Anda di halaman 1dari 30

PENDIDIKAN MORAL

Teori Teleologikal dan Deontologi


Bab 2 (ii)
Teori Teleologikal
 Dalam sejarah etika terdapat dua pandangan
utama, iaitu Teori Teleologikal (Consequentialist
Theory) dan Teori Deontologikal (Non-
consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-
dua teori ini bertentangan antara satu sama lain
dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan
moral.

 Tumpuan Teori Teleologikal ialah hasil atau


akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori
Deontologikal ialah tindakan atau jenis
tindakan itu.
samb
 Perkataan teleologikal berasal daripada
perkataan Yunani "telos" yang bermaksud
"tujuan" atau "matlamat".
 Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama
ada bercakap bohong adalah betul atau salah
melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli
deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu
tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada
berbohong itu merupakan tindakan baik atau
buruk tanpa menilai kesannya.
samb
 Teori teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan
yang membawa kebaikan bermoral manakala yang
mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Kalau
akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan kalau
sebaliknya, perbuatan itu tidak harus dilakukan. Kalau
membohong menyelamatkan nyawa seseorang, maka
mengikut ahli teleologis, perbuatan membohong itu
adalah betul dan wajib dilakukan.
 Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai
(i). Yang membuat orang lain bahagia
(ii). Yang menguntungkan diri sendiri.
 Keadaan ini mewujudkan dua aliran pandangan dalam
Teori Teleologikal iaitu aliran Utilitarianisme dan
aliran Egoisme Etika.
Utilitarianisme
 Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan
John Stuart Mill (1806-1873). Berasal daripada
perkataan "utility" yang bermaksud "berguna"
atau "kegunaan". Doktrin moral ini
mengkehendaki kita supaya sentiasa bertindak
untuk menghasilkan kebaikan/keseronokan
maksima kepada bilangan orang yang
sebanyak mungkin atau semua pihak yang
terlibat.
 Pengukuran keseronokan (dan kesengsaraan)
dilakukan melalui Kalkulus Hedonistik
Bentham. 7 elemen mesti ditimbangkan dalam
kalkulus ini iaitu:
Kalculus Hedonistik Bentham
ELEMEN

Kedalaman (Intensity) Berapa dalamkah kesan pengalaman


terhadap setiap orang?

Kelamaan (Duration) Berapa lamakah keseronokan atau


kesengsaraan akan berlangsung?

Kepastian (Certainty) Berapa pastikah timbulnya


keseronokan dan kesengsaraan dari
sesuatu tindakan?

Kesegeraan (Propinquity) Berapa cepat?

Kesedaran (Fecundity) Bagaimanakah kemungkinan perasaan


seronok di masa depan?

Keberkesanan (Purity) Bagaimanakah kemungkinan perasaan


sengsara di masa depan?

Had (Extent) Berapa banyak kesengsaraan dan


keseronokan dihasilkan dalam
kehidupan orang lain?
Contoh pengiraan: Merompak seorang warga tua
kerana memerlukan wang membaiki kereta.
Elemen Warga tua Perompak
Kedalaman (Intensity) -10 +2
Kelamaan (Duration) -10 -2
Kepastian (Certainty) -10 +7
Kesegeraan (Propinquity) -10 +8
Kesedaran (Fecundity) +1 +10
Keberkesanan (Purity) -8 -4
Had (Extent) -2 +2
Jumlah -49 +23

Bentham mengatakan bahawa merompak adalah


salah kerana ia menghasilkan lebih banyak
kesengsaraan dari keseronokan.
Utilitarianisme Tindak
 Setiap orang patut melakukan tindakan yang
akan membawa kebaikan maksima untuk
setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan
itu.
 Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan
kerana setiap situasi dan orang adalah
berlainan.
 Setiap orang mentafsirkan situasi dirinya dan
menentukan tindakan yang manakah akan
membawa sebanyak mungkin akibat yang baik
bagi setiap orang yang terlibat dalam situasi itu.
Kelemahan Utilitarianisme Tindak

 Sukar menentukan akibat baik bagi orang


lain dan semua pihak.
 Tidak praktik bermula semula dalam
setiap situasi; setiap situasi memerlukan
penilaian baru, tiada penilaian yang boleh
digunakan untuk semua situasi.
 Sukar mendidik kanak-kanak atau orang
jahil.
 Tiada peraturan kecuali peraturan tidak
memerlukan peraturan.
Utilitarianisme Peraturan
 Setiap orang patut membentuk dan mengikut
suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang
akan membawa kebaikan maksima bagi semua
orang terlibat.
 Penganjur percaya terdapat niat, tindakan dan
situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan
pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan
kepada semua orang dalam apa jua situasi.
 Setelah ditentukan bahawa membunuh akan
membawa lebih banyak keburukan daripada
kebaikan bagi pihak teramai dan dalam situasi
terbanyak maka pembunuhan tidak harus
dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti
mempertahankan diri.
Kelemahan Utilitarianisme Peraturan

 Kesukaran menentukan akibat baik


bagi orang lain dan semua pihak.
 Kesukaran membuat peraturan
sejagat tanpa pengecualian.
Egoisme
Egoisme psikologikal

 Satu teori diskriptif iaitu bagaimana orang


melakukan tindakan.

 Mengikut teori ini, (i) manusia sentiasa


bertindak demi kepentingan diri kerana
dibentuk secara mental untuk berbuat demikian
dan (ii) terdapat orang yang kerap, tetapi tidak
selalu, bertindak demi kepentingan.
Egoisme Etika (bersifat normatif)
Bermaksud bagaimana seseorang perlu
bertindak.
EE Terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:

 Egoisme etika individu(Kepentingan Diri


Sendiri)
Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan
saya.
 Egoisme etika personal (Kepentingan Org
Lain)
Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang
lain.saya patut bertindak untuk kepentingan diri
sendiri tetapi saya tidak berhak.
 Egoisme universal(Kepentingan Bersama)
Setiap orang patut bertindak demi kepentingan
diri kecuali kepentingan orang lain juga
memenuhi kepentingannya.
Kajian kes
 Selepas anda melakukan tindakan, rakan-rakan
anda dengan serta merta berkata “you are very
egoistic”. Apakah perasaan anda ?
 Anda sentiasa bertindak terhadap sesuatu
perkara dengan berhati-hati kerana anda
mengambil kira sama-ada dapat manfaat dan
keseronokan daripada tindakan tersebut. Rakan-
rakan anda berkata “you belive and practise
egoism”. Apakah perasaan anda?
 Adakah perasaan bagi kedua-dua kes di atas
sama? Berikan hujah anda.
PENDIDIKAN MORAL

Deontologi
Bab 2 (iii)
Deontologi (Pengenalan)
 Deontologi berasal dari perkataan Yunani
"deon" yang bermaksud "yang
diharuskan atau diwajibkan".
 Teori ini menegaskan bahawa betul atau
salahnya sesuatu tindakan itu tidak
berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-
akibat tindakan tersebut.
 Seperti Teori Teleologikal, terdapat
beberapa jenis Teori Deontologi iaitu
Deontologi Tindak (Act) -
Eksistensialisme (Etika Situasi) dan
Deontologi Peraturan (Rule) - Prinsip
Kewajipan.
Samb.
 Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel
Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804)
yang pernah mengajar di University of Konigsberg di
bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa
yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan
bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan
kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan
kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita
adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita
harus bertanggungjawab secara moral atas motif
kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.
Prinsip Kewajipan
 Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah
kewajipan (duty). Kecuali good will atau tekad
baik, tiada yang baik tanpa syarat. Tekad baik
diterangkan sebagai taakulan praktikal
(keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau
peraturan).
 Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang
seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan
pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam"
seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan
"ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan
sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam
banyak hal atau perkara.
 Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap
baik tanpa syarat.
samb
 Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif
seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya.
 Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik
bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan
semula jadi.
 Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila
dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan
mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu
tanggungjawab moral yang diakui.
 Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral
tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata
untuk kepentingan diri.
Kategorikal Imperatif

 Kewajipan atau undang-undang


mutlak dikenali sebagai satu set
prinsip moral iaitu Categorical
Imperative atau perintah
mutlak/tanpa syarat. Prinsip moral
yang ditetapkan oleh individu itu
mestilah juga dipatuhi oleh orang
lain. Individu itu mestilah bertindak
sebagaimana dia inginkan orang
lain bertindak terhadapnya.
Praktikal Imperatif
 Satu lagi formula yang penting ialah
Practical Imperative yang
menyatakan bahawa kemanusiaan
hendaklah sentiasa menjadi
matlamat dan bukan alat
perlakuan individu. Kemanusiaan
adalah suatu nilai intrinsik manusia.
Kelemahan dan Kekuatan Teori Kant
Kekuatan Kelemahan
Melahirkan insan yang patuh Bolehkah kita mengetepikan langsung
dan taat kepada kewajipan, akibat suatu tindakan di dalam
peraturan, undang-undang menentukan satu sistem moral yang
dan agama berkesan?

Mewujudkan individu yang Apakah faedah sesuatu sistem moral itu


bertanggungjawab terhadap kalau tidak membawa akibat baik
dirinya terhadap diri kita sendiri, orang lain dan
kedua-duanya?

Sifat ikhlas adalah dasar Apa gunanya mengamalkan sistem


utama teori ini. Tanpa moral yang begitu rigid sedangkan ia
kerelaan dan keikhlasan tidak semestinya boleh membawa
sesuatu tindakan tiada kebaikan pada masa-masa tertentu?
nilainya.
Kewajipan Prima Facie
 Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju
dengan kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak
patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau
tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant.
Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima
facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi
kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius
memerlukan kita buat yang berlainan.

Prima facie = ("at first glance" atau "on the surface


of things")
Samb.
 Kewajipan prima facie Ross termasuk
mengatakan kebenaran, menunaikan janji,
mengakui kebaikan yang dilakukan oleh
orang lain terhadap kita, mengamalkan
keadilan dan tidak mencederakan orang
lain, dan lain-lain. Seperti Kant, Ross
percaya terdapat peraturan yang patut
dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah
obligasi manusia melakukannya.
Eksistensialisme
 Jean Paul Satre adalah pelopor
utama dalam eksistensialisme.
 Eksistensialisme melemahkan
peraturan tradisional dan mutlak
yang berfungsi sebagai panduan
moral. Bagi eksistensialisme,
kemoralan berasaskan andaian
"kebebasan".
 Menurut Satre, jika individu
mematuhi peraturan masyarakat
secara buta tuli, dia mempunyai
pandangan "mitologi" yang
menjejaskan kebebasannya.
samb
 Tidak dapat dinafikan bahawa
individu tidak dapat membuat apa-
apa terhadap hakikat bahawa dia
telah lahir, bagaimana dia lahir,
dalam abad berapa dia lahir, ibu
bapanya dan lain-lain, tetapi dia
boleh menentukan bagaimana dia
hendak hidup.
 Individu mesti bertanggungjawab
terhadap pertimbangan dan tingkah
laku moralnya sendiri. Aspek ini
sama dengan pandangan Heideggar
samb
 Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat
pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak
membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat
dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan
dan keputusan moral. Apabila individu itu
membenarkan orang lain membuat pilihan moral
untuk dirnya, dia dianggap berada dalam
kewujudan yang tidak sah.
 Golongan eksistensialisme menitikberatkan
kebebasan memilih (freedom of choice) dalam
situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk
kebebasan:
a) Kebebasan jasmani
b) Kebebasan kehendak
c) Kebebasan moral
samb
 Kebebasan moral bermaksud kebebasan
bertindak tanpa amanah, paksaan dan
larangan.
 Mengikut eksistensialisme, seseorang itu
merasakan kewajipannya bukan suatu yang
dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang
dikehendaki olehnya sendiri.
 Dengan menjauhi semua prinsip dan
peraturan moral, individu mesti
menggunakan kebebasannya untuk
mendapat fakta yang betul berhubung
dengan situasi yang dihadapinya, iaitu
menilai secar teliti situasi berkenaan,
kemudian membuat pilihan dan keputusan
moralnya sendiri.
 Eksistensialisme menekankan pilihan terus
END
Kajian kes
 Rukun sepuluh (ten Commandments)
dianggap oleh Kristian sebagai peraturan
yang mutlak (Categorical). Mengapa?
 Rukun ke enam dalam rukun sepuluh
mengatakan dilarang membunuh. Apakah
pandangan anda tentang perbuatan anda
yang membunuh seorang gila yang cuba
menyerang ahli keluarga anda ? Apakah
pandangan ahli etika Kantian terhadap
situasi kes ini?

Anda mungkin juga menyukai