Anda di halaman 1dari 9

2.1.

1 Menjelaskan Konsep Teori-teori Etika


Teori-teori etika telah menilai tentang perlakuan manusia sama ada baik,
betul, wajar, buruk, dan tidak wajar berdasarkan ukuran kerasionalan akal
manusia. Semua teori etika mempunyai tafsiran sendiri terhadap konsep
kemoralan. Terdapat empat teori etika utama iaitu Teori Kemoralan Sosial,
Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal.
1. TEORI TELEOLOGIKAL
Teleologikal berasal daripada perkataan Yunani, telos yang bererti matlamat.
Teori ini mengutarakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada
kesan

sesuatu

perbuatan

yang

dikenali

sebagai

konsekuensialisme

(consequentalism). Tingkah laku dianggap bermoral jika memberi kesan atau


akibat baik kepada orang lain dan diri sendiri. Jadi, jika perbuatan tersebut
mendatangkan akibat yang baik, ia dianggap bermoral dan tindakan itu boleh
diteruskan. Sebaliknya, jika perbuatan tersebut memberi kesan yang buruk,
maka tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral dan jangan meneruskan
perbuatan itu.
Terdapat dua fikiran yang berbeza dalam kalangan teleologis tentang
apa yang baik secara bukan moral. Yang pertama ialah mereka yang berfikir
seperti Hedonis iaitu mengenal pasti yang baik dengan keseronokan dan
yang buruk dengan keseksaan. Kedua pula ialah berfikir bukan seperti
Hedonis iaitu mengenal pasti yang baik dengan kuasa, ilmu, kesedaran diri,
ketepatan dan lain-lain. Ahli teleologi juga mempunyai pandangan yang
berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang
hendak dimajukan. Hal ini menyebabkan wujud beberapa jenis teori teleologi
yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.
Utilitarianisme
Pengasas bagi aliran ini adalah Jeremy Bentham (1748-1832), seterusnya
dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Utilitarianisme
berasal daripada perkataan utility yang bermaksud berguna. Etika ini telah
memegang prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu

tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada


setiap orang atau kebahagiaan (keseronokan) yang paling ramai.
Manusia perlu berusaha mencari keseronokan dan mengelakkan
kesakitan

dalam

kehidupan

harian

di

mana

keseronokan

mestilah

dimaksimumkan dan kesakitan diminimumkan. Jika sesuatu tindakan


mendatangkan keseronokan sepenuhnya, maka itu dianggap sebagai benar,
baik dan diinginkan. Untuk menentukan keseronokan dan kesengsaraan,
sesuatu tindakan mestilah bersesuaian dengan peraturan atau undangundang moral universal.
Jeremy Bentham telah memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk
menganalisis kuantiti keseronokan iaitu kalkulus hedonistik. Terdapat tujuh
elemen yang perlu diberi pertimbangan bagi mengukur tahap keseronokan
dan kesengsaraan iaitu kedalaman (intensity), kelamaan (duration), kepastian
(certainty), kesegaran (propinquity), kesedaran (fecundity), keberkesanan
(purity) dan had (extent).
Keseronokan dan kesakitan ialah perasaan yang bersifat subjektif.
Fakta ini telah menjadikan prinsip utiliti kabur. Pengkritik berasa anggapan itu
tidak tetap kerana keadaan minda tidak dapat diterangkan dengan betul dan
tepat dalam menggambarkan keseronokan atau kesakitan. Tambahan pula,
setiap individu mempunyai tafsiran dan kualiti keseronokan dan kesakitan
yang berbeza.
Egoisme
Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900) merupakan pelopor bagi teori
egoisme ini. Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik
utilitarianisme. Teori ini menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri
sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.
Menurut Nietzsche, moral mestilah dikaitkan dengan pemuliharaan diri,
pengasihan diri, pembesaran diri, kepentingan diri dan ego. Tidak seperti
Teori Kemoralan Sosial di mana peraturan mutlak daripada autoriti, aliran
egoisme menyatakan peraturan haruslah bersifat individualistik. Individu

mempunyai tanggungjawab dalam memajukan diri dengan seberapa banyak


kebaikan.
Menurut Mohd. Janib Johari, 2001, egoisme moral boleh berlaku dalam
tiga bentuk. Bentuk yang pertama ialah egoisme moral yang universal yang
bermaksud setiap orang perlu bertindak untuk menjaga kepentingan diri
sendiri

tanpa

menghiraukan

kepentingan

orang

lain,

kecuali

dapat

menguntungkan diri sendiri. Kedua ialah egoisme moral individu iaitu setiap
orang perlu bertindak demi kepentingan diri sendiri. Akhirnya, egoisme moral
yang personal di mana seseorang bertindak demi kepentingan diri sendiri dan
beranggapan tidak berhak ambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh orang
lain.
Terdapat dua jenis egoisme iaitu egoisme psikologi dan egoisme etika.
(Eow Boon Hin, 2002: 36). Egoisme psikologi merupakan satu teori deskriptif
mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan dan berpendapat bahawa
semua orang adalah selfish. Manakala untuk egoisme etika, ia memberitahu
bagaimana manusia perlu bertindak dan semua orang bertindak secara
selfish.
Teori egoisme ini telah bercanggah dengan prinsip moral sejagat, tidak
demokratik, melahirkan individu yang zalim, menidas orang yang lemah demi
kepentingan diri sendiri. Ini telah mengakibatkan kebanyakan nilai yang baik
seperti

bekerjasama,

toleransi,

kasih

sayang,

tolong-menolong

dan

sebagainya tidak dapat diaplikasikan dalam masyarakat memandangkan


semua orang telah bersikap mementingkan diri sendiri.

2. TEORI DEONTOLOGIKAL
Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang
diharuskan atau diwajibkan". Teori deontologi menegaskan bahawa penilaian
dibuat terhadap siapakah pelaku dan perwatakan baik dan buruk yang
ditunjukkan. Berdasarkan teori deontologi ini, tingkah laku dianggap baik
kerana niat yang betul dan mengikut kebebasan individu. Ini bermaksud, kita
melakukan perbuatan bermoral kerana nilai perbuatan tersebut, bukannya
kesan atau akibat terhadap masyarakat.
Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant (1724-1804), di
mana beliau menyatakan apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu
tindakan adalah berdasarkan motif (niat) tindakan kita. Terdapat dua bentuk
dalam teori deontologi ini iaitu teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan
teori deontologi-peraturan (prinsip kewajipan).
Eksistensialisme
Teori eksistensialisme diasaskan oleh Soren Kiekergaad, Albert Camus dan
Jean Paul Sartre (1905-1980). Teori ini mengutarakan kepentingan individu
untuk memenuhi kehendak peribadi. Konsep manusia mengikut aliran ini
adalah bebas, tidak terikat dalam menentukan pilihan, dan mencorakkan
kehidupan

sendiri.

Dalam

hal

ini, manusia

perlu

bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap keputusan atau pilihan yang diambil. Jadi, menurut


teori ini, tingkah laku baik adalah yang mengikut keadaan, kehendak dan
kebebasan individu.
Menurut Sarte, manusia wujud dahulu sebelum fungsinya ditentukan.
Aliran ini telah bertentangan dengan agama di mana ia menafikan kewujudan
Tuhan sebagai pencipta alam. Nilai-nilai moral yang ditentukan oleh individu
masing-masing telah menjadikannya tidak sejagat dan sentiasa berubah-ubah
mengikut tanggapan manusia dan mengikut keperluan dan situasi semasa.
Golongan

eksistensialisme

menitikberatkan

kebebasan

memilih

(freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk
kebebasan iaitu kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan

moral. Di sini, kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa


amanah, paksaan dan larangan.
Dengan jelasnya dapat dilihat, aliran ini pada dasarnya menolak
agama dan Tuhan. Ini telah bercanggah dengan Teori Kemoralan Sosial dan
Teori Teleologi. Kebenaran, nilai baik dan buruk yang hanya bergantung pada
tanggapan individu telah menyebabkan moral bersifat subjektif, tidak kekal
dan tidak sejagat. Sebagai manusia yang berakal, kita perlu sedar bahawa
kita tidak akan mengenal nilai dan prinsip yang boleh dirujuk jika tiada Tuhan.
Prinsip Kewajipan
Immanuel Kant (1724-1804) merupakan pelopor bagi prinsip kewajipan ini.
Prinsip ini menegaskan duty for the sake of duty, iaitu tanggungjawab
dilaksanakan

semata-mata

kerana

amalan

itu

merupakan

satu

tanggungjawab. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan itu bergantung


kepada niat seseorang sebelum ia membuat keputusan atau tindakan. Jadi,
kita perlu bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat
kebaikan dan keburukan.
Bagi memastikan sesuatu tindakan itu adalah bermoral, kita perlu
mempraktikkan formula di bawah :
Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan = Tindakan Bermoral
Dengan adanya kebebasan dan keadilan, kita boleh menggunakan
kebijaksanaan untuk membuat pilihan sesuatu tindakan yang bersifat
universal. Maka, tindakan yang memenuhi kriteria ini dianggap bermoral.
Selain itu, prinsip ini telah memegang dua lagi formula yang penting iaitu :
1. Kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat , bukan alat
perlakuan individu.
2. Tekad yang menggubal undang-undang moral sejagat adalah tekad

individu yang rasional.


Menurut prinsip ini, Kant menjelaskan dua prinsip yang perlu dipatuhi
untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral. Yang pertama adalah
konsep tekad baik (Goodwill) yang bermaksud sesuatu tindakan yang datang

daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan


perbuatan yang benar dari segi moral. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu
menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin
atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal tekad baik
hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan.
Perlakuan bermoral ialah keinginan melakukan sesuatu tindakan untuk
menunaikan kewajipan, dengan niat yang baik dan disimpan dalam hati.
Prinsip yang kedua ialah Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical
Imperative). Kant berpendapat setiap orang mesti mematuhi peraturan
(prinsip moral) yang telah dibentuk tanpa pengecualian. Prinsip moral harus
boleh diterima oleh semua orang dan bersifat universal. Kant juga
menjelaskan bahawa individu yang baik dari segi moral dengan tekad baik
yang mutlak ialah individu yang sentiasa bertindak atas dasar kewajipan atau
kerana menghormati undang-undang. Secara rumusnya, prinsip moral
individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang objektif dan
sejagat.
Walaubagaimanapun,

Prinsip

Perintah

Mutlak

ini

tidak

boleh

dipraktikkan dalam semua situasi jerana sesuatu tindakan atau perlakuan


tidak boleh dijadikan prinsip moral jika ia tidak boleh menjadi prinsip kepada
semua orang. Contohnya perlakuan mencuri, boleh dipertimbangkan dalam
pelbagai keadaan berdasarkan niat, situasi , sebab dan akibat.

3. TEORI KEMORALAN SOSIAL


Pengasas bagi teori ini adalah Hobbes (1588-1679), Durkheim (1858-1917)
dan Weber (1966). Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan
maksud tingkah laku yang perlu ada untuk menjamin manusia terus hidup
dalam keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam masyarakat yang
berbilang kaum seperti Negara Malaysia kita.
Selain itu, teori ini melihat seseorang sebagai individu yang bermoral
apabila tingkah lakunya selaras dengan peraturan masyarakat, norma, dan
undang-undang. Peraturan moral adalah bersifat kolektif (hak ramai) dan
untuk kepentingan masyarakat. Ia ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat
dan bukan individu. Segala peraturan, nilai, norma dan tatasusila yang wujud
dalam sesebuah masyarakat adalah dipersetujui bersama. Peraturan yang
ditetapkan tidak membenarkan seseorang menilai atau mengkritik. Maka,
teori ini adalah teori yang mengutamakan kepentingan dan faedah
masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu.
Teori kemoralan sosial berkait rapat dengan kepiawaian moral (moral
standards), peraturan masyarakat dan undang-undang Negara. Menurut
Velasquez (1992), fungsi kepiawaian moral termasuk mengenal pasti situasisituasi tertentu supaya setiap orang menolak sifat mementingkan diri sendiri
dan sebagai resolusi bagi konflik sosial dengan memberikan justifikasi yang
boleh diterima oleh orang ramai.
Bagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa kelemahan di mana
yang utamanya ialah kuasa dan kebebasan individu disekat. Individu tidak
boleh memilih dan mengkritik peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti.
Masyarakat yang terlalu dikawal oleh peraturan akan mewujudkan suasana
dogmatik dan pemerintahan yang autoritatif. Situasi ini telah mengurangkan
kebebasan hak individu yang merupakan prinsip moral yang penting.

4. TEORI KEPERIBADIAN MULIA


Teori Keperibadian mulia dipelopori oleh Aristotle (384-322 SM). Teori ini
menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Perkara
yang diutamakan dalam teori ini adalah individu atau manusia. Sifat-sifat
mulia termasuk keadilan, murah hati, berani, jujur, sabar dan seumpamanya.
Keperibadian ini dikatakan oleh Aristotle sebagai etika virtues. Dengan ini,
tingkah laku baik kerana sifat peribadi mulia dianggap bermoral.
Berdasarkan Aristotle, keperibadian mulia seseorang individu tidak
dihasilkan secara semula jadi tetapi diperoleh melalui latihan dan pengalaman
sehingga menjadi satu kebiasaan, tabiat dan menyenangkan diri sendiri.
Salah satu ciri utama dalam teori ini ialah manusia perlu mengikut jalan
tengah bagi mencapai kemuliaan hidup. Jalan tengah bermaksud tingkah
laku yang sederhana, iaitu tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Tambahan
pula, dengan sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru yang dimiliki oleh
manusia, sifat kemuliaan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat,
perkembangan ekonomi dan rakan sebaya melalui pemerhatian dan
pergaulan yang rapat.
Keperibadian mulia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Keperibadian
mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami,
menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Aristotle menganggap
bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari. Sementara keperibadian mulia
moral tidak terhasil dalam seseorang individu secara semula jadi, tetapi
melalui latihan, amalan dan kebiasaan yang dapat memberi kesenangan dan
keseronokan.
Konsep jalan tengah Aristotle telah mendapat kritikan kerana didapati
tidak jelas. Tidak kesemua perlakuan manusia mempunyai jalan tengah dan
ini menyebabkan kesukaran untuk mengkategorikan tahap keperibadian mulia
yang sederhana. Contohnya, orang yang bermoral akan membantu orang
miskin, menderma, memegang amanah dengan seikhlas dan penuh dengan
tanggungjawab. Barnes (1979) telah mengkritik bahawa doktrin ini tidak

mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu (Tam


Yeow Kwai, 206:27).

Anda mungkin juga menyukai