Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (40%)

Secara individu, pelajar dikehendaki membincangkan intervensi-intervensi yang


sesuai bagi menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh
murid di dalam bilik darjah.

1
1.0 Pengenalan.

Pada era arus globalisasi ini, pengurusan bilik darjah adalah satu proses
pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya
kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang
ditetapkan tercapai (Mok, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang
terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap
tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini, 2009). Ia
adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik
darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang
dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat diwujudkan. Namun, terdapat beberapa jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan
oleh murid di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak
normal atau terkeluar dari nilai norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Menurut
Mohamad (1990), tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang
mengganggu perjalanan kehidupannya.

2.0 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah dan intervensi-intervensi yang sesuai bagi
menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah.

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan


perkembangan sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk perubahan
dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua perkembangan tersebut
berkaitan dengan faktor baka dan persekitaran serta tingkah laku seseorang merangkumi
semua perlakuan seseorang sama ada baik ataupun yang tidak memuaskan. Pertuturan
seseorang, pemilihan bahasanya, cara perhubungannya dengan individu lain, pengurusan
emosinya, daya tahan, kerajinan, tanggungjawab menunjukkan perlakuan seseorang.
Manakala, tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah pula merujuk kepada perlakuan yang
tidak mengikut norma-norma yang diterima oleh sesebuah komuniti bilik darjah dan boleh
menjejaskan pembelajaran kognitifnya. Masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid di
bilik darjah seperti hiperaktif, pendiam, mengganggu rakan sekelas atau membuli,
merosakkan harta benda di dalam bilik darjah dan kurang memberikan perhatian
merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius kerana bermula dengan
permasalahan yang kecil sebegini jika ia berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan,
seterusnya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah lagi
(Haliza dan Joy, 2014). Selain daripada jenis tingkah laku bermasalah yang dinyatakan tadi,
sikap sensitif, apati, sikap melengahkan kerja atau sambil lewa, gemar bercakap,

2
berbohong atau membuli, menimbulkan kekeocohan atau kebisingan di dalam kelas,
kurang sopan serta mencuri dan mudah marah atau agresif juga menjadi jenis-jenis
tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid di bilik darjah. Setiap perlakuan atau
perbuatan yang terzahir oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor yang tertentu yang
mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan tertentu,
yang mana kesan tersebut bukan setakat mempengaruhi diri murid tersebut, bahkan turut
mempengaruhi murid yang berada di sekitar dengannya. Oleh demikian itu, cara atau
intervensi untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan
tingkah laku bermasalah tersebut. Teknik ini adalah berbeza bergantung kepada masalah
yang dihadapi. Terdapat pelbagai intervensi yang berkesan yang boleh digunakan untuk
menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah ini.

Persoalannya, apakah intervensi yang sesuai untuk menangani tingkah laku


bermasalah oleh seseorang guru di dalam bilik darjah?

2.1 Hiperaktif.

Murid yang tingkah laku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat
mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid
lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain
Masalah tingkah laku hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu serta mempunyai tumpuan
yang singkat dalam sesuatu masa (Jamila, 2005). Manakala, menurut Sandra (2008), yang
menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit
Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit
Hyperactive Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Sebagai
contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan
murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh
menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat
bising dan menganggu murid lain serta suka memanjat kerusi, tidak suka duduk diam, tidak
mahu membuat kerja sekolah yang diberi di dalam kelas, tidak mahu menulis dan suka
kepada aktiviti luar seperti membersihkan kelas.

Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah hiperaktif ini ialah
melalui peneguhan negatif iaitu dengan menggunakan kaedah time-out. Time-out juga

3
merupakan satu teknik modifikasi tingkah laku bermasalah. Dalam kaedah ini, jika murid tidak
menunjukkan tingkah laku yang diingini, murid tersebut akan dihantar ke satu lokasi yang
ditetapkan oleh guru seperti berdiri di luar kelas dan sebagainya. Di samping itu juga,
kerjasama daripada semua pihak sama ada guru, rakan dan ibu bapa amat penting. Ini
kerana, murid tersebut berada di kelas perdana di mana guru yang masuk ke kelas tersebut
bergilir mengikut mata pelajaran masing-masing. Jika mendapat kerjasama yang penuh dari
semua guru, murid tersebut boleh dipulihkan. Begitu juga dengan ibu bapa yang membantu
memantau perkembangan anak mereka di rumah. Sebagai contohnya, apabila seseorang
murid di bilik darjah sentiasa berlari dan mengganggu rakan lain; guru perlu menggunakan
kaedah time-out ini agar murid tersebut akan berasa malu semasa berdiri di luar bilik darjah
dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Selain daripada intervensi yang dinyatakan di
atas, guru-guru boleh memodifikasikan tingkah laku yang negatif melalui dendaan, reverse
psychology, shaping, modeling, kawalan kendiri, pengurusan kendiri, peneguhan
kendiri dan pengasingan ( Ragbir, 2012 ).

2.2 Merosakkan harta benda di dalam bilik darjah.

Tingkah laku merosakkan merupakan tingkah laku yang paling kerap terdapat di
kalangan murid-murid. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku yang
merosakkan. Jenis-jenis tingkah laku yang merosakkan termasuklah permusuhan nyata,
vandalisme ( iaitu merosakkan kerusi meja, peralatan dalam kelas dan sebagainya). Tabiat
suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara
perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek
( pensel, pen atau marker ). Bagi yang tidak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak
kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding di bilik darjah. Perkara
yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah
menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas. Menurut Ragbir (2012 ), faktor
sekolah juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada salah laku pelajar. Iklim sekolah
seperti susunan struktur bilik darjah, interaksi di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan
pelajar serta pelajar dengan persekitaran juga mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh
membawa kepada berlakunya gejala ini.

Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah ini ialah melalui
menggunakan sistem kontrak bertulis dan lisan. Sistem ini merupakan satu sistem
berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang murid atau dengan kumpulan murid.
Kontrak akan dibentuk setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak
terhadap tingkah laku yang diingini. Untuk memastikan kelancaran kontrak, guru haruslah

4
berjumpa dengan murid dan menerangkan rasional dan langkah-langkah yang perlu untuk
memastikan kontrak tersebut berkesan dan meminta bantuan pihak lain seperti guru-guru lain
dan ibu bapa untuk memastikan murid mematuhi kontrak yang dipersetujui serta menetapkan
matlamat jangka masa panjang supaya murid dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini
walaupun kontrak sudah berakhir (Haliza dan Joy, 2014).Sebagai contohnya, di dalam bilik
darjah guru perlu mengenalpasti murid-murid yang merosakkan harta benda dan memberi
teguran pada mereka. Seterusnya, guru juga perlu menjalankan sistem kontrak bertulis
dimana meminta murid yang bermasalah tadi untuk mempersetujui bersama guru bahawa
tingkah lakunya yang bermasalah itu tidak akan diulangi lagi.

2.3 Mengganggu rakan kelas atau membuli.

Murid ini suka mengacau rakan sekelas, memanggil nama rakan-rakan berulang kali
atau dengan cara yang tidak betul, mengambil barang atau sengaja membaling gumpulan
kertas ke arah rakan-rakannya (Haliza dan Joy, 2014).

Terapi bercerita merupakan salah satu intervensi yang sesuai bagi menangani
tingkah laku bermasalah ini. Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang
mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Di samping itu,
terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka
menyampaikan cerita masing-masing, murid-murid berkongsi maklumat penting mengenai diri
serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Selain daripada itu,
melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam
sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui
pengalaman yang menakutkan akan memproses pengalaman tersebut dan secara tidak
langsung akan belajar untuk mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman
yang lalu dengan pandangan yang positif. Terapi bercerita sesuai dijalankan secara
berkelompok ataupun individu (Corey, 1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita
dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Sebagai
contohnya, guru boleh menceritakan satu cerita tentang akibat mengganggu rakan atau
membuli di dalam bilik darjah. Dengan ini, murid akan bersedar dan insaf tentang perbuatan
mereka yang tidak baik. Selain dari terapi bercerita, pastrol care juga boleh digunakan untuk
menangani masalah tingkah laku ini. Pastrol care merupakan satu bimbingan yang diberikan
oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan
isu seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan
sokongan emosi murid. Dalam ini, murid diberikan pendidikan yang menyeluruh serta
berfokus kepada pembangunan keyakinan diri dan disiplin kendiri untuk merealisasikan

5
kehendak di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin menghasilkan modal insan
yang menyeluruh.

2.4 Pendiam.

Sikap seorang pendiam merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang
selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Pada
kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman pahit pada masa lampau. Murid-murid
yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan
diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah laku
pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah,
tidak yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek; serta
kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah.

Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah pendiam ini ialah
melalui menggunakan terapi seni. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan
pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan
Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan
afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan
kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran
dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi
dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi.

Gambar-gambar di atas menunjukkan contoh hasil-hasil terapi seni yang telah


ditafsirkan oleh murid-murid ( Suzana, 2013 ).
6
Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga ,
bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan
demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Dengan itu, guru
boleh mengaplikasikan terapi seni kepada murid yang pendiam dimana perkara yang
difikirkan atau perkara yang mengganggu minda mereka akan ditafsirkan melalui hasil seni
mereka. Bimbingan dan kaunseling juga merupakan salah satu intervensi yang berkesan
untuk membantu murid yang bersikap pendiam supaya mengetahui dan menyedari tentang
kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan
persekitaran.

2.5 Kurang memberikan perhatian.

Menurut Haliza dan Joy (2014), murid ini tidak mendengar apabila guru mengajar dan
tidak fokus terhadap tugasan yang diberikan. Sebaliknya, mereka mungkin berbual dengan
rakan, membaca bahan lain, memerhatikan aktiviti di luar bilik darjah, bersiul atau menyanyi.

Gambar di atas menunjukkan contoh Token Ekonomi ( Pelekat yang dilekatkan pada
buku token ekonomi yang berlamina supaya mudah dilekatkan dan ditanggalkan ) yang
guru dapat dijalankan di dalam bilik darjah ( Miltenberger, 2004 ).
Token ekonomi merupakan salah satu intervensi yang sesuai bagi menangani
tingkah laku bermasalah ini. Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah
teknik di mana individu mendapatkan token untuk tingkah laku yang ditunjukkan. Token yang
dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token
ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan. Sebagai
contohnya, guru boleh memberikan atau menampalkan token ( pelekat ) kepada murid yang
dapat menumpukkan penuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
di dalam bilik darjah. Dengan itu, para murid dapat memberikan penuh perhatian di dalam bilik
darjah agar mereka akan berusaha untuk mengumpulkan banyak token daripada guru serta
akan menjawab setiap soalan yang akan ditanyakan olehnya.

7
Selain daripada itu, penggunaan model Disiplin Asertif Canter juga merupakan
salah satu intervensi untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini. Model lebih menekankan
penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi
peraturan tersebut dengan tegas (Haliza dan Joy, 2009). Model ini digunakan bagi melatih
murid untuk menerima konsekuen terhadap tindakan mereka. Seterusnya, guru perlu
merangka sistem ganjaran dan dendaan serta bersifat asertif bagi mengawal bilik
darjah. Pada masa yang sama, guru dan murid sememangnya mempunyai hak masing-
masing. Hal ini bermakna, guru perlu bijak memberi respon kepada murid mengikut sesuatu
situasi sama ada bersifat asertif, tidak asertif atau agresif. Contoh bersifat tidak asertif seperti
menyuruh murid berhenti bercakap. Contoh bagi bersifat asertif adalah seperti guru menarik
balik token sekiranya murid masih meneruskan tingkah laku negatif. Bagi respon yang
berbentuk agresif pula adalah seperti guru mengancam bertindak kasar pada sesuatu
situasi. Selanjutnya, menurut Choong (2009), ganjaran dalam bentuk pengukuh sama ada
dari segi sosial (pujian), grafik (bintang), aktiviti (masa rehat) dan fizikal (hadiah) adalah wajar
diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang positif.

4.0 Kesimpulan.

Akhirulkalam, murid-murid di dalam bilik darjah mempunyai pelbagai tingkah laku yang
berbeza dan sesetengah tingkah laku ini mungkin sukar diterima dan boleh menimbulkan
masalah disiplin. Hal ini kerana ia akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Setelah suatu tingkah laku bermasalah dikenalpasti, guru seharusnya
menggunakan teknik modifikasi tingkah laku yang sesuai untuk menangani masalah tersebut.
Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dengan lancar apabila tingkah laku
bermasalah diselesaikan. Guru juga dikehendaki menunjukkan amalan nilai-nilai murni atau
teladan sebagai contoh kepada murid-murid. Pandangan dan kajian dari tokoh-tokoh juga
boleh dijadikan sebagai panduan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk
meningkatkan keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid.
Pemilihan kaedah intervensi yang betul dan tepat amat penting bagi keberkesanan
pengubahsuaian tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku positif (Sulaiman, 2003).
Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri sama ada ibu bapa,
guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang
tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta
berwawasan selaras dengan wawasan negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.

8
RUJUKAN.

Corey, G. (1981). Comprehensive School Counseling Programs. Journal of Counseling and


Development. 70 (2), 487-498.

Choong. (2009). Penggunaan Model. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd.

Haliza Hamzah dan Joy, N. S. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jamila Nordin. (2005). Tingkah Laku Bermasalah. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Miltenberger. (2004). Classroom Management. New York: McGraw-Hill Publisher.

Mohamad Hilmi. (1990). Tingkah Laku Bermasalah Murid. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Noraini Idris. (2009). Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ragbir, K. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Selangor:


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sandra. (2008). Attention Deficit Disorder (ADD) and Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD). New York: McGraw-Hill.

Sulaiman Jamalludin. (2003). Pengenalan Pedogogi. Kuala Lumpur: Penerbit Pelangi.

Suzana. Terapi Seni. Dipetik pada 12 Ogos 2017, Daripada


http://m.autostream.com/presentation/firohar-2963675-terapi-seni/

9
LAMPIRAN.

Contoh Token Ekonomi Contoh Hasil Terapi Seni

10
Jadual dibawah merupakan rumus beberapa aspek dengan Model Disiplin Asertif
Canter yang boleh memudahkan seseorang guru.

Aspek Huraian
Konsep Utama Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan
Guru dan murid mempunyai hak masing-masing
Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
optimum
Guru harus menggunakan satu hierarki disiplin yang
mengandungi kesan yang bersesuaian mengikut tahun
persekolahan.
Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau agresif.
Jenis Ganjaran Tidak asertif: sudah berulang kali saya minta anda supaya
jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masi
masih berbuat demikian, sila berhenti.
Asertif: Shan, ini adalah amaran atas perbuatan anda
bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada
keadaan asal,jikalau tidak anda tidak dibenarkan buat
bacaan senyap di sudut bacaan nanti.
Agresif: Simpan buku komik dengan serta merta, jikalau
tidak, anda akan menyesal!
Jenis Ganjaran Pengukuh sosial-senyuman,kata-kata pujian
Pengukuh grafik-bintang, pelekat
Pengukuh aktiviti-masa rehat,mainan khas
Pengukuh fizikal-makanan,hadiah, sijil
Hak Asasi Murid Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum
Disediakan guru yang akan membantu mereka
mengurangkan tingkahlaku yang kurang wajar dan
menyokong tingkahlaku yang wajar
Dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkahlaku yang baik
dan jahat
Diberikan pilihan untuk bertingkahlaku wajar atau tidak wajar
Tanggungjawab Kekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum
Guru Diberikan sokongan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa
Pastikan hak dan tanggungjawab murid-murid disokong
dengan satu pelan disiplin yang menyatakan jangkaan
dengan jelas
Aplikasikan konsekuen secar konsisten
Pertimbangkan kepentingn mereka setiap masa

11

Anda mungkin juga menyukai