Anda di halaman 1dari 6

Langkah-langkah Perlaksanaan Terapi Bercerita

Terdapat tiga langkah utama bagi melaksanakan terapi bercerita, iaitu sebelum,
semasa dan selepas. Sebelum melaksanakan terapi bercerita, iaitu pada fasa
perancangan dan persedian guru hendaklah bermula dengan memilih sebuah cerita
yang sesuai. Tema cerita yang dipilih hendaklah mengandungi nilai moral yang
murni. Oleh itu guru hendaklah teliti semasa memilih bahan yang hendak digunakan.
Selain itu, guru hendaklah memastikan cerita yang dipilih itu menarik dan perkataan
yang digunakan semasa bercerita sesuai dengan pengalaman murid. Guru
hendaklah memastikan masa yang diperuntukkan sesuai dengan panjang atau
pendek cerita tersebut. Bagi memastikan terapi tersebut dapat dilaksanakan dengan
baik, guru hendaklah menghafal dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya
sekali. Hal ini supaya guru dapat bercerita sambil memandang mata murid-murid
agar murid memberikan perhatian semasa guru bercerita di hadapan.

Sebagai pesediaan, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti kad
perkataan, kad gambar atau topeng-topeng bagi menarik minat murid, agar sesi
terapi dapat berjalan dengan baik. Bagi menguji kefahaman murid semasa terapi
bercerita dijalankan, guru hendaklah menyediakan soalan-soalan yang bersesuaian
untuk murid berdasarkan cerita yang bakal diceritakan kepada murid. Soalan ini
bertujuan untuk memastikan murid sentiasa menngikuti sesi terapi yang guru sedang
laksanakan. Susunan tempat duduk murid juga memainkan peranan penting dalam
keberkesanan terapi tersebut, oleh itu sebelum memulakan terapi, guru hendaklah
menyusun tempat duduk murid dengan baik agar semua murid dapat mendengar
dan melihat ekspresi guru.

Semasa memulakan sesi bercerita, guru hendaklah memastikan dia


menggunakan set induksi yang menarik agar murid dapat memberikan perhatian
kepada guru di hadapan. Guru hendaklah menggunakan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian murid dan membantu murid memahami
cerita. Semasa melaksanakan terapi bercerita, guru hendaklah memastikan setiap
murid telah meberikan perhatian secara sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan
soalan yang digunakan tadi untuk membimbing murid mengikuti perkembangan
cerita. Untuk menjadikan terapi ini berkesan, guru hendaklah bercerita dengan lebih
bersemangat dan memahami apa yang guru hendak sampaikan. Ekspresi wajah
memainkan peranan penting, oleh itu guru perlu menunjukkan ekspresi muka yang
betul ketika sesi bercerita. Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi,
fikiran, penilain dan keadaan seseorang individu itu. Oleh itu, adalah penting bagi
seorang guru kaunseling mempamerkan ekspresi wajah yang dapat meyakinkan
murid. Di samping itu, guru hendaklah peka kepada mesej yang dilahirkan melalui
wajah murid dan meseej yang dilahirkan melalui wajah guru itu sendiri. Sebagai
seorang guru kaunseling, semasa menjalankan terapi guru hendaklah sentiasa
memberikan kontak mata kepada murid dan mengelakkan melarikan pandangan
mata ke arah lain ketika terapi sedang berjalan.

Selepas selesai melakukan terapi bercerita, guru membuat penutup. Penutup


ini bertujuan untuk membantu murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang telah
diterapkan dalam isi cerita itu. Semasa melakukan fasa penutup ini, guru hendaklah
menyoal murid tentang isi cerita uang hendak disampaikan dan menuruh murid
menggulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.perkara ini dilakukan
untuk mematikan murid memahami cerita yang disampaikan oleh guru tadi. Selepas
itu, guru hendaklah melakukan perbincangan dengan murid tentang tema dan nilai
murni yang terkandung dalam isi cerita tersebut. Selepas melakukan terapi bercerita,
guru boleh meminta murid untuk berlakin berdasarkan isi cerita yang telah
disampaikan dan dibimbing oleh guru itu sendiri. Selain itu, semasa penutup, guru
juga boleh menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang
telah didengar.

Guru yang baik hendaklah dapat menjalankan terapi bercerita dengan baik
dan mendapat perhatian daripada murid yang mengikuti terapi tersebut. Oleh itu guru
hendaklah menyampaikan terapi dengan bertenaga. Hal ini kerana tahap tenaga
guru turut memberikan “mood” kepada sesi terapi yang dijalankan. Guru yang
menunjukkan tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang rendah juga
semasa terapi dijalankan. Murid akan membuat penilain terhadap gurunya. Tahap
tenaga dapat diukur dengan memerhatikan tingkah laku guru semasa bersama murid
melalu gaya duduk atau berjalan, nada suara dan juga mimik muka, seperti yang
dijelaskan di perenggan atas. Guru juga hendaklah sentiasa memberikan galakan
kepada murid-murid. Guru kaunseling perlu lebih peka dan memberi sokongan serta
penghargaan kepada murid yang mengikuti sesi terapi. Semasa menjalankan terapi
ini, guru juga perlu mempunyai kemahiran memfokus yang baik. Memfokus
bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu yang baru sahaja dinyatakan oleh
murid. Hal ini akan membantu murid untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu
isu dengan lebih tepat dan jelas selain dapat mengelak dari sesuatu kekeliruan serta
ketidakpastian. Kemahiran ini sering digunakan apabila murid kerap kali tidak
memberikan perhatian kepada guru.
Perlu diingatkan, penstrukturan sangat penting dalam menjalankan terapi ini.
Patterson & Welfel (2000) dalam Kemahiran Asas Kaunseling menyatakan
penstrukturan menjelaskan semua pernyataan pembimbing atau pengamal
kaunseling yang membolehkan klien mengetahui apa yang boleh dijangkakan
tentang proses dan hasil aktiviti kaunseling. Perkara yang perlu diambilkira semasa
membuat penstrukturan ialah jangkamasa yang diperuntukkan setiap kali sesi
kaunseling dijalankan, dolam konteks ini terapi membaca tersebut. Seterusnya
peranan guru iaitu mendengar, memahami dan membantu isu yang dihadapi oleh
murid. Selain itu, peranan murid juga hendaklah diambil kira, jika dala sesi
kaunseling biasa murid menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk perundingan,
tetapi di dalam terapi bercerita, murid berperanan mendengar cerita guru dan
memberi respon semasa guru bertanyakan soalan. Jika, selepas sesi terapi tersebut
guru mendapati masalah murid ini tidak dapat diselesaikan oleh guru, guru
hendaklah merujuk murid ini kepada yang lebih pakar. Perkara yang paling penting
ialah penstrukturan yang dibuat haruslah ringkas dan mudah agar tidak menjadi isu
kepada murid-murid yang mengikuti terapi tadi.
Kesimpulan

Terapi bercerita mempunyai kelebihan yang tersendiri. Melalui terapi bercerita


kanak-kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat
sesama kawan. Hal ini secara tidak langsung dapat membolehkan mereka berasa
diri mereka dihargai. Terapi ini juga memberi kelebihan kepada guru kaunseling
kerana dapat memahami konflik murid dengan lebih senang. Melalui aktiviti bercerita,
guru akan memberi murid satu watak dan secara tidak langsung cara mereka
menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Melalui ini, guru akan dapat mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya yang bersikap pasif di dalam
kaunseling kelompok. Melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa memegang
sesuatu watak, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara
reflek melalui terapi ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka
dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh. Kemahiran
pengamatan yang tinggu perlu dikuasai oleh guru untuk membaca tingkahlaku murid
sepanjang terapi ini dijalankan agar guru dapat membantu murid menyelesaikan
masalah yang murid hadapi. Perhatian dan sokongan hendaklah sentiasa diberikan
kepada murid agar mereka lebih terbuka dengan guru kaunseling. Terapi ini juga
bagus kerana tidak memberi tekanan kepada murid-murid. Mereka tidak merasakan
mereka sedang berada dalam satu sesi kaunseling tetapi merasakan berada dalam
satu suasana bercerita yang menarik dan murid dapat mengekspresikan diri mereka
yang sebenar tanpa ada sebarang tekanan yang menggangu mereka. Terapi
bercerita juga adalah terapi yang sangat berkesan dalam membina raport antara
guru dan murid kerana dalam terapi bercerita guru dapat mengenali murid dengan
lebih mesra lagi. Selaini itu, terapi bercerita ini
Refleksi

Nama : Nurul Hamizah Binti Mohamad Latip

Syukur Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasan berkumpulan ini pada masa
yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, saya merasakan agak terbeban
kerana ini adalah kali pertama saya mempelajari mengenai terapi bercerita. Saya
tidak mempunyai pengalaman sebelum ini bahawa terdapat terapi dalam sesi
kaunseling. Seperti yang kita sedia maklum, di Malaysia, kaunseling masih kurang
mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi saya, subjek Bimbingan
Dan Kaunseling ini banyak memberikan saya input baru dalam bidang kaunseling ini.

Melalui tugasan yang diberikan ini, saya dapat memahami konsep, matlamat
dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Saya juga dapat
mempelajari cara menjalankan terapi bercerita. Terapi bercerita adalah satu terapi
yang sangat menarik bagi saya kerana kita sebagai guru kaunseling dapat
merapatkan hubungan dengan murid melalui aktiviti bercerita. Aktiviti ini dapat
menjadikan hubungan antara guru dan murid lebih mesra. Walaupun pada mulanya
saya rasakan agak mencabar untuk menjalankan terapi ini, tetapi dengan membuat
rujukan di internet dan membaca buku-buku berkaitan kaunseling saya dapat
memahami sedikit demi sedikit cara melaksanakan terapi ini.

Tugasan ini membantu saya untuk bersedia apabila keluar menjadi guru nanti
dan diberi peluang untuk melaksanakan terapi bercerita di sekolah. Walaupun baru
sedikit ilmu yang saya pelajari, tetapi saya yakin dengan diri saya. Saya akan
berusaha menambah lebih banyak ilmu dalam bidang ini dengan membaca buku dan
menjalankan temu ramah dengan guru kaunseling yang lebih berpengalaman. Saya
rasakan seronok semasa melakukan terapi ini kerana, terapi bercerita dapat
dijalankan menggunakan banyak bahan bantu yang dapat menarik minat murid.
Apabila klien kita iaitu murid tertarik dengan cara kita menyampaikan cerita itu,
secara tidak langsung perasaan seronok akan wujud di dalam diri kita dan akan
mendorong kita untuk menimba lebih banyak ilmu agar sesi terapi yang dijalankan
pada masa akan datang dapat menarik minat murid.

Akhir sekali tugasan ini mengajar saya melakukan kerja dalam satu kumpulan
yang kecil. Perkara ini sangat berguna apabila saya berada di dunia pekerjaan yang
sebenar nanti. Bukan senang untuk bekerja dalam kumpulan, perlu banyak toleransi.
Perkara paling penting sebelum memulakan sesuatu kerja berkumpulan ialah
melantik seorang ketua, selepas itu, ketua akan mengagihkan tugas kepada ahli
yang lain. Tugasan ini banyak membantu saya membina semangat kerja dalam
kumpulan dan tidak mementingkan diri. Tugasan seperti ini haruslah diteruskan pada
masa akan datang agar dapat mendidik lebih ramai bakal guru. Sama ada
melakukan kerja secara berkumpulan ataupun memahami bidang kaunseling dengan
lebih baik. Tugasan ini benar-benar memberikan banyak manfaat ke atas diri saya.

Rujukan

Mansor Abu Talib. (2010). Kemahiran Asas Kaunseling. Diakses pada 12 Februari
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3107_1299483089.pdf

Anda mungkin juga menyukai