Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN HARI KEDUA

7 MAC 2015 ( SABTU )

0545-0800
Pada hari kedua ini kami perlu bangun dan bersiap seawal jam 0600 pagi dan
memandangkan sebahagian daripada sekawan Biru Dua perlu berjaga malam untuk
kawalan sentry jadi ini memudahkan bagi kami untuk bangun pagi kerana dikejutkan
dengan rakan yang bertugas. Setelah selesai bersiap dan solat subuh kami bersiap siap
untuk melakukan senaman pagi yang dilakukan di dataran PULAKO yang telah diketuai oleh
En. Abdul Halim Bin Wahab. Namun senaman pagi dibatalkan tetapi diteruskan dengan
sarapan pagi iaitu bihun goreng dan juga air teh. Jurulatih yang bertugas ada membuat
pengumuman kepada semua peserta agar membersihkan kawasan khemah masing-masing
dan membuat serta menambah baik gajet kumpulan sekawan masing-masing. Kami diberi
masa sehingga jam 9 pagi untuk membuat pengurusan diri dan seterusnya bersiap sedia
dengan memakai uniform lengkap untuk meneruskan slot yang seterusnya.

0900-1200 ( AKTIVITI ASAS PENGAKAP )


Pada jam 0900 pagi, semua peserta kursus diminta berkumpul di dataran PULAKO bagi
menjalankan aktiviti Istiadat Laung Agung, kibar bendera, upacara persetiaan pengakap dan
seterusnya taklimat daripada ketua kursus. Sekawan yang bertugas pada pagi itu adalah
sekawan Merah. Setelah tamat Istiadat Laung Agung dijalankan, kami berkumpul di dewan
terbuka untuk meneruskan slot yang seterusnya iaitu aktiviti asas 1( pengakap kanak-kanak)
yang diketuai oleh jurulatih iaitu Encik Shukri B. Mat Yaacob. Pada slot kali ini kami telah
dibahagikan kepada 2 kumpulan sekawan yang perlu melengkapkan kepada 4 stesen iaitu
stesen 1, ikatan dan simpulan oleh En. Shukri b. Mat Yaacob, stesen 2, pertolongan cemas
oleh En. A Jailani b. Che Abas, stesen 3, wogel oleh Tn. Sarudin b. Md. Amin dan stesen 4
Istiadat Laung Agung serta persetiaan dan undang-undang oleh En. Halim b. Abdul Wahab.
Melalui 4 stesen ini kami diberi pendedahan berkenaan dengan kemahiran asas pengakap
kanak-kanak di mana kemahiran asas ini akan kami aplikasikan semasa menjadi pemimpin
di sekolah kelak. Di antara stesen yang mencabar adalah stesen membuat wogel yang
memerlukan kemahiran membuat wogel dengan menggunakan tali mesin jahitan. Setiap
peserta perlu menghasilkan wogel secara individu. Setiap stesen diberi masa yang terhad
supaya semua peserta dapat mempelajari aktiviti asas tersebut.

1200-1330 ( CERITA HUTAN )


Setelah selesai menjalani kemahiran asas pengakap di empat stesen, kami kembali
berkumpul semula di dewan terbuka untuk mendengar slot yang seterusnya iaitu cerita
hutan. Slot pada tengahari tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Hj Dzulkarnain B Mat
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAA yang juga merangkap Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk memberi pendedahan kepada kami
tentang kemahiran cerita hutan kepada pengakap kanak-kanak apabila mengajar di sekolah
nanti. Slot dimulakan dengan menyanyikan beberapa lagu pengakap seperti Biyake dan
Kopi Koma. Suasana cuaca yang agak panas menyebabkan sebahagian dari peserta
merasa letih dan juga mengantuk. Di dalam slot tersebut, penceramah ada menyatakan
bahawa setiap pemimpin perlu menguasai cerita hutan dan juga beberapa cerita lucu
dengan tujuan untuk menarik minat murid kepada persatuan pengakap.
Di dalam slot tersebut juga beliau ada menyentuh berkenaan dengan asas
kemahiran cerita hutan ini merupakan satu cara untuk menarik minat murid yang
sememangnya gemarkan pelbagai jenis cerita. Beliau juga menggariskan beberapa elemen
kaedah bercerita kepada para peserta iaitu cerita bertemakan pengajaran, lucu, nasihat,
saling menghormati, cerita bersiri, cerita jenaka dan banyak lagi. Bagi tugasan aktiviti
berkumpulan pula, setiap sekawan dikehendaki untuk membentangkan sebuah cerita yang
bertemakan bebas kepada semua peserta. Masa yang diberikan untuk menyediakan cerita
adalah 3 minit dan setiap wakil sekawan perlu bercerita dalam tempoh 2 -3 minit masa yang
diberi.
Keadaan pada petang itu menjadi hangat dan riuh dengan pelbagai cerita yang
diperdengarkan oleh setiap wakil sekawan yang dimulakan dengan sekawan Merah. Setiap
wakil mereka sedaya upaya mengolah cerita dengan sebaik mungkin agar menarik
perhatian para peserta kursus. Dan secara tidak langsung, kemahiran bercerita ini dapat
meningkatkan tahap

keyakinan berkomunikasi di khalayak dan meningkat pengetahuan

masing-masing. Encik Dzulkarnain mengucapkan syabas kepada semua wakil sekawan


kerana berjaya menyampaikan cerita yang terhibur dan berkesan pada slot tersebut dan
beliau berharap agar para peserta dapat input yang berguna dengan slot cerita hutan. Slot
tersebut diakhiri dengan tepuk pengakap beramai-ramai. Setelah selesai slot tersebut, kami
peserta kursus diberi rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor bagi yang
muslim. Seterusnya slot akan diteruskan pada jam 2.30 petang.

1430-1630 ( SISTEM PATROL )


Pada jam 1430 kami telah bersiap siap dengan pakaian lengkap untuk berkumpul bagi
meneruskan slot yang seterusnya. Pada petang itu slot yang seterusnya, dipimpin oleh kami
iaitu sekawan Biru Dua selaku sekawan yang bertugas pada petang itu. Saudari Aminah
Anuar selaku ketua patrol telah memberi arahan pada dewan agar duduk sedia dan beliau
terus melaporkan kepada tuan penceramah iaitu Tuan Hj Hamdan b. Abdul Rahim yang
akan memberikan ceramah yang bertajuk Sistem Patrol. Seperti biasa slot pada petang itu
dimulakan dengan lagu pengakap. Tujuan lagu pengakap dinyanyikan adalah untuk
menimbulkan rasa seronok para peserta kursus. Di antara kandungan yang terdapat di
dalam ceramah yang beliau sampaikan adalah sistem patrol yang merupakan tulang
belakang bagi sesuatu aktiviti pengakap, apakah tujuan dan juga faedah sistem patrol dan
seterusnya syarat- syarat untuk menjadi ketua patrol di dalam pengakap. Di antara syaratsyarat utama seorang ketua patrol adalah fahami serta patuhi peraturan yang diberikan,
serta persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap.
Beliau turut menyentuh ciri-ciri utama sifat seorang pemimpin, antaranya adalah :

Patuh kepada tujuan kepimpinan dan membentuk generasi akan datang

Berminat, tabah, sabar, berkeyakinan serta jujur.

Ikhlas, berfikiran terbuka serta memberi dan menerima teguran

Sentiasa menambah pengetahuan.

Tidak berkepentingan diri

Berkemampuan & berwibawa


Di akhir ceramah yang beliau sampaikan, beliau turut berpesan kepada semua

peserta kursus agar sentiasa memupuk minat murid untuk menjadi seorang ketua sekawan
atau ketua patrol dengan baik dan mampu memimpin ahli pengakap ke arah pembentukkan
sahsiah yang positif dan cemerlang kearah menjadi seorang modal insan yang berjaya
sebagai seorang ahli pengakap.

1700-1830 ( PERMAINAN PENGAKAP )


Slot yang seterusnya adalah permainan pengakap yang akan dikendalikan oleh Encik Shukri
Bin Mat Yaacob. Di dalam slot ini beliau ada memberikan penekan secara khusus kepada
semua peserta betapa pentingnya menguasai teknik permainan kanak-kanak di dalam
pengakap. Ini kerana apabila mengendalikan perjumpaan bersama dengan murid nanti
tentunya selaku pemimpin pengakap para guru perlu mahir untuk mengendalikan permainan
dengan bertujuan menimbulkan keseronokan kepada murid. Pada petang itu beliau ada
memberikan demostrasi berkenaan dengan permainan yang popular di kalangan ahli
pengakap. Tetapi terlebih dahulu, beliau memperkenalkan YELL kepada semua peserta dan
setiap sekawan perlu mereka YELL ataupun sorakan sebagai trademark sekawan masingmasing sebagai tanda menghargai kumpulan sekawan yang lain. Ini merupakan
pendendahan yang pertama bagi kami yang menyertai kursus ini dan menjadi seronok
apabila dipraktikkan. Terdapat beberapa siri permainan yang diperkenalkan di dalam slot ini.
Diantaranya ialah, bermain Boom, Pang Ping Pong, Permainan Bola Sorak, Musang dan
Ayam, Belalang Belatok dan sebagainya. Para peserta kursus juga berpeluang untuk
mencuba permainan yang diperkenalkan. Semua peserta kursus berasa gembira apabila
aktiviti permainan dijalankan. Setelah tamat sesi permainan pengakap kami memberikan
tepuk pengakap dan seterusnya mendengar sedikit taklimat telah diberikan oleh pihak
urusetia untuk persiapan malam pengakap pada malam ini.
Untuk persiapan malam pengakap yang akan berlangsung pada malam ini,
kumpulan sekawan kami mendapat tema sahabat sepakat dan juga mendapat giliran
melakukan

persembahan

yang

ke-enam.

Debaran

rasa kian

memuncak apabila

menyaksikan kumpulan sekawan yang lain sibuk membuat latihan persembahan yang
mantap. Kami mengambil sedikit masa pada petang itu untuk berbincang dan membuat
latihan untuk malam pengakap.

2030-2330 ( MALAM PENGAKAP )


Seawal jam 2030 kelihatan hujan turun dengan lebatnya. Pakaian pada malam itu adalah
diwajibkan mengenakan pakaian seragam yang lengkap. Aturcara pada malam itu
dimulakan dengan sedikit teori tentang malam pengakap yang disampaikan oleh Encik
Syahariman Bin Hamid selaku pesyarah muzik IPGKTAA dan juga merangkap Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Di dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau di
antaranya ialah syarat-syarat untuk mengadakan malam pengakap dan jenis-jenis
persembahan yang boleh dilakukan oleh setiap ahli pengakap. Setiap persembahan juga
perlu merangkumi beberapa aspek seperti tidak menyentuh isu-isu sensitif dan isu politik
serta tidak berkelakukan lucah dalam persembahan. Kriteria pemarkahan juga turut diambil
kira dari pelbagai aspek seperti unsur nasihat dalam persembahan.
Malam pengakap pada malam itu telah dipengerusikan oleh saudara Nagasami dan
juga saudari Fadzlun. Dimulakan dengan sekawan merah satu yang membawa tema
pertolongan cemas. Kami diminta memberi YELL kepada sekawan merah untuk
persembahan yang mereka lakukan. Tiba giliran persembahan kami yang ke-enam. ramai
peserta memberi tepukan. Persembahan malam pengakap tersebut turut dihadiri oleh
beberapa orang jurulatih yang datang untuk melihat persembahan kami. Kumpulan sekawan
yang terakhir yang membuat persembahan adalah dari sekawan Jingga dari IPGKDRI. Sesi
malam pengakap pada malam itu diakhiri dengan sesi penyerahan tugas dari sekawan
jingga kepada sekawan Biru Dua. Sebelum semua peserta bersurai, pihak urusetia
mengumumkan nama giliran peserta kursus yang perlu mengawal pada malam terakhir ini.
Kami sekawan yang bertugas bermula tengah malam tersebut bersiap sedia untuk hari yang
seterusnya dan menyediakan laporan dalam buku yang disediakan. Setelah selesai semua
aktiviti pada hari tersebut, semua peserta pulang ke khemah masing-masing dan membuat
pengurusan diri seterusnya berehat.

Anda mungkin juga menyukai