Anda di halaman 1dari 3

1.3: Ciri-ciri pembentukan individu bermoral dalam kehidupan.

Individu bermoral merupakan individu yang mempunyai sifat-sifat moral.


Seseorang individu akan mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai moral sekiranya
mempunyai asas pengetahuan tentang nilai-nilai yang baik dan buruk. Nilai-nilai moral ini
akan diamalkan dengan baik sekiranya diikuti dengan perasaan dan tingkah laku yang
sempurna. Individu bermoral hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat
yang diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. (Abdul Rahman
Aroff, 1986). Model insan bermoral menekankan perwatakan positif dalam diri seseorang
individu. Oleh itu, seseorang insan yang bermoral perlu terdiri daripada tiga dimensi moral
iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tindakan moral.

Dimensi penaakulan moral melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara


rasional dan bebas. Penaakulan moral ini menjadikan diri individu tahu akan dirinya, iaitu
tahu dan sedar tentang buruk dan baik akan dirinya. Selain itu, dia tahu dan sedar apa-
apa juga keputusan yang dibuat olehnya. Ini bermakna seseorang individu bermoral dapat
membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh
masyarakat setempat. Contohya, apabila perbincangan dalam kumpulan diadakan, insan
bermoral akan memberi peluang kepada orang lain untuk mengeluarkan pendapat dan
bersedia menerima pendapat orang lain. Insan bermoral akan berfikir dahulu kemudian
memberi pendapatnya supaya pendapat yang diberikan adalah logik dan tidak
menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Individu bermoral mempunyai emosi moral seperti suara batin, iaitu kehalusan
perasaan individu yang mengandungi rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan
simpati dan empati, prihatin, belas kasihan, dan bermotivasi. Perasaan moral akan
menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya mengamalkan emosi yang
positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Contohnya, individu yang bermoral akan
berusaha untuk mencapai pencapaian yang paling baik, individu bermoral tidak mudah
berputus asa walaupun pernah mengalami kegagalan. Individu bermoral akan lebih
bermotivasi dalam melakukan sesuatu dan boleh mengawal emosi negatifnya dengan
baik.

Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai tingkah laku moral. Tingkah laku moral
adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku
yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan
menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Seseorang individu bermoral akan
menunjukkan rasa penuh tanggungjawab terhadap tindakan dan keputusan yang dibuat
berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku ini berkait rapat
dengan ketekalan diri, kekuatan jati diri, dan kecekapan membuat keputusan dengan
mengamalkan keadilan dan rasional. Contohnya, individu yang bermoral akan
mempunyai pemikiran yang rasional untuk memilih kerjaya yang ingin diceburi pada masa
hadapan. Individu bermoral akan rajin berusaha membuat rujukan untuk mencapai cita-
citanya. Individu bermoral dapat mengawal emosi dirinya dengan baik dan tidak mudah
berputus asa apabila menemui kegagalan.

Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seseorang
insan yang bermoral dikategorikan sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan
perlu perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong
kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Dalam hal ini,
seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya,
berupaya untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dan bertindak mengikut
keputusan yang telah dibuat. Seseorang individu bermoral seharusnya sabar,

Sifat kesabaran merupakan ciri yang harus diamalkan oleh individu yang bermoral.
Sifat sabar akan membawa kebaikan dan manfaat dalam kehidupan kita. Kesabaran akan
menjadikan kita tidak mudah marah, awet muda, tidak mudah diserang penyakit.
Kesabaran dalam kehidupan sekarang bukan setakat perwatakan tetapi merupakan satu
nilai hidup yang memberi pengaruh secara langsung ke arah pembentukan tamadun
sesuatu masyarakat. Contohnya, individu bermoral tidak mudah marah dan dapat
mengawal emosinya. Apabila individu bermoral berada dalam kesesakan jalan raya,
emosinya tidak mudah dipengaruhi dan tidak menekan hon sebarangan. Hal ini kerana
individu bermoral faham menekan hon hanya akan menjadikan suasana bising dan tidak
menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Selain itu, sifat keadilan juga sifat yang harus dimiliki oleh seseorang individu yang
bermoral. Dalam konteks moral, sifat keadilan didefinisikan sebagai sifat yang
mementingkan tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Misalnya,
seseorang individu bermoral tidak akan pilih kasih semasa membuat keputusan.

Bukan itu sahaja, sifat baik hati juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan
yang bermoral. Dalam konteks moral, baik hati didefinisikan sebagai kepekaan terhadap
perasaan dan kebajikan diri sendiri serta orang lain dengan memberi bantuan dan
sokongan moral secara tulus dan ikhlas. Dalam aspek ini, insan yang memiliki sifat baik
hati akan sentiasa membuat perbuatan baik tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
Sebagai contohnya, individu bermoral akan sentiasa menolong orang dalam kesusahan
secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang ganjaran daripada mereka ataupun tanpa
sebarang niat di sebalik pertolongan tersebut.

Seseorang insan yang bermoral juga harus memiliki sifat bersopan-santun.


Seseorang yang memiliki sifat ini akan sentiasa beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan seharian. Dalam aspek ini, seseorang itu bukan sahaja akan beradab
sopan ketika bergaul dengan orang lain, maka akan juga beradab sopan dari segi cara
pakaiannya. Contohnya, seseorang individu yang bermoral akan sentiasa memastikan
pakaian yang dipakai adalah kemas, bertutur dengan sopan-santun, tidak menggunakan
perkataan yang kasar, bertutur dengan lemah lembut dan tidak menyinggung perasaan
orang lain dalam pergaualan seharian.

Tuntasnya, individu bermoral merupakan insan yang mempunyai tingkah laku


yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Dalam hal ini, seseorang individu
yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentangan
dengan nilai normal dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai