Anda di halaman 1dari 16

Nilai Agama dan Kepercayaan

AGAMA KRISTIAN
KRISTIAN
Latar Belakang
Diasaskan oleh Jesus Christ atau Yesus Kristus yang
dilahirkan di Bethlehem, di selatan Israel atau
Palestin. Menurut Al Kitab (Injil) atau "the Bible",
Jesus dilahirkan melalui tubuh badan Mariam
(Mary) yang pada masa itu merupakan anak dara.
Mariam mengandung bayi Jesus akibat daripada
mukjizat Tuhan melalui Roh Kudus (Holy Spirit).
samb
Pernyataan Agama

Apostle¡¯s Creed (Pernyataan Para Rasul)


Aku percaya pada Tuhan Bapa yang maha kuasa, pencipta langit
dan bumi
Dan akan Jesus Christ, Putera yang tunggal, Tuhan kita
Yang dikandung melalui Roh Kudus dan dilahirkan melalui
Mariam
samb
Yang menderita sengsara akibat tindakan Pontius Pilatus dan disalibkan
Yang turun ke tempat penantian dan bangkit semula
Yang naik ke syurga dan duduk di sebelah kanan Tuhan
Dari situ Dia akan datang dan mengadili orang yang hidup dan mati
Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja Katolik, Pengampunan Dosa,
Kebangkitan,Kehidupan kekal
Ajaran Asas Jesus Christ
Bahawa Jesus Christ adalah Anak Tuhan yang
dikorbankan demi menebus dosa manusia.
Melalui Jesus umat manusia dapat diselamatkan
daripada dosa mereka dan menikmati
kehidupan yang abadi. Undang-undang Tuhan
yang terpenting ialah:
a. mencintai Tuhan dengan sepenuh hati
b. mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri
samb
Satu lagi perintah Jesus Christ yang terpenting ialah:
mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah
mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya
menjadi korban untuk menebus dosa manusia.
Nilai moral ajaran Jesus Christ jelas terpapar dalam
Peraturan Emas atau "The Godlen Rule", iaitu seseorang
patut melakukan apa yang dia kehendaki orang lain
melakukan terhadap dirinya.
Kitab Injil
Kitab Injil (The Bible) ialah kitab suci orang Kristian dan
menjadi panduan Banu Israel. Ia bererti "berita atau khabar
baik tentang akan datangnya seorang Penyelamat atau
Messiah". Kitab ini memuatkan kejadian cakerawala,
sejarah Banu Israel, nyanyian kepada Tuhan, firman dan
nubuat Tuhan (Old Testament) serta ajaran Jesus (New
Testament). Injil dibahagikan kepada buku-buku yang
terdapat dalam Perjanjian Lama (Old Testament) dan
Perjanjian Baru (New Testament).
samb
Perjanjian Lama

Perjanjian Lama mengandungi 39 kitab sebelum kedatangan Jesus


Christ. Perjanjian Lama juga merupakan kitab suci kaum Yahudi
sehingga sekarang. Dalam kitab ini ada dinyatakan bagaimana Tuhan
mencipta alam dalam masa 6 hari dan bagaimana manusia pertama
diwujudkan oleh Tuhan (Genesis 1-2).
Rukun 10 (The Ten Commandments) juga terkandung
dalam
Jangan buku kedua
ada padamu kitab
Tuhan lain ini.
dihadapanKu
Jangan membagimu apa-apa patung yang serupa apa-apa di langit, bumi atau
bawah bumi ini
Jangan menyebut nama Tuhanmu dengan sebarangan
Tetaplah ingat dan kuduskan hari Sabbath
Hormatlah ayah dan ibumu
Jangan membunuh
Jangan berzina
Jangan mencuri
Jangan buat tuduhan palsu
Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu
Aspek-aspek Moral dalam
Perjanjian Lama
Mereka yang percaya Tuhan dalam hatinya serta menepati
prinsip dan etika yang diperitahkan Tuhan akan menerima
ganjaran daripada Tuhan.
Keadilan dan kesaksamaan - mengamalkan etika yang adil
Kejujuran - membuat baik
Perjanjian Lama juga mengandungi nubuat (prophecy) dari
Tuhan yang meramalkan kedatangan Jesus Christ.
Perjanjian Baru
Perjanjian Baru dikumpulkan pada 50 hingga 100
selepas Masehi.
Kitab ini mengandungi kesaksian tentang mukjizat
Jesus, sejarah perkembangan awal gereja dan
surat-surat yang ditulis oleh para rasul untuk
memberi ajaran tentang keimanan dan cara hidup
orang Kristian, terutamanya Paulus.
Empat "Gospel"
1. Gospel Mark (di sinilah bermula Gospel Jesus Christ,
Anak Tuhan) menerangkan siapakah Jesus dan riwayat
hidupNya, khutbahNya sehingga disalib dan dibangkitkan
semula pada hari ketiga dan dinaikkan ke syurga.
2. Gospel Mathew memberikan salasiah Jesus, khutbah
dan mukjizat.
3. Gospel Luke juga menerangkan riwayat hidup Jesus.
4. Gospel John merakamkan mukjizat dan kata-kata hikmat
Jesus.
samb
Ajaran lain yang penting terdapat dalam dokumen yang
penting seperti "Letter to Corinthians" oleh pengkhutbah
Paulus. Antara ajaran penting lain ialah:
1. Agama kristian adalah untuk semua manusia
2. Wujud Jesus sebagai Anak Tuhan dan turun ke bumi
untuk mengorbankan diri bagi tujuan menebus dosa
manusia. Keselamatan manusia dan kehidupan kekal
boleh diperoleh melalui keimanan terhadap Jesus Christ.
3. Konsep Tritunggal (Holy Trinity) iaitu Tuhan adalah satu
tetapi terdiri daripada 3 entiti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan
Jesus Christ dan Tuhan Roh Kudus
Hakikat Kejadian Insan
Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa yang diwarisi daripada
Adam dan Hawa. Dosa ini adalah dosa asal manusia. Manusia mesti
mempercayai bahawa Jesus mati disalib dan bangkit semula untuk
menebus dosa manusia.
Gagasan Baik Buruk
Manusia dikehendaki mematuhi segala suruhan dalam Rukun 10 dan
menjauhi daipada apa yang dilarang oleh agama Kristian.
Gagasan Hidup Terbaik
Seorang Kristian harus mencintai Tuhan dan mencintai jiran seperti diri
sendiri.
Apabila mengetahui Gagasan Baik Buruk, seseorang itu akan dengan
sendirinya mengetahui Gagasan Hidup Terbaik iaitu dengan mematuhi
Rukun 10, berbuat baik dan percaya Jesus disalib supaya manusia akan
memperoleh kehidupan yang kekal.

Anda mungkin juga menyukai