Anda di halaman 1dari 24

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/teori-teori-etika.

html eori-teori etika


TEORI ETIKA Teori etika adalah "a systematic exposition of a particular view about what is the nature and basis of good or right" (MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. la memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu. Oleh itu, tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada tindakan yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral. Teori etika terdiri daripada dua pandangan utama, iaitu Teori Teologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya. 3.2.1 TEORI TEOLOGIKAL Perkataan teologikal berasal daripada perkataan Yunani telos yang bermaksud tujuan atau matlamat. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Bagaimanapun, ahli-ahli teologi

mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme. 3.2.1.1 Utilitarianisme Diasaskan oleh Jeremy Bentham (17481832) dan John Stuart Mill (18061873), utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud berguna atau kegunaan. Teori moral ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan kepada majoriti. Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Disini, kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral. Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia. Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ; a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang akan

membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut

suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.

Kelemahan Teori Utilitarianisme 1. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan. 2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya. 3. Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain. 4. Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang. 5. Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang. 6. Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan. 7. Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman orang.

3.2.1.2

Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah betul jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu buruk jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Teori egoisme adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri ( self-realization). Ia terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika. Egoisme Psikologikal Mengikut teori ini, i. ii. manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian; dan terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.

Egoisme Etika Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu: 1. Egoisme etika individu Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya. 2. Egoisme etika personal Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. saya patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak. 3. Egoisme universal Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya. Contoh : Mengikut teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.

3.2.2 TEORI DEONTOLOGIKAL Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan daripada keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia. 1. Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Contoh: Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu senapang ke arah perompak itu Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk apa-apa peraturan.

2. Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu. Perbezaan antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkaraperkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsip-prinsip tertentu manakala teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme. 3.2.2.1 Prinsip Kewajipan

Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan ( principle of duty) yang menegaskan duty for the sake of duty dan membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam pertandingan, walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika). Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul.

Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya. Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan. Prima facie = (at first glance atau on the surface of things) Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima facie:

Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas Kewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita.

Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan.

Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita.

Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.

Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)

3.2.2.2 Eksistensialisme Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

3.2.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Ciri-ciri kemoralan Sosial

1.

Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi.

2.
3.

Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya. Kelemahan kemoralan sosial ialah : a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing. b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah. c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masyarakat. d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral. e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan

dengan kehendak hati mereka f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam

ditinggalkan g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.

3.2.4

TEORI KEPERIBADIAN MULIA(VIRTUE)

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna . Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia: a. Keperibadian mulia intelektual; dan b. Keperibadian mulia moral. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. Ciri-ciri Keperibadian Mulia Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan; b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;

c. Sentiasa

berusaha

bersungguh-sungguh

melakukan

kebaikan

dan

mengelakkan keburukan; d. Berpegang kepada prinsip; e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan f. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan. Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan tentang konsep Jalan Tengah.

Jadual konsep jalan tengah atau virtues Aristotle Bidang lakuan atau perasaan kegentaran atau ketakutan dan keyakinan Perasaan malu Perasaan marah Ucapan diri Perbuatan kasar Terlalu malu Panas hati Cakap besar / sombong Kelakar Sopan Sabar Ketulusan / Kebenaran Bijak Berlebihan Kegopohan Jalan Tengah Keberanian Terlalu kurang Perasaan atau perlakuan pengcut atau penakut Muka tebal Kurang semangat Kata-kata rendah diri Canggung

Kelakuan sosial

Hampakan diri

Ramah tamah

Suka gaduh

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia.

Terdapat

manusia

seperti

nabi

memiliki

keperibadian

mulia

secara

semulajadi.

Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain.

Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, cth keadilan, mengumpat, bercakap benar dll

http://payung.tripod.com/etika.htm TEORI KEBAIKAN DALAM ETIKA


Rorzali Salleh MSc. (HRD) UNIMAS

PENGENALAN Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan.Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia.Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,prinsip moral,kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Etika berasal daripada perkataan ethics yang diambil daripada perkataan ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan.Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Etika menurut French dan Granrose (1995) adalah : "A set of normative guidelines directed towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal well-being". Untuk membentuk etika yang baik,tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu. Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: " is a systematical attempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social moral experience in such a way as to determined the rules that ought to governed human conduct and the values worth pursuing in life".

Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itu lebih bermakna. White (1993) pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral(virtue moral) dan menilai tindakan manusia.Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang,keagamaan,budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia. Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral.Socrates(469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan(virtue) dan kesihatan roh (health of the soul).Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar menjadi berakhlak mulia(virtuous).Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. Hubungan etika dan personaliti manusia dilanjutkan oleh anak muridnya iaitu Plato(428348B.C.) yang mengatakan bahawa moral kebaikan adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh(soul) dan alasan(reason) akan mengamblalih keperluan fizikal dengan dibantu oleh emosi.Sepertimana Socrates,Plato melihat moral kebaikan sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai dan bergantung sepenuhnya kepada peringkat pembelajaran falsafah yang tinggi dan kebenaran metafizik yang memerlukan kajian yang lama.Oleh itu,mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual.Bagi Aristotle(384322B.C.)pula,beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat(character) atau personaliti.Aristotle mendefinisikan kebaikan moral (virtue moral) sebagai: "not according to the nature of the actions,but according to the dispositions of the doer". Aristotle juga mempertikaikan tentang kebaikan moral dikembangkan sepertimana kemahiran fizikal iaitu menerusi latihan dan tabiat.Bagi Aristotle,beretika adalah merupakan dimensi dalaman dalam tindakan seseorang dan kebaikan(virtue) bergantung kepada sifat bukan perbuatan(deeds) dan sifat seseorang itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan.Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat.Walau bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada di dalam tangan seseorang itu. Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya,etika moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah membentuk 2 persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat(consequences) yang dibuat dan tindakan itu samada betul atau salah.Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontological iaitu pendekatan kepada etika. Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif orang yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul(right) dalam semua situasi yang

dihadapi.Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia(virtuous) yang mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba kepada satu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan yang tertentu. Teori Etika Teologikal dan Deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan peraturan yang memperkatakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya apakah jenis manusia yang hendak dibentuk.Teori Etika Teologikal yang juga dikenali dengan consequentialism adalah sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan.Sementara Teori Etika Deontologikal pula adalah sejenis etika kepercayaan yang mendakwa atau menyatakan bahawa kewajipan atau tugas adalah asas kepada betul(right) atau salah(wrong).Tugas etika adalah menyediakan garispanduan kepada tindakan (action) yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral. Dalam membuat pertimbangan tentang etika dan moral,seseorang itu tidak sahaja membuat penilaian terhadap tindakan seseorang samada betul atau salah,ia juga perlu membuat penilaian dari segi perwatakan yang baik atau buruk.Kritikan dibuat adalah secara positif atau negatif dan bukan setakat berdasarkan kepada apa yang dilakukan tetapi siapa mereka dan apakah perwatakan dalaman yang dipamerkan.Sebagai contoh, dalam satu insiden kemalangan kapalterbang yang jatuh terhempas ke dalam laut dan terdapat beberapa mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.Salah seorang daripada mangsa tersebut telah menjumpai tali dan menjalankan proses menyelamat dengan tujuan untuk mengumpul mangsa-mangsa yang berselerakan.Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya,mangsa tersebut telah menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain ke tempat yang selamat dan akhirnya dia sendiri telah tenggelam ke dasar laut.Tindakan mangsa yang mati tadi seharusnya dipuji kerana disifatkan sebagai seorang yang berhati baik kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berkesanggupan untuk menggorbankan nyawa bagi menyelamatkan orang lain. Etika kebaikan(virtue) memperkatakan tentang penyemaian tret berakhlak mulia(virtuous) dalam sifat seseorang sebagai antara fungsi asas perlakuan moral.Pilihan yang betul yang dibuat adalah berdasarkan kepada perasaan tanggungjawab tetapi tidak semestinya menentukan seseorang itu sebagai seorang yang berakhlak mulia(virtuous).Seseorang yang memiliki ethical egoism bertindak kerana hanya melaksanakan tanggungjawab kadangkala dianggap sebagai tidak ikhlas dan lebih kepada memenuhi keperluan moralnya.Oleh yang demikian,kita tidak boleh menganggap mangsa yang mati tadi sebagai seorang yang berakhlak mulia dan memiliki sifat yang baik dan bermoral.Mangsa yang mati tadi boleh dipuji kerana tindakannya tetapi tidak kepada tindakan yang dibuatnya dari segi individu itu sendiri. Dalam kes mangsa yang mati kerana untuk menyelamatkan orang lain,maklumat lain tentang mangsa tersebut tidak diketahui melainkan tindakan yang telah diambilnya untuk menyelamatkan orang lain.Sebaliknya pula dia dianggap sebagai seorang yang berakhlak mulia kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berani dengan tindakan yang diambilnya.Samada dia melakukannya kerana tanggungjawab atau tidak,adalah tidak diketahui dan mungkin tindakannya itu tidak membawa sebarang makna.Kita menganggapnya sebagai seorang hero kerana tindakannya dan menganggap dia memiliki ciriciri tret yang tekal dengan tindakannya.Kita percaya bahawa terdapat hubungan dengan

tindakan yang diambilnya,yang mana kita boleh mempertikaikan tindakan moralnya dan dirinya sendiri daripada mengatakan etika itu adalah apa yang telah dilakukannya.Malah kita boleh katakan bahawa etika itu terdiri daripada tindakan moral yang diambil atau dilakukan oleh seseorang yang bermoral. Mangsa yang mati kerana menyelamatkan orang lain boleh katakan sebagai seorang yang mempunyai egoism jenis psychological egoism iaitu tingkahlaku seseorang itu dimotivasikan oleh kehendak sendiri.Adalah sukar untuk diterima bahawa mangsa itu telah meletakkan keutamaan orang lain daripada keselamatan dirinya sendiri dan mengorbankan nyawa sendiri untuk membolehkan orang lain hidup.Menerusi tindakannya itu tidak seorangpun boleh mengatakan bahawa dia melakukan tindakan tersebut kerana keinginannya sendiri.Tetapi sekiranya dikaji secara mendalam,ia akan dapat melihat bahawa tindakan mangsa tersebut mempunyai unsur-unsur keinginan sendiri(self-interest).Mangsa yang membantu dalam menyelamat tadi mungkin telah wujud di dalam dirinya perasaan integriti yang menyebabkan ia berkorban dalam situasi tersebut.Untuk ia melakukan sesuatu yang lain adalah mustahil kerana ini akan merosakkan imej dan integriti dirinya sendiri.Sekiranya dia membiarkan dirinya diselamatkan dan menyebabkan orang lain mati,dia mungkin tidak dapat meneruskan hidup kerana merasa malu kepada keluarga,rakan dan seterusnya timbul perasaan menyesal sepanjang hidupnya.Jadi dia tidak mempunyai pilihan selain daripada bertindak berdasarkan imej yang telah dibentuk untuk sekian lama.Dia samada boleh membiarkan orang lain menyelamatkannya dan ini akan merosakkan psikologinya atau dia menyelamatkan orang lain dan merosakkan dirinya secara fizikal. Mangsa tersebut juga mungkin membuat satu andaian secara tidak sedar tentang kebaikan selepas mati di mana dia menerima pujian daripada rakan-rakannya dan dianggap sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.Mangsa tadi mungkin juga mempunyai sifat ethical egoism iaitu melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi dan dalam keadaan ini dia menganggap tindakannya itu sebagai satu ganjaran kepada sifat superegonya itu di mana sekiranya dia tidak melakukan tindakan tersebut dia mungkin menyesal kerana tidak bertindak dan seterusnya menjadi hero dalam situasi tersebut. Sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan.Etika kebaikan adalah berkaitan dengan sifat-sifat semulajadi,tabiat atau tret yang dimiliki oleh seseorang atau keinginan yang dimilikinya.Moral kebaikan boleh dikatakan sebagai sifat semulajadi yang kekal,tabiat atau tret yang berkaitan dengan moral yang terpuji.Dengan kata lain,kebaikan(virtue) adalah berhubung dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti sehariannya.Etika kebaikan adalah berasaskan kepada keadaan semulajadi daripada apa yang telah dilakukan. Falsafah tentang kebaikan adalah berbeza dan bergantung kepada kewujudan dalam kehidupan moral seseorang itu.Agama Kristian menyatakan bahawa kebaikan kesetiaan(virtue of faith),pengharapan(hope) dan kasih sayang(love) sebagai tret utama dalam sifat-sifat yang bermoral.Ini boleh ditambahkan lagi dengan kearifan (wisdom),keberanian(courage),kesederhanaan(temperance) dan keadilan(justice) yang mana merupakan kebaikan yang diperkenalkan oleh para ahli falsafah purba Greek.Kearifan, keberanian, kesederhanaan dan keadilan merupakan kebaikan utama dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain serta moral kebaikan yang lain dipercayai sebagai cabang daripada kebaikan-kebaikan di atas.Kebaikan yang berkaitan dengan

keadilan(fairness),kesetiaan(faithfulness) dan mengenang budi(gratefulness) juga dipercayai atau merupakan kualiti yang seharusnya dimiliki dan ditunjukkan oleh seseorang yang bermoral.Dalam islam,kesanggupan meniru sifat-sifat ketuhanan seperti takwa,keimanan,sabar,ikhlas,jujur,zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah S.W.T. yang lain merupakan syarat kesempurnaan etika.Pembentukan etika yang berkesan adalah menerusi hati daripada sebarang perkara lain melainkan Allah S.W.T. dan pencetusan etika yang terpuji adalah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta bertunjangkan akidah,syariah dan akhlak. Aristotle mengatakan bahawa moral kebaikan secara umumnya adalah ciri-ciri terpuji yang dimiliki oleh sifat seseorang dan telah wujud dalam diri seseorang.Seorang yang berakhlak mulia(virtuous) adalah seorang yang mempunyai matlamat dan berada dipertengahan dan tidak keterlaluan serta mengelakkan tindakan yang berlebihan atau berkurangan.Imbangan sifat keterlaluan ini ditentukan menerusi tindakan kearifan(wisdom) oleh seseorang yang mempunyai pengalaman dan mempunyai kemahiran pertimbangan(judgement) dalam menghadapi sesuatu situasi yang baru.Seseorang yang memiliki wisdom tahu akan matlamat yang hendak dituju dan apa yang hendak dicapai dengan memelihara emosi dengan baik dan di samping memperlihatkan imbangan yang sesuai di antara taakulan(reasoning),perasaan(feeling) dan kemahuan(desire). Dengan yang demikian terdapat sedikit perbezaan antara kebaikan dalam etika dengan dalam prinsip etika di mana kebaikan dalam etika menfokuskan kepada tret-tret sifat yang seharusnya dimiliki oleh seseorang dan berpegang kepadanya serta diperlukan dalam mengarah seseorang itu ke arah tindakan yang beretika dan apa yang seseorang akan menjadi kelak.Seseorang yang berpegang kepada etika kebaikan seharusnya mempercayai teori etika bahawa kebaikan yang dilakukan oleh seseorang yang berakhlak mulia bukan satu yang dapat melambangkan kewajipan manusia. Memandangkan Teori Kebaikan(Virtue) tidak menfokuskan kepada tindakan,timbul satu persoalan: Bagaimanakah teori ini boleh menentukan betul atau salah sesuatu tindakan itu?. Sebagai contoh,terdapat dua orang yang dianggap sebagai berakhlak mulia dalam semua tindakan seharian mereka dan kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu masalah.Keadaan ini banyak wujud dalam kehidupan seharian di mana seseorang yang dianggap sebagai berakhlak mulia seringkali memegang pendapat yang berbeza tentang sesuatu tindakan berhubung dengan sesuatu perkara.Isu rokok merupakan contoh yang baik di mana terdapat ulama yang mengatakan merokok adalah haram sedangkan terdapat ulama yang merokok.Dengan kata lain,seseorang yang berakhlak mulia yang membuat keputusan memilih sesuatu tindakan sedangkan dia sendiri tidak melakukan tindakan yang bermoral.Jadi tindakan yang manakah yang betul dan bagaimanakah ditentukan perbezaan kedua-dua tindakan berasaskan Teori Kebaikan. Seseorang yang berakhlak mulia kadangkala tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan dalam situasi tertentu kerana dia mungkin tidak tahu akan adanya alternatif lain ataupun tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang sesuatu perkara.Membuat penilaian tentang kualiti moral terhadap sesuatu tindakan dengan menilai kualiti moral seseorang adalah kurang tepat.Malah seseorang yang berakhlak mulia boleh bertindak di luar sifatnya dan melakukan tindakan moral yang salah dan ini tidak bermakna seseorang yang berakhlak mulia boleh melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut dibenarkan.Tetapi sekiranya seseorang itu benar-benar berpegang kepada etika kebaikan maka adalah sukar untuk mengetahui samada tindakan tersebut salah atau tidak.

Etika kebaikan dan prinsip etika saling berkait.Teori etika yang lengkap memerlukan prinsip yang boleh digunakan untuk menilai tindakan yang bermoral dan mengkhususkan kebaikan tersebut akan boleh memaparkan ciri-ciri seseorang itu.Berdasarkan kepada kedua-dua pendekatan,kita boleh mengetahui seseorang itu berakhlak mulia menerusi tindakannya.Sekiranya untuk melihat kebaikan,kita boleh melihat menerusi tindakan yang diambil terhadap sesuatu dan dalam persekitarannya. PENUTUP Tanggungjawab(duty) dan prinsip moral dan kebaikan bermoral atau ciri-ciri tret bukanlah suatu yang bertentangan antaranya untuk dibuat pilihan tetapi merupakan perkaitan dalam aspek bermoral.Biarpun apa bentuk falsafah yang dipegang etika dan kebaikan moral merupakan dua entiti yang mempunyai perkaitan yang rapat dan saling bertimbalbalik.Memiliki ciri-ciri tret kebaikan yang berlandaskan kepada panduan dan peraturan etika membolehkan seseorang itu untuk membentuk dirinya mencapai peringkat berakhlak mulia dan seterusnya dapat bertindak ke arah kebaikan menerusi alasan-alasan dan berdasarkan persekitaran yang wujud. BIBLIOGRAFI 1. Buchnolz,R.A.(1989),Fundamental Concepts and Problems in Business Ethics,Prentice Hall,Englewood Cliffs,N.Jersey. 2. French,W.A. & John Granrose(1995),Practical Business Ethics,Prentice Hall,Englewood Cliffs,N.Jersey 3. Hosmer,L.R.T.(1994),Moral Leadership in Business,Irwin Inc.,Boston 4. Hosmer,L.R.T.(1991),The Ethics in Management,Irwin Inc.,Boston 5. Mustaffa Daud(1996),Etika Pengurusan,Utusan Pub.&Dist.Sdn.Bhd.,K.L. 6. Myra Windwiller,Nadine Lambert & Elliot Turiel(1980),Moral Development and Socialization,Allyn and Bacon Inc.,U.S.A. 7. White,T.I.(1993),Busines Ethics: A Phylosophyical Reader, MacMiller Pub.Co.,N.York Disediakan oleh: Rorzali Salleh MSc. (HRD) UNIMAS

http://irmalamyangbaik.blogspot.com/2010/07/etika-teori-etika.html ETIKA PROFESIONAL

DEFINISI ETIKA 1. Berasal daripada perkataan Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu ETHOS (sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan);(Garner, 1986 ). 2. Suatu set prinsip-prinsip moral yang membezakan betul dan salah (Bauman, 1987). 3. Sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral. Bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu baik atau buruk (Iwabuchi, 1990). 4. Suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul (Uthman, 1986).

DEFINISI MORAL 1. Berasal daripada perkataan Inggeris (moral) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu MORAS (adat dan kebiasaan). Ia adalah idea umum yang diterima oleh masyarakat tentang sesuatu tingkah laku yang baik dan buruk oleh manusia (Garner, 1986 ). 2. Kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku yang baik atau jahat. Etika dan moral berbeza dari segi sebutan tetapi membawa erti yang satu. Etika lebih bersifat teori dan moral lebih bersifat amalan (Shaw, 1991). DEFINISI AKHLAK 1. Iaitu budi pekerti, watak, pegetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau jahat (Kamus Dewan, 1984). 2. Berasal daripada perkataan Arab KHULUQUN yang bermaksud budi pekerti dan tabiat (Uthman, 1984). 3. Ilmu yang menentukan batas baik dan buruk, lahir dari batin yang bersumberkan wahyu (Al Quran) dan As Sunnah (Mustafa, 1996).

PROFESION, PROFESIONAL DAN PROFESIONALISME

1. Profesion : difahami sebagai pekerjaan. 2. Profesional : orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya. 3. Profesionalisme : tahap kecekapan dan akauntabiliti yang seharusnya didukung oleh seseorang profesional. 4. Martin & Schiuzer (1996) : Profesion dan profesional hanya boleh digunakan untuk bidang pekerjaan tertentu yang mempunyai kriteria berikut :

Ilmu pengetahuan : pengetahuan dan kemahiran tinggi (know how). Latihan intensif dan berterusan : belajar hingga ke IPT seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Perkhidmatan penting untuk masyarakat : diperlukan masyarakat setiap masa, segenap lapisan, di semua
kawasan.

Badan Profesional : Di Malaysia Doktor (Persatuan Perubatan Malaysia), Peguam (Majlis Peguam
Malaysia), Jurutera (Lembaga Jurutera Malaysia), Arkitek (Pertubuhan Arkitek Malaysia), Akauntan (Institut Perakaunan Malaysia).

Pensijilan (pentauliahan) : perlu mendapatkan sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh Badan Profesional
masing-masing.

Bersifat autonomi : membuat keputusan penting dalam hal-hal berkaitan profesionnya.


PROFESIONAL 1. Profesional terbahagi 2 i. Profesional Perunding : bekerja sendiri. ii. Profesional Bergaji : bekerja dengan majikan. 2. Etika profesional i. Alat kawalan sosial terhadap gol profesional. ii. Etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh profesional mengikut profesion masing-masing. iii. Ia menjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. iv. Tujuan etika diadakan adalah untuk mengekalkan intergriti moral seseorang profesional itu. 3. 3 isu yang dikaitkan dengan kajian etika profesional : i. Memberi perkhidmatan tanpa diskriminasi. ii. Hubungan di antara profesional pelanggan. iii. Kesan tingkah laku profesional terhadap pelanggan. 4. Secara kususnya etika profesional menekankan perkara berikut :

i. Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan alam sekitar secara berterusan. ii. Mengelak daripada berlakunya konflik antara kepentingan diri dengan masyarakat. iii. Mengelak penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk kepentingan diri. 5. Perubahan yang dialami oleh golongan profesional : i. Pengamalan secara individu bertukar kepada secara berkumpulan. ii. Penggunaan ilmu dalam satu disiplin bertukar kepada pelbagai disiplin ilmu. iii. Perkhidmatan secara percuma kepada secara berbayar. iv. Peluang penilaian daripada rakan semakin bertambah. v. Kebersendirian dalam hubungan profesional-klien mula berkurangan. 6. Kepentingan kajian etika professional i. Menyedarkan gol profesional tentang kepentingan amalan etika dalam profesion mereka. ii. Mewujudkan autonomi moral iaitu kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai dengan asas kemanusiaan. iii. Membina kemahiran tertentu yangg membantu profesional mengikuti langkah-langkah tersebut dengan lebih yakin.

PEMIKIRAN DAN TEORI ETIKA TEORI TELEOLOGIS 1. Berasal daripada perkataan Yunani telos (tujuan atau akibat). 2. Diasaskan oleh Bentham (1832) dan Mill (1873). 3. Tindakan dianggap betul jika bawa akibat dihajati iaitu kebaikan. 4. Sebelum melakukan sesuatu tindakan perlu fikirkan akibat baik dan buruk. 5. Ada 2 aliran : i. Aliran utilitarianisme tindakan :

tindakan yang bawa kesan baik lebih besar daripada kesan buruk. eg: mencuri roti untuk diberikan kepada pengemis yang kelaparan.
ii. Aliran utiliarianisme peraturan :

tindakan dianggap betul jika selari dengan peraturan sedia ada.

eg : elak ambil rasuah kerana kesannya tidak baik kepada penerima (boleh ditangkap berdasarkan
peraturan / undang-undang). 6. Kelemahan teori teleologis : Memerlukan kita mencari dan menentukan semua akibat daripada sesuatu tindakan atau peraturan. Sukar menilai sesuatu akibat kerana tidak boleh meninjau masa hadapan. Ramai tiada pengetahuan yang cukup untuk menilai apa yang mendatangkan akibat baik atau buruk daripada sesuatu tindakan. TEORI DEONTOLOGIS 1. Berasal daripada perkataan yunani deon (diharuskan atau diwajibkan). 2. Diasaskan oleh Kant (1804). 3. Tindakan berasaskan tangungjawab dan bukan kesan daripada sesuatu tindakan. 4. Betul atau salah ditentukan oleh pegangan seseorang berdasarkan ajaran agamanya. 5. Mesti sentiasa buat baik dan jangan fikirkan kesan sesuatu tindakan kepada diri atau orang lain. 6. Kelemahan Teori Deontologis : Kita tidak boleh ketepikan secara langsung kesan sesuatu tindakan kita. Kita tidak dapat buat garis panduan untuk halang pertimbangan akibat sebelum ambil sesuatu tindakan. Apakah faedah sesuatu tindakan jika tidak boleh membawa kesan baik kepada diri, org lain atau keduaduanya. TEORI HAK ASASI 1. Sesuatu tangungjawab perlu dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu. 2. Diasaskan oleh John Locke ( 1704 ). 3. Setiap manusia ada tangungjawab terhadap orang lain kerana orang lain ada hak yang sepatutnya dihormati. 4. Kelemahan Teori Hak Asasi : Terlalu fokus kepada hak kebebasan yang individulistik. TEORI KEPERIBADIAN MULIA 1. Diasaskan oleh Arsitotle ( 332 sm ). 2. Kebaikan dianggap sebagai kecenderungan mencari Golden Mean. 3. Ada 4 kebaikan : i. Kebaikan diri sendiri.

ii. Kebaikan untuk masyarakat. iii. Kebaikan kepada kumpulan. iv. Kebaikan kemahiran. 4. Keperibadian mulia dikaitkan dengan : Integriti. Kejujuran. Pertimbangan. Menghormati diri. Rasa tangungjawab. KEGUNAAN TEORI ETIKA 1. Menyelesaikan dilema etika. 2. Mengenalpasti obligasi etika. KESEDARAN ETIKA Unsur2 utama kesedaran etika 1. Kemutlakan kewajipan i. Manusia suka baik dan benci yang buruk. ii. Kewajipan : tiada tawar menawar, tidak berdasarkan untung/ rugi, senang/ susah (MUTLAK). iii. Perlu pengorbanan kepentingan, keinginan & perasaan. iv. Kebaikan / keburukan itu tidak tersembunyi atau perlu dicari, tetapi : Kewajipan buat baik kepada semua. Melakukan keadilan kepada semua. 2. Kerasionalan i. Etika bukan bersifat perasaan atau emosi tetapi merupakan satu pernyataan. eg: pinjam wang, mesti pulangkan. ii. Diterima akal, bersifat umum, difahami dan dipersetujui oleh semua. iii. Nilai itu diterima umum. eg : durian itu sedap. iv. Satu nilai sahaja yang diterima : baik atau buruk. 3. Kebebasan pelaku

i. Pelaku berhadapan dengan kewajipan yang perlu dilakukan. ii. Penting buat keputusan (bebas boleh laksanakan atau tidak). iii. Keputusan muktamad pada diri sendiri. iv. Kemampuan bertindak tanpa paksaan. v. Jika buat kerana org lain maka dipanggil PERANGKAP ETIKA. vi. Ianya dianggap hak autonomi (kuasa mentaati diri sendiri / disiplin). vii. Kebebasan & tanggungjawab berkait rapat (mengurangkan tangunggjawab mengurangkan kebebasan). PERANGKAP ETIKA 1. Satu kepercayaan seseorang yang mematuhi sesuatu peraturan kerana orang lain. 2. Kebebasan seseorang terhalang. 3. Persoalan yang ditekankan ialah : mengapa kita melakukan sesuatu itu daripada apa yang dilakukan eg : memberi derma kepada anak yatim kerana adalah salah untuk mementingkan diri sendiri. eg : pergi gotong royong membersihkan kawasan taman perumahan kerana adalah tidak baik hidup memencilkan diri.

4. Mungkin apa yang dilakukan betul dan baik tetapi mengapa kita lakukan janganlah kepada nanti apa yang orang lain kata. 5. Sepatutnya ia lahir daripada kesedaran dan tangungjawab etika yang datang dari diri sendiri. Kesedaran Etika Ynag Tinggi 1. Menyedari sebagai satu kewajipan. - sendiri sedar bukan disedarkan oleh orang atau faktor lain. 2. Betul dari segi niat, tujuan dan cara. 3. Bersungguh-sungguh elak keburukan dan berusaha lebih buat kebaikan. - tolong hingga selesai dan tidak separuh jalan sahaja. 4. Berprinsipkan jangan buat apa yang kita tidak suka orang lain buat kapada kita. 5. Jangan harapkan balasan daripada kebaikan yang dilakukan. - buat dengan ikhlas. 6. Terima dengan tenang segala kesusahan dan keburukan yang menimpa. - Redha.

Kesedaran Etika Yang Tidak Mencukupi 1. Legalisme : bertindak hanya ikut peraturan atau kebiasaan. - eg : pakai tali pinggang keledar kerana takut polis. 2. Melihat perlakuan lahir sahaja : maksud, tujuan dan niat juga penting. - front stage & back stage. 3. Tidak merealisasikan maksud baik : maksud baik yang dilaksanakan tetapi hanya merupakan satu keinginan (tiada ertinya). 4. Menganggap tindakan moral sebagai soal peribadi dan bukan soal bersama. - eg : merompak bank, dadah. - etika hak semua orang dan bukannya hak peribadi - eg : ikut peraturan main bolasepak dan tidak boleh buat sesuka hati. 5. Anggap soal etika sebagai satu perkara sensitif. - tidak berani menegur kesalahan kawan.

Anda mungkin juga menyukai