Anda di halaman 1dari 28

PENDIDIKAN MORAL

BAB 4
INSAN MORAL
Insan Moral
Insan Moral mempunyai tiga komponen berikut:
Kandungan:
◦ Peraturan Masyarakat
◦ KeperibadianMulia
Bentuk:
◦ Etika Prinsip
◦ Etika Situasi
Dimensi:
◦ Penaakulan
◦ Emosi
◦ Tingkah laku
Kandungan
Seseorang insan moral adalah seorang yang memahami keperluan untuk peraturan dalam
masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhi tanpa berfikir.
PERATURAN MASYARAKAT
Peraturan menjimatkan tenaga dan masa manusia daripada terpaksa
sentiasa berfikir bagaimana mereka sendiri mesti berkelakuan.
Selain peraturan masyarakat, satu lagi kandungan etika yang penting
ialah keperibadian mulia. Insan moral mempunyai keperibadian
yang baik dan mengamalkan kesederhanaan (mengikuti jalan tengah
) dan boleh dipuji.
KEPERIBADIAN MULIA
Insan moral merupakan seorang insan yang menganggap perasaan, keperluan
dan kepentingan orang lain sama pentingnya dengan perasaan, keperluan dan
kepentingan sendiri.
Penerimaan perasaan, hak-hak dan keperluan-keperluan orang lain dari segi
emosi merupakan satu sikap emosi terhadap tingkap laku moral.
Seseorang bermoral perlu mempunyai fahaman mengenai dirinya sendiri dan
telah memperolehi keinsafan sendiri, iaitu mengetahui kelemahan-kelemahan
serta kekuatan-kekuatan tentang dirinya. Dia juga adalah seorang yang sihat dari
segi fisiologi dan emosi.
samb
Seseorang yang bermoral berupaya membuat keputusan secara rasional
(berdasarkan konsep, prinsip serta hukum), sejagat (berdasarkan keadilan,
kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang individu) dan preskriptif
(berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang
individu).
Orang yang bermoral dapat bertindak secara terkawal dan tidaklah keterlaluan
serta mempunyai fikiran waras serta berupaya untuk meletakkan had-had
tertentu bagi satu-satu tindakan yang melampau.
samb
Tindakan bermoral berdasarkan autonomi atau kebebasan. Insan
moral harus bertindak asalkan tidak melanggar batas-batas
peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh keluarga,
komuniti, masyarakat dan negara.
Orang bermoral seharusnya menonjolkan keadilan dari segi
perlakuan, peraturan serta membuat keputusan yang saksama dan
tidak berat sebelah.
CIRI-CIRI SEORANG YANG BERMORAL
Orang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:
Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.
Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam
pergaulan dengan orang lain.
Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui
kesilapan dan kelemahan sendiri
samb
Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati dan ini termasuk
menghormati:
Raja dan negara.
Orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran.
Ibu-bapa.
Hak asasi manusia.
Kepercayaan dan adat resam pelbagain kaum.
Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu.
Undang-undang.
Maruah diri.
Samb.
Kejujuran juga merupakan salah satu sifat insan moral. Kejujuran adalah sikap dan perlakuan
yang membayangkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Insan moral juga mengandungi sifat-sifat lain selain apa yang dinyatakan sebelum ini.
Kajian Kes
Anda pengurus besar sebuah syarikat yg mempunyai beratus-ratus pekerja yang
mempunyai pelbagai tabiat dan perangai serta sentiasa bergaduh antara satu
sama lain.
Apakah peraturan-peraturan syarikat yang anda boleh tetapkan untuk memupuk
sifat-sifat peribadi pekerja yg anda inginkan demi mengawal disiplin pekerja
serta mempertingkatkan produktiviti barangan syarikat anda?
Senaraikan mengikut keutamaan, sebanyak yg boleh peraturan dan sifat
peribadi yg anda inginkan.
BENTUK MORAL
Bentuk
Apabila berhadapan dengan isu atau dilema moral, insan moral dapat membuat pertimbangan
dan tanggapan berhubung dengan situasi yang melahirkan masalah itu, iaitu berdasarkan etika
situasi tetapi keputusan yang diambilnya hendaklah ditentukan oleh prinsip moral keadilan dan
kepedulian (mungkin altruisme), iaitu etika prinsip. (Situational Ethics and Principled Ethics)
Etika Prinsip
Bentuk etika insan moral yang berdasarkan prinsip termasuklah prinsip keadilan dan
kepedulian
Keadilan
Keadilan dimaksudkan sebagai kewajipan untuk memberi perlakuan yang sama
kepada semua orang dalam memberikan apa yang baik dan apa yang buruk
berdasarkan keperluan dan kemampuan.
Kewajipan ini patut tidak ada kecualiannya. Keadilan merujuk kepada fikiran
yang rasional.
Prinsip keadilan mempunyai kaitan dengan autonomi atau kebebasan.
Individu yang adil perlu ada kebebasan kerana tindakannya tidak dianggap moral
jika dia membuat sesuatu berikutan paksaan dari luar atau kepatuhan membuta
buli terhadap sesuatu autoriti atau kuasa luar.
Kepedulian
Kepedulian merupakan prinsip yang dikaitkan dengan perasaan
moral yang suci dan jernih. Oleh kerana apa sahaja yang dilakukan
oleh individu dalam bidang moral melibatkan orang lain, adalah lebih
berperikemanusiaan dan bermoral jika hubungan itu berdasarkan
belas kasihan serta mengambil berat kebajikan orang lain.
Kepedulian juga menjauhkan individu daripada kejahatan dan terlalu
mementingkan diri.
Etika Situasi
Etika situasi menyatakan bahawa setiap situasi itu adalah unik dan
berlainan dalam semua segi daripada semua situasi lain di dunia.
Tindakan seseorang itu dalam satu-satu situasi mesti ditentukan
sendiri berdasarkan pertimbangan bebas dan kebebasan memilih
tanpa paksaan dari luar. Namun sebenarnya walaupun setiap situasi
itu unik dan berbeza tetapi terdapat norma-norma moral umum
yang menjadi dasar melakukan sesuatu.
samb
Pada awal tahun 1960 an, seorang wanita bernama Sheri Fishbein dari Arizona,
USA menjangka dia mungkin mengandungkan anak yang mengalami kecacatan
kerana telah mengambil Thalidomide. Dia telah meminta mahkamah
membenarkan doktor dan pihak hospital menggugurkannya kerana undang-
undang melarang perbuatan pengguguran. Suaminya telah membawanya ke
Sweden dan kandungannya telah digugurkan. Embrio itu didapati cacat sekali.
Tetapi tidak siapa yang mengetahui secara pasti. Dalam kes seperti ini pilihan
seseorang itu harus berpandukan prinsip-prinsip moral.
Dimensi
Ada 3 dimensi yang terlibat, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral.
Penaakulan Moral (Moral Reasoning)
Setiap insan moral berupaya membuat penaakulan moral, iaitu suatu proses di mana seseorang
individu memperkembangkan kebolehan membuat pertimbangan dan/atau keputusan moral
yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain
dalam suatu situasi moral.
samb
Proses penaakulan moral melibatkan pertimbangan secara objektif dan adil tentang segala fakta
berkaitan situasi moral yang dihadapi serta mengambil kira prinsip-prinsip moral sejagat.
Keputusan moral yang dicapai hendaklah konsisten, objektif dan sejagat bagi sesuatu situasi
yang serupa.
samb
Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg, proses
penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara
berperingkat, dari peringkat seorang mematuhi peraturan moral
supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sehingga ke
peringkat dia, sebagai orang yang berautonomi (bebas), akan
menepati peraturan moral selaras dengan prinsip-prinsip moral yang
sejagat. Individu yang tidak berupaya membuat penaakulan moral
akan menjadi seorang yang tidak rasional dan akan bertindak secara
buta tuli.
Emosi Moral
Emosi moral memberi perangsangan kepada seorang untuk
bertindak secara bermoral dengan yakin dan merupakan sesuatu
yang tidak dapat diketepikan dalam suatu keputusan dan tindakan
moral kerana manusia mempunyai perasaan. Walau bagaimanapun
bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral.
Emosi moral hanya merujuk kepada perasaan yang "betul" yang
melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi.
samb
Untuk menyuburkan emosi moral, seseorang perlu:
1. Memahami perasaan orang lain serta diri sendiri dalam sesuatu
situasi moral.
2. Berupaya menyatakan dengan jelas perasaan-perasaan yang
timbul dalam situasi itu.
3. Membuat keputusan berdasarkan perasaan yang betul bukan
perasaan yang tidak munasabah dalam situasi itu.
samb
Emosi moral dapat menghubungkan perasaan dengan keputusan moral secara objektif serta
mengurangkan atau merapatkan jurang perbezaan di antara keputusan dan tingkah laku.
Tingkah Laku Moral
Tingkah laku moral ialah segala yang dilakukan oleh individu berkaitan dengan peraturan
moral. Peraturan moral menentukan tingkah laku semasa dan memberi panduan kepada
individu pada masa depan dan juga merupakan asas bagi nilai tingkah laku yang lepas.
samb
Tingkah laku moral tidak terhad kepada mematuhi sesuatu peraturan
semata-mata kerana ia satu peraturan, tetapi haruslah berdasarkan
pemahaman sebab yang baik dan munasabah.
Tingkah laku adalah penting. Orang yang mempunyai penaakulan
moral tetapi tanpa tingkah laku akan menjadi orang yang "cakap tak
bikin". Begitu juga orang yang mempunyai emosi tanpa tingkah laku
hanya mementingkan keselesaan diri sendiri sahaja.
Kajian Kes
Berikut adalah satu siri kombinasi antara tiga dimensi etika, nyatakan kesan
semua kombinasi ini terhadap tindakan yg diambil oleh seseorang ejen moral.
Ada penakulan sahaja
Ada perasaan sahaja
Ada tindakan sahaja
Ada penakulan dan perasaan sahaja
Ada penakulan dan tindakan sahaja
Ada perasaan dan tindakan sahaja
Ada penakulan, perasaan dan tindakan

Anda mungkin juga menyukai