Anda di halaman 1dari 1

Kampung Gelapas,

Jalan Trusan,
98850 Lawas,
Sarawak.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
Jalan Maktab.
16109 Pengkalan Chepa,
Kelantan. 12 OGOS 2014


Tuan/Puan,

KETIDAKHADIRAN KULIAH


Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Rogayah Binti Mahalek dari PISMP GSTT Sejarah Semester 3, ingin memohon
maaf di atas ketidakhadiran saya ke kuliah pada 3-5 Ogos 2014 (Ahad-Selasa).

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, ketidakhadiran saya ke kuliah kerana masalah
tiket yang tidak dapat dielakkan. Hal ini berlaku kerana kesilapan pada tarikh kembali ke IPG
semasa pembelian oleh bapa saudara saya.

4. Tambahan pula, saya dimaklumkan berkenaan hal ini sangat lewat dan untuk
membeli tiket baru, saya tidak berkemampuan. Bersama-sama ini, saya kepilkan tiket untuk
rujukan tuan/puan. Insha Allah, perkara ini tidak akan berlaku lagi.

5. Kerjasama, keperihatinan dan pertimbangan daripada pihak tuan/puan amat saya
harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.





Yang Benar,




( ROGAYAH BINTI MAHALEK )

Anda mungkin juga menyukai