Anda di halaman 1dari 1

Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh

sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat
pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai
niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang
bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana
perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah
masyarakat.

Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan
pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang
selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral.
Ketekalan moral menguatkan pegangan”aku tetap aku”walau dalam apa keadaan dan di mana
seseorang itu berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan tingkah
laku moral.

Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seseorang insan yang bermoral
dikategorikan sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan
dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan
itu perlu dilakukan. Dalam hal ini,seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan
persekitarannya, berupaya untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya, dan bertindak mengikut
keputusan yang telah dibuat.

Insan yang bermoral merupakan insan-insan yang mempunyai sifat-sifat moral.Konsep insan
bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoralmerupakan seseorang yang
berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnyadengan cara mematuhi segala set peraturan
yang telah ditetapkan oleh autoriti. Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi.
Walaupun begitupemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah dikembangkan
untukmelahirkan Insan bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulanmereka dalam
menangani sesuatu masalah. Ini penting supaya tidak terjadi kekeliruanatau konflik di antara nilai
tradisi dengan nilai barat disebabkan pengaruh daripada media massa. Oleh sebab itu seseorang
insan bermoral seharusnya mampu bersabar,menerima, menghormati orang lain, kesetiaan kepada
negara, berbudaya cemerlang,memahami personality dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai