Anda di halaman 1dari 17

PENDIDIKAN MORAL

NILAI AGAMA DAN


KEPERCAYAAN
Nilai Agama dan
Kepercayaan
Salah satu pandangan tentang dari mana datangnya kemoralan adalah
bahawa kemoralan manusia mengenai yang betul dan salah berasal dari
Tuhan atau Kuasa Luar Biasa (kemoralan objektif).
Pandangan A
Prinsip asas kemoralan ini ialah apa-apa tindakan
yang dilarang oleh Tuhan adalah tidak bermoral.
Tuhanlah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang
menjadikan sesuatu perbuatan itu betul atau salah
melalui larangan-Nya. Sesuatu tindakan seperti
rogol adalah salah kerana ia dilarang oleh Tuhan.
(jika tidak dilarang oleh Tuhan , adakah rogol itu
bermoral?)
Pandangan B
Tuhan tidak menjadikan sesuatu perbuatan itu
betul atau salah tetapi melarang kelakuan tertentu
seperti keseksaan dan rogol kerana ia adalah tidak
bermoral, membenarkan tindakan lain seperti
menolong orang kerana ia bukan tidak bermoral
dan memerlukan kelakuan seperti menghormati
ibu bapa kerana tidak melakukannya adalah tidak
bermoral.
Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika
yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan
keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas
mati). Ada tiga bentuk utama:

Bentuk Huraian

Moral Politeistik Kepercayaan kepada banyak tuhan

Moral Zahud Mengetepikan dunia dan mengutamakan


akhirat
Moral Kepercayaan kepada tuhan yang satu
Monoteistik
samb
Setiap insan yang beragama sudah sepatutnya mengabdikan
dirinya kepada Tuhan dengan membuat apa yang disuruh
dan menghindar apa yang dilarangNya. Agama yang diberi
perhatian ialah:
1. Agama Islam
2. Kristian
3. Buddhisme
4. Hinduisme
5. Taoisme
6. Konfusianisme
7. Sikhisme
8. Natif
AGAMA ISLAM
Perkataan "Islam" berasal dari bahasa Arab yang kata akarnya
sa-la-ma bermaksud tulen dan suci daripada sebarang
kecacatan zahir dan batin, damai, aman dan sejahtera, taat
serta menyerah. Islam merupakan nama yang diberi oleh Allah
S.W.T kepada agama yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad, rasul dan utusan, kepada umat manusia. Dua
aspek terpenting dalan ajaran Islam:
1. Aqidah - Keimanan dan kepercayaan kepada Allah yang Esa
2. Syariah - Undang-undang dan Hukum Islam yang terkandung
dalam kitab suci al-Quran dan Sunnah (Hadith)
Samb.
Kepercayaan dan keimanan dimanifestasikan menerusi
syariah dengan ibadah.
Aqidah yang bersih melahirkan akhlak yang mulia, aqidah
yang tidak mantap melahirkan akhlak yang hina dan tidak
sempurna.
Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya kepada
Allah S.W.T termasuk sembahyang, puasa, zakat, berlaku
adil, amanah dan menjauhkan diri daripada melakukan
segala laranganNya. Asas ibadah dalam Islam bahawa
manusia ialah makhluk dan hamba kepada Penciptanya.
samb
Al-Quran adalah kitab Allah yang diwahyukan
kepada Nabi Muhammad dan mempunyai ajaran
yang merupakan sumber utama bagi akhlak dalam
Islam. Aspek ajaran yang terkandung dalam al-
Quran termasuklah:
a) Aspek Keimanan
b) Aspek Jasmani (Ibadah,Muamalat)
c) Aspek Rohani (Dalaman/Akhlak)
d) Aspek Politik
e) Aspek Sejarah
samb
Menurut Islam, akhlak menjadi syarat mutlak kepada kemajuan
dan ketertinggian umat dan tamadunnya.

Dua cabang akhlak adalah:


1. Mahmuddah - akhlak yg baik
2. Mazmummah - akhlak yg keji
Samb.
Sifat-sifat akhlak Mahmuddah - Amanah, kasih
sayang,syukur, sabar, pemaaf, bertanggungjawab,
benar, berani, adil, taat dan sebagainya.
Sifat-sifat akhlak Mazmummah - Sombong, dengki,
khianat,tamak, minum arak, zalim, berdusta,
mencuri, merompak dan sebagainya
Hakikat Insan
Manusia hakikatnya adalah makhluk kepada Allah Maha Penciptanya.
Manusia mempunyai dua keistimewaan berbanding dengan semua
makhluk di dunia, iaitu:

1. Sebagai khalifah
2. Kejadiannya yang istimewa

Berasaskan kepada hukum bahawa Allah Lebih Mengetahui Dari Yang


Dicipta maka Allah amat mengetahui tentang manusia yang diciptanya.
Setiap manusia yang dijadikan Allah akan mati di mana kematian adalah
satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh manusia. Manusia yang
benar-benar sedar tentang hakikat ini tidak akan bertindak melanggar
perintah Allah.
Hakikat Alam (Pandangan Alam)
Insan yang beriman kepada Allah dan akhirat sedar
bahawa hidup ini adalah sementara, maka mereka
akan membuat kebaikan sahaja di muka bumi ini
sebagaimana yang diperintah oleh Allah.
Manusia akan menjaga alam yang diamanahkan
oleh Allah untuk manusia mentadbirkannya.
Manusia dalam meneroka dan menggunakan setiap
kurniaan harus secara sederhana atau terkawal dan
tidak mencemari bumi.
Gagasan Tentang Baik
Buruk
Menurut perspektif Islam wahyu (Quran dan Hadis) adalah asas bagi
menilai sesuatu perkara itu baik atau buruk, betul atau salah.
Pengalaman manusia dan intuisi adalah faktor pembantu dalam
membentuk etika Islam.
samb
Terdapat 3 pendapat dalam menentukan fitrah
baik atau buruk:
1. Pendapat Pertama: Asal manusia adalah jahat.
Manusia dijadikan dengan tabiat asalnya jahat
dan tabiat baik hanya mendatang kemudian
2. Pendapat Kedua: Tabiat asal manusia itu baik,
tabiat jahat hanya mendatang kemudian
3. Pendapat Ketiga: Manusia dijadikan dengan
tabiat asalnya yang baik dan jahat iaitu
mempunyai dua persediaan semulajadi iaitu
persediaan untuk menjadi baik dan jahat.
samb
Pendapat ketiga adalah yang diterima kerana manusia adalah makhluk
yang dikurniakan akal fikiran supaya dapat memilih antara yang baik
dan buruk.
Gagasan Hidup Terbaik
Tentang Gagasan Hidup Terbaik menurut Islam adalah insan yang
beraqwa. Moral atau etika menjiwai setiap aspek ajarannya baik antara
hubungan manusia dengan manusia dan alam semesta.

Anda mungkin juga menyukai