Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri danmewasiatkan supaya
Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.
CETERA SATU
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.


Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama, dan
Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih.
Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan
Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran.
Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang
lelaki, yang diberi nama Batala.
Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung
Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.
Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar
Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga
perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin.
Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal.
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni
sebagai anak angkat.
Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan.
Seri Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.
Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda
setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan
nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.


Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila
Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar.
Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.
Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana
Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.
Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh
depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".
Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur
kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.
Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.
CETERA DUA
CETERA TIGA
Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan
gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi
hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta
kekuatan dan Badang terpaksa makan muntahhantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas
hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.
Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-
hampir beradu tenaga dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang
membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.
Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri
Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing gelang-gelang. Apabila direbus, cacing
gelang-gelang itu bertukar menjadi emas.
Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah
Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut
besar yang dilihatnya.
Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu
dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir
Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak.
Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan
namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu
Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.
Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.
Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik
dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.
Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan
tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti .
Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-
Din bermuafakat dengan menteri untukmembebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha
untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat.
Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi
berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. SidiAli
Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja
Pasai dibawa pulang.
Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah
oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.

Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra.
Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk
menangkapnya.
Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.
Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan'
Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung.
Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta
badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di
Padang Maya.
Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda
menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.
Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din

CETERA EMPAT

Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja,
beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.
Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib
sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan
badannya ghaib ke Lengkawi.
Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar
digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.
Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja
Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah
dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar,
manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk.
Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing
perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka.
Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda
mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar
selepas kemangkatan Raden Tengah.
Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.

CETERA TIGA
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat.
Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat
mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari.
tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muhammad
Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anakiaitu Raja Kassim.
Sultan Muhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu
Raja Ibrahim.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran
Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana.
Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk
merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu
Syahid terbunuh.
Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak
Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja
menjadi penghulu di Kelang.


CETERA LIMA

Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.
Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali.
Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.
Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi menteri. Rakyat
Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun
Perak dan ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja.
Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi
Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari.
Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan
puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang
ke Siam.

CETERA TIGA
Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak
menyerang Melaka mati di Siam.
Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera
Pura.
Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari
dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun
Telanai dititahkan ke Siam.
Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya
mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari jatuh.


CETERA ENAM

Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih
suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.
Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap
mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.
Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai
suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan
melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.
Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi
Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang
Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.
Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-
sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.
Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.
Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.

CETERA TIGA
Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah
dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah
makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.
Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun
Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan
Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan
Mansur Syah tidak menyembah China.
Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya
ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya
setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.


CETERA TUJUH

Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah.
Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa
yang berjaya menewaskan Hang Jebat.
Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.
Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang
Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta
tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan
istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.
Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.
Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir
Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi
Temenggung bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala,
Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar.
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar
Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan.
Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian
Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.

CETERA TIGA
Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga
yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara
Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.
Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang
menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng
Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah.
Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh
Laksamana menghalang Semerluki.
Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati.
Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai
pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan
diterjemahkan di Pasai.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agama dan masalah
itu diselesaikan oleh Makhdum Menua.


CETERA LAPAN
Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang.
Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau
Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa
sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu
anak raja Cempa lari ke Melaka.
Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas
takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin
berjaya menaiki takhta semula.
Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja,
pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.
Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara
enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-
burukkan Bendahara ketika di Pasai.
Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian
Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk meminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.

CETERA TIGA
Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.
Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din
Riayat Syah.
Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk
membanteras pencuri-pencuri.
Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau
disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan manakala, di
simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'.
Ramai orang Pasai mati.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang
Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru.
Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.
Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar
Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkanpahlawan-
pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu
tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak
membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.
Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah
ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja.
Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih
dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.



CETERA SEMBILAN

Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke
Melaka.
Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana
membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.
Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-
pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil.

CETERA TIGA
Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah.
Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak
menggunakannya.
Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud
Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah.
Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.
Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh
Tun Biajid.
Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada
di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan
diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala, Seri Maharaja
menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.


CETERA SEPULUH
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda
Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.
Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin
berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri
Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara
Diraja menafikannya.
Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung
Ledang.
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya
Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua
berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri
Gunung Ledang.
Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang
Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda.
Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin
pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.

CETERA TIGA
Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim
melukis sendiri corak kain dikagumi.
Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap
disumpah oleh seorang wali.
Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini
baginda.
Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.


CETERA SEBELAS

Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan
ayahanda baginda.
Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan
Abdul Jamal Syah.
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan
Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.
Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya
melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.
Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut.
Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan
ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat
menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut.
Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda
baginda, Sultan Mansur Syah.
Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya
untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.
Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang
Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.
Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud
menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.



CETERA TIGA

CETERA DUA BELAS

Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri
Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.
Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi peperangan antara orang
Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan.
Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara.
Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota
Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa
memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.
Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai
Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau
yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.
Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan
masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.


CETERA TIGA BELAS

Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja
Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih
dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan
Sultan Mahmud.
Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan
Bendahara setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.
Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.
Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar
kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang.
Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat
oleh Si Kitul.

CETERA TIGA
CETERA TIGA
Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.
Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa
Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.
Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk
membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang berdendam dengan Bendahara
kerana Tun Fatimah.
Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh
Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan
Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan
Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.


CETERA EMPAT BELAS

Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali
pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.
Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana
Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang
Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.
Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din
Ri'ayat Syah.
Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.





CETERA TIGA



CETERA LIMA BELAS
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah
dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma
Dewi, anak Sultan Mansur Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor.
Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda
membuka sebuah negeri bernama Seluyut.
Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar
Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.
Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syahkemudian digantikan
pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke
negeri Makam Tauhid.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam
Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

CETERA TIGA

Anda mungkin juga menyukai